Tuesday, July 17, 2012
SATU, DUA DUBUR BELUM CUKUP UNTUK SELAMATKAN NYAWA UMPORNO
Saturday, January 21, 2012
Rayuan memarakkan idea BN ingin hapuskan Anwar, kata penganalisis
Pendakwa raya telah memfailkan rayuan semalam walaupun hakim perbicaraan, Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah menegaskan bahawa bukti DNA dalam kes tersebut mungkin telah dikompromi apabila disabitkan tidak bersalah meliwat pembantunya, Mohd Saiful Azlan Bukhari.
“Majoriti rakyat Malaysia berasa sinikal terhadap siri kezaliman di atas siri pertuduhan jenayah yang dikenakan terhadap Anwar, bahawa (BN mahu menjatuhkan Anwar) merupakan kesimpulan yang paling mungkin dicapai,” menurut Presiden Bar Council Lim Chee Wee kepada The Malaysian Insider.
Beliau turut mempersoalkan mengapa Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden,” orang ketiga terpenting Ketua Hakim Negara”, harusnya meluangkan masa “mendakwa jenayah yang tidak mempunyai mangsa dan berasaskan moral” daripada tuduhan yang lebih serius seperti rasuah dan kes bunuh.
James Chin, pensyarah Sains Politik di Monash Universiti menjelaskan kepada AP bahawa pergerakan itu melibatkan kesan negatif terhadap Datuk Seri Najib Razak yang mendakwa beliau tidak terlibat dan tidak masuk campur terhadap pertuduhan tersebut dan serius untuk memastikan keadilan sivil.
“Ia merupakan halangan untuk Anwar kerana beliau akan menghabiskan masa terhadap proses rayuan dan tidak bersedia untuk pilihan raya,” tambahnya.
Ibrahim Suffian, penyelidik bebas di Merdeka Center berkata kepada Reuters “rayuan terhadap pertuduhan itu bermain di sekitar cerita pembangkang bahawa kerajaan tidak akan berhenti daripada menghapuskan perjuangan politik Anwar.”
“Perkara itu turut menyelubungi reformasi Perdana Menteri pada masa terdesak untuk pilihan raya dalam masa terdekat. Suka atau tidak, rakyat Malaysia akan mengaitkan kerajaan dengan perkara ini,” tambahnya.
Pakatan Rakyat (PR) dan Anwar telah berkempen ke serata negara sejak Saiful membuat pertuduhan kali pertama pada Jun 2008, dan mendakwa tuduhan tersebut merupakan permainan politik untuk menamatkan harapan pakatan pembangkang tersebut untuk menguasai negara.
Menurut pemerhati Kebebasan Hak Asasi Manusia, kerajaan BN telah gagal mengambil peluang yang dihulurkan oleh Mahkamah Tinggi dengan “merayu bagi pertuduhan yang memotivasikan politik Anwar.”
“Keputusan ini bermakna rakyat Malaysia akan terus dihadapkan dengan komplot politik di mahkamah, memandangna kerajaan menjadikan perbicaraan terhadap sebuah kes yang sepatutnya bukan kes jenayah,” kata Timbalan pemerhati kebebasan manusia Asia, Phil Robertson.
Anwar, 64, pertama kali dikenakan tuduhan sama pada 1998, sebelum dibebaskan enam tahun kemudian.
Ketua umum PKR itu kemudian mengemudikan pakatan pembangkang sampai menghalang BN daripada menguasi majoriti dua per tiga Parlimen serta merampas lima kerajaan negeri dari bawah BN.
Sementara itu, Datuk Ambiga Sreenevasan, pengerusi pergerakan Bersih 2.0, percaya pentadbiran Najib akan mengalami kes senjata makan tuan.
“Nama baik mereka mungkin telah diperoleh sebelum ini daripada pembebasan sebelum ini akan jatuh dengan rayuan ini, menyedihkan!” katanya melalu Twitter semalam.
Wednesday, January 18, 2012
Puncanya hakim bebaskan Anwar tempohari sebabnya adalah pertolongan dari Detektif Conan
".....kami percaya bahawa kes neh ialah fitnah berdasarkan kepada beberapa analisis kami yang sehebat detektif conan.
Antara sebab2 yang menguatkan dakwaan kami pada ketika itu ialah ;
Selanjutnya pie baca sini laa noo : http://amenoworld.blogspot.com/2012/01/eksklusif-skandal-saiful-bukhari-kbsb.html
Monday, January 9, 2012
Anwar sudah...next Najib laa pulak...!!
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam memutuskan Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak bersalah diatas pertuduhan meliwat bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan.
“Mahkamah tidak boleh memastikan sama ada sampel DNA telah diusik.
“Oleh itu tertuduh dibebaskan,” kata Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah, semasa membacakan keputusan kes itu.
Buat seketika ramai yang terpegun kerana tidak mempercayai apa yang disampaikan itu tetapi akhirnya ribuan penyokong Anwar Ibrahim di luar mahkamah bersorak gembira apabila keputusan tersebut disah dan diumumkan oleh Naib Presiden PKR, Tian Chua.
Keputusan tidak bersalah mengundang emosi ribuan yang hadir.
Exco Kerajaan Negeri Selangor, Elizabeth Wong dilihat menitiskan airmatanya, apabila mendapat tahu mahkamah membebaskan Anwar dari pertuduhan liwat.
Begitu juga dengan makcik-makcik dan anak-anak gadis yang turut bersama-sama berhimpun di luar mahkamah bagi menunjukkan solidariti kepada mantan timbalan perdana menteri itu.
Anak-anak muda bersorak kegembiraan merayakan keputusan mahkamah yang dianggap sebagai kemenangan rakyat.
Najib bersih konspirasi?
Semenjak awal bermulanya kes liwat ini, Datuk Seri Najib Razak – pada ketika itu timbalan perdana menteri, dikaitkan.
Kes tersebut timbul selepas Saiful Bukhari bertemu dengan Najib. Ahli parlimen Pekan itu juga seringkali berdolak-dalik apabila ditanya oleh wartawan mengenai Saiful.
Ada ketika, beliau berkata Saiful bertemunya untuk mengadu diliwat Anwar, apabila diasak oleh wartawan pada sidang akhbar lain, Najib berkata Saiful bertemunya untuk meminta sokongan bagi mendapatkan biasiswa pendidikan.
Bagi organisasi media, mereka tentu tidak akan lupa bahawa, pejabat timbalan perdana menterilah yang menghubungi mereka untuk memaklumkan tentang laporan polis yang dilakukan oleh Saiful Bukhari menuduh Anwar meliwatnya.
Persepsi tentang pembabitan Najib dalam konspirasi liwat ini diperkuatkan lagi apabila gambar Saiful Bukhari bersama Khairil Anas, pegawai khas kepada Najib di hadapan pejabat timbalan perdana menteri tersebar luas di internet.
Walaupun mahkamah membebaskan Anwar dari pertuduhan tersebut, pembabitan Najib dan isterinya, Datin Seri Rosmanh Mansor dalam konspirasi politik untuk menjatuhkan ketua pembangkang itu masih belum dibersihkan.
Mahkamah Malaysia bebas dan adil?
Sebagai respon kepada keputusan mahkamah berhubung kes Anwar Ibrahim, perdana menteri berkata, ia adalah bukti bahawa sistem kehakiman negara bebas dari campurtangan kerajaan.
Menurut Najib lagi, keputusan mahkamah juga bukti kerajaan tidak terlibat dengan konspirasi politik seperti yang didakwa oleh Anwar.
Presiden kumpulan pendesak Melayu, PERKASA, Datuk Ibrahim Ali yang sekali lagi gagal untuk membawa ribuan penyokong untuk menghalang perhimpunan penyokong Anwar selepas gagal pada perhimpunan BERSIH 2.0 lalu mendakwa ketua pembangkang masih lagi belum selamat.
Kata Ibrahim Ali, jika Saiful kemukakan rayuan, Anwar belum tentu selamat.
Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu juga mengingatkan kepada penyokong Pakatan Rakyat agar jangan terlalu gembira dengan keputusan mahkamah membebaskan Anwar.
Menurut Mohamad, kes negeri Perak boleh dijadikan iktibar di mana mahkamah mempermainkan mantan menteri besar Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin.
Pada ketika itu, mahkamah membuat keputusan Nizar masih menteri besar Perak yang sah. Dengan pantas kes tersebut dirayu dan mahkamah rayuan membuat keputusan yang bercanggah dengan keputusan mahkamah tinggi.
Masa depan Najib dalam Umno
Keputusan mahkamah membebaskan Anwar dari pertuduhan meliwat Saiful Bukhari mengundang kemarahan golongan “garis keras” atau “hardliner” dalam Umno.
Bagi golongan ini, Najib adalah seorang pemimpin lemah yang seringkali tunduk kepada permintaan pembangkang.
Keputusan mahkamah membebaskan Anwar dilihat oleh golongan garis keras sebagai kelemahan Najib untuk berhadapan dengan tekanan antarabangsa.
Umum mengetahui bahawa masyarakat antarabangsa terutamanya kuasa besar seperti Amerika Syarikat memantau secara dekat perkembangan kes liwat ini.
Mereka (baca: golongan garis keras) masih lagi merindui zaman-zaman Umno sebuah parti yang benar-benar berkuasa seperti pada zaman Tun Dr Mahathir Mohammad.
Mantan perdana menteri, Tun Abdullah Badawi disingkirkan sebagai presiden Umno kerana dianggap lemah dan tidak mempunyai cirri-ciri seorang pemimpin diktator.
Najib juga kini mengalami sindrom yang sama. Cuma beliau agak bernasib baik kerana Dr Mahathir tidak mahu mengulangi kesilapan menyerang Pak Lah secara terbuka kerana tindakan tersebut akan menguntungkan Anwar.
Akan tetapi, ini bukanlah jaminan Najib akan mempunyai masa depan yang gemilang dalam Umno. Program reformasi yang digelar transformasi – ingin dilakukan Najib tidak mendapat sambutan golongan garis keras dalam Umno.
Kebangkitan Anwar
Pertuduhan liwat yang dihadapi sedikit sebanyak menjejaskan undi orang-orang Melayu / Islam terhadap Pakatan. Keputusan mahkamah membebaskan Anwar memberikan “rahmat” kepada Pakatan untuk menembusi masuk ke kubu kuat Umno terutamanya di kawasan pendalaman.
Anwar akan menggunakan keputusan mahkamah ini sebagai “modal” untuk beliau masuk ke kubu kuat Umno. Sebagai mantan pemimpin tertinggi Umno, beliau tahu “bahasa” yang sesuai untuk disampaikan kepada penyokong-penyokong kuat Umno.
Dengan sokongan padu daripada masyarakat Cina seluruh negara, Anwar hanya perlu mendapatkan sedikit lagi peratusan undi Melayu dicampur dengan sedikit kerusi Sabah dan Sarawak untuk membawa Pakatan ke Putrajaya.
Ini yang merisaukan Umno terutamanya golongan garis keras. Mereka tahu tentang kemampuan Anwar. Jika dibiarkan bebas, masa depan BN untuk terus memerintah Malaysia semakin gelap.
Menjelang pilihan raya umum ke-13, politik Malaysia akan menjadi lebih menarik. Pertarungan politik di antara BN dan Pakatan akan menjadi semakin hebat. BN cuba mempertahankan kuasa manakala Pakatan akan merampas kuasa.
Jika rayuan tidak dibuat oleh pendakwaraya terhadap kes liwat tersebut, pertarungan diantara BN - Pakatan akan berada pada tahap lebih tinggi dan bukan lagi di peringkat politik seks.
BN dan Pakatan akan memperkemaskan dasar masing-masing untuk memenangi undi daripada pengundi atas pagar yang tidak mempunyai kesetiaan kepada parti politik akan tetapi lebih melihat kepada dasar-dasar yang menguntungkan mereka.
Anwar Ingatlah Lekuk Di Mata Ini Wujud Kerana Menangisimu
Malahan keputusan mahkamah itu yang menafikan Anwar meliwat pembacuh kopi memberi suntikan keyakinan kepada Anwar untuk muncul sebagai pemimpin negara di masa depan. Sudah tentu mereka yang sebelum ini sudah konfius, keliru dan putus harapan kembali memadukan sokongan kepada Anwar Ibrahim. Anwar sendiri juga tidak percaya dengan keputusan yang diterima hari ini.Apakah keajaiban keputusan ini merupakan laluan-laluan ajaib yang akan membawa beliau ke kerusi perdana menteri?
Baik DAP dan Pas yang menjadikan rakan kepada PKR di mana mereka telah bersetuju meletakkan Anwar sebagai tunggak utama juga kembali bersemangat. Harapan yang mereka rasakan pudar dan samar sebelum ini kini bersinar kembali. Saya yakin individu yang goncang keimanannya terhadap perjuangan dibawa Anwar ekoran tuduhan itu akan kembali menguatkan pancangan mereka kepada parti dokongan masing-masing.
Tuhan itu Maha Adil dan maha segala-gala. Tidak sampai 24 jam Hasan Akidah mempersoalkan soal moral Anwar, meragui kesucian Anwar kerana kesuciannya lebih tinggi, tiba-tiba mahkamah memberi jawaban di atas keraguan itu. Apakah Hasan Akidah sedia untuk membetulkan akidahnnya terhadap Anwar ini? Kalau dia bermoral itulah yang patut beliau lakukan, memohon maaf secara terbuka kepada Anwar sebagai mewakili seluruh orang yang menjijikkan Anwar.
Seorang yang mempunyai integriti yang tinggi, bijaksana seperti Hasan Akidah tidak perlu berfikir daripada melakukan itu kerana itu juga tuntutan agama yang diperjuangkan Hasan Akidah. Namun apabila melihat Inchek Ibrahim mendampingi ia boleh menceritakan segala-galanya. Bagi Hasan Akidah, Inchek Ibrahim jauh lebih baik dari Anwar.
Kembali kepada pembebasan Anwar itu, teringat saya kepada kata-kata seorang rakan Fb saya, bahawa tarikh 09/01 itu adalah tarikh di mana berkebetulan pada ketika itu bulan sedang mengambang penuh. Iya tarikh itu memang keramat dan berkat. Yang sangat pentingnya keputusan mahkamah itu juga telah menutup rapat isu seorang bijaksana dalam Pas yang kini telah dinyahakan oleh parti berkenaan. Harapan Hasan Akidah untuk menjaja keburukan Anwar dengan keputusan yang diharap Anwar bersalah, punah ranah dan koyak rabak.
Apa yang berlaku hari ini hendaklah disambut dengan solat sujud dan pernyataan kesyukuran yang maha tinggi oleh semua penyokong Pakatan Rakyat. Yang bukan beragama Islam wajar berdoa kepada Tuhan masing-masing dengan cara dan ritual keagamaan tersendiri. Ini bukan soal plurlisme. Itu rakan Anwar yang berjubah lusah harus memahami kewajiban ini. Kebenaran itu mengatasi segala berapa jumlah yang dimasukkan ke dalam jubah anda.
Dalam pada itu kita ingin tahu sejujur mana pula pihak-pihak yang bermati-matian yakin dengan dakwaan oleh pembacuh kopi itu yang Anwar meliwatinya. Sebelum ini mereka telah menyampahkan Anwar, menghina Anwar dengan seribu penghinaan. Hari ini ternyata penghinaan mereka berdasarkan kepada pengakuan bohong oleh pengaduh telah memberi jawaban.
Apakah mereka seorang demi seorang akan berbaris ke rumah Anwar untuk memohon maaf? Meminta ampun kepada Anwar di atas keceluparan dan kemabukan kerana bencikan Anwar disebabkan mereka dihasut atau diupah sebuku garam? Tidak mungkin!
Barang kali mereka akan berbuat begitu secara senyap selepas Anwar dinobatkan sebagai perdana menteri. Mereka akan mendatangi rumah Anwar dari pintu depan dan belakang, rusuk kiri dan rusuk kanan. Mereka akan membawa jambangan bunga pujin dan sanjungan besar. Mereka akan bercerita sehingga Anwar akan terpesona dan memaafi mereka.
Biarlah kalau mereka datang membawa mangga kemaafan kerana sifat Anwar begitu. Anwar akan memaafi dan mencium setiap setanggi yang dibawa kepadanya tanpa menyelidik apakah setangi itu dicuri atau apa. Saya yakin Anwar tidak akan peduli segala cacian itu. Kepadanya perjuangannya untuk membebaskan rakyat dari belenggu kekuasaan yang kurafat, yang bidaah yang menzalimi rakyat. Anwar akan memaafi sesiapa saja yang memohon kepadanya.
Rakyat yang insaf hanya perlu mengucapkan terima kasih saja kepada Anwar. Dia telah mengorbankan segala-galanya dalam hidupnya untuk rakyat. Dia hampir kehilanganh maruah kerana diserang bertubi-tubi. Bahkan dia hampir mati. Anwar menangis tidak siapa tahu melainkan Tuhan dan malaikat yang menjaganya saja.
Anwar tidak mengharap balasan dari segala pengorbanan itu kerana pengorbanan itu adalah sunah bagi orang sepertinya. Tetapi apa yang Anwar dan kita semua harapkan dengan pengorbanan dan perjuangan itu, rakyat perlu menyatakan sokongan dan membalasnya dengan menjatuhkan kerajaan mitos yang dipikul pocong-pocong yang ada hari ini.
Hendaknya dan sama-sama berdoa semoga tiada lagi cabaran dan dugaan selepas ini. Biarlah orang yang sekuturnan dengan para fitnah sudah tidak ada lagi dan mereka sudah insaf dan keturunannya pupus serta merta. Biarlah negara ini merekodnya orang-orang jahat dan pemfitnah setakat apa yang ada hari ini. Jangan ita panjangkan senarai orang jahat dalam negara ini.
Ingatan kepada Anwar di dalam menerima sahabat yang baru, teman-teman penyokong yang baru jangan lupa kepada kawan lama. Ingatlah dan renunglah parut, kesedihan dan bekasan linangan air mata yang bertakak di bibir mata yang wujud kerana terlalu banyak menangis nasibmu. Jadikan itu sebagai mempori dan tanda sayang dan kasih mereka kepada kamu.
Dan aku telah lama menyenaraikan satu persatui siapa yang mengkhiantimu, siapa yang suci hati kepadamu dan siapa yang sedang mencsari lubang untuk memasuki ke rumah semula sesudah kau bebas. Aku sudah tahu dan aku akan menanam onak dan duri serta menyebur racun agar petualng itu tidak akan mendekati kediamanmu. [wm.kl.11:00 am 09/01/12]
Mohd Sayuti Omar,
http://msomelayu.blogspot.com
Sunday, January 8, 2012
Mohon maaflah pada Anwar pada sesiapa yg dok kata beliau Peliwat - Nik Aziz

Katanya, ianya termasuk pihak media yang seolah-olah telah menggambarkan Anwar bersalah walaupun mahkamah belum membuat sebarang keputusan sebelum ini.
“Para wartawan yang turut membuat fitnah terhadapnya selama inipun perlu memohon maaf dari Anwar.
"Berdosa besar dan tidak akan masuk syurga selagi tidak memohon maaf darinya,” ujarnya lagi.
Beliau berkata demikian kepada media sekembalinya dari Kuala Lumpur, di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, di sini pagi ini.
Sementara itu beliau yang juga Menteri Besar Kelantan memberitahu akan menunaikan solat sunat ‘syukur’ malam ini ekoran keputusan mahkamah yang memutuskan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu, tidak bersalah.
Beliau juga akan berpuasa sunat sehari esok bagi melahirkan rasa syukur terhadap fitnah yang dilemparkan terhadap Anwar yang akhirnya ditamatkan dengan keputusan mahkamah hari ini.
“Mudah-mudahan fitnah politik di negara ini tidak akan berlaku lagi,” ujarnya.
901 - Poster dari manusia yang masih tak puas hati dengan Anwar..!!
Siapa Liwat Siapa Sekarang ini....
mana Saiful...???
901 - Ingat..Jangan Syok Sangat dok puji mahkamah baik... lupakah anda dengan kes MB Perak suatu waktu dahulu...???
http://albanjarionline.blogspot.com/2012/01/real-901-6-terkini-2-dsai-akan-ditahan.html
Tengah hari ini Anwar akan ke Permatang Pauh dengan di iringi 100 buah kereta..... siapa nak follow dipersilakan....
Tengah hari ini Anwar akan ke Pulau Pinang dengan diiringi 100 buah kereta.
Kedua-dua bukti iaitu DNA dan oral-lisan tak boleh sabit kesalahan...maka ANWAR BEBAS...!



Hakim Mohamad Zabidin yang tidak membaca penghakiman penuh kecuali kesimpulannya berkata kedua-dua bukti iaitu DNA dan oral-lisan tak boleh sabit kesalahan.
"Selepas meneliti bukti, saya tidak boleh pasti 100 peratus bahawa bukti telah diusik.
"Justeru, mahkamah keberatan menerima bukti sedemikian dari SP1 Saiful."
Isteri Anwar, Dr Wan Azizah Wan Ismail kelihatan menanggis sambil memeluk suaminya dalam kegirangan.
Seluruh mahkamah kecoh seketika dengan penyokong Anwar menjerit gembira.
Sebelum itu, Hakim memulakan persidangan pada kira-kira jam 9.20am dengan mengambil tempatnya.
Friday, January 6, 2012
Bagaimana keputusan kes Anwar akan gugat Najib
Oleh SiasahDaily
Negara kini sedang menunggu tarikh 9 Januari, 2012, hari yang dijangka mencetus satu lagi berita besar dalam sejarah politik negara.Datuk Seri Anwar Ibrahim, ketua PKR yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh dituduh mengikut Seksyen 337B Kanun Keseksaan, iaitu seks luar tabie secara sukarela.
Undang-undang ini melibatkan perlakuan homoseksual secara konsensual, sesuatu yang di banyak negara diterima sebagai sebahagian hak asasi manusia.
Gerakan dinamakan 901 dengan tujuan "membebaskan Anwar" juga digerakkan dengan dakwaan ketidakadilan sistem kehakiman negara, dengan sejak awal telah meletakkan Anwar sebagai tidak bersalah dan menjadi mangsa tindakan bermotif politik.
Hakikat bahawa Anwar didakwa menurut seksyen tersebut juga menjadi hujah oleh penyokong Anwar untuk mendakwa kesalahan di pihak mahkamah, dan juga pemerintah.
Tarikh 9 Januari nanti bakal menjadi penentu kepada politik Anwar tetapi mungkin lebih menjadi faktor penting kepada pemerintah di bawah Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak.
Sama ada disabitkan atau tidak - atau sebarang keputusan lain - kempen kepada rakyat yang telah lama digerakkan bakal membawa kesan besar kepada pemerintah.
Anwar yang bebas berkempen sehingga Pilihan Raya Umum ke-13 nanti bakal diangkat sebagai wira yang terlepas daripada usaha memfitnah dirinya buat kali kedua oleh musuh politik yang jahat.
Anwar yang terpenjara juga akan diangkat, sebagai mangsa satu tindakan bermotif politik oleh kerajaan Najib.
Anwar yang terpenjara bakal menjadi modal kempen parti-parti pembangkang, walaupun sokongan sebenar dan kepercayaan terhadap Anwar telah banyak terhakis.
Pada masa sama, iklim politik yang liberal kebelakangan ini yang melanda seluruh dunia menjadikan keputusan memenjarakan Anwar sebagai sesuatu yang tidak popular di peringkat global, medan yang masih menyebelahi Anwar dan kelompok liberal.
Sekiranya Anwar disabitkan kesalahan, Najib memerlukan usaha berganda untuk bersaing di mahkamah pendapat awam sehingga tiba Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.
Disember lalu, pemerintah Amerika Syarikat sendiri menyatakan satu pendirian tegas menyokong hak gay sebagai hak asasi manusia yang turut perlu dihormati dan diperjuangkan.
Sekiranya Anwar didapati bersalah, implikasi politiknya ialah Malaysia bakal menjadi perhatian sebagai negara yang menghukum pelaku homoseksual, dan dilakukan tidak lama selepas pentadbiran Obama - yang turut ingin dirapati oleh Najib - menyatakan sokongan kepada hak tersebut.
Tidak lama selepas kenyataan sokongan AS itu, badan hak asasi Human Rights Watch pula menggesa Malaysia menghapuskan undang-undang yang menghukum perlakuan homoseksual secara suka sama suka.
Anwar turut menyatakan pendirian serupa dengan pertubuhan hak asasi itu dalam satu kenyataan kepada sebuah agensi berita Barat baru-baru ini.
Hal ini menjadi satu tekanan antarabangsa yang kuat terhadap pentadbiran Najib. Selain AS, negara-negara Eropah turut dijangka bersuara dalam hal ini.
Perhatian yang boleh menjejaskan imej Najib ini, dan menyukarkan hubungan dengan negara Barat, sesuatu yang menambah masalah menjelang pilihan raya umum.
Selain faktor politik dalam negara, Malaysia turut akan menjadi topik hangat di peringkat global ekoran keputusan kes liwat Anwar nanti.
Ramalan Gua - Road to Mahkamah Jalan Duta : Saiful 3-2 Anwar
Road to Mahkamah Jalan Duta
Pada hari isnin akan datang, aku mendapat tahu ada satu perhimpunan besar akan berlangsung di Kuala Lumpur. Ini salah satu hal semasa yang muncul menarik minat aku. Perhimpunan itu katanya adalah satu perhimpunan untuk satu perlawanan pusingan akhir di antara Dato Seri Anwar Ibrahim dan Saiful Bukhari. Perlawanan sengit ini seperti yang diketahui sudah berlangsung agak lama. Namun hanya pada pusingan akhir ini keputusan akan diumumkan oleh pengadil.
Seperti mana-mana perlawanan akhir, ia semestinya berlangsung di sebuah gelanggang yang hebat. Maka selalu saja Kuala Lumpur dipilih tidak kira apa perlawanan sekalipun baik bola sepak atau peraduan menyanyi. Aku fikir barangkali mahkamah baru di Kuala Lipis ini yang gah berdiri di atas bukit menghadap Sungai Lipis masih tidak cukup hebat.
Khabar angin mengatakan perlawanan akhir ini mungkin dimenangi oleh Saiful Bukhari kerana pengadil kononnya lebih banyak memihak kepadanya. Aku tidak fikir begitu. Manchester United awal pagi semalam tewas 3-0 walaupun pengadilnya Howard Webb (kah kah kah!). Jadi keputusan perlawanan ini tidak boleh dijangka terlalu awal. Aku berpendapat bahawa yang bermain baik akan menang. Kadang-kadang Howard Webb juga pening kepala bagaimana mahu menolong Manchester United jika mereka sendiri bermain seperti tidak mahu menang. Mana mungkin dia meniup untuk mengarahkan penalti untuk Manchester United ketika bola di tengah padang. Lainlah kalau dia sudah gila tiba-tiba atau dirasuk iblis.
Di pihak Dato Seri Anwar Ibrahim, aku melihat persediaan mereka untuk perlawanan akhir ini cukup baik. Poster seperti yang aku tampal di atas sudah lama terpampang untuk para penyokongnya tidak lupa hadir menyaksikan perlawanan akhir ini. Saiful Bukhari pula aku tidak pasti berapa ramai penyokongnya. Mungkin ramai juga. Kalau tidak ramai atau kuat, mustahil untuk dia ke perlawanan akhir ini.
Yang sebenarnya aku juga terfikir mahu melihat perlawanan akhir ini walaupun kedua-dua pasukan tidak mempunyai kaitan denganku. Tapi aku rasa tidak salah untuk pergi melihatnya. Aku sebelum ini pernah juga ke lain-lain perlawanan akhir yang tidak ada kaitan denganku contohnya perlawanan MPPJ Selangor menentang Sabah beberapa tahun lepas. Aku cukup suka suasana perlawanan akhir yang jarang-jarang dapat dinikmati. Namun kali ini aku kekurangan wang untuk ke Kuala Lumpur. Jadi cukuplah aku menunggu keputusan semasa di televisyen atau internet sahaja.
Walau bagaimanapun pagi ini setelah aku meneliti beberapa berita dan maklumat, aku menjadi kurang faham dengan perlawanan akhir ini. Ada beberapa persoalan yang menghairankan.
- Kenapa polis melarang penyokong-penyokong setia pasukan masing-masing untuk hadir berduyun-duyun ke gelanggang untuk memberi sokongan.
- Apa gila polis suruh penyokong duduk di tempat lain jauh dari gelanggang. Macam mana nak sokong ayam tambatan mereka?
- Apahal orang Kolumpo bising takut jalan jem. Dah nama pun perlawanan akhir memang la jalanraya havoc sikit.
- PERKASA sokong team mana?
- Apahal Tun Mahathir cakap perhimpunan penyokong ini ugut mahkamah seterusnya memberi tekanan. Pengadil bola rilek je dalam padang kena maki satu stadium.
- Apahal guru, pelajar dan kakitangan kerajaan dilarang pergi menyokong. Suka hati diorang la nak layan final.
- Apahal final ni diorang main isnin? Tak respek langsung tradisi final kena main hari minggu.
Ramalan: Anwar 2-3 Saiful Bukhari.
[Kredit: HilangPunca]
Thursday, January 5, 2012
901 - Ok line clear....hangpa tunggu lagi... Jom...!!!!
Biarkan dr hasang ali terjun dengan labu perkasamnya..persetankan katak ibrahim ali dan katak zul noordin serta senatak raja sesumpah ezam terjun dengan labu perkasamnya..
Syabas kepada 5 pimpinan Keadilan yang berjaya berunding dengan pihak polis..terimakasih polis yang sudi memberi kerjasama..
http://wargamarhaen.blogspot.com/2012/01/terkini-akhirnya-polis-benarkan.html
tambahan :
Di bawah ini salah seorang rakyat Malaysia berbangsa India yang sudah mengambil cuti awal-awal lagi untuk turun berhimpun di mahkamah Jalan Duta 9 Jan ini. Menurut beliau, kalau tak dapat cuti pun, beliau akan ambil MC.
Wednesday, January 4, 2012
Biar 'dia' hukum saya dan kita doa rakyat akan hukum Umno dalam pilihan raya - dsai
Menjelang demonstrasi kempen "Bebaskan Anwar 901" yang dirancang pada Isnin ini, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan tidak akan berlaku sebarang kekacauan selagi tiada pihak yang tampil membuat provokasi.Katanya, keputusan sama ada beliau dipenjarakan atau tidak, tidak penting, namun apa yang dinantikan adalah keputusan rakyat menilai dan membuat pilihan pada pilihan raya akan datang untuk merubah kerajaan.
"Saya meletakkan tiga keputusan yang mungkin berlaku, ia termasuk saya diputuskan oleh mahkamah sebagai tidak bersalah, bersalah dan diikat jamin atau berkemungkinan besar dipenjarakan.
"Keputusan itu tidak penting sebaliknya perubahan yang bakal dilakukan oleh rakyat untuk menumbangkan kerajaan sedia dalam proses pilihan raya akan datang," katanya dalam sidang media selepas menyampaikan ceramah di Taman Sin Hoe, Bukit Baru, Melaka malam tadi.
Hukum Umno
Hampir, 3,000 orang hadir termasuk, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub dan Pesuruhjaya PAS Melaka, Adly Zahari.
Jelasnya, kekacauan ketika kempen "Bebaskan Anwar 901" tidak akan timbul sekiranya tiada pihak yang cuba mengganggu-gugat perhimpunan secara aman itu.
"Kita minta seperti biasa, perhimpunan kita bersih daripada semua perhimpunan yang dibuat sebelum ini, aman dan selesai dengan baik dan bersurai pun dengan baik."Yang penting jangan benarkan sesiapa menganggu termasuk tindakan polis supaya mengawal keadaan dan jangan ada provokasi," katanya.
Serentak itu, menurut bekas timbalan perdana menteri itu, solat hajat akan diadakan di seluruh negara bagi mengelakkan fitnah dan kezaliman serta keputusan mahkamah yang adil.
"Solat hajat akan dibuat secara berterusan di berpuluh tempat termasuk di Permatang Pauh supaya diselamatkan daripada fitnah dan kezaliman.
"Saya yakin kemenangan akan berlaku, kalau tidak esok, dalam beberapa bulan lagi akan berlaku perubahan besar dalam negara kita.
"Biar dia hukum saya dan kita doa rakyat akan hukum Umno dalam pilihan raya.
"Pada 9 Januari ini kita boleh dengar keputusan mahkamah tetapi fokus kita adalah pilihan raya.
"Meskipun, Anwar dipenjarakan namun pilihan raya masih penting, dihukum dengan ikat jamin, pilihan raya masih penting, rakyat putuskan kerajaan ini tumbang akhirnya," katanya.
Tuesday, January 3, 2012
Anwar: Pakatan tak akan lenyap meskipun saya dipenjara
PETALING JAYA - Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Pakatan Rakyat (PR) tidak akan berkubur meskipun beliau didapati bersalah dan dipenjarakan berhubung tuduhan kes liwat, minggu depan.
Justeru kata Anwar, PR telah bersedia terhadap sebarang kemungkinan yang akan berlaku dan telah membuat persiapan rapi.
"Pendakwaan terhadap saya bukan baru. Sudah tiga tahun dan pimpinan PR ini juga bukan baru. Apakah kita mempunyai persiapan? jawapannya, ya! Kita juga telah bincang tentang sebarang kemungkinan. Kita buat persiapan cukup.
"Saya tidak menolak sebarang kemungkinan dan risiko. Cuma saya mahu ingatkan, siri jelajah yang dilakukan (kempen 901) bukan soal peribadi. Tetapi, mengenai soal rakyat, ekonomi dan sebagainya," katanya pada sidang media selepas mengadakan mesyuarat bersama pimpinan tertinggi PR hari ini.
Ketua Umum PR berhadapan dengan tuduhan meliwat Mohd Saiful Bukhari Azlan di Kondominium Desa Damansara pada 26 Jun 2008.
Keputusan mahkamah berhubung kes liwat melibatkan Anwar akan diketahui Isnin depan.
Selain itu, Anwar turut menegaskan, jika beliau dijatuhkan hukuman penjara sekalipun, ia tidak bermakna PR akan tumbang.
Katanya, "kalau ada orang Umno fikir dengan memenjarakan atau melenyapkan Anwar akan menjejaskan PR, itu silap. PR terdiri daripada asas dan dasar perjuangan yang jelas. Dasar kami ialah untuk kebaikkan negara," katanya.
Dalam pada itu, Anwar berkata, isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan seluruh ahli keluarganya mengambil sikap bersedia terhadap segala kemungkinan mengenai keputusan kesnya.
Malah, katanya, program-program bagi mempersiapkan PR untuk tawan Putrajaya pada pilihan raya ke-13 juga akan diteruskan.
Thursday, December 15, 2011
Kes Liwat 2: Anwar terpaksa lindungi saksi paling penting ?
"Kes Liwat 2 telahpun masuk fasa terakhir dan kini berada diperingkat pengulungan bagi pihak pendakwaan. Pihak Pendakwaan terus melakukan serangan dan tuduhan-demi tuduhan bagi mengesahkan bahawa kejadian liwat itu memang benar berlaku dan Anwar perlu dihukum dan dihumban ke penjara sebelum PRU-13 diadakan. Pihak media pro kerajaan UMNO-BN tidak kurang secara berterusan mengambarkan Anwar telah bersalah dan perlu dihumban ke penjara.
Kes Liwat 2 kali ini sememangnya lebih karut dan tak masuk akal berbanding kes liwat 1 pada tahun 1999.Namun sebaliknya kali ini di pihak pembelaan agak lemah sedikit walaupun tuduhan liwat 2 ini lebih mengarut.Kenyataan saksi utama iaitu Saifool Bukhari yang tidak konsisten dan sering memberikan jawapan yang bodoh membuatkan kes kali ini membosankan dan tidak mendapat perhatian seperti kes liwat 1.
Apakah strategi tersembunyi pihak pembelaan yang diketuai oleh peguam hebat iaitu Karpal Singh yang dilihat kurang melakukan hujahan dan tidak seperti 12 tahun yang lepas dimana kejutan seperti yang dilakukan oleh Cristoper Fernando (Arwah) yang berjaya memerangkap Azizan sehingga menyatakan beliau tidak diliwat.Tidak dinafikan ramai juga penyokong pro PR agak kecewa dengan prestasi pihak pembelaan yang kurang menyerlah walaupun sedang berhadapan dengan perbicaraan yang penuh dengan kecurigaan dan berat sebelah.
Mengapakah sehingga kini pihak pembelaan masih tidak menyediakan dan memanggil saksi-saksi selain tuan rumah dan dua orang gaji yang berada di dalam kondo tersebut semasa hari dakwaan kejadian liwat itu berlaku.Difahamkan ada 7 orang individu lain antaranya bergelar Datuk turut berada dalam kondo tersebut dalam satu perjumpaan dan taklimat bersama Anwar Ibrahim dan pakar-pakat ekonomi.Persoalannya mengapakah mereka ini tidak dikemukakan oleh pihak pembelaaan sebagai saksi paling penting dalam menyanggah dakwaan liwat oleh pihak pendakwaan dan Saifool sendiri.
Adakah Anwar terpaksa mengambil risiko besar untuk melindungi mereka-mereka ini kerana bimbangkan keselamatan dan ancaman yang bakal dihadapi oleh 7 individu tersebut.Atau Anwar dan para peguammya mempunyai strategi tersendiri dalam erti kata lain senjata pemusnah untuk diletupkan pada peringkat terakhir perbicaraan kes liwat 2 ini jika Anwar jelas didapati bersalah dan akan dipenjarakan.Adakah masa itu masih sempat berbuat demikian.Sama-sama kita fikirkan.
Wednesday, October 5, 2011
Liwat II - Aduhai 2 laki bini nie..Sembang belakang pandai.. mai suruh masuk mahkamah pengecut...
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor tidak akan tampil ke mahkamah sebagai saksi pembelaan dalam perbicaraan kes liwat II.
Ini berikutan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang hari ini menolak sepina yang menuntut mereka hadir sebagai saksi pembelaan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ketika membenarkan permohonan Najib dan Rosmah bagi mengketepikan sepina itu, Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah, memutuskan mereka adalah tidak relevan dan bukan saksi utama dalam perbicaraan itu.
"Justeru, saya benarkan permohonan itu dan arahkan perbicaraan disambung,” katanya.
Najib dan Rosmah diwakili oleh peguam Ghazi Ishak, Hisyam Teh Poh Teik, Salehuddin Saidin, M Athimulan dan Affifuddin Mohd Afifi.
Pihak pembelaan telah cuba mewawancara Najib dan Rosmah pada Ogos lalu tetapi mereka enggan menjadi saksi pembelaan dan berkata akan hanya tampil jika disepina.
Namun apabila sepina dikeluarkan, mereka memilih untuk mengketepikannya pula.
Monday, October 3, 2011
Sembang belakang kemaih... suruh cakap depan pengecut...!!
Peguam: Najib, Rosmah bukan saksi relevan dalam kes liwat Anwar
KUALA LUMPUR, 3 Okt — Datuk Seri Najib Razak dan isterinya bukan saksi relevan dan tidak dapat menyediakan keterangan penting dalam keterangan kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata peguam-peguam mereka hari ini.
Datuk Hisham Teh, salah seorang peguam yang mewakili Perdana Menteri dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor (gambar) berkata ketua pembangkang itu telah gagal menyediakan bukti kukuh bahawa mereka adalah saksi yang relevan.
Peguam itu berkata permohonan Anwar untuk memaksa Najib dan Rosmah untuk memberi keterangan hanya bertujuan “memancing” maklumat daripada mereka.
“Saya tidak boleh memberi keterangan yang relevan tentang apa yang dibawa oleh responden pertama (Anwar),” kata Hisham yang membacakan kandungan afidavit Najib.
Afidavit Rosmah juga mempunyai penjelasan yang sama.
“Bagaimanapun kami ingin berhujah bahawa pertemuan pada 24 Jun tiada neksus, tiada kaitan dengan insiden 26 Jun 2008.
“Responden pertama mahukan Perdana Menteri memberi penjelasan. Penjelasan, pengesahan mengenai apa yang berlaku pada 24 Jun tiada kaitan dengan tingkah laku utama... insiden pada 26 Jun, bukan sehari awal ataupun selepas itu,” kata Hisham.
Oleh itu kata beliau, mereka tidak ada hak perundangan untuk memanggil mana-mana orang yang tiada kaitan dan tiada relevan dengan tuduhan.





