Tuesday, January 22, 2013

[TERBUKTI] Program bagi wang RM100 disekolah dijadikan tempat bantai Kerajaan Negeri Kedah

Kerajaan Pas Kedah dicabar kemuka bukti laksana syiar Islam

22 Januari 2013 JITRA - Kerajaan PAS Kedah hari ini dicabar mengemukakan fakta dan bukti ia telah melaksanakan syiar Islam dan menjaga kepentingan umat Islam negeri ini dengan sewajarnya.

Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Kedah, Datuk Mohd Johari Baharom mendakwa setakat ini tiada satupun masjid atau surau dibina kerajaan negeri sejak memerintah Kedah selepas memenangi pilihan raya umum 2008.

"Umat Islam Kedah beruntung kerana kerajaan persekutuan terus membela nasib mereka walaupun diperintah pembangkang. Nak harapkan kerajaan PAS Kedah, cakap saja lebih, macam tong kosong.

"Sejak 2008 hingga tahun lepas, kerajaan pusat telah membelanjakan lebih RM80 juta untuk membina masjid dan surau serta menaiktaraf kedua-dua institusi itu," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Beliau ditemui selepas menyampaikan bantuan khas persekolahan RM100 seorang murid kepada waris bagi lima buah sekolah rendah dalam kawasan Parlimen Kubang Pasu di Sekolah Kebangsaan Padang Pekan di sini.

Mohd Johari yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata kerajaan pusat turut membelanjakan kira-kira RM30 juta setahun bagi membayar gaji dan elaun pegawai-pegawai masjid serta guru-guru agama di Kedah.

Ketika berucap sebelum itu, beliau berkata kerajaan negeri sewajarnya membayar elaun imam sebanyak RM750 bagi menyamai pemberian pusat sebanyak RM750 dan bukan RM50.

Mengenai pendidikan, seramai 3,598 pelajar dalam daerah Kubang Pasu menikmati Rancangan Makanan Tambahan (RMT) bernilai RM1.2 juta manakala 12,674 murid sekolah menerima bantuan berjumlah RM4.355 juta dari Kumpulan Wang Amanah Pelajar (KWAM), katanya.

Menurutnya seramai 1,041 pelajar sekolah menengah pula menerima biasiswa antara RM700 hingga RM840 seorang setahun berjumlah RM942,760 dan 3,110 pelajar sebelas buah sekolah berasrama penuh menerima bantuan asrama bernilai RM10.5 juta tahun lepas.

Sebelum itu, dalam ucapannya, Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Kedah, Roslee Ismail berkata tiada seorangpun waris 408,011 murid dan pelajar menolak wang bantuan khas persekolahan RM100 yang mula diberi 15 Januari lepas.

Katanya pemantauan jabatan mendapati pemberian wang tersebut berjalan lancar dan setakat ini pihaknya tidak menerima sebarang aduan rasa tidak puas hati.

"Pemberian ini berjumlah RM40.801 juta dijangka selesai sebelum 15 Februari ini dan saya harap ibu bapa atau waris yang belum menerimanya supaya bersabar," kata Roslee. - Bernama

ADMIN - JIKA MACAM NIE PUNYA PEMIKIRAN KIRA BILA PERINTAH KITA RUNTUHKAN SEMUA MASJID YG DOK ADA LEPAS TU KITA BUAT BARU....KIRA MACAM TUU KAAAA...INGAT SYIAR ISLAM TU BUST MASJID JAA LAA NOOOOO......

No comments:

Post a Comment