Friday, January 11, 2013

Lingkup duit KWSP & KWAP sebanyak RM75juta dek penangan saham FGV

KWSP, KWAP rugi RM75 juta beli saham FGV

KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP) didakwa mengalami kerugian atas kertas yang dianggar RM75 juta ekoran pembelian saham Felda Global Ventures Holding (FGVH).

Pengerusi Biro Pelaburan dan Perdagangan PKR, Wong Chen berkata jumlah itu masing-masing RM40 juta bagi KWSP dan RM35 juta KWAP.

Katanya, kerugian itu adalah daripada jumlah keseluruhan pembelian saham oleh kedua-dua badan itu dari 29 Jun 2012 hingga 4 Januari 2013 iaitu kira-kira RM455 juta bagi KWSP dan RM305 juta bagi KWAP.

Menurut Wong, seawal 9 Ogos 2012 hingga 4 Januari 2013, pandangan majoriti pengalisis saham terhadap saham FGVH menjadi negatif dan harga sahamnya jatuh mendadak.

“(Namun) KWSP terus tambah 46 juta saham kepada portfolionya, manakala KWAP tambah 10 juta saham," katanya.

Justeru, katanya lagi, KWSP dan KWAP sebagai penjaga dana rakyat perlu beri tampil memberi penjelasan.

“Penyumbang KWSP dan penjawat awam berhak untuk tahu sama ada pembelian saham FGV yang bertentangan dengan pandangan penganalisis bermotifkan politik.

“Kita tuntut KWSP dan KWAP jawab sama ada mereka pernah terima apa-apa arahan dari kerajaan atau ahli politik untuk membeli saham FGV,” katanya lagi.

No comments:

Post a Comment