Sunday, May 1, 2011

Najib macam ketam minta PAS berpisah dengan DAP

KUALA LUMPUR, 1 Mei: PAS menganggap cadangan Datuk Seri Najib Razak supaya PAS berpisah dengan DAP seperti ketam mengajar anaknya berjalan betul kerana parti ini tidak sehaluan.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata, Najib perlu menyelesaikan masalah dalaman BN dahulu.

“Jangan cuba mengalih isu yang sedang melanda BN dengan rakan komponen BN mengenai isu 1Melayu 1Bumi telah menimbulkan kemarahan MCA.

“Apa sudah jadi slogan 1Malaysia tiba-tiba lahir pula gagasan 1Melayu 1Bumi, seolah-olah Umno menduakan suami,” ujarnya.

Beliau mengulas alasan Najib bahawa PAS perlu jauh dengan DAP kerana PAS bekerja, yang menang ialah DAP dan PAS perlu berpisah dengan DAP kerana PAS tidak boleh melaksanakan agenda Islam.

“PAS hendak bertanya sejak bila pula Umno iktiraf PAS sebagai sebuah parti Islam,” ujarnya.

Katanya, dengan kenyataan Najib sahlah teori yang mengatakan Umno akan bercakap Islam dan Melayu ketika orang Melayu menolak Umno.

“Ketika rakyat tolak Umno, baru mereka sedar, PAS parti orang Melayu. Selama ini merekalah membunuh kontraktor dan ahli perniagaan PAS, berapa ramai aktivis PAS diletakkan bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA),” katanya lagi.

Tambahnya, terbaru mereka menukar Cikgu Maaruf Mutalib, suami Cikgu Normala bekas calon PAS di Tenang.

“Siapa punya angkara?” soalnya.

Menuutnya, sekarang apabila lemas kerana pelampong Umno, iaitu pengundi bukan Melayu sudah meninggal mereka, baru mereka teringat kepada PAS.

PAS, ujarnya hendak mengingatkan Najib bahawa PAS membayar harga begitu mahal untuk berada bersama Pakatan Rakyat.

Katanya, kejayaan PAS yang menjinakkan orang bukan Islam kepada Islam satu imbuhan yang cukup berharga.

“Hendak harap kepada Umno memberi kefahaman Islam kepada orang bukan Islam di negara ini amat jauh sekali,” ujarnya.

Malahan, menurutnya merekalah yang meliarkan orang bukan Islam dengan Islam.

Tambahnya, sikap hipokrit mereka dengan berjumpa pengundi bukan Islam supaya menjauhkan dengan PAS kerana mereka hendak melaksanakan agenda Islam, apabila berjumpa pengundi Islam mereka mendakwa PAS sudah tidak bercakap Islam kerana takut kepada DAP. -HD

Akhirnya mereka berjaya mengagalkan pilihanraya KOTA SIPUTEH

4 negeri tiada lagi pilihan raya kecil DUN

http://penyokongpas.files.wordpress.com/2009/11/kota-siputeh.gif

KUALA LUMPUR – Pilihan raya kecil tidak perlu diadakan lagi di empat negeri sekiranya berlaku kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) ekoran penggal DUN negeri berkenaan telah genap tiga tahun.

Empat negeri itu adalah Sabah selepas tempoh tiga tahun DUN tamat pada 29 April, Negeri Sembilan (25 April), Selangor (22 April) dan Melaka (21 April).

Kedudukan DUN di negeri berkenaan berdasarkan Artikel 54 (1) Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan pilihan raya kecil perlu diadakan dalam tempoh tiga tahun sebelum tamat sesi Parlimen dan DUN seperti yang termaktub dalam undang-undang.

Sementara itu, tiga negeri akan cukup tempoh tiga tahun DUN pada bulan ini adalah Terengganu (6 Mei), Kedah (20 Mei) dan Pahang (21 Mei) manakala DUN yang cukup tempoh tiga tahun bulan hadapan adalah Perlis dan Perak (24 Jun) serta Johor (19 Jun).

Tempoh tiga tahun bagi DUN Kelantan adalah pada 7 Julai manakala Pulau Pinang pula pada 21 Julai.

UMNO Kedah kencing lagi di Kuala Kedah

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjK3kQNvzy534E8PFPFd4QZpY-il8VgSL79v3joLRxpMXqC40OOhR2cr1xAJSHxQZh-iQGJHwf4wGYWkhdGR1ydhci4XKTulpzq-_L4M11h8lT5necV-KacXDKtBcFPSuXGX1Suqw_wnlC5/s1600/2011-05-02_065436.jpg

Ahli UMNO masuk UMNO di Kuala Kedah

Oleh: TOK NON


Media talibarut UMNO Be End dakwa kununnya 225 ahli PAS di ketuai Ahmad Marzuki masuk UMNO di Kuala Kedah.

Maklumat sebenarnya untuk diketahui ialah:

1. Ahmad Marzuki bukan ahli PAS, sebaliknya adalah ahli UMNO dan merupakan seorang JKKKP.

2. PAS Kawasan Kuala Kedah tidak pernah ada cawangan yang bernama Lahar Buluh.

3. Hanya ada 4 orang kemungkinan penyokong PAS sedang dipastikan. Mereka yang terlibat dikatakan tidak berpuas hati berkaitan bantuan banjir. Walau bagaimanapun itu cuma 'alasan yang dicipta' kerana mereka telah pun menerima bantuan banjir.

3. Sementara selebih seperti yang didakwa bukan dari ahli PAS sebaliknya ahli-ahli dan penyokong UMNO.

Maklumat di atas telah diberikan oleh ADUN Kubang Rotan YB Mohd Nasir Mustaffa serta beberapa anggota PAS yang mengetahui isu tersebut.

Lagi profile Facebook hina Rasulullah, Jom report!

Seperti biasa bila ada profile yang menghina Rasulullah, menghina Islam, MiLo SuaM akan mengajak semua para pembaca untuk melaporkan profile ini kepada pihak pengurusan Facebook secara berjamaah.

Kali ini bukan satu tetapi dua profile harus dilaporkan kepada pihak pengurusan facebook. Pengguna facebook ini meletakkan gambar seorang lelaki Arab dengan hidung babi bagi menggambarkan wajah Rasulullah. Malah menggunakan nama Muhammad SAW sebagai profile. Memang celaka!



Apabila kita melaporkan sesebuah profile secara berjamaah dengan alasan yang sama, maka lebih cepat pihak pengurusan facebook akan menutup sesebuah halaman itu. Sebagai contoh, sebelum ini tidak sampai 24 jam selepas MiLo SuaM siarkan sebuah profile Anti Islam, profile tersebut telah ditutup oleh Facebook dan tidak lagi dapat diakses rujuk sini [Profile anti Islam].

Maka di bawah ini, disertakan alasan yang patut kita gunakan untuk melapor. Sila ikuti langkah-langkah yang ditunjukkan.



Dah faham? Baiklah untuk melapor sila klik [Facebook] jangan lupa melaporkan sebuah lagi profile menghina Islam rujuk sini [Facebook]

Sekiranya anda mempunyai maklumat profile-profile yang menghina Islam seperti ini sila hantar ke facebook MiLo SuaM rujuk sini [Facebook MiLo SuaM].

ReJaM© "Terima kasih banyak atas sokongan anda semua, hanya Allah yang dapat membalasnya"

Anwar Tidak Perlu Bersumpah Laknat!


NAMPAKNYA mereka yang mengaku golongan na amanun gila-gila meminta supaya Anwar Ibrahim bersumpah laknat menafikan apa yang didakwa ke atasnya termasuk meliwat, melayan pelacur, pengkhinat dan sebagainya.

Bagi mereka nampaknya sumpah adalah segala-galanya. Sumpah akan dapat menghuraikan segala masalah dan memberi keputusan yang jelas. Memang begitu, tetapi soalnya apakah mereka benar-benar termasuk dalam golongan na amanum? Kalau mereka termasuk dalam golongan disebut Allah itu, maka sumpah laknat itu boleh dilakukan. Tetapi kalau mereka berada di luar golongan itu, hanya menjadi golongan Umno, atau termasuk dalam fasikun mereka tidak berhak untuk bersumpah apa lagi meminta orng lain bersumpah.

Paga ini anak seorang tokoh Umno telah menghubungi saya untuk mengetahui perkembangan politik semasa. Dalam percakapan itu beliau ada menyebut dan mempersoalkan kesucian ketiga orang Datuk T yang bersumpah itu. Mudah saja katanya, sebelum mereka bersumpah untuk memburukkan diri Anwar, elok beliau bersumpah dan menyemak diri mereka dulu. Beliau mendakwa dia kenal sekor-sekor Datuk T berkenaan.

"Sebelum mereka bersumpah, mereka patut bersumpah bahawa mereka tidak minu arak, mereka tidak tipu bini, mereka tidak main perempuan.... itu dulu yang patut mereka buat," kata anak tokoh Umno itu. "bukan minta Anwar bersumpah," tambahnya.

Lantas beliau menyifatkan apa yang berlaku sekarang ini menunjukkan Umno sudah desparate. Umno sudah tertekan. Umno sudah merasai nyawa mereka sudah berada di hujung tali ganung. Rakyat akan menanti masa saja untuk menjatukan pelantar ke bawah yang kemudian jasad Umno akan terhenjuk ke bawah dan lehernya akan terjerut.

Dalam pada itu beliau kesal atas sikap polis yang double standard dalam tindakan mereka berhubung kes ini. Sikap polis ini juga menjadi baja subur untuk rakyat bencikan Umno kerana Umno menguasi kerajaan dan polis.

Penglibatan polis membantu mengecerkan dalam isu video lucah ini jelas sekali. Beliau bertanya siapa yang menyebar video berkenaan? Bukankah satu salinan diberikan oleh Datuk maualaf itu kepada polis? Soalnya kalau video itu disebar oleh Datuk T kenapa tindakan tidak diambil? Begitu juga dengan penyebaran berleluasa oleh bloger, tv3, Utusan dan Berita Harian dan lain-lain kenapa dibiarkan. Ini menunjukkan penyebaran itu direstui oleh pihak berkuasa.

Saya rasa apa yang diperkatakan oleh anak tokoh Umno itu sudah difahami oleh banyak rakyat. Rakyat sudah tahu hujung pangkatnya. Kerana itu sokongan rakyat tidak berubah kepada Pakatan Rakyat dan juga Anwar Ibrahim. Bukti terbaru kalau rakyat sudah termakan dengan kempen, fitnah dan provokasi Umno, dengan isu video itu sudah pasti ceramah Anwar di Machang malam tadi tidak dihadiri ramai orang.

Tetapi apa yang berlaku malam tadi dewan Majlis Daerah Machang penuh dilimpahi manusia. Khabarnya lebih 10,000 yang hadir. Itupun dalam keadaan ceramah itu disebatoj dan polis cuba menganggu dengan mengadakan sekatan jalan raya. Kalau tidak adakan sekatan jalan raya, sebotaj tentu angkanya akan mencecah puluhan ribu.

Umno sudah tidak dapat menghalang rakyat dan memancing rakyat supaya menolak Anwar dan pembangkang. Dari segi mental Najib sudah kalah bila bertempur dengan Anwar. Segala tektik yang dilakukan semuanya tidak menjadi. Tektik-tektik yang dihalkan demokrasi dan juga dihalalkan agama sudah tidak diguna pakai lagi. Kerana dasparate itu menyebabkan Umno terpaksa mengguna tektik dan strategi kotor. Hanya mereka yang berada dalam keadaan tertekan saja akan melakukan atau menggunakan isu-isu diluar kewarasan manusia.

Situasi Umno dan Najib hari ini tak ubah seperti insan yang dahagakan air di tengah panas terik. Mereka akan menerkam apa saja bayangan yang persis air kerana terlalu haus. Kalau diberikan minyak gas sekalipun mereka akan hirau kerana terlalu haus. Mereka tidak sedar selepas terminum minyak gas mereka akan kojol.

Sekarang ini yang riuh dalam media massa ialah meminta Anwar bersumpah laknat. Mereka akan menggunakan desakan sumpah itu untuk menyalahkan Anwar. Mereka akan tunjukkan kepada rakyat apabila Anwar tidak mahu bersumpah menunjukkan Anwar bersalah. Itulah gambaran yang mereka mahu.

Anwar tidak payah bersumpah. Sumpah atau tidak orang tidak mempercayai apa yang ditayangkan dalam video berkenaan. Harapan untuk menunjukkan Anwar seorang pemimpin tidak bermoral tidak kesampaiaan kerana mereka yang melaksana projek video itu jauh lebih tidak bermoral.

Umno sudah silap dalam hal ini. Merkea patut meminta sembilan Mutfi yang melaksanakan projek berkenaan. Tatapi masalahnya apakah sembilan Mufti sanggup melakukannya? Khabarnya Umno sudah memanggil bberapa orang ulamak untuk menjadi agen penyebaran video berkenaan tetapi mereka tidak setuju. Kenapa mereka tidak setuju kerana mereka tahu apa yang dilakukan Umno itu dikutuk Allah sampai ke hari akhirat.

Saya yakin kalau cara dilakukan Umno untuk membusuk dan menjahamkan Anwar itu benar dan hak Mufti pertama yang akan mengepalai projek berkenana ialah Harussani Harun. Bekas Mufti Perlis, Dr Mohad Asri Zainail Abidin juga akan ikut sama melaksanakan projek berkenaan, menjadi tukang sebar video lucah. Tetapi kerana mereka tahu akan dosa perbuatan itu, sedar akan fitnah itu boleh menghuru harakan keadaan, mereka tidak memohon untuk menjadi penyebar projek berkenaan.

Mungkin seleas Mufti dan para ustaz lain menolaklah maka ia ditanderkan kepada Datuk T untuk menyebar video berkenaan kononnya untuk kepentingan bangsa dan negara! Jadi tindakan Anwar tidak bersumpah laknat, adalah tepat. Tepat kalau Anwar sedia dilaknat rakyat kerana hanya beliau tidak ikut sama mempermainkan sumpah. Mereka yang mempersendakan hukum agam termasuk memain-mainkan sumpah adalah mainan golongan munafik.

Bagi mereka yang tahu nilai dan mutu sesuatu logam itu mereka akan cuba menyimpannya sebaik mungkin dan tidak akan diletak merata. Begitulah Anwar mengenai sumpah laknat ini. [wm.kl.10:30 am 01/05/11]

Mohd Sayuti Omar,

Aduhai FAM..patut la dok kena tiauw dengan rakyat Malaysia ....!!

oleh anakKedah007



Kedudukan LIGA MALAYSIA dalam ranking AFC.....
Sekejap BOLEH sekejap TAK BOLEH pemain import...
last nah kalah dengan PAKISTAN & VIETNAM..
itu pun jangan masih dok sangkka terra tang tu laa..
HAMPEH FAM nie...

Dulu nak dengki kat KEDAH punya pasai hangpa sanggup
buat undang2 haramkan pemain import...
lanie bila dah tengok semua dah lingkop habih
hangpa pon terhegeh-hegeh balik bagi
pemain import masuk semula..
cam HAREM jaa kelaku hangpa nie..

Kenapa Dato Eskay terdesak untuk bersumpah laknat?

Oleh Dr Dzulkefly Ahmad

Kenapa Dato Eskay terdesak untuk bersumpah laknat?

Setelah hampir dua bulan video seks ini didedahkan, rakyatMalaysiaterbelah kepada 3 kelompok: yang tak percaya, yang percaya dan yang tidak kisah. Mungkin dia fikir itu cara paling baik dan berkesan untuk membuktikan bahawa dia benar. Kononnya dia bersama dua lagi rakan tahu siapa pelaku sebenar. Dia mendakwa dia bersama. Dia mahu seluruh rakyat khususnya ummat Islam percaya tuduhannya bahawa sipelaku lelaki dalam video seks yang didedah itu adalah DS Anwar Ibrahim.

Keduanya dia tahu dan kini sedar bahawa pihak berwajib tidak lagi dapat melindungi ketiga-tiga mereka kerana mereka telah melakukan kesalahan mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan dan seksyen 5(1) Akta Penafisan Filem. Mereka tertekan untuk membuat sesuatu yang tergempar sebelum tindakan diambil terhadap mereka. ‘Sumpah laknat’ mahu memintas semua ini dan membuktikan mereka benar.

2. Benarkah sumpah laknat yang mahu Eskay lakukan itu diperuntukkan dalam Islam

Perkara ini yang kita tunggu-tunggu dari para Ulama dalam Majlis Fatwa Kebangsaan. Mereka membisu seribu bahasa. Namun peribadi alim seperti bekas Mufti Perlis dan Mufti Perlis sekarang ini telah menyatakan sikap mereka. Ini yang ditunggu rakyat khususnya ummat Islam.

Bagi fahaman saya, prosedur sumpah, memang ada dalam peruntukan syariat Islam dalam hal mengendalikan kes pertuduhan seperti ini atau undang-undang prosedur. Prinsipnya berbunyi: Pembuktian adalah atas orang yang membuat pertuduhan, dan sumpah adalah bagi mereka yang tertuduh. Adapun “sumpah laknat” adalah khas untuk kes pertuduhan zina di antara suami isteri sahaja dan mempunyai kaedah dan cara yang khusus di sebut dalam Al-Quran (Li’an atau prosedur Mula’anah-Surah An-Nur 6-10).

Ringkasnya, kenapa Eskay ini pulak yang nak bersumpah ini, yang membingungkan ramai pihak, terutama alim ulama. Tambahan beliau mangajak dan mencabar sama supaya Ketua pembangkang itu pun bersumpah. Sumpah laknat katanya.

Apa yang perlu Eskay tahu bahawa dia dan dua rakannya sekarang ini tertakluk kepada tuduhan Qazaf kalau perundangan Islam yang dirujuk, apabila dia gagal mendatangkan 4 saksi. Undang-undang sivil tidak punya peruntukan dalam mengendalikan kes di antara dua orang dewasa yang melakukan seks di luar nikah secara rela (illicit sexs between 2 consenting adults).

3. Apakah kesudahan semua perkara ini pada pandangan Dr?

Saya amat insaf dengan pergolakan politik jelek dan hodoh sekarang ini yang mewarnai dan menjadi budaya politik tanah air kita. Kalau ini berterusan menjadi cara dan tata-orde dan gelagat pelaku politik di negara ini, tidak mustahil rakyat seluruhnya akan benci dan bosan kepada orang politik dan politik sendiri.

Politik yang sepatutnya menjadi urusan kepimpinan, pentadbiran dan tata-kelola yang baik dan berkesan di segi menyemak dan mengimbang sesebuah kerajaan, samada di Pusat atau Negeri, telah menjadi pentas dan ruang untuk melakukan ‘character assasination’ dan sarat perbuatan jelek dan membinasakan ummat. Lebih parah lagi kerana setiap kali ia tampil semakin lebih hodoh dan jelek, khususnya yang membawa implikasi Qazaf, zina dan pelbagai perbuatan sumbang yang merosak akhlak dan budaya masyarakat, khususnya yang golongan remaja dan bahkan anak-anak yang terdedah kepada segala ini. Sekarang ini ianya didedah dalam media seeprti TV3, akhbar-akhbar dsbnya. Ini mengaibkan dan merosakkan akhirnya seluruh ummat dan negara! Ini adalah politik yang menghancurkan – ‘destructive zero-sum game’ yang dinamakan sebagai Gutter or Smute Politics! Hentikan semua politik jelek dan keji ini!!