
ALOR SETAR – Kerajaan Negeri Kedah sentiasa prihatin dan ‘mendengar’ masalah rakyat negeri Kedah apabila menaiktaraf dan membaiki lampu jalan yang sedia ada di kawasan sekitar Alor Setar agar dapat menjamin keselamatan dan keselesaan penduduk setempat.
Exco Industri & Pelaburan, Perumahan, Kerja Raya, Pertanian & Industri Asas Tani, Bioteknologi,YB Dato’ Ir Amiruddin Hamzah menjelaskan bahawa penambahan lampu jalan sekitar Jalan Simpang Kuala telah dilaksanakan di bawah Program Bandar Selamat dan pembaikan lampu jalan sedia ada di Jalan Alor Mengkudu yang mengalami kerosakan kabel juga telah diperbaiki.
Beliau menjelaskan dalam jawapan bertulis ketika menjawab pertanyaan daripada ADUN Kota Darulaman, YB Encik Lee Guan Aik berkenaan dengan usaha kerajaan negeri dalam menghadapi masalah lampu jalan di sekitar Alor Setar, semasa Mesyuarat ke Tiga Penggal ke Empat Dewan Undangan Negeri ke 12.
“Manakala, kerosakan berulang lampu di Jalan Lebuhraya Sultan Abdul Halim masih belum dapat diatasi sepenuhnya kerana kabel sedia ada telah melebihi kapasiti kuasa dan perlu pengantian baru.
“Cadangan untuk meniktaraf berjumlah RM2 juta telah dikemukakan kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan,” jelasnya.
Tambahnya lagi, selain itu, pemasangan lampu di kawasan sekitar Menara Pandang Tanjung Chali telah dipasang semasa pembinaan menara tersebut.
Namun begitu, disebabkan oleh aktiviti vandalisma dan kecurian tiang-tiang lampu serta kabel, maka kawasan tersebut menjadi gelap. Melalui peruntukan kerajaan negeri pada tahun 2011, pemasangan lampu persisiran sungai dari hadapan Medan Raja hingga ke Pekan Cina telah dilaksanakan.
“Dijangkakan fasa berikutnya dapat dilaksanakan pada akhir tahun 2012 bergantung kepada kelulusan peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan,” ujarnya.
No comments:
Post a Comment