Showing posts with label JKKKP. Show all posts
Showing posts with label JKKKP. Show all posts

Sunday, January 29, 2012

Kelaku MKK sama ja macam JKKK...!!!

oleh paksu

http://screenshot.xfire.com/avatar/160/jkkk1.jpg?9622http://screenshot.xfire.com/avatar/160/jkkk1.jpg?9622
ini ja yg patut bagi kat MKK kelaku hebiaq tuu..

Hari ini, pagi ini, aku tertarik nak menaip serba sedikit apa yg aku tau pasal politik. Tak kisah la, PAS atau UMNO, aku nak kongsi berdasarkan pengalaman aku yang sedikit ini. UMNO, zaman pentadbiran yang dikatakan zalim, kuku besi, autokratik, kroni, nepotisme, dan mcm2 lagi yang dilemparkan oleh pihak pembangkang, esp PAS. Aku rasa mungkin ada betolnya, dan mmg betol pon.... So, aku memohon andaikata PAS yg memerintah menggantikan UMNO yang dikatakan dengan pelbagai tuduhan tadi (ada yg betol dan ada yg fitnah). Tup tup, 2008, doa makbul, PAS perintah Kedah, negeri jelapang padi...Alhamdulillah, segala puji hanya bagi Allah, tuhan semesta alam. Maka, pengalaman aku yg sedikit ini akan kuceritakan berdasarkan PAS vs UMNO.

Dulu, UMNO menyalurkan bantuan melalui JKKK n.k.a JKKKP kepada rakyat jelata. Kini, PAS (khusus di Kedah shj yea), menyalurkan bantuan melalui MKK-nya. Apa beza? Ya, ada beza. Pertama, pada namanya (semua org tau). Kedua, pada pelaksanaannya. Aku guna analogi la senang. Kalo dulu, ikan besar 'makan' makanan, akan tinggal jua sedikit habuan utk ikan yg kecil (rakyat marhaen). Kini, ikan-ikan besar tu 'makan' semua, x tinggal sehabok pun sisa utk ikan-ikan kecil, dgn harapan ikan kecil ini boleh cari makan sendiri.

Contoh sebenar, tanpa menyebut nama individu yg terbabit bagi menjaga kemaslahatan umum, dulu, waktu UMNO memerintah, sebahagian besar peruntukan di'makan' habis oleh kroni dan nepo masing2, yg tinggal sedikit habuan utk rakyat jelata (xpa la, ada jugak sikit - walau gula 1 kilo, kain pulicat 1 pasang). Namun, kini, habis, habis di'makan' di'ratah' oleh org2 besar yg bergelar pejuang islam, pejuang PAS, tanpa sedikit ditinggalkan utk rakyat jelata. Contoh lagi, pemberian rumah bantuan diagihkan kepada kroni2 terdekat walaupun pada masa yg sama masih ada rakyat jelata yg lebih memerlukan dan mengimpikan rumah selama ini. Pengagihan netbook juga diagihkan kepada kroni2, yg anaknya walaupun x bersekolah, padahal pada masa yg sama masih ramai yg bersekolah memerlukan netbook tersebut (mcmana daapt? wallahu 'alam). Seterusnya, skim kafalah. Skim yg baik, kerana zaman UMNO xdak skim ni. Baguslah diwujudkan satu skim yg boleh membantu rakyat. Menjadi bahan ceramah para pemidato politikus di atas pentas2 yg ribuan hadirin hadir tanpa diberi sebarang imbuhan, malah memberi untuk membantu, kata politikus PAS, di Kedah, sapa2 yg meninggal dunia, automatik dapat bantuan (kafalah). Nak habaq kata, kerajaan Kedah kini baguih. Apa berlaku? Impelementasinya (Pelaksaannya) yang sedikit 'haprak' iaitu hanya diberikan kepada kroni2 jugak. Bagaimana? Kata MKK kepada seorang tua yg miskin yg kematian waris, isi borang eSinar tak? Org tua tu kata, tak isi. MKK tu kata, so mintak maaflah, x dapat. Maka, berkonyong-konyong org tua tu balik ke rumah tanpa sebarang kata. Jirannya hadir, menanyakan status, kata org tua itu, x dapat. Jiran terkejut, kerana baru saja jirannya yg kaya, tanah berpuloh relong, duit berpuloh ribu dlm TH, pun dapat bantuan kafalah tu, drp MKK yg sama (x ke kroni namanya tuh?).

Ada banyak lagi, tapi, cukop dulu setakat ini untuk contoh2 sebenar yang berlaku di tempat aku. Nanti aku bgtau lebih lagi sekiranya keadaan masih tidak berubah, agar dengan pengalaman sedikit ini, para juak2 PAS lebih insof dan sedar. Org atasan (tok-tok guru) berhempas pulas menegakkan yg haq, menumbangkan yg baathil, hgpa kat bawah2 ni (esp MKK yg x ketahuan), syok2 ja memusnahkan harapan rakyat marhaen.

*p/s: "Antara perompak yang merogol org, dgn seorang ustaz yg merogol org jugak, yg mana anda lebih gerrraaammm???" -kwn aku tanya, sekian.

Tuesday, September 6, 2011

TANJUNG DAWAI – ‘Kami tak puas hati dengan JKKKP’

TANJUNG DAWAI – :Segelintir penduduk Tanjung Dawai tidak berpuas hati dengan pentadbiran yang dijalankan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP), kerana dikatakan pelbagai masalah yang dibangkitkan tidak dapat diselesaikan dengan baik, malah pengagihan bantuan juga tidak menyeluruh.

Penduduk, Fatima Hassan, 65, berkata, dia beberapa kali memohon bantuan bagi menampung kehidupan yang serba kekurangan melalui JKKKP sejak 2008, namun sehingga kini tiada sebarang perkembangan dilakukan.

Sementara itu, seorang lagi penduduk, Robeah Hamid, 49, berkata, permohonan untuk baik pulih bumbung juga dilakukan dan pihak berkenaan juga sudah melakukan tinjauan beberapa kali ke rumahnya, namun keadaan bumbung bocor masih belum berganti.

“Walaupun sudah dua kali menerima kunjungan pihak berkenaan, namun sehingga kini belum dapat dibaiki,” katanya kepada Sinar Harian.

Selain itu, Mohd Fazulah Abd Hamid, 24, berkata, pekerjaannya sebagai pembawa bot penumpang memerlukan kemudahan bot dan enjin yang baik supaya perjalanan berjalan lancar.

“Permohonan mendapatkan enjin baru tidak mendapat perhatian menyebabkan saya terpaksa berhenti melakukan pekerjaan itu setelah enjin rosak teruk pada 2009,” katanya.

Menurutnya, dia banyak kali meminta penjelasan dan setiap kali permohonan susulan dibuat, pasti pelbagai alasan diterimanya.

Sementara itu, seorang lagi penduduk, Fazil Mohd, 43, berkata, pembahagian bantuan yang dijalankan JKKKP tidak dilaksanakan secara menyeluruh, begitu juga dengan pembahagian borang permohonan bantuan yang hanya diberikan kepada kroni tertentu sahaja.

“Saya kecewa dengan pentadbiran JKKKP yang hanya mengutamakan golongan tertentu sahaja dan sebahagian lagi tidak dipedulikan. Ini juga berlaku apabila orang tertentu yang tidak layak menerima bantuan seperti enjin dan bot dapat kemudahan itu, kemudiannya menjual semula peralatan bantuan untuk mendapatkan wang,” katanya.

Sunday, June 12, 2011

Betoi kaa UUM jadi tempat tayangan VIDEO SEX kat seluruh JKKKP & SU depa minggu lepas..????

oleh depakata.co.cc

http://www.rezzen.com.my/uum/images/uumLogo.jpghttp://www.malaysiandigest.com/images/kusha/videosx200.jpghttp://www.rezzen.com.my/uum/images/uumLogo.jpg

Depa dok hingaq dan riyouh kot kampung sejak dua menjak nie dimana selepas JKKKP dan S/U UMNO yg balik dari kursus kat UUM. nuuu... depa dok kata masa kursus kat sana ada ada satu sessi penayangan VIDEO SEX untuk tatapan tok ketua tok ketua ini... entah laa kami nak kata betoi atau tidak hangpa kena pie tanya JKKKP yg baru balik dari UUM minggu lepas laaa..betoi kaa tidak depa dok pakat2 tengok VIDEO SEX tuuu... kami sampaikan apa yg depa dok kata laa...cuba suruh JKKKP tu sumpah tengok depa ngaku dak tengok VIDEO SEX kat UUM tempohari...???