ALOR SETAR - Penyokong Kedah yang mengadakan bantahan tidak puas hati dengan kekalahan Kedah menentang Felda United minggu lalu, menarik nafas lega apabila pasukan kesayangan mereka berjaya menumpaskan Terengganu 2-1, kelmarin.
Kerancakan pasukan pelawat pada minit pertama menjadikan suasana di Stadium Darul Aman suram.
Percubaan pemain Kedah untuk memuaskan hati penyokong tidak berjaya apabila gol pertama berjaya dimasukkan oleh anak buah Irfan Bakti.
Sepakan yang dibuat pemain Terengganu Reeshafiq Alwi pada minit ke-30 berjaya memberikan gol pertama kepada pasukan pelawat.
Pemain Hijau Kuning, terus mencari peluang gol kemenangan.
Penyokong Kedah akhirnya mampu menarik nafas lega apabila Mohd Khairul Muhymeen memberikan gol pertama kepada penyokong pada minit ke-63.
Belum puas dengan satu gol, Mohd Firdaus Faudzi menggunakan peluang di depan mata dengan memberikan gol kedua selang tiga minit kemudian.
Sementara itu, Pemangku Jurulatih Kedah, Radhi Mat Din berkata, kemenangan pasukan Kedah adalah hadiah kepada ketua jurulatih, Ahmad Yusoff yang banyak berjasa kepada Skuad Kenari.
Radhi berkata, secara sepakatnya kemenangan bermakna yang bukan sahaja kepada peminat, malah ia juga memberi seribu erti kepada ketua jurulatih.
“Rentak permainan yang sebeginilah yang dinantikan daripada pemain dan syukur mereka mampu menonjolkannya,” katanya kepada media selepas tamat perlawanan kelmarin di Stadium Darul Aman.
Radhi berkata, sebelum permainan dimulakan, pemain dinasihatkan agar mengetepikan tekanan yang dialami oleh mereka dan mempamerkan corak permainan yang menarik.

No comments:
Post a Comment