Showing posts with label MOHAMED HANIPA MAIDIN. Show all posts
Showing posts with label MOHAMED HANIPA MAIDIN. Show all posts

Saturday, February 2, 2013

Kanak-Kanak Berhimpun : Perlembagaan Bagi... Tapi Akta BN & POLIS tak bagi untuk PR sahaja..!!!

Perlembagaan benarkan kanak-kanak berhimpun
Oleh Mohamed Hanipa Maidan

Berdasarkan laporan media pihak polis dikatakan sedang memburu 14 orang yang dikatakan melakukan kesalahan membawa kanak-kanan menyertai perhimpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Merdeka pada 12 Januari yang lalu. Gambar-gambar suspek kini tersebar di media .

Hakikatnya ini satu lagi projek Barisan Nasional (BN) melalui institusi polis bagi melakukan intimidasi ke atas rakyat yang memilih untuk melaksanakan hak berhimpun yang dijamin ke atas mana-mana warganegara sepertimana yang diperuntukkan di bawah Artikel 10(1)(b) Perlembagaan Persekutuan.

Jika BN merasakan intimidasi ini perlu bagi mewujudkan ketakutan ke atas rakyat yang menyertai perhimpunan aman dan bersejarah itu, BN hakikatnya melakukan kesilapan besar. Kehadiran ratusan ribu rakyat prihatin tersebut termasuk kanak-kanak itu sendiri menunjukkan tiada lagi elemen ketakutan di kalangan rakyat terhadap politik buli oleh BN melalui institusi polis.


Amat malang imej buruk pihak polis yang telah berjaya sedikit dipulihkan pada 12 Januari yang lalu kini kembali memusing U-turn kepada imej lamanya dengan tindakan memburu rakyat yang di dalam definisi BN adalah penjenayah kerana membawa kanak kanak menyertai perhimpunan aman.

Ya, memang seksyen 4(1)(e) Akta Perhimpunan Aman 2012 melarang kanak kanak di bawah umur 15 tahun menyertai perhimpunan termasuk perhimpunan aman. Ya, seksyen 4(2) Akta yang sama memperuntukkan kanak-kanak dan mereka yang membawa kanak-kanak menyertai perhimpunan meskipun aman adalah melakukan kesalahan. Itulah antara lain kandungan Akta tersebut.

Namun saya ingin menegaskan di sini hak rakyat negara ini termasuk kanak-kanak di bawah umur 15 tahun bukan ditentukan oleh Akta tersebut. Hak mereka ditentukan oleh Perlembagaan Persekutuan iaitu hukum tertinggi di negara ini. Tiada mana-mana orang atau pihak, dalam konteks negara ini, lebih tinggi dari Perlembagaan.

Artikel 10(1)(b) Perlembagaan menjamin semua warganegara termasuk kanak-kanak di bawah umur 15 tahun hak kebebasan asasi iaitu hak berhimpun secara aman tanpa senjata. Apa istimewanya hak ini? Jawapannya hak ini tidak boleh dilenyapkan. Ia boleh dihadkan tetapi tidak boleh sama sekali dilenyapkan. Melarang sama sekali kanak-kanak termasuk di bawah 15 tahun dari berhimpun adalah termasuk melenyapkan hak asasi di bawah Artikel 10(1)(b) itu dan ini dilarang sama sekali oleh Perlembagaan Persekutuan. Justeru itu mana-mana Akta atau tindakan yang melarang kanak-kanak bawah 15 tahun warganegara Malaysia berhimpun adalah bercanggah dengan Perlembagaan. Oleh itu yang salah di dalam kes ini bukan kanak-kanak yang menyertai perhimpunan aman 12 Januari lalu atau mereka yang membawa kanak-kanak tersebut atau penganjur yang menganjurkan perhimpunan tersebut.

Akta Perhimpunan Aman diwujudkan bagi menggantikan seksyen 27 Akta Polis 1967. Ironinya Akta Polis sendiri tidak melarang kanak-kanak menyertai perhimpunan aman. Hanya di Malaysia kita menyaksikan Akta baru yang mengganti Akta yang lama mengandungi peruntukkan yang lebih teruk. Ini berlaku kerana Malaysia ada BN — makhluk perosak nombor satu.

Yang bersalah dalam isu ini adalah Peguam Negara yang gubal undang-undang mengarut tersebut. Yang salah juga adalah Ahli Parlimen BN yang luluskan undang -undang tersebut dan dalam hal ini termasuk para pengundi yang telah beri mandat kepada Ahli Parlimen BN. Yang salah juga adalah pihak polis yang melaksanakan undang-undang yang bercanggah dengan Perlembagaan tersebut.

Saya telah menghubungi Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu selaku penganjur perhimpunan bersejarah tersebut dan beliau telah memberi arahan kepada saya dan pasukan peguam PAS untuk mencabar di mahkamah syarat perhimpunan aman yang dikenakan pihak polis yang melarang kanak kanak menyertai perhimpunan pada 12 Januari yang lalu.

Bagi pihak yang diburu saya menasihatkan untuk pergi ke balai polis dengan ditemani peguam PAS bagi mengelakkan tangkapan dibuat. Jadikan sedikit ujian tersebut untuk menaikkan semangat kita untuk menolak BN dalam pilihanraya kelak. Ingatlah mereka boleh tangkap dan dakwa kita namun mereka tidak akan dapat sama sekali merobek harga diri dan kebebasan kita yang diberikan oleh Allah sejak azali lagi.

* Mohamed Hanipa Maidan adalah peguam PAS.

Tuesday, January 29, 2013

Maaf Mufti Perak, boleh saya bertanya...???

Oleh Mohamed Hanipa Maidin


Baru-baru ini Mufti Perak mengeluarkan kenyataan tentang isu penggunaaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam khususnya penganut Kristian. Kenyataannya dilaporkan di Mingguan Malaysia di bawah tajuk “ Jangan terus cabar, hina Islam” ( Mingguan Malaysia 27/1/2013 ).

Antara lain beliau menyatakan jika Islam terus dicabar termasuk isu penggunaan nama Allah dibimbangi boleh membawa pertumpahan darah kerana menurut beliau umat Islam wajib berjihad mempertahankan kesucian Islam dan kalimah Allah daripada digunakan oleh orang bukan Islam yang tidak mentauhidkan Allah.

Beliau berkata “ kalau diberikan kalimah Allah digunakan oleh bukan Islam, kalimah Allah akan digantung di gereja dan diletakkan pada salib yang ada patung Nabi Isa di situ, seolah -olah Nabi Isa itu Allah. Maka itu tidak boleh dibenarkan kerana menghina akidah Islam.”

Beliau juga menegaskan umat Islam sama sekali tidak boleh benarkan kalimah Allah digunakan oleh bukan Islam kerana ia sama seperti mereka bersetuju dengan perbuatan menyekutukan Allah dan persetujuan itu juga menjadikan mereka kafir.

Pembaca dapat melihat betapa kerasnya kenyataan Mufti Perak tersebut . Tidak pula kita dengar dan lihat kenyataan keras seperti itu dikeluarkan oleh Mufti Perak ke atas kenyataan ramai pemimpin Umno sebelum ini yang menghina Islam seperti kenyataan Nabi Muhammad s.a.w tidak bercukur kerana tiada pisau cukur, jika laksana hudud ramai akan kudung tangan, bertafakur di tugu Negara, membuang nama Islam dari parti politik dan kenyataan atau tindakan seumpama itu.

Saya tidak berniat untuk berdebat dengan Mufti Perak kerana siapalah saya dibandingkan dengan orang berilmu sepertinya. Bagaimanpun saya rasa tidak salah untuk saya bertanya meminta penjelasan atas pendapatnya yang keras itu.

Apabila ada umat Islam yang berpandapat bahawa tidak salah orang bukan Islam menggunakan kalimah Allah tidakkah pendapat itu sendiri diasaskan atas tindakan Rasulullah s.a.w.? Mufti Perak, saya percaya arif tentang seerah Rasulullah.s.a.w... Saya ingin berkongsi dua buku mengenai seerah, satu dalam bahasa Arab dan satu lagi dalam bahasa Inggeris. Dalam buku “qiraatun siyasiyatun li seeratin nabawiyyatin” ( pembacaan politik di dalam seerah kenabian ) karangan Dr Muhammad Rawwas Qal’aji terbitan Dar An Nafaes, Beirut dan buku “ Muhammad his life based on the earliest sources” oleh Almarhum Dr Martin Lings ( Abu Bakar Siraj al-Din ) kedua-duanya menceritakan kisah sulh al-Hudaibiyyah.

Kedua dua buku itu menceritakan bagaimana apabila Suhayl Al Amru, wakil Quraysh Mekah yang datang bersama sama Mikraz dan Huwwytib untuk berunding dengan Rasulullah s.a.w. , Rasulullah s.a.w. menyuruh Syaidina Ali r.a menulis muqadimmah perjanjian damai itu dengan kalimah “ Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Dan Maha Pengasih”. Suhayl menentang penggunaan kalimah tersebut dengan berhujah bahawa dia tidak tahu kalimah itu dan beliau meminta ditulis kalimah “Bismik Allahumma” ( Dengan namaMu Wahai Allah ). Meskipun para sahabat mahu kalimah “Bismillahi al Rahman al Rahim” digunakan namun Rasulullah s.a.w menunjukkan toleransi ( tasamuh ) Islam dengan membenarkan kalimah “Bismik Allahumma” digunakan oleh orang kafir .

Bukankah kisah tersebut menunjukkan pertamanya penggunaan nama Allah adalah satu perkara rutin oleh orang-orang Arab termasuk yang kafir. Keduanya meskipun nama Allah yang orang kafir Arab gunakan adalah berbeza dengan pemahaman orang Islam tentang kalimah suci tersebut , kenapakah Rasulullah s.a.w tidak melarang malah benarkan pula mereka menggunakan kalimah Allah.

Pernahkan dalam mana mana masa dalam fasa da’wah Rasulullah s.a.w, Baginda menyeru jihad untuk memerangi Arab yang kafir kerana menggunakan nama Allah? Jika Rasulullah membenarkan Suhayl yang kafir itu menggunakan Allah bagaimanakah Mufti Perak mengatakan umat Islam yang membenarkan orang bukan Islam menggunakan kalimah Allah adalah dikira menyengutukan Allah. Bagaimanakah mengikut teladan Rasulullah dikira menyekutukan Allah ..?

Tentang kenyataan Mufti bahawa orang kafir seperti Kristian tidak boleh guna nama Allah kerana kalimah Allah adalah suci dan yang demikian ia tidak boleh digunakan oleh mereka yang menyengutukan Allah. Persoalannya sejak bila pula orang kafir tidak menyengutukan Allah? Jika mereka menyengutukan Allah apa bezanya mereka guna nama Allah atau tidak? Bukankah kerana mereka salah memahami bahawa Allah itu tiga dan bukan Esa, maka kita kena sampaikan mereka tentang siapakah Allah yang sebenar. Bukankah surah al Ikhlas dimulakan dengan kalimah “ qul” ( Katakan atau ceramahkan atau beritahu) bahawa Allah itu Esa. Mengapa perlu adanya kalimah “ qul “jika sejak awal Kristian beriman dengan Allah itu Esa. Perlukah diberitahu kepada orang yang beriman Allah itu Esa bahawa Allah itu Esa?

Apabila Nabi Sulaiman a.s menulis surat kepada Ratu Balqis yang menyembah matahari ketika itu kalimah “Bismillahi al Rahman al Rahim” digunakan. Bukankah dengan menghantar surat yang mengandungi nama Allah kepada Balqis , Nabi Sulaiman hakiktnya menyuruh Balqis membaca/menggunakan nama Allah? Bukankah Balqis kafir ketika itu jadi kenapakah dibenarkan beliau membaca /menggunakan kalimah Allah?

Bukankah penganut Kristian percaya Isa anak Allah dan kepercayaan itu tidak sama dengan kepercayaan orang Islam. Kalau digunakan logik Mufti maka kita juga seharusnya halang penganut Kristian guna kalimah Nabi Isa kerana apa yang

mereka percaya tidak sama dengan kita? Bukankah apabila di dalam Al Quran Allah menyatakan bahawa orang Nasrani menyatakan Nabi Isa adalah anak Allah, Allah menyatakan itu adalah kata kata yang keluar dari mulut mereka. Mulut adalah terjemah kata hati . Mengapa Allah tidak kata lancarlah jihad dan bakar bible mereka kerana mereka kata Isa anak Allah !!

Tentang dakwaan Mufti Perak jika dibenarkan guna kalimah Allah maka Kristian akan gantung kalimah Allah di gereja atau digantung pada patung Nabi Isa, isunya adakah perkara itu telah berlaku? Jika tidak , mengapa harus kita membuat spekulasi? Bukankah di zaman Rasulullah jika ada sahabat bertanya soalan spekulasi Rasulullah akan bertanya adakah perkara itu telah berlaku? Kerana sayangkan umatnya Rasululah larang soalan spekulasi kerana jika ditanya soalan tersebut masa wahyu diturunkkan bukankah ia akan membebankan kita semua?

Wajarkah menghukum orang Kristian atas dasar spekulasi? Jika perkara itu dah berlaku , bukankah Negara ini ada undang undang ? Mengapa perlu nak menumpakan darah?

Mengapakah kita tidak pandang kawan kawan kita di kalangan Kristian dengan kacamata kasih sayang , sesuai Islam adalah agama Rahmah. Bukankah samahah ( toleransi ) adalah sifat agama ini?

Thursday, January 17, 2013

Elakkan budaya menghukum

Oleh : Mohamed Hanipa Maidin

Saya tertarik membaca buku baru yang ditulis oleh Imam Feisal Abdul Rauf yang bertajuk ' Moving the mountain' ( secara literal bermaksud ' menggerakkan gunung' ). Imam Feisal adalah Imam Masjid Al-Farah di Washington D.C, Amerika Syarikat. Buku tersebut , saya akui, bersifat 'thought provoking' ataupun menggoncang minda kerana penulis cuba membawa isu-isu kontemporari dari sudut yang agak lari dari aliran konvensional.

Walaupun sasaran penulis dalam buku itu lebih kepada masyarakat Islam dan bukan Islam di barat namun banyak petikan dalam buku itu yang menarik minat saya selaku ahli gerakan Islam -Pas.

Di bawah bab "Islam dan agama-agama lain" saya tertarik apabila Imam Feisal menbawa cerita yang agak lucu yang diceritakan oleh Maulana Jalaluddin Al-Rumi berkaitan dengan kisah Nabi Musa a.s dan penggembala. Pada suatu hari apabila Nabi Musa a.s sedang berjalan Baginda bertemu dengan seorang penggembala yang sedang begitu asyik meluahkan perasaannya kepada Tuhan. Nabi Musa terdengar penggembala tersebut meluahkan cintanya kepada Tuhan dengan kata--kata berikut " Aku ingin tolong Kamu ( Tuhan ), aku ingin betulkan kasut Kamu, menyikat rambut Kamu dan aku ingin mandikan Kamu dan membersihkan kaki Kamu" dan begitulah seterusnya luahan si penggembala tersebut.

Musa a.s yang agak marah dengan cara sipenggembala itu menggambarkan Tuhan yang antara lain secara tersirat kononnya Tuhan mempunyai kaki yang kotor yang perlu dibasuh , telah menegur sipenggembala itu di atas kemurtadannya itu. Maulana Rumi menyatakan Allah kemudiannya menegur Nabi Musa a.s dengan menyatakan kepada Baginda bahawa sipenggembala tersebut adalah hambaNya yang sedang meluahkan rasa cinta dan sayang beliau kepada TuhanNya dalam kefahamannya yang terhad tentang Allah . Allah telah menerima luahan cinta penggembala itu bukan kerana ketepatan luahan tersebut sebaliknya kerana rasa rindu dan hasrat sucinya untuk berkhidmat kepada Tuhannya.

Cerita itu berakhir dengan pengakhiran yang menggembirakan apabila Nabi Musa a.s pergi semula kepada penggembala tersebut untuk meminta maaf dan sipenggembala itu pula berterima kasih kepada Nabi Musa.a.s kerana dengan teguran Nabi Musa itulah telah membawa beliau kepada tahap baru dalam pengabdiannya kepada Allah.

Bagi saya cerita Maulana Rumi di atas banyak pengajarannya. Antaranya amat amat perlu bagi kita sebagai ahli gerakan Islam di dalam membawa mesej Islam ini tidak terlalu cepat dan gopoh menghukum seseorang dalam apa- apa perkara kecuali ianya melibatkan perkara dan hukum yang terlalu jelas.

'Allamah Yusuf al Qardhawi di dalam satu artikelnya bertajuk " Bahaya memudah-mudahkan menghalal dan mengharam" menyatakan di dalam artikel itu bahawa kuasa menghalal dan mengharamkan sesuatu benda atau perkara adalah kuasa mutlak Allah s.w.t. Islam , kata Al-Qardhawi , tidak seperti agama Kristian, yang membenarkan rahib-rahib dan paderi-paderi mereka menghalal dan mengharam sesuatu perkara dan tindakan itu tidak dibantah oleh para pengikut agama itu.

Di dalam kitab Al-Umm' karangan Imam Syafie r.a beliau menukilkan apa yang dikatakan oleh Imam Abu Yusuf , sahabat Imam Abu Hanifah r.a iaitu "aku tidak pernah melihat syeikh-syeikh yang tinggi ilmunya menyatakan sesuatu itu halal atau haram kecuali perkara itu terlalu jelas." Budaya atau etika ulama salaf dan khalaf adalah jika mereka ditanya sesuatu hukum mereka lebih suka menjawab menggunakan perkataan -perkataan seperti "aku tidak suka"atau "tidak mengapa".Para ulama tersebut lebih berhati hati menggunakan istilah halal dan haram . Amat tepatlah apabila dikatakan " tidak akan berjaya umat ini melainkan mereka mengikut jejak langkah kejayaan umat yang terdahulu".

Saya rasa inilah sikap yang perlu ada kepada para ulama dan ahli gerakan Islam . Elakkan menggunakan istilah istilah yang dilihat bersifat menghukum.

Alhamdulillah para ulama Pas melalui Majlis Syura telah menyokong pendirian Presiden Pas bahawa adalah tidak salah untuk orang-orang bukan Islam menggunakan kalimah Allah. Pendapat ini sekaligus menolak pendapat mantan Mufti Johor , Mohd Noor Gadut sepertimana yang dilapor di dalam akhbar bahawa mereka yang membenarkan atau menyokong orang-orang bukan Islam menggunakan nama Allah boleh dikira murtad.

Mungkin kita berhak bertanya kepada bekas Mufti tersebut kenapakah tiada sebarang kenyataaan dari beliau apabila Umno mengubah-ubah hukum Allah melalui undang-undang yang Umno gubal di Negara ini. Bukankah hukum haramnya judi ( maisir ) adalah jelas iaitu haram secata qat'ie dan termasuk dalam perkara yang dipanggil " ma'lum min al-Deen bi al-darurah" ( hukum yang perlu diketahui secara perlu ). Tidakkah apabila Umno menghalalkan judi dengan memberi lesen adalah termasuk kepada perbuatan menghalalkan apa yang Allah haramkan !!!

Apabila Mohd Nor Gadut mengaitkan mereka yang menyokong membenarkan orang bukan Islam menggunakan kalimah Allah sebagai murtad saya musykil dan berhasrat bertanya beliau dengan soalan ini. Bukankah di dalam sulh al-Hudaibiyyah apabila Suhail Al -Amr juru runding bagi pihak kafir Quraisy tidak bersetuju digunakan kalimah "Bismillahi al Rahman al Rahim" di dalam perjanjian itu beliau meminta ditukar dengan kalimah " bismika Allah". Apabila Rasulullah s.a.w menerima saranan Suhail yang kafir itu yang menggunakan kalimah Allah, tentu menarik untuk kita mendenga jawapan bekas Mufti Johor tersebut.

Friday, December 21, 2012

Tumbangkan Dinasti BN Dengan Angka

Oleh : Mohamed Hanipa Maidin

Dalam politik Malaysia angka sering menjadi perhatian ramai. Angka-angka yang diterbitkan oleh media-media massa di Negara ini sama ada media bercetak atau media di alam siber memberi banyak makna.

Bercakap tentang angka sudah tentu Sharizat dan keluarganya mendahului. Kita percaya angka RM 250 juta yang diamanahkan untuk digunakan bagi pembelian lembu tetapi disalahguna bagi membeli kondominium adalah angka keramat bagi kejatuhan dinasti Umno/BN dalam pilihanraya akan datang.

Angka boleh memberi petunjuk bagaimana kaum keluarga ahli politik Baraisan Nasional bergelumang dengan kemewahan hidup dengan wang rakyat. Lihat sahaja pendedahan yang dibuat oleh pegawai bank yang mengesahkan anak kepada Ketua Menteri Sarawak, membelanjakan wang sebanyak RM782,520.88 dalam tempoh enam bulan semasa perbicaraan kes tuntutan bekas menantu Tan Sri Abdul Taib Mahmud, Shahnaz Majid iaitu kakak kepada penyanyi Sheila Majid.

“Ya, saya mengesahkan semua maklumat dalam penyata akaun kad kredit platinum American Express ini adalah milik Datuk Seri Mahmud Abu Bekir Abdul Taib,” kata Musinah Manap, pengurus bahagian khidmat pelanggan Maybank dalam perbicaraan tuntutan nafkah sebanyak RM 400 juta oleh Shahnaz.

Dalam penyata bank itu, Mahmud Abu Bekir telah menggunakan kad American Express sebanyak RM166,332.37 pada bulan Januari 2012 ; RM148,763.88 pada Februari; RM102,236.85 pada Mac; RM172,193.23 pada April; RM39,454.70 pada Mei; dan RM153,539.85 pada Jun, menjadikan jumlah keseluruhan ialah RM880,958.91.


Angka-angka berikut pula menunjukkan bagaimana wang rakyat atau pembayar cukui dengan mudah disalahgunakan. Kementerian Pertahanan telah membeli empat buah RIV ( Rapid Intervention Vehicles ) dengan harga RM 2.67juta iaitu pada harga lebih kurang RM 690,000 sebuah. Kita mungkin akan mudah sahaja tertipu bahawa harga yang dinyatakan tersebut mungkin suatu harga yang munsabah sehinggalah Y.M Sultan Johor sendiri bersuara mempertikaikan harga yang amat tinggi tersebut. Media melaporkan pada 8/9/2012 Sultan Johor yang juga memiliki kenderaan RIV tersebut berkata baginda membeli sebuah RIV hanya pada harga RM 150 ribu sebuah.

Sultan Johor menyatakan “ tidak seorang pun yang sepatutnya mengambil manfaat dengan pembelian RIV tersebut bagi mendapat keuntungan peribadi”. Hanya setelah Sultan Johor bersuara barulah Zahid Hamidi tersipu-sipu mengarahkan siasatan dijalankan !!

Hakikatnya angka pembelian alat-alatan oleh Kementerian Pertahanan dengan harga yang jauh melambung tinggi bukanlah perkara baru. Pada tahun 2008 rakyat telah didedahkan bagaimana Kementerian Pertahanan telah membeli 12 buah Eurocopter Cougar EC725 pada harga RM2.3 bilion atau RM193juta sebuah sedangkan Kerajaan Brazil telah membeli model yang sama pada harga RM 82.8 juta sebuah . Lihat bagaimana wang rakyat sebanyak RM 111juta disonglap di siang hari !!!

Angka juga menunjukkan hutang. Suatu yang ironi dalam keadaan Najib berbangga kononnya beliau telah melakukan transformasi ekonomi Malaysia, hutang negara semakin meningkat setiap tahun. Hutang Kerajaan Persekutuan di bawah BN telah meningkat secara mendadak daripada RM242 bilion pada tahun 2004 kepada RM 363 bilion dalam tahun 2009 dan RM 456 bilion pada tahun 2011 dan bagi tahun 2012 hutang Negara dijangka akan meningkat sehingga RM520 bilion. Jika diterjemah dalam bentuk peratus hutang Negara telah meningkat sebanyak 107.4 peratus dalam masa 8 tahun. Apa yang menakutkan rakyat adalah liabiliti kontinjen ( contigent liability ) Kerajaan dijangka akan meningkat pada tahun 2013 hasil dari perbelanjaan RM53 bilion bagi projek MRT dan projek-projek mega yang lain .

Yang lebih menyenakkan perut rakyat adalah syarikat kroni Umno yang dikuasai oleh Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary juga mempunyai penggabungan hutang yang melambung iaitu sebanyak RM34.3 bilion sedangkan syarikat-syarikat yang beliau ada kepentingan tersebut hanya dijangka mempunyai wang tunai sekadar RM 7.8 bilion setakat bulan Mei tahun ini.

Yang lebih mengejutkan meskipun dibelenggu dengan hutang yang banyak, syarikat-syarikat Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary masih terus menerus diberi kontrak oleh Kerajaan BN. Baru-baru ini Jabatan Perdana Menteri telah mengesahkan bahawa projek penswastaan Pelabuhan Pulau Pinang akan diberikan kepada syarikat milik beliau. Juga menjadi berita yang hangat bahawa syarikat beliau dikatakan mendahului persaingan bagi mendapat projek penswastaan Pelabuhan Kelang (Northport Holdings) dan KTM Berhad.

Adakah rakyat lupa bahawa pada tahun 1998 apabila berlakuknya krisis ekonomi, syarikat kroni Umno, Renong Berhad yang mempunyai hutang sebanyak RM 20 bilion iaiitu sebanyak 7 peratus dari keseluruhan hutang sektor perbankan di Negara ini . Hutang yang melambung tinggi menyaksikan beberapa bank jatuh bankrap. Ia bukan sahaja mendatangkan kerugian kepada para pelabur dan keruntuhan pasaran saham , wang kita semua sebanyak RM 10 bilion juga disalahguna oleh Kerajaan BN untuk selamatkan kroni Umno ini. Tidak mustahil perkara yang sama akan dilakukan ke atas Syed Mohktar yang semua tahu adalah kroni Umno.

Bercakap tentang angka pemimpin MCA pula nampaknya buta angka. Timbalan Menteri Kewangan , Datuk Donald Lim dengan tanpa segan silu berbohong di Parlimen apabila beliau menuduh tanpa bukti bahawa sejak Pakatan Rakyat ambil alih Selangor pada tahun 2008 tiada satu rumah kos rendah pun dibina oleh Kerajaan PR Selangor.

Apabila ditunjukkan dengan angka sebenar oleh YB Tony Pua, “Sibuta angka” MCA ini masih tidak dihukum oleh Speaker Parlimen di bawah Aturan 36 ( 12 ) Standing Orders kerana berbohong di dalam Parlimen. Kerajaan Selangor hakikatnya telah membina 23,637 unit rumah kos rendah termasuklah memulihkan semula 9,176 unit rumah akibat projek yang ditinggalkan.

Sunday, September 30, 2012

Menentang ekstremisme dari mana sekalipun

Oleh MOHAMED HANIPA MAIDIN

SAYA tertarik membaca tafsiran ayat 222 Surah Al-Baqarah oleh pengarang Tafsir Al-Mizan ‘Allamah Sayyid Hussein Tobatobaíie . Ayat 222 tersebut adalah berkaitan dengan haid (‘datang bulan’ menurut orang Melayu).

Pengarang Tafsir Al-Mizan menyatakan: “Manusia mempunyai pelbagai pendapat dan adat tentang wanita ketika mereka dalam keadaan haid. Penganut Yahudi bersikap terlalu keras dalam hal ini. Mereka meninggalkan wanita yang haid hatta dalam makan dan minum. Wanita Yahudi yang haid akan dipisahkan dengan suami mereka dan wanita dilarang makan bersama ahli keluarga dan juga akan tidur bersendirian.

“Penganut Nasrani pula terlalu meringankan soal haid ini sehingga mereka bebas bercampur dengan wanita haid malahan boleh tidur dan mengadakan hubungan kelamin dengan wanita tersebut.

“Orang Arab jahiliah pula tidak mempunyai kaedah tetap dalam hal ini. Bagi orang Arab di Madinah dan persekitarannya, mereka lebih mengguna pakai adat resam orang Yahudi. Manakala ada juga orang Arab jahiliah yang suka mengadakan hubungan seks dengan pasangan mereka yang sedang dalam haid atas kepercayaan sekiranya isteri mereka hamil ketika itu, anak yang dilahirkan akan menjadi ganas dan suka menumpahkan darah – kualiti yang dibanggakan Arab Badwi.”

Pengarang Al-Mizan seterusnya menyatakan: “Ayat 222 (Surah Al-Baqarah) ini hanya melarang suami daripada mengadakan hubungan kelamin dengan isterinya yang sedang dalam haid.

Ia tidak mengenakan apa-apa sekatan ke atas wanita-wanita yang sedang haid dan mereka boleh bersama-sama dalam soal makan, minum hatta tidur sekali pun. Dengan lain perkataan Islam mengambil jalan sederhana (tengah) iaitu antara sikap melampau pihak Yahudi dan sikap terlalu bebas dan terlalu meringankan pihak Nasrani.”

Inilah antara ciri wasotiyyah (kesederhanaan) ajaran Islam.

Saya sengaja mengutip tafsiran tentang ayat haid tersebut bagi menunjukkan betapa Islam tidak suka kepada perbuatan melampau.

Atas dasar itu apabila wujudnya filem pendek yang diterbitkan di Amerika yang menghina Islam dan Nabi Muhammad s.a.w., bagi kita ia adalah satu perbuatan melampau yang sama sekali tidak boleh diterima.

Islam sama sekali tidak boleh menerima mana-mana Nabi dihina apatah lagi Nabi Muhammad s.a.w.

Jika orang Kristian memandang tinggi Nabi Isa a.s., Islam pula mewajibkan orang Islam beriman bahawa Nabi Isa a.s. ialah salah seorang Nabi Utusan Allah. Sebab itu orang Islam tidak boleh menerima sikap melampau kepercayaan bahawa Nabi Isa a.s. ialah ‘anak Tuhan’. Namun dalam masa yang sama, Islam juga tidak membenarkan mana-mana pengikutnya menghina kepercayaan orang Kristian tersebut.

Begitu juga Islam menerima hakikat wujudnya Nabi dari keturunan Yahudi seperti Nabi Yaakub dan Nabi Yusuf a.s.. Islam juga mewajibkan pengikutnya beriman dengan nabi-nabi tersebut.

Atas dasar itu jika ada mana- mana pihak menghina Nabi Muhammad s.a.w., hakikatnya mereka seolah-olah menghina nabi-nabi lain seperti Nabi Isa yang diyakini oleh orang-orang Kristian atau nabi-Nabi daripada keturunan Yahudi. Dalam hal ini sepatutnya ada titik persamaan antara Islam dan agama-agama Kristian dan Yahudi. Kita yakin mana-mana pengikut Kristian dan Yahudi yang sebenar sudah tentu tidak boleh menerima perbuatan melampau menghina Nabi Muhammad s.a.w. seperti yang berlaku sekarang.

Orang berkata jika ada aksi sudah tentu ada reaksi. Jika orang Islam merasa marah dan berdemonstrasi membantah perbuatan biadap pengeluar filem yang menghina Nabi Muhammad s.a.w., ia adalah hasil satu provokasi yang tidak perlu. Adakah umat Islam perlu berdemonstrasi jika filem tersebut tidak diterbitkan?

Bercakap tentang sikap toleransi saya tertarik dengan apa yang dikatakan oleh Chris Patten, bekas Gabenor Inggeris di Hongkong di dalam bukunya “Not Quite The Diplomat”. Beliau menyatakan: “Kita tidak akan berjaya dalam perjuangan tentang toleransi di Amsterdam atau di Paris atau di Manchester jika kita menunjukkan sikap ‘double standard’ tentang bagaimana kita berurusan dengan jiran kita yang beragama Islam.”

Pihak Amerika sepatutnya sedar bahawa sikap, tindak-tanduk, polisi dan provokasi mereka yang selalunya mengundang kemarahan umat Islam. Bekas Pengarah Perisikan Nasional Amerika, John Negroponte sendiri pernah mengakui semasa pendengaran di Senat Amerika pada awal tahun 2005 bahawa “polisi kita di Timur Tengah membangkitkan penentangan orang Islam”.

Untuk berlaku adil kepada Amerika, kita juga tidak boleh menerima mana-mana pihak yang mengebom Kedutaan Amerika di Libya sehingga membawa kematian dutanya di sana. Keadilan mesti ditegakkan hatta ke atas musuh kita kerana itulah ajaran al-Quran.

Kita perlu menentang ekstremisme. Sebab itu kita tidak boleh menerima beberapa perbuatan melampau Umno dan sekutu-sekutunya seperti memijak kepala lembu, membuat kek berbentuk najis manusia untuk Ketua Menteri Pulau Pinang atau bersenam punggung di hadapan rumah Pengerusi Bersama Bersih, Dato’ S Ambiga.

Perbuatan-perbuatan ini bukan sahaja tidak perlu malahan akan mengundang perkara yang tidak mendatangkan apa-apa faedah

Friday, September 7, 2012

Apabila undang-undang pilih bulu

leh MOHAMED HANIPA MAIDIN

PEMAIN bowling negara, Noor Afizal Azizan terselamat daripada hukuman penjara apabila Mahkamah Rayuan membenarkan permohonannya bagi mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen membebaskannya perintah berkelakuan baik selama lima tahun dengan ikat jamin RM25,000 kerana merogol gadis bawah umur.

Dengan keputusan itu Mahkamah Rayuan mengetepikan hukuman 5 tahun penjara yang diberikan oleh Mahkamah Tinggi Melaka.

Mahkamah Sesyen Butterworth pula mengenakan hukuman berkelakuan baik selama tiga tahun ke atas jurueletrik Chuah Guan Jiu setelah mahkamah mendapati beliau bersalah kerana melakukan rogol ke atas kanak-kanak berusia 12 tahun.

Kedua-dua kes tersebut kini mendapat perhatian hangat. Rata-rata ramai orang yang berpendapat hukuman ke atas dua-dua perogol tertsebut adalah terlalu ringan mengambil kira usia mangsa yang terlibat.

Sebelum saya komen lanjut kita perlu terlebih dahulu memahami serba sedikit isu tersebut dari sudut undang-undang. 


Perkara pertama kedua-dua kes tersebut melibatkan kes rogol statutori. Rogol statutori adalah perbuatan merogol mangsa yang berumur 16 tahun ke bawah.

Secara umumya perbuatan zina antara dua lelaki dan wanita secara rela bukan termasuk dalam kategori rogol.

Namun jika perbuatan zina melibatkan gadis yang berumur kurang 16 tahun ia adalah dikira jenayah rogol meskipun ianya dilakukan dengan kerelaan wanita tersebut.

Perkara kedua yang pembaca perlu tahu adalah hukuman ke atas jenayah rogol. Dalam Kanun Keseksaan kesalahan rogol termasuk rogol statutori boleh dikenakan hukuman penjara dan sebatan.

Kalau begitu, pembaca mungkin bertanya, mengapakah kedua- dua perogol di atas tidak dikenakan hukuman penjara atau hukuman sebatan?

Jawapan kepada soalan tersebut adalah hukuman penjara dan sebatan bagi kesalahan rogol bukanlah hukuman mandatori. Secara mudah hukuman penjara dan hukuman sebatan bukanlah wajib.

Mahkamah masih boleh mengenakan hukuman berkelakuan baik (bind over) ke atas perogol jika mahkamah berpendapat wujudnya faktor-faktor meringankan (mitigating factors) . 

Faktorfaktor meringankan ini antaranya faktor pengakuan bersalah. Ketiadaan rekod jenayah yang lampau, usia pesalah, kekesalan pesalah dan beberapa faktor lain.

Sebelum seseorang hakim menjatuhkan hukuman pihak pendakwa dan pihak peguambela tertuduh diberi peluang untuk berhujah bagi meyakinkan mahkamah hukuman apa yang sesuai dikenakan ke atas pesalah. 

Seperti biasa pihak pendakwa akan meminta hukuman yang keras (deterrent) manakala peguambela akan berusaha meminta hukuman ringan dikenakan.

Kesimpulannya meskipun kesalahan rogol adalah satu kesalahan berat namun undang-undang masih memberikan ruang budibicara ke atas hakim bagi mengenakan hukuman sesuai ke atas perogol.

Dalam hal ini, meskipun kita mungkin susah untuk menerima hukuman berkelakuan baik tersebut namun jika kita melihat isu ini dari perspektif undang-undang yang saya terangkan di atas keputusan hakimhakim tersebut bukanlah satu keputusan yang pelik di sisi undang-undang.

Soal saya setuju atau tidak setuju dengan hukuman ke atas dua-dua perogol tersebut adalah satu perkara lain.

Namun, untuk berlaku adil kepada hakim-hakim yang membuat keputusan ke atas kes-kes tersebut apa yang mereka lakukan adalah masih dalam kerangka dan ruang lingkup undang-undang. Undang- undang membenarkan mereka menggunakan budi bicara mereka.

Memang agak sukar untuk menerima hukuman ringan ke atas pesalah rogol.

Reaksi orang ramai sama ada orang Islam atau bukan Islam, lelaki atau perempuan yang tidak selesa dengan hukuman ringan tersebut menunjukkan bahawa perbuatan rogol ke atas kanak-kanak tersebut adalah dibenci.

Kesalahan rogol ke atas gadis berumur kurang 16 tahun jika dengan kerelaan kedua-dua pihak hakikatnya adalah satu kesalahan zina dari persepektif Islam.

Perbezaan asas undangundang jenayah Islam dan undang-undang manusia adalah di dalam Islam bagi kesalahan yang termasuk dalam kategori hudud, hakim tidak diberikan peluang menggunakan budibicaranya.
Hukuman hudud termasuk dalam hukuman mandatori kerana ianya melibatkan huququllah (hak-hak Allah).

Sebagai contoh jika seseorang didapati bersalah melakukan zina tanpa apaapa keraguan maka hakim tidak ada budi bicara untuk menjatuhkan hukuman lain selain hukuman yang Allah tetapkan. 

Jika pesalah zina belum berkahwin (ghayr muhsan) maka hukuman mandatori adalah hukuman sebatan 100 rotan dan jika dah berkahwin (muhsan) hukuman mandatori adalah hukuman rejam.

Friday, March 16, 2012

Hakim Amerika Pertahan Islam Di Mahkamah

Oleh : Mohamed Hanipa Maidin

http://farm5.static.flickr.com/4124/4961984302_23fecee046.jpgMungkin agak ganjil mendengar tajuk di atas . Semua orang tahu sikap Amerika terhadap Islam. Bagi Amerika, Islam sering dikaitkan dengan keganasan. Namun ironinya semakin kuat Amerika menentang Islam dilaporkan semakin ramai rakyat di sana makin berminat dengan Islam.

Tragedi 911 telah menyebabkan perkembangan Islam di Amerika berlaku dengan agak pantas. Salah satu indikasi bagi perkara ini adalah selepas serangan 911 Al-Quran menjadi kitab yang paling laris dijual di beberapa wilayah di Amerika bagi tempoh yang agak lama .Minat rakyat Amerika dengan Al-Quran sehingga menyebabkan Penerbit buku yang terkenal , Penguin Books, yang telah menerbitkan Al-Quran dalam bahasa Inggeris melaporkan ia telah mencetak lebih dari 20,000 naskah AlQuran sejurus berlakunya tragedi 911.

Akhbar USA Today melaporkan di dalam artikel bertajuk “"People Want to Know, so Koran is Bestseller," penjualan naskah Al-Quran telah berganda 55 kali selepas 911. Apabila ditanya tentang perkara ini salah seorang sarjana barat yang amat bersimpati dengan Islam, John Esposito menyatakan “ kekuatan Al-Quran adalah mana-mana orang Islam atau sesiapa sahaja membuka mana-mana helaian Al-Quran akan mendapat mesej betapa Islam memandang tinggi tentang nyawa dan kehidupan manusia.”

Kes terbaru yang berlaku di sebuah Mahkamah di Pennsylvania, Amerika juga agak menarik minat saya untuk menulis artikel ini. Ia melibatkan seorang Islam , Talaag Elbayomy yang memukul seorang Atheist, Ernie Perce yang telah menghina Nabi Muhammad s.a.w . Ernie Perce telah memakai pakaian yang menunjukkan kononnya mayat Nabi Muhammad s.a.w. sedang bangun dan berjalan di dalam satu perarakan sempena menyambut hari Halloween. Perbuatan beliau telah mengakibatkan Talaag Elbayomy yang kebetulan bersama keluarganya menyaksikan perarakan tersebut merasa bahawa perbuatan Earnie Perce tersebut menghina Rasulullah s.a.w lalu memukul lelaki athiest tersebut.

Pegawai Polis yang bertugas di perarakan tersebut iaitu Brian Curtis berpendapat tindakan lelaki athies tersebut adalah termasuk di dalam kebebasan bersuara yang dijamin oleh Pindaan Pertama Perlembagan Amerika maka beliau telah menangkap lelaki Islam yang memukul lelaki Athies tersebut. Dipendekkan cerita akhirnya lelaki Islam tersebut telah didakwa atas tuduhan menggangu ( harrassament ) lelaki Athiest tersebut.

Kes tersebut telah dibicarakan dihadapan Hakim Daerah, Mark Martin. Hakim tersebut telah memutuskan lelaki Islam tersebut tidak bersalah dan membebaskan beliau. Apa yang menarik semasa beliau membebaskan lelaki Islam tersebut beliau telah memberi syarahan berikut :-

“Setelah mempunyai peluang tinggal lebih dari dua tahun di negara umat Islam saya rasa saya mempunyai pengetahuan sedikit sebanyak tentang Islam. Hakikatnya saya ada senaskah Al-Quran di sini.. Saya ingin mencabar kamu tuan ( lelaki Athiest tersebut ) tunjukkan kepada saya di mana di dalam Al-Quran yang menyatakan bahawa Muhammad telah bangun dan berjalan bersama orang-orang yang dah mati. Oleh itu sebelum kamu memperolok-olok agama orang Iain kamu sepatutnya berusaha untuk mengetahui agama tersebut

Di dalam masyarakat kita ( Amerika ) kita mempunyai Perlembagaan yang memberi kita banyak hak khususnya hak di bawah Pindaan Pertama. Amat malang setengah orang menguna Pindaan Pertama tersebut bagi membuat provokasi ke atas orang lain dengan sengaja. Saya tidak fikir itulah yang diniatkan oleh datuk moyang kita terdahulu. Saya rasa datuk moyang kita berniat untuk mengguna Pindaan Pertama tersebut bagi membolehkan kita menyampaikan apa yang ada di minda kita dan bukannya bagi menghina dan mencerca orang lain atau budaya mereka – yang malangnya itulah yang kamu lakukan.”

Hakim itu kemudiannya meneruskan syarahan beliau tentang Islam seperti berikut :-

“ Saya tidak rasa kamu sedar tuan bahawa di sana terdapat perbezan yang besar bagaimana Amerika melaksanakan Kristian – saya faham kamu adalah seorang Athiest ( tidak percaya agama ) – tapi kamu kena faham bahawa Islam bukan sekadar agama. Islam adalah cara hidup dan budaya mereka . Islam adalah segala-galanya bagi mereka ( orang Islam ) . Mereka bersembahyang lima kali sehari dan menghadap Mekah . Untuk menjadi orang Islam yang baik sebelum mati kamu kena pergi ke Mekah menunaikan haji melainkan kamu terlalu sakit atau terlalu tua tetapi kamu kenan berusaha untuk melakukan haji. Perjumpaan mereka dimulakan dengan ‘Salam alaikum, wa-laikum as-Salam yang ertinya Salam sejahtera ke atas kamu.

Adalah menjadi kebiasaan dalam percakapan mereka apabila mereka bercakap dengan orang lain mereka akan berkata “ Jika Allah mengkehendaki” ia akan berlaku. Inilah tata cara kehidupan mereka. Apa yang kamu lakukan adalah sama sekali meranapkan apa yang mereka anuti. Saya berpendapat apa yang kamu lakukan adalah sangat sangat biadap dan meskipun kamu ada hak , kamu bagaimanapun telah bertindak melampaui had-had yang ditetapkan oleh Pindaan Pertama Perlembagaan..

Saya telah mengabiskan masa selama tujuh tahun tinggal di negara-negara lain. Apabila kita pergi ke negara lain bukan satu yang luar biasa orang memanggil kita sebagai ‘ugly Americans” ( Amerika yang hodoh ) . Ini kerana kita terlalu mementingkan hak kita tetapi tidak langsung mempedulikan hak-hak orang lain.”

Di dalam satu kes yang lain yang melibatkan seorang yang dibuang kerja kerana tidak diberi alasan seorang Hakim Amerika dengan penuh yakin menyatakan seperti berikut “ Jika Tuhan sendiri memberikan alasan kepada Adam- iaitu Adam dilarang memakan buah yang dilarang- sebelum beliau diperintah keluar dari syurga , siapakah kamu ( majikan ) yang dengan sewenang-wenangnya memecat pekerja kamu tanpa memberi alasan.”

Thursday, December 15, 2011

Mengapa PAS saman PM, kerajaan?

Oleh MOHAMED HANIPA MAIDIN

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj3CY0yaDhZpp_y63jnnUZGdcUQwT5pg4QhFe7quCFkRO36fq41gbSL9QhQ9TkRC8xEpMQDd7-f3j6Kp4htxA1940NHqFVSCiDcsLUj68Te4I1VQpJp_ixU3Tn2Z7v9xWUqCfZS-IdNZWs/s1600/mahkamah.jpgPAS melalui Mohamad Sabu, Dr Hatta Ramli dan Dr Dzulkefly Ahmad memfailkan semakan kehakiman di mahkamah bagi mendapatkan perintah Perintah La rangan (Prohibition) bagi melarang PM Najib Razak dan Kerajaan Malaysia daripada meneruskan pro ses pembentangan Rang Undang- Undang Perhimpunan Aman 2011 DR 42/2011 (RUU) di Parlimen bagi tujuan meluluskan RUU tersebut sebagai akta.

PAS juga memohon perintah deklarasi untuk mahkamah mengisytiharkan Najib dan Kerajaan Malaysia telah bertindak melebihi kuasa mereka apabila memperkenalkan dan membentangkan RUU tersebut. Dan akhirnya secara alternatif, PAS juga memohon perintah mandamus bagi memaksa (compel) Najib dan Kerajaan Ma laysia mengambil langkahlangkah yang perlu dan wajar untuk meminda RUU tersebut agar selaras dengan peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan sebe lum RUU tersebut dijadikan undang-undang atau akta yang boleh dikuatkuasakan.

Mengapa PAS mengatakan kerajaan telah bertindak melebihi kuasnya dengan memperkenalkan RUU tersebut?

Tindakan kerajaan melampaui kuasanya secara jelas boleh dilihat di dalam mukadimah (preamble) RUU tersebut. Mukadimah secara jelas menyatakan bahawa RUU tersebut “adalah suatu akta yang berhubungan dengan hak untuk berhimpun secara aman dan tanpa senjata dan untuk memperuntukkan sekatan-sekatan yang didapati perlu dan sesuai manfaat yang berhubungan dengan hak itu demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya atau kenteraman awam, termasuk perlindungan hak dan kebebasan orang lain dan untuk memperuntukkan perkaraperkara yang berkaitan.”

Meskipun Perkara 10(2)(b) membenarkan Parlimen melalui undang- undang mengenakan sekatan ke atas hak kebebasan berhimpun secara aman dan tanpa senjata yang diperuntukkan di bawah Perkara 10(1)(b) namun sekatan yang boleh dikenakan adalah terhad kepada sekatan yang perlu demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya atau ketenteraman awam sahaja.

Bagaimanapun RUU tersebut secara jelas memberi kuasa kepada Parlimen untuk bukan sekadar mengenakan sekatan yang perlu demi kepentingan keselamatan Per sekutuan atau mana-mana ba hagiannya atau ketenteraman awam sebaliknya RUU tersebut juga membenarkan Parlimen meng adakan sekatan yang perlu bagi melindungi hak dan kebebasan orang lain di mana frasa “termasuk perlindungan hak dan kebebasan orang lain” yang tidak wujud dalam Perkara 10(2)(b) telah dimasukkan dalam mukadimah RUU tersebut.

Frasa “termasuk perlindungan hak dan kebebasan orang lain” yang tidak wujud dalam Perkara 10(2)(b) Perlembagaan juga telah dimasukkan sekali lagi dalam fasal 2(b) RUU tersebut.

Meskipun hak berhimpun secara aman dan tanpa senjata yang diperuntukkan di bawah Perkara 10(1)( b) masih boleh disekat (restricted) oleh Parlimen melalui undang- undang namun kuasa Parlimen tersebut tidak mencakupi sehingga ke tahap melenyapkan terus atau melarang secara mutlak (total denial) hak berhimpun secara aman dan tidak bersenjata.

Kerajaan Najib telah bertindak melebihi kuasanya apabila memperkenalkan dan membentang RUU tersebut yang secara jelas memberi kuasa kepada Parlimen untuk menafikan sama sekali hak berhimpun secara aman dan tanpa senjata yang dijamin oleh Perkara 10(1)(b).

Sebagai contoh Fasal 4(1)(c) (d) dan (e) RUU tersebut adalah secara jelas bertentangan dengan Perkara 10(1)(b) dan Perkara 10(2) (b). Fasal 4(1)(c) secara jelas melarang sama sekali protes jalanan yang ditafsirkan di bawah fasal 3 RUU tersebut sebagai “suatu perhimpunan terbuka yang bermula dengan suatu perhimpunan di tempat yang ditentukan dan melibatkan perarakan atau perhimpunan beramai-ramai bagi maksud membantah atau memajukan sesuatu tujuan atau tujuan-tujuan tertentu.”

Fasal 4(1)(c) adalah satu peruntukkan yang bersifat satu larangan mutlak (absolute denial) dan bukan sekadar satu sekatan yang dibenarkan oleh Perkara 10(2)(b) kepada satu perhimpunan tanpa me ngira sesuatu perhimpunan itu aman dan tanpa senjata atau sebaliknya dan tanpa juga mengira tujuan dan matlamat perhimpunan tersebut.

Fasal 4(1)(d) yang melarang sama sekali seseorang yang di bawah umur 21 tahun daripada menganjurkan perhimpunan adalah 'unconstitutional' kerana larangan secara mutlak tersebut gagal mengambil kira sama ada orang tersebut adalah warganegara Malaysia atau perhimpunan yang ingin dianjurkan oleh orang tersebut adalah himpunan yang aman dan tanpa senjata atau tempat di mana perhimpunan yang ingin dianjurkan oleh orang tersebut dibenarkan oleh RUU tersebut.

Fasal 4(1)(e) yang melarang sama sekali seseorang kanakkanak yang ditafsirkan oleh Fasal 3 RUU adalah “seseorang yang berumur kurang dari 15 tahun” daripada menyertai perhimpunan selain daripada perhimpunan yang dinyatakan di dalam Jadual Kedua adalah 'unconstitutional' kerana larangan secara mutlak tersebut gagal mengambil kira sama ada kanak-kanak tersebut adalah warganegara Malaysia atau perhimpunan yang kanak-kanak tersebut sertai adalah himpunan yang aman dan tanpa senjata.

Fasal-Fasal 9, 10, 11, 12, 13 dan 14 RUU tersebut juga adalah bercanggah dengan Perkara 10(1)(b) dan 10(2)(b) Perlembagaan. Fasalfasal tersebut secara jelas terkeluar daripada ruang lingkup had/sekatan (restrictions) yang dibenarkan oleh Perkara 10(2)(b) kerana fasal-fasal tersebut tidak termasuk dalam ruang lingkup sekatan yang perlu demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya atau kenteraman awam sebaliknya fasal-fasal tersebut diwujudkan dalam ruang lingkup frasa “termasuk perlindungan hak dan kebebasan orang lain” yang tidak wujud dalam Perkara 10(2)(b) Perlembagaan tetapi telah dimasukkan dalam mukadimah RUU tersebut.

Akhirnya Fasal 15 RUU tersebut juga adalah bercanggah dengan Perkara 10 (1)(b) Perlembagaan kerana fasal tersebut memberikan kuasa yang terlalu luas kepada Pegawai Polis Yang Menjaga Daerah Polis (OCPD) untuk mengenakan sekatan-sekatan dan syaratsyarat yang mana kesan daripada sekatan-sekatan dan syarat-syarat tersebut telah menjadikan hak kebebasan berhimpun secara aman dan tanpa senjata yang dijamin ke atas warganegara seperti pemohon- pemohon tidak lagi bermakna (meningless) dan hanya sekadar khayalan (illusory).

Tuesday, November 22, 2011

UMNO Terus Ketagih Tipu Rakyat

Oleh Mohamed Hanipa Maidin

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata Akta baru yang bakal menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada Mac tahun depan tetap mempunyai ciri-ciri penahanan tanpa bicara bagi menangani aktiviti militan dan keganasan yang mengancam negara.

Menurutnya lagi dua akta itu akan mempunyai persamaan dengan pendekatan dalam Akta Patriot Amerika Syarikat, Akta Pencegahan Keganasan United Kingdom dan Akta Antikeganasan Australia yang dikuatkuasakan di negara-negara yang terkenal dengan perjuangan hak asasi manusia itu.

Inilah masalah Umno. Mereka masih anggap rakyat negara ini hidup dalam zaman Raja Bersiung –yang mudah untuk ditipu. Umno tipu rakyat dengan permainan istilah. Nama ISA tidak lagi digunakan tapi dua Akta yang masih mempunyai roh dan jasad seperti ISA akan diperkenalkan untuk terus menerus menzalimi rakyat.

Untuk Umno dan Hishamuddin kita ingin mengatakan bahawa rakyat menentang ISA bukan kerana namanya. ISA ditentang kerana isi kandungan Akta tersebut. ISA ditentang kerana ia membenarkan seseorang itu ditahan tanpa bicara.

Penahanan tanpa bicara adalah mekanisme yang subur kepada penyalahgunaan kuasa. Penahanan tanpa bicara menutup rapat pintu Mahkamah sehingga keadilan tidak dibenarkan masuk. Penahanan tanpa bicara melanggar prinsip asas dalam undang-undang yang diterima secara universal iaitu seseorang itu dianggap tidak bersalah melainkan dibuktikan bersalah.

Bagaimana Kerajaaan boleh membuktikan seseorang itu bersalah jika orang itu tidak dibicarakan dan bagaimana seseorang itu boleh mencabar bahawa beliau tidak bersalah jika ia tidak dibenarkan untuk pergi ke Mahkamah untuk dibicarakan.

Apa guna ISA dimansuhkan jika roh ISA iaitu penahanan tanpa bicara diserap pula ke dalam dua Akta yang akan digubal oleh Umno nanti. Dalam bahasa Inggeris tindakan Umno ini dipanggil “ old wine in a new bottle” ( arak yang lama di dalam botol yang baru” ). Maknanya dua Akta yang akan menggantikan ISA adalah benda yang sama yang dihiasi dengan “make up” yang baru bagi menutup wajah asalnya yang hodoh.

Hishamuddin menyatakan Akta yang akan menggantikan ISA nanti akan akan mempunyai persamaan dengan Akta Patriot Amerika Syarikat, Akta Pencegahan Keganasan United Kingdom dan Akta Antikeganasan.

Kita ingin menjawab begini. Mengapa kita harus meniru negara lain dalam menggubal undang-undang yang melanggar prinsip keadilan. Jika Umno ketagih ingin meniru Amerika sebagai contoh kenapa tidak tiru aspek positif demokrasi negara tersebut. Mengapa sebagai contoh Umno tidak tiru budaya perdebatan terbuka yang disiarkan secara terbuka di media massa calon-calon yang bertanding bagi merebut jawatan Presiden Amerika. Mengapa tiru benda yang tidak baik dan tidak tiru benda yang baik.

Keduanya adakah Umno dan Hishamuddin sedar bahawa Patriot Act di Amerika tidak digunakan ke atas rakyat Amerika. Ia hanya digunakan ke atas bukan warganegara Amerika khususnya orang Islam yang sering dilabel sebagai Pengganas oleh Amerika.

Hishamuddin juga menyatakan bahawa dua akta baru yang masih dikaji itu dijangka menerapkan beberapa perubahan seperti dalam soal tempoh tahanan, notis kepada keluarga yang ditahan dan keperluan untuk mereka membuat rayuan.

Ini muslihat halus Umno untuk mengelirukan rakyat. Nampak jelas Umno tidak faham atau sengaja tidak faham asas penentangan kepada ISA. Seperti yang kita katakan asas penentangan ISA adalah ia membenarkan penahanan tanpa bicara bukan kerana isu tempoh penahanan atau notis kepada keluarga. Ini bermakna jika pun Akta yang baru mungkin menghadkan tempoh tahanan atau keluarga tahanan wajib diberitahu sedangkan dalam masa yang sama Kerajaan masih boleh menahan seseorang tanpa bicara Akta baru tersebut tidak akan membawa apa-apa perubahan. Sebaliknya ia satu penipuan.

Hishamuddin menyatakan terdapat rakyat Malaysia yang ditahan oleh Amerika Syarikat di Guantanamo tanpa melalui perbicaraan oleh itu beliau menyatakan jangan bersikap pilih bulu dan hipokrit. Apalah malang rakyat Malaysia dapat Menteri seperti ini. Sejak bila pula kita setuju Amerika tahan orang tanpa bicara dan diletakkan di Guantanamo Bay ? Kerana kita tidak setuju Amerika dan Guantanamo Bay sebab itulah kita menentang ISA dan mana-mana Akta yang membenarkan penahanan tanpa bicara.

Bagi kita Guantanamo Bay dan Kem Kemunting adalah kembar siam yang berpuaka- kedua-duanya kita tentang !

http://peguampas.blogspot.com/2011/11/umno-terus-ketagih-tipu-rakyat.html

Friday, October 21, 2011

ZULKIFLI NORDIN “JAHIL MURAKKAB” TENTANG HUDUD

Oleh : Mohamed Hanipa Maidin

Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru (Bebas), Zulkifli Nordin menuduh hukum hudud yang hendak dilaksanakan oleh PAS membenarkan suami meliwat isteri. Tuduhan tersebut dibuat dengan kononnya dirujuk kepada draf dan Enakmen Hudud dan Qisas Terenggganu 2002 yang diluluskan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu ketika PAS memerintah negeri itu dulu.

Menurut beliau berdasarkan Seksyen 14 enakmen tersebut yang menerangkan tentang liwat yang dimaksudkan dengan seseorang lelaki memasukkan zakarnya ke dalam dubur seseorang lelaki atau perempuan, kecuali isteri. Katanya, perkataan kecuali dengan isteri itu jelas membawa maksud seseorang suami boleh memasukkan zakarnya ke dalam dubur isterinya kerana ia tidak dimaksudkan meliwat.

"Inilah hudud PAS. Ini bercanggah dengan Islam. Dalam Islam, jika seseorang lelaki itu memasukkan zakarnya ke dalam dubur seseorang tidak kira dengan sesiapapun termasuk dengan isteri sendiri, ia tetap liwat.

Adalah suatu yang malang bagi profesion guaman di negara ini mempunyai seorang peguam seperti Zulkifli Nordin yang nampaknya tidak memahami perkara asas dalam penafsiran undang-undang.

Daripada kenyataan beliau di atas adalah jelas bahawa Ahli Parlimen yang "bebal" syariah ini nampaknya terlibat dengan politik murahan yang hanya sekadar untuk menimbulkan keraguan terhadap perkara yang jelas dan tiada keraguan. Mereka yang tidak, seperti dikatakan oleh Abul A'la Maududi, mengetahui ABC mengenai undang-undang Shariah mungkin dapat diragukan oleh orang yang ragu seperti Zukifli Nordin.

Hujah beliau yang mengatakan bahawa seksyen 14 Enakmen Jenayah Syariah Terengganu bercanggah dengan Islam kerana tidak menganggap perbuatan meliwat isteri sebagai satu kesalahan boleh dengan mudah dipatahkan dengan alasan- alasan berikut.

Pertamanya seksyen 14 Enakmen Jenayah Syariah Terengganu secara jelas memperuntukkan “Liwat ialah suatu kesalahan yang merupakan persetubuhan di antara seorang lelaki dengan seorang lelaki yang lain atau di antara seorang lelaki dengan seorang perempuan selain daripada isterinya yang dilakukan di luar tabii iaitu melalui dubur.

Jika dilihat kepada seksyen 14 tersebut terdapat dua kesalahan yang boleh diklasifikasikan sebagai kesalahan liwat iaitu hubungan seks melalui dubur (anus) antara lelaki dan lelaki dan hubungan seks melalui dubur (anus) antara lelaki dan wanita selain daripada isteri lelaki tersebut.

Seksyen 15 Enakmen yang sama memperuntukkan “ Sesiapa melakukan kesalahan liwat hendaklah dihukum dengan hukuman yang sama seperti yang ditetapkan bagi zina

Hukuman zina adalah 100 rotan bagi pesalah zina yang Ghayru Muhsan ( lihat seksyen 13 ( 2 ) Enakmen yang sama dan rejam sehingga mati bagi yang Muhsan ( lihat seksyen 12 ( 2 ) Enakmen yang sama.

Adalah jelas di dalam memperuntukkan hukuman bagi kesalahan liwat sama dengan hukuman hadd ke atas penzina pihak penggubal undang-undang syariah Terengganu telah mengambil pendapat Imam Malik, Syafie dan Imam Ahmad yang berpandangan bahawa liwat wajib dikenakan hukuman hadd seperti hadd ke atas pesalah zina disebabkan “li wujudin ma’na al-zina fihi” ( kerana kewujudan makna zina padanya) .

Zulkifli menyatakan bahawa berdasarkan seksyen 14 Enakmen tersebut seorang yang meliwat isteri tidak melakukan kesalahan. Beliau berhujah bersandarkan frasa “selain daripada isterinya” suami yang meliwat isteri terlepas dari hukuman hadd.

Kebodohan hujah tersebut timbul kerana beliau tidak memahami perbezaan asas antara hudud dan taa’zir. Seksyen 14 bercakap tentang hudud. Seorang suami yang meliwat isterinya bukan tidak bersalah. Ia tetap salah. Cumanya kesalahan itu tidak boleh dikenakan hukuman hudud.

Mungkin Zulkilfli bertanya kenapa tidak boleh kena hukum hudud ?

Jawapannya sepertimana yang dikatakan oleh Abdul Kadir Audah di dalam bukunya yang terkenal “ Tasyri’ Janaie” terdapat keraguan sama ada isteri yang dinikahi secara sah oleh lelaki boleh dikenakan hukuman hadd hanya kerana ia “menggunapakai hartanya ” mengikut kehendaknya. Dan prinsip yang terpakai dalam hukum hudud adalah keraguan membatalkan hukuman hadd ( idraul hudud bisyubhah ).

Zulkifli mungkin bertanya adakah ini bermakna seorang suami yang meliwat isterinya akan terlepas hukuman ? Jawapan kepada soalan tersebut adalah tidak. Suami yang meliwat isteri masih boleh dihukum tetapi bukan dengan hukuman hudud sebaliknya beliau hanya boleh dihukum oleh hukuman ta'zir.

Jika Zulkifli cermat dan tidak tergopoh gapah membaca keseluruhan Enakmen tersebut dia akan pasti dapat melihat seksyen 3 Enakmen yang sama ( apa yang dipanggil proviso ) yang menyatakan secara jelas

“Dengan syarat bahawa apabila sesuatu kesalahan hudud atau qisas tidak boleh dihukum dengan hukuman hudud atau hukuman qisas kerana tidak dapat memenuhi syarat-syarat yang dikehendaki bagi hukuman-hukuman itu, maka kesalahan itu adalah menjadi suatu kesalahan takzir dan hendaklah ia dihukumkan demikian”

Seksyen 3 Enakmen tersebut sekaligus menjawab segala kekeliruan yang Zulkifli Nordin cuba timbulkan. Seksyen 3 menunjukkan bahawa liwat ke atas isteri tetap salah menurut Enakmen yang PAS gubal tetapi ia bukan kesalahan hudud sebaliknya ianya hanya satu kesalahan taa’zir. Dan Zulkifli juga kena faham hukum tazir tidak semestinya lebih ringan dari hukuman hudud.

Jika Zulkilfli jujur dalam hujahnya beliau sepatutnya mengkritik “hudud Umno” Dalam undang-undang yang Umno gubal di Wilayah Persekutuan liwat hanya salah jika lelaki meliwat lelaki yang lain.

Berdasarkan tafsiran liwat di Seksyen 2 Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan adalah jelas bahawa seorang yang sama ada meliwat seorang perempuan yang lain atau meliwat isterinya TIDAK dikira melakukan apa-apa kesalahan di Wilayah Persekutuan jauh sekali akan dihukum

Renungan kepada Zulkifli Nordin : Undang-Undang mana yang lebih melindungi wanita ? Ingatlah saudara Zullifli hanya kerana anda berkopiah bukan bermakna anda layak bercakap tentang undang-undang hudud . Berhentilah jadi Jahil murakkab ( orang jahil yang tidak tahu dia jahil ).

Thursday, August 25, 2011

Liwat Fasa 2: Anwar Ibrahim sedang "Perangkap" Najib

Tindakan Anwar Ibrahim mempertahankan diri dari dalam kawasan

tertuduh
sebenarnya memerangkap Najib supaya teruskan

"permainan" yang diatur oleh juak-juaknya sendiri


Ramai juga yang minta komen saya tentang pendirian Anwar memilih untuk membela dirinya melalui keterangan tidak bersumpah.



Saya rasa elok juga saya berkongsi pendapat mengenai pendirian Anwar tersebut.




Saya akui awalnya saya juga agak terkejut dengan pendirian Anwar tersebut.




Namun setelah mengikuti keterangannya tersebut saya harus akui bahawa tindakan Anwar amat amat bijak.




Saya percaya pendirian itu dibuat dengan perkiraan yang mendalam dengan mengambil kira sejak awal lagi perbicaraan Anwar dilihat melanggar norma-norma atau piawaian perbicaraan yang adil.




Memberi keterangan dengan tidak bersumpah sudah tentu merupakan pilihan yang terbaik untuk Anwar dalam kondisi sebegitu.




Musuh Anwar memulakan serangan di atas pendirian Anwar tersebut.




Dengan nada sinis mereka memperli kononnya Anwar takut untuk disoal balas oleh pendakwaraya.




Musuh beliau menyatakan Saiful lebih berani dari Anwar kerana beliau memberikan keterangan dengan bersumpah dan rela disoal balas oleh Karpal Singh.




Ya, ia satu hujah yang menarik tapi malangnya hujah tersebut bertolak dari qiyas atau analogi yang tidak betul atau dalam bahasa arabnya dipanggil qiyas ma'al fariq.




Mengapa?




Isu Saiful berani memberi keterangan bersumpah tidak timbul kerana sebagai saksi pendakwa , undang-undang mewajibkan beliau memberi keterangan bersumpah.




Makna mudahnya Saiful tidak ada pilihan kecuali wajib memberi keterangan bersumpah.




Terpaksa memberi keterangan secara bersumpah bukan indikator keberanian seseorang.




Kedudukan Anwar sebagai pihak yang dituduh berbeza dengan kedudukan Saiful.




Tidak seperti Saiful undang-undang memberi Anwar tiga pilihan yang sah untuk membela diri iaitu sama ada memberi keterangan dengan sumpah ( yang boleh disoal balas ) atau memberi keterangan dengan tidak bersumpah ( yang tidak boleh disoal balas ) atau hanya berdiam diri.




Hatta jika Anwar memilih untuk berdiam diri hakim tidak boleh secara automatik membuat kesimpulan bahawa Anwar bersalah kerana seorang hakim masih perlu meneliti semula keterangan pendakwa sebelum membuat keputusan.




Musuh Anwar juga berhujah bukankah keterangan bersumpah lebih kuat nilainya dan jika Anwar benar-benar tidak bersalah kenapa beliau takut untuk memberi keterangan bersumpah dan boleh disoal balas oleh pendakwa.


Sekali lagi ia hujah yang menarik tetapi malangnya hujah tersebut gagal melihat keseluruhan proses perbicaraan Anwar.



Melihat pendirian Anwar yang memilih untuk memberi keterangan tidak bersumpah secara terpisah dengan keseluruhan proses perbicaraan Anwar bukan sahaja tidak wajar malahan secara jelas ia satu hujah yang dangkal.




Hakikatnya bagi saya kerana kepercayaan bahawa dirinya tidak bersalah mendorong Anwar mengambil pendirian tersebut.




Mana-mana tertuduh yang tidak bersalah dengan mudah dijatuhkan hukuman bersalah dalam perbicaraan yang tidak adil.




Jika perbicaaraan Anwar memang dari awal mengikut piawaian perbicaraan yang adil hujah musuh Anwar itu mungkin ada keabsahannya.




Namun dengan pelbagai perkara pelik dan tidak masuk akal berlaku dalam kes Anwar pendirian Anwar bukan sahaja wajar malahan amat tepat.




Mari kita ambil satu contoh kepelikan dari siri-siri kepelikan yang berlaku dalam kes Anwar iaitu isu tawaran saksi saksi pendakwa kepada pasukan peguambela Anwar.




Bukankah pendakwa raya telah menawarkan kepada pihak peguambela Anwar beberapa orang saksi mereka seperti Najib, Rosmah, Musa Hassan dan beberapa orang lain.




Berdasarkan prinsip undang-undang jenayah dan piawaian perbicaraan yang adil saksi-saksi pendakwa ini sewajarnya bersedia dipanggil oleh pihak pembela dan mereka juga wajar menjawab soalan-soalan peguambela apabila dipanggil untuk temubual.




Peliknya dalam kes Anwar ini saksi saksi yang ditawar oleh pendakwa ini boleh memilih untuk tidak ingin menjadi saksi pihak pembela dan tidak mahu menjawab soalan-soalan peguambela Anwar semasa sessi temubual.




Tindakan pelik saksi saksi ini malangnya timbul dari keputusan pelik hakim yang menyatakan bahawa saksi saksi seperti Najib dan Rosmah ini boleh memilih untuk tidak menjawab soalan-soalan peguambela Anwar.


.

Keputusan Hakim tersebut menyebabkan tawaran saksi-saksi pendakwa seperti Najib dan Rosmah kepada pasukan peguambela Anwar tidak ada apa apa nilai dan hanya sia-sia dan membuang masa.



Apa gunanya pendakwaraya menawar saksi-saksi mereka yang enggan bersuara dan apa gunanya pula untuk peguambela Anwar memanggil saksi-saksi yang enggan bersuara ( baca kecut untuk bersuara ).




Hakikatnya bukan Anwar yang tidak berani memberi keterangan bersumpah sebaliknya Najib, Rosmah , Musa Hassan dan Rodwan yang takut untuk memberi keterangan sama ada secara tidak bersumpah di luar mahkamah iaitu dalam sessi temubual atau secara bersumpah di dalam kandang saksi di mahkamah.




Malangnnya musuh Anwar tidak nampak ironi ini.


Mereka tidak habis habis 'menyalak' supaya perbicaraan disegerakan sedangkan tindakan Najib, Rosmah, Musa Hasan dan Rodwan ini antara penyumbang besar kepada kelengahan perbicaraan

.

Seperkara lagi Anwar sudah punya pengalaman memberi keterangan bersumpah sebanyak dua kali sebelum ini dan beliau amat arif permainan kotor musuhnya.



Memberi keterangan bersumpah akan dikawal oleh mantra 'tidak relevan' yang akan kita dengar berulang-ulang kali seperti dua perbicaraan beliau yang terdahulu.




Bayangkan jika keluar dari mulut Anwar misalnya 'ada konspirasi nak aibkan saya...tidak relevan..' macam mana TV3 boleh ada siri khas tentang Saiful' ..tidak relevan.. begitulah yang saya percaya ada di dalam pemikiran Anwar.




Memberi keterangan secara tidak bersumpah tidak boleh dikawal oleh mantra 'tidak relevan'.




Anwar bebas menentukan rentak dan iramanya tanpa diganggu gendang 'tidak relevan'.




Hakikatnya apa yag Anwar katakan tersebut itulah yang paling ditakuti oleh musuh-musuhnya .




Malang sungguh musuh Anwar kerana penantian mereka bahawa Anwar akan terperangkap dalam jerat mereka tidak berlaku.




Yang berlaku adalah Anwar yang kini menjerat mereka dan sehingga artikel ini ditulis seluruh manusia di seantero alam kini mula menghakimi sistem kehakiman negara ini dan para aktor -aktor yang terlibat dalam perbicaraan Anwar.




Syabas Anwar !




- Hanipa Maidin

Friday, July 29, 2011

Polis diberi 24 jam mohon maaf kepada Mohamad Sabu

Harakahdaily

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhfAoJmIEtzDYvJfxyAXdCeY18K0WpKtoJFQS4MJS-M4jwGzd7GjLPYdVs5KEPV3gvLxuoM6cfDipPjMuNYBBsINdMqotAnpyeZT4uE0C2qGOOBkXnDDYHywPZiXxkDCoR45qudYMU1pwU/s1600/sabu_lutut.jpg

KUALA LUMPUR, 29 Julai: Peguam kepada Timbalan Presiden PAS, Mohamed Hanipa Maidin hari ini menyerahkan notis tuntutan kepada polis bagi meminta maaf kepada anak guamnya dalam tempoh 24 jam.

Notis itu telah dihantar dengan tangan ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman jam 4 petang tadi dan menuntut Ketua Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Datuk Salleh Mat Rashid memohon maaf kepada Mohamad Sabu kerana memfitnah timbalan presiden PAS itu.

"Kami menuntut ia dibuat dalam masa 24 jam melalui semua media termasuk tv dan akhbar.

"Saya telah diarahkan oleh anak guam saya untuk memfailkan saman fitnah terhadap Datuk .... Jika tidak dibuat dalam masa 24 jam," kata Hanipa kepada Harakahdaily.

Mohamad sebelum ini mendakwa Salleh berbohong berhubung kecederaan yang dialaminya dalam insiden 9 Julai lalu.

Menurut Mohamad, beliau sememangnya dilanggar oleh pihak polis dan mengalami kecederaan pada bahagian lututnya sehingga menyebabkan beliau terpaksa menjalani pembedahan di hospital pakar di Petaling Jaya pada 17 Julai lalu.

Doktor memasukkan skru 2 1/2 inci untuk menyambungkan ligamen dan bahagian tulang di bahagian lututnya.

Malah katanya, Salleh sendiri tahu tentang dirinya yang dilanggar oleh pihak polis sehingga mengalami kecederaan dan tidak dapat berjalan apabila beliau terpaksa dipapah oleh pihak polis untuk dimasukkan ke dalam kenderaan polis, dipapah ketika dibawa ke lokap polis, dipapah ketika dibawa ke Balai Polis Jinjang.

Laporan berhubung beliau dilanggar itu juga dinyatakan dalam laporan polis yang dibuat di Balai Polis Jalan Dang Wangi, Kuala Lumpur pada 14 Julai lalu.

Kejadian menyedihkan yang dialaminya itu berpunca dari keganasan polis dalam menangani perhimpunan aman Bersih 2.0 di Kuala Lumpur 9 Julai lalu.

Insiden-insiden keganasan polis itu termasuk terhadap dirinya dan para peserta lain telah diadukan kepada pihak Suhakam dan beliau bersetuju serta akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak Suhakam untuk mengadakan sisatan awam berhubung perkara itu.

Beliau amat kesal kerana Salleh yang dipengaruhi oleh para pemimpin Umno dan kerajaan BN sanggup mempermainkan soal keselamatan dan kesihatannya, pada hal kedua-dua perkara itu adalah perkara serius yang tidak sewajarnya dipermainkan.

Beliau turut kesal apabila PAS yang dahulunya hanya berlawan dengan Umno BN, tetapi kini dihadapkan pula dengan institusi awam untuk mempermainkan rekod keselamatan dan kesihatan seseorang.

Sunday, July 24, 2011

Bersih 2.0 :Drama kejar mengejar aku, Mat Sabu, polis

oleh Mohamed Hanipa Maidin

http://tvsnews.net/v1/images/news_images_upload/mat%202.jpgKali ini aku ingin ber­kongsi cerita pra, semasa dan pasca himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu. Kita mulakan dengan fasa pra perhimpunan. Aku dan Mat Sabu berada di luar negara kerana bererehat sebentar dek terlalu banyak kes Mahkamah yang melibatkanku (peguam) dan Mohamad Sabu atau lebih mesra dipanggil Mat Sabu (anakguam) yang juga Timbalan Presiden PAS.

Di luar negara kami berbincang adakah Mat Sabu perlu ke Mahkamah Tinggi Pulau Pinang pada 8 Julai iaitu sehari sebelum Himpunan Bersih. Mat Sabu agak risau dicekup pada 8 Julai di Pulau Pinang maka ter­lepas untuk menyertai himpunan Bersih. Aku katakan pada Mat Sabu bahawa kami perlu hadir pada 8 Julai di mahkamah.

Maka pada hari tersebut, kami berdua berlepas ke Pulau Pinang dari Lapangan Terbang Subang pada jam 6.55 pagi. Di Pulau Pinang aku dan Mat Sabu hadir di Mahkamah Tinggi bagi rayuan kes oleh Pendakwaraya ke atas keputusan Mahkamah Majistret di Jawi yang membebaskan Mat Sabu dan sembilan yang lain. Tapi jahatnya pihak pendakwaraya, mereka hanya merayu kes Mat Sabu sahaja.

Alhamdulillah di Pulau Pinang Mat Sabu tidak ditangkap. Ramai yang menyapa Mat Sabu tanpa mengira bangsa di Pulau Pinang dan semua bersemangat bercerita tentang Bersih dan tindakan polis yang mereka kata agak kururang siuman. Jam 6.30 petang, kami sampai di Subang. Kenderaan dan petugas keselamatan PAS menanti kami. Di Lapangan Terbang Bayan Lepas, kami membeli baju warna kuning yang bakal dipakai di perhimpunan Bersih 2.0 keesokan harinya.

Pemandu yang membawa kami beritahu banyak sekatan jalan polis dan jika naik kereta tidak selamat. Dua buah motosikal disediakan untuk kami. Sampai di sebuah stesen minyak, Mat Sabu membonceng motosikal untuk dibawa ke sebuah hotel di ibu kota dan aku pula dibawa ke rumah. Kami berjanji akan jumpa malam itu di hotel.

Sebaik sahaja sampai di rumah, aku membersihkan diri dan jam 12 malam berjumpa Mat Sabu di sebuah hotel di ibu kota.

Pagi 9 Julai, aku tinggalkan Mat Sabu di bilik hotel dan turun minum. Aku hanya berseluar jeans hitam dan ber­baju T merah (tapi bukan Patriot). Aku minum di gerai mamak tidak jauh dari hotel. Ramai ahli PAS turut minum dan menyapaku. Kepala aku hanya memikir satu perkara; bagaimana nak melepasi banyak sekatan jalan polis? Aku dan Mat Sabu saling ber­hubungan melalui SMS (khidmat pesanan ringkas).

Tiba-tiba aku terima SMS dari sahabat PAS Johor yang secara kebetulan dapat maklumat daripada seorang kawan lain yang berada di hotel penginapan Mat Sabu. SMS itu berbunyi; “Beritahu akhie Hanipa jangan balik ke hotel kerana polis sedang cari dia.”

Aku forwardkan SMS itu kepada Mat Sabu. Aku minta kawan yang minum bersama aku untuk lihat keadaan di hotel. Kawan aku pergi ke hotel dan beritahu ramai polis berkeliaran. Aku menelefon Dr Mohd Hatta Ramli dan beliau minta aku dan Mat Sabu ke Masjid Negara jika boleh lepas dari kepungan polis. Aku beritahu Mat Sabu apa yang Dr Hatta beritahu. Mat Sabu kata kita ke sana untuk solat Zohor. Maka petugas keselamatan menyediakan dua motor dengan dua penunggang. Aku naik satu motor dan Mat Sabu naik satu motor yang lain.

Sebaik sahaja Mat Sabu berjaya turun ke bawah (polis tidak menyedari Mat Sabu sudah terlepas), kedua-dua motor memecut deras membawa kami. Aku amat gayat membonceng motor yang dipandu laju. Tiba-tiba motor yang membawa Mat Sabu berhenti kerana dalam jarak 100 meter ada sekatan jalan polis. Kami cuba masuk ke kawasan perumahan dan tidak semena-mena kenderaan pacuan empat roda polis dan dua kereta peronda meluru laju dan membrek di hadapan motor kami.

Kami cuba berpatah balik tetapi dikepung dan pacuan empat roda polis dengan sengaja melanggar motosikal yang dinaiki Mat Sabu. Aku nampak bahagian depan jip Pajero itu melanggar kaki Mat Sabu.

Kedua-dua motosikal yang kami naiki jatuh dan beberapa anggota polis bertindak ala gangster menerpa kami sambil berteriak. Aku dijatuhkan dan muka aku ditekan oleh polis sehingga ter­kena roda motosikal. Aku lihat Mat Sabu dalam kesakitan dan memberitahu polis bahawa dia tidak boleh berjalan.

Tanganku digari ke belakang dan dimasukkan ke dalam kereta peronda. Aku protes tangkapan tersebut dan memberitahu polis yang aku seorang peguam. Namaku juga tiada dalam perintah mahkamah. ACP Fairuz (yang juga aku kenal kerana akulah peguam yang menyoal balas beliau dalam kes himpunan Protes) hanya mengatakan beliau “ikut arahan”. Jawapan standard polis.

Kami berempat dibawa ke Balai Polis Jinjang. Dari sana Mat Sabu kemudiannya di bawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan. Di Jinjang aku dikenali oleh beberapa anggota polis yang bekerja di mahkamah dan mereka agak terkejut kerana aku ditangkap. Apabila merereka kata pada aku “maaf tuan’ polis yang lain pula terkejut. Aku bersyarah panjang pada polis tentang hak orang yang ditangkap dan sedikit sebanyak mereka akur.

Aku dimasukkan ke dalam sel bersama-sama dua pemandu motosikal yang membawa kami. Di dalam sel, rupanya sudah ada merereka yang ditangkap kerana perhimpunan Bersih. Apabila aku ingin bersolat Zohor, polis arahkan aku berpindah sel. Aku dibawa ke sel baru dan di situ aku terserempak dengan Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub dalam sel seorang diri. Aku juga melihat seorang lagi Naib Presiden PAS, Dato’ Mahfuz Omar juga dalam sel seorang diri. Aku diletakkan dalam sel bersebelahan Mahfuz. Kami bertiga dikurung di sel berasingan seorang diri (solitary confinement).

Tidak lama kemudian Tian Chua pula dimasukkan ke dalam sel di sebelah aku. Selepas itu Mat Sabu pula dimasukkan ke dalam sel di depan sel kami. Beliau hanya berkain pelekat dan kaki berbalut.

Mat Sabu berjalan terdencot-dencot. Tidak lama lepas itu Sivarasa Rasiah pula dimasukkan dalam sel di sebelah sel Mat Sabu. Maka kami ber­bual (sahut-menyahut) dengan nada ria antara satu sama lain.

Nampaknya, polis boleh menahan kami tetapi tidak boleh mencabut kegembiraan kami menentang kezaliman polis dan BN.

Tuesday, May 31, 2011

Kes Anwar : Adakah Hakim membuat lawak jenaka ?

Oleh : Mohamed Hanipa Maidin

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah memerintahkan Datuk Seri Anwar Ibrahim membela diri terhadap tuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah berkata, beliau mendapati bahawa keterangan Mohd Saiful itu boleh dipercayai dan diterima sebagai kebenaran kerana saksi berkenaan seorang yang "benar" dan "berwibawa."

“Berdasarkan bukti, saya dapati ada kes prima facie terhadap tertuduh dan arahkannya untuk mempertahankan diri,” kata Mohamad Zabidin dalam penghakiman hampir dua jam itu.

Selain itu, beliau berkata kejadian liwat itu benar-benar berlaku dan tiada apa yang disoal ketika soal balas boleh menunjukkan bahawa dakwaan liwat tidak boleh dibuktikan.

Bagi mereka yang terdedah dengan undang-undang jenayah penghakiman Hakim tersebut boleh dikatakan agak aneh dan luar dari kebiasaan. Di akhir kes pendakwa jika Hakim membuat keputusan meminta Orang Kena Tuduh ( OKT ) dipanggil bela diri pihak Hakim hanya menyatakan pihak pendakwa telah berjaya membuktikan prima facie. Hakim tidak akan di peringkat kes prima facie ini membuat satu kesimpulan bahawa saksi-saksi pendakwa adalah benar dan berwibawa .

Dan Hakim juga tidak akan sama sekali di peringkat kes prima facie ini menyatakan seperti Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah nyatakan di dalam kes Anwar iaitu " kejadian liwat itu benar-benar berlaku". Kenyataan Hakim tersebut benar-benar aneh dan luar biasa. Mengapa saya begitu ? Mari kita lihat contoh berikut bagi memudahkan kefahaman kita.

Di dalam kes jenayah terdapat dua fasa perbicaraan. Fasa pertama melibatkan fasa kes pendakwa. Dalam fasa ini pendakwa akan memanggil kesemua saksi mereka bagi menyokong pertuduhan ke atas OKT. Setelah kesemua saksi dan keterangan dikemukakan oleh pihak pendakwa kedua-dua pihak iaitu pihak pendakwa dan pihak peguambela OKT akan berhujah sama ada pendakwa telah berjaya membuktikan kes prima facie. Jika Mahkamah berpendapat terdapat kes prima facie maka fasa kedua bermula iaitu OKT akan diminta oleh Mahkamah untuk membela diri.

Persoalannya adakah hanya kerana pendakwa telah berjaya membuktikan kes prima facie di akhir kes pendakwa maka kesalahan yang dinyatakan di dalam kertas pertuduhan telah benar-benar berlaku dan dibuktikan ?

Mari kita lihat kes bunuh misalnya. Katakan pendakawa telah berjaya di akhir kes pendakwa membuktikan kes prima facie , adakah Hakim ketika memanggil OKT membela diri akan menyatakan bahawa "kejadian bunuh telah berlaku" ? Jawapannya sudah tentu tidak. Mengapa ? Pendakwa mungkin berjaya membuktikan prima facie bahawa kematian telah berlaku namun kematian itu bukan semestinya satu pembunuhan atau disebabkan oleh satu pembunuhan. Oleh itu seorang Hakim hanya akan dibenarkan membuat kesimpulan "kejadian bunuh telah berlaku" hanya setelah beliau meneliti keseluruhan keterangan yang dikemukakan oleh pendakwa dan pembelaan.

Perlu diingatkan beban pembuktian bagi membuktikan pertuduhan adalah di bahu pendakwa dan beban pembuktikan itu tidak pernah berubah meskipun setelah OKT memberi keterangan membela diri.

Nampaknya hal tersebut tidak berlaku di dalam kes Anwar. Amat pelik dan luar biasa Hakim dengan tergopoh gapah menyatakan di peringkat kes prima facie bahawa " kejadian liwat telah berlaku" sedangkan Anwar dan saksi-saksi beliau ( termasuk Najib dan Rosmah ) belum memberi keterangan lagi.

Menyatakan bahawa " kejadian tusukan/penetrasi ( penetration ) ke atas anus Saiful telah berlaku" adalah berbeza dengan menyatakan " Kejadian liwat telah berlaku." Perbezaaannya adalah kenyataan pertama bermaksud mungkin tusukan ke atas anus Saiful telah berlaku namun ia tidak semestinya dilakukan oleh Anwar. Kenyataaan kedua pula bermakna hakim boleh ditafsirkan telah membuat satu kesimpulan bahawa Anwar telah meliwat Saiful. Bagi kes yang melibatkan tuduhan liwat Hakim tidak sepatutnya menyatakan " kejadian liwat telah berlaku" di akhir kes pendakwa tanpa Hakim mendengar keterangan OKT ( Anwar ) dan saksi -saksi Anwar terlebih dahulu.

Tetapi bukankah saya pernah dan seringkali mengingatkan para pembaca di ruangan ini bahawa tuduhan Anwar adalah melibatkan dakwaan Anwar melakukan perkara di luar tabie ( luar kebiasaan ) maka jangan sama sekali kita terkejut jika banyak benda-benda luar biasa berlaku di dalam kes ini. Ini adalah siri perkara luar biasa yang baru. Lepas ini apa pula sama-sama kita tunggu !!!

Saya percaya reaksi pertama rakyat Malaysia yang prihatin apabila mendengar Hakim menyatakan bahawa Saiful adalah saksi benar dan berwibawa adalah reaksi berikut : Adakah Tuan Hakim membuat satu lawak jenaka yang baru !!! Keputusan terbaru ini menuntut kita bertanya soalan ini : " Adakah sejarah lama kini berulang kembali ?

Adakah Umno fikirkan rakyat masih lupa apabila Hakim Dato' Arifin Jaka menyabitkan Anwar di atas kesalahan liwat beberapa tahun yang lalu Hakim tersebut juga memuji keterangan Azizan iaitu pihak pengadu di dalam kes tersebut. Dato' Arifin Jaka menyatakan keterangan Azizan adalah tersangat kuat dan kukuh sekuat atau sekukuh gunung Gibraltar.

Come on Mr Perdana Menteri ! Takkanlah kamu tidak ada skrip yang lebih baik !!!

Tuesday, May 17, 2011

Kes Anwar : Adakah Hakim membuat lawak jenaka ?

Oleh : Mohamed Hanipa Maidin

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah memerintahkan Datuk Seri Anwar Ibrahim membela diri terhadap tuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah berkata, beliau mendapati bahawa keterangan Mohd Saiful itu boleh dipercayai dan diterima sebagai kebenaran kerana saksi berkenaan seorang yang "benar" dan "berwibawa."

“Berdasarkan bukti, saya dapati ada kes prima facie terhadap tertuduh dan arahkannya untuk mempertahankan diri,” kata Mohamad Zabidin dalam penghakiman hampir dua jam itu.

Selain itu, beliau berkata kejadian liwat itu benar-benar berlaku dan tiada apa yang disoal ketika soal balas boleh menunjukkan bahawa dakwaan liwat tidak boleh dibuktikan.

Bagi mereka yang terdedah dengan undang-undang jenayah penghakiman Hakim tersebut boleh dikatakan agak aneh dan luar dari kebiasaan. Di akhir kes pendakwa jika Hakim membuat keputusan meminta Orang Kena Tuduh ( OKT ) dipanggil bela diri pihak Hakim hanya menyatakan pihak pendakwa telah berjaya membuktikan prima facie. Hakim tidak akan di peringkat kes prima facie ini membuat satu kesimpulan bahawa saksi-saksi pendakwa adalah benar dan berwibawa .

Dan Hakim juga tidak akan sama sekali di peringkat kes prima facie ini menyatakan seperti Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah nyatakan di dalam kes Anwar iaitu " kejadian liwat itu benar-benar berlaku". Kenyataan Hakim tersebut benar-benar aneh dan luar biasa. Mengapa saya begitu ? Mari kita lihat contoh berikut bagi memudahkan kefahaman kita.

Di dalam kes jenayah terdapat dua fasa perbicaraan. Fasa pertama melibatkan fasa kes pendakwa. Dalam fasa ini pendakwa akan memanggil kesemua saksi mereka bagi menyokong pertuduhan ke atas OKT. Setelah kesemua saksi dan keterangan dikemukakan oleh pihak pendakwa kedua-dua pihak iaitu pihak pendakwa dan pihak peguambela OKT akan berhujah sama ada pendakwa telah berjaya membuktikan kes prima facie. Jika Mahkamah berpendapat terdapat kes prima facie maka fasa kedua bermula iaitu OKT akan diminta oleh Mahkamah untuk membela diri.

Persoalannya adakah hanya kerana pendakwa telah berjaya membuktikan kes prima facie di akhir kes pendakwa maka kesalahan yang dinyatakan di dalam kertas pertuduhan telah benar-benar berlaku dan dibuktikan ?

Mari kita lihat kes bunuh misalnya. Katakan pendakawa telah berjaya di akhir kes pendakwa membuktikan kes prima facie , adakah Hakim ketika memanggil OKT membela diri akan menyatakan bahawa "kejadian bunuh telah berlaku" ? Jawapannya sudah tentu tidak. Mengapa ? Pendakwa mungkin berjaya membuktikan prima facie bahawa kematian telah berlaku namun kematian itu bukan semestinya satu pembunuhan atau disebabkan oleh satu pembunuhan. Oleh itu seorang Hakim hanya akan dibenarkan membuat kesimpulan "kejadian bunuh telah berlaku" hanya setelah beliau meneliti keseluruhan keterangan yang dikemukakan oleh pendakwa dan pembelaan.

Perlu diingatkan beban pembuktian bagi membuktikan pertuduhan adalah di bahu pendakwa dan beban pembuktikan itu tidak pernah berubah meskipun setelah OKT memberi keterangan membela diri.

Nampaknya hal tersebut tidak berlaku di dalam kes Anwar. Amat pelik dan luar biasa Hakim dengan tergopoh gapah menyatakan di peringkat kes prima facie bahawa " kejadian liwat telah berlaku" sedangkan Anwar dan saksi-saksi beliau ( termasuk Najib dan Rosmah ) belum memberi keterangan lagi.

Menyatakan bahawa " kejadian tusukan/penetrasi ( penetration ) ke atas anus Saiful telah berlaku" adalah berbeza dengan menyatakan " Kejadian liwat telah berlaku." Perbezaaannya adalah kenyataan pertama bermaksud mungkin tusukan ke atas anus Saiful telah berlaku namun ia tidak semestinya dilakukan oleh Anwar. Kenyataaan kedua pula bermakna hakim boleh ditafsirkan telah membuat satu kesimpulan bahawa Anwar telah meliwat Saiful. Bagi kes yang melibatkan tuduhan liwat Hakim tidak sepatutnya menyatakan " kejadian liwat telah berlaku" di akhir kes pendakwa tanpa Hakim mendengar keterangan OKT ( Anwar ) dan saksi -saksi Anwar terlebih dahulu.

Tetapi bukankah saya pernah dan seringkali mengingatkan para pembaca di ruangan ini bahawa tuduhan Anwar adalah melibatkan dakwaan Anwar melakukan perkara di luar tabie ( luar kebiasaan ) maka jangan sama sekali kita terkejut jika banyak benda-benda luar biasa berlaku di dalam kes ini. Ini adalah siri perkara luar biasa yang baru. Lepas ini apa pula sama-sama kita tunggu !!!

Saya percaya reaksi pertama rakyat Malaysia yang prihatin apabila mendengar Hakim menyatakan bahawa Saiful adalah saksi benar dan berwibawa adalah reaksi berikut : Adakah Tuan Hakim membuat satu lawak jenaka yang baru !!! Keputusan terbaru ini menuntut kita bertanya soalan ini : " Adakah sejarah lama kini berulang kembali ?

Adakah Umno fikirkan rakyat masih lupa apabila Hakim Dato' Arifin Jaka menyabitkan Anwar di atas kesalahan liwat beberapa tahun yang lalu Hakim tersebut juga memuji keterangan Azizan iaitu pihak pengadu di dalam kes tersebut. Dato' Arifin Jaka menyatakan keterangan Azizan adalah tersangat kuat dan kukuh sekuat atau sekukuh gunung Gibraltar.

Come on Mr Perdana Menteri ! Takkanlah kamu tidak ada skrip yang lebih baik !!!

http://peguampas.blogspot.com