Thursday, November 1, 2012

AES: Satu Lagi Projek BN Merompak Rakyat

Oleh sakmongkol AK47 

UMNO memimpin sebuah kerajaan yang angkuh dan sombong. Menteri kewangan nya sombong; dia engkar hadir di parlimen berdepan dengan penghujjahan ketua pembangkang. Ertinya, dia telah engkar memuliakan institusi parlimen dan memuliakan amanah yang rakyat Pekan beri pada nya.

Demikian juga MP BN yang lain yang kencing berlari mengikut guru mereka kencing berdiri. Dia bongkak bila mengistiharkan bajet Pakatan tidak senilai dengan kertas dimana bajet tersebut dicitak.

Adakah PM dan Menteri kewangan kita buta bila Lapuran Odit Negara menyatakan bahawa pentadbiran kewangan negeri2 dibawah Pakatan lebih baik dari negeri yang ditadbir UMNO/BN? fakta nya ialah- bila Pakatan Rakyat buat janji, mereka ada track record untuk menyokong janji mereka. UMNO/BN hanya dapat mengemukakan rekod yang buruk.

Memang itulah perangai parti syaitan yang kita kenal. 2 sifat syaitan ialah engkar dan bongkak. Parti inilah sekarang menjalankan jinayah ekonomi merompak rakyat. Apa yang berlaku pada Felda sebagai contoh, adalah suatu rencana dan pakatan jahat Najib merompak rakyat. Kalau tidak masakan dia meletakkan seorang perasuah sebagai pengerusi Felda dan menukar pegawai2 yang ada conscience dengan pegawai yang korap. Itu bermakna, angkara durjana yang di perlakukan keatas Felda adalah suatu yang premeditated- kalau dalam istilah undang2 criminal, mereka ada mens rea. Bencana AES.

Satu lagi rencana merompak ialah kerajaan meluluskan tender memasang dan mengutip denda keatas pemanduan laju menggunakan kamera AES. Ini kerja dan projek perompak yang malas untuk membalun rakyat.

Selama ini, kerta laju di denda oleh polis. Pendapatan lansung kedalam kocek kerajaan. Jika system yang ada memuaskan, mengapa perlu disubkontrakkan kepada pihak ke3 dan kerajaan berkongsi pula hasil kutipan? Kenapa beri kepada Beta Tegap Sdn Bhd dan Commercial Circle sdn Bhd?

Dua syarikat menggunakan dua system yang berlainan. Beta Tegap menggunakan system Australia dan Commercial Circle dengan system Germany. Menyeragamkan system ini macam mana? Adakah ia akan menambahkan kos kepada kerajaan?

Bukankan pihak Polis mempunyai 3000 lebih kamera diserata tempat? Apa jadi kepada kamera tersebut? Boleh tak polis jual secondhand untuk kita pasang di rumah2 supaya kita rasa lebih selamat. Keadaan keselamatan dalam negeri kita sekarang tidak terjamin. Berjuta warga asing yang ada rekod jinayah dan membawa penyakit yang sudah lama dibasmikan dinegara ini. sekarang ini jaga lah kesihatan keluarga kita sebab penyakit TB datang semula dibawa oleh warga asing.

Kamera AES merupakan satu lagi projek BN merompak dan menindas rakyat dan membocorkan pendapatan negara. Ianya keadah orang malas berfikir bagaimana mahu mengurangkan kemalangan jalan raya.

Kemalangan jalan raya diselesaikan bukan dengan menghukum pemandu dengan kos yang tinggi tapi melalui cara mendidik rakyat etika memandu. Selama ini pun kamera Polis yang sedia ada mengenakan denda RM 300 atau lebih- adakah system yang ada mengurangkan kemalangan?

Kemalangan jalanraya mungkin disebabkan terlalu banyak kereta. Atau jalan tidak baik. Bolehkah bayaran denda yang banyak mengurangkan kemalangan? Jika demikian, baik naikkan harga kereta supaya tidak ramai yang boleh memiliki kereta.

Menteri Pengangkutan yang bingung mengatakan bahawa sistem AES ini sebetulnya dikehendaki oleh majority yang senyap atau silent majority. Kalau mereka senyap, macam mana menteri ini tahu apa yang mereka mahu? Yang mereka mahu ialah kerajaan berhenti dari merompak rakyat.

Kos projek ini ialah RM700juta. Kerajaan tak perlu belanja apa apa. Hanya kongsi untung denda. Bagaimana harga RM 700juta ini di perolehi? Kerajaan cuai kalau tidak mengodit angka ini. kerajaan hanya kongsi hasil denda bila RM700juta sudah di recover. Ertinya, setelah 2 syarikat ini recover RM 700juta , baru berkongsi pendapatan.

Soalan nya- boleh tak kita percaya kos nya RM700juta? 2 syarikat yang mendapat projek ini tidak mempunyai kemampuan mengadakan RM700juta. Adakah ini angka silap mata yang dikeluarkan entah dari mana dan pegawai kerajan yang sama bingung nya dengan menteri menerima bulat2 harga RM700juta?

Rakyat sudah masak dengan penipuan harga atau harga projek yang diUMNOkan. Rakyat masih ingat bagaimana kos membina PLUS yang RM3billion menjadi M6 billion. Dan setelah RM20 billion dikutip menerusi kutipan tol dan compenstation, pengendali TOL masih diberi lesen melanun rakyat?

RM700 juta amat mudah di ujudkan. Lantik orang tengah ala perimekar sdn bhd suruh mereka lantik alih bahasa dari Mongolia- suruh alihbahasa ini deal dengan pembekal- dalam tempoh ulang alik ke Australia dan Germany, wakil dari syarikat orang tengah boleh memantat dengan pengalih bahasa. Siap kerja, muncul depan menteri dan beritahu- boss kos nya RM 700 juta. Fringe benefits pun ada kalu bos mahu! Kemudian boleh letupkan dengan C4.

Cara kerajaan UMNO/BN memberi kontrak kepada 2 syarikat ini penuh dengan misteri. Mengapakah perlu nya butiran kontak, terma2 dan syarat2 tender ini di lindung dibawah Akta Rahsia Kerajaan( OSA)? Perkara yang menyentuh kepentingan rakyat kerana rakyat yang kena bayar, dirahsiakan dari pengetahuan mereka? Rakyat berhak mengetahui bagaimana kontrak yang akan mendenda mereka danmenyusahkan meraka disetujui oleh kerajaan?

Adakah laungan Najib mengenai ketelusan dan pertanggunjawaban hanya omongan kosong? Nampak nya begitulah. Najib memang suka bong!

Kerajaan yang membengkrapkan negara ini sepatutnya mempertahankan sumber pendapatan bukan mengkontrakkan nya. Kita diberitahu bahawa system penguatkuasaan otomatik boleh memberi pulangan sebanyak RM50billion setahun. Jika demikian mengapa mahu kontrakkan? Bukankah lebih baik menambahbaikkan system polis yang ada dengan 3000 lebih kamera nya? RM 50 billion wok, boleh menyebabkan cukai jalan dimansuhkan dan menutup semua syarikat kutipan tol dinegara kita ini.

Ini satu lagi projek BN untuk melanun dan merompak rakyat!

Kenyataan Nazri terhadap Chia diragui, kata PKR

KUALA LUMPUR: Kenyataan Menteri Undang-undang Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz di parlimen baru-baru ini bahawa ahli perniagaan Michael Chia telah dibersihkan daripada tuduhan rasuah dilihat mempunyai konflik berkepentingan, kata PKR.

Menurut Pengarah Strateginya, Rafizi Ramli, PKR mendapati keluarga beliau khususnya anak sulung Nazri, Nedim ada hubungan dalam bentuk kenderaan dengan Chia.

Kenderaan itu ujarnya berupa SUV Hummer berwarna hitam, yang berharga lebih RM459,000, yang dimiliki oleh Chia dan mungkin telah digunakan oleh Nedim.

"Sebagai seorang menteri kanan, yang bertanggungjawab dalam soal perundangan terutamanya dalam isu rasuah dan pengubahan wang haram, Mohamed Nazri perlulah lebih telus dan bersih tanpa mempunyai sebarang kepentingan terutama dengan individu yang dikaitkan dengan tuduhan," kata Rafizi.

Rafizi turut menunjukkan satu salinan saman trafik yang dinyatakan pemiliknya sebagai Chia Tien Woh dan gambar-gambar yang menunjukkan bahawa kenderaan itu kerap dikesan di kondo di mana Nedim tinggal.

Rafizi menyatakan dalam keadaan Michael Chia disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), namun dalam masa yang sama Mohamed Nazri mempertahankan Chia telah menimbulkan konflik kepentinga,

"PKR menunggu maklum balas dari Mohamed Nazri yang sebelum ini begitu gah mempertahankan Michael Chia, sebelum kami mengambil tindakan selanjutnya," kata beliau lagi.

Surat Kerahan ke Majlis Perasmian Himpunan Kebangkitan Rakyat


Panas!! Mangsa Kerakusan AES dengan Kes yang PELIK tapi BENAR


JOHOR - Seorang mekanik berusia 57 tahun telah menerima 1 saman trafik dan 3 saman daripada kamera AES dalam masa 2 bulan. Bagaimanapun ia menafikan saman itu adalah miliknya kerana gambar yang ditunjukkan oleh kamera AES itu adalah
kereta yang berbeza tetapi menggunakan nombor pendaftaran yang sama.

Mangsa yang memandu kereta Perodua Alza silver bernombor pendaftaran JNJ 4186 menerima saman pertama daripada JPJ menunjukkan pada 28 September jam 4.22 ptg beliau memandu laju di Batu Pahat, sedangkan pada masa itu beliau sebenarnya masih bekerja.

"Selepas insiden itu, saya pergi ke balai polis untuk melaporkan perkara ini. Seminggu kemudian saya dimaklumkan oleh pihak berkuasa saman ini akan dibatalkan" katanya.

Mangsa kemudiannya menerima saman kedua bertarikh 2 Oktober jam 5.33 ptg kerana memandu laju di kilometer 376.9 lebuhraya Utara-Selatan. Pada tarikh dan masa itu juga beliau sedang bekerja dan mempunyai dokumen yang membuktikan dia sedang bekerja.

Mangsa yang tidak berpuas hati telah merujuk ke ibu pejabat JPJ Johor dan diarahkan untuk membuat pemeriksaan kenderaan miliknya supaya dapat disahkan. Akhirnya keputusan yang diperolehi menunjukkan kereta miliknya adalah sah dan tulen tanpa ada sebarang perubahan.


Pemeriksaan membuktikan badan dan enjin kereta milik mangsa adalah tulen.

Pihak berkuasa JPJ kemudiannya memberikan kepada mangsa alamat Syarikat Pengurusan AES supaya saya dapat menulis surat untuk memaklumkan insiden yang sebenar. Bagaimanapun tidak lama kemudian mangsa menerima lagi saman AES untuk kali ketiga dan keempat.

Lebih menarik lagi, saman AES ketiga dan keempat yang diterima mangsa bertarikh 20 Oktober itu menunjukkan mangsa memandu laju pada jam 1.52 petang di kilometer 375.9 lebuhraya Utara-Selatan dan pada jam 4.03 petang di kilometer 204.6 lebuhraya Utara-Selatan. Gambar yang ditunjukkan dalam saman AES itu adalah model kereta yang samatetapi warna yang berbeza iaitu warna hitam.

Mangsa yang menerima 4 saman kerana memandu laju ini disaman sebanyak RM300 setiap kesalahan. 2 lagi saman yang diterimanya memerlukan mangsa untuk hadir ke Mahkamah Majistret Taiping pada 7 Januari dan Mahkamah Slim River pada 8 Januari.

Walaupun telah membuat laporan polis sebanyak 4 kali dan banyak kali merujuk JPJ serta polis trafik namun masalah saman yang diterimanya masih tidak dapat diselesaikan walaupun mangsa mempunyai dokumen lengkap yang kukuh menyebabkan mangsa merasa sangat kecewa.

Perhimpunan tersebut tetap diteruskan - Mahfuz

Polis wajar benarkan Himpunan Kebangkitan Rakyat+

KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, pihak polis sepatutnya tidak mempunyai masalah untuk memberi kelulusan kepada Himpunan Kebangkitan Rakyat di Negeri Sembilan Sabtu ini.

Katanya, alasan yang dibangkitkan berhubung pengisian borang permohonan tidak lengkap adalah perkara kecil dan beliau percaya pihak penganjur akan mengambil maklum perkara itu.

"Apa yang penting adalah tempat yang telah ditetapkan untuk perhimpunan tersebut telah memenuhi kriteria yang telah ditetapkan undang-undang dari sudut keselamatan.

"Isu pengisian borang yang tidak mengikuti peraturan adalah perkara yang kecil," katanya.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly semalam bahawa  himpunan yang dijadualkan Sabtu ini itu melanggar Akta Perhimpunan Aman 2012 dan boleh dikenakan tindakan.
Saiful Azly berkata sehingga petang semalam, tiada sebarang permit di bawah akta undang-undang tersebut dikeluarkan kepada pihak penganjur.

Ini kerana borang permohonan dari penganjur tidak dapat diproses ekoran maklumat permohonan yang tidak lengkap seperti yang dikehendaki undang-undang.

Mengulas lanjut Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, pihak polis wajar membenarkan himpunan itu kerana ianya peluang untuk rakyat mendengar amanat daripada pemimpin mereka.

"Perhimpunan tersebut tetap diteruskan dan ia merupakan perhimpunan terakhir untuk rakyat dan pengundi mendengar amanat yang akan disampaikan oleh pimpinan utama Pakatan Rakyat," sambung beliau lagi.

Dalam PIMPINAN PAS KEDAH ada manusia yang berhati 'HITAM''

oleh Mohd Radzhi Samad @ Kulim

Keratan dari www.kedahlanie.info

Nampaknya ada pihak dalam PAS KEDAH kelaku mereka semakin pelik...pelik dengan MAJLIS yang dianjurkan itu. Siapa tak kata pelik.. dalam orang bersemangat nak ke Negeri Sembilan sambut HIMPUNAN PAKATAN RAKYAT..mereka pulak sedang kalut dok nak buat MAJLIS IJTIMAK NEGERI KEDAH pada waktu dan tarikh yang sama iaitu 03/11/2012 nanti.cuma masa habis sahaja jam 2.00 petang. dan himpunan pula bermula jam 4.00 petang. Jika begini keadaannya rombongan dari KEDAH kena pergi naik KAPAL TERBANG jika hendak naik KERETA maksimum speed cuma 110km/hr takut kamera AES ambil gambar.. Ini semua akan menyusahkan perjalanan yang akan bergerak dalam tergesa-gesa.

Sehingga jam 4.00pm artikal ini di tulis masih belum ada penafian dari PAS KEDAH berkenaan SMS tersebut jadi ia boleh diandaikan ianya BENAR dan MAJLIS IJTIMAK PAS Negeri KEDAH itu program RASMI PAS KEDAH.


Jika sebegitu MAJLIS IJTIMAK PAS KEDAH ini boleh dianggap sebagai satu majlis untuk mensabotaj program yang dibuat oleh PIMPINAN TERTINGGI PAKATAN RAKYAT. Ini kerana sekarang ini program yang UTAMA ialah HIMPUNAN PAKATAN RAKYAT tetapi dengan adanya MAJLIS IJTIMAK PAS Negeri KEDAH ia boleh dianggap sebagai perancangan golongan-golongan tangan hitam untuk menghalang AHLI PAS turun ke program HIMPUNAN di Negeri Sembilan sana.

Kelaku pihak-pihak yang mengajurkan majlis ini sudah semesti satu pihak yang sudah tentu ada SATU TITIK HITAM dalam hati mereka... ini adalah kerana dengan apa yang mereka rancangkan sudah semestinya ada satu PERKARA YANG TERSEMBUNYI DI SEBALIKNYA MAJLIS TERSEBUT.

Jika beginilah kelakunya pihak-pihak tersebut.. mereka ini tidak patut ada dalam saf kepimpinan PAS KEDAH, kelaku seperti ini umpama kelaku huduh macam mahu meletakkan duri di tengah jalan orang ramai dan mempunyai agenda khianat sesama kawan seperjuangan.

Apakah golongan ini sudah merasakan PAS KEDAH sudah HEBAT dan mampu mempertahankan kemenangan tanpa ada kesepakatan dalam PAKATAN RAKYAT serta mendengar arahan PIMPINAN DI PUSAT sana... entahlah apa nak jadi dengan golongan-golongan yang merasakan merekalah manusia yang bijak pandai mengurus tadbir neger.

Harus diingat negeri Kedah yang di perintah oleh PAKATAN RAKYAT KEDAH bukannya HAK MILIK PERIBADI PAS KEDAH.....ingatlah.anda semua naik dengan UNDI RAKYAT dan anda semua juga boleh jatuh dengan UNDI RAKYAT...

Jika nak perintah negeri mengikut kepala otak anda sendiri sila keluar dari PAS dan lawanlah bagi menang dan tadbirlah negeri tanpa perlu mengikut keputusan kepimpinan atasan. Kami tak mahu PAS KEDAH ini dijadikan Sykt Sdn Bhd oleh ANDA semua...

Dengan kelaku huduh yang dilakukan oleh segolongan anda ini kami tak mahu terpalit dikatakan punca kekalahan pada pertarungan akan datang....

Apa susulan 2 kes rogol terima hukuman ringan

KUALA LUMPUR: Dr. Siti Mariah Mahmud [PAS-Kota Raja] minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat menyatakan sama ada Kementerian bercadang untuk membawa usul meminda hukuman yang lebih berat kepada pesalah rogol bawah umur (statutory rape) dan apakah langkah dan tindakan susulan Kementerian terhadap 2 kes rogol bawah umur yang menerima hukuman ringan.
Beliau yang juga Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat bertanya demikian dalam soalan bagi jawab lisan pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Ahli-ahli Parlimen PAS yang turut mengemukakan pertanyaan bagi jawab lisan hari ini seperti di bawah.

Dr. Mohd Hatta Md Ramli [Kuala Krai] minta Menteri Kesihatan menyatakan apakah bentuk latihan dan berapakah kekerapan ia dijalankan untuk melatih kakitangan bagi membantu kewujudan perkhidmatan sokongan untuk pesakit mengerjakan ibadah semasa berada di hospital.

Che Uda Che Nik [Sik] minta Menteri Pelajaran menyatakan keperluan guru mengikut opsyen juga masih belum dapat diatasi walaupun kita telah merdeka lebih 54 tahun. Kekurangan guru opsyen utama terutamanya Bahasa Inggeris masih berlaku, apakah langkah Kerajaan untuk mengatasi masalah ini secara total.

Datuk Wan Abd Rahim Wan Abdullah [Kota Bharu] minta Menteri Pelancongan menyatakan usaha-usaha terkini yang dilakukan untuk menarik lebih ramai pelancong-pelancong dari Asia Barat melancong ke Malaysia.


Dr. Dzulkefly Ahmad [Kuala Selangor] minta Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri menyatakan apakah langkah-langkah konkrit dan strategik kerajaan, untuk menjamin 'survival dan daya saing' Proton dapat dipertahankan sama ada Kerajaan menghapuskan eksais duti, import duti atau cukai jualan terhadap kereta nasional ini.

Mohd. Nasir Zakaria [Padang Terap] minta Menteri Kewangan menyatakan:-
(a) nama dan jumlah syarikat perjudian yang mendapat lesen; dan
(b) kategori perjudian yang dibenarkan serta anggaran hasil yang diperoleh oleh Kerajaan dalam bentuk cukai dari tahun 2008 hingga 2011.

Datuk Taib Azamudden Md Taib [Baling] minta Perdana Menteri menyatakan apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh Kerajaan dalam usaha menubuhkan Institusi Wasatiyah sepertimana diuar-uarkan sebagai usaha memupuk perpaduan di kalangan rakyat pelbagai kaum dan agama.

Mohd. Abdul Wahid Endut [Kuala Terengganu] minta Menteri Kewangan menyatakan jenis dan jumlah amaun hutang Negeri Terengganu dengan Kerajaan Pusat dari tahun 2005 hingga September 2012.

Mohd Firdaus Jaafar [Jerai] minta Menteri Pengangkutan menyatakan untuk mengumumkan lokasi keseluruhan kamera AES di seluruh negara sama ada di jalanraya atau lebuhraya untuk mengesan hadlaju dan juga kesalahan di lampu isyarat.

Dr. Che Rosli Che Mat [Hulu Langat] minta Perdana Menteri menyatakan jumlah peruntukan yang diluluskan bagi projek-projek pembangunan di kawasan Parlimen Hulu Langat bagi tempoh 2008 hingga kini. Senaraikan projek yang dimaksudkan dengan peruntukan terperincinya.

Datuk Dr. Mohd Hayati Othman [Pendang] minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat menyatakan mengenai berapakah jumlah individu yang dapat dikumpulkan sejak program cari-cari dilaksanakan dan bagaimanakah ianya dapat mengurangkan kadar kemiskinan di dalam masyarakat dan apakah inisiatif Kementerian untuk menjadikan mereka ini boleh berdikari tanpa memerlukan bantuan sepanjang hidup.

Siti Zailah Mohd. Yusoff [Rantau Panjang] minta Menteri Kewangan menyatakan kedudukan terkini jumlah tanggungan hutang negara dan jumlah hutang isi rumah rakyat seluruh negara sehingga tahun 2012 dan penyelesaiannya.