Showing posts with label Memali. Show all posts
Showing posts with label Memali. Show all posts

Friday, January 11, 2013

Penjelasan isu 'penyelewengan' Tabung Memali

Jadi 8 benda ajaib dunia jika Tabung Memali diseleweng tapi polis tak ambil tindakan...!


Oleh: ZULKIFLI YAHAYA
Antara perkara yang membosankan dalam menjelaskan isu yang dibangkitkan BN ialah, terpaksa menjawab perkara yang sama berulang kali. Baru-baru ini Ketua Pemuda BN Kedah Badrul Hisham Hashim bersama gerombolannya menghantar ‘sijil penghargaan’ sebagai menyindir Menteri Besar, Dato’ Seri Di-Raja Ustaz Azizan Razak kerana kononnya defisit Bajet 2013 adalah yang paling tinggi di Malaysia.
Terpaksa jelas berkali-kali…
Dalam Bajet Kedah 2013 mensasarkan perbelanjaan RM1.1 billion tetapi jangkaan hasil sebanyak RM640 juta. Maka Ketua Pemuda BN itu mendakwa defisit sebagai RM460 juta. Perkara yang sama dibangkitkan oleh ADUN BN Kuah Dato’ Ir. Nawawi Ahmad sewaktu Sidang DUN tempohari. Exco Kerajaan Negeri Dato’ Ir. Amiruddin Hamzah menjelaskan bahawa RM460 juta bukan defisit kerana hasilnya diperolehi dari akaun berasingan, kebanyakan hasilnya dari geran Pusat.

Kaedah yang sama diguna dalam laporan Bajet 2008 di zaman BN mentadbir Kedah. Dato' Seri Mahdzir Khalid selaku Menteri Besar menetapkan jangkaan hasil cuma RM484 juta tetapi perbelanjaan ialah sebanyak RM1,127 juta. Tidaklah bermakna defisit RM643 juta.

Sepatutnya apabila perkara itu sudah dijelaskan, ia tak sepatutnya dibangkitkan semula. Apakan daya itulah ‘standard’ pembangkang yang ada di Kedah.
Begitu jugalah dalam isu Madrasah Salihiah, dakwaan kemelesetan pelaburan, pembalakan, ladang rakyat, rebat air UUM, Kolej Universiti Insaniah dan bermacam lagi – semua perkara yang dijelaskan dengan terperinci oleh kerajaan negeri sehingga mereka faham, kemudian dibangkitkan semula oleh individu lain dalam kelompok mereka juga seolah-olah mereka tak diterangkan apa-apa sebelum ini. Teruk sungguh pengetahuan am mereka!
Kini muncul pula isu Tabung Memali yang pernah berbangkit setahun lalu apabila seorang bekas pahlawan yang berperang di Afghanistan mendakwa kononnya berlaku penyelewengan dalam Tabung Memali. Beliau menulis sebuah buku mendedahkan apa yang disifatkannya penyelewengan itu. Saya pernah menulis menjelaskan isu itu setahun lalu, tetapi apabila orang Melayu yang mudah lupa ini tidak mengingatinya lagi, maka media propaganda BN membangkitkannya semula seolah-olah ia tidak pernah diberi penjelasan.
Media-media talibarut BN ghairah membangkitkan isu tabung Memali kerana sedar bahawa ramai pemimpin PAS yang terlibat dalam kepimpinan PAS Kedah sewaktu peristiwa berdarah Memali dan sejurus selepasnya telah pergi untuk selamanya. Mereka tidak mungkin bangun membela diri untuk menceritakan apa yang sebenarnya berlaku.
Antaranya Ustaz Fadzil Noor, Ustaz Azahari Razak, Ustaz Abd Wahab Sulaiman, Cikgu Mustafa Long, Tuan Guru Haji Yahya Junid, Ustaz Suhaimi Ahmad dan ramai lagi.
Fitnah oleh media talibarut BN ini dipanjangkan ke medan maya.
Ulamak-ulamak muda Umno seperti Fathul Bari serta rakan-rakan seangkatannya barangkali sewaktu peristiwa itu berlaku masih pakai pampers.  Sebahagian ahli Umno yang belum melihat dunia sewaktu berlakunya peristiwa Memali turut memanjang fitnah isu tabung Memali dalam platform maya mereka. Mereka sama sekali tidak tahu bahawa peristiwa Memali adalah simbol kezaliman BN, menjadi ‘pembela’ kepada balu-balu dan anak mangsa Memali. Begitu jugalah umumnya generasi muda hari ini, tidak begitu memahami akan peristiwa Memali.
Maka ada baiknya kalau sebelum penjelasan mengenai tabung Memali dibuat, elok gambaran sebenar mengenai peristiwa Memali itu diperjelaskan terlebih dahulu kepada generasi terbaharu hari ini supaya mereka faham bahawa peristiwa berdarah Memali adalah angkara kezaliman Umno.
Peristiwa Berdarah Memali
Peristiwa Berdarah Memali berlaku pada 19 November 1985 di sebuah perkampungan bernama Mali, Mukim Siong, Baling. Pertukaran nama Mali ke Memali dibuat oleh Menteri Dalam Negeri ketika itu, Datuk Musa Hitam dan nama it uterus popular hingga ke hari ini.
Peristiwa itu berlaku bermula dari tindakan nekad pihak polis dan Kementeria Dalam Negeri untuk menangkap Ustaz Ibrahim Libya mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana ceramah-ceramahnya yang dianggap menggugat keselamatan (menggugat ‘keselamatan’ politik BN?). Ustaz Ibrahim enggan menyerah diri dan bertegas jika pihak polis mahu mengambilnya maka ambillah mayatnya sahaja.
Musa Hitam telah menghantar satu ketumbukan polis yang luar biasa kekuatan dan jumlahnya untuk menangkap Ustaz Ibrahim. Berlakulah apa yang disifatkan oleh sesetengah pihak sebagai “massacre” atau pembunuhan beramai-ramai terhadap Ustaz Ibrahim dan pengikutnya di Memali. 14 orang kampung mati diserang, manakala empat anggota polis terbunuh.
Musa Hitam adalah Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden Umno, manakala Ustaz Ibrahim adalah seorang aktivis PAS maka apa yang dilakukan oleh Musa Hitam itu adalah tindakan politik untuk menyekat kemaraan politik PAS. Kerajaan mempunyai 1001 langkah untuk menangkap Ustaz Ibrahim tanpa melalui pertumpahan darah tetapi mereka sengaja memilih tindakan yang ganas dan rakus terhadap orang kampung yang lemah.
Tindakan yang dilakukan oleh kerajaan Malaysia itu lebih zalim dari isu kematian Teoh Beng Hock, tetapi oleh kerana pada itu pembangkang tidak mempunyai kekuatan maka mangsa kezaliman Memali dan PAS dibuli semahu-mahunya oleh kerajaan Malaysia dan jentera propaganda mereka. Pihak yang terbabit dicop sebagai penjenayah, Ustaz Ibrahim dan rakan-rakan dituduh sebagai pengamal ajaran sesat, ilmu kebal dan sebagainya. Ekoran serangan berterusan oleh jentera propaganda BN dan saluran media kedua belum wujud di Malaysia, maka imej PAS menjadi buruk. Akibatnya pada pilihanraya umum 1986, PAS hanya menang satu kerusi di Parlimen Pengkalan Chepa.
Ekoran peristiwa itulah Tabung Mangsa Memali ditubuhkan untuk membela balu-balu mangsa yang terbunuh, anak-anak yatim dan juga mangsa peristiwa Memali yang masih hidup, ditahan ISA, sakit, terlantar dan sebagainya. Ia dikendalikan oleh Badan Perhubungan PAS Kedah. Setiap sen wang derma disalurkan kepada yang layak dan berhak menerima.
Tabung Memali
Ekoran peristiwa itulah Tabung Mangsa Memali ditubuhkan untuk membela balu-balu mangsa yang terbunuh, anak-anak yatim dan juga mangsa peristiwa Memali yang masih hidup, ditahan ISA, sakit, terlantar dan sebagainya. Ia dikendalikan oleh Badan Perhubungan PAS Kedah. Setiap sen wang derma disalurkan kepada yang layak dan berhak menerima.
Jika hari ini ada pihak memberitahu bahawa haram hukumnya memakan wang anak yatim, maka ketahuilah bahawa para pemimpin PAS Kedah pada masa itu; bermula dari Ustaz Fadzil Noor yang mengaji di Universiti Al-Azhar hinggalah kepada Aris Awang yang belajar di sekolah Cina pun lebih tahu bahawa haram juga mengambil harta orang lain yang bukan haknya. Mereka lebih tahu bahawa satu sen rezeki haram yang menumbuhkan daging di jasad kita, maka api neraka adalah lebih layak untuknya.
Tabung mangsa Memali adalah pembelaan sementara untuk mangsa. Ia bukan skim insuran untuk pembelaan sepanjang hayat. Sampai ke satu peringkat di mana anak-anak yatim mangsa Memali kesemuanya sudah akil baligh dan para balu mangsa Memali pun sudah mempunyai anak-anak yang boleh berdikari, di samping ada yang mempunyai suami baru; maka Ustaz Fadzil Noor mengumumkan ketidakperluan mewujudkan tabung tersebut.
Dakwaan berlaku penyelewengan tabung Memali pernah dibuat sewaktu Ustaz Fadzil Noor masih ada. Laporan polis dibuat. Siasatan dibuat oleh unit yang paling professional dikatakan dari Bukit Aman. Pihak yang dituduh berjaya mengemukakan catatan akaun yang sempurna tanpa sepicing pun penyelewengan. Soalan cepu emas yang mesti dijawab oleh semua; Adakah pihak polis dari kerajaan BN akan membiarkan begitu sahaja penyelewengan jika ada (terutamanya kewangan) dalam PAS tanpa diambil tindakan atau pendakwaan? Jika polis Malaysia buat begitu ia termasuk dalam lapan benda ajaib di dunia.
Cukuplah itu sebagai jawapan kepada pihak BN yang membuat fitnah kononnya terdapat penyelewengan dalam tabung Memali. Walaupun jawapan yang terperinci ada tapi ia tidak semesti perlu didedahkan. Macam seseorang dituduh tidak bersunat. Bukti yang nyata untuk menolak fitnah itu ialah dengan menyelak kain biar semua orang tengok. Tapi orang yang cerdik tidak perlu buat sampai ke situ.

Monday, January 7, 2013

Isu MEMALI : Antara TABUNG yang sudah di siasat SPRM & KISAH sebenar yang tak disenangi BN

MEMALI - RINGKASAN KISAH...

MEMALI - RINGKASAN KISAH...  untuk generasi baru yang tidak tahu apa2 mengenai tragedi memali, meh sini aku cuba ringkaskan tentang apakah yg berlaku pada tarikh berdarah 19 November 1985 itu.  1) Ustaz Ibrahim bin Mahmud (Ibrahim Libya) adalah seorg pendakwah yang disegani pada masa itu. Pernah berkhidmat dengan Pusat Islam Malaysia sebelum berhenti kerja bagi menumpukan kepada kerja2 dakwah secara bebas dan gerakerja bersama Pas.  2) beliau adalah org yang amat lantang menentang dan membantah kerajaan yang pada ketika itu begitu sekular dan bejat serta melakukan kezaliman terutamanya dari aspek agama Islam. Kehebatan pidato beliau menarik minat beribu umat yang khusyuk mendengar taujihat dan ilmu yang disampaikan. Pusat kuliahnya adalah di Kampung Memali, Baling, Kedah.  3) perkembangan ini amat tak disenangi kerajaan yang pada ketika itu diketuai oleh Tun M (PM masa tu) dan Tun Musa Hitam (TPM dan juga menteri dalam negeri).  4) dalam usaha untuk menghentikan pengaruh Ibrahim Libya, pelbagai tohmahan dan penipuan telah disebarkan oleh kerajaan melalui media2 seperti melabelkan Ibrahi Libya dan pengikutnya sebagai pengamal ajaran sesat dan seumpamanya.  5) merasakan tak cukup dengan melabelkan Ibrahim Libya - semakin ramai yang menghadiri ceramahnya - maka alasan demi alasan mula direkacipta oleh kerajaan untuk menangkap Ibrahim Libya.  6) akhirnya kerajaan dengan kerjasama polis, FRU dan pasukan polis hutan mula mengepung kampung memali. sepanjang seminggu kepungan, bilangan pasukan keselamatan yang berkampung di situ mencecah 3,000 orang. masing2 lengkap bersenjata bersama2 dengan pelbagai kelengkapan lain seperti kereta2 perisai, lori water cannon dan sebagainya. seolah2 mereka sedang bersedia nak berperang dengan komunis.  7) itulah antara tohmahan yang disebarkan di kalangan anggota polis - ada diantara mereka yang diyakinkan bahawa operasi ini adalah utk menggempur saki baki komunis. tetapi dalam masa yang sama, ada juga yang mengetahui mereka bukanlah merempuh komunis sebaliknya hanya menentang penduduk sebuah kampung yang hanya dilengkapi senjata kampung - parang, pisau, bulu ayam - tapi dek kerana arahan, depa terpaksa ikut.  8) rundingan demi rundingan cuba dilakukan oleh penduduk kampung - yang terdiri daripada orang tua, wanita dan kanak2 - tapi buntu. bagi pasukan polis, arahan jelas daripada KDN adalah utk menghapuskan Ibrahim Libya - hidup atau mati.  9) akhirnya selepas subuh, polis melancarkan serangan. apalah sangat senjata parang dan pisau jika dibandingkan dengan pistol dan sub machine-gun. apalah sangat kederat makcik2 kampung berbanding dengan polis yang memang dilatih khas.  10) pada mulanya, polis melepaskan gas peedih mata. seorang kanak2 yang terkena gas tersebut pengsan dengan mulutnya berbuih. kejadian itu menaikkan kemarahan seorg penduduk kampung bernama cikgu shafie yang nekad membalas kezaliman polis namun dia ditembak sebelum sempat dia merapati polis. bermula dari situ, serangan pun dilancarkan bertai arus.  11) selepas zohor, serangan pun dihentikan. 14 orang disahkan mati dengan ramai lagi cedera. operasi pembersihan segera dilakukan agar kejadian itu terlindung dari pengetahuan orang ramai. cerita sebenar terus dipastikan tidak sampai pada pengetahuan umum.  al fatihah untuk para syuhada memali.  http://al-hajari.blogspot.com/2013/01/memali-ringkasan-kisah.html

Untuk generasi baru yang tidak tahu apa2 mengenai tragedi memali, meh sini aku cuba ringkaskan tentang apakah yg berlaku pada tarikh berdarah 19 November 1985 itu.

1) Ustaz Ibrahim bin Mahmud (Ibrahim Libya) adalah seorg pendakwah yang disegani pada masa itu. Pernah berkhidmat dengan Pusat Islam Malaysia sebelum berhenti kerja bagi menumpukan kepada kerja2 dakwah secara bebas dan gerakerja bersama Pas.

2) beliau adalah org yang amat lantang menentang dan membantah kerajaan yang pada ketika itu begitu sekular dan bejat serta melakukan kezaliman terutamanya dari aspek agama Islam. Kehebatan pidato beliau menarik minat beribu umat yang khusyuk mendengar taujihat dan ilmu yang disampaikan. Pusat kuliahnya adalah di Kampung Memali, Baling, Kedah.

3) perkembangan ini amat tak disenangi kerajaan yang pada ketika itu diketuai oleh Tun M (PM masa tu) dan Tun Musa Hitam (TPM dan juga menteri dalam negeri).

4) dalam usaha untuk menghentikan pengaruh Ibrahim Libya, pelbagai tohmahan dan penipuan telah disebarkan oleh kerajaan melalui media2 seperti melabelkan Ibrahi Libya dan pengikutnya sebagai pengamal ajaran sesat dan seumpamanya.

5) merasakan tak cukup dengan melabelkan Ibrahim Libya - semakin ramai yang menghadiri ceramahnya - maka alasan demi alasan mula direkacipta oleh kerajaan untuk menangkap Ibrahim Libya.

6) akhirnya kerajaan dengan kerjasama polis, FRU dan pasukan polis hutan mula mengepung kampung memali. sepanjang seminggu kepungan, bilangan pasukan keselamatan yang berkampung di situ mencecah 3,000 orang. masing2 lengkap bersenjata bersama2 dengan pelbagai kelengkapan lain seperti kereta2 perisai, lori water cannon dan sebagainya. seolah2 mereka sedang bersedia nak berperang dengan komunis.

7) itulah antara tohmahan yang disebarkan di kalangan anggota polis - ada diantara mereka yang diyakinkan bahawa operasi ini adalah utk menggempur saki baki komunis. tetapi dalam masa yang sama, ada juga yang mengetahui mereka bukanlah merempuh komunis sebaliknya hanya menentang penduduk sebuah kampung yang hanya dilengkapi senjata kampung - parang, pisau, bulu ayam - tapi dek kerana arahan, depa terpaksa ikut.

8) rundingan demi rundingan cuba dilakukan oleh penduduk kampung - yang terdiri daripada orang tua, wanita dan kanak2 - tapi buntu. bagi pasukan polis, arahan jelas daripada KDN adalah utk menghapuskan Ibrahim Libya - hidup atau mati.

9) akhirnya selepas subuh, polis melancarkan serangan. apalah sangat senjata parang dan pisau jika dibandingkan dengan pistol dan sub machine-gun. apalah sangat kederat makcik2 kampung berbanding dengan polis yang memang dilatih khas.

10) pada mulanya, polis melepaskan gas peedih mata. seorang kanak2 yang terkena gas tersebut pengsan dengan mulutnya berbuih. kejadian itu menaikkan kemarahan seorg penduduk kampung bernama cikgu shafie yang nekad membalas kezaliman polis namun dia ditembak sebelum sempat dia merapati polis. bermula dari situ, serangan pun dilancarkan bertai arus.

11) selepas zohor, serangan pun dihentikan. 14 orang disahkan mati dengan ramai lagi cedera. operasi pembersihan segera dilakukan agar kejadian itu terlindung dari pengetahuan orang ramai. cerita sebenar terus dipastikan tidak sampai pada pengetahuan umum.

al fatihah untuk para syuhada memali.

Saturday, December 15, 2012

UMNO Terus DIbelenggu Doa Laknat PAS Tahun 1985


Sejurus Peristiwa Berdarah MEMALI, seluruh jentera kerajaan dan UMNO telah digunakan untuk memburukkan mangsa2 peristiwa tersebut.

Media2 milik UMNO seperti Utusan Malaysia dan TV1+2 telah melabel Ustaz Ibrahim Libya sebagai pengganas Islam yang mahu mengamuk dan menjahanamkan Malaysia secara berdarah.

Musa Hitam, Menteri Dalam Negeri pada waktu itu mengubah lebel kepada mangsa2 Kg Memali dari penjenayah pada paginya, pengganas komunis pada tengahari dan akhirnya kepada pelampau agama.

Secara ringkasnya, Peristiwa Memali itu boleh di baca di akhir posting ini.

Pada waktu itu, PAS mendapati masyarakat Melayu tiada lansung simpati kepada mangsa2 Memali. Malahan, majoriti Melayu samada berdiam diri ataupun turut sama menyebarkan fitnah ke atas Asy-Syahid Ustaz Ibrahim Libya serta 13 syuhada lagi.

Seluruh jentera kerajaan digunakan untuk menguatkan fitnah ke atas mangsa2 Memali.

Hatta, Majlis Fatwa Kebangsaan dan Majlis Fatwa Negeri Kedah turut sama dilacurkan oleh UMNO untuk menguatkan fitnah mereka ke atas Syuhada2 Memali.

Bayangkan Ustaz Azhari Abdul Razak serta Pak Ya Junid yang mulanya Ahli Majlis Fatwa Negeri Kedah telah dipecat kerana mengeluarkan fatwa Ustaz Ibrahim Libya itu syahid.

Hatta, 3 kali batu nesan di pusara para Syuhada' itu dibuang oleh pihak2 berkuasa sampailah TUanku Sultan Kedah sendiri mencemar duli dan menziarahi pusara Syuhada' Memali tersebut

TINDAKAN SUSULAN PAS

Di kala itu, dalam keadaan PAS yang sebegitu lemah dan daeef, Tok Guru Nik Aziz telah mengajar ke semua ahli PAS untuk membaca Qunut Nazilah seperti di atas.

Perhatikan bahagian doa qunut nazilah yang ini:

Di kala itu puluhan malahan ratusan ribu ahli2 dan penyokong PAS mengamalkan doa ini di dalam solat sunat, solat witir, solat duhha malahan solat fardhu kerana membalas kezaliman dan fitnah yang dihambur ke atas para Syuhada' Memali. Kalau mereka tak baca lafaz ini, berdetik dalam hati mereka meminta Allah SWT menurunkan bala pada UMNO./

Peritiwa Memali berlaku pada tahun 1985, tidak sampai lima tahun setelah PAS mengamalkan doa ini, UMNO telah porak peranda dan pecah kepada Semangat 46 serta UMNO (Baru).

Malahan, UMNO tidak berhenti berpecah selepas itu:

1.0 Sebelum pecahnya UMNO kepada Team A dan Team B, Musa Hitam sendiri letak jawatan kerana berkrisis dgn Mahathir.

2.0 UMNO mulanya pecah kepada Team A dan Team B dan hampir2 Mahathir kalah di dalam pemilihan Presiden UMNO pada tahun 1987. Nyaris Mahathir diselamatkan oleh Najib Tun Razak yang mengubah pendirian beliau di saat akhir

3.0 Kemudian, UMNO diharamkan dan Team B tadi telah menubuhkan Semangat 46 yang seterusnya membawa kepada kejatuhan Negeri Kelantan kepada Angkatan Perpaduan Ummah dan PAS

4.0 Tan Sri Annuar Musa dalam banyak ucapan beliau menegaskan kegagalan UMNO merampas Kelantan adalah kerana perpecahan UMNO yang begitu serius.

5.0 Selepas itu, UMNO berpecah pula apabila Ghaffar Baba disingkirkan dari jawatan Timbalan Presiden UMNO serta Timbalan Perdana Menteri

6.0 Selepas itu UMNO berpecah lagi apabila Dato' Seri Anwar Ibrahim diaib dan difitnah serta ditendang dari UMNO. Tertubuhlah Parti Keadilan Nasional atau KeAdilan.

7.0 Selepas itu, Dr Mahathir terpaksa letak jawatan bagi menyelamatkan UMNO. Juga bukti UMNO sedang bergolak pada masa itu.

8.0 Kemudian apabila Pak LAh menjadi PM, UMNO berpecah lagi apabila Mahathir berang dengan Pak Lah yg membawa kepada kekalahan UMNO paling besar pada tahun 2008

9.0 Dalam Persidangan UMNO yg terbaru ini, Najib Tun Razak lebih banyak bercakap pasal sabotaj terhadap parti berbanding topik-topik lain. Ini tanda jelas UMNO sedang retak menanti belah.

Sorotan peristiwa2 di atas menunjukkan doa laknat PAS 1985 itu terus menerus dialami oleh UMNO tanpa henti.

Ia juga petanda bahawa doa laknat PAS tahun 1985 itu dimakbulkan Allah serta terus menerus dimakbulkan Allah SWT. 

UMNO tidak akan dapat menyelesaikan masaalah perpecahan mereka kerana mereka sebenarnya sedang ditimpa bala dari Allah SWT di atas kezaliman mereka serta natijah dari doa ahli2 dan penyokong PAS tahun 1985
Sekarang, doa laknat sekali lagi diungkapkan serta diaminkan oleh puluhan ribu rakyat Kelantan sera ratusan ribu ahli dan penyokong PAS seluruh Malaysia tempohari. Kalau dulu doa untuk pecah belahkan mereka. Sekarang doa minta UMNO dihapuskan terus.

Sepasukan polis yang terdiri daripada Pasukan Polis Hutan, Senoi Praaq, Polis Anti-Pengganas Unit Tindakan Khas (UTK berpakaian Komando 69), Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) serta Tugas Am bertindak melakukan serbuan di madrasah tersebut. Dalam serbuan tersebut, seorang pegawai kanan Pasukan Polis Hutan, seorang anggota pangkat rendah dan seorang konstabel tertembak. Mengikut sumber dalaman, mereka yang terkorban terkena peluru sesat dari pasukan tersebut itu sendiri semasa serbuan dibuat.[perlu rujukan] Tiada penduduk yang pernah dibicara kerana memiliki senjata api selepas kejadian tersebut.

Dua helikopter polis digunakan bagi membawa pegawai polis yang terkorban. Mangsa yang cedera dan mati dihantar ke Hospital Sungai Petani dan Hospital Alor Star. Dianggarkan seramai 13 penduduk Memali terbunuh dalam serbuan tersebut termasuk Ibrahim Libya. Menurut sumber, beliau ditembak berpuluh kali di dadanya oleh anggota Unit Tindakan Khas (UTK), dan sempat mengucapkan kalimah syahadah dipangkuan seorang pegawai kanan polis yang memangkunya sebelum beliau meninggal dunia. Jenazah Ibrahim serta pengikutnya dikebumikan dalam kubur panjang tanpa dimandikan kerana dipercayai tergolong sebagai para syuhada. [4] Sultan Kedah sendiri turun mencemar duli untuk mengunjungi makam tersebut.

Kawasan Memali pada keseluruhan hari itu adalah mendung & gelap mengikut penduduk disitu. Tiada sebarang aktiviti harian dijalankan dan banyak kedai ditutup berikutan insiden ini.

Status mereka sebagai syahid disahkan oleh ahli Majlis Fatwa Kerajaan Negeri Kedah, Tuan Guru Haji Yahya Junid dan Ustaz Azahari Abd Razak berdasarkan mereka yang mempertahankan diri dan harta mereka adalah syahid. Bagaimanapun mereka yang mengeluarkan fatwa berkenaan disingkirkan daripada menganggotai badan fatwa berkenaan. [5]

 Posted By Tulang Besi to Malaysia Waves 
TULANG BESI

Thursday, September 29, 2011

ALHAMDULILLAH... Bila pencen baru dapat hidayah...tahniah Bekas OCPD

Bekas OCPD: Bukit Aman buat keputusan 'tak bijak'

Seorang bekas pegawai kanan polis yang terlibat dalam peristiwa Memali mendakwa keputusan pegawai atasannya di Bukit Aman untuk menangkap pemimpin PAS Ibrahim Mahmood atau lebih dikenali sebagai Ibrahim Libya sebagai 'tidak bijak'.

NONEBekas ketua polis daerah Baling, Tunku Muszaffar Shah Tunku Ibrahim dalam bukunya 'Memali: A policeman remembers' berkata keputusan tidak bijak itu dibuat dengan campurtangan politik serta kerana memandang rendah ketabahan pengikut Ibrahim.

Peristiwa berdarah pada 19 November, 1985 menyebabkan kematian Ibrahim, 13 pengikutnya dan empat anggota polis, selepas percubaan kali kedua untuk menahan beliau di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960.

Muszaffar menulis bahawa pegawai-pegawai tertinggi di Bukit Aman sepatutnya tidak menuruti arahan daripada pemimpin politik mereka dan menolak permintaan yang tidak selaras dengan norma-norma atau prosedur polis.

"Budi bicara dan tindakan polis tentang bagaimana mereka harus melaksanakan tanggungjawab perlu mengikut situasi pada peringkat akar umbi," katanya.

NONEPada masa itu, pihak polis diletakkan di bawah jagaan Tun Musa Hitam dalam kapasiti beliau sebagai Menteri Dalam Negeri. Tun Dr Mahathir Mohamad ketika kejadian itu adalah perdana menteri.

Menurut Kertas Putih yang dibentangkan di Parlimen pada bulan Februari 1986, kerajaan cuba memberikan justifikasi bagi menangkap Ibrahim di bawah ISA dengan menuduh beliau menubuhkan Gerakan Revolusi Islam yang bertujuan untuk menggulingkan kerajaan persekutuan dengan kekerasan.

Walaupun Muszaffar tidak membekalkan apa-apa dokumen mengenai contoh campur tangan politik itu, katanya, Musa telah mengeluarkan arahan khusus semasa percubaan pertama pada 2 September 1984 untuk menangkap pemimpin PAS berkenaan.

NONEDalam buku itu, Muszaffar berkata Musa telah mengarahkan Bukit Aman untuk memastikan bahawa pihak berkuasa tidak menggunakan kekerasan semasa menangkap Ibrahim dan berundur sekiranya mereka menghadapi rintangan.

Dengan diketuai oleh ketua daerah polis cawangan khas, pihak berkuasa menuju ke rumah Ibrahim di Kampung Charok Puteh pada jam 2:45 pgi hari berkenaan tetapi berundur mereka dihalang oleh puluhan penduduk yang bersenjatakan buluh runcing dan senjata lain.

Wednesday, February 23, 2011

Tripoli Memali

Ketika tulisan ini sedang ditulis, ratusan anak - anak muda di Libya telah syahid. Mereka telah dibunuh dengan kejam oleh pemimpin yang dahulunya disanjung oleh mereka. Pembunuhan yang paling kejam dalam sejarah moden dunia. Menggunakan jet pejuang, mengupah tentera asing dari negara Afrika dan mengizinkan penyokongnya membunuh mereka yang menentang Muammar Gadafi.

Apa bezanya Gadafi dengan Mahathir. Apa bezanya Tripoli dengan Memali? Mereka dibunuh oleh pemimpin mereka sendiri. Hanya kerana tidak bersetuju dengan pemimpin mereka. Mereka tidak mahu tunduk dengan kemahuan dan kezaliman pemimpin mereka masing - masing. Mereka rela berkorban nyawa asalkan prinsip yang benar dapat ditegakkan.

Wajib kita membantah kekejaman Gadafi. Tapi kita juga jangan lupa dengan kejadian dan tragedi zalim di Memali, Kedah. Memali pernah melalui peristiwa ini. Memali pernah bermandikan darah. Memali pernah bersedih dengan kematian rakan - rakan mereka yang ditembak secara rambang oleh mereka yang berkuasa. Tiada beza antara Gadafi dengan kekejaman Umno.

Apabila hari Jumaat bila kita berarak menuju kedutaan Libya. Wajib juga kita mengingatkan Umno. Jangan terlalu ghairah membantah kekejaman Libya. Anda juga pernah membunuh rakyat Malaysia yang tidak bersalah. Kenapa tidak membantah ketika kekejaman yang berlaku di Memali. Jangan jadi hipokrit wahai penyokong Umno. Anda sama kejam dengan Muammar Gadafi.

Aku merayu kepada mereka yang bakal menyertai perarakan esok. Angkat sepanduk yang menyatakan Malaysia sama saja dengan Libya. Umno sama saja dengan Gadafi. Tripoli sama saja dengan Memali. Biar kerajaan Umno sedar, mereka ini juga tidak suci. Mereka ini zalim. Kezaliman dimana - mana, tapi jangan cuba menutup mata dengan jenayah yang pernah mereka lakukan 20 tahun dahulu.
  • http://dragsuperstar.blogspot.com/2011/02/tripoli-memali.html