Pelanggan kesal bank enggan ganti wang hilang
4 Mei 2012
Seorang pegawai teknologi maklumat sebuah syarikat swasta di sini mendakwa kerugian sebanyak RM4,923 apabila wang yang disimpan dalam akaun bank tempatan di sini dikeluarkan individu tidak dikenali pada Disember lepas.
Mangsa, Andrew Wong Lee Fong, 29, berkata sebanyak lima transaksi pengeluaran dilakukan melalui kad mesin pengeluaran wang automatik (ATM) atas namanya bertarikh 13 hingga 27 Dis di Bangkok, Thailand.
Andrew berkata dalam tempoh itu, kad ATM miliknya tidak hilang dan dia juga tidak pernah melawat negara berkenaan.
"Saya telah mengemukakan segala bukti yang mengesahkan saya berada dalam negara sepanjang tempoh itu kepada bank dan menunggu lebih 90 hari untuk mendapat maklum balas daripada mereka.

"Malangnya pada 20 April lepas, bank mengeluarkan surat menolak permohonan untuk menggantikan kesemua wang yang dikeluarkan individu terbabit," katanya kepada pemberita di Biro Pengaduan Awam MCA di sini hari ini.
Andrew berkata pihak bank juga tidak memberi sebarang alasan dan cuma membalas suratnya dengan menyebut berdasarkan siasatan, pihak bank tidak dapat membuat tuntutan ganti rugi itu.
"Saya kesal dengan sikap pengurusan bank yang seolah-olah bersikap lepas tangan dan tidak serius menangani masalah kecurian duit pelanggannya," kata beliau.
Sementara itu, Timbalan Ketua Biro Pengaduan Awam MCA Pulau Pinang, Lim Thoon Deong berkata biro itu menerima 17 kes seumpamanya yang melibatkan kerugian jutaan ringgit bermula awal tahun lepas.
"Kebanyakan kes yang kami terima melibatkan penipuan kad kredit dan ini adalah kes kedua membabitkan penyalahgunaan kad ATM," katanya.
Lim berkata beliau telah beberapa kali menghubungi jabatan aduan bank itu tetapi panggilannya tidak berjawab dan MCA mendesak supaya Bank Negara dapat campur tangan bagi membantu Andrew mendapatkan kembali wangnya. - Bernama
No comments:
Post a Comment