Showing posts with label FGV. Show all posts
Showing posts with label FGV. Show all posts

Saturday, February 23, 2013

Menteri makan angin guna duit peneroka RM142,010 laa pulak...!!


Datuk Ahmad Maslan buat kenyataan di TV 3 kelmarin, tak mahu debat dengan saya sebab saya kaki fitnah.

Tolong jawab wahai Datuk Ahmad Maslan, pergi ke London dengan isteri tu makan angin ke lawatan sambil belajar?

Felda bayar RM142,010 kpd Travel Agensi termasuk keluarga tu bukan salahguna kuasa dan menyelewengkan duit peneroka?

Nantikan saya dedahkan particularnya seperti tiket perjalanan, penginapan dll atas nama Datuk Ahmad Maslan.

Pemimpin korup!

Mazlan Aliman
KLIK SINI

Wednesday, January 23, 2013

Saham FGV - Ahmad Maslan dah pening harga jatuh..last bubuh taik atas PR..!!

Ahmad Maslan dakwa fitnah pengaruhi harga saham FGV

NONETimbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan mendakwa ketidaktentuan harga saham Felda Global Venture (FGV) sedikit sebanyak berpunca daripada fitnah yang ditaburkan oleh Pakatan Rakyat.

Dakwanya lagi, kegagalan FGV juga sentiasa dinanti-nantikan Pakatan Rakyat yang didakwanya paling gembira sekiranya ia berlaku.

"Pembangkang tak suka FGV ini berjaya, dan fitnah-fitnah mereka ini sedikit sebanyak mempengaruhi sentimen pelabur.

"Mereka ini jahat sebenarnya," kata Ahmad sewaktu mengulas prestasi harga saham FGV mutakhir ini.

Saham FGV merekodkan harga paling rendah di paras RM4.36 pada 21 Januari lalu - jauh lebih rendah daripada harga tawarannya - semasa kemelesetan Indeks Komposit Kuala Lumpur paling besar dalam tempoh 16 bulan.

Ia merupakan trend penurunan kedua sejak 27 Disember, semenjak penurunan pertama direkodkan di paras RM4.50 pada minggu pertama Disember lalu.


Ahmad bercakap kepada pemberita hari ini selepas majlis tandatangan perjanjian persefahaman usaha sama antara Permodalan YBK Sdn Bhd dan Paragon Matrix Sdn Bhd untuk membangunkan Serendah Wellness Sanctuary.

Projek yang dijangka menelan belanja RM2 bilion melibatkan pembinaan pusat berkonsepkan kesejahteraan dan kesihatan di Serendah.

Turut hadir di program itu, MP Hulu Selangor P Kamalanathan dan pengerusi YBK Datuk Zainal Sakom.

Friday, January 11, 2013

Lingkup duit KWSP & KWAP sebanyak RM75juta dek penangan saham FGV

KWSP, KWAP rugi RM75 juta beli saham FGV

KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP) didakwa mengalami kerugian atas kertas yang dianggar RM75 juta ekoran pembelian saham Felda Global Ventures Holding (FGVH).

Pengerusi Biro Pelaburan dan Perdagangan PKR, Wong Chen berkata jumlah itu masing-masing RM40 juta bagi KWSP dan RM35 juta KWAP.

Katanya, kerugian itu adalah daripada jumlah keseluruhan pembelian saham oleh kedua-dua badan itu dari 29 Jun 2012 hingga 4 Januari 2013 iaitu kira-kira RM455 juta bagi KWSP dan RM305 juta bagi KWAP.

Menurut Wong, seawal 9 Ogos 2012 hingga 4 Januari 2013, pandangan majoriti pengalisis saham terhadap saham FGVH menjadi negatif dan harga sahamnya jatuh mendadak.

“(Namun) KWSP terus tambah 46 juta saham kepada portfolionya, manakala KWAP tambah 10 juta saham," katanya.

Justeru, katanya lagi, KWSP dan KWAP sebagai penjaga dana rakyat perlu beri tampil memberi penjelasan.

“Penyumbang KWSP dan penjawat awam berhak untuk tahu sama ada pembelian saham FGV yang bertentangan dengan pandangan penganalisis bermotifkan politik.

“Kita tuntut KWSP dan KWAP jawab sama ada mereka pernah terima apa-apa arahan dari kerajaan atau ahli politik untuk membeli saham FGV,” katanya lagi.

Monday, December 24, 2012

Menyekat Jelajah Oren..Antara perkara "BURUK BN" sedang dilakukan oleh mereka sendiri...!!!

Malaysia aman, mengapa Jelajah Oren diserang

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengecam pihak yang menghalang konvoi Jelajah Oren ‘Selamatkan Felda’ sehingga mencederakan dua peserta konvoi tersebut serta memecahkan cermin kereta sebuah pacuan empat roda.

“DPPM menganggap tindakan seperti ini adalah suatu tindakan tidak bertamadun oleh golongan yang tidak mahu menerima kebenaran serta menghargai ruang demokrasi yang ada dalam negara ini,” kata Ketua Penerangannya, Riduan Mohd Nor.

Katanya, DPPM percaya tindakan provokasi tersebut telah terlebih dahulu dirancang bagi mewujudkan insiden keganasan yang tjuannya adalah untuk mengugut rakyat agar tidak berani bangkit menyatakan kebenaran.

Beliau berkata, ia mungkin juga bagi menutup segala kepincangan yang berlaku supaya rakyat tidak tahu isu sebenar yang berlaku di dalam Felda.
Soalnya, kata beliau mengapa mesti tindakan ala samseng seperti ini berlaku dalam negara aman seperti Malaysia.

“Jika sekalipun rombongan Jelajah Oren tidak dibenarkan masuk ke Felda Bukit Rokan Utara oleh penduduk kampung, tidak bolehkah rombongan tersebut hanya dihalang masuk tanpa apa-apa insiden ganas?” katanya dalam satu kenyataan.

Soalnya lagi, apakah hak mereka untuk menghalang rombongan tersebut melalui jalan utama di kawasan tersebut.

Tambahnya, aksi penduduk yang bertindak ganas terhadap peserta Jelajah Oren dengan membawa bendera BN dengan sendirinya telah menjatuhkan imej BN di mata rakyat.

Menurutnya, mereka yang membawa bendera BN dalam insiden tersebut sebenarnya lupa bahawa mereka telah mempromosikan BN sebagai parti bermasalah, ganas, samseng dan hilang akal.

“Realitinya, insiden ini telah menambah kebencian rakyat terhadap BN. Ternyata BN gagal memimpin negara sebagai sebuah negara demokrasi yang adil, bersih dan tulen apabila enggan menghormati hak rakyat,” ujarnya.

Akhirnya, ujar beliau DPPM mendesak pihak keselamatan khususnya Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk bertindak tegas menangkap individu atau kumpulan yang bertanggungjawab mencederakan dan merosakkan kenderaan Jelajah Oren itu.

DPPM juga, tegasnya mendesak supaya pihak PDRM meningkatkan kawalan keselamatan terutama menjelang Pilihan raya Umum ke-13 daripada sebarang insiden keganasan yang tidak diingini.

“DPPM tidak mahu insiden yang sama berulang terhadap rakyat sama seperti yang dialami oleh peserta rombongan Jelajah Oren ini atau dalam ceramah umum di Gombak beberapa minggu yang lalu,” ujarnya lagi.


Oren nafi berkeras masuk Felda Bt Rokan Utara


(Samseng yang membawa bendera BN menghalang Kembara Oren 
masuk ke kawasan Felda Bukit Rokan Utara)

JEMPOL: Pengarah Program Kembara Oren Negeri Sembilan, Abdul Rahman Ramli hari ini menyangkal dakwaan laporan Sinar Harian hari ini bahawa peserta Kembara Oren 'Selamatkan Felda' Negeri Sembilan semalam merupakan orang luar dan kekecohan berlaku kerana peserta Kembara Oren tetap berkeras untuk masuk ke penempatan Felda. 

"Saya menafikan laporan Sinar Harian hari ini yang mengatakan bahawa peserta konvoi merupakan orang luar. Mana ada? Kecuali empat atau lima orang kepimpinan PAS Negeri Sembilan dari Seremban yang membantu kita dari segi logistik, kordinasi dan keselamatan pemimpin, selebihnya merupakan peneroka dan anak peneroka dari seluruh Negeri Sembilan termasuk dari tanah rancangan Felda yang kami bercadang masuk pada mulanya.

“Laporan sumber Sinar Harian yang mengatakan kami tetap berkeras mahu masuk ke Felda Bukit Rokan Utara adalah tidak benar sama sekali.

"Bagaimana kami nak masuk ke Felda Bukit Rokan Utara sedangkan mereka terlebih dahulu telah membuat sekatan jalan di jalan utama yang menghubung Felda Jelai dan Gemencheh.

"Apa kuasa mereka mengadakan sekatan jalan dan menghalang kami terutama di jalan utama," tanya Abdul Rahman.

Abdul Rahman yang juga merupakan Yang DiPertua PAS Jempol, berkata memandangkan situasi amat tegang dan panas, Kembara Oren memang telah membuat keputusan untuk tidak masuk ke Felda Bukit Rokan Utara.

"Bukan Felda Bukit Rokan Utara sahaja malah di Felda Bukit Rokan Barat pun kami tidak masuk walaupun di simpang masuk Felda Bukit Rokan Barat keadaan tidaklah tegang macam di Felda Bukit Rokan Utara.

"Kami mengalah demi menjaga ketenteraman awam walaupun konvoi kami ini tidak menyalahi undang-undang.

“Ketika kami berunding agar mereka membuka sekatan jalan untuk kami meneruskan perjalanan ke Felda Jelai, tiba-tiba mereka menyerang kereta pacuan empat roda kami dengan kayu.

"Untuk menyelamatkan diri kereta pacuan empat roda yang berwarna kuning itu berundur dan dalam keadaan kelam kabut itu kereta itu tergesel sedikit dengan sebuah motorsikal secara tidak sengaja.

"Lalu mereka memecahkan cermin depan dan cermin tingkap kereta tersebut.

"Selepas itu mereka turut menyerang peserta dan dua peserta kita cedera dipukul dengan kayu oleh mereka yang saya percayai orang upahan Umno dan Barisan Nasional. Inilah sikap tidak bertamadun orang-orang Umno dan Barisan Nasional," jelas Abdul Rahman.

Friday, November 30, 2012

Saham FELDA - harga Jual dah sama dengan harga beli... Ahmad Maslan sudah naik meroyan..!!

"Haramjadah" Najib Terus Menimpa Saham Felda. Ditutup Menyamai Harga IPO!


Hari ini dalam sejarah - harga saham Felda Global Ventures Holdings Berhad pertama kalinya ditutup pada paras harga penyenaraiannya (RM4.55).

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan tiba-tiba melenting dengan berkata, selain kejatuhan harga komoditi sawit, laporan negatif terhadap Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) merupakan antara punca harga saham syarikat gergasi perladangan itu jatuh.

"Ini (laporan negatif) antara puncalah. Hari itu tuduh Genting ada RM400 juta saham dalam Felda. Saham ini bergantung pada emosi juga, malaysiakini dipetik.

"...di antara saya sebut (laporan negatif punca saham jatuh). Selain daripada pasaran sawit dunia. Mereka ini jahat betul. Saya tak pernah tengok dalam dunia manusia sejahat mereka ini.

"Saudara pernah jumpa? Malaysiakini pernah (jumpa)?," katanya dalam sidang media selepas persidangan Perhimpunan Agung Umno ke-66 di PWTC hari ini.



Ahmad yang juga ketua penerangan Umno berkata demikian ketika mengulas soalan pemberita berhubung kemerosotan harga sahamyang dibangkitkan oleh kumpulan yang menentang penyenaraian FGV.

TETAPI AHMAD MASLAN TIDAK PULA MENGULAS BAGAIMANA CELUPARNYA PM, NAJIB TUN RAZAK YANG TELAH MENGHARAMJADAHKAN PARA PENEROKA, DAN KINI APA YANG BERLAKU IALAH HARAMJADAH ITU BERBALIK MENIMPANYA SEMULA! - GB

Malaysiakini pada 12 November lalu melaporkan saham FGVH buat pertama kalinya diniagakan di bawah paras harga penyenaraian RM4.55 ke paras RM4.53.

Pada hari ini, harga saham berkenaan hari ini susut empat sen, atau 0.87 peratus kepada RM4.55 sehingga pukul 11.33 pagi setelah penganalisis menjangka keputusan suku ketiga yang kurang memberangsangkan untuk FGV.

Laporan Bernama hari ini memetik kenyataan seorang penganalisis yang berkata unjuran keputusan suku ketiga yang kurang memberangsangkan itu disebabkan oleh harga minyak sawit mentah (MSM) yang lemah dan pengeluaran tandan buah segar (FFB) yang rendah semasa tiga bulan dalam kajian.

Menurut penganalisis itu lagi, FGVH juga mungkin berhadapan dengan masalah pokok sawit tua - sebanyak 53 peratus daripada 320,000 hektar ladang sawitnya.

http://greenboc.blogspot.com/2012/11/haramjadah-najib-terus-menimpa-saham.html

Friday, November 9, 2012

Assalamualaikum..apa habaq saham FELDA.. jatuh lagi nooo...!!!

Saham Felda merosot menghampiri rekod terendah


KUALA LUMPUR, 9 Nov — Saham Felda Global Ventures Holdings (FGVH), tawaran awal awam (IPO) kedua terbesar di dunia tahun ini, telah merosot dalam minggu lepas atas keraguan terhadap pendapatan lemah syarikat perladangan tersebut.

Saham gergasi perladangan itu, yang sepatutnya menjadi durian runtuh kewangan kepada peneroka Felda, diniagakan serendah RM4.59 semalam, sedikit lagi menghampiri rekod terendah RM4.57 yang dicatatkan pada 11 September.

FGVH ditutup pada RM4.63, tujuh sen lebih rendah berbanding pada 1 November dan hanya lapan sen di atas harga IPO.

Ramai peneroka mengambil pinjaman untuk membeli saham FGVH dan trend umum penurunan harga saham sejak penyenaraiannya pada 28 Jun apabila ia mencecah rekod tinggi RM5.46, boleh menjadi punca ketidakpuashatian.

Kerajaan bagaimanapun melangkah masuk untuk membantu peneroka apabila mendapat peruntukan RM361 juta dari Felda, pihak berkuasa pembangunan tanah kerajaan, pada bulan Ogos untuk membiayai 800 unit saham yang dibeli oleh setiap peneroka.


Peruntukan ini akan membebaskan peneroka dari perlu membayar lima peratus faedah bank setahun ke atas pinjaman yang diambil untuk membeli saham; peneroka sebaliknya akan membayar balik Felda kira-kira RM50 setiap bulan tanpa faedah, selama lima tahun.

Prestasi mengecewakan FGVH juga boleh menyebabkan gangguan sepanjang rentetan penyenaraian mega baru yang menolak Kuala Lumpur mendahului Hong Kong sebagai hab IPO utama di rantau ini.

Satu lagi IPO besar, Astro juga mengalami kesukaran sejak penyenaraian bulan lepas dengan saham kini turun kira-kira 11 peratus daripada kemunculan awal.

Hanya IPO profil tinggi ketiga — Kesihatan IHH yang telah disenaraikan Julai lalu meningkat lebih tinggi di atas harga IPO RM2.80, ditutup pada harga RM3.20 semalam.

Syarikat perladangan tertekan akibat kejatuhan harga minyak sawit, yang turun oleh kira-kira 25 peratus setakat tahun ini dan Indeks Perladangan turun 0.4 peratus semalam ditutup kepada 8,080.9.

“Pelabur memotong pelaburan kepada syarikat perladangan kerana harga minyak sawit mentah yang lemah,” kata seorang broker.

Tambahan kepada harga minyak sawit rendah, FGVH juga bergelut dengan penuaan pokok kelapa sawit, 53 peratus daripada 320,000 hektar ladang kelapa sawit antara tertinggi dalam industri dan latihan penanaman semula akan menyebabkan kehilangan pendapatan bagi kumpulan itu sepanjang tempoh penantian untuk pokok matang.

FGVH juga dilaporkan mengalami isu produktiviti dari segi tan sehektar merupakan ketiga terendah di kalangan firma perladangan utama Malaysia.

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagaimanapun telah terus mengumpul saham FGVH — menyentap sehingga 250,000 saham semalam menjadikan jumlah kepentingan langsung kepada 7.78 peratus.

KWSP, dana pencen terbesar di negara ini, berkata pada September bahawa ia membeli FGVH kerana mempunyai pandangan positif ke atas sektor perladangan, merupakan salah satu sektor kitaran yang mempunyai naik dan turun.

Wednesday, September 26, 2012

Peneroka Felda Masih 'UNTUNG' w/pon harga saham jatuh - Pakar Auta

Apa habaq bapak bapak di felda.. musim2 hujan nie syok la hangpa takyah turun kebun pun duit dah belambak dah dapat RM15K katakan tu belum kira dengan duit UNTUNG SAHAM lagi....syok syok syok... Ngeh Ngeh Ngeh

Tuesday, September 25, 2012

Eishhhh Kena Kencing Lagi Peneroka Felda nie - Hutang RM3,640 dikira RM4,000

Saham FGVH: Hutang RM3,640 dikira RM4,000

Bab nie pon tipu bagi saham pon tipu tu pon jangan hangpa suka situ laa
BANDAR JENGKA: Harapkan dapat saham percuma, rupa-rupanya dikira hutang. Sudahlah begitu, jumlah hutang yang dicaj pula melebihi daripada harga sebenar.

Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman mendedahkan, sepatutnya peneroka perlu membayar balik pinjaman untuk 800 unit saham Felda Global Venture Holding (FGVH) sebanyak RM3,640 (pada harga terbitan RM4.55), sebaliknya peneroka perlu membayar RM4,000.

Serentak dengan itu beliau menggesa Felda memberi penjelasan mengenai jumlah bayaran balik pinjaman untuk saham yang tidak mengikut harga sebenar atau berhadapan dengan saman peneroka.

“Setiap negeri membuat pinjaman melalui bank yang berbeza. Peneroka Felda di Johor contohnya melalui Maybank, mereka diminta membayar semula pinjaman sebanyak RM5,000. Bagi negeri Pahang pinjaman melalui CIMB yang dikenakan caj RM4,000

“Sekiranya setiap peneroka di negeri ini terpaksa membayar RM4,000 berbanding jumlah sebenar, ke mana perginya lebihan wang RM360 bagi setiap peneroka yang membayar baik hutang saham tersebut?


“Bayangkan sekiranya setiap peneroka membayar RM360, dengan andaian kira-kira 80,000 peneroka yang membeli saham tersebut secara hutang, ia bermakna terdapat lebihan berjumlah lebih RM28 juta,” katanya dalam sidang media di Jengka 19 di sini.

Turut hadir Pengerusi Gerakan Kebangkitan Peneroka Felda (Bangkit) Pahang Abdul Rahim Abdul Rahman, Ketua Pemuda PAS Pahang Ustaz Shahril Azman Abdul Halim dan Timbalan Pengerusi Anak Aris Fezul Ismail.

Tambah Mazlan, persoalannya mengapakah jumlah yang perlu dibayar tidak sama dengan hutang saham yang diterima dan siapakah yang cuba mengambil kesempatan mengaut keuntungan daripada hutang saham peneroka.

Mazlan yang juga Pengerusi Lajnah Pembangunan Tanah PAS Pusat berkata, beliau mengetahui perkara tersebut melalui peguam Harris Abdullah yang menyerahkan dokumen berkaitan kepadanya yang menyatakan jumlah yang perlu dibayar peneroka kepada pihak bank dan ia ditulis menggunakan pen.

Katanya, pada awal proses mendapatkan saham itu, peneroka diminta menandatangani borang kosong dan kali kedua pula dengan mengisi borang biru.

“Kita sudah membuat road-show menasihatkan peneroka supaya tidak menandatangani borang kosong kerana ia berisiko dan terdedah kepada tindakan manipulasi, malangnya tidak ramai yang percaya.

“Masih ramai peneroka tidak sedar mereka sebenarnya telah tertipu, malah masih ramai yang tidak tahu perkara ini dan ada antaranya masih menganggap saham yang diberikan adalah percuma, sehinggalah mereka menerima surat tuntutan bayaran pinjaman semula ini,” katanya sambil menunjukkan surat tuntutan bank berkenaan.

Beliau berkata, kebimbangan yang diramalkan Anak selama ini menjadi kenyataan dan ia terbukti menerusi maklumat terbaru itu.

Dalam pada itu, Mazlan berkata jika tiada sebarang jawapan daripada Felda atau bank berkaitan tuntutan melebihi hutang Anak akan meminta peneroka membuat laporan polis kerana menganggap ia sebagai satu penipuan.

“Kami sebagai anak peneroka berasa simpati dengan nasib peneroka yang tertipu dengan janji kosong yang mengatakan mereka akan menjadi jutawan sebaik saja saham FGHV disenaraikan.

“Kini mereka terpaksa menanggung lebih banyak bebanan hutang selain terpaksa membayar semula wang pinjaman rumah dan kos penanaman semula sekitar RM50,000 hingga RM60,000,” katanya.

Mazlan berkata, kebanyakan peneroka kini berusia 70 hingga 80 tahun, namun masih dibebani dengan masalah hutang.

“Mereka tidak meminta untuk berhutang sebaliknya dipaksa untuk berhutang. Seandainya mereka ini mati nanti, bagaimana mereka mahu menghadap Tuhan dengan hutang yang masih belum dibayar?,” soalnya.

Tuesday, September 11, 2012

FGVH: Tahniah KWSP kerana 'pintar' membeli

Dr. Dzulkefly Ahmad, 12 Sep 2012

Sementara saya sangat berpuas hati, selaku pencarum, bahawa KWSP bijak mengurus wang pencen saya dengan mengikuti 'prinsip keramat pelaburan': 'buy low, sell high', (beli murah,jual mahal) saya hendak peringatkan badan pengurus dana terbesar di negara ini, sampai bila akan mereka teruskan dengan pembelian ini?

KWSP sebagai salah satu 'pelabur asas' FGVH, telah meningkatkan kepentingan langsung dalam GLC tersebut daripada 5.07 % pada 4 Julai kepada 7.02 %.

Jelasnya, harga saham FGVH lemah berbanding dengan rakan-rakan seperti Sime Darby dan KL Kepong mengalami kejatuhan lebih teruk akibat kebimbangan harga komoditi ini.

KL Kepong turun 4% dari awal bulan Julai dan Sime Daby turun hanya 1% berbanding FGV yang turun sebanyak 12 %. Untuk pengetahuan umum, saham Facebook, pensenaraian terbesar di dunia telah mengalaminkemorosotan harga ke paras lebih 50% dari harga IPO- pensenaraiannya.


Saham FGVH semalam tidak terlepas turun ke bawah harga jualan institusi sebanyak RM4.55, menjunam 11 sen dari harga pembukaan rendah RM4.57, sebelum pulih kepada RM4.73 pada akhir hari dagangan.

Terdahulu FGVH telah mengalami penurunan keuntungan sebanyak 32.5 % berbanding tahun sebelumnya disebabkan oleh pengurangkan tuaian minyak sawit, peningkatan dalam kos operasi, dan sumbangan yang lebih rendah daripada subsidiari gula MSM Holdings.

FGVH juga telah diketahui memilikki pokok-pokok kelapa sawit tua sebanyak 53 % daripada 320,000 hektar ladang kelapa sawit danantara yang tertinggi dalam industri. Penanaman semula akan menyebabkan kehilangan lebih banyak pendapatan sepanjang tempoh sebelum pokok-pokok menjadi matang.

Faktor-faktor penilaian risiko pelaburan serta unjuran keuntungan dan jangkaan aliran tunai atau 'projected cashflow', adalah mustahak sebagai perhitungan besar dalam pelaburan.

Pencarum kini ingin tahu apakah perhitungan strategik yang menjadi rasional sebab mengapa panel pelaburan KWSP terus-terusan membeli saham -saham FGV ini, disamping menjalankan 'national service', mungkin seperti di arah penguasa politik Umno-BN?

Dalam hal ini agak sukar KWSP menolak persepsi pencarum dan rakyat dari menanggapi bahawa KWSP sedang melakukan 'program menyelamat' atau 'bailout' ke atas FGVH.

KWSP mesti menjelaskan perhitungan dan rasional mereka secara telus (transparent) dan bertanggungjawab.

Ingat amanah dan tanggungjawab kepada pencarum (rakyat) dan bukan penguasa politik Umno-BN sahaja!



*Penulis adalah Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS (PPP)

Monday, September 10, 2012

[Saham Felda Jatuh] KWSP sekali lagi penyelamat kerja bodoh kerajaan BN..


Tatau nak cakap apa dah. Ulas lebih2 kang ada plak yang mengamok cakap heyy ko tak reti bab saham dediam sudah la. Padahal kita hanya bercakap apa yang berita laporkan. Itupun ada orang yang panas tak pasal2. 

Instead of marahkan berita yang melaporkan, dia marah pula kita sebab asyik bercerita pasal saham felda jek. Alahai benda neh maklumat umum. Tak suka orang bercakap mengenainya ataupun tak boleh terima bila orang pongpang2 pasal saham felda, jangan buka facebook dan twitter beb. Itupun nak kena ajar ke? Apa pun tak boleh.

Baca berita kat bawah neh beb ;

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah membeli saham Felda Global Ventures Holdings (FGVH) walaupun sebagai saham gergasi perladangan tersebut tenggelam ke paras terendah baru semalam, ditutup pada RM4.68 sesaham atau hanya 13 sen di atas harga pengeluaran.
Menurut pengajuan Bursa Malaysia, pegangan dana pencen terbesar negara di FGVH telah meningkat 5.4 peratus sejak 3 September, sehari sebelum FGVH menjunam di bawah tanda RM5.

Dana pencen juga baru-baru ini membelanjakan RM2.4 bilion untuk mengambil alih tanah Institut Penyelidikan Getah di Sungai Buloh yang akan bertukar menjadi sebuah perbandaran.

Adalah wajib bagi pekerja-pekerja sektor swasta untuk menyumbang kepada dana itu, yang diuruskan oleh wakil-wakil dari kerajaan dan kesatuan.

KWSP kini memegang kepentingan 6.98 peratus dalam kumpulan, meningkat daripada 6.62 peratus pada 3 September dan naik mendadak lebih tinggi daripada kepentingan 5.01 peratus pada 12 Julai.

Kumpulan perladangan terebut dilaporkan mengalami keuntungan yang mengecewakan bagi suku kedua, turun 32.5 peratus daripada tahun sebelumnya disebabkan oleh tuaian minyak sawit yang rendah, kenaikan dalam kos operasi, dan sumbangan yang lebih rendah daripada gula subsidiari MSM Holdings.

FGVH adalah tawaran awal awam kedua terbesar di dunia tahun ini dan sahamnya meningkat 20 peratus pada hari pertama dagangan kepada RM5.46 tetapi telah dalam proses menurun.

Industri minyak sawit Malaysia juga telah berada di bawah tekanan daripada harga rendah, yang telah menurun lebih daripada lapan peratus tahun ini.

Buasir Saham bagi komoditi itu mencecah 2.13 juta tan, satu rekod 10 bulan semalam menghantar harga yang lebih rendah untuk hari kelima berturut-turut.

FGVH juga boleh berjuang dengan penuaan pokok-pokok kelapa sawit berjumlah 53 peratus daripada 320,000 hektar ladang kelapa sawit bertaraf antara yang tertinggi dalam industri dan latihan penanaman semula, bermakna lebih banyak kerugian pendapatan bagi kumpulan itu dalam tempoh untuk pokok-pokok matang.

FGVH juga dilaporkan mengalami produktiviti dari segi tan per hektar yang ketiga terendah di kalangan firma perladangan utama Malaysia.
HwangDBS Vickers Research mempunyai panggilan "MENUNGGU" pada FGVH mengatakan bahawa ia menawarkan terhad terbalik dengan harga sasaran RM5.05 tetapi kaunter juga menawarkan aliran tunai yang mantap dan 50 peratus dasar pembayaran dividen.

Malaysia adalah pengeluar kelapa sawit kedua terbesar di dunia, selepas Indonesia yang selama bertahun-tahun membekalkan keperluan tenaga kerja bagi ladang Malaysia.

Tetapi, aliran pekerja Indonesia telah dihentikan pada tahun-tahun kebelakangan ini, mendorong Malaysia untuk mengkaji semula larangan ke atas pekerja Bangladesh.

Penanam berkata Malaysia memerlukan tambahan 40,000 pekerja asing untuk memenuhi sasaran tahun ini iaitu output sebanyak 19.3 juta tan. ~tmi

Sebab tue mazlan aliman pernah buat kenyataan dulu. Ini bukan masa terbaik untuk saham. Ini bukan masa terbaik untuk IPO. Nampaknya mazlan aliman tidak tersilap menilai disini. Apa pun kita berharap felda dapat selesaikan kemelut ini dan bebas dari ancaman bankrupsi dan kehilangan tanah. Sama2 doakan ye. 

Ayo Yo Yo.. Ama Apa.. Itu Saham FGV sudah jatuh menjunam....!!!

Saham FGVH menjunam, peneroka mula rugi

KUALA LUMPUR: Saham Felda Global Venture Holding (FGVH) terus menjunam jatuh dengan pantas menuju harga awal ketika dilancarkan iaitu RM4.55 apabila jatuh lapan sen lagi tengahari ini.

Saham itu terus jatuh sebanyak 89 sen sejak mencecah RM5.55 pada 5 Julai lalu dan ditutup pada harga RM4.69 tengahari ini.

Saham FGVH terus jatuh selepas mencecah batasan saikologinya apabila jatuh ke RM5.00 Rabu minggu lepas, iaitu jatuh sehingga 31 sen.

Mula rugi

Sementara itu, Penasihat Ekonomi Anak (Persatuan Anak Peneroka Felda), Dr Rosli Yaakob (gambar atas) berkata, peneroka Felda kini mula rugi apabila sahamnya jatuh melepasi 4.70.

Ini kerana, dividen yang diperolehi tidak akan mampu menampung interest pinjaman yang mereka buat untuk membeli saham FGVH.

"Kadar interest pinjaman mereka untuk membeli saham ini pada kadar RM4.45 kini lebih tinggi berbanding dengan dividen yang mereka perolehi," kata Dr Rosli.

Kini, semasa laporan ini ditulis, saham FGVH adalah lebih rendah dari RM4.70 iaitu RM4.69.

Thursday, September 6, 2012

Nasib hangpa laa puak FELDA oi...kena mohong beradap....

klik gambar
SAHAM FGVH TERUS MERUDUM

Harga saham FGVH yang ditutup semalam mencatat penurunan, tinggal RM4.96. Jika peneroka menjualnya pada harga RM5.06 sewaktu Julai lalu setelah ditolak handling fee RM165.00, interest charged RM29.41dan lain2 cuma dapat lebihan RM212.37; kalau jual ketika ini, berapa yang tinggal?

Mengingati semula pesanan YAB Perdana Menteri ketika mengumumkan 'durian runtuh' pada 8 Mei lalu, peneroka jangan jual saham FGVH, jadikan pelaburan utk simpanan masadepan...
Apa jaminan buat peneroka jika ikut nasihat PM?

Barang diingat, mengikut penganalisis pasaran saham, jika saham FGVH turun ke paras RM4.70 maka pemegang saham FGVH mula menanggung rugi. Jika peneroka ikut nasihat PM, bertimpa2 beban peneroka. Hutang Tanam Semula antara RM 50k - RM 157k dengan interest 6.25%, pinjaman rumah RM20k- RM40k dengan Kos Pengurusan 2.5% dan terkini hutang pinjaman saham FGVH RM3640 dengan interest 5%; kehidupan peneroka sesungguhnya diselubungi hari2 yang makin sukar!
Saya paparkan melalui FB ini jumlah saham FGVH yang Isa Samad dan Ahli Lembaga Pengarah FGVH dapat. Ini belum mengambilkira proksi dan para kroni yang dapat. Saya tidak pasti samada mereka telah menjualnya atau belum bagi meraih keuntungan segera. Mereka tentu ada penasihat dan menghubungi remiser apa yang perlu dilakukan. Bagi staf Felda, mungkin juga mereka boleh berfikir nak bertindak macamana. Namun, bagi peneroka yang tak tau apa2, siapa yang nak menasihati mereka?

Saya berkongsi pengalaman pilu peneroka Felda Cahaya Baru, Sendayan, Labu Johnson, Bukit Cerakah dan Sg Buaya yang mula2 seronok dan gembiranya bukan kepalang tika dijanjikan pampasan jutaan ringgit. Akhirnya, bila tertipu...yang mereka tahu hanya menangis sahaja. Itulah bahasa mereka!

Peneroka Felda Bukit Rokan Utara menangis tersedu2 macam anak kecil tunjukkan kos Tanam Semula mereka mencecah RM157,000; bahkan dengan hutang sebesar itu, kebunnya tidak diselenggarakan dengan sempurna dan berusia 75 tahun....kepada siapa mereka mahu mengadu?

Sudahlah dibebankan dengan hutang yang kian menggunung, apa nak jawab depan Allah dosa riba' yg ditanggung peneroka puluhan tahun?

Penglibatan syarikat Yahudi dan judi dalam FGVH pula kita nak guna hujah apa?

407,005,000 saham Genting Bhd dlm FGVH sedangkan 97% peneroka Felda adalah orang Islam, mana mufti dan Ulama Muda Umno?

Kalau ye pun nak bodek Najib, Ahmad Maslan dan Isa Samad gunalah hujah intelek. Takkan hanya tahu meratib; syukur Umno bg tanah, tak suka boleh keluar Felda, tak sedar diri makan hasil Felda tapi hentam Felda....
Skrip yang berulang dan saya dengar lebih 30 tahun dulu!

Terpulang, samada kita nak kata...ADA AKU KESAH atau LU FIKIR LA SENDIRI..

Wednesday, September 5, 2012

Hallo PUTRAJAYA...Saham FGV apa cerita.. dah semput dah nie...

 
Saham FGV jatuh bawah paras psikologi

Harga saham syarikat perladangan gergasi Felda, Global Ventures Holdings Bhd (FGV), telah jatuh di bawah paras psikologi RM5, apabila ditutup pada harga RM4.85 semalam, dan dijangka mencetuskan satu lagi pusingan debat mengenai kontroversi penyenaraiannya Jun lalu.

palm oil palm kelapa sawit 201107Harga sahamnya telah berlanjutan merosot sejak pertengahan bulan Julai - dengan berkisar sekitar paras RM5 dalam tempoh sebulan lalu.

Bagaimanapun, saham FGV datang merosot 15 sen kepada RM4.85 selepas dibuka pada harga RM5 dalam dagangan awal pagi.

Ini selaras dengan prestasi kaunter perladangan lain di tengah-tengah laporan bahawa harga minyak sawit dijangka menerima tempias daripada pertumbuhan ekonomi yang lemah di negara-negara pengguna utama, dengan inventori minyak sawit Malaysia juga dijangka meningkat.

Semalam, harga saham PBB jatuh 58 sen melambung turun kepada RM13.28, saham KLK merosot 52 sen kepada RM22.94 manakala saham IOI Corp turun 15 sen kepada RM5.04.

Pasaran utama serantau utama juga merosot pada hari Rabu menjelang laporan pekerjaan AS dan Bank Pusat Eropah.

Semalam harga saham FGV ditutup hanya 6.6 peratus di atas harga tawaran RM4.55 dan 12.6 peratus lebih rendah berbanding dengan harga kemuncaknya RM5.55 pada 5 Julai.

Tekanan berterusan hari ini dengan harga saham FGV merosot kepada RM4.80 -  turun 5 sen pada jam 9.45 pagi.
Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad memberitahu satu sidang akhbar bulan lepas bahawa tidak ada sebab untuk para peneroka bimbang terhadap perkembangan tersebut.

Beliau dilaporkan berkata, mereka tidak perlu bimbang kerana harga saham tersebut hanya jatuh sedikit dan kemudiannya meningkat kembali, dan percaya keyakinan terhadap FGV akan berterusan.

Thursday, August 23, 2012

FGV business Venture mengalami ujian

oleh IR ZAMRI YUSUF



Perbandingan prestasi revenue FGV utk perhatian bersama :
2011
Perladangan 44% 3,286j
Industri Gula 31% 2,300j
Downstream 25% 1,889j

Q1 2012
Perladangan 57% 977j
Industri Gula 31% 532j
Downstream 12% 211j
Usaha penerokaan business oleh FGV begitu berani. Dengan latar belakang kewangan terkumpul yg banyak, serta fasiliti pinjaman bank & tabungan kewangan agensi kerajaan, FGV benar-benar mengembangkan sayapnya meneroka sehingga keluar negara.

Bidang business downstream dikembangkan ke United Arab Emirate, dan industri refineri di beberapa negara termasuk Afrika selatan. Dengan melantik agen jualan yg berpengkalan di Perancis.

Unit downstream diketuai oleh 'pakar luar negara' yg tamat pengajian universiti sekitar 40 tahun yg lalu. Pengalaman menyertai syarikat pengeluar besar dibeberapa negara, seperti Congo & Malawi. Yg menariknya ialah pengalaman semasa di Malaysia, 2001-2004 mengetuai sebuah gergasi perladangan, dan di hujungnya terjual kepada sykt perladangan lain. Kemudian bina sykt sendiri, dan berakhir dengan terjual sykt tersebut. Seterusnya dilantik ke jawatan ekskutif utama oleh FGV.

Penerokaan berani ini dibimbangi tidak berasaskan kajian terinci dari segi potensi pasaran, khususnya bila dilihat prestasi Q1 2012 jelas menguncup utk industri downstream ini. Melihat kepada penerokaan yg agak terbuka dibeberapa negara, dibimbangi ianya melibatkan sejumlah pelaburan yg cukup besar, berdasarkan andaian kewangan 2011.

Kesan sebenar akan dirasai, apabila kerajaan-kerajaan negeri mula menyemak status pajakan tanah kpd Felda, maka hasil yg terlalu bergantung kpd perladangan utk 2012 akan menjejaskan prestasi kewangan keseluruhan FGV secara drastik. Justeru, rakyat (khususnya peneroka) akan melihat wajah gambaran sebenar masa depan agensi perladangan kebanggaan negara menuju hari suram di bawah pentadbiran Najib-Isa.

Kita tidak mendoakan ianya sampai ke saat itu, namun perubahan harus segera ditangani oleh Kerajaan Pakatan Rakyat sebaik sahaja menerajui Putrajaya, demi masa depan lebih 100 ribu keluarga yg bergantung sepenuhnya kepada hasil ladang dibawah naungan agensi perladangan kebangsaan.

http://irzamriyusuf.blogspot.com/

Saturday, August 4, 2012

Harga Saham jatuh ISA kata... Biasalah....!!!!

Felda: Naik turun saham perkara biasa, kata ISA
Empat peneroka dapat kebenaran cabar status Mohd Isa
Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad
 
KUALA LUMPUR - Naik turun harga saham di Bursa Malaysia merupakan perkara biasa, kata Pengerusi kumpulan Felda Tan Sri Isa Samad.

Beliau berkata peneroka dan pemegang saham sudah sedia maklum terhadap situasi ini dan percaya keyakinan mereka terhadap FGV tidak akan terjejas disebabkan penurunan harga sahamnya.

"Kemerosotan harga saham FGV baru-baru ini dipengaruhi oleh kejatuhan harga kelapa sawit dunia dan serantau, yang turut memnyebabkan penurunan di syarikat-syarikat perladangan yang lain.


"Ia telah sedikit sebanyak mempengaruhi pergerakan harga saham FGV kebelakangan ini yang menyaksikan harga sahamnya berada pada paras RM5.00," katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa kumpulan FGV bersama anak yatim di sini hari ini.

Beliau pberkata asaran serantau dijangka kembali melonjak minggu hadapan, dan perkembangan positif ini dijangka mempengaruhi harga saham FGV minggu depan.

"Saya percaya, dengan perancangan yang kita telah buat, FGV akan menjadi lebih baik pada masa akan datang," kata Isa.

Beliau bagaimanapun berkata harga saham FGV turut bergantung kepada keadaan ekonomi dunia dan serantau, dan harga komoditi yang sentiasa mengalami kenaikan dan penurunan.

Isa turut mengulas mengenai laporan negatif mengenai saham FGV oleh sesetengah penulis  blog di Malaysia yang disifatkannya sebagai tidak berasas dan mempunyai tujuan-tujuan tertentu.

Sehingga pukul 5 petang Jumaat, harga saham FGV berada pada paras RM5.05.

FGV yang baru disenaraikan pada 28 Jun lepas, diapungkan pada harga RM4.55 seunit, dan pernah mencecah RM5.50 pada minggu awal disenaraikan sebelum merosot pada harga ketika ini.

Mengenai program berbuka puasa, Isa berkata seramai 50 orang anak yatim yang terpilih dari kawasan Sentul, dihimpunkan untuk berbuka bersama dengan kakitangan kumpulan FGV.

Sebanyak RM8,000 diperuntukan untuk anak-anak yatim, dengan RM5,000 daripadanya merupakan sumbangan berbentuk wang ringgit, katanya. - Bernama

Ambil Pengajaran dari BERNAS...

Oleh Mazlan Aliman
Jawatan Kosong di Padiberas Nasional Berhad BERNASDulu Lembaga Padi dan Beras Negara kini Padiberas Nasional Bhd(BERNAS). Asalnya milik penuh Kerajaan yg sgt strategik terhadap sekuriti makanan negara.

Bila dikorporatkan dan disenaraikan di Papan Utama Bursa Msia pada ogos 1997, pegangan Kerajaan menyusut begitu rendah. Firma pelaburan dari Hong Kong, Wang Tak Co Ltd muncul pemegang saham tunggal terbesar iaitu 147.51 juta saham atau 31.36 peratus daripada keseluruhan 470.402 juta saham Bernas.

Kerajaan BN pertaruhkan soal sekuriti makanan kpd sykt asing semata2 fikir untung. Inilah transformasi agaknya. Lepas Bernas, Felda...lepas tu Felcra dan Risda. Jual lah semuanya pada sykt luar...

Dlm Perhimpunan Agong UMNO, berdegar2 berbicara soal melayu...

UMNO mesti jadi tunggak orang melayu, kepentingan institusi melayu.

Pergi Luar Negeri, gadai semuanya; sebab apa...boleh masyukkkkk!!!

Kata Ibrahim Pendek...lihat, sape yang kena!


Thursday, August 2, 2012

FGV ohhh FGV.... tinggai 5.01 dah nie...!!!


KUALA LUMPUR: Harga Saham Felda Global Vanture Holding (FGVH) yang baru disenaraikan di Bursa Malaysia pada 28 Jun lalu, hari ini terus mencatat penurunan kepada harga RM5 seunit.

Semalam saham FGVH berharga RM5.12 seunit. Saham FGVH mula disenaraikan pada harga RM4.55 seunit, dan pernah mencecah kepada RM5.39 pada hari-hari awal disenaraikan.

FGVH merupakan IPO terbesar di Asia dan kedua terbesar di dunia, selepas Facebook.

Syarikat gergasi minyak sawit Malaysia itu mendakwa telah menarik senarai pelabur terkemuka, termasuk pelaburan global Qatar Investment Authority dan syarikat insurans Hong Kong, AIA Group Ltd

Sebelum ini, Amanah Saham Johor mengambil masa lebih tiga bulan sebelum jatuh, namun untuk FGVH ianya dilihat satu sejarah apabila jatuh dalam masa yang begitu singkat.

Wednesday, August 1, 2012

Ismail Sabri salahguna kuasa!

oleh Mazlan Aliman


Mahkamah Tinggi KL telah menggantung keahlian Isa Samad dlm Koperasi Permodalan Felda Msia Bhd(KPF).

Mesyuarat Agong KPF pada 20 jun lalu telah menolak pencalunan keatas Isa Samad sebagai Ahli Lembaga Pengarah.

Suruhanjaya Koperasi Msia mengesahkan, Isa bukan Pengerusi KPF.

Mengapa Ismail Sabri, Menteri berkaitan Koperasi ini beria2 mahukan Mesyuarat Agong KPF tidak sah, walhal ia mengikut semua peraturan. Tentulah kerana Isa Samad gagal dipilih sebagai salah seorang ALP bagi melayakkan beliau dilantik sebagai Pengerusi KPF menggantikan Dato' Dzulkifly Abd Wahab.

Beliau nak langgar semua peraturan. Sebelum ini dia guna kuasa menteri pastikan Isa jadi ahli KPF walaupun tidak layak. Akhirnya Mahkamah sahkan Isa tak layak jadi ahli KPF.
Lebih baik Ismail Sabri jaga elok2 Kementerian dia yg kacau bilau sekarang. PM datang resmi Hari Koperasi tak ramai orang; punyalah dia mengamuk, pegawai2 jadi sasaran. Berapa ramai pegawai kanan Koperasi di pindahkan.

Begini ke dia layan pegawai kerajaan....

Tindakan Ismail Sabri makin teruk. Macam nak isytihar perang dgn kakitangan kerajaan. Pegawai tertekan, jadi takut. Mereka mengadu dengan kami.

Insyaallah, dlm masa terdekat, saya dan rakan2 akan ke SKM dan buat laporan polis ke atas Ismail Sabri. Ini salahguna kuasa...

ANAK menyokong usaha KPF untuk ambilalih pengurusan Felda Holding kerana KPF punya pegangan 51 peratus dlm Felda Holding. Sekaligus Pengerusi Felda Holding, Isa Samad boleh disingkirkan.

Kita tau bahwa keadaan saham FGVH semakin merudum. Jika Isa dpt jadi Pengerusi KPF, antara langkah awalnya ialah menyeret KPF dlm FGVH. Bayangkan dgn perolehan tahunan KPF sebanyak RM12 bilion, apa akan terjadi jika KPF berada dlm FGVH dan sahamnya terus jatuh?

Meskipun KPF tidak masuk dlm pegangan FGVH, ia belum selamat. Ismail Sabri, Ahmad Maslan dan Isa Samad sedang berusaha mcm2 utk pastikan KPF berjaya di bawa masuk dlm FGVH. Mereka harap kemasukan KPF dlm FGVH akan naikkan semula saham FGVH yg tinggal RM5.12....

Penganalisis ekonomi meramalkan, jika saham FGVH turun bawah RM 5.00, suatu......???? akan berlaku....dot....dot....dot.....! (www.KedahLanie.info)

Friday, July 27, 2012

FGVH: Fahami tawaran Pakatan, bukan andaian

tulisan Khairil Abdul Rahim

Wartawan yang mahu menulis tentang isu-isu berkaitan Felda termasuk penyenaraian saham Felda Global Ventures Holding FGVH) diminta memahami isu tersebut betul-betul, bukan sekadar merujuknya daripada sumber sebelah pihak bagi tulisan yang ‘mengampu’.

Ini penting kerana jika isu yang dibicarakan sekadar ‘menggula-gulakan’ pembaca, persoalan sebenarnya yang melingkari peneroka dan perlukan penyelesaian tidak akan terungkai.

Semalam (Khamis) sebuah rencana dalam akhbar Berita Harian bertajuk ‘Isu FGV: Waspada gula-gula pembangkang’ yang ditulis sendiri oleh Ketua Biro Negeri Pahang akhbar berkenaan, menunjukkan beliau sendiri tidak faham dengan isu yang dibangkit oleh Pakatan Rakyat dan Gerakan Selamatkan Felda (GSF).

Pengerusi Lajnah Pembangunan Tanah PAS Pahang Jusoh Darus berkata, ketika Timbalan Menteri Hal Ehwal Felda Datuk Ahmad Maslan berhujah di parlimen satu ketika dulu berhubung penyenaraian saham FGVH, beliau memberitahu bahawa tujuannya untuk meningkatkan taraf hidup peneroka.

Atas alasan tersebut, peneroka sepatutnya diberikan keutamaan dalam agihan saham. Namun apa yang terjadi selepas penyenaraian tersebut 28 Jun lalu ialah seramai 112,635 warga peneroka hanya mendapat 5% saham iaitu masing-masing 800 unit. Itupun dengan hutang melalui beberapa buah bank. Bakinya dijual kepada bukan peneroka dan pelabur-pelabur luar negeri.

Jadi setelah ‘bagaikan langit nak runtuh’ dengan pelbagai janji yang muluk-muluk kononnya peneroka akan mengalami tranformasi besar dalam kehidupan baru mereka apabila saham kedua terbesar selepas Facebook itu disenaraikan, rupa-rupanya hanya itulah yang mereka dapat.

Pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad dan beberapa kroni lain yang bukan dari komuniti peneroka dapat berapa? 180,000 unit! Jadi berbalik kepada ucapan Ahmad Maslan di parlimen tadi, inikah maksud beliau peneroka akan dapat manfaat besar?

Sudahlah peneroka yang majoritinya berusia 50 tahun ke atas itu dipaksa berhutang, apa pula yang mereka tahu tentang bermain saham? Malah hasil pinjaman peneroka bukannya mereka yang untung tetapi bank, peguam dan broker.

“Inilah yang Pakatan dan GSF perjuangkan sekarang,” kata Jusoh.

Takdirnya saham terus menjunam dan peneroka tidak mampu membayar balik hutang bank, apa yang akan terjadi? Oleh itu jangan diperkecilkan jika peneroka berasa bimbang dengan tergadainya tanah ladang 10 ekar dan tapak rumah kerana jumlah hutang bank tidak pernah dinyatakan.

“Jadi apabila penulis artikel tersebut mengatakan Pakatan menimbulkan keraguan mengenai niat murni kerajaan, itu tak betul sedangkan apa yang kita beritahu tidak mahu komuniti peneroka menjadi ibarat ayam terlepas tangan bau tahi”.

Apa yang tidak disebut dalam artikel berkenaan ialah untuk mengapungkan saham FGVH itu, kerajaan-kerajaan negeri terpaksa mencagarkan Tanah Rizab Melayu seluas 36,000 ekar. Bagaimana sekiranya takdirnya pemilikan saham bertukar tangan kepada pelabur asing?


Kenapa ini tidak diulas langsung oleh penulis artikel berkenaan?

“Satu lagi, Felda sudah jauh tersasar daripada matlamat asal penubuhannya. Semasa penubuhannya dulu ialah fungsinya ialah ‘land for the landless’ iaitu penduduk kampung yang tidak memiliki tanah diberi peluang menjadi warga Felda.

“Tetapi bermula pada era Tun Dr Mahathir iaitu melalui dasar penswastaan matlamat Felda telah berubah menjadi korporat sehingga tanah yang sepatutnya menjadi ‘land for the landless’ telah diubah kepada Felda Plantation.

“Sebab itu apa yang Pakatan Rakyat tawarkan jika diberi peluang memerintah ialah membuka lebih besar ladang Felda kepada warga negara Malaysia dan tidak statik kepada jumlah 112,635 peneroka sahaja,” katanya.

Dasar Pakatan mengisi peneroka Felda ini juga sebenarnya menguntungkan orang Melayu sendiri dari segi jangka panjang kerana pertambahan peneroka Felda di penempatan-penempatan baru sekali gus akan menambahkan pula parlimen dan Dun Melayu.

Artikel tersebut juga jelas memetik daripada sumber yang salah apabila mengatakan “Selain itu, pelbagai taktik digunakan pembangkang untuk mendorong generasi kedua FELDA memihak kepada mereka seperti isu pemberian tanah seluas 2.02 hektar (lima ekar) secara percuma kepada golongan itu seandainya berjaya memenangi pilihan raya umum nanti.”

Pengerusi Persatuan Anak-Anak Peneroka (Anak) Pahang, Yohanis Ahmad, berkata barangkali penulis tersebut tidak penahpun menatap Buku Jingga yang mengandungi tawaran Pakatan Rakyat, jika dinilai daripada tulisannya.

Sebenarnya tawaran tanah Felda Plantation ialah kepada golongan iaitu buruh atau peserta Felda Plantation, generasi kedua dan ketiga Felda yang berkelamin dan memenuhi kriteria seperti tiada tanah, bekas anggota tentera yang dijanjikan tanah oleh Kerajaan (janji yang tidak dilunaskan), kakitangan Am Rendah Felda dan anak tempatan yang mendiami kawasan berhampiran Felda Plantation.

Jadi tekaan penulis bahawa jika janji memberi tanah ini kepada generasi kedua Felda dilunaskan Pakatan terpaksa menyediakan tanah seluas 1,139,544 juta hektar tanah bersamaan 11,395.56 kilometer persegi (kerana lojik beliau setiap 112,635 peneroka mempunyai lima orang anak, bermakna terdapat 563,175 generasi kedua iaitu 5 x 112,645) itu langsung tersasar kerana berdasarkan lojik penulis semata-mata.

Tanah hanya diberikan kepada yang betul-betul memerlukan. Adakah anak peneroka yang sudah berjaya seperti Pengerusi Syarikat Bekalan Air Selangor Syabas) Tan Sri Rozali Ismail (anak peneroka Felda Gedangsa, Hulu Selangor) dan selebriti terkenal Che Wan (anak peneroka Sungai Koyan, Raub) masih perlukan tanah Felda Plantation?

Sebab itu kita katakan penulis hanya menulis berdasarkan lojik dan andaiannya sendiri semata-mata tanpa merujuk kepada sumber sebenar.

“Dengan demikian Anak Pahang bersedia pada bila-bila masa memberikan penerangan terperinci sekiranya penulis berkenaan benar-benar mahu faham tentang isu-isu peneroka. Atau jika merasakan diri sudah begitu pandai, masuklah politik!

“Lagi satu, tidak wajar melabelkan tawaran dan manifesto Pakatan sebagai ‘jarum’ dan ‘gula-gula’ seperti disebutkan dalam artikel berkenaan kerana ia merupakan janji dan komitmen Pakatan apabila berjaya Ke Putrajaya”, katanya.