BN hanya tunai 7.25% janji sepenggal
Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menyifatkan dakwaan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kononnya kerajaan Barisan Nasional (BN) berjaya menunaikan lebih daripada 87 peratus janji yang dibuat sejak daripada pilihan raya umum pada 1959 ketika di bawah Parti Perikatan sebagai bukti kegagalan Umno.
"Kalau Zahid hendak sangat bermain dengan angka, 87 peratus dibahagikan dengan 12 kali pilihan raya, maknanya hanya 7.25 peratus janji kerajaan BN atau Perikatan yang ditunaikan setiap penggal.
"Ia bermakna Pakatan Rakyat (PR) lebih banyak menunaikan janji sebab Zahid yang kata kerajaan negeri di bawah PR hanya menunaikan kurang 15 peratus daripada keseluruhan janji yang dibuat dalam satu penggal pilihan raya.
"Kurang 15 peratus mungkin 14 peratus dalam satu penggal pilihan raya dan ia jelas lebih banyak dari hanya 7.25 peratus janji yang ditunaikan oleh kerajaan BN atau Perikatan dalam satu penggal pilihan raya . Itu kalau Zahid hendak sangat bermain angka," kata Mahfuz.
Di sisi yang lain pula, kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu, dakwaan Menteri Pertahanan mengenai peratusan janji yang ditunaikan oleh BN itu hanya akan menjadi bahan ejekan dan cemuhan rakyat.
"Rakyat yang berbangsa Melayu akan mempersoalkan apa guna dakwaan Zahid yang belum tentu betul itu kalau rekod dalam dalam tahun 1995 sahaja menunjukkan hampir 44 peratus daripada jumlah asal tanah rizab Melayu terlepas dari tangan orang-orang Melayu," kata Mahfuz.
Menurut beliau, tanah rizab Melayu berjumlah tiga juta hektar pada tahun 1957 merosot kepada 1.7 juta hektar pada tahun 1995, iaitu hampir 44 peratus daripada jumlah asal.
[Read More]
No comments:
Post a Comment