PENDANG – Lembaga Pertanian Muda (Mada) menyarankan supaya peladang mengambil langkah menanam pokok mempelam di kawasan tanah mereka yang berada dalam perkhidmatan Mada jika tanah mereka tidak sesuai untuk tanaman padi.
Pegawai Hal ehwal Ekonomi Seksyen Tanaman Komersial Ibu Pejabat Mada Alor Setar, Hamzah Din berkata, mana-mana peladang yang mempunyai tanah terbiar disarankan menanam pokok mempelam memandangkan ia dapat menjana pendapatan lumayan.
Menurutnya, peladang yang merasakan tanah mereka tidak sesuai untuk tanaman padi dipelawa menghadiri kursus kelompok bawah program perpindahan teknologi dengan membuat lawatan dan latihan untuk mengendalikan tanaman mempelam.
“Pada masa kini seramai 979 peladang menyertai program ini dalam wilayah masing-masing iaitu wilayah I (Perlis) sebanyak 178 peserta, wilayah II (Jitra) sebanyak 442 peserta, Wilayah III (Pendang) sebanyak 76 peserta dan wilayah IV (Kota Sarang semut) sebanyak 283 peserta.
“Keseluruhan kawasan kelompok mempelam adalah 209.12 hektar dan masing-masing peladang mengusahakan secara individu melalui kelompok ini memperoleh hampir RM8,000 semusim,” katanya kepada Sinar Harian ketika membuat lawatan ke Ladang Mempelam Tobiar, semalam.
Hamzah berkata, beliau yakin tanaman itu dapat menjana pendapatan para peladang kerana mengikut rekod sebanyak 300 peladang yang mengusahakan tanaman mempelam ini memperoleh sumber pendapatan sebanyak RM2,000 sebulan.
“Tanaman mempelam ini adalah tanaman kedua selain tanaman padi dan saya berharap peladang tidak terus membiarkan tanah mereka bawah perkhidmatan Mada dibiarkan begitu sahaja.
“Peladang yang mengusahakan tanaman mempelam ini tidak perlu bimbang dan risau mengenai pasaran kerana jika mereka gagal memperoleh pasaran, pihak Mada akan membeli kembali buah mereka dengan harga RM2 sekilo,” katanya.
Sementara itu, beliau berkata, ada juga pengusaha tanaman itu yang tidak menjadi ikutan mereka dengan tidak mengikut langkah dan jadual yang ditetapkan Mada.
Katanya, beliau berharap peladang mengambil peluang ini memandangkan Mada mensasarkan sebanyak 5,000 benih pokok yang bakal diedarkan pada tahun ini memandangkan pada tahun lalu permintaan terhadap anak benih pokok ini melebihi sasaran kepada 650 pokok.

No comments:
Post a Comment