Showing posts with label Nasir Mustafa. Show all posts
Showing posts with label Nasir Mustafa. Show all posts

Sunday, April 1, 2012

Isu Mini Surau di Stadium : Terima Kasih YB Kubang Rotan kerana ambil perhatian.

Admin : Inilah salah satu medium komunikasi dengan YB-YB dan orang atasan kita
jangan anggap apa yg diutarakan oleh fan-fan di facebook sebagai sampah...
Mereka juga ada hak untuk menyampaikan dan memberi pandangan
untuk kesejahteraan negeri Kedah tercinta...

Jadi jika ada mesage tu cuba-cubalah mesra pengguna spt YB Nasir tuu...
Bukan nak rugi sekupang pun....

Tuesday, January 3, 2012

RTM tipu isu jalan Kubang Rotan

Oleh ZULKIFLI YAHAYA

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhuNxn35Vk9dvLZGxNi8d3zouk0UWwJGaswhP-uyhybii8G9_c-tmxiKTtb9SYJIK3GfcSM9T-oUjdP4Ye8SIJlyT7xQBMSBHTH8AP4A59klAGoDkqR7dGO_Mf-PFNp34vFzwmL9FwNqGjA/s400/nasir_m.JPGSEMENTARA BN belum ditumbangkan di Pusat, RTM terus menjadi alat propaganda politik parti mereka. RTM adalah agensi kerajaan Pusat, kakitangannya mendapat gaji dari duit rakyat tetapi mereka tanpa malu dan segan bekerja seolaholah staf biro penerangan BN.

Wakil rakyat dari Pakatan Rakyat sentiasa menjadi mangsa fitnah RTM. Terbaru, melalui rancangan Titik Sentuhan Segera Bertindak RTM, Adun PAS Kubang Rotan, Mohd Nasir Mustafa telah difitnah kononnya tidak pernah menangani masalah jalan rosak di Kampung Hilir, Teluk Talipon, Kubang Rotan.

RTM menemubual penduduk dengan jawapan yang telah disediakan skrip lebih awal.

Kononnya YB tidak pernah turun padang dan mereka tidak kenal pun siapa YB. Orang yang mengaku tidak kenal YB itu ialah orang yang sangat dikenali oleh Nasir sendiri, dan orang itu juga yang mengadu masalah mereka kepada Adun Kubang Rotan itu.

Maknanya orang kampung itu diajar berbohong di hadapan kamera RTM.

Apabila mendengar rungutan penduduk, beliau tidak putusputus turun padang meninjau masalah sebenar. Rupanya kerosakan itu berlaku sejak zaman BN tetapi tidak diambil peduli oleh kerajaan negeri yang memerintah pada masa itu.

Oleh kerana jalan terbabit adalah jalan MADA, maka Nasir menghubungi pihak berkuasa Perlaksanaan Koridor Ekonomi Utara (NCER) malangnya tidak dilayan.

Langkah yang diambil oleh Nasir seterusnya ialah menghubungi Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN).

Permohonan rasmi dibuat. UPEN mengajukan kepada Pejabat Daerah, lalu mengeluarkan tender. Kontraktor pun dilantik segera dan jalan sejauh lebih satu kilometer itu berjaya diturap sepenuhnya dengan menggunakan duit

peruntukan kerajaan negeri. Apabila jalan tersebut siap sepenuhnya, datanglah RTM membuat liputan dan tersiarlah dalam laporan mereka yang mendakwa jalan tersebut telah diturap oleh kerajaan Pusat. Sudahlah berbohong kononnya Adun PAS tidak buat kerja, menipu pula bahawa bahawa jalan tersebut dibuat Pusat.

Ia mengingatkan kita kepada peristiwa wartawan RTM diherdik oleh Menteri Besar dalam isu banjir besar melanda Kedah dahulu. Menteri Besar yang siang malam meredah banjir untuk bersama mengharungi penderitaan rakyat dituduh hanya berpeluk tubuh.

Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri yang telah berbelanja sehingga RM2 juta untuk bantuan awal berupa makanan serta keperluan asas dituduh tidak menyumbang apa-apa, walhal Pusat tidak mengeluarkan 10 sen pun di peringkat awal.

Siapa yang tidak hilang sabar dengan tuduhan yang sangat jahat itu. Herdikan untuk wartawan pemutarbelit dari RTM dikira amat lunak kerana sepatutnya mereka “dipelempang” sahaja.

Dakwaan RTM bahawa jalan di Kubang Rotan itu diturap oleh kerajaan Pusat membuka persoalan lain, iaitu benarkah peruntukan Pusat telah digunakan? Jika ada pihak yang membuat tuntutan terhadap projek penurapan jalan tersebut sudah pasti ia adalah tuntutan palsu. Kontraktor serta pihak yang membenarkan tuntutan tersebut harus dipertanggungjawabkan kerana mereka menuntut ‘hasil bayaran kerja’ dari kerajaan Pusat sedangkan kerja dibuat oleh kerajaan Negeri. Kerajaan negeri pula telah menyempurnakan bayaran kepada kontraktor lantikan mereka sendiri.

Berasaskan laporan RTM itu juga Adun Kubang Rotan telah membuat laporan polis dan laporan SPRM. Sekarang pihak yang terbabit terpaksalah berhempas pulas berjawab dengan SPRM di atas penyelewengan yang kelihatan berlaku dalam isu tersebut. Mula-mula hendak mengenakan orang lain, diri sendiri pula yang terperangkap.

Apa yang berlaku di Kubang Rotan hanyalah satu kes dari beratus penipuan yang telah dan akan dibuat oleh RTM menjelang pilihan raya. Persoalan besarnya ialah RTM adalah agensi kerajaan. TV3 juga adalah jentera propaganda BN namun ia milik swasta justeru ia mungkin ada ‘hak’ untuk berpihak. Apa hak BN untuk berkempen bagi pihak BN?

Cuba bertanya, berhakkah Jabatan Kebajikan Masyarakat Pusat hanya memberi bantuan untuk penyokong BN dan tidak kepada penyokong PAS?

Berhakkah sekolah atau universiti menyekat anak-anak ahli parti pembangkang dari mendapat pendidikan di institusi milik kerajaan, sedangkan pelajar tersebut memiliki syarat kelayakan? Jika kerajaan berbuat demikian tentu ada peguam yang akan membawa kes tersebut ke mahkamah.

Peguam kita kena memikirkan juga untuk membawa satu kes ke mahkamah terhadap RTM yang boleh dijadikan teladan, agar selepas ini mereka tidak berhak (mengikut undang-undang) berpihak kepada mana-mana parti politik kerana mereka adalah agensi kerajaan yang sepatutnya melayan semua rakyat secara adil.

Akan muncul banyak lagi laporan bohong memburukkan Pakatan Rakyat – parti, kerajaan dan para pemimpinnya oleh RTM. Akan timbul lagi cerita palsu kononnya beribu-ribu ahli dan penyokong Pakatan keluar parti sertai parti komponen BN.

Akan muncul banyak lagi cerita fitnah ala video seks Anwar. Semua ini perlu ditangani oleh Pakatan jika mahu menjayakan misi menumbangkan BN di Pusat.

http://www.wartautara.com

Wednesday, December 21, 2011

Isu fitnah dan tuntutan projek jalan: ADUN Kubang Rotan lapor polis, SPRM

KUALA KEDAH – ADUN Kubang Rotan, YB Mohd Nasir Mustafa membuat laporan polis bagi menggesa polis membuat siasatan berhubung fitnah yang dilemparkan oleh RTM mengenai kerajaan negeri gagal melakukan penurapan jalan di Kampung Hilir, Telok Talipon, Kubang Rotan.

Dalam rancangan Titik Sentuhan yang disiarkan RTM, beberapa penduduk mendakwa YB Nasir tidak pernah tampil untuk menjalankan tanggungjawab sebagai wakil rakyat, mereka dipinggirkan daripada arus pembangunan oleh kerajaan negeri.

“Jalan tersebut telah diturap oleh kerajaan negeri, tetapi pihak MADA pula yang dikatakan melakukan penurapan tersebut dan kerajaan negeri gagal menunaikan tanggungjawab kepada rakyat, jadi di sini fitnah terhadap kerajaan telah dilakukan.

“Saya berasa kesal dengan berita yang disiarkan pada rancangan berkenaan dan berkeputusan untuk mengambil tindakan tegas kecuali ada maklum balas dalam tempoh terdekat,” ujar beliau.

Selain berlakunya fitnah, beliau juga mengesyaki terdapat tuntutan bertindih terhadap kerja pembaikan jalan terbabit berdasarkan rancangan berkenaan.

Justeru, beliau juga membuat laporan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat salah laku tuntutan tersebut.

“Jalan tersebut adalah jalan MADA, mereka lakukan penurapan separuh jalan sahaja, jadi kerajaan negeri mengambil inisiatif melakukan penurapan sepenuhnya, tetapi mereka membuat tuntutan kepada kerajaan Pusat mengatakan mereka yang lakukannya,” jelas beliau.


Monday, December 19, 2011

Sunday, October 16, 2011

Sekitar Teknik Menjawab Soalan SPM Anjuran Pemuda Kuala Kedah

Tandop, 15 Oktober – Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Kedah telah berjaya menganjurkan Seminar Teknik Menjawab Soalan SPM untuk pelajar-pelajar tingkatan lima dari sekitar kawasan Kuala Kedah hari ini.

Program tersebut yang diadakan di Sekolah Rendah Islam Darul Ulum (SRIDU), Tandop, mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Pendaftaran di Dewan SRIDU bermula seawal jam 8.00 pagi, berjaya mengumpulkan hampir 200 orang pelajar dari pelbagai sekolah di sekitar kawasan Kuala Kedah.

Bertemakan ‘Pecutan Terakhir Untuk Pelajar’, program tersebut menjemput Guru Cemerlang dan penanda kertas SPM berpengalaman untuk memberikan pelbagai tips dan teknik berkesan untuk menjawab soalan-soalan SPM yang akan tiba tidak lama lagi.

Tinjauan dibuat, rata-rata pelajar yang mengikuti program tersebut berpuas hati dengan Seminar Teknik Menjawab Soalan SPM anjuran DPP Kuala Kedah tersebut. Mereka yang ditemui berkata dengan pengisian yang bermanfaat, tips-tips dan teknik-teknik berkesan menjawab soalan, penyediaan makan dan minum, alat tulis, fail dan bahan-bahan sampingan lain seperti nota, ternyata ianya amat berbaloi.

Ibu bapa juga memberi reaksi positif dan berharap program-program seperti ini dapat diteruskan pada masa hadapan kerana ianya bermanfaat dan dapat membantu anak-anak mereka menjawab soalan bagi menghadapi peperiksaan SPM akan datang.

Ketua Dewan Pemuda PAS Kuala Kedah, Saudara Azizi Abdullah yang ditemui berkata, “Alhamdulillah, program hari ini berjalan lancar. Dan insyaAllah, kita akan berusaha untuk menganjurkan lagi program-program seperti ini pada masa akan datang.”

“Jika sebelum ini, pertengahan bulan Julai lalu, kita telah buat untuk murid-murid UPSR di setiap DUN di sekitar kawasan Kuala Kedah, kali ni percubaan kita untuk pelajar SPM mendapat sambutan menggalakkan. Jumpa lagi tahun depan, insyaAllah” katanya lagi.

Program tersebut diakhiri dengan perasmian penutup yang disempurnakan oleh YB Mohd Nasir Mustafa, ADUN Kubang Rotan.


Antara guru cemerlang dan penanda kertas

SPM berpengalaman yang dijemput


Sebahagian calon-calon SPM dari pelbagai

sekolah di kawasan sekitar Kuala Kedah


Gambaran dari sudut pandang hadapan,

kelihatan peserta-peserta memenuhi ruang dewan

http://syababkualakedah.wordpress.com

Sunday, October 9, 2011

Ini Jawapannya pasaipa Benih Padi tak dak kat Kedah...!!!




Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada) akan mengkaji rungutan sesetengah petani yang mendakwa bekalan benih padi tidak mencukupi di beberapa kawasan Mada dan luar kawasan Mada sejak akhir-akhir ini.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Mohd Johari Baharom berkata berdasarkan laporan daripada pengeluar-pengeluar benih padi, tiada masalah tentang kekurangan bekalan benih padi.

"Kita mempunyai tiga pengeluar benih padi iaitu SPPM, Seri Merbok dan Bernas dan semua mereka mengatakan bahawa bekalan benih padi mencukupi malah mempunyai stok yang lebih.

"Kita hairan sekarang ini bagaimana sesetengah pihak mendakwa benih padi tak cukup sedangkan laporan daripada Jabatan Pertanian pun mengatakan bekalan benih padi memang ada," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat bekalan benih padi di Ibu Pejabat Mada dekat Alor Setar semalam.

Beliau berkata bagi satu musim, kawasan Mada memerlukan benih padi sebanyak 14,000 tan manakala 5,000 tan diperlukan bagi kawasan luar Mada di Kedah dan 2,000 tan diperlukan bagi kawasan luar Mada di Perlis.

Johari berkata antara kawasan yang dilaporkan menghadapi masalah bekalan benih padi ialah Simpang Empat, Perlis (Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) E-1), Kangar (PPK C1) dan Simpang Empat Kuar (PPK F-2) bagi kawasan Mada dan bagi kawasan luar Mada pula ialah di Langkawi, Asun dan Changlun.

"Bagaimanapun, saya dah minta pihak Mada dan PPK buat pemantauan, kita nak lihat di mana kekurangannya. Kita akan minta pihak PPK bekalkan dahulu benih padi kepada petani untuk sementara waktu," katanya.

-- Bernama

Sunday, May 1, 2011

UMNO Kedah kencing lagi di Kuala Kedah

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjK3kQNvzy534E8PFPFd4QZpY-il8VgSL79v3joLRxpMXqC40OOhR2cr1xAJSHxQZh-iQGJHwf4wGYWkhdGR1ydhci4XKTulpzq-_L4M11h8lT5necV-KacXDKtBcFPSuXGX1Suqw_wnlC5/s1600/2011-05-02_065436.jpg

Ahli UMNO masuk UMNO di Kuala Kedah

Oleh: TOK NON


Media talibarut UMNO Be End dakwa kununnya 225 ahli PAS di ketuai Ahmad Marzuki masuk UMNO di Kuala Kedah.

Maklumat sebenarnya untuk diketahui ialah:

1. Ahmad Marzuki bukan ahli PAS, sebaliknya adalah ahli UMNO dan merupakan seorang JKKKP.

2. PAS Kawasan Kuala Kedah tidak pernah ada cawangan yang bernama Lahar Buluh.

3. Hanya ada 4 orang kemungkinan penyokong PAS sedang dipastikan. Mereka yang terlibat dikatakan tidak berpuas hati berkaitan bantuan banjir. Walau bagaimanapun itu cuma 'alasan yang dicipta' kerana mereka telah pun menerima bantuan banjir.

3. Sementara selebih seperti yang didakwa bukan dari ahli PAS sebaliknya ahli-ahli dan penyokong UMNO.

Maklumat di atas telah diberikan oleh ADUN Kubang Rotan YB Mohd Nasir Mustaffa serta beberapa anggota PAS yang mengetahui isu tersebut.

Thursday, March 17, 2011

MBAS buru peniaga haram


Para peniaga bergotong-royong membersihkan sekitar Pasar Besar Alor Setar, semalam.


ALOR SETAR 17 Mac – Kehadiran peniaga haram di pasar besar dekat sini, terutama tindakan mereka menjual barangan pada harga jauh lebih rendah mengundang rasa kurang senang dalam kalangan peniaga berlesen.

Tindakan tersebut juga dikatakan menggugat periuk nasi peniaga di situ yang perlu menanggung pelbagai kos lain termasuk membayar sewa bulanan.

Menyedari keluhan peniaga terlibat, Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) kini giat menjalankan operasi pembersihan memburu peniaga haram terbabit.

Menurut Ketua Bahagian Pengurusan Pasar MBAS, Azizan Mohd. Zin, sejak Januari lepas, 15 peniaga haram di kawasan itu berjaya dikesan dan dikenakan kompaun.

“Penguatkuasaan ini dilaksanakan di bawah Undang-Undang Kecil Pasar/Sehari demi membela nasib peniaga di pasar tersebut.

“Apatah lagi peniaga-peniaga tanpa lesen ini dikatakan menggugat pendapatan peniaga di situ kerana mereka sengaja menjual barang pada harga lebih rendah kerana tidak menanggung kos lain,” katanya pada majlis gotong royong bersama peniaga di pasar besar tersebut di sini hari ini.

Perasmian majlis itu yang dihadiri oleh lebih 100 peserta termasuk peniaga, kakitangan MBAS dan pekerja syarikat menguruskan sisa pepejal, E-Idaman Sdn. Bhd. itu disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Kubang Rotan, Mohd. Nasir Mustafa.

Menurut Azizan lagi, MBAS akan giat menjalankan operasi tersebut dari semasa ke semasa dalam usaha mengesan peniaga tanpa lesen ini.

“Ia sebagai bertindak adil kepada peniaga yang mempunyai lesen dan hasil operasi sebelum ini Pasar Besar Alor Setar ini sudah bebas daripada peniaga haram jadi kita akan giat melaksanakan operasi ini lagi,” katanya.

Menyentuh tentang program tersebut kata Azizan, ia dijalankan sebagai memupuk semangat cintakan kebersihan di kawasan berkenaan.

“Acara seperti ini akan diperluaskan ke kawasan lain iaitu yang menjadi tumpuan orang ramai seperti pasar besar ini demi memberi keselesaan kepada pelanggan,” katanya.

Dalam pada itu, Mohd. Nasir turut menegur sikap peniaga yang mengabaikan kebersihan memandangkan ia amat penting demi menjaga persekitaran.

“Usaha menjaga kebersihan ini harus digembleng bersama oleh semua warga pasar ini jangan cuma memikirkan untuk menjual barang sahaja kerana apabila pasar kita bersih ia akan terus menjadi tumpuan orang ramai,” kata beliau.