Tuesday, November 29, 2011

Pelancaran Ladang Rakyat dilancar untuk kesejahteraan rakyat

KUPANG – Dalam rangka membangun tanah-tanah hutan, kerajaan negeri telah mengenalpasti beberapa tempat, antaranya Gunung Inas di Baling, Teloi di Sik, Bukit Raja di Kubang Pasu dan Bukit Perak di Pendang untuk ditanam semula dengan pokok getah balak yang boleh membawa keuntungan lebih dari getah biasa. Pokok getah balak yang batangnya lebih besar dan boleh digunakan untuk pembalakan selepas 20 tahun.

“Projek ini semuanya untuk rakyat, hasil dari pulangan projek berkenaan akan diserahkan kepada rakyat.

“Kedah Agro akan mengendalikannya dan hasilnya akan diagihkan kepada rakyat yang mendaftar dengan E-Sinar,” ujar Menteri Besar, YAB Dato’Seri Ustaz Azizan Abdul Razak dalam ucapan perasmian sempena Majlis Pelancaran Projek Ladang Rakyat di Kampung Charok Kapas, Mukim Kupang, Baling, di sini.

Tambahnya lagi, beliau menerima laporan berlakunya pencerobohan ke atas tanah-tanah hutan terutama hutan simpanan. Mereka sanggup menggunakan jentera berat dan menjadikan tanah berkenaan sebagai ladang. Tindakan mereka seolah-olah tanah tersebut tidak dikuasai oleh sesiapa.

“Kalau orang kampung datang teroka nak buat tapak tanam durian atau rambutan, tak apalah juga, ini datang dengan mesin berat, tolak pokok, buat ladang seperti tanah di Kedah ini tiada bertuan,” celahnya.

Beliau turut menasihati agar tidak membeli tanah-tanah yang dijual oleh golongan berkenaan kerana akan menimbulkan masalah seperti hak milik dan sebagainya.

“Saya harap mereka ini ditangkap kerana mereka mencerobohi tanah milik rakyat,” tegasnya.

Beliau menjelaskan juga, cara kerajaan negeri berbeza dengan Felda. Felda memberi hak milik tanah kepada peneroka selepas 20 tahun tetapi projek Ladang Rakyat dibangunkan dan hasilnya diagih-agihkan kepada rakyat.

“Kita mengamalkan konsep bantu sehingga mereka boleh berdikari, bila mereka boleh berdikari, kita bantu orang lain pulak. Kita juga harap mereka yang kita bantu ini, suatu hari nanti boleh bantu orang lain pula,” jelasnya.

Ladang Rakyat yang akan dibangunkan melibatkan 20 ribu ekar untuk permulaan dan secara tidak langsung boleh memberi peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan.

Dalam majlis tersebut seramai 260 orang menerima sumbangan hasil pulangan Felcra kepada kerajaan negeri yang melibatkan kira-kira RM370 ribu. Beliau turut memaklumkan, hasil yang dibayar oleh Felcra kepada kerajaan negeri dipulangkan semula kepada rakyat . Kerajaan negeri hanya ambil untuk tujuan pembangunan sahaja dan selebihnya diserahkan kepada rakyat.

“Seramai 1,104 orang yang telah mendaftar dengan E-Sinar akan menerima pulangan ini. Di Baling sahaja melibatkan 260 orang,” katanya.

Azizan menyarankan Ladang Rakyat ditukar secara rasmi kepada Ladang Sejahtera kerana sejahtera membawa makna lebih baik.

Selain itu, beliau turut menyempurnakan upacara penanaman anak pokok getah dan dibawa melawat sebahagian kompartmen 8, Hutan Simpan Gunung Inas.

Seramai kira-kira tiga ribu hadirin termasuk Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli Parlimen, Adun-Adun, ketua-ketua jabatan hadir meraikan majlis tersebut.

Kerajaan Negeri memperuntukkan bajet sebanyak RM2.5 juta untuk kebajikan rakyat

Kanak-kanak perlu diberi didikan agama secukupnya

http://www.wartakedah.net/images/stories/November2011/anak%20soleh.jpgGUAR CHEMPEDAK – Kerajaan Negeri memperuntukkan bajet sebanyak RM2.5 juta untuk kebajikan rakyat dalam usaha memastikan kesejahteraan rakyat di negeri ini.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat, YB. Ustazah Siti Ashah Ghazali, kewujudan Maahad Tahfiz di Kulim adalah langkah terbaik dalam usaha memberikan pendidikan agama yang secukupnya kepada pelajar.

“Pengambilan pelajar seramai 50 orang dilakukan untuk memastikan perjalanan pembelajaran berjalan dengan baik sebelum Maahad Tahfiz berkenaan berpindah ke Pulau Tuba, Langkawi,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada majlis penutup Kem Anak Soleh yang diadakan di Sekolah Integrasi Faizin (Saif), di sini.

http://www.wartakedah.net/images/stories/November2011/anak%20soleh1.jpg http://www.wartakedah.net/images/stories/November2011/anak%20soleh2.jpg

YB. Ashah memberitahu, pembinaan kampus tetap Kolej Universiti Insaniah (KUIN) di Kuala Ketil adalah antara projek Kerajaan Negeri dalam usaha meningkatkan mutu pendidikan di negeri ini.

“Ini adalah sebahagian daripada program Kerajaan Negeri dalam memastikan kebajikan rakyat terbela serta berupaya mensejahterakan rakyat,” katanya.

Tambahnya, penganjuran Kem Anak Soleh adalah antara program pembangunan insan yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri.

Beliau menjelaskan, program yang diadakan ini merupakan satu tanggungjawab dalam usaha melahirkan satu generasi yang cemerlang di masa hadapan.

“Kem Anak Soleh akan diadakan pada setiap kali musim cuti persekolahan kerana ia terletak di bawah portfolio Pembangunan Insan, YB. Dr Ismail Salleh,” ujarnya.

Tambahnya, program yang diadakan itu dipenuhi dengan pengisian ilmu seperti ceramah anak soleh, smart solat, tip-tip solat, wuduk dan solat, riadah dan sebagainya.

“Kem Anak Soleh yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Kedah adalah bertujuan untuk melahirkan mutiara hati di kalangan ayah dan bonda,” katanya.

Menurutnya, ia adalah bertujuan untuk memastikan anak-anak mendapat pendidikan yang secukupnya di samping mendidik mereka dengan ilmu pengetahuan yang berguna.

YB. Ashah memberitahu, ibu bapa perlulah memainkan peranan penting dalam usaha memberikan pendidikan yang terbaik kepada anak-anak.

“Selain guru, peranan ibu bapa juga amat penting dalam membentuk anak-anak agar mereka mampu menjadi insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara,” jelasnya.

Di samping itu, katanya, Kerajaan Negeri juga turut menganjurkan Kem Bina Sahsiah yang terbuka kepada pelajar yang berumur antara 15 hingga 16 tahun.

“Kem ini diadakan pada musim cuti persekolahan yang bertujuan untuk menjalinkan semangat ukhuwah di samping memupuk semangat cintakan ilmu pengetahuan,” jelasnya.

Pada majlis penutup itu, setiap peserta menerima sijil penyertaan yang disampaikan oleh YB. Ustazah Ashah Ghazali.

Seramai 200 murid Tahun 5 dan 6 menyertai kem berkenaan yang diadakan selama empat hari tiga malam.

Turut hadir ialah Pengarah Sekolah Integrasi Faizin (Saif) Guar Chempedak, Ustaz Mohd Ali Idris dan Pengarah Kem Anak Soleh, Ustaz Mohd Nazmi Abdul Rani.

Ada Pengendali Akhbar Maya bengkek di Persidangan Lembu-Lembu di PWTC

Ha Ha Ha.... kami di KedahLanie mampu ketawa senyum simpol lembu sahaja laaa...

UMNO Online – Simpan Karat La!

KUALA LUMPUR – “Tak faham orang lebih banyak nak tolong dia dari diri sendiri,” itu saja yang boleh kami katakan kepada perhimpunan parti bangsa Melayu terbesar negara apabila kami gagal meneruskan liputan mengenainya tahun ini.

Panas hati, kecewa dan bengang teramat sangat, begitulah perasaan kami ketika meninggalkan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) selepas dua hari berturut-turut membuat liputan Perhimpunan Agung UMNO di sini.

Kami dimarah dan dileter sesuka hati oleh pihak urus setia yang bertanggung jawab menjaga hal ehwal media di perhimpunan tersebut, iaitu UMNO Online yang juga memiliki portal berita yang hidup segan mampus tak mahu.

“Dah la mohon lambat, nak pula pas media cepat-cepat, mana boleh! Banyak lagi media yang kami kena layan, banyak lagi kementerian lain yang kami kena layan, bukan korang saja!,” tengking seorang petugas UMNO Online.

Kami juga diherdik kerana lewat memohon pas media khas untuk membuat liputan walaupun memberikan alasan bahawa kami masih baru dan tidak tahu saluran untuk membuat permohonan tersebut.

“Kalau tak terima surat jemputan pun, telefon la kitorang! Ni dah mohon lambat, pas dah habis, kena tunggu la, ikut la prosedur!,” katanya.

Pertamanya, ingin kami beritahu di sini bahawa memang silap kami kerana lewat memohon pas media, itu pun disebabkan kami tidak tahu saluran mana atau siapa yang patut dihubungi untuk mendapatkan pas tersebut.

Tidak ada pula kami terima jemputan melalui emel, surat, pekeliling, hebahan melalui poster, radio atau televisyen yang memberitahu bahawa soal pas media dikendalikan oleh UMNO Online sebulan lalu.

Ia sangat berbeza dengan urus setia media Muktamar Tahunan PAS ke-52 yang berlangsung di Taman Melewar pada April lalu di mana kami dihubungi dan dimaklumkan melalui faks untuk hadir membuat liputan ketika perhimpunan parti itu.

Perkara ini, UMNO Online yang diamanahkan tugas tersebut perlu belajar dari PAS bagaimana menjalin hubungan baik dengan pengamal media.

Keduanya, kelewatan atau kesilapan kami itu bukanlah satu tiket untuk staf-staf UMNO Online mengeluarkan kata-kata yang tidak sepatutnya kepada kami dan sewajarnya mereka menjelaskan keadaan dengan nada yang lebih baik.

Kalau tak nak bagi pun, cakaplah elok-elok sikit. Kami pun faham la. Tak perlu la nak herdik macam bagus sangat. Kecoh lebih apahal.

Apakah wajar dua orang staf wanita yang mewakili suara UMNO berinteraksi dengan buruk terhadap media sedangkan mereka mengharapkan agar lebih banyak media membuat liputan perhimpunan parti mereka itu?

Dalam hal ini, pengalaman kami ketika membuat liputan Muktamar PAS tahun ini lebih baik.

Ketika Muktamar PAS tempohari, seorang wartawan Mynewshub.my lewat memohon pass media (pada hari ketiga muktamar), namun petugas PAS dengan senyuman bersungguh-sungguh membantu mendapatkan pass tersebut dan ia diperoleh selepas hanya sejam menunggu sahaja.

Nampaknya, kebobrokan beberapa staf UMNO Online terhadap birokrasi itu mampu memburukkan imej UMNO di mata media dan rakyat yang mempunyai nilai undi pada Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.

Ketiganya, sekiranya staf-staf UMNO Online itu benar-benar merasakan diri mereka hebat sangat diberikan tugas bagaikan ‘raja media’, mereka perlu betulkan tanggapan tersebut kerana semangat UMNO tidak pernah sebegitu.

UMNO yang kami kenali sentiasa mesra media, tanyalah pada Ketua Penerangan UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan, beliau pasti setuju dengan pendapat kami mengenai parti itu.

Keempat, tolonglah jaga sikit mulut staf-staf UMNO Online itu kerana ia mampu menjejaskan nama baik UMNO, khususnya kami telah mendapat tahu ada dikalangan rakan media yang sudah merungut mengenai layanan yang diterima meskipun perhimpunan baru sehari bermula.

Menghina, terlalu tegas dan bersikap bagai ‘akulah raja’ terhadap media akan membuat media alternatif seperti Malaysiakini dan Malaysian Insider akan melaporkan perkara-perkara yang negatif di sekitar perhimpunan tersebut.

Kelima, apalah yang susah sangat untuk memproses pas media yang hanya bermodalkan sekeping kertas dan hanya mengambil masa kurang sejam.

Jika urus setia PAS mampu membantu memberikan pas media kepada Mynewshub.my dalam masa sejam, kami percaya pihak UMNO yang lebih sofistikated dan ‘advance’ mampu memberikan pass tersebut lebih awal dari tempoh tersebut!

Pokoknya, mahu atau tak mahu bagi sahaja, kan?

Maaflah sekiranya UMNO Online tersinggung dengan kami kali ini, kami tak pedulik sebenarnya….dan ketahuilah bahawa salah kami hanya satu, namun kesalahan dan kesilapan pihak urus setia hal ehwal media ini lebih dari satu!

Tak tahulah sama ada kami akan membuat liputan media Perhimpunan Agung UMNO pada tahun depan atau tidak memandangkan kami malas mahu mengadap muka-muka berlagak tak bawak ke mana urus setianya.

- Mynewshub.my

Umno umpan wang jatuhkan PAS sejak 1960-an

M Faqih

RANTAU PANJANG, 29 Nov: Umno mempertahankan tradisi lama, menggunakan umpan wang dan hiburan bagi menarik sokongan rakyat.

Wang menjadi pengantaraan bagi memaksa ibu bapa hadir pada majlis penyampaian apa-apa sahaja bantuan di bawah kerajaan pusat.

Dan sekarang kesempatan digunakan sepenuhnya dengan memaksa ibu bapa datang ke sekolah bagi menerima wang sebanyak RM100 bagi pihak anak mereka. Sebelum wang disampaikan mereka dipaksa mendengar ceramah politik Umno.

Begitu juga hiburan dan artis menjadi ‘sajian’ tetap Umno apabila mahu menghimpunkan orang ramai. Program Bekwoh anak Kelantan anjuran Umno di Stadium Bukit Jalil baru-baru ini juga mengundangkan artis.

Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa berkata, wang digunakan Umno sejak tahun 1960-an lagi bagi membeli wakil rakyat PAS.

“Orang lama tentunya masih ingat lagi peristiwa turn about - about turn, di mana lima Adun PAS diculik dan dikurung di Kuala Lumpur,” katanya pada ceramah di Markas PAS Rantau Panjang malam semalam.

Hadir sama Speaker Dun Kelantan, Datuk Nasuruddin Daud, bekas Menteri Besar Pakatan Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin, Yang Dipertua PAS Rantau Panjang, Abdul Fatah Harun dan Adun Gual Periuk, Ustaz Mohamad Awang.

Peristiwa yang tercatat dalam sejarah itu berlaku pada 1968 selepas Umno (Perikatan) gagal dalam misi merampas Kelantan sejak pilihan raya umum 1959.

Lima Adun PAS yang diculik dalam misi tersebut termasuk Adun Kota Bharu Timur, Saufi Idris; Adun Tok Uban, Abdullah Yusof; Adun Pasir Puteh Tenggara, Abdul Rahman Mohd Salleh; Adun Tanah Merah Barat, Yusof Abdul Latiff dan Adun Tanah Merah Timur, Che Omar Mohamad.

Menurut Che Omar mereka ditempatkan di sebuah rumah di Jalan Pekeliling, Kuala Lumpur selama sebulan dengan kawalan ketat pegawai polis.

Mereka diugut dan dijanjikan dengan pelbagai tawaran sekiranya bersetuju menjatuhkan kerajaan PAS.

Sebagai helah bagi melepaskan diri akhirnya mereka bersetuju dengan tawaran dibuat Umno. Kemudian kelima-lima Adun terbabit dibawa pulang ke Kelantan menjelang persidangan Dun diadakan.

Bagaimanapun selepas sampai di Kota Bharu mereka mendedahkan peristiwa sebenar yang berlaku, sehingga usul undi tidak percaya pada 1968 terhadap kerajaan PAS gagal.

Husam berkata, taktik menumbangkan kerajaan PAS berterusan dilakukan sehingga sekarang, di mana keadaan dianggap kritikal berlaku pada 2004 ketika PAS menang dengan majoriti kecil.

“Ramai Adun PAS diumpan dengan tawaran lumayan, namun mereka tidak tergoda dengan umpan kebendaan itu sehingga kerajaan PAS dapat bertahan sehingga ke hari ini,” ujarnya.

Nizar juga mendedahkan taktik luar biasa turut digunakan pemimpin Umno bagi menumbangkan kerajaan Pakatan di Perak pada 2009.

Menurutnya rampasan kuasa melalui kudeta itu sebenarnya bukan hanya untuk menyelamatkan Umno, sebaliknya mengangkat keperibadian pemimpin tertentu.

“Pemimpin Umno sanggup lakukan apa sahaja termasuk mengulangi misi merampas Perak pada 2009 semata-mata bagi menyelamatkan Putrajaya.

“Malah Datuk Seri Najib pernah mengeluarkan kenyataan mahu berjuang mempertahankan Putrajaya sehingga sampai ke tulang,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan penganalisis politik dari beberapa universiti yakin Umno dan BN tidak dapat mempertahankan kerajaan di Perak pada pilihan raya umum akan datang.

Kata mereka momentum rakyat terutamanya bukan Melayu dilihat semakin jauh daripada BN.

'Politik meracau' Umno bakal jatuhkan Najib


KUALA LUMPUR, 29 Nov: Kenyataan terbaru Ketua Penerangan Umno bahawa Melayu akan hilang kuasa jika Pakatan Rakyat memerintah memperlihatkan sikap sebenar 'perkauman melampau' parti itu.

AJK PAS Pusat, Dr. Dzulkefly Ahmad berkata kenyataan Datuk Ahmad Mazlan itu juga menggambarkan Umno kini berada dalam keadaan 'meracau' dan diambang kehilangan kuasa.

"Kenyataan itu menggambarkan psikologi Umno yang berada dalam ketakutan ekoran diambang kehilangan kuasa.

"Mereka (Umno) masih belum jumpa strategi jelas, maka mereka meneruskan strategi lama dengan mencetuskan rasa takut (politic of fear) di kalangan rakyat dengan isu kuasa orang Melayu, agama dan sultan" katanya kepada Harakahdaily.

Dalam kenyaatan pagi tadi, Datuk Ahmad Maslan dipetik berkata orang Melayu akan hilang segala hak dan kuasa mereka sekiranya Pakatan Rakyat memenangi lebih banyak kerusi Parlimen dalam pilihan raya umum akan datang.

Ahmad berkata, senario paling buruk berkenaan masa depan orang Melayu negara ini ialah apabila wujud “Parlimen tergantung” seperti di Australia, di mana Barisan Nasional tidak mampu melaksanakan agenda polisi-polisi ekoran hanya majoriti mudah.

“Bahasa Melayu akan hilang (kedudukan), kata selamat tinggal kepada Kesultanan Melayu, malah pembangkang DAP tidak akan hormati institusi diraja... mereka tidak pernah terima gelaran diraja meskipun mereka ditawarkan.

“Kata selamat tinggal kepada Islam sebab mereka (DAP) adalah ejen Kristian... dalam bercakap mengenai agenda Melayu, kita tidak boleh lari daripada ini,” kata Ahmad pada satu forum parti sempena perhimpunan agung tahunan 2011.

Mengulas lanjut, Dr. Dzulkefly juga menyifatkan kenyataan Ahmad itu sebagai kegagalan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak untuk membawa transformasi politiknya kepada pemimpin Umno lain termasuk Ahmad.

Najib juga ujarnya masih tindak menentu dalam mencari strategi dan pendekatan untuk mempertahankan kuasanya.

"Mungkin juga ketua penerangan Umno ini mewakili suara majoriti ahli Umno dan suara Najib (yang mahu transformasi) hanya minoriti.

"Ini juga bukti 'banyak kepala' dalam Umno yang semakin bersimpang-siur dan bercelaru. Umno tetap Umno yakni parti berteraskan perjuangan perkauman Melayu sempit, Melayu Umno, masih ramai Melayu yang terpinggir, jurang miskin-kaya paling lebar dalam etnik Melayu di negara ini" kata Dr. Dzulkefly yang juga ahli parlimen Kuala Selangor.

Sementara itu juga, beliau menjangkakan perhimpunan agung Umno yang akan dirasmikan malam ini menjadi medan anggota parti itu membangkitkan isu perkauman.

Ianya memandangkan parti itu kini berada dalam keadaan terdesak selepas hilang sokongan bukan Melayu sejak tsunami politik 2008 lalu.

Malaysia makin mundur amal demokrasi

KUALA LUMPUR, 29 Nov: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang kesal dengan kegagalan Kerajaan Umno BN menunjukkan contoh yang baik kepada masyarakat majmuk di negara ini mengenai konsep keadilan dalam Islam.

Abdul Hadi sewaktu membahaskan Rang Undang-undang Perhimpunan Aman sebelum ia diluluskan petang tadi berkata, kerajaan di negara Barat sendiri melakukan pembaharuan dalam demokrasi selepas merujuk kitab feqah dalam Islam.

Sebaliknya beliau berkata, Malaysia yang mendakwa sebuah negara Islam semakin mundur dalam amalan demokrasi.

"Di negara barat perubahan demokrasi purba ke demokrasi moden dilakukan daripada kajian orientalis daripada kitab-kitab feqah Islam.

"Mengapa kita yang menganut Islam yang memimpin kerajaan, dan Umno sebagai tulang belakang (kerajaan) tak boleh tunjukkan contoh yang baik dalam masyarakat majmuk," kata beliau yang juga Ahli Parlimen Marang.

Menurut Abdul Hadi, kerajaan meninggalkan konsep "mendengar sebelum mengambil sebarang tindakan terhadap rakyat" seperti yang diajar dalam Islam, menyebabkan kerajaan sesuka hari meminda undang-undang yang mencengkam kebebasan rakyat.

"Dalam Islam ada budaya memberontak iaitu mengangkat senjata menentang kerajaan, itupun ditangani dengan baik dalam Islam.

"Mengikut Islam, kerajaan akan dengar aduan mereka. Kalau aduan mereka benar, kerajaan yang salah, kerajaan wajib ikut. Sekiranya aduan mereka salah, mereka degil, barulah kerajaan boleh bertindak. Konsep ini kita tinggalkan khususnya dalam negara aman.

"Saya harap kerajaan jangan salah guna kuasa majoriti yang ada pada mereka tetapi mestilah lebih berhemah dalam meminda sebarang undang-undang," katanya.

Tambahnya, RUU Perhimpunan Aman menujukkan kerajaan bertindak sebelum terjadinya perhimpunan aman sedangkan rakyat berhak menyuarakan ketidakpuasan hati mereka dalam sesuatu isu melibatkan kerajaan.

"Rang undang-undang ini terdapat kemungkinan sebelum apa-apa tunjuk perasaan sudah bertindak. Belum melihat sudah bertindak, tak diberi kebenaran.

"Setelah ada tunjuk perasaan boleh berlaku provokasi. Provokasi bukan daripada penunjuk perasaan tapi dari pihak lain. Maka berlakulah tindakan kerajaa yang zalim," katanya sambil menyifatkan RUU itu jauh terkebelakang dalam sistem demokrasi.

Sementara itu, RUU tersebut berjaya diluluskan dengan undi suara selepas dibahaskan kira-kira empat jam oleh enam wakil BN dan Pakatan.

Jamil Khir nie sapa.... MUFTI KEDAH kaaa...????

sapa2 kat sini tolong jelas sat kat anak pakngah baharom nie.. gua dah berbuih dah dok cerita sini ada jgk yg masih bengapnya....
www.malaysiakini.com
Kerajaan negeri Kedah perlu memberi penjelasan terperinci kepada rakyat berhubung hasrat merobohkan Madrasah Salihiah di Kanchut, Alor Setar dan menyatakan lokasi ganti madrasah itu.Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, berkata langkah merobohkan madrasah itu membabitkan...
· · · 8 hours ago ·

  • Mat Kilau likes this.

  • 1 share
    • Ahmad Pazil Md Isa nak jadi hero la pula
      8 hours ago ·
    • Ci'am Bery hg p jelas yg haram tu dulu.bini bos hg dok telanjang kepala tuuu ..yg tu lbh wajib..ada ilmu jd pencacai pmimpin fasik
      8 hours ago ·
    • Akar Umbi dia duduk bawah tempurung kot...tak tau cerita...
      8 hours ago ·
    • Pak Mok Bagi sat no tepon Ustaz Azizan kat dia...suruh dia tepon Ustaz Azizan...sampai x taw apa..duk dengaq sgt tv suku tu...
      7 hours ago ·
    • Basikal Antik nak buat mcm mana, dulu dia budak pandai tapi bila terjerumus dalam lubang najis ( UMNO ) terus jadi bengong.
      7 hours ago ·
    • Muhammad Khalil Ibrahim JKB ni baru aje siapkan rumah dia yg bernilai 5 melion, kwn aku bekas ajk ameno jerlun bgtau, dia tgk sendiri, bukan hearsay punya.
      7 hours ago ·
    • Abdul Ghafar Lebai Abdullah rakyat yg duk kot bawah ni dah jelas dah..awat dia yg duk atas nuuu tak tau apa lagi...
      6 hours ago ·
    • Pas Cherok Mokkan eh...dia sorang ja x clear lg nie...rakyat kedah dah celik dah...apa punya menteri..
      6 hours ago ·
    • Shaharuddin Omar masa ustaz azizan bagi penjelasan ari tu..anak pak ngah baharom ni pi Mekah..tolong najib n rosmah buat haji..tu dia tak dengaq...cian dia ketinggalan keretapi...lain kali rajin-rahin la pi dengaq ceramah ustaz azizan...
      5 hours ago ·