Ini sahabat saya, Ahmad Hafiz Zakaria. Pernah tinggal serumah selama 2 tahun, apa yg dapat saya rumuskan beliau adalah seorang yg berseni, radikal dan lantang bersuara/berkarya. Maka apabila beliau upload gambar memegang bendera Israel BERPANGKAH di Himpunan Rakyat #KL112 semalam, saya tidak hairan kerana itulah Apih yg dikenali.
Namun apabila blog2 pencacai pakat sebar pic beliau dan bendera Israel TANPA PANGKAH, itu ternyata memfitnah dan memberikan tohmahan terang2an melalui skill photoshop picisan. Sila jengah blog yang buat fitnah tersebut :
P/S: Saya tak join sebarang perhimpunan rakyat, tapi saya juga tidak tengok Buletin Utama. Semalam saya balik jenguk Mak Abah lagi bermakna.
No comments:
Post a Comment