Bagaimanapun, Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berhasrat merujuk perkara itu kepada Exco Perumahan, Datuk Ir Amiruddin Hamzah terlebih dahulu sama ada tindakan Keng Liang itu melanggar OSA.
“Saya perlu dapatkan laporan daripada Amiruddin dahulu. Jika dokumen yang didedahkan itu adalah dokumen rahsia Kerajaan Negeri, Keng Liang boleh dikenakan tindakan bawah OSA kerana melanggar akta itu,” katanya.
Menurutnya, walaupun pada awalnya kenyataan untuk mengambil tindakan OSA terhadap Keng Liang hanya gurauan, beliau tidak teraga-kagak mengambil tindakan jika terbukti ia menyalahi OSA.
Azizan berkata, pihaknya akan mengumumkan pendirian sama ada perlu mengambil tindakan OSA terhadap Keng Liang, selewat-lewatnya minggu depan.
“Amiruddin dijangka pulang dari luar negara minggu depan, biarlah kami bincang sebelum buat keputusan. Buat masa ini, Kerajaan Negeri tidak akan bertindak selagi belum mendapat gambaran sebenar daripada Amiruddin kerana beliau yang bertanggungjawab dalam merangka draf berkenaan,” katanya.Keng Liang sebelum ini mendedahkan mengenai syarat baru draf dasar perumahan negeri berhubung kuota rumah mampu milik termasuk rumah kos rendah dinaikkan kepada 60 peratus serta sekatan terhadap pemilikan rumah oleh ‘orang luar’ di daerah Kuala Muda dan Kulim.
Ketika dihubungi, Keng Liang berkata, jika Azizan beranggapan beliau melanggar akta OSA, beliau bersedia berdepan tindakan termasuk laporan polis berhubung tindakannya itu.
“Ketika pertama kali saya mendapat maklumat mengenai draf itu, saya sudah pun meneliti dari aspek perundangan termasuk sama ada ianya melanggari peraturan atau sebaliknya.
“Difahamkan, itu bukan dokumen sulit kerajaan kerana sudah dibuat penjelasan kepada mereka yang terlibat dalam industri perumahan,” katanya.
“Difahamkan, itu bukan dokumen sulit kerajaan kerana sudah dibuat penjelasan kepada mereka yang terlibat dalam industri perumahan,” katanya.
Menurutnya, tindakannya mendedahkan draf perumahan baru itu adalah untuk membuka mata rakyat berhubung syarat baru perumahan yang bakal dikuatkuasakan.
“Ia membabitkan kebajikan dan kepentingan rakyat Kedah, sebab itu saya dedahkan supaya rakyat dapat memberi maklum balas sebelum ia dilaksanakan,” katanya.
“Ia membabitkan kebajikan dan kepentingan rakyat Kedah, sebab itu saya dedahkan supaya rakyat dapat memberi maklum balas sebelum ia dilaksanakan,” katanya.
Keng Liang berkata, beliau akan terus membangkitkan isu untuk kebaikan rakyat di negeri ini walaupun sebelum ini diugut diambil tindakan bawah OSA.
“Tindakan Azizan yang seolah mengugut saya apabila menyuarakan isu rakyat adalah tidak beretika," katanya.
No comments:
Post a Comment