KONSPIRASI ANTARA PENYAMUN!!!! Orang UMNO Kedah samun duit, Ketua Pemuda UMNO tolong tibai kerajaan Kedah
Penyelewangan berlaku di sana-sini, termasukdalam menyediakan rumah kos rendah untuk rakyat termiskin.Ada bukti menunjukkan kontraktor yang tak cukup syarat dilantik dan pelik bin ajaibnya pula ada bayaran untuk satu kontraktor dibayar kepada pihak lain.
Ada kontraktor yang membuat tuntutan berulang-ulang pada kerja yang sama dan pada unit rumah yang langsung tak wujud. Ini dosa besar bila kita mencuri dari golongan miskin melalui rasuah dan sikap tidak amanah.
Kepada yang belum tahu kisah sebenar mai baca ini...
Skandal penyelewengan RM2.55 juta di Bahagian Perumahan, Pejabat SUK Kedah tetap dibayangi UMNO
Saya beranggapan bahawa pembaca telah meneliti laporan Ketua Audit Negara 2011 berhubung penyelewengan RM2.55 juta yang berlaku di Bahagian Perumahan, pejabat SUK Kerajaan Negeri Kedah. Saya juga beranggapan bahawa pembaca telah mengikuti pendedahan oleh rakan sekerja SS iaitu Enggang Qadha bahawa orang penting di Bahagian Perumahan sendiri adalah individu yang terbabit, pernah ditahan reman oleh SPRM terhadap kes tersebut serta menunggu masa untuk didakwa di mahkamah. Tiga fakta penting yang dikaitkan dengan individu berkenaan ialah:
1) Dia adalah orang kuat UMNO peringkat Bahagian dan Negeri
Permodalan Kedah Berhad (PKB) diperbadankan pada 20 Januari 1994 di bawah Akta Syarikat 1965. PKB adalah subsidiari milik penuh Perbadanan Menteri Besar Kedah. Kegiatan utama PKB ialah di bidang pegangan pelaburan dan pembangunan hartanah. Ia mempunyai lima syarikat subsidiari dan enam syarikat bersekutu. Antara operasinya ialah pembinaan, pembangunan, hartanah, pegangan pelaburan dan pengurusan dana tabung amanah.
Mahdzir dan Rahman yang menandatangani cek tunai & tandatangan untuk membukanya. RM200 ribu buat open cek, gilo ko apo? Gila kena kat hangpa..

Bayaran untuk kerja-kerja amal seluruh negeri Kedah, siasatan awal mendapati bahawa kerja amal tersebut kononnya peruntukan diagihkan kepada setiap daerah di Kedah. Apabila siasatan dibuat di semua pejabat daerah, tiada pejabat daerah yang menerima peruntukan tersebut.

Tarikh wang dikeluarkan ialah 4 Mac 2008 iaitu empat hari sebelum hari mengundi PRU12. Hai, takkan masa tu baru kalut nak buat sumbangan kerja amal. Kalau ada kerja amal pun patut ada baucer sokongan pihak yang menerimanya, malangnya baucer sokongan itu tidak dijumpai.


Badrudi adalah Penolong Pengurus Kewangan, manakala Abd Rahman adalah pengarah Urusan. Bagi membolehkan pengeluaran cek tunai sebanyak RM100 ribu, cek dipecahkan kepada RM10 ribu setiap satu. Ini bukan masa PRU, namun duit tersebut dilaporkan diagihkan untuk tujuan politik BN.



