Showing posts with label CheguBard. Show all posts
Showing posts with label CheguBard. Show all posts

Monday, February 18, 2013

Ada pimpinan PR masih gagal hayati tempo peperangan lagi 60 hari....!

Mungkinkah Satu Lagi 'Dr. Hassan Ali' Bakal Muncul Dalam PAS?


Masih ingatkah kita dengan Semangat 46 ? Ketika itu Regim warisan penjajah ini (baca : Ubn) sudah begitu nazak. YBM Tengku Razaleigh Hamzah berjaya membawa keluar hampir setengah dari kabinet Dr. Mahathir bagi bersama denganya.

Cuma kelemahan ketara beliau gagal menyatukan PAS dan DAP yang masih termakan propaganda hasutan maka terpaksa berlawan dengan dua gabungan iaitu S46 bersama PAS membentuk APU dan S46, DAP & PBS membentuk Gagasan. Kerugian pada ketika itu rakyat sudah mula ada riak perubahan cuma masalahnya masing - masing pada ketika itu (pemimpin yang melawan Bn) ego sempit pertahan idea yang masing - masing kata betul.

Percayalah jika pada ketika itu masing - masing membuang ego membentuk satu pakatan keputusan mungkin berbeza. Maka kerana kegagalan penyatuan tersebut dengan mudah dipatahkan serangan dan pancingan 'black ops' regim mengena apabila KuLi mengenakan tengkolok punya corak 't' yang dikatakan salib.

Kegagalan pada ketika itu rancak diaminkan dengan bahan bakarnya sentimen agama dan kaum yang menebal. Walaupun jika difikir dengan kepala otak (bukan kepala lutut) Umnolah malah Mahathirlah punca bangsa dan agama ini menjadi sedemikian rupa pada ketika itu.Kini keadaan berbeza, paling tidak Anwar Ibrahim berjaya menyatukan hampir kesemua parti yang melawan regim warisan penjajah ini dibawah panji Pakatan Rakyat. Namun regim tua ini masih menggunakan taktik yang sama tetapi pendekatan berbeza.

Maka pimpinan harus beringat pepatah 'Pelanduk sering melupakan jerat tetapi jerat tidak pernah lupakan pelanduk'.Ini pusingan penting (menjelang PRU ke 13), kali pertama dalam sejarah semua parti melawan Bn bersatu malah organisasi bukan kerajaan juga menaungi hasrat sama, beda kaum dan agama berjaya diredakan, namun Bn yang sedang nazak pasti sedang berusaha dengan perbagai cara.

Difahamkan 'war room' Najib kini diketua oleh Datuk Seri Dr. Jamaluddin Jarjis (JJ). JJ bukan calang perencana dia punya pasukan 'black ops' yang hebat.Kini beberapa watak penting dalam PR sedang didekati atas nama berkawan dan sama menyumbang atas kerja - kerja kebajikan berkaitan kononya.Sering kita terdengar 'saya baik dengan dia tu, bukan apa berkawan dia pun ada sumbang sikit untuk organisasi aku, dia pun goyah dengan najib kut'Itulah ayat yang porpular kini, tetapi tahukah kita bahawa mereka sedang merancang .

Kadang kala kita terpedaya dibawa bercuti, makan bersama secara mewah dan akhirnya tertipu. Ada pula yang hantar tauke taja kereta mewah yang tak sepadan dengan pendapatan kita. sedangkan dalam pada masa sama gambar kita dirakam dan secara halus mereka sedang menggunakan gambar untuk kempen tertentu.Ada juga yang tak sedar termakan jarum pujukan pelahan -lahan dari makan umpan terus makan dengan joran sekali.Beberapa kaki berjaya lolos masuk ke 'war room' Najib dan mereka sedang persiap gambar beberapa watak untuk dibunuh karetor.

Contohnya di atas ini gambar pimpinan Majlis Syura tak tahu mengapa mengambil gambar dengan membuat isyarat 1 Malaysia. Difahamkan gambar ini diambil di luar negara. Tak tahu betul atau tidak dan che'GuBard masih mengharapkan ia gambar yang dipalsukan.Ini antara berbelas gambar yang akan digunakan sebagai peluru akhir regim ini menjelang PRU nanti.

Bayangkan 1001 cara gambar ini boleh digunakan.di tempat kubu kuat PAS digunakan gambar ini dengan isu penyatuandi tempat Melayu tegar akan digunakan 'hang tengok ust. PAS ni dia dengan Umno tak mau tapi dengan Chua Soi Leck yang hina Islam dia leh cungit jari siap bergambaq'di tempat Umno nak sokong PAS dia akan cakap tak payahlah hang sokong terus Umno sebab PAS nak joint Bn dah di kawasan DAP dan PKR kuat dia akan kata tengok PAS sudah main belakang.

Ingat rakyat telah sedia tetapi lebih penting pimpinan atas harus berjaga -jaga. 'black ops war room' Najib kendalian JJ bukan bebal mcm 'war room' Pak Lah kendalian KJ. ~chegubard

Monday, February 4, 2013

PETRONAS dah jadi hak milik peribadi bapak-bapak menteri..!!!

Syarikat Milik Menteri Bolot Kerja Petronas?

Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin mendedahkan, syarikat pengangkutan, Shaziman Transport Sdn Bhd (STSB) memonopoli ‘trip’ pengangkutan dari Petronas Dagang Berhad (PDB).STSB yang disyaki milik seorang Menteri Kabinet dikatakan memonopoli lebih 90 peratus kontrak pengangkutan di sesetengah tempat menyebabkan beberapa syarikat bumiputra lain kerugian.


“Contohnya di Melaka, ada sebuah syarikat sebelum ini memiliki 12 lori, tetapi selepas STSB memonopoli ‘trip’, syarikat itu rugi dan memiliki tiga lori sahaja kerana bakinya dijual dan ditarik bank berikutan masalah kewangan. Malah ada syarikat menanggung kerugian RM50,000 ke RM60,000 pada Disember lalu untuk membayar gaji dan kos operasi.

“Di Johor pula, STSB memonopoli hampir 90 peratus ‘trip’ dan menyebabkan banyak syarikat bumiputera lain gulung tikar.

“SAMM juga mendapat maklumat STSB sedang mengembangkan monopoli ke Pulau Pinang dan Terengganu,” dakwa Badrul Hisham pada sidang media di Dewan Himpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor pagi tadi.

Ekoran itu, PDB katanya wajib menjelaskan berhubung perkara tersebut.

“Malangnya bila SAMM hubungi PDB minta penjelasan, panggilan kita dipindahkan oleh seorang pegawai kepada pegawai lain dan ini sangat mencurigakan,” tambah Badrul Hisham.

Beliau berpendapat, kesan monopoli ini menjejaskan ratusan pekerja bumiputera yang terlibat dalam industri hiliran kerana bercanggah dengan polisi PDB sebelum ini yang mengagihkan kontrak kepada syarikat pengangkutan berasaskan negeri. Contohnya di Pantai Timur hanya syarikat di Pantai Timur diberi keutamaan.

“Monopoli ini ada risiko keselamatan kepada negara. Jika berterusan, syarikat lain mati dan urusan pengangkutan bergantung kepada STSB sahaja. Jika STSB dilanda krisis seperti ‘mogok’, berapa banyak stesen minyak tidak mendapat bekalan minyak dan menyebabkan sektor perusahaan lumpuh?” soalnya.

“Sebab itu SAMM mendesak PDB segera jelaskan perkara ini atau satu demonstrasi diadakan di hadapan bangunan PDB,” jelasnya.

Wednesday, January 30, 2013

Burulah mereka wahai POLIS... rakyat lagi meluat dok buat kelaku lagu nie..!!!

HKR: Buru peserta bawa kanak-kanak bakal 
percepatkan Umno BN jatuh- CheguBard

#KL112 mencatatkan sejarah tersendiri. Tidak ada siapa yang boleh memberikan angka tepat mengenai berapa ramai yang berhimpun dalam dan di sekeliling stadium pada 12 Januari lepas. Namun seperti biasa angka ini akan dijadikan bahan oleh regim untuk perkecil himpunan rakyat ini. Mulanya regim mengumumkan tidak lebih dari 30,000 orang sahaja, namun jumlah ini disentak dengan pengumuman polis yang menyatakan pihak penganjur bersalah langgar syarat kebenaran iaitu melebihi 30,000 orang. Apa pun penafian kebangkitan rakyat dengan regim bermain nombor mudah dipatahkan dengan gambar himpunan.

Isunya bukan sekadar jumlah, bagi regim ini makin panik ialah di manakah agensi seperti PDRM berada? Di mana-mana sejarah kebangkitan rakyat menghumban regim tua, di mula kebangkitan pasti polis atau tentera alat penting regim untuk mematahkan kebangkitan rakyat tetapi apabila hakikat sebenar bahawa betapa regim membawa kerosakan dan sudah tidak boleh diselamatkan lagi maka saat kemenangan kebangkitan rakyat akan ditandakan dengan bermulanya (selalunya sebahagian) dari polis atau tentera sedia untuk ‘mengkhianati regim’ dan duduk bersama rakyat. Tanda ini agak jelas ketika Himpunan #KL112 atau HKR baru-baru ini.


Bagaimana ketika Najib diluar negara, pimpinan utama polis selesa duduk berbincang dengan pimpinan rakyat di Bukit Aman sehingga persetujuan untuk mencipta sejarah himpunan rakyat paling aman dan paling ramai sejak merdeka. Namun setelah Najib pulang dari luar negara ‘mungkin’ polis ditekan dan dipertikai mengapa PDRM berani memberi jaminan sedemikian, maka sedikit gangguan dimunculkan iaitu surat cadangan mengalih lokasi himpunan ke Bukit Jalil.

Akhirnya semua berjalan sempurna. Ini membuktikan selama ini jika tanpa campur tangan regim (baca : Umno/Bn) memperdaya PDRM pasti semua himpunan aman dan baik dan hubungan PDRM dan rakyat akan terpelihara juga dihormati. Depan mata saya bagaimana selepas himpunan ada yang mengutip sampah, ramai yang berjalan berkumpulan tua / muda mendekati anggota polis dan bersalaman.

Masih ingat gelak tawa gurauan anggota polis yang berdialek Borneo di stesen LRT Stadium yang mengatakan ‘macam hari raya’ apabila semua orang bersalaman dengannya dan kawanya pula bercakap ‘aik macam menteri pula rasa’. Semua jadi tertawa.

SAMM bergerak dari Kg. Baru ke Stadium Merdeka. Kami sudah putuskan satu perarakan yang meriah dengan lagu – lagu bermasej ‘rakyat’, selawat, nasyid dan sebagainya. Ribuan yang bersama perarakan SAMM ke Stadium Merdeka pasti bergembira sebagai sinambungan program mengira detik di Kampung Baru, KL malam sebelum itu. Masih teringat lagi demonstran mengambil gambar sambil sama menari dengan anggota trafik mengikut muzik lagu Korupsi (one buck short) dan bongkar (iwan Falls) diselang seli lagu Ubah Jang Ubah. watak yang sama tetapi imej berbeza ketika Bersih 3.0, yang bezanya ialah campur tangan jahat Bn.

Namun regim ini tidak pernah akur dengan kebangkitan rakyat. Isu bawa kanak-kanak pula dinaikkan. Ada maklumat dari dalam PDRM menyatakan keluhan mereka kerana dipaksa melakukan kerja bodoh iaitu meneliti gambar peserta #KL112 dengan kanak- kanak. Semalam Polis mula mengedarkan kononya gambar peserta yang membawa kanak-kanak.

SAMM menyeru semua peserta himpunan yang terlibat supaya mendapatkan nasihat guaman dahulu sebelum bertindak. Namun jauh dari itu SAMM bersimpati dengan polis yang dipaksa regim untuk bertindak sedemikian. Sehari dua ini apabila pimpinan PDRM WP muncul dengan pengumuman iba bapa bawa anak ini ramai yang tertawa dan tidak kurang kecewa. Ada yang mengatakan dari cari ibu bapa yang bawa anak lebih baik PDRM guna masa tersebut untuk cari ibu bapa yang buang anak atau anak hilang.

Namun SAMM mengajak orang ramai jangan menyalahkan PDRM 100 peratus dalam perkara ini, mereka sedar tindakan mereka ini bakal ditertawakan dan buang masa tetapi mereka dipaksa oleh regim BN yang sudah hilang punca.

Hari yang sama 12 Januari 2013, Najib juga melakukan himpunan di Semenyih. Untuk mengumpulkan ramai orang maka bertrelar beras diagih percuma , ibu bapa ramai yang membawa anak. Dalam berebut beras ada yang pengsan dan terhimpit.

SAMM bersimpati dengan PDRM dan menyeru untuk PDRM khususnya pimpinan utama mereka agar punya sedikit lagi keberanian untuk terus berdiri bersama rakyat. SAMM amat yakin PDRM mendapat maklumat lengkap mengenai betapa tapak sokongan BN amat goyah kini. BN akan kalah dalam PRU akan datang (jika PRU itu adil). Paling penting pimpinan utama PDRM sendiri tentu sedar betapa Bn makin membawa kerosakan pada negara, pendedahan Musa Hasan bekas Ketua Polis Negara mengenai campur tangan pemimpin politik BN dalam urusan PDRM selama ini sudah tentu menyentap imiginasi keseluruhan PDRM yang semala ini punya persepsi berbeza.

Yakinlah Malaysia tanpa BN pasti lebih baik untuk semua. Yang lebih penting menjatuhkan BN kali ini beerti kita sama menghidupkan suis demokrasi dalam negara. Apabila demokrasi itu diaktifkan maka kerajaan yang takut dengan rakyat akan wujud. Jika PR tidak baik kita ganti semula.

Mitos menyatakan pertukaran parti pemerintah merosakkan negara perlu ditinggalkan. Semua negara maju sering bertukar kerajaan. Huru hara akan muncul apabila sistem demokrasi mati dan regim terlalu zalim memperkuda agensi yang sepatutnya bebas menjaga kepentingan rakyat.

Kepada Peguam Negara dalam perkara ini ketahuilah kamu boleh terus melakukan pendakwaan tetapi yakinilah tindakan pendakwaan tersebut merupakan sabotaj besar kepada regim BN kerana akan mempercepatkan kejatuhan mereka.

che’GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=44138

Wednesday, December 19, 2012

Insiden Sg Petani: Sebuah Propaganda Gagal

Insiden Sungai Petani
Kenyataan Terbuka
19 Disember 2012
Insiden Sg Petani: Sebuah Propaganda Gagal
Sungai Petani dikejutkan dengan berita kononnya berlaku pergaduhan antara kaum cuba diambil kesempatan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dengan menyebarkan khabar angin pergaduhan besar berlaku di beberapa kawasan.

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) telah membuat pemerhatian penuh melalui aktivis SAMM yang menetap di Sungai Petani membuat kesimpulan bahawa, pada permulaannya hanya terdapat pergaduhan kecil membabitkan kumpulan anak muda yang gagal mengawal diri dan tiada sebarang kebencian antara kaum berlaku di sebalik pergaduhan tersebut. Namun campurtangan kumpulan extreme kaum merencatkan suasana dan mampu mengundang kecelakaan lebih besar.

Semua ini terjadi hasil daripada politik perkauman ekstream Umno dan Barisan Nasional yang sering melagakan kaum. Poltik perkauman ekstream Umno Barisan Nasional umpama memasang bom jangka di kalangan masyarakat. Inilah yang mereka mahu, pergaduhan antara kaum akan menyebabkan setiap kaum berpaut kepada parti berasaskan kaum bagi berlindung lantas memberi sedikit nafas kekuatan biarpun memberi kesan buruk kepada seluruh kemasyarakatan dalam jangka masa yang panjang.
SAMM berpendapat tiada gunanya berbilion wang ringgit dibelanjakan atas nama perpaduan semenjak merdeka. Kewujudan Jabatan Perpaduan contohnya hanya membazir bila regim Umno Barisan Nasional sendiri sentiasa membakar api perkauman.
Walaubagaimanapun, keadaan di Sungai Petani terkawal di atas tahap kesedaran yang baik dari kalangan rakyat Malaysia yang belajar betapa pergaduhan antara kaum hanya akan memberi kelebihan kepada parti perkauman seperti Umno. Rakyat pasti tidak sedia untuk memberi nafas baru kepada Umno dan seraya itu menolak sebarang usaha mengembangkan propaganda jahat golongan ini kononnya pergaduhan besar antara kaum berlaku dan merebak ke serata tempat.
SAMM dengan segala rangkaian kekuatan bertekad memastikan negara ini stabil lebih-lebih lagi dengan pilihanraya yang menjelang, kesempatan pastinya diambil oleh Umno dan Barisan Nasional. SAMM akan menyekat segenap ruang terutamanya berita yang membangkitkan bibit-bibit pergaduhan antara kaum, ketika kepedulian pihak berkuasa terhadap blog pro-Umno yang membawa propaganda jahat tidak diambil tindakkan malah menjadi bahan berita untuk media perdana yang dikuasai Barisan Nasional.
SAMM menggesa orang ramai di seluruh negara khususnya di Sungai Petani bertenang dan tidak menghadam berita yang mengghairah kebencian antara kaum. Yakinlah segala usaha ‘orang jahat’ itu tidak akan berhasil selagi kita menggenggam pedoman betapa isu perkauman sudah berkubur tidak ada dalam kamus Malaysia baru.
Sekian,
Che’GuBard

Monday, September 17, 2012

Tu dia aihh ''menteri kata sarang burung walit tempat simpan bom..!''

Kantoi ! Noh Omar Mengamuk....Isu Burung Walit

SAMM bersama YB Ng Sue Lim iring penternak burung walit bertemu menteri pertanian
puak Umno yang tiba - tuba mengamuk meragut banner -banner yang dibawa
penternak burung Walit
antara lebih 400 orang penternak burung walit yang hadir dari seluruh negara

Pada 15 September 2012, sekitar jam 11 pagi di Pekan Tanjong Karang, che'GuBard, Komrad Azhar (Penyelaras bersama SAMM Selangor) dan komrad- komrad SAMM Sg.Besar (team Utara Selangor) telah hadir di Pekan Tanjong Karang bersama YB Sue Lim serta lebih 400 penternak burung walit dari seluruh negara untuk menghantar memorandum bagi mengenengahkan isu yang berpanjangan dalam industri burung walit khususnya mengenai isu penghantaran / penjualan produk ke negara China.

Pagi yang sama juga secara tiba - tiba dibuat rumah terbuka hujung Syawal depan Pejabat Umno Tanjong Karang. Menurut salah seorang 'Tok Sidang' yang turut hadir majlis itu diadakan saat akhir mungkin kerana itu cara untuk mengumpulkan ramai orang Umno 'berkubu' depan pejabat sendiri dan juga akan diceritakan selepas itu kononya penternak burung walit yang hadir (kebetulan ramai orang cina) bertindak biadap serang majlis hari raya orang melayu. Sudah menbaca taktik ini kami hanya berkumpul di seberang jalan besar. Hanya wakil 6 orang dan hampir 10 pengiring sahaja dibenarkan melintas jalan rapat ke pejabat Umno.

Kehadiran kami disambut Noh Omar sendiri. Kami dijemput duduk. Saya duduk betul - betul di sebelah Noh Omar. Sebaik sahaja saya duduk dia terus tanya saya dan Yahya Shaari (PKR) dengan nada berbisik menyindir "kau orang ni tahu ke isu burung walit ni?"

Katanya lagi dari beribu sarang hanya ratus je daftar. Menurut dia PBT di Selangor pun nak saman dan minta kami agar tolong jangan saman. Cukup terkejut dengan seorang menteri apabila beliau berkata "kau tahu kenapa cina - cina ni tak nak daftar rumah burung....luar rumah burung tapi ada yang simpan dadah,senjata...macam-macam lagi itu sebab tak nak daftar dan bagi kita masuk 'check'.."

Rupanya isu rumah burung ini juga dalam kepala pemikiran Menteri turut dipandang dari aspek pemikiran perkauman yang tajam.

Majlis dimulakan seorang moderator bercakap keliling semua penyokong Umno bersorak, polis kelihatan bertindak profesional menjaga sekitar meja rundingan berlaku.Wakil penternak memulakan dengan membaca memorandum menjelaskan masalah. Kesian saya lihat wakil penternak itu memang diakui mutu bahasa kebangsaannya lemah sedikit tetapi ia bukan alasan penyokong yang ramai mengelilingi meja rundingan bawah khemah depan pejabat Umno itu menjerit menyindir.Ada yang dengan selamba bercakap "apalah cina ni nak cakap banyak ...cakap melayu pun gagap"

Selepas itu pembesar suara diambil alih oleh Noh Omar menjawab persoalan. Kami membiarkan dia bercakap lebih 30 minit. Bukan sekadar bercakap mengenai isu tetapi dia turut guna kesempatan itu hambur tuduhan dan sindir pakatan rakyat. Malah secara terang - terang dia marah penternak kerana jumpa DAP.

Bagi che'GuBard mudah penternak burung walit ada masalah yang lama tak selesai, mereka datang jumpa kami maka kami bawa mereka berjumpa Menteri Pertanian selepas dengar masalah mereka. Ini tidak salah sepatutnya menteri ucap terima kasih bukan tunjuk ego sombong. Kami bukan golongan datang mengamuk depan pejabat orang seperti mana mereka datang serang pejabat PKR. Kami bukan geng baling cat lari. Datang secara bertamadun untuk bincang selesai masalah rakyat. Oleh sebab itu kami beri Noh bercakap lebih 30 minit. Kemudian seorang wakil penternak bangun nak bercakap ramai mula bersorak, untuk tenangkan keadaan kami bincang YB Ng Sue Lim akan bercakap menjawab sindiran dan tuduhan liar Noh Omar dan che'GuBard akan bangun menggulung.
30 minit bagi peluang Noh Omar bercakap bila saya nak bangun bercakap
dia terus mengamuk tak tentu pasal

Namun bila YB Ng Sue Lim bercakap keadaan mula kecoh bukan sekadar penyokong Umno, Noh sendiri mula berdiri dan marah- marah. che'GuBard mula bangun nak bercakap, tolak menolak berlaku. Terus Ketua Polis Daerah muncul rampas microphone kami dan minta bersurai lalu iring kami ke seberang jalan.

Beberapa orang Umno juga berlari ke arah seberang jalan merentap beberapa banner yang dibawa dan lari semula ke khemah Umno.

Kemudian Noh tidak diam sahaja terus pula guna akaun twitternya menyerang dengan mengatakan kami penakut dan sebagainya. Hanya mampu tersenyum dan kesian dengan cara politik 'anak jantan ala Umno' bercakap di gelanggang sendiri lebih 30 minit merapu, bila orang mula nak menjawab dia terus meroyan.

Isunya tidak akan selesai selagi kita punya menteri yang ego dan sombong seperti ini.

Saturday, April 7, 2012

Chegu Bard - BN akan gembira bila API PERKAUMAN berjaya di bakar dalam PR..!!!

Part 1


Part 2


Politik BN - UMNO tipu Melayu, MCA tipu Cina, MIC tipu India, PBB tipu Sarawakian, UMNO Sabah & PBS tipu Sabahan.

Friday, February 17, 2012

ISU ISRAEL - `PELURU' SEBENAR UNTUK UMNO

Sudahkah kita baca AWSJ ?

Ramai yang bising mengenai kenyataan Anwar Ibrahim mengenai Israel dalam ASWJ persoalan paling penting sudahkah kita baca majalah tersebut ? Jawapan pasti lebih 90% rakyat Malaysia menyatakan tidak dan hanya tahu melalui media propaganda Umno.

Bagi yang tidak membacanya, Anwar sekali lagi memberikan penjelasan dalam isu ini dengan menyebut dengan jelas dalam kenyataan medianya semalam seperti di bawah :
Telah dihebahkan kenyataan saya dalam Asian Wall Street Journal, "I support allefforts to protect the security of the state of Israel," (Saya menyokong segala usaha untuk melindungi keselamatan negara Israel) sedangkan kenyataan penuh selepas itu, "a step which he said remains contingent on Israel respecting the aspirations of Palestinians." (pendirian tersebut tertakluk kepada syarat bahawa Israel mesti menghormati aspirasi rakyat Palestin) tidak pula disiarkan sepenuhnya
Kini sepatutnya 'meriam' dihalakan kepada regim semula. Adakah benar Malaysia anti Israel. Bagaimana negara ini yang tidak mengiktiraf proses demokrasi Palestin dengan tidak mengiktiraf Hamas berdasar telunjuk Israel. Bagaimana dengan hubungan dagang terus membantu ekonomi Israel. (klik baca hubungan dagang sawit malaysia israel)

Dr. Mahathir sudahlah kamu memang banyak menyumbang kepada negara ini tetapi kamu juga bukan sedikit berbuat kerosakan. Cukuplah jangan tamak dan sombong lagi. Kenyataan Mahathir yang cuba menyelamat Najib yang boleh dipercayai oleh orang yang pendek pemikiran. Bagaimana mungkin Israel yang selesa dengan regim kini yang bersungguh - sungguh menjaga kepentinganya mahukan pertukaran kerajaan ? (klik untuk membaca jawapan SAMM terhadap Dr. M). Antaranya Kakitangan kerajaan yang sedar dan sudah meluat dengan regim Umno ini yang salurkan maklumat bukan Israel seperti mana tuduhan Dr. M. Saya tahu lah sebab saya yang pergi jumpa mereka dan saya yang dedahkan perkara tersebut. Bukan seorang tetapi ramai, bukan sekumpulan tetapi banyak kumpulan di perbagai pangkat dan perbagai jabatan.

Dari 10 kakitangan kerajaan boleh dikatan 9 sudah meluat dengan regim Umno ini dan pasti 5 dari mereka sedang bersama berusaha bersungguh-sungguh menjatuhkan regim Umno ini./Chegubard

Siapa Kawan Zionis Sebenarnya - Takutkan Zionis terus hentikan minyak masak ke Iran

MALAYSIA BERHENTI HANTAR MINYAK KE IRAN KERANA TELUNJUK ZIONIS ?


MALAYSIA konsisten dengan sikap terhadap Israel-Palestin ?

MalayReuters edisi US melaporkan, pengeksport minyak kelapa sawit dari Malaysia telah menghentikan dari membekalkan minyak kelapa sawit kepada Iran yang merupakan sebuah Negara Islam.

Penghentian penghantaran ini melibatkan 30,000 tan minyak sawit yang merupakan sebahagian dari keperluan Iran bagi setiap bulan. Kenapa perlu Malaysia menghentikan penghantaran tersebut sedangkan Iran adalah sebuah Negara Islam yang seperti juga Malaysia?

Punca sekatan terhadap Iran ialah kononnya untuk menghentikan program pembinaan senjata Nuklear oleh Iran sedangkan perkara ini telah berulang kali dinafikan oleh Iran.

Jika benar sekalipun Iran merancang untuk membina senjata Nuklear, Negara yang paling terancam ialah Negara haram Yahudi iaitu Israel. Ini kerana Iran pernah mengugut untuk memusnahkan Negara haram tersebut.

Jika bukan kerana Malaysia lebih mendahulukan Israel dari Iran yang merupakan Negara Islam, mungkin juga minyak kelapa sawit keluaran Malaysia dikawal pengedarannya oleh Israel.

Dakwaan Israel Funding Corp. yang mengatakan mereka adalah pihak yang diberikan mandate dan telah dilantik sebagai wakil sah untuk kebanyakkan penjual dan juga pembeli kepada Minyak Kelapa Sawit Mentah berkuatkuasa dari 1 Januari 2005 hingga ke 1 Januari 2030 – sepenuhnya sila baca di (Israel Funding Corp) klik sini untuk baca lanjut.

Malaysia meyokong sekatan Nuklear oleh Yahudi dan United State terhadap Iran. Sedangkan kalau betul lah Nuklear tu ada, Iran semestinya akan mengunakan Bom tersebut untuk memusnahkan puak penganas Yahudi Israel, dan Malaysia tidak sokong perkara macam tu?

Sekiranya semua ini adalah benar, dan tiada penafian daripada pihak yang berwajib, maka sah lah rakyat Malaysia sekali lagi telah diperbodohkan oleh Kerajaan UMNO/BN selama 54 tahun.

klik juga minyak sawit Sime Darby dan Felda antara yang dihantar ke Israel ?

http://chegubard.blogspot.com/2012/02/malaysia-berhenti-hantar-minyak-ke-iran.html

Monday, January 30, 2012

Siswa di negara lain turunkan PM bukan gambar PM

http://www.keadilandaily.com/wp-content/uploads/2011/04/CIKGU-BARD12334.jpg“Kalau saya katakan pembangkang menghasut mahasiswa turunkan bendera saya sepatutnya malu menjadi pembangkang Malaysia. Kerana hanya mampu hasut turunkan bendera Perdana Menteri sahaja,” tegas Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin atau dikenali Cikgu Bard. Ikuti pendapat beliau tentang Auku 1971 bersama wartawan SALMIYAH HARUN

WARTAWAN :Seksyen 15, Auku 1971 akan dipinda bagi membolehkan pelajar IPT menyertai parti politik. Sejauh mana saudara lihat keikhlasan kerajaan dalam meminda akta ini?

BADRUL HISHAM: Semangat Auku tahun 1971 adalah untuk mengekang gerakan dan aktiviti pelajar. Justeru, pada peringkat awal lagi saya tidak bersetuju dengan hanya meminda Auku, kerana daripada semangat undang-undang tersebut jelas bahawa akta itu mahu mengekang aktiviti dan semangat pelajar itu sendiri.

Pada SAMM, saya tegaskan Auku bukan perlu dipinda tetapi Auku perlu dimansuhkan dan perlu diganti dengan satu sistem undang-undang yang bukan mengawal tetapi menyelia aktiviti pelajar universiti dalam masa yang sama menggalakkan aktivisme pelajar di kalangan mereka.

Jadi, sebarang usaha yang hanya untuk meminda sedikit demi sedikit Auku bermula zaman Tun Mahathir, di mana beliau telah meminda Auku di Parlimen ternyata pindaan tersebut bergerak ke arah lebih mengekang pelajar kerana Auku itu semangat kasarnya adalah untuk mengekang pelajar.

Bagi saya kononnya kerajaan mahu meminda akta Auku adalah tindakan retorik sematamata. Ini kerana kalau kita membaiki sesuatu yang memang diwujudkan hanya kerana mengekang pelajar ia akan menjadi sebaliknya. Justeru, pandangan kita jelas mansuhkan Auku dan gubal undang-undang baru.

Kebangkitan mahasiswa agak agresif sejak akhir-akhir ini. Mengapa?

Kita kena lihat, dari sudut kenapa negara-negara Arab di mana orang muda negara mereka bangkit? Isunya adalah kebebasan! Isunya adalah ruang demokrasi.

Contohnya di Libya, dari segi kebajikan rakyat amat jauh daripada Malaysia, tetapi kenapa ada riak-riak protes di Libya sehingga menyebabkan jatuhnya kerajaan yang mentadbir Libya ketika itu?

Hanyalah kerana ruangruang kebebasan. Rejim yang memerintah Malaysia tidak faham kehendak anak-anak muda sekarang ini. Mereka memerlukan ruang untuk mengeluarkan pendapat, ruang untuk mereka bertindak.

Mahasiswa sudah cukup agresif?

Bagi saya belum agresif! Saya masih malu anak muda Malaysia baru bertindak turunkan bendera Perdana Menteri.

Seharusnya kalau perkara ini diambil kira berdasarkan kayu pengukur dengan gerakan anak muda dan mahasiswa di seluruh dunia, kita harus rasa malu!

Kenapa?

Protes mahasiswa hanya turunkan bendera berwajahkan Perdana Menteri dan kita bagi tahu ini adalah paling tidak radikal! Kalau disenaraikan tindakantindakan dalam gerakan anak muda di seluruh dunia. Ini kerana, gerakan pelajar dan mahasiswa di negara lain sudah turunkan Perdana Menterinya, kita baru turunkan bendera Perdana Menteri sudah jadi gundah gulana.

Bagi saya mudah, kerana itu dalam pakatan Rakyat perlu memandang serius perkara ini di samping membuka ruang yang sesuai dan explore ruang-ruang ini untuk bagi kepada anak-anak muda seperti mahasiswa.

Adakah kerana Auku mahasiswa hari ini memperlihatkan ‘taringnya’ sehingga mereka sanggup berdepan dengan tindakan gantung pengajian?

Saya puji mereka kerana kali ini mahasiswa bangkit bukan sekadar menentang Auku sebaliknya mereka sudah menghantar memorandum yang mengandungi cadangan undang-undang barubaru yang menggantikan Auku.

Jadi sebeginilah yang harus kita bergerak cuma sejauh mana penerimaan kerajaan dan akta yang disentuh ini lebih terbuka. Memandangkan ramai yang beranggapan yang mempersoalkan mahasiswa ini tidak fikir soal negara, melahirkan generasi yang tidak memikirkan soal negara, masalah sosial dan sebagainya.

Perkara ini berlaku kerana apa? Apabila mahasiswa hendak bangkit dan ada idea sendiri, kerajaan pula tidak bagi. Akhirnya mereka marah dan fikir, kamu bagi hutang PTPTN kemudian ibu bapa akan bercakap dan mengingatkan anak-anak mereka supaya belajar baik-baik sebab ada hutang PTPTN.

Lepas habis belajar dan sudah mula hendak memikirkan soal negara ada halangan sebab ada hutang dengan PTPTN yang perlu dijelaskan! Akhirnya, negara ini akan jadi negara yang mandul kerana anak mudanya akan mati.

Betulkah dakwaan mereka turunkan bendera gambar PM kerana hasutan pembangkang?

Kalau saya katakan pembangkang (Pakatan Rakyat), menghasut mahasiswa turunkan bendera saya sepatutnya malu menjadi pembangkang Malaysia.

Kerana hanya mampu hasut turunkan bendera Perdana Menteri sahaja. Seharusnya kita hasut mereka untuk keluar dan menurunkan kerajaan itu.

Segala perkara yang mahasiswa bangkit dan tidak sokong kerajaan sudah pasti mereka menuduh pembangkang iaitu Pakatan Rakyatlah yang ada hari ini. Ini bukan tuduhan baru. Suharto di saat kejatuhannya dia sendiri mengeluarkan kenyataannya bahawa kebangkitan mahasiswa bukan sekadar dipengaruhi politik tetapi percaturan yang dilakukan oleh orang asing.

Percaya dan yakinlah jika mahasiswa terus bangkit selepas ini mereka juga dituduh mereka jugalah yang dicaturkan oleh pihak-pihak asing. Ini adalah perkara biasa dan pengulangan sejarah yang biasa dilakukan.

Friday, January 27, 2012

ABU milik rakyat... katakan Tidak pada UMNO..!!

Seminggu ini ABU atau Asalkan Bukan Umno telah menjadi perhatian. Bermula dengan insiden serangan bersifat perkauman terhadap Ceramah ABU di Dewan MBSA, Seksyen 30, Kg Jalan Kebun, Shah Alam sehinggalah kenyataan terbuka oleh S.Jayathas yang selepas itu diketahui bertindak atas arahan P. Utayakumar yang merupakan pimpinan Hindraf yang telah menubuhkan sebuah parti politik yang dikenali sebagai Parti Hak Asasi Manusia Malaysia.

Ditegaskan sejak awal ABU bukan sebuah organisasi atau jauh lagi sebagai sebuah pertubuhan bukan kerajaan. ABU ialah mewakili sentimen rakyat yang kecewa dan sedar dengan hakikat banyak masalah negara ini berpunca dari sebuah parti yang dicipta oleh penjajah iaitu United Malay National organisation (Umno). Seingat kami sentimen ABU ini mula wujud sekitar tahun 1998 selepas pemecatan DSAI dan kemudian diporpularkan oleh Hishamuddin Rais melalui blog Tukar Tiubnya.

Namun bermula beberapa bulan lepas beberapa organisasi seperti SAMM, SABM, PSM, PRM dan banyak lagi juga tidak ketinggalan beberapa organisasi mahasiswa serta aktivis-aktivis masyarakat yang bergerak sendirian telah bergabung dan bersetuju menghidupkan kempen ABU untuk menjadikan ia sentimen nasional dalam menyatukan kekuatan rakyat demi menumbangkan Umno dan Barisan nasional khususnya dalam PRU akan datang.

Kempen ABU ini menggariskan 3 perkara kenapa perlu rakyat menolak Umno iaitu

Isu sentimen perkauman melampau yang dibawa oleh Umno telah menggagalkan penyatuan rakyat juga sebagai senjata untuk mengalihkan isu apabila satu isu besar muncul dalam negara.

Isu Lynas diangkat kerana isu ini menunjukkan ketidak pedulian Umno terhadap suara rakyat sanggup memperjudikan nyawa rakyat demi projek menguntungkan pihak tertentu. Isu ini juga berkait rapat dengan pembaziran, rasuah yang menghilangkan hasil petroleum negara sehingga negara terpaksa mencari industri tenaga baru bagi menggantikan petroleum.

Isu harga barang yang melampau dan jelas regim gagal mengawal

Isu - isu ini diangkat kerana ia isu yang dekat dan mudah difahami oleh rakyat. Isu ini juga bersifat fundimental dan dikongsi oleh semua gerakan progresif. Maka dengan isu ini diharapkan dapat menyatukan semua gerakan progresif dan secara tidak lansung mengenepikan isu perbezaan yang tidak menguntungkan gerakan. Selain itu isu seperti keadilan asas dan sistem perundangan juga menjadi tumpuan.

Telah dipersetujui ABU tidak akan punya struktur tetapi hanya penggerak terdiri dari organisasi atau individu sekutu yang bersama dengan sentimen ABU. Maka tidak ada ketua cuma yang ada kemungkinan penyelaras berdasarkan keperluan program.ABU tidak ada hak cipta semua orang boleh bergerak atas ABu tetapi jika bersekutu bersama impaknya akan lebih berkesan.

Semua orang boleh buat t-shirt ABu atau apa sahaja bahan mempromosi ABU tanpa izin sesiapa. ABU milik rakyat.

Menyentuh mengenai Hindraf yang kononya menarik sokongan dari ABU dan kemudian dinafikan oleh Penyelaras Kebangsaannya Sambulinggam dan pimpinan dalam buangannya Waythamoorthy yang menyatakan Hindraf terus bersama ABU dan semua pihak yang menentang Umno dan Barisan Nasional. Menurut mereka kenyataan tidak bersama ABU itu cuma pendapat peribadi Uthayakumar.

Bagi SAMM yang menjadi sekutu bersama ABU kami tidak berminat dengan apa yang jadi dalam mana - mana organisasi. Tanpa atau bersama Hindraf, sentimen ABU akan terus bergerak dan terlekat dihati rakyat. Namun kami amat mengalukan Hindraf atau mana - mana organisasi atau individu yang berkongsi sentimen ini dan bergerak bersama kerana penyatuan kekuatan merupakan kelebihan dalam gerakan menumbangkan regim yang ditunjangi Umno.

Terbaru juga komen Wan Farel, Penyelaras Segmentasi Mahasiswa dalam isu melibatkan KUIN di Kedah yang sedikit dilihat menyerang Menteri Besar PR Kedah yang kemungkinan dilihat agak kontradik dengan kempen ABU yang didokong SAMM. SAMM secara penuh menyokong kenyataan Wan Farel dan menganggap ia pendirian SAMM secara rasmi.

Perlu ditegaskan dokongan SAMM terhadap ABU bukan 'cek kosong' kepada yang melawan Umno. Sokongan dan sentimen ABU berdasarkan prinsip. ABU ialah sentimen kesedaran rakyat yang ingin melihat Umno tumbang kerana keangkuhan mereka dipuncak kuasa. Namun jika mana - mana pihak khususnya yang baru berkuasa sedikit melakukan perkara yang sama maka sewajarnya ditolak.

ABu ialah milik rakyat. ABU bukan cerita siapa nak jadi YB tetapi penyatuan kuasa rakyat melawan Umno. ABU ialah menefestasi dalam PRU akan datang Umno bukan sekadar berdepan dengan Pakatan Rakyat sebagai lawan politik tetapi akan berdepan sentimen rakyat ; Asalkan Bukan Umno.

Road show ABU dan program - program berimej ABU akan terus diperhebatkan dan akan diumumkan dari masa ke semasa.

Program yang terdekat ialah Ceramah Umum memperkenalkan ABU di NS, 28 Januari 2012, 8.45 malam di Taman Seremban Selatan akan menampilkan pemimpin politik, pemimpin NGO dan aktivis masyarakat. Semua dijemput hadir.

-------------------------------
che'GuBard adalah Presiden Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

Sunday, January 22, 2012

Umno harus ambil tanggungjawab serangan bersifat perkauman terhadap program ABU

Kenyataan Rasmi

22 Januari 2012

SAMM MENGUTUK SERANGAN GANAS BERSIFAT PERKAUMAN.

Asalkan Bukan Umno (ABU) ialah sentimen rakyat yang ingin melihat penyatuan perbagai 'force' dalam usaha menumbangkan Umno ke arah menyelamatkan negara. Ini penting kerana melihat kehancuran negara yang disebabkan Umno iaitu sebuah parti yang dicipta penjajah untuk mewarisi negara ini semakin tidak terbendung.

Sentimen ABU ini ialah sentimen rakyat namun baru - baru ini beberapa organisasi pertubuhan bukan kerajaan dengan kerjasama beberapa parti politik telah bergabung untuk memberi nafas baru kepada sentimen ini menjadi kempen kesedaran peringkat nasional. Pada 15 Disember lepas ABU telah dilancarkan di Taman Melewar, Gombak dengan menyaksikan pentas perasmian dikongsi oleh ahli politik, aktivis masyarakat, peniaga kecil, kontraktor, wakil orang asal, pekerja kilang dan wakil-wakil perbagai segmentasi masyarakat hadir menyampaikan ucapan.

Selepas itu program berteraskan ABU berterusan dalam perbagai pendekatan dalam skala kecil dan besar. Antaranya ialah pelancaran ABU Pulau Pinang pada 18 Januari 2012 di Permatang Damar Laut yang menyaksikan bukan sahaja lebih 1500 kehadiran dalam kawasan yang dikenali kubu Umno sebelum ini tetapi turut menyaksikan pengistiharan keluar beramai - ramai ahli Umno yang diketuai oleh bekas ketua cawangan Umno kawasan tersebut. Bukan itu sahaja pengedaran risalah ABU serta kemeja ABU mula menjadi trend anak muda.

Mungkin melihat kejayaan dan penerimaan makin meningkat maka Umno menjadi gusar.

Minggu lepas sekali lagi ABU menjadi perhatian apabila Hindraf secara rasmi menyatakan pendirian bersama dengan ABU. Hindraf berjanji akan bersama dengan sekutu - sekutu yang bersama sentimen ABU malah koordinator Kebangsaan hindraf w.Sambulinggam menyatakan hasrat ingin bersama PR bagi mengalahkan Umno/Bn dalam PRU akan datang.

Serentak dengan itu Hindraf mengusakan beberapa pentas program ABU di beberapa tempat.

Pada 21 Januari 2012 jam 9.00 mlm telah disusun program Ceramah Umum ABU yang menampilkan Hj. Mohd Sabu (Timbalan Presiden PAS), Peguam Haris Ibrahim (SABM), cheGuBard (SAMM) dan Sambulinggam (Hindraf) di Dewan MBSA seksyen 30, Jalan Kebun,Shah Alam.

Kira - kira 8.45 malam, orang ramai memasuki dewan, kebetulan dengan waktu Isya yang lewat maka kehadiran awal ialah majoriti bukan Islam. Kira - kira 9.00 mlm semua penceramah sampai dan mula duduk diatas pentas. Serentak dengan itu datang kira - kira 20 orang pemuda menjerit perbagai cacian dan makian yang dilihat secara sengaja ditujukan kepada hadirin India. Malah ada yang membawa masuk motorsikal ke dalam dewan. Mereka bersenjatakan topi keledar dan kayu terus memukul beberapa tetamu yang hadir. Peralatan P.A dan projektor juga ada dirosakkan. Beberapa orang cedera, namun mereka tidak mahu ke hospital kecuali seorang pemuda berbangsa India terpaksa dikejarkan ke hospital kerana hampir pengsan dipukul.

Di luar dewan pula sebahagian dari kumpulan ini dengan senjata telah mengugut dengan menjerit kepada peniaga yang datang berniaga kerana program tersebut agar menutup perniagaan. Ada gerai yang menjual makanan ringan mengalamai kerugian apabila gerainya disepak dan barang makanan yang dijualnya berterabur di tanah.

Petugas dengan beberapa hadirin yang kebutulan ada yang baru datang berjaya menenangkan keadaan. Kumpulan pemuda - pemuda tersebut berundur ke seberang jalan mengadap dewan. Ketika kira kira 4-5 orang ganggota polis datang, jumlahnya mereka bertambah ramai begitu juga penyokong dan hadirin yang ingin hadir bersama ceramah ABU. Keadaan mula tegang, polis dilihat tidak mampu berbuat apa-apa.

Kira - kira jam 10.00 mlm penganjur memutuskan untuk menangguhkan program tersebut kerana bimbang soal keselamatan dan mengelakkan insiden tidak diingini berlaku.

Jelas serangan tersebut ditujukan kepada hadirin bukan Melayu khususnya India, dalam taklimat sebelum bersurai cheGuBard meminta agar kawan - kawan Melayu agar dapat memastikan kawan-kawan berbangsa India dapat di iring ke kenderaan dan selamat keluar dari kawasan kerana di keliling dewan pemuda - pemuda ada yang bersenjata bertambah ramai menjerit jerit ugutan perkauman.

Ada orang tempatan yang mengenai penyerang tersebut dengan orang kuat Umno, malah dari pakaian (ada berlogo Umno), aksi dan jeritan mereka yang menghalau orang India keluar kerana ini kawasan Melayu kubu Umno jelas menunjukkan serangan tersebut harus dipertanggungjawabkan kepada Umno. Mereka sedang mencipta pergaduhan kaum, mujur yang hadir tenang dan bertindak bijak.

Kejadian malam tadi membuktikan sikap sebenar Umno dan hipokrasi kempen 1 Malaysia. Adakah orang India sudah tidak selamat berada dikawasan ramai penyokong Umno ? satu lagi paku telah diketuk untuk menyiapkan keranda Umno menjelang PRU akan datang.

Umno harus dipertanggungjawabkan dalam kejadian serangan fizikal, ganas dan bersifat perkauman ini. PDRM dituntut bertindak profesional gambar rakaman semua tersedia dan diserahkan bersama dengan laporan yang dibuat penganjur.

Kejadian ini sama sekali tidak melemahkan. Malah semua rakyat dijemput untuk hadir ke

Pelancaran ABU Negeri Sembilan
28 Januari 2012, 9.00 malam
Taman Seremban Selatan.

Sekian

che'GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia
22 Jan 2012
2.08 pagi


Sunday, November 27, 2011

Betulkah Ada musang dalam reban PKR Negeri Sembilan..?

setuju dgn DSAI utk bersihkan PKR dr pengkianat klik http://m.malaysiakini.com/news/182583 tp bagaimana dgn yg bawak rm b/p Umno nak beli calon PKR dlm praya ? Yg kini diberjawatan dlm PKR NS ?
· · · 59 minutes ago via BlackBerry ·

  • Edyes Samm and 13 others like this.

  • 1 share
    • che'GuBard Samm Seorang dh lead jentera Praya negeri, seorang dh lead jentera penerangan dan seorang lagi yg pernah kata percaya dsai lakukan dgn saiful dan jadi agen mata-mata dh dpt menyusup masuk ke hq pkr pun...
      56 minutes ago · · 2
    • Ong Jing Cheng lawan!
      53 minutes ago ·
    • Ong Jing Cheng lawan rejim UMNO dan PKR sendiri yang bukan perjuangan tulen pada masa yang sama...
      53 minutes ago ·
    • Ahmad Rahimy Rayes berangan plak tue nak jadi calon adun rantau...pehtu tarik diri..biar bn menang percuma
      51 minutes ago · · 1
    • Abdul Halim Ab Samad Bad. Itu dihalalkan . Sebab dpt mandat ....
      49 minutes ago ·
    • Dio Sani Samm Dari pandangan mata umno mereka inilah pejuang melayu tulin...
      48 minutes ago ·
    • Yusup Kamaruddin mampu kah DSAI menghapuskan pengkhianat sabenar yang berada dikeliling diri nya sendiri
      48 minutes ago · · 1
    • Abdul Halim Ab Samad Hahaha klu x cayo tanya Norizam Yassin
      47 minutes ago ·
    • Akmal Samm Saba chegubard...mgkin pru kali ni die xkn diberi peluang utk mmpertahankan kedudukan beliau...
      46 minutes ago ·
    • Yushasnizan Bin Yunus kalau tak di bendunggg....PKR.....tak ubah macam UMNO..........(ULUKK MAII NANTI OK)....
      46 minutes ago ·
    • J-Lan Zailan aiii...parah la camni PKR negori 9 ni...sapor de tu..jeng jeng jeng...
      41 minutes ago ·
    • Mohd Rozal Rouse Hapus kannn parasit2 niii sampai keakar umbi nyaaa... supaya xakan tumbuh lagiii....
      38 minutes ago ·
    • J-Lan Zailan hapuskan copek..sebolom ramai laie kono boli chegu..
      37 minutes ago ·
    • Mohd Shafiruddin Ismail PKR Seremban kali ini akan perembat manusia ini jika terjadi lagi dia ingin menjual Parti pada Musuh....kami diCabang Seremban akan mengawasi manusia2 ini...
      36 minutes ago ·
    • J-Lan Zailan kena awasi cepat..sebelum PRU..ni musuh dalam selimut..memang bahayo puak2 ni..
      35 minutes ago ·
    • Mohd Rozal Rouse Jd kann PKR sebuah parti yg ahli2 nya mempunyai darjah integriti, ketelusan serta kejujuran politik yang tinggi & mempunya semangat utk memperjuangkan hak2 rakyat....
      30 minutes ago · · 1
    • Abdul Halim Ab Samad Dio nk jual bkn ckp siang siang. Mmg dah ada agenda diorang tu. Dr sekarang kena pancung bknnya masa dah pilihanraya bru nk pancung!
      30 minutes ago ·
    • J-Lan Zailan haa sokong tu..pancung copek..nanti dh monang..sonang2 kono boli..mp/adun2 pkr...
      28 minutes ago ·
    • Abdul Halim Ab Samad Btl btl. Pancung jer! Klu x lg haru biru. Camno nk memerintah NS klu ada ulat dlm tu.
      27 minutes ago · · 1
    • J-Lan Zailan jangan biarann...sebolom melopeh kok monang kek nesmiln nanti chegu..
      22 minutes ago ·
    • Anthony Dass Jawap dan bersihkan PKR asal yang Rakyat telah sokong mati matian.
      21 minutes ago ·
    • Edyes Samm nanti jangan kata org tak bagitau awal2.... nah nie selingan anak muda - klik http://bit.ly/viWdeR