Oleh: Harakahdaily
Arahan baru yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) supaya disertakan salinan kad pengenalan bagi pendaftaran pemilih menimbulkan tanda tanya kepada pelbagai pihak.
Arahan tersebut ternyata semakin menyulitkan urusan pendaftaran pemilih bagi pengundi-pengundi baru yang tidak seharusnya dikeluarkan oleh badan itu, kecuali mempunyai muslihat tertentu.
Sehubungan itu, Ahli Parlimen Pendang, Dr Mohd Hayati Othman (gambar) ingin tahu sama ada arahan tersebut dikeluarkan oleh SPR sendiri atau atas arahan pihak kerajaan.
Menurut beliau, pendaftaran pemilih kini dilakukan oleh PPS dan dalam hubungan ini, PPS sememangnya memainkan peranan penting bagi membantu SPR melaksanakan tanggungjawab itu.
"Tetapi mulai 1 November 2011 (semalam) SPR telah mengeluarkan arahan baru supaya pendaftaran pemilih mestilah disertakan dengan salinan kad pengenalan. Tanpa salinan kad pengenalan, pendaftaran itu tidak akan diterima.
"Adakah arahan itu dikeluarkan oleh SPR sendiri atau kerajaan?" katanya ketika mencelah ucapan penggulungan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Nazri Aziz pada persidangan Parlimen, semalam.
Menurutnya, arahan baru SPR itu amat berbeza berbanding sebelum ini yang hanya memerlukan pendaftaran pemilih mencatatkan segala maklumat yang terdapat di dalam kad pengenalan individu terbabit sahaja.
Menjawab soalan itu, Nazri berkata, arahan tersebut dibuat oleh SPR bagi mengelakkan manipulasi yang akan dilakukan oleh pihak tidak bertanggungjawab.
"Kalau disertakan dengan fotostat kad pengenalan, maknanya pendaftaran yang dibuat itu memang dipersetujui oleh orang itu sendiri untuk didaftarkan sebagai pemilih dan untuk mengundi di kawasan itu," katanya.
Bagaimanapun, beliau tidak dapat memperincikan perkara itu kerana belum mendapat maklumat mengenainya dari pihak SPR dan akan menyerahkan kepada SPR sendiri untuk menjelaskannya nanti.
Manakala Ahli Parlimen DAP ketika bangun mencelah menyuarakan keyakinan bahawa arahan tersebut dibuat atas arahan pihak Kerajaan BN sendiri untuk kepentingan parti itu bagi menghadapi pilihanraya.
Arahan tersebut diyakini dikeluarkan bagi memudahkan pihak BN melakukan penipuan terhadap daftar pemilih, memandangkan tindakan seperti itu kini sudah semakin menjadi-jadi dilakukan oleh pihak BN menerusi pelbagai cara.

No comments:
Post a Comment