Thursday, November 1, 2012

Kitaran Ekonomi : kerajaan bayar sewa kepada diri mereka sendiri.

Hot : Sewa rumah PM dan TPM RM49juta setahun.

Ramai yang kurang arif apabila melihat angka-angka besar yang melibatkan perbelanjaan perdana menteri malaysia. Sebenarnya kos ini adalah munasabah. Kerana ia membantu ekonomi syarikat bumiputera. Walaupun ramai yang tertanya-tanya apakah relevantnya membina putrajaya dan kemudian nya terpaksa membayar sewa rumah perdana menteri tiap-tiap bulan, aku percaya mereka ada jawapan yang tersendiri.
Contohnya begini, ko ada tapak. Ko bagi tapak ko kat orang untuk dia bina rumah. Kemudian tiap-tiap bulan ko bayar sewa rumah yang dibina atas tapak ko. Ini memang bagus + bijak + bernas + pandai + cemerlang kerana bukan semua pemimpin mampu melakukan hal ini. Tahniah kerajaan malaysia. Baca bawah ;

Kerajaan membelanjakan hampir RM49 juta setahun untuk membiayai kos kediaman rasmi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.
Lebih tepat, sejumlah RM48,789,115.03 dibelanjakan termasuk kos sewa, kos baik pulih, bil elektrik dan bil air.
Perkara itu dimaklumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamad Nazri Aziz dalam jawapan bertulisnya terhadap soalan Siti Zailah Mohamad Yusof (PAS-Rantau Panjang).
Zailah dalam soalannya mahu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyatakan jumlah kos tahunan yang terpaksa ditanggung kerajaan bagi membiayai kedua-dua rumah pemimpin negara itu bermula tahun 2006 hingga 2010.
Dalam perincian jawapan yang diberikan itu, Nazri menjelaskan kos sewa untuk dua kediaman rasmi itu adalah berjumlah RM32,972,115.55, kos baik pulih RM3,581,744.78, bil elektrik RM10,267,868.15 dan bil air RM1,967,386.55 untuk satu tahun.
Mengulas jawapan kerajaan itu, Zailah ketika ditemui di Parlimen hari ini berkata, rakyat perlu menilai bagaimana kehidupan pemimpin mereka dalam keadaan rakyat disuruh berjimat.
"Kita boleh tengok, rakyat disuruh berjimat, tapi pemimpin negara belanja kos rumah sahaja hampir RM50 juta setahun," katanya.

Sozcyili : Telan air liur je.. 

Sewa kediaman rasmi PM dan TPM bermaksud membayar sewa kepada kerajaan. Ini bermaksud kerajaan bayar sewa kepada diri mereka sendiri. Ini dipanggil kitaran ekonomi.

Hahahaah

Komen yang admin baca di dalam blog ==> http://sozcyili.blogspot.com/2011/06/rm49-juta-biaya-rumah-pm-tpm.html

Kjaan Negeri : ‘Program Sawah Gemilang’ program tingkatkan hasil padi


ALOR SETAR - ‘Program Sawah Gemilang’ yang dilaksanakan oleh Jabatan Pertanian Negeri Kedah adalah langkah terbaik dalam usaha meningkatkan pengeluaran hasil tanaman padi yang diusahakan oleh petani-petani di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Perumahan, Kerja Raya, Pertanian dan Industri Asas Tani, YB. Dato’ Ir. Amiruddin Hamzah berkata, Jabatan Pertanian Negeri Kedah telah melaksanakan Program Sawah Gemilang di Projek Kelompok Padi Kampung Tanjung Belit, Sik.

“Daerah Sik merupakan daerah pertama melaksanakan program ini di negeri Kedah. Peserta yang terlibat di dalam melaksanakan projek berkelompok ini adalah seramai 16 orang dengan keluasan 28 hektar,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada majlis Konvensyen Peladang Peringkat Negeri Kedah Tahun 2012 di Dewan Seri Mentaloon, di sini.

Menurutnya, dengan usaha gigih di kalangan peserta projek berkelompok berkenaan serta pelaksanaan Sistem Pengembangan Teknologi Pertanian (SPTP) oleh Jabatan Pertanian, projek ini mampu mencapai pengeluaran hasil antara tiga hingga enam tan sehektar.

“Kita mendapati infrastruktur di kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) seperti sistem pengairan diberi perhatian yang sewajarnya oleh kerajaan dalam usaha membantu petani-petani,” katanya.


Walaubagaimanapun, katanya, Kerajaan Negeri meminta agar kerajaan memberi fokus kepada infrastruktur yang sedia ada di kawasan luar MADA.

“Ini kerana petani-petani di kawasan luar MADA juga memerlukan perhatian daripada kerajaan sepertimana petani-petani di kawasan MADA dengan sistem pengairan yang lebih baik dan sempurna,” jelasnya.

Tambahnya, ‘Projek Ladang Gemilang’ turut dijalankan di negeri ini dengan keluasan sebanyak 203 hektar melibatkan seramai 296 peserta.

“Projek Ladang Gemilang ini dijalankan di Daerah Kubang Pasu, Sik, Baling dan Langkawi dalam usaha meningkatkan hasil pertanian,” katanya.

YB. Amiruddin memberitahu, Kedah Agro yang merupakan anak syarikat Kerajaan Negeri diberi tanggungjawab dalam memberi tumpuan kepada menjayakan usaha merakyatkan projek pertanian.

“Sebelum ini, Sime Darby tidak mahu lagi terlibat dengan projek tanaman jagung manis di Bukit Tangga dan menyerahkan semula kepada Kerajaan Negeri. Oleh itu, kawasan berkenaan telah ditanam dengan tanaman nenas seluas 200 ekar,” katanya.

YB. Amiruddin menjelaskan, di kawasan berkenaan juga turut ditanam dengan tanaman betik sekaki seluas 600 hektar serta tanaman kelapa pandan dan kelapa matag seluas 700 hektar.

“Sehingga kini, sebanyak 1,252 hektar tanah milik Kerajaan Negeri diusahakan dengan pelbagai jenis tanaman menjelang tahun 2015 dan kita juga turut memulihkan semula tanah terbiar dengan menjalankan projek tanaman buah-buahan,” katanya.

Kempen ‘Satu Rumah 10 Pokok Buah-buahan’ adalah langkah berkesan dalam usaha meningkatkan hasil pendapatan di kalangan penduduk di kawasan luar bandar.

“Kita mendapati nangka madu, nangka mastura dan nangka tekam yelo banyak ditanam oleh penduduk melalui kempen yang dijalankan itu,” ujarnya.

Kerajaan Negeri, jelasnya, akan merasmikan semula Pusat Pengumpulan Produk Pertanian di Sungai Petani pada bulan November 2012.

“Kita juga akan menghidupkan semula projek penternakan ikan air tawar di terusan-terusan MADA di negeri ini dan kita juga mendapati projek penternakan ikan air tawar ini masih lagi dijalankan di Tokai dalam Daerah Pendang,” katanya.

Menurutnya, Konvensyen kali kedua ini diadakan sebagai bukti komitmen Kerajaan Negeri untuk mengangkat bidang pertanian di negeri ini ke tahap yang lebih baik selaras dengan konsep Belanda Timur yang dilancarkan beberapa tahun lalu.

“Dalam konvensyen ini juga, peserta-peserta juga turut diberikan penerangan mengenai siput gondang emas yang menjadi musuh utama kepada tanaman padi di negeri ini,” ujarnya.

Melalui inovasi dan kajian yang dilakukan, katanya, mendapati bahawa siput gondang emas yang menjadi musuh tanaman padi boleh dijadikan sebagai makanan kepada binatang ternakan.

Tambahnya, Kerajaan Negeri juga berharap lebih banyak kejayaan dapat dicapai khasnya dalam industri buah-buahan, akuakultur dan memproses produk makanan kerana potensi pasaran yang sangat baik.

“Semoga Konvensyen Peladang yang diadakan pada kali ini dapat memberi maklumat yang terkini serta membolehkan warga peladang, penternak dan nelayan bertukar fikiran bagi memajukan bidang masing-masing,” jelasnya.

Turut hadir dalam majlis itu ialah Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) merangkap Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN), Dato’ Haji Khazali Haji Din dan Pengarah Jabatan Pertanian Negeri Kedah, Encik Ismail Salleh.

PENCERAHAN TENTANG ISU PAS KEDAH BOIKOT PROGRAM PIMPINAN PUSAT


Salam ,

Penerangan PAS Kedah terpanggil untuk membuat penjelasan tentang satu artikel yang diterbitkan di Kedahlanie"Dalam PIMPINAN PAS KEDAH ada manusia yang berhati 'HITAM''klik sini

Betulkah PAS Kedah sabotaj Ahli pergi ke Himpunan Kebangkitan Rakyat 3 November di Negeri Sembilan??

Ini PENCERAHANNYA :-

1. Ijtimak PAS Kedah adalah program tahunan menjelang Muktamar PAS bagi membolehkan ahli parti memberi pendapat,teguran,saranan dan cadangan yang perlu untuk dibahas dalam Muktamar 16-18 November nanti.Ia juga sebagai medan muhasabah ahli dan pimpinan menjelang PRU tak lama lagi.

2.Himpunan Kebangkitan Rakyat peringkat negeri akan diadakan pada 7 Disember 2012 seperti yang diputuskan oleh Sekretariat Pakatan Rakyat  seperti berikut :-


                                       
3.Surat pengarahan oleh Dato' Setiausaha Agung bertarikh 29/10  menyebut beberapa negeri yang berdekatan Negeri Sembilan  untuk hadir memeriahkan program 3/11 nanti



4.Bagaimana tuduhan sabotaj timbul sedangkan PAS Kedah telah buat kenyataan akhbar memberi komitmen untuk menghantar 50,000 ahli ke Himpunan Kebangkitan Rakyat di Bukit Jalil pada tarikh tersebut yang ditangguhkan oleh Sekretariat:-
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Pas Kedah sedia gempur Stadium Bukit Jalil 3 Nov
WARTAWAN SINAR HARIAN
5 Oktober 2012
ALOR SETAR - Pas Kedah bersedia menggerakkan seramai 50,000 ahli parti pelbagai peringkat untuk bersama menuntut pilihan raya yang bersih, di Stadium Nasional, Bukit Jalil, 3 November depan.
Setiausahanya, Musoddak Ahmad berkata, program yang dirancang Pakatan Rakyat (PR) itu adalah sebagai menyahut seruan Timbalan Presiden Pas, Mohammad Sabu dalam usaha PR menuntut pilihan raya yang adil ekoran usaha tuntutan Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih 3.0) masih gagal dilaksana.
“Selepas perhimpunan Bersih 3.0, kita masih tidak nampak usaha yang dibuat oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Pas Kedah akan berusaha menghimpunkan seramai ahli yang boleh untuk sama-sama menuntut beberapa perkara yang masih tidak diendahkan,” katanya.
Menurutnya, pihaknya akan membentuk satu Jawatankuasa Khas Mobilisasi Himpunan Kebangkitan Rakyat Peringkat Negeri Kedah bagi mengemudi pergerakan ahli ke himpunan tersebut.
“Kesemua ahli yang akan ke himpunan itu akan berkumpul di satu tempat yang bakal dimaklumkan kelak dan bergerak secara konvoi ke lokasi program pada 2 November,” katanya.
Musoddak berkata, beberapa program turut diatur dalam masa terdekat bagi memobilasi dan menyampaikan maklumat berkenaan himpunan itu kepada ahli Pas di seluruh Kedah.
“Saya mengalu-alukan penyertaan ahli parti, dan saya berkeyakinan ahli Pas Kedah akan memberi komitmen tinggi untuk menyertai himpunan itu,” katanya.
Dianggarkan sejuta orang akan hadir dengan tema pakaian berwarna kuning.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
4..Sekali lagi PAS Kedah menegaskan bahawa ahli adalah BEBAS untuk hadir ke mana-mana program Parti sekiranya ada pertembungan tarikh mengikut Awlawiyat masing-masing.
Semoga pencerahan ini dapat memadam api fitnah yang melanda dan semoga Allah mengampuni dosa hambaNya.
Siiru A'la Barakatillah.
Kepada Allah Kami Menyembah dan KepadaNYa kami memohon pertolongan.

MB Kedah tidak akan bela pegawai rasuah

NURUL FATIHAH SULAINI
1 November 2012
ALOR SETAR - Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak menegaskan bahawa beliau sama sekali tidak akan membela mana-mana pegawai kerajaan yang terlibat dengan sebarang kegiatan rasuah.

Menurutnya, Kerajaan Negeri bersedia untuk disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung isu projek pembalakan dan perladangan di Papua New Guinea, projek lembu serta 99 East di Langkawi.

“Biar dia (Tan Keng Liang) buat laporan, saya tak mau layan dah. Kita akan bagi kerjasama dengan SPRM, lagipun sudah banyak kali mereka datang.

“Tak kan kamu pegawai SPRM sekarang ini? Kamu wartawan…biar SPRM yang tanya,” katanya kepada media selepas mempengerusikan mesyuarat exco di Wisma Darul Aman, di sini, semalam.

Beliau juga bersedia untuk memberi kerjasama sepenuhnya bagi melancarkan sebarang siasatan berhubung dakwaan kemungkinan berlaku salah guna kuasa dan penyelewengan.


“Saya akan terus bagi kerjasama kepada SPRM dan tidak pernah tahan mereka untuk melakukan siasatan. Sudah banyak kali kenyataan saya sebelum ini tidak akan bersama orang yang tak betul (perasuah),” katanya.

Sebelum ini, Ketua Pemuda Gerakan Kedah, Tan Keng Liang membuat laporan SPRM di Putrajaya berhubung isu projek pembalakan dan perladangan di Papua New Guinea.

Keng Liang berkata, banyak keraguan timbul apabila Laporan Ketua Audit Negara 2011 menyebut terdapat pembayaran goodwill (sogokan/penghargaan) kepada vendor bagi kerja-kerja yang dilakukan di Papua New Guinea seperti meneroka tanah, melobi menteri dan tuan tanah.

Laporan Ketua Audit Negara mendedahkan Kedah Corporation Berhad (Kedah Corp), anak syarikat Perbadanan Menteri Besar mengalami kerugian RM13.49 juta selepas pelaburan dalam projek pembalakan dan perladangan di negara itu bernilai RM31.21 juta menemui kegagalan.

Dalam perkembangan lain, Azizan berkata, Kedah antara negeri Pakatan Rakyat (PR) terawal yang mendesak Kerajaan Pusat menangguhkan pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES).

“Sejak dari awal lagi kita buat (minta tangguh) berbanding orang lain. Sepatutnya buat taklimat dulu baru buat keputusan, ini lepas buat keputusan baru nak adakan taklimat.

“Semua negeri PR iaitu Kedah, Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang tolak (AES). Hari ini Ketua Pemuda Umno pula suruh tangguh. Dia (Khairy Jamaluddin) baru bangkit tidur,” katanya.

Dalam pada itu katanya, peruntukan Bajet 2013 dalam kebanyakan sektor akan ditambah.

Kedah : Skandal KCB di zaman BN lebih dahsyat

Oleh ZULKIFLI YAHAYA

Pendedahan oleh Ketua Audit Negara mengenai pelaburan anak syarikat kerajaan negeri iaitu Kedah Corporation Berhad (KCB) dalam sebuah syarikat yang menjalankan perniagaannya di Papua New Guinea (PNG) menjadi bahan cuba disensasikan oleh pihak pembangkang di Kedah, setelah perniagaan tersebut gagal di tengah jalan. Kerajaan negeri dikatakan mengalami kerugian yang agak besar.

Ada yang menyebut jumlah jumlah kerugian atau penyelewengan adalah sebanyak RM134 juta. ‘Angka itu dipetik dari buku laporan audit, takkan audit nak menipu?’ mereka berhujah. UMNO memang terbukti sangat pakar kalau dalam bab menipu orang kampung. RM134 juta (USD44 juta) bukanlah jumlah kerugian atau penyelewengan. Ia adalah jumlah pinjaman yang dibuat oleh KCB dengan Capital Investment Agency berpusat di London untuk membiayai mengambilalihan 70% kepentingan dalam Mas Incorporated (PNG) Ltd. yang berjaya memperolehi kawasan pembalakan di PNG. Ia juga bagi membiayai aktiviti lain KCB.

Bagaimanapun pinjaman ini telah dibatalkan pada Januari 2010 setelah Jawatankuasa Penilaian yang dilantik oleh Perbadanan Menteri Besar Kedah (PMbKed) mendapati pinjaman dan penglibatan dalam perniagaan di PNG akan menambahkan beban dan risiko kepada syarikat. Jawatankuasa ini juga mengsyorkan KCB menamatkan perniagaan mereka di negara itu memandangkan suasana tidak menentu dalam prosedur urusniaga dan perjanjian yang dimeterai. Jawatankuasa itu dianggotai oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri dan Ketua Pegawai Eksekutif PMBKed. Ertinya pinjaman RM134 juta itu tidak berlaku!

Kerugian perniagaan berjumlah RM6.4 juta yang dialami oleh KCB adalah adalah kos pengurusan perniagaan, kos pengurusan pinjaman dan pelaburan awal beberapa syarikat lain yang berhasrat untuk turut serta dalam perniagaan itu. Ianya bukan penyelewengan atau rasuah.

Pelaburan perniagaan di PNG ditamatkan di pertengahan jalan menyebabkan semua modal dan kos pengurusan yang telah dikeluarkan oleh syarikat dicatatkan sebagai pelaburan yang tidak sempat mendatangkan pulangan. Tindakan ini dibuat setelah mendapat syor daripada Jawatankuasa Penilaian untuk mengelak risiko yang lebih besar kepada syarikat dan kerajaan negeri.

Ketua Pegawai Eksekutif yang dilantik selepas Mac 2008, yang menjerumuskan KCB dalam masalah di PNG telah ditamatkan perkhidmatan pada 2010 dan beliau menyaman PMBKed kerana penamatan itu yang didakwa melanggar undang-undang (Akta Pekerjaan 1955).

Sebelum dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif KCB, beliau yang juga seorang usahawan sudah terbabit dengan individu dalam MAS Incorporated iaitu Dato’ Manaf untuk menjalankan perniagaan di PNG.

Ada pihak mendakwa KCB telah dimusnahkan oleh peniaga-peniaga yang menjadikan 'penipuan' sebagai modal dalam perniagaan mereka. Mereka bukan orang PAS atau Pakatan Rakyat bahkan ada yang mendakwa bahawa mereka adalah ahli UMNO sewaktu BN berkuasa dahulu. (Namun politik kepartian bukan isunya di sini). Mereka menggunakan 'kelurusan' pengurusan KCB telah menjadikan syarikat dan pemegang saham sebagai mangsa.

Kerajaan Pakatan Kedah yang masih baru dalam selok belok perniagaan antarabangsa masih sempat menghentikan risiko yang lebih besar melalui penglibatan anak-anak syarikat dengan aktiviti perniagaan antarabangsa.

KCB adalah syarikat warisan dari kerajaan BN dahulu. Kalau hendak menilai prestasi KCB sekarang, kena bandingkan juga dengan yang terdahulu. KCB menanggung beban projek Monda (S'pore) Ltd. CEO pada masa itu ialah Dato' Tajul Urus yang juga merupakan Ketua Bahagian UMNO Merbok. Pada 2007 KCB terbabit dalam projek 99East yang bernilai RM1.9 bilion, sedangkan KCB tidak memiliki tanah yang ditawarkan dalam perjanjian. Ia meninggalkan beban kewangan dan reputasi buruk kepada syarikat yang lebih besar berbanding perniagaan di PNG. Anggaran kasar kerugian yang terpaksa ditanggung PKB melebihi RM43 juta, sebahagian besarnya melibatkan pembayaran premium tanah. (Semuanya dijangka terbongkar dalam Sidang Bajet 2013 Dun Kedah November nanti).

Isunya ialah KCB yang sama; mengalami dua kali kerugian. Di zaman Pakatan kerugiannya RM6.4 juta dan di zaman BN kerugiannya melebihi RM43 juta. Yang mana lebih teruk?

Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir mengambil kesempatan untuk menyerang kerajaan negeri dengan dakwaan kononnya kerugian pelaburan di luar negara itu memalukan negara kerana tidak pernah berlaku. Spesis ‘Melayu mudah lupa’ rupanya si Mukriz ini. Lupakah beliau pada skandal BMF di zaman bapanya menjadi PM, penglibatan Bank Negara dan Tabung Haji dalam perniagaan matawang asing yang mengakibatkan kerugian berbilion ringgit, komisyen kapal selam Scorpene, bahkan skandal NFC juga melibatkan pelaburan yang kemudiannya mengalami masalah di Singapura. Apakah itu semua tidak memalukan negara?

Mukhriz juga wajar bertanya kepada diri sendiri bagaimana kerajaan BN sejak berpuluh tahun menguruskan negeri Kedah sehingga kerajaan sekarang terpaksa menanggung beban tindakan mahkamah dalam kes-kes perjanjian perniagaan dengan beberapa syarikat melibatkan RM11 juta dalam kes tanah di Tandop, Alor Setar dan kes sedang menanti di Jerai International Park di penghujung tahun 90-an melibatkan tuntutan kerajaan negeri sebanyak RM60 juta. Apakah Mukriz tidak rasa ini memalukan?

Ramai tak ambil peduli himpunan 3 Nov di Seremban?

Oleh Ahmad Lutfi Othman

Siri demonstrasi aman, perhimpunan raksasa atau perarakan besar-besaran menuntut proses pilihan raya yang bersih dan adil, sejak kali pertama diadakan pada November 2007, sememangnya mendapat sambutan cukup menggalakkan.

Penyertaan daripada pelbagai lapisan masyarakat semakin meningkat, tanda kesedaran rakyat terhadap tuntutan asas demokrasi itu bertambah terbuka dan menyeluruh. Proses pendemokrasian yang merupakan trend global dan fenomena sejagat tidak mampu disekat lagi. Malah Malaysia seharusnya berada dalam liga teratas bersama negara-negara demokratik yang memberi peluang sepenuhnya rakyat untuk berpartisipasi secara bebas.

Momentum tsunami politik Mac 2008 masih kuat

Dalam himpunan terakhir, Bersih 3.0, pada April 2012, penyertaan masyarakat Tionghua lebih menyerlah, menunjukkan keresahan berdepan pelbagai penipuan dan manipulasi semasa pilihan raya kini dikongsi lebih ramai khalayak. Ia juga bukti nyata bahawa tsunami politik Mac 2008 masih mempunyai momentum yang kuat.

Pemerintahan Najib Razak cuba memberi reaksi positif, dengan melakukan beberapa pembaharuan politik dan berusaha menampakkan imej lebih baik, untuk sedia mendengar kehendak rakyat, meskipun dalam masa sama, tumpuan diberikan bagi memalitkan wajah hodoh buat peserta dan penganjur Bersih.

Iklan tanpa berbayar di TV digunakan sepenuhnya untuk menggambarkan "Bersih Yang Kotor". Malang sekali, kian kerap ia diputar, penonton semakin jelak dan mual. Media baru terutama YouTube menjadi agen paling efektif memaparkan klip video adegan sebenar, menyanggah tohmahan peserta melakukan keganasan.


Bersih juga dipersepsikan seperti kebangkitan rakyat di Timur Tengah (apa salahnya demonstrasi menggulingkan diktator seperti Hosni Mubarak, kan?), untuk menghitamlegamkan lagi pemimpin Pakatan yang bersama dalam perarakan besar-besaran sekitar Dataran Merdeka itu.

Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PAS) terpaksa ditubuhkan, membabitkan wakil Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat; 22 cadangan telah dikemukakan selepas mengadakan siri mesyuarat dan pertemuan awam, termasuk menganjurkan lawatan kerja ke luar negara. Meneliti proposalnya itu, jawatankuasa tersebut seperti mahu menjawab lapan tuntutan utama Bersih, sekali gus menunjukkan kerajaan peka dengan desakan rakyat.

SPR keras kepala pertahan daftar pemilih yang kotor

Namun begitu, senarai daftar pemilih yang cukup meragukan, terutama di kerusi-kerusi tumpuan BN, langsung tidak dibersihkan, malah semakin menimbulkan tanda tanya dengan penemuan dan pendedahan yang mengejutkan. Nama-nama pengundi yang pelik dan aneh muncul, di samping alamat sama dikongsi begitu ramai pemilih, dengan bilangan yang tidak munasabah langsung.

Selain itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tetap dilihat sebagai agensi kerajaan yang terbabit aktif dalam komplot BN bersama Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), pihak polis dan Majlis Keselamatan Negara, bagi mempertahankan Putrajaya dan menawan negeri-negeri yang kini diterajui Pakatan, terutama sekali Selangor.

Tuntutan akses media yang bebas dan adil pula langsung tidak dipedulikan. Pastinya Najib, melalui menteri berkaitan, Dr Rais Yatim akan mengemukakan cadangan seolah-olah Pakatan juga mempunyai ruang untuk berbicara langsung dengan rakyat, sekurang-kurangnya dapat membentangkan manifesto dalam siaran televisyen semasa berkempen nanti (jangan lupa, dengan syarat ketat yang mengikat).

Ia sekadar mahu mengaburi pandangan umum, sedangkan belum pun Parlimen dibubarkan, siaran TV, baik RTM mahupun stesen swasta sudah dipenuhi slot propaganda BN. Saya kira berbanding semasa era Abdullah Ahmad Badawi dan juga Dr Mahathir Mohamad, dakyah politik BN melalui kaca TV begitu ketara sekali di zaman Najib, terutama melalui lagu-lagu dan iklan politik tidak berbayar yang "disamarkan".

Justeru, apabila dimaklumkan satu Himpunan Kebangkitan Rakyat, menyamai Bersih 4.0, bakal diadakan sebelum Parlimen dibubarkan, saya menyokong penuh saranan itu sambil mengharapkan penganjurannya lebih tersusun dan sistematik lagi. Sesunguhnya padang permainan sama rata, dengan peraturan dan pengadil yang adil, harus diwujudkan terlebih dahulu, sebelum wisel ditiup!

Saya mendengar idea awal mengenai perhimpunan mega itu, yang diharapkan mampu mengumpulkan sejuta orang, apabila berkunjung ke pejabat bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadhir, di Seri Kembangan semasa Ramadan lalu.

Target sejuta orang

Kadir secara serius mencadangkan satu perhimpunan besar-besaran Pakatan Rakyat, dengan target menghimpunkan sejuta orang, di sebuah lokasi tertutup, seumpama Stadium Bukit Jalil atau Shah Alam, bagi menunjukkan kesatuan padu parti-parti pembangkang, dan menolak dakyah elit pemerintah yang sentiasa mencari jalan untuk "mengacau-bilaukan" seteru politiknya.

"Ya, kita boleh boleh namakan apa saja, misalnya Bersih 4.0, dan saya boleh menjadi tenaga pentingnya ... Bariskan serentak pemimpin utama Pakatan, dan buat pengisytiharan bagi menamatkan salah faham, khususnya antara PAS dan DAP. Memang selama ini pun, Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng sudah berucap berulang kali mengenai hal itu," tegas Kadir, sambil bertanya apakah saya juga setuju dengan cadangan tersebut.

"Selepas himpunan sejuta di Kuala Lumpur, maka kita akan berpindah ke negeri-negeri, dengan matlamat 100,000 hadirin. Kita perlu himpunan yang mendatangkan impak besar kepada pengundi sebelum PRU13," kata Kadir sambil merujuk kejayaan himpunan Hijau anjuran PAS. "Tapi kali ini ia membabitkan semua parti pembangkang," tambahnya.

Kadir mencadangkan agar himpunan itu memfokuskan kepada tuntutan akses media yang adil dan bebas. Katanya, isu media merupakan antara perkara paling pokok dalam sistem demokrasi dan proses pilihan raya. Ia sama sekali tidak boleh dipandang remeh, katanya, sambil menekankan bahawa maklumat harus sampai ke segenap pelosok tanah air dan setiap pintu rumah.

"Tidak semestinya apabila kita berada di pihak yang benar, seperti dalam isu air di Selangor, maka rakyat secara automatik akan memihak kepada kita sekiranya kempen penerangan atau penjelasan kerajaan negeri tidak disusun dengan baik," ujar Kadir.

Pakatan abaikan gerak kerja penerangan?

"Meneliti propaganda yang dimuatkan khususnya dalam TV, saya harap kita jangan pandang mudah perkara ini. Saya perhatikan, ia juga boleh mempengaruhi penonton, apatah lagi jika dipersembahkan dalam bentuk yang boleh menarik perhatian awam," katanya.

Sekiranya cadangan awal Kadir itu menjadi salah satu pendorong himpunan seumpama Bersih 4.0 digerakkan, bedanya cuma pelancarannya kini dibuat di Seremban Jaya, bukan di Stadium Bukit Jalil, dan ia tidak bertaraf program kemuncak yang mensasarkan sejuta kehadiran.

Namun begitu, ramai mengharapkan Himpunan Kebangkitan Rakyat, Sabtu 3 Nov ini menjadi pencetus terbaik, bukan sahaja bagi meneruskan tekanan dan lobi agar proses pilihan raya berjalan adil, bebas dan bersih, tetapi juga berupaya menyuntik semangat buat petugas Pakatan melakukan pecutan di pusingan terakhir menjelang tarikh pembubaran Parlimen.

Sebahagian rakan-rakan melahirkan keraguan mampukah Seremban menjadi tuan rumah yang dapat mengumpulkan 100,000 orang? Kebimbangan itu bersandarkan kepada promosi dan hebahan yang kurang menonjolkan, malah masih ramai aktivis parti yang tidak mendapat maklumat mengenainya.

Negeri Sembilan dilihat mempunyai keistimewaan tertentu, terutama dari segi kedudukannya yang strategik bagi memberi laluan buat momentum tsunami politik 2008 bergerak ke selatan. Dalam PRU13, Pakatan hanya kekurangan empat kerusi bagi membentuk kerajaan negeri yang baru. Majoriti dua pertiga BN dalam sidang Dun sudah berjaya dipecahkan.

Jangan hanya pentingkan kehadiran jika tiada impak

Meskipun himpunan 3 Nov ini bukannya lanjutan demonstrasi Bersih kerana ia dianjurkan Pakatan sendiri dan tidak melibatkan gabungan NGO seperti tiga perhimpunan terdahulu, saya kira bukan hanya jumlah kehadiran yang perlu dititik-beratkan, tetapi impak terhadap tuntutan membersihkan daftar pemilih dan akses media harus diambil kira.

Berbeda dengan Himpunan Hijau anjuran PAS yang mencapai kejayaan gemilang, terutama di majlis pelancarannya di Stadium Darul Aman, Alor Setar, awal Jun lalu, program di Seremban Jaya Sabtu ini mempunyai objektif lebih khusus, terutama untuk menarik perhatian seramai mungkin rakyat bagi mengenakan tekanan berterusan kepada pemerintah.

Selama ini, dalam keadaan agak uzur, Alhamdulillah, saya tidak pernah absen daripada mengikuti siri perarakan Bersih di Kuala Lumpur. Dan secara peribadi, saya berasa seronok, enjoy dan puas hati, meskipun tidak dapat berada dalam kelompok puluhan ribu demonstran, sekadar menjadi pemerhati di tepi jalan!

Semoga Seremban menjadi saksi, bukan sahaja kepada kemeriahan peserta yang dijangka memakai baju pelbagai warna khas (kuning, oren, hijau dan merah), mewakili tuntutan berbeda dengan hasrat yang sama, tetapi juga kepada tekad membara dan keazaman yang padu setiap rakyat yang mahukan proses pilihan raya negara ini menjadi lebih matang dan demokratik.

Bina banyak lagi hospital pesakit jiwa untuk merawat penyong-penyokong UMNO

oleh Aspan Alias

Nampaknya UMNO semakin hari semakin parah nilainya, sebagai manusia yang disebut oleh agama kita sebagai secantik-cantik kejadian Tuhan. Manusia dari apa keturunan dan agama sekali pun, mempunyai nilai budaya dan cara dan amalan hidup seharian yang baik, sejajar dengan kedudukan mereka sebagai secantik-cantik kejadian Tuhan itu. Masing-masing mempunyai gaya cara hidup masing-masing dan berlandaskan kepada budaya dan agama masing-masing.
Apa yang dilakukan terhadap Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim di masjid Kampung Sungai Darah, Ijok, baru-baru ini melambangkan budaya dan adat sebagai bangsa Melayu yang beragama Islam dinodai dengan terang-terangan. TS Khalid dimaki hamun oleh penduduk di situ yang merupakan penyokong UMNO tegar serta menghalau TS Khalid dengan parang dan pisau. Apa yang dilakukan oleh ‘penjenayah-penjenayah’ ini adalah di luar batas-batas kemanusiaan dan agama. Adat bangsanya tiada, agamanya pun tiada.
Tidak sedap jika hendak kita sebut yang sesiapa yang tidak ada agama dan tidak ada cara hidup seperti manusia itu adalah haiwan. Yang membezakan manusia dan haiwan itu tidak banyak unsurnya. Hanya akal fikiran sahaja yang membezakan haiwan dan manusia. Manusia diberikan akal fikiran sedangkan haiwan tidak ada unsur itu.
UMNO sepatutnya mendidik ahli-ahli dan penyokongnya menjadi manusia yang beradap dan bersopan mengikut batas-batas yang telah ditetapkan oleh bangsa, agama dan bersandarkan kepada disiplin syarak yang tinggi. Apatah lagi semasa kejadian itu Menteri Besar sedang berhenti untuk melakukan interaksi dengan rakyat yang sedang mengadakan korban.
Jika sikap mereka yang melakukan kerja hina itu terhadap Menteri Besar pilihan rakyat itu elok kita bertanya samada kita boleh nampak perbezaan dengan haiwan yang dikorbankan itu dengan mereka yang melakukan kerja yang hanya tergamak dilakukan oleh haiwan? Bagi saya memang tidak ada bezanya di antara mereka yang mengorbankan haiwan korban itu dengan orang yang mengorbankan lembu-lembu ternakan itu. Pendeknya yang mengorbankan dan yang dikorbankan itu sama sahaja darjatnya.
Dalam posting saya yang sebelum ini saya telah menyebut tentang kesihatan pemimpin. Pemimpin yang sihat itu adalah mereka yang berkemampuan untuk melawan nafsu daripada melakukan kerja yang ditegah dan dicegah oleh agama dan Rasulnya. Tetapi dengan apa yang dilakukan oleh penyokong BN terhadap seorang Menteri Besar itu adalah kerja orang yang sudah tidak sihat pemikiran.
Kita semua tahu orang yang mengejar dan menghalau orang lain dengan parang serta senjata tajam itu hanya dilakukan oleh orang yang tidak siuman atau orang gila. Itu sebabnya kita adakan hospital orang gila di Tampoi dan Tanjung Rambutan untuk menahan dan mengubati pesakit-pesakit jiwa ini sehingga mereka sembuh. Rakyat telah berbelanja begitu banyak wang untuk membina pusat-pusat rawatan orang sakit jiwa ini.
Itulah sebanya kita tidak boleh berfikir panjang lagi kali ini dan kita sudah berwajib untuk memasukkan mereka dari penyokong-penyokong parti yang sedang memerintah ini ke dalam wad-wad pesakit jiwa. Tetapi malangnya tidak ada pula peruntukan untuk membina pusat-pusat ini di dalam bajet tahun hadapan yang dibentangkan oleh Najib Razak pada penghujung bulan September yang lalu. Saya mencadangkan supaya setiap negeri di negara ini mempunyai satu cawangan hospital sakit jiwa ini kerana penyokong-penyokong UMNO yang menghidapi penyakit ini ada di setiap negeri. Mereka boleh mengadakan mesyuarat agong tahunan di hospital-hospital ini.
Saya mencadangkan kepada kerajaan supaya membentangkan ‘supplementary budget’ di Parlimen untuk mendapatkan bajet membina pusat-pusat orang sakit jiwa ini. Ini adalah perlu kerana di akhir-akhir ini terlalu ramai manusia yang sedang menghadap penyakit sakit jiwa dan hampir keseluruhan yang menghidapnya adalah dari penyokong-penyokong UMNO di seluruh negara.
Kita takut jika terlalu ramai rakyat yang sakit jiwa ia akan membantutkan pembangunan insan dan manusia seperti yang disebut setiap ketika oleh pemimpin UMNO, sedangkan hampir keseluruhan yang sedang menghidapinya adalah dari penyokong-penyokong mereka sendiri.