Showing posts with label A B U. Show all posts
Showing posts with label A B U. Show all posts

Friday, August 24, 2012

Apa punya Pemuda Umno.. Polis sebok jaga jenayah musim raya depa dok kalut suruh jaga banner depa kena tampal #ABU


Kenyataan Media
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Wilayah
22 Ogos 2012

Kurang Perhatian Punca Pemuda Umno Seputeh Buat Tuduhan Melulu

Merujuk kepada satu laporan tuduhan oleh Pemuda Umno Seputeh kononnya SAMM menampal pelekat ABU di banner dan pejabat Umno Seputeh, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Wilayah ingin menegaskan bahawa;

1. SAMM Wilayah mahupun SAMM Kebangsaan langsung tidak terkesan dengan tuduhan rambang yang dilontar oleh Pemuda Umno Seputeh.

2. Gerakan Asalkan Bukan Umno atau ABU adalah gerakan rakyat yang menolak Umno. Ia adalah milik semua orang yang berkongsi perasaan sama menjelang PRU-13. Pelekat ABU telah dikesan sejauh Australia, adakah ia juga ditampal oleh SAMM?
3. SAMM Wilayah juga tidak mengetahui kedudukan pejabat Umno Seputeh, malah agak sangsi dengan kewujudan Umno Seputeh. Jika SAMM ingin buat demikian, sasarannya pasti di kawasan Umno yang dirasai kehadirannya. Mengapa tidak pejabat Umno Rembau, Permatang Pauh atau lain-lain? Apa perlunya Seputeh di mana kehadiran Umno tidak beri sebarang kesan dan insyaAllah tiada masalah untuk PR kekalkan kerusi Parlimen Seputeh.

4. SAMM Wilayah berasa simpati kepada Umno Seputeh dan pemudanya, seraya itu ingin menasihatkan pemuda Umno Seputeh supaya cari jalan lebih baik untuk publisiti di hari raya, contohnya seperti mengadakan rumah terbuka.

5. SAMM Wilayah mengesyaki ada kemungkinan ia ditampal sendiri demi untuk mencari perhatian. Ketika seluruh negara menyambut hari lebaran, pemuda Umno seputeh terpaksa guna taktik cedera diri untuk tarik perhatian. Amalan ‘baling batu sembunyi tangan’ begitu sinonim dengan Umno.

6. Bagi SAMM Wilayah, seharusnya ketika perayaan ini lebih baik pemuda Umno Seputeh bantu pihak polis banteras kejadian pecah rumah daripada susahkan polis dengan kes sebodoh ini.

7. Merengek hanya kerana banner ditampal stiker adalah sangat tidak matang. Usah dikata banner PR malah banner milik SAMM juga banyak yang hilang dan rosak namun tidaklah merengek hingga ke balai polis. Ini semua hanya kes kurang perhatian dan kurang kasih sayang yang dilalui Umno Seputeh.

SAMM Wilayah juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Salam Aidilfitri dan menjemput semua untuk hadir ke rumah terbuka SAMM Kebangsaan bertarikh 2hb September (Ahad) 2.30petang – 5.00petang, bertempat di Taman Seri Acheh, Nibong Tebal P.Pinang.

Sekian,


Azmir Hj Mustapha
Penyelaras
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Wilayah
www.anakmudamalaysia.com

Tuesday, March 20, 2012

ABU Adalah `ASAL BUKAN UMNO'

Oleh: wfauzdin_ns

" TERDAPAT suara-suara yang amat tidak selesa apabila Kempen `ABU' (Asal Bukan Umno) kini telah merebak ke merata negeri. Jika suara-suara itu datangnya dari puak sebelah sana, itu tidak menghairankan kerana bagi mereka kempen ABU amat membahayakan periuk nasi mereka, tetapi malangnya suara-suara itu datangnya dari dalam yang mereka amat faham dan kenal apa itu UMNO.

Kita jangan keliru dan dikelirukan dengan perjuangan ABU. ABU bermaksud `Asal Bukan Umno' dan jangan pula disalahgunakan dengan menyebut ABU itu adalah `Asal Bukan Melayu'. Jika tafsirannya disalahgunakan maka kita akan terperangkap dengan `fatwa' Umno itu Melayu dan Melayu itu Umno. Jauh samasekali.

YB Nurul Izzah turut bersama `ABU'


Kita bukan menentang Melayu jauh sekali menentang Islam. Kita lawan Umno yang terlalu banyak menjadikan bangsa Melayu menderita. Tidak kiralah siapa yang mengilhamkan ABU, jika baik untuk digunakan untuk menguburkan Umno (ingat, Umno bukan Melayu) maka kita harus menyokongnya. Ada yang bertanya, jika ABU itu bermaksud `Asal Bukan Umno', adakah bererti kita boleh menyokong MCA, Gerakan, MIC dan beberapa lagi parti berbentuk perkauman yang lain di dalam Bn?

Kita harus faham bahawa Umno adalah simbolik sahaja, ertinya apa sahaja parti yang bersekutu dengan Umno ertinya lawan kita. Umno juga adalah tunjang kepada Bn, tambah pula Umno lah yang punyai banyak rancangan dan dasar yang membuatkan rakyat semua kaum di negara ini hidup semakin terhimpit. Sebagai contoh, Islam mengharamkan `daging babi' untuk dimakan, adakah ianya bermaksud tulang dan kulit babi halal dimakan?

Oleh yang demikian, wajar kita faham apakah simbolik kepada slogan ABU itu. Puak mereka juga sudah memulakan slogan `ABAI' (Asal Bukan Anwar Ibrahim), adakah ini bermakna puak mereka setuju dengan Karpal Singh atau Haji Hadi? Justeru itu, ABU mesti diperhebatkan. Tiada pemimpin di dalam ABU, rakyat yang insaf dan sedar kecurangan Umno selama lebih 50 tahun memerintah patut meraikan kempen ABU ini dan mereka adalah pemimpin kepada ABU./wfauzdin.blogspot.com

Thursday, February 2, 2012

BN Kedah masih dok ingat harta meredak kerajaan adalah harta meredak depa..!!!

Antara yang rakyat meluat inilah salah satu dari tingkah laku... Jika PAS nak guna kawasan sekolah haram tak bagi... Tak boleh berpolitik dalam kawasan sekolah... tapi bila mai kat depa habis dipolitiknya... #ABU
https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash4/396430_2555096399263_1309530202_32071110_2069394936_n.jpg

Sunday, January 22, 2012

Umno harus ambil tanggungjawab serangan bersifat perkauman terhadap program ABU

Kenyataan Rasmi

22 Januari 2012

SAMM MENGUTUK SERANGAN GANAS BERSIFAT PERKAUMAN.

Asalkan Bukan Umno (ABU) ialah sentimen rakyat yang ingin melihat penyatuan perbagai 'force' dalam usaha menumbangkan Umno ke arah menyelamatkan negara. Ini penting kerana melihat kehancuran negara yang disebabkan Umno iaitu sebuah parti yang dicipta penjajah untuk mewarisi negara ini semakin tidak terbendung.

Sentimen ABU ini ialah sentimen rakyat namun baru - baru ini beberapa organisasi pertubuhan bukan kerajaan dengan kerjasama beberapa parti politik telah bergabung untuk memberi nafas baru kepada sentimen ini menjadi kempen kesedaran peringkat nasional. Pada 15 Disember lepas ABU telah dilancarkan di Taman Melewar, Gombak dengan menyaksikan pentas perasmian dikongsi oleh ahli politik, aktivis masyarakat, peniaga kecil, kontraktor, wakil orang asal, pekerja kilang dan wakil-wakil perbagai segmentasi masyarakat hadir menyampaikan ucapan.

Selepas itu program berteraskan ABU berterusan dalam perbagai pendekatan dalam skala kecil dan besar. Antaranya ialah pelancaran ABU Pulau Pinang pada 18 Januari 2012 di Permatang Damar Laut yang menyaksikan bukan sahaja lebih 1500 kehadiran dalam kawasan yang dikenali kubu Umno sebelum ini tetapi turut menyaksikan pengistiharan keluar beramai - ramai ahli Umno yang diketuai oleh bekas ketua cawangan Umno kawasan tersebut. Bukan itu sahaja pengedaran risalah ABU serta kemeja ABU mula menjadi trend anak muda.

Mungkin melihat kejayaan dan penerimaan makin meningkat maka Umno menjadi gusar.

Minggu lepas sekali lagi ABU menjadi perhatian apabila Hindraf secara rasmi menyatakan pendirian bersama dengan ABU. Hindraf berjanji akan bersama dengan sekutu - sekutu yang bersama sentimen ABU malah koordinator Kebangsaan hindraf w.Sambulinggam menyatakan hasrat ingin bersama PR bagi mengalahkan Umno/Bn dalam PRU akan datang.

Serentak dengan itu Hindraf mengusakan beberapa pentas program ABU di beberapa tempat.

Pada 21 Januari 2012 jam 9.00 mlm telah disusun program Ceramah Umum ABU yang menampilkan Hj. Mohd Sabu (Timbalan Presiden PAS), Peguam Haris Ibrahim (SABM), cheGuBard (SAMM) dan Sambulinggam (Hindraf) di Dewan MBSA seksyen 30, Jalan Kebun,Shah Alam.

Kira - kira 8.45 malam, orang ramai memasuki dewan, kebetulan dengan waktu Isya yang lewat maka kehadiran awal ialah majoriti bukan Islam. Kira - kira 9.00 mlm semua penceramah sampai dan mula duduk diatas pentas. Serentak dengan itu datang kira - kira 20 orang pemuda menjerit perbagai cacian dan makian yang dilihat secara sengaja ditujukan kepada hadirin India. Malah ada yang membawa masuk motorsikal ke dalam dewan. Mereka bersenjatakan topi keledar dan kayu terus memukul beberapa tetamu yang hadir. Peralatan P.A dan projektor juga ada dirosakkan. Beberapa orang cedera, namun mereka tidak mahu ke hospital kecuali seorang pemuda berbangsa India terpaksa dikejarkan ke hospital kerana hampir pengsan dipukul.

Di luar dewan pula sebahagian dari kumpulan ini dengan senjata telah mengugut dengan menjerit kepada peniaga yang datang berniaga kerana program tersebut agar menutup perniagaan. Ada gerai yang menjual makanan ringan mengalamai kerugian apabila gerainya disepak dan barang makanan yang dijualnya berterabur di tanah.

Petugas dengan beberapa hadirin yang kebutulan ada yang baru datang berjaya menenangkan keadaan. Kumpulan pemuda - pemuda tersebut berundur ke seberang jalan mengadap dewan. Ketika kira kira 4-5 orang ganggota polis datang, jumlahnya mereka bertambah ramai begitu juga penyokong dan hadirin yang ingin hadir bersama ceramah ABU. Keadaan mula tegang, polis dilihat tidak mampu berbuat apa-apa.

Kira - kira jam 10.00 mlm penganjur memutuskan untuk menangguhkan program tersebut kerana bimbang soal keselamatan dan mengelakkan insiden tidak diingini berlaku.

Jelas serangan tersebut ditujukan kepada hadirin bukan Melayu khususnya India, dalam taklimat sebelum bersurai cheGuBard meminta agar kawan - kawan Melayu agar dapat memastikan kawan-kawan berbangsa India dapat di iring ke kenderaan dan selamat keluar dari kawasan kerana di keliling dewan pemuda - pemuda ada yang bersenjata bertambah ramai menjerit jerit ugutan perkauman.

Ada orang tempatan yang mengenai penyerang tersebut dengan orang kuat Umno, malah dari pakaian (ada berlogo Umno), aksi dan jeritan mereka yang menghalau orang India keluar kerana ini kawasan Melayu kubu Umno jelas menunjukkan serangan tersebut harus dipertanggungjawabkan kepada Umno. Mereka sedang mencipta pergaduhan kaum, mujur yang hadir tenang dan bertindak bijak.

Kejadian malam tadi membuktikan sikap sebenar Umno dan hipokrasi kempen 1 Malaysia. Adakah orang India sudah tidak selamat berada dikawasan ramai penyokong Umno ? satu lagi paku telah diketuk untuk menyiapkan keranda Umno menjelang PRU akan datang.

Umno harus dipertanggungjawabkan dalam kejadian serangan fizikal, ganas dan bersifat perkauman ini. PDRM dituntut bertindak profesional gambar rakaman semua tersedia dan diserahkan bersama dengan laporan yang dibuat penganjur.

Kejadian ini sama sekali tidak melemahkan. Malah semua rakyat dijemput untuk hadir ke

Pelancaran ABU Negeri Sembilan
28 Januari 2012, 9.00 malam
Taman Seremban Selatan.

Sekian

che'GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia
22 Jan 2012
2.08 pagi


Tuesday, December 13, 2011

JEMPUTAN MELAWAN UNTUK ABU

JEMPUTAN MELAWAN UNTUK ABU

KENYATAAN UMUM
12 Disember 2011

9 Disember lepas satu sejarah telah berlaku di mana satu sidang media serentak di seluruh negara berlaku dengan menyuarakan satu maksud yang sama. Tanpa pimpinan 'besar', hanya rakyat biasa dari perbagai latar belakang seperti peniaga kecil, pelajar, pekerja kilang, aktivis masyarakat dan lain - lain tampil untuk bertemu media di seluruh negara dengan menyatakan iltizam bersama menggerakkan rakyat dengan semangat 'ABU' Asalkan Bukan Umno.

ABU bukan organisasi seperti NGO, jauh sekali sebagai parti politik. ABU ialah semangat yang mengikat rakyat dan satu gelombang kesedaran betapa Umno (United Malay National Organisation) merupakan pewaris penjajah yang menjadi punca kecelaruan dan perbagai masalah dalam negara ini.

Dari masalah perkauman melampau, ketegangan antara agama membawa ke masalah ekonomi, rasuah serta kelemahan pentadbiran sehingga pembaziran melampau yang mencipta kepayahan hidup sehinggalah kenaikan kos hidup (harga barang) secara mendadak dan melampau. Semuanya ialah kerana Umno yang dicipta penjajah mewarisi negara ini dan lebih - lebih lagi ia sudah terlalu lama berada ditampuk kuasa.

Siapa ABU ?

ABU ialah saya, saudara dan kita semua rakyat biasa yang bersetuju mengenepikan perbezaan dalam mencari kesamaan melawan kezaliman Umno sehingga tumbangnya Umno dari kekuasaan. ABU tidak dimonopoli oleh mana - mana parti politik atau organisasi. ABU milik rakyat yang sedar perlunya bangkit dengan berani dan dengan tegas menyatakan tidak kepada Umno. ABU ialah trend kebangkitan melawan penindasan. Semua rakyat, organisasi dijemput bersama dan ialah pemilik gerakan ABU. SAMM terlibat menggerakkan ABU atas kesedaran tetapi ABU bukan milik SAMM.

RAPAT RAKYAT

Gerakan kesedaran ini bergerak dengan perbagai pendekatan dari kempen umum, pengedaran risaalah, vcd. Penyampaian mesra media baru tanpa menolak secara konvensional seperti edaran bahan ke rumah - rumah dan pejabat - pejabat. Hinggalah ke kempen secara grafiti dan sabotaj. ABU juga bergerak secara anarkis dan organik. ABU berteraskan rakyat.

Gerakan ABU ini wujud sudah lama cuma sudah sebulan lebih SAMM cuba menggerakkan secara serius mengikut skala yang kami mampu dengan mengikat beberapa lagi organisasi termasuk parti politik dalam usaha serius menyedarkan rakyat mengenai ABU.

Satu program memperkenalkan ABU akan diadakan di peringkat kebangsaan dan negeri. Semua dijemput ke program memperkenalkan ABU peringkat kebangsaan seperti berikut:

Rapat Rakyat ABU
"bersatu ASALKAN BUKAN UMNO"
15 Disember 2011
8.30 malam
Dataran Sebelah KUIZM, Tmn Melewar, Gombak.

Program ini akan menampilkan kelainan dengan mengetengahkan pidato dari rakyat biasa yang mengenengahkan masalah sebenar rakyat, dari pemandu teksi,setinggan, pekerja kilang, suri rumah, pengamal rawatan alternatif, kerani, pegawai bank, cikgu, artis sehinggalah pimpinan parti politik.

Antara pimpinan politik yang telah mengesahkan kehadiran ialah YB Datuk Mahfuz Omar (PAS), Arulchelvam (PSM), Dr. Rohana (PRM) dan Haris Ibrahim (MCLM). Kemunculan khas kali pertama dalam pentas rakyat di semenanjung ialah Datuk Seri Yong Teck Lee (Presiden SAPP) yang akan membuat pengumuman khas bersangkutan ABU.

Majlis juga menjemput Hishamuddin Rais yang porpular dengan blognya Tukar Tiub, beliau didapati antara yang awal menggunakan perkataan ABU sehingga menjadi trend kepada khususnya anak muda.

Diharap semua rakyat yang bersetuju dengan ABU dapat sama membantu menghebahkan maklumat program juga hadir beramai - ramai dan kemudian menjadi agen penyampai maklumat ABU.

Asalkan bukan Umno, selamatkan Malaysia.

che'GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

Sunday, December 11, 2011

Masa tiba untuk bangkit tumbangkan umno -bn

Kami (ABU) menyeru dan merayu kepada semua Warganegara Malaysia dari semua Etnik Bangsa dan Agama. Semua golongan pekerja tidak kira dalam apa sahaja bidang, semua Persatuan dan Pertubuhan baik Badan Kerajaan mahupun Bukan Kerajaan (NGO), Parti Politik Komponen Barisan Nasional, Parti Pembangkang atau Parti Politik Bebas, Golongan Profesional, Akademik, Cendiakawan, Mahasiswa/wi, Karyawan, Para Artis dan Pekerja Seni, malah semua Kelompok Rakyat Tersisih dan Tertindas (marginalised) seperti Kumpulan, Gelandangan (homeless), Penganggur (jobless) dan lain-lain supaya melahirkan dengan nyata (melalui kenyataan media seperti ini atau apa sahaja bentuk "Protes") rasa tidak yakin masing-masing terhadap UMNO/BN yang sudah "tidak sedar diri", korup, angkuh, menindas, zalim dan kebelakangan ini semakin nyata "BODOH & SOMBONG".

Kini bukan masanya lagi untuk kita terus mendiamkan diri dan mengambil sikap tidak mahu ambil tahu, kecuali anda rela mewariskan Tanahair Malaysia yang telah musnah kepada generasi akan datang. Masihkah kita tidak nampak atau sengaja mahu membiarkan sahaja sisa-baki hak demokratik rakyat yang hanya tinggal secebis itu dinafikan begitu sahaja, manakala segala tuntutan rakyat terus diabaikan tanpa diambil sebarang tindakan?

Selama hampir 54 tahun yang lalu kita semua juga sebenarnya telah bersama-sama menyumbang kepada kerosakan Tanahair Tercinta kita (Malaysia) akibat sikap kita yang sering "membiarkan", "tidak kisah" serta "ignorant" terhadap setiap tindakan UMNO/BN dalam menyemai kuasa kuku- besi mereka menjadi pemerintah yang kejam hinggalah kini kuasa itu menjadi parah dan terlalu mencengkam.

ABU akan melancarkan kempen ke seluruh Negara untuk menyeru rakyat supaya bangun dan berani menyatakan pendirian jijik dan perasaan meluat mereka terhadap penyelewengan dan rasuah yang diamalkan oleh UMNO/BN.

Akibat dari pemerintahan dan pentadbiran "tidak bertanggung-jawab" UMNO/BN selama hampir 54 tahun menerajui Kerajaan Malaysia, kini rakyat semakin dibebani dengan kos kenaikan harga barang yang melampau. Ekonomi Negara kini semakin hari semakin terjejas. 80% rakyat Malaysia kini terpaksa menanggung beban kos sara hidup yang makin tinggi.

Kewujudan undang-undang kejam seperti ISA, OSA dan berbagai lagi Akta-Akta yang menekan dan menzalimi rakyat sehingga teguran dan nasihat rakyat tidak dipedulikan, bantahan rakyat dengan angkuh diperangi secara kejam dengan menggunakan undang-undang tersebut dan kini timbul pula Undang-Undang Perhimpunan Aman 2011 yang langsung tidak masuk akal.

Politik perkauman digunakan untuk menakutkan rakyat. Taktik "pecah" dan "perintah" dilaksanakan untuk menutup berita penyelewengan dan rasuah serta boros dan tamaknya pemimpin-peminpin UMNO/BN. S elama hampir 54 tahun rakyat Malaysia diugut dan didodoikan dengan slogan perkauman sempit supaya mereka tetap mengundi UMNO/BN.

Keselamatan Rakyat dan Tanahair Tercinta Malaysia semakin terancam dengan wujudnya Kilang Lynas (sedang dalam pembinaan di Pusat Perindustrian Gebeng) dimana apabila ianya mula beroperasi kelak, kesan radioaktif akan membahayakan mereka dan Negara Malaysia akan lumpuh 100% sekiranya berlaku "kecelakaan" pada Kilang tersebut sebagaimana yang berlaku di Jepun beberapa bulan lalu.

Alasan sumber galian Petroleum semakin kering sering digunakan sebagai alasan (untuk meneruskan pembinaan Kilang LYNAS), kononnya Negara perlu mencari sumber ekonomi yang baru malah wang simpanan Negara lesap entah ke mana. Pembinaan Kilang Lynas dikatakan akan memberi keuntungan baru kepada Negara walaupun ianya membahayakan rakyat.

Di Peringkat Negeri Kelantan pula, kita dapat saksikan betapa hampir 24 tahun Rakyat dan Negeri Kelantan dinafikan haknya dari segi pembangunan di mana semenjak pemerintahan bertukar tangan dari UMNO/BN kepada PAS, 118 projek Pembangunan bermula dari RMK-5 sehingga RMK-10 telah disekat oleh UMNO/BN yang menerajui Pentadbiran Kerajaan Pusat.

Selama hampir 24 tahun juga Rakyat Kelantan telah dinafikan haknya dari segi pembangunan infrastruktur apabila jalanraya-jalanraya utama yang penyeliaannya berada di bawah kawalan Kerajaan Pusat tidak diselenggara dengan baik malah Permohonan Kerajaan Negeri untuk mendapatkan Peruntukan bagi pemulihan dan pembinaan lebuhraya yang lebih baik untuk kemudahan Rakyat Kelantan juga diabaikan oleh UMNO/BN yang menerajui Kerajaan Pusat.

Begitu juga dalam isu Air Kelantan yang pada akhir-akhir ini dimainkan oleh UMNO/BN dan Semua Rakyat Negeri Kelantan juga perlu ingat bagaimana Hasil Bumi Negeri Kelantan iaitu Petroleum dan Gas dirompak dan dinafikan hak Royaltinya dengan pelbagai alasan yang tidak masuk akal berbeza dengan tiga Negeri lain dibawah kekuasaan UMNO/BN (Sabah, Sarawak dan Terengganu) yang menikmati pembayaran Royalti dari Hasil Bumi Petrolium dan Gas Negeri masing-masing.

Pada masa ini operator-operator kami (ABU) di seluruh Negara sudahpun menjalankan kerja-kerja penerangan kepada rakyat agar lebih celik terhadap pembohongan dan kekejaman yang dilakukan pada mereka oleh UMNO/BN.

Ketika cebisan harapan hak-hak rakyat dalam keadaan uzur dan kritikal malah hampir sahaja mustahil dapat dipertahankan akibat dibantai pemerintah selama ini, apakah lagi alasan untuk kita mewajarkan ketakutan dibiarkan bermaharaja-lela membungkam suara hati kita?

Apabila tuntutan rakyat tidak dihiraukan malah terus saja dipersendakan pemerintah, cukupkah sekadar bersandarkan alasan-alasan ideal (umpamanya; apolitical, non-partisan, impartial dan macam-macam lagi) sebagai lapik indah. Sudah tiba masanya bagi kita untuk tidak lagi menghalalkan sifat "dayus" dan "bacul" kita dengan terus kekal takut untuk bangkit bersama rakyat berjuang menyatakan pendirian.

Dengan ini kami umumkan pada 15 Disember 2011 jam 8.30 malam satu forum besar-besaran akan diadakan di Markas Tarbiyah PAS Taman Melewar. Forum ini akan disertai dan dihadiri oleh Pemimpin-Pemimpin rakyat dari seluruh Negara ini juga akan membuat satu pengumuman besar yang akan merubah situasi politik di Negara yang kami cintai ini.

*Kenyataan media oleh Sekretariat ABU (Asalkan Bukan UMNO/BN) Negeri Kelantan. Gambar di atas diambil di sidang media ABU yang diadakan di Kuala Lumpur.

Friday, December 9, 2011

ABU : Asal Bukan UMNO


KENYATAAN RESMI

9 Disember, 2011: Kami merayu dan menyeru kepada semua; pekerja, petani, nelayan, persatuan dan pertubuhan, badan kerajaan dan bukan kerajaan (NGO), parti politik komponen Barisan Nasional, kecuali UMNO, parti pembangkang atau parti politik bebas, golongan profesional, ahli akademik dan cendiakawan, mahasiswa, karyawan, para artis dan pekerja seni, malah semua kelompok rakyat tersisih dan tertindas (marginalised) seperti kumpulan Mat Rempit, gelandangan (homeless), penganggur (jobless) dan lain-lain supaya melahirkan dengan nyata (melalui kenyataan media seperti ini atau tunjuk perasaan dan sebagainya) rasa tidak yakin kita masing-masing terhadap UMNO yang sudah tidak sedar diri, korup, angkuh, menindas, zalim dan kebelakangan ini BODOH SOMBONG!!!

Kini bukan masanya lagi untuk kita terus mendiamkan diri dan tidak mahu ambil tahu, kecuali anda rela mewariskan Malaysia yang musnah kepada generasi akan datang. Masihkah kita tidak nampak atau sengaja mahu membiarkan saja apabila sisa-baki hak demokratik rakyat yang hanya tinggal secebis itu pun dinafikan, manakala segala tuntutan rakyat terus diabaikan?

Sepanjang pemerintahan UMNO/BN kita semua juga sebenarnya telah bersama-sama menyumbang –akibat sikap kita yang 'biarkanlah', 'tidak kisah' serta 'ignorant', dll– dalam menyemai kuasa kuku besi pemerintah yang kejam hinggalah kini kuasa itu menjadi parah dan terlalu mencengkam.

ABU akan melancarkan kempen ke seluruh Negara untuk menyeru rakyat supaya berani menyatakan pendirian jijik dan perasaan meluat mereka terhadap penyelewengan dan rasuah yang UMNO/BN amalkan, lantas dengan tidak teragak-agak menolak UMNO/BN.

Kesan yang kini dirasai rakyat ialah kenaikan harga barang yang melampau. 80 peratus rakyat Malaysia kini terpaksa menanggung beban kos sarahidup yang semakin tinggi. Sedangkan pemimpin-pemimpin UMNO/BN dan kroninya hidup dengan mewah sekali.

Kewujudan undang-undang kejam yang menekan dan menzalimi rakyat sehingga teguran dan rintihan rakyat tidak dipedulikan. Bantahan rakyat dengan angkuh diperangi secara kejam dan ganas. Kini timbul pula undang-undang Perhimpunan Aman 2011 yang langsung tidak masuk akal.

Politik perkauman digunakan untuk menakutkan rakyat. Taktik ‘pecah’ dan ‘perintah’ dilaksanakan untuk menutup berita penyelewengan dan rasuah serta boros dan tamaknya pemimpin-peminpin UMNO/BN ini. Selama pemerintahan UMNO/BN rakyat Malaysia didodoikan dengan slogan perkauman sempit. Kini isu agama dicipta dan diapi-apikan untuk memastikan kelangsungan jangkahayat politik UMNO/BN.

Kini keselamatan rakyat akan terancam dengan kewujudan kilang Lynas dimana kesan radioaktif akan membahayakan mereka. Alasan petroleum semakin kering digunakan bagi kononnya mencari sumber ekonomi yang baru malah wang simpanan Negara telah masuk ke dalam poket pemimpin-pemimpin UMNO/BN dan kroninya. Lynas akan menjamin keuntungan mereka walaupun membahayakan rakyat.

Operator-operator kami di seluruh Negara sudahpun menjalankan kerja-kerja penerangan kepada rakyat, termasuk anggota polis, tentera dan kakitangan awam agar lebih celik kepada pembohongan dan kekejaman yang dilakukan pada mereka oleh UMNO/BN.

Kini, ketika cebisan harapan hak-hak rakyat dalam keadaan uzur kritikal yang hampir saja mustahil dapat dipertahankan akibat dibantai pemerintah selama ini, apakah lagi alasan dapat mewajarkan ketakutan dibiarkan bermaharaja-lela membungkam suara hati kita?

Apabila tuntutan rakyat tidak dihiraukan malah terus saja dipersendakan pemerintah, cukupkah sekadar bersandarkan alasan-alasan ideal (umpamanya; apolitical, non-partisan, impartial dan macam-macam lagi) sebagai lapik indah. Sudah tiba masanya bagi kita untuk tidak lagi menghalalkan sifat 'dayus' dan 'bacul' kita dengan terus kekal takut untuk bangkit berjuang menyatakan pendirian dan terus menolak UMNO/BN.

Dengan ini kami umumkan pada 15 Disember 2011 jam 8.00 malam satu forum besar-besaran akan diadakan di KL-Selangor Chinese Assembly Hall. Forum yang akan dihadiri oleh rakyat dari seluruh Negara ini akan juga membuat satu lagi pengumuman besar yang akan merubah situasi politik di Negara Malaysia