Tuesday, March 8, 2011

Persiapan terakhir sebelum Sambutan 3 Tahun Kedah Sejahtera

ALOR SETAR, 8 Mac 2011 - Dua hari menjelang majlis perasmian Sambutan 3 tahun Kedah Sejahtera, persiapan nampaknya telah memasuki fasa terakhir.

Menurut Pengarah program, Encik Musoddaq Ahmad, lebih 90 peratus kerja persiapan telah dibuat dan pihak penganjur setakat ini tidak menemui sebarang masalah besar.

“Semua pihak, baik jabatan kerajaan, GLC, NGO mahupun pihak swasta telah memberikan kerjasama yang terbaik bagi menjayakan program besar ini.

“Kita telah mengadakan tiga kali mesyuarat induk dan lebih 20 kali mesyuarat peringkat teknikal,” ujarnya.

Program Sambutan 3 Tahun Kedah sejahtera yang diadakan di perkarangan Stadium Darul Aman bermula 10 hingga 14 Mac itu, telah menyediakan pelbagai program yang mengundang penglibatan semua lapisan rakyat negeri Kedah.

Program akan dirasmikan oleh YAB Menteri Besar pada 10 Mac 2011 jam 9.00 malam

No comments:

Post a Comment