SUNGAI PETANI – Orang ramai disaran mengawasi penggunaan air dalam aktiviti harian termasuk membersihkan diri dan mencuci pakaian kerana penggunaan air di negara ini dikatakan paling tertinggi di Asia Tenggara.
Lee Tuck Ming, 45, berkata, rata-rata pengguna menganggap sumber air terawat murah dan mudah didapati di mana sikap ini menyebabkan air selalu dibazirkan.
Menurutnya, kajian Malaysian Water Industrial Guide dan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara pada 2008 menunjukkan rakyat Malaysia menggunakan secara purata 205 liter air sehari untuk setiap individu.
“Mentaliti masyarakat yang sudah biasa menggunakan sumber air untuk kegunaan harian yang beranggapan bahawa kita tidak mungkin hadapi krisis air perlu diubah,” katanya kepada Sinar Harian.
Menurutnya, pengguna di negara ini perlu sedar bahawa Malaysia paling banyak menggunakan air berbanding negara Asia Tenggara lain dan ini menunjukkan satu langkah perlu digubah bagi mengatasi masalah ini.
“Pelbagai langkah boleh dilakukan termasuk mengguna dan mengitar semula sisa air bersih, penggunaan alat penjimatan air seperti pam tandas dwifungsi dan alat pancuran jimat air,” katanya.
Sementara itu, Shafawati Muhtar, 26, berkata, langkah terbaik adalah dengan memberi pendidikan kepada orang ramai berkenaan penjimatan penggunaan air yang sepatutnya dimulakan dari rumah.
“Setiap pengguna perlu diingatkan supaya dapat menggunakan air secara efisien pada tahap domestik selain mengetahui kaedah kitar semula yang mudah dan praktis seperti penggunaan air terpakai di rumah.
“Selain itu, pendidikan dan kesedaran pengguna mengenai air dan cara mengenal pasti corak penggunaan air serta aktiviti yang menyebabkan pembaziran juga boleh diberi penekanan,” katanya.
Syamimi Syafawani Kamaruddin, 26, berkata, penjimatan penggunaan air perlu dijalankan supaya masyarakat sedar selain mengelakkan pembaziran terhadap sumber berkenaan.
“Sikap menggalakkan penjimatan air boleh mengurangkan pencemaran, menggalakkan pemeliharaan sumber air dan menanam sifat tanggungjawab dalam kalangan masyarakat serta komuniti harus dilaksanakan seperti yang diisytiharkan setiap 22 Mac sebagai Hari Air Sedunia,” katanya.

No comments:
Post a Comment