Kutipan cukai cecah RM91 bilion
KUALA LUMPUR – Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mengunjurkan kutipan hasil kasar mencecah RM91 bilion pada tahun ini berbanding RM86.475 bilion yang dicapai tahun lalu.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Dr. Mohd. Shukor Mahfar, jumlah kutipan hasil itu bergantung kepada keupayaan pembayar cukai dalam keadaan persekitaran sekeliling termasuk keadaan ekonomi dalam dan luar negara.
“Sasaran anggaran kutipan (kasar) cukai telah ditetapkan Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Razak pada pengumuman bajet Jun tahun lalu.
“Pertumbuhan keadaan ekonomi negara yang kukuh dan penguatkuasaan yang dilakukan oleh LHDN membolehkan kutipan cukai dapat dilakukan dengan baik,” katanya pada majlis ulang tahun ke-15 LHDN di sini semalam.
No comments:
Post a Comment