SUNGAI PETANI – Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah menyusuri Sungai Merbook, pada hari kedua lawatan rasmi baginda ke negeri Kedah.
Manakala Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong mempunyai acara berasingan.
Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong bersama-sama Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Tuanku Sultanah Kedah berkenan berangkat ke Sungai Merbok bagi melihat keindahan alam semula jadi di kawasan sekitar.
Ketibaan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong pada jam 10.30 pagi disambut dengan murid-murid sekolah yang berbaris dari simpang jalan besar ke jeti tersebut.
Selain itu, rakyat tempatan turut hadir bagi melihat baginda dari dekat.
Sejurus tiba, baginda berkenan melawat Muzium Paya Bakau serta dipersembahkan dengan tayangan video mengenai paya bakau.
Selepas itu, baginda bersama-sama KDYMM Tuanku Sultanah serta isteri-isteri pembesar berangkat menaiki bot menyusuri Sungai Merbok bagi melihat rimba bakau yang berusia ratusan tahun.
No comments:
Post a Comment