Wednesday, January 9, 2013

Apa kata Mat Rempit yang kita tahan nie wajibkan mereka DERMA DARAH..!!

Lebih 20 mat rempit disaman
Wartawan Sinar Harian
9 Januari 2013
Lebih 20 mat rempit disaman
Anggota trafik turut membuat pemeriksaan terhadap penunggang motosikal di pekan Kulim.
 
LUNAS - Anggota polis trafik menahan lebih 40 penunggang motosikal kerana menunggang secara berbahaya di Lebuh Raya Butterworth Kulim (BKE) dalam Ops Cegah Lumba Haram yang bermula jam 2.30 pagi kelmarin.

Ketua Trafik Kulim, Asisten Superintendan Ismail Ayob berkata, kebanyakan mereka yang ditahan terdiri dalam kalangan remaja berusia 19 tahun ke bawah.

Menurutnya, polis turut mengeluarkan lebih 20 saman melibatkan pelbagai kesalahan antaranya tidak mempunyai lesen memandu yang sah, cukai jalan motosikal tamat tempoh dan ubah suai motosikal tanpa kebenaran.

“Trafik turut menahan empat remaja lelaki berusia 15 dan 16 tahun yang masih bersekolah kerana menunggang motosikal dengan laju.

“Seorang remaja berusia 16 tahun mengaku membeli alat ganti motosikal curi RM150 untuk sebuah motosikal Honda daripada seorang rakan dua bulan lalu,” katanya.

Ismail berkata,  golongan remaja dinasihatkan supaya jangan menunggang motosikal dengan laju kerana membahayakan diri mereka sendiri.

“Sehingga kini kebanyakan kemalangan maut melibatkan golongan remaja dan punca kemalangan berpunca daripada kelalaian mereka,” katanya.

ADA CADANGAN NIE :

jangan saman je.bawak ke hospital wajibkan mat2 rempit ni derma darah sebab diorang nilah yang banyak guna darah bila berlaku eksiden....

No comments:

Post a Comment