Saturday, February 9, 2013
Antara Mat Bashah & MB Azizan...banding cara kasar..!!
Secara perbandingan kasarnya pun sudah jauh beza banyak perkara antara Mat Bashah dgn MB Ostat Azizan.
1.Dari segi umur pun dia kurang.
2.Kelulusan langit dgn bumi.
3.Pengalaman berhujah pun kurang.
4.Daya intelek pun tak ada kerana kurang buat kajian.
5.Itulah bezanya pemimpin no satu umno dgn pemimpin no satu Pas di Kedah.
Biarlah......
Kasihan pada dia kerana kekurangan seperti itu.
Nasib UMNO Kedah....
Thursday, January 31, 2013
#SAVEKEDAH - Mat Bashah Bohong ka Azizan yang Bohong..??
Sunday, September 9, 2012
Awat Mat Bashah cakap macam nie.. tak puas hati kat sapa ??
Katanya beliau tidak akan terkilan tidak dipilih semula setelah empat penggal menjadi wakil rakyat kawasan Dewan Undangan Negeri Bakar Bata.
"Ini pengakuan ikhlas saya. Yang penting kita jangan khianati parti dan pucuk pimpinan. Jika tidak terpilih, saya pasrah dan rela," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno bahagian Padang Serai di Dewan Besar Universiti Kuala Lumpur (UniKL) dekat Padang Serai, petang semalam.
Menjawab pertanyaan wartawan, beliau berkata calon-calon yang dicadangkan oleh bahagian-bahagian untuk dipilih dikemukakan kepada ibu pejabat Umno yang membuat tapisan sebelum senarai terakhir diumumkan.
- Bernama
Thursday, August 2, 2012
Monday, May 28, 2012
Betoi ka Depa kata Mat Bashah mengamuk dalam Isu MB Kedah..!!
Semua calon layak jadi MB: Ahmad Bashah
2012/05/27
ALOR SETAR: Semua calon UMNO yang memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) akan datang layak menjadi Menteri Besar, kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bakar Bata itu berkata, calon Menteri Besar akan ditentukan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak selepas Barisan Nasional (BN) berjaya merampas kembali Kedah."Yang penting sekarang ialah fokus dan bekerja keras untuk menang...lepas itu kita lihat siapa lebih layak (jadi Menteri Besar)," katanya kepada pemberita selepas merasmikan kursus ketua unit PRU-13 Parlimen Alor Setar di sini hari ini.Ahmad Bashah berkata, spekulasi bahawa timbalannya Datuk Mukhriz Mahathir bakal menjadi Menteri Besar Kedah dan akan bertanding kerusi DUN pada PRU-13 sengaja ditimbulkan oleh pihak luar bertujuan memecah-belahkan UMNO negeri.
"UMNO tidak perlu tonjolkan sesiapa untuk jadi Menteri Besar kerana calon yang bakal bertanding pun tidak dihebohkan," katanya sambil meminta semua media elektronik, cetak termasuk blog segera menghentikan spekulasi terbabit. - BERNAMA
Depa kata Mat Bashah dah mengamuk akan isu yang agak panas sehari dua ini... beliau dah sound UMNO KEDAH jika masih dok promote MUKHRIZ juga dok nak bagi jadi MB KEDAH bila BN menang di Kedah nanti beliau akan letak jawatan....
Jadi sekarang dia dah bagi kata dua kepada semua orang UMNO di Kedah supaya tumpukan usaha menawan Kedah tapi jika masih dok bincang jugak bab kata MUKHRIZ akan jadi MB Kedah beliau akan arahkan orang dia supaya menarik diri dari pilihanraya akan datang.
http://www.depakata.co.cc/2012/05/betoi-ka-depa-kata-mat-bashah-mengamuk.html
Wednesday, January 25, 2012
Ini cerita Pejabat UMNO aka Pejabat Penghulu tempat Mat Bashah tumpang nak kena "BOM"
January 25, 2012
ALOR SETAR - Pejabat Umno Bahagian Alor Setar digemparkan dengan panggilan palsu mendakwa terdapat bom di kawasan pejabat itu, lewat petang semalam.
Pembantu Am pejabat, Shamshul Anuar Aziz, 30, berkata, dia menerima panggilan daripada lelaki tidak dikenali itu sekitar 4:45 petang, yang memaklumkan ‘aku letak bom bawah pentas’.
Sebelum itu, katanya, telefon pejabat itu berdering sebanyak lima kali namun tidak dijawabnya kerana pejabat itu yang juga Pusat Khidmat Wakil Rakyat Adun Bakar Bata, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah ditutup sempena cuti umum Tahun Baru Cina.
“Saya jawab panggilan keenam itu kerana bimbang ada kecemasan. Tak sangka pula ianya panggilan bom. Mulanya saya tidak percaya dengan apa yang saya dengar, mungkin ada orang nak bergurau sahaja, selepas fikir sejenak, bimbang pula ianya benar,” katanya.
Shamshul Anuar kemudian memaklumkan perkara itu kepada Setiausaha pejabat, Abdul Kader Mohamad yang menasihatinya supaya membuat laporan polis.
“Saya kemudian ke Balai Polis Daerah Kota Setar membuat laporan mengenai kejadian ini sekitar 7.05 malam,” katanya.
Ahmad Bashah yang ditemui selepas majlis sambutan Tahun Baru Cina anjuran MCA Kedah, malam semalam berkata, ini adalah kejadian pertama berlaku sepanjang beliau bergelar wakil rakyat.
“Saya difahamkan anggota polis terus ke lokasi pejabat saya untuk membuat pemeriksaan, namun tiada bahan seperti bom ditemui. Walaupun hanya panggilan palsu namun kawalan keselamatan terhadap pekerja dan diri saya perlu dibuat,” katanya.
Menurutnya, sebelum ini hanya bangunan pejabat Umno diconteng dengan kata-kata nista beberapa kali, namun inilah kali pertama ugutan seperti ini dibuat terhadapnya.
“Saya andaikan perkara ini ada unsur ugutan untuk menakut-nakutkan saya dan pekerja. Mungkin ada pihak yang marahkan saya, dan buat perkara tidak berfaedah seperti ni. Namun ianya tidak jejaskan apa-apa,” katanya.
Ahmad Bashah turut menyelar perbuatan individu yang cuba menimbulkan kekecohan dalam kawasan pejabatnya dan menyifatkan ianya tindakan seorang pengecut.
Rumusan :
- Telefon Berdering 6X
- pejabat ditutup cuti raya cina
- dering ke 6 baru jawab takut kecemasan
- Tak sangka pula ianya panggilan bom
- Mulanya tidak percaya mungkin ada orang nak bergurau
- lepas fikir sejenak, bimbang pula ianya benar maklum kat s/u pejabat
- dinasihat lapor polis
- polis mai..bla ba bla....
Tuesday, January 24, 2012
GEMPAQ !! Pejabat penghulu milik K'jaan Negeri yang Mat Bashah duduk secara haram ada orang nak bubuh "BOM"
Kisah Dato' Mat Bom
Oleh: Mat Kering Bakaq Bata
Gelaran 'bom' cukup biasa di Kedah untuk golongan kaki auta, putarbelit dan muhong besaq. Kalau sebut nama seseorang yang belakangnya ada BOM maka tanpa perlu diperjelaskan orang dah tahu sebab apa dia digelar begitu.. Misalnya Umag Bom, Saleh Bom, Pak Din Bom dll.
Terbaru, Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah Dato' Ahmad Bashah pulak seolah-olah nak ambilalih kerja 'mengebom' apabila menyifatkan panggilan palsu yang kononnya ada bom di Pusat Khidmat beliau adalah usaha terdesak mereka yang semakin takut dengan gerak kerja UMNO Kedah.
Polis pun siasat tak habih lagi sapa punya angkara yang buat panggilan bom tu, tiba-tiba Tok Mat Bashah lebih laju dari polis buat keputusan. Hang tau mana mereka yang buat panggilan tu adalah 'orang yang semakin takut dengan gerak kerja UMNO Kedah'. Besar kemungkinan orang tu ialah orang UMNO sendiri yang anti Tok Mat Bashah, yeelah orang dalam tu saja yang tau nombor telefon pejabat depa. Tak mustahil juga Mat Bashah sendiri yang buat sebab nak cari publisiti murah. MK tak tuduh cuma sebut kata 'tak mustahil'.
Inilah berita syok sendiri yang dipetik dari portal UMNO Kedah:
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah Datuk Paduka Ahmad Bashah menyifatkan panggilan palsu yang kononnya ada bom di Pusat Khidmat beliau adalah usaha terdesak mereka yang semakin takut dengan gerak kerja UMNO Kedah.
Sambil menyifatkan orang yang membuat panggilan berkenaan sebagai pengecut dan dayus beliau berkata panggilan itu sengaja dibuat bagi menakutkan petugas pusat khidmat beliau dan menjatuhkan semangat ahli UMNO Kedah.
"Namun kita tidak gentar dengan sebarang ugutan. Malahan saya yakin ugutan ini tidak akan berhenti tetapi akan berlaku lagi pada masa akan datang terutama kita semakin hampir dengan pilihan raya umum".
"Awal bulan ini berlaku tindakan menconteng bangunan UMNO Negeri Kedah dan sekarang ugutan terhadap pusat khidmat saya. Kita tidak gentar malahan akan terus mengiatkan usaha menawan kembali Kedah," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Parti MCA Kedah, di sini, malam ini.
Beliau mengulas mengenai panggilan palsu mengenai ada orang meletak bom di pusat Khidmat Anggota Dewan Undangan Negeri Kawasan Bakar Bata pada petang ini. Selepas siasatan polis, tidak dijumpai sebarang bahan berbahaya.
Wednesday, January 4, 2012
SELOKA KEDAH BUAT YB AHMAD BASYAH
Mohdfauzimurad Punk
KITA TUAS SAMPAI KETUNJANG.. ,
BIAR MAT BASAH DOK TAK SENANG... ,
PASTIKAN PILIHANRAYA NI DIA KENA TENDANG....,
MATLAMAT BIAR KITA MENANG... ,
ABIH DISAPU TANAH DAN BENDANG... ,
HAK ORANG RAMAI JUGA DIA SUKA MEMANDANG... .
PENDUDUK KAMPUNG BATIN TELAH BERGELANDANG....,
ADANYA MAT BASAH PENDUDUK SEBERANG TERUS HATI TAK SENANG.. ,
KATA MEREKA YB ADA TAPI TAK PENAH BERSAMA BERJUANG....,
MUNGKIN MATA DIKABURI RINGGIT DAN WANG...,
KAMI DAN DEPA TAK MAU MAT BASAH MENANG.... ,
JASA MEREKA MAT BASAH TAK PENAH KENANG....,
SEKARANG MAT BASAH HAMPIR KENA TENDANG....,
TEMAN SEKAPAL DAH HUNUS PEDANG....,
TUNGGU NAK CANTAS BAGI JATUH TERLENTANG.....,
BIAR TERGOLEK MACAM UBI SENGKUANG....,
PEJABAT DIA TADAK DOK MENEMPEK MENUMPANG.. .
SAMPAI PENGHULU DIBUATNYA KONGKANG...,
KALI INI DIA TAKKAN MENANG...,
SEBAB SEMAKIN RAMAI SINIS MEMANDANG...,
DI KAWASAN BAKAR BATA DAH MULA MERADANG...,
JARANG SEKALI DIA TURUN PADANG....,
ADA MEDIA BARU DIA DATANG...
UNTUK PENDUDUK KAWASAN APA YANG DIA PERJUANG...,
MALAH KEPENTINGAN DIRI ITU YANG DITATANG...,
JANGAN BAGI MAT BASAH MENANG...,
TIDAK NANTI HIDUP TAK SENANG...,
YB AHMAD BASHAH KAMI MENENTANG...,
BUAT SEMAK KAWASAN TAKGUNA SEKUPANG..,
JOM PAKAT TUAS SAMPAI KETUJANG...!!
Sunday, December 18, 2011
Gempar - Adakah Mat Bashah akan dilantik sebagai MUFTI Negeri Kedah yang baru..!!!

[UTUSAN]
Yg dok pertikai keputusan majlis fatwa tu apa kejadahnya... PAS bukan buat semberono jaa kerja tersebut... dah semangat sangat dok pertikai keputusan TOK MUFTI & MAJLIS FATWA lanie kami lantik hang sajalah ganti TOK MUFTI kedah....amacam mau kaa..???
entah lah hangpa tolong jelaskan kepada manusia pekak badak nie sat dah naik semak kepala dok layan isu-isu bangang nie.........
Sunday, November 27, 2011
Pusat hiburan makin gah
ALOR SETAR - Kewujudan pusat hiburan di bandar Alor Setar bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan, mencetuskan persoalan mengenai penguatkuasaan yang dijalankan oleh Kerajaan Negeri sepanjang tempoh tiga tahun mentadbir Kedah.
Pengerusi Umno Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, timbul kebimbangan di kalangan masyarakat setempat apabila wujud terlalu banyak pusat hiburan yang secara tidak langsung boleh menyumbang kepada peningkatan masalah sosial di negeri ini.
Menurutnya, baru-baru ini beliau menerima rungutan daripada seorang penduduk di Alor Mengkudu, mengenai kewujudan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan, dalam saiz yang agak besar berbanding pusat hiburan biasa.
“Sewaktu Barisan Nasional mentadbir Kedah, Pas ketika itu amat memberikan penekanan mengenai pusat hiburan namun apabila mereka memegang tampuk pemerintahan, wujud banyak pusat hiburan yang eksklusif dan tertutup.
“Kita perlu tahu apa tindakan Kerajaan Pas mengenai perkara ini, adakah kawalan secukupnya diberikan sekiranya pusat hiburan itu berlesen dan bagaimana pula dari segi penguatkuasaannya,” katanya.
Ahmad Bashah berkata, masyarakat setempat risau mengenai kewujudan pusat hiburan bukan sahaja di kawasan bandar tetapi juga di pinggir bandar, namun kini saiznya lebih besar berbanding biasa.
“Mungkin (pusat hiburan) ini yang terbesar di Kedah kerana selalunya ia dibuat di rumah-rumah kedai, sebaliknya premis itu bagaikan sebuah kompleks dengan gambar yang agak ‘hebat’ pada dinding luar bangunan.
“Memang bisnes adalah bisnes tetapi bagaimana dari segi penguatkuasaan yang dijalankan oleh Kerajaan Negeri, apatah lagi dalam kawasan Exco Kerajaan Negeri (Adun Alor Mengkudu, Dr Ismail Salleh),” katanya.
Menurutnya, beliau menerima gambar yang dikirim oleh penduduk dan turut difahamkan bahawa pusat hiburan itu beroperasi tidak sampai setahun.
“Penduduk di kawasan itu mahu penguatkuasaan dijalankan Kerajaan Negeri secara tegas kerana bimbang akan membawa kesan buruk kepada masyarakat Islam di kawasan berkenaan,” katanya.
Tuesday, September 27, 2011
Mat Bashah hina projek KUIN di Kuala Ketil...!!!
Tanggung Utang Buat Universiti 1000 Kali Baik Dari Tanggung Utang Buat Padang Golf...
Hat tu pun Tok Bashah tak boleh fikiaq..
Saturday, September 17, 2011
Perghhh MAT BASHAH pekana 'toyu Cap Kipas Udang' nampak...dulu bukan main tak sokong ISA nie..!!
Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, langkah itu pasti disambut baik oleh rakyat.
Menurutnya, langkah itu bukan untuk mempopularkan kerajaan sebaliknya dilakukan atas dasar memenuhi aspirasi rakyat selaras dengan mendahulukan kehendak rakyat.
“Umno Kedah menyambut baik tindakan yang diumumkan oleh Perdana Menteri malam kelmarin.
“Syabas kepada Kerajaan Pusat kerana sentiasa mengutamakan kepentingan rakyat,” katanya dalam kenyataan media semalam.
Ahmad Bashah berkata, dari sudut politik, Pakatan Rakyat (PR) seperti biasa akan menyuarakan ‘sesuatu yang tidak kena’ dengan pengumuman yang dibuat malam kelmarin.
“Walaupun rakyat menyokong tindakan itu, saya pasti pembangkang akan mengeluarkan pelbagai versi dan teori bagi memberi gambaran negatif komitmen kerajaan ke arah itu.
“Yang penting rakyat menyokong tindakan itu, biarkan pembangkang semakin terluka dengan pembaharuan dilakukan pentadbiran Najib,” katanya.
Malam kelmarin, Najib mengumumkan keputusan kerajaan memansuhkan ISA dan Akta Buang Negeri 1959.
Selain memansuhkan ISA, kerajaan memansuhkan Akta Buang Negeri 1959 di samping mengkaji semula beberapa undang-undang lain bagi memastikan ia memenuhi kehendak semasa.
Kajian semula komprehensif itu akan melibatkan Akta Kediaman Terhad 1933 dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 di mana prinsip pembaharuan tahunan akan dihapuskan dan digantikan dengan pengeluaran lesen sehingga dibatalkan.
Kerajaan Pusat juga akan mengkaji semula Seksyen 27 Akta Polis 1967 dengan mengambil kira peruntukan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan tentang kebebasan berhimpun dengan prinsip menentang sekeras-kerasnya demonstrasi jalanan.
Bagaimanapun, bagi mencegah perbuatan subversif, keganasan terancang dan perbuatan jenayah bagi memelihara ketenteraman dan keselamatan awam, kerajaan akan menggubal dua undang-undang baru yang sesuai di bawah semangat serta payung Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan.
Wednesday, September 14, 2011
Sunday, July 31, 2011
Hasrat UMNO nak TAWAN KEDAH semula..tapi pimpinan depa pon masih bersengketa..apa dia nie..???
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, UMNO dan BN Kedah turut berjanji memenangi sekurang-kurangnya 20 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah daripada jumlah keseluruhan 36 kerusi bagi membolehkan mereka mengubah nasib rakyat Kedah.
Bagaimanapun, beliau mengakui sasaran parti itu hanya dapat dicapai sekiranya semua pimpinan parti komponen bersatu-padu dan menjadikan keperluan rakyat sebagai salah satu agenda perjuangan utama parti.
“Saya terima banyak maklum balas rakyat yang meminta BN mengambil alih semula pentadbiran Kerajaan Negeri daripada Pakatan Rakyat (PR).
“Justeru, pemimpin BN perlu mengetepikan persengketaan dalam parti dan mula menitikberatkan kepentingan rakyat sekiranya kita mahu memenuhi hasrat rakyat yang mahukan BN ambil alih semula Kedah,” katanya.
Ahmad Bashah berkata, pemimpin BN juga perlu mengikis sikap ‘hanya turun padang bila PRU menjelang tiba’ dan wajib mendekati rakyat sepanjang masa bagi membolehkan mereka merasai ‘sentuhan peribadi’ yang ditunjukkan pemimpin parti itu.
“Sekiranya sikap sebegini diambil remeh, bagaimana rakyat hendak meletakkan kepercayaan kepada kita untuk menjaga kepentingan mereka?
“Selain itu, pemimpin yang tidak terpilih menjadi wakil rakyat nanti perlu sentiasa menyokong pemimpin yang dipilih. Utamakan kepentingan parti dan saya yakin rakyat akan semakin yakin dengan keupayaan kita,” katanya.
Ahmad Bashah turut meminta rakyat Kedah menilai kembali dan membuat keputusan yang tepat pada pilihan raya akan datang.
“Perubahan yang dibuat perlu bermakna dan saya minta rakyat Kedah buat pilihan yang terbaik demi pembangunan negeri ini,” katanya.
Tuesday, July 12, 2011
Awat Mad Bashah tak pie dok kat Bangunan nie..!!!
bangunan UMNO Cawangan Kg Berjaya..

Pejabat Yang berada atas Tanah Kerajaan Negeri
Bashah salah guna kuasa?
Oleh : Lang Tok Teh
Bukan setakat salah, malah tak bermoral, tapi umno jenis muka hemoi, sudahlah duit GLC hampa sapu, premis bagunan kerajaan negeri pun umnosapu, buat macam harta tu macam mak bapak umno yang punya.
Di Pendang tanah milik ahli umno, pun umno kelentong, ahli umno pun umno tipu. Ahli umno tu bangsa melayu, melayu pun umno tipu.
Pengerusi Perhubungan umno kedah Dato Ahmad Bashah tak payah dok tipu la semua orang tau pejabat yang Dato' dok guna tu bukan bangunan milik umno, bangunan tu , hak milik Kerajaan Negeri .Ternyata Dato dah salah guna premis kerajaan.
Pemimpin yang tak ada moral saja yang buat perangai macam Dato Bashah. SPRM pun 'samdol' juga dah tau benda tu salah ,ambil la tindakan, elok sangat la orang dok hentam SPRM. Kalau SPRM pengecut sangat nak siasat Dato Bashah SPRM boleh pi siasat Pegawai Daerah Kota Setar ,tanya dia pasai apa hang bagi kunci bangunan tu kepada ketua pembangkang, atau paling tak reti nak buat kerja, pi tanya Pegawai Daerah Kota Setar berapa ribu sebulan ketua pembangkang tu bagi pada hang sebulan.
PDRM lagi kalut.... tunggu lagi, kut-kut ada mamat mana pi buat repot, baru nak buka fail ..... tu pun belum tentu tindakan akan diambil, Padahal dalam FB & blog tak ada mamat mana pun yang pi repot pun, polis dah ambil tindakan. Yang tu boleh pulak. Ahli umno boleh sedar kot, 50 tahun lebih umno ada kuasa memerintah sebiji pejabat umno pun tak boleh buat.. Asyik duk tumpang bangunan Kerajaan saja.
Monday, July 4, 2011
Kesian Bashah.. Pengerusi UMNO tapi dok tumpang harta Kerajaan Negeri Kedah!!
Bashah salah guna kuasa?
Oleh : Lang Tok TehBukan setakat salah, malah tak bermoral, tapi umno jenis muka hemoi, sudahlah duit GLC hampa sapu, premis bagunan kerajaan negeri pun umnosapu, buat macam harta tu macam mak bapak umno yang punya.
Di Pendang tanah milik ahli umno, pun umno kelentong, ahli umno pun umno tipu. Ahli umno tu bangsa melayu, melayu pun umno tipu.
Pengerusi Perhubungan umno kedah Dato Ahmad Bashah tak payah dok tipu la semua orang tau pejabat yang Dato' dok guna tu bukan bangunan milik umno, bangunan tu , hak milik Kerajaan Negeri .Ternyata Dato dah salah guna premis kerajaan.
Pemimpin yang tak ada moral saja yang buat perangai macam Dato Bashah. SPRM pun 'samdol' juga dah tau benda tu salah ,ambil la tindakan, elok sangat la orang dok hentam SPRM. Kalau SPRM pengecut sangat nak siasat Dato Bashah SPRM boleh pi siasat Pegawai Daerah Kota Setar, tanya dia pasai apa hang bagi kunci bangunan tu kepada ketua pembangkang, atau paling tak reti nak buat kerja, pi tanya Pegawai Daerah Kota Setar berapa ribu sebulan ketua pembangkang tu bagi pada hang sebulan.
PDRM lagi kalut.... tunggu lagi, kut-kut ada mamat mana pi buat repot, baru nak buka fail ..... tu pun belum tentu tindakan akan diambil, Padahal dalam FB & blog tak ada mamat mana pun yang pi repot pun, polis dah ambil tindakan. Yang tu boleh pulak. Ahli umno boleh sedar kot, 50 tahun lebih umno ada kuasa memerintah sebiji pejabat umno pun tak boleh buat.. Asyik duk tumpang bangunan Kerajaan saja.
Thursday, June 30, 2011
Tok Bashah jenoh kelupog
Dulu mana pernah dok dengag Kafalah, sejak Kedah diperintah oleh pakatan rakyat baru dengag kafalah. Kafalah tu menatang apa? Sebahagian rakyat tak tau Kafalah tu menatang apa Tok Bashah lagi la tak tau kafalah tu menatang apa...Kafalah tu dalam manifesto pakatan rakyat PRU12 pun mana ada sebut. Kafalah yang tak dak dalam manifesto pun kerajaan pakatan rakyat bagi, bukan kah ini merupakan satu pencapain bonus, yang rakyat kedah dapat termasuk orang umno pun dapat, penyokong kuat Tok Bashah pun dapat.
Masa ada peluang dulu pasai apa umno tak buat menatang ni? Nampak sangat umno mana pikiag tentang kebajikan rakyat. Tok Bashah nak kata apa lagi.
Tok Bashah nampak gelabah sangat dengan buku pencapaian kedah sejahtera. Contoh Hasil balak setiap tahun meningkat,laporan peningkatan hasil balak bukan boleh muhong, laporan audit Negara 2009 hasil pengurusan hutan kedah meningkat 205%.
Pasai balak ni Tok Bashah nak belit rakyat kedah lagu mana.Kepada pemberita, Tok Bashah kata, dia masih ragu-ragu tentang apa yang terkandung dalam buku tersebut,dia bagi tahu kepada pemberi, dia akan tanya dalam siding DUN pada bulan Julai ni tentang apa yang terkandung dalam buku tersebut. Tiba–tiba esok didapati ada satu risalah bertajuk Kedah Tertipu, kandungan dalam risalah tersebut mengandungi fitnah, pembohongan jahat terhadap kerajaan pakatan rakyat. Lalu beberapa ahli Pas Alor Setar membuat repot polis berkenaan risalah tersebut.
Belum pun polis sempat menyiasat siapa penerbit risalah tersebut, Tok Bashah dan Othman Aziz dah buat penafian, mengatakan umno tidak terlibat dengan cerita-cerita fitnah yang terkandung dalam burisalah itu. Orang yang pi buat repot tu pun mana ada tuduh umno buat. Tapi semua yang baca risalah haram itu mengatakan ini kerja umno, kerja fitnah lagu ni, kerja buat umno, Dalam buku pencapaian kedah sejahtera juga menyebut, hutang-hutang kepada pemain bolasepak kedah sebanyak 5 juta semasa Tok Man Aziz jaga KFA, dah pun kerajaan pakatan rakyat selesaikan. Boleh beli bas lagi.
Nak selesai hutang KFA, mana ada sebut dalam manifesto PRU 12, tapi semua ini dilakukan atas dasar rasa tangungjawab. Paling syok, pakat-pakat mai sidang dewan bulan julai ni,kita tengok macamana Tok Bashah kelupog....
http://kedahla.blogspot.com
Sunday, June 26, 2011
Kedah Sejahtera 2008: Pencapaian Kita - Dato' Bashah dah Tershashul...
Salam. Hari ni penerusi UMNO Kedah buka mulut... bila buka mulut ada-ada saja yang tershashul. Dia komen buku Kedah Sejahtera 2008: Pencapaian Kita. Katanya fakta2 tu satu pembohongan, hanya statement politik dan tiada bukti.Sila kemuka bukti katanya. Lepas itu dia tershashul... PR tak laksana pun 82%, sekitar 50% saja... Aik! Mula2 dia kata bohong tanpa fakta, pastu kata pulak laksana 50%...yang mana satu ni Dato'. Tak baca lagi kot manifesto PAS 2008 dan buku tu??? kalau tak baca lagi, baca la dulu, baru komen.
Dato' ingat kerajaan negeri terbitkan buku tu ikut suka nak tulis saja ka? Dato' pernah baca ka Manifesto PAS 2008? Ramai pemimpin UMNO tersilap. Mereka sering merujuk Manifesto PAS Kedah ialah Negara Berkebajikan... termasuk bila mengemukakan soalan dalam sidang DUN. Inilah contoh2 wakil rakyat yang tidak cermat.
Negara Berkebajikan ialah manifesto PAS di peringkat Pusat. Kalau diberi kepercayaan memerintah Malaysia, maka PAS akan akan laksanakan Manifesto itu. maknanya, matlamat menubuhkan negara berkebajikan bukan baru bagi PAS...bukan baru sebut dalam ucapan dasar presiden di muktamar baru2 ni saja...sudah lama.
Manifesto PAS Kedah ialah Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua. Kita perincikan satu persatu pencapaiannya dalam buku kecil 44 halaman itu. Yang tercapai kita kata capai, yang sedang laksana kita kata sedang laksana, yang belum, kita kata belum. yang kita buat tapi tak ada dalam menifesto, pun kita tulis dengan terang.
Apa yang bohongnya! Rakyat bukan bodoh untuk menilai jika kita berbohong! Kalau nak bohong juga, baik kita kata sudah laksana 99.9% macam dalam skrip mahkamah kes video seks tu..Amacam Dato'?
admin - nah hangpa pon d/load dan baca mana tau hangpa pon boleh penin sama macam mat bashah tuuu....
Hanya Mat Bashah sahaja yang ragu kerja buat K'jaan Negeri...rakyat jelata bagaimana pula..???
Awat Tok bashah saja ragu, rakyat Kedah dak pun…
Serikandi libang libur dengan perangai Tok Bashah, tok ketua UMNO Kedah. Lemas, rimas tapi bukan takut cuma geli telinga.
Kalau dia kata fakta-fakta pencapaian tu meragukan…sila sanggah dengan fakta bukan dengan kenyataan lapuk zaman berzaman yang bagi Serikandi orang buta pun tau ayat-ayat tu keluar dari mulut siapa.
Bagi UMNO, pembangunan hanyalah dengan tersergamnya bangunan, buat jalanraya dan lain-lain yang bagi mereka boleh tumpang setimba untuk nak dapatkan projek.
Skop pembangunan tu luas……..macam MB Kedah kata dalam perhimpunan bulanan Warga Wisma yang lalu, pembangunan insan juga satu pembangunan. Bina insan yang nak cerna pembangunan fizikal. Kalau insan yang dibina dengan baik pembangunan fikizal akan dijaga dengan baik tapi kalau insan macam penyamun semua pembangunan akan dikeronyeh (bahasa kedah ni) semahu-mahunya.
Tok Bashah, zaman hampa memerintah dulu, ada hampa fikiaq bab nak bina insan? Macamana nak bina anak-anak muda yang tak tentu hala, rempit sana rempit sini. Budak-budak sekolah yang tak tau solat, tak tau hormat orang tua.Lepas SPM tak tau nak buat apa, habih fikiaq…cari daun ketum buat bisnes air daun ketum.
Yang kita dok bagitau..80 peratus termasuklah pembangunan untuk budak-budak tu. Kem Anak Soleh, Kem Bina Insan, Kem Bina Syahsiah, Kem Belia Sejahtera. Orang-orang dewasa pun Kedah tak lupa, buka kelas pengajian kat Mentaloon (oppps..sorry…Tok Bashah memang tak pi.
Kebajikan rakyat yang hampa tak buat sebelum ni…mana tidaknye..asyik-asyik..(sejuta untuk kau…10 juta untuk aku…bla..bla..bla..bla..). Skim kafalah untuk orang-orang miskin, sumbangan untuk guru-guru Quran, warga bidan, ibu-ibu tunggal, pelajar-pelajar IPTA. MKK tolong bina rumah orang miskin, kerajaan negeri sumbang duit lagi. Hat tu nak masuk dalam apa…bukan pembangunan ka Tok Bashah.
Peluang pertanian untuk orang kampung.Tanam nenas, buka kilang mengetin nenas. Beli mempelam Sala dari orang kampung, buat jus mempelam. Ni..musim rambutan pulak..nak tinkan buah rambutan…hat tu bukan pembangunan ka??
Lapang-lapang mai la melawat ladang nenas, kilang pengetinan, ladang lembu, kem-kem yang Serikandi kata tadi….ni dok melalak kata tak da bukti.
Satu lagi, rajin-rajin jalan sama kat Kuala Ketil. Tengok sama bangunan apa dekat dengan tasik tu..nak bagitau kat Tok Bashah..tu la pembinaan kampus tetap KUIN. Zaman hampa tak da…kalau pergi Langkawi jenguk-jenguk sama apa yang kerajaan negeri buat kat Pulau Tuba….
Banyak lagi..mai sendirilah tengok..statistik pendapatan kerajaan negeri..masa hampa perintah dengan Pakatan Rakyat perintah. Hutang yang hampa buat boleh bayar, duit dalam kantung kerajaan boleh bertambah. Haaa..bukan pembangunan lagi ka..?
Rakyat tak pernah tertipu dengan Pakatan Rakyat tapi rakyat sering ditipu oleh UMNO/BN. Rakyat Kedah boleh menilai pencapaian kerajaan negeri termasuk orang-orang UMNO cuma pemimpin UMNO saja buat-buat tak nampak dan tak boleh terima kenyataan.
Mat Bashah pening dan mengigau selepas baca buku 'Kedah Sejahtera'..!!
Bashah, hang pening ke mengigau?
Dulu depa kalut dok tembak peluru, kerajaan PR Kedah tak buat apa dengan manifesto….La ni, bila kita dah terbit bukti, siap dengan buku untuk orang ramai baca dan teliti….depa (especially Bashah) kata fakta dalam buku ‘Pencapaian Kedah Sejahtera’ diragui.

Ishh…mamun ka ngingau depa ni…sat-sat kata tak buat apa…bila dah keluaq bukti depan mata, depa kata tak sah dan jawapan politik semata-mata….macm tu jawpan org mengaji tak abis….
Masa kata kerajaan PR Kedah tak buat apa, bila orang suruh depa senarai apa yang tak buat…diam plak…
Komen Bashah lepas rasmi mesyuarat UMNO Kuala Kedah....
“Saya anggap jawapan isi kandungan buku itu hanya jawapan politik semata-mata. Kami tak puas hati dengan penjelasan dalam buku itu, dan akan bangkit kan semula isu manifesto dalam Sidang DUN akan datang.”
Macamna jawapan tak politik Bashah oi….dah yang apa yg kerajaan Kedah dah buat…nak tipu kot lain pasal pa…apa yang tercatat dalam buku tu benar, tiada kompromi lagi….
Depa kata tak puas hati dengan penjelasan dalam buku tu….memang la tak puas hati, dah depa tembak kata kerajaan la ni dok makan gaji n elaun saja…tak buat apa….macam mana depa nak tau kerajaan buat apa, sebab tak da RTM atau TV3 dok cherita yang baik2 pasal Kedah….dok habaq yang tu tak kena, yang ni tak kena….jadi, puak2 yg dok nganga tv ni, percaya la dengan apa yg dihebahkan…..
“Elok juga buku itu diterbitkan supaya rakyat dapat menilai satu persatu apa yang ditulis dan buat perbandingan dengan situasi masa kini. Adakah ia menggambarkan situasi yang sebenar?”
“Kita tidak akan biarkan rakyat terpedaya dengan jawapan bermotifkan politik. Banyak fakta yang yang bercanggah dan perlu diperbetulkan.”
Memang rakyat dah celik…sapa yang betul, sapa yang tak betul….rasanya rakyat lebih cerdik dari Bashah…
Dalam buku tu, apa yg dah buat depa habaq…yg tak buat (makna yg tak capai apa yg janji) pun depa habaq….dok tak kena lagi tu….
Bila baca komen Bashah, komen yang tidak membina dan tidak dapat merangang pemikiran rakyat….dia kata ni adalah jawapan yang bermotifkan politik….apa yg kata motif politik ni, apa plak yg tak motif politik?????
Kalau ada sebut hina orang, fitnah orang, tuduh orang (macam kes Anwar la), baru nampak mcm ada bau-bau politik….dalam buku ni dok cherita apa yg kerajaan dah buat untuk rakyat, tang mana ada unsur politik….
Bashah kata lagi, UMNO nak terbit buku untuk lawan balik buku Pencapaian Kedah Sejahtera’, sebab nak tunjuk kat rakyat sapa yg ‘hero’ kat Kedah ni….Kita nantikannya….
“Tunjukkan bukti barulah boleh akui peratusan itu. Sesiapa sahaja boleh bercakap tanpa bukti, ianya tidak beri apa-apa makna. Sepatutnya setiap perkara yang dinyatakan perlu disertakan maklumat terperinci dan bukti,”
Maklumat terperinci apa lg Bashah…tlg habaq sat….dia nak terang dan nyata tera mana lagi…ka, dia lambat faham, ataupun dok pening, betul ka apa yg kerajaan Kedah dah buat ni….masa kami perintah 50 tahun pun tak boleh buat sampai tera ni…..
Bukti apa plak, bukannya pi buat report polis….takkan nak bawa mai bukti seketul tunjuk kat rakyat…macam buat Insaniah di Kuala Ketil, takkan nak bawa bangunan tu jaja merata tempat….macam duit kafalah, nak tunjuk bukti apa lagi??? Ramai orang kampung dah dapat duit tu….kes rasuah, SPRM pun tak dad ok dakwa pegawai atau pemimpin Kedah, memang dah terang lagi nyata, nak tunjuk surat pengesahan SPRM kat Bashah, baru dia percaya ka???? Hasil balak, audit negara pun dah puji Kedah, Bashah dok tak percaya lagi….nak bawa mai kayu balak kat dia tengok sebagai bukti ka???? Kedah dah jadi pengeluar nangnas Kedua di Malaysia, lepas Johor….kalau Bashah nak tengok bukti, pi la ziarah-ziarah ladang nangnas nu….banyak lg la kalau nak cherita ni…..
admin - nah hangpa pon d/load dan baca mana tau hangpa pon boleh penin sama macam mat bashah tuuu....
KLIK GAMBAQ TUU..







