Showing posts with label Mahfuz Omar. Show all posts
Showing posts with label Mahfuz Omar. Show all posts

Wednesday, December 26, 2012

Mahfuz: Gantung kes saman AES permainan politik p'raya?

Pengerusi Jawatankuasa Anti Saman Ekor (KASE) Datuk Mahfuz Omar mendesak pihak kerajaan untuk menyatakan pendirian berhubung prosiding saman operasi kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang ditangguhkan oleh Pejabat Peguam Negara (AG).

Selain itu Mahfuz juga meminta AG menyatakan sebab terperinci berhubung arahan penggantungan prosiding tersebut.

"AG perlu spesifikkan apa yang menjadi sebab penangguhan prosiding yang dilakukan. Kerana untuk apa prosiding ditangguh tetapi saman tetap dikeluarkan?

"Kita juga mencabar kerajaan, bukan AG, supaya ambil tanggungjawab menyatakan pendirian jelas tentang perkara ini. Kerajaan tidak pernah lagi mengeluarkan kenyataan. Jangan gunakan AG," kata Mahfuz dalam satu sidang media di ibu pejabat PAS di ibu negara hari ini.


Selasa lalu, AG mengarahkan supaya semua prosiding kes saman melalui AES digantung.

Dalam satu kenyataan, ia bagaimanapun menegaskan bahawa saman melalui AES yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) adalah sah.

Mahfuz juga mendakwa, pihak kerajaan menggunakan AG bagi meredakan kemarahan rakyat.

"Saya minta kerajaan buatlah keputusan jelas untuk penuhi permintaan semua pihak bagi menangguhkan operasi ini," katanya lagi.

Thursday, November 1, 2012

Perhimpunan tersebut tetap diteruskan - Mahfuz

Polis wajar benarkan Himpunan Kebangkitan Rakyat+

KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, pihak polis sepatutnya tidak mempunyai masalah untuk memberi kelulusan kepada Himpunan Kebangkitan Rakyat di Negeri Sembilan Sabtu ini.

Katanya, alasan yang dibangkitkan berhubung pengisian borang permohonan tidak lengkap adalah perkara kecil dan beliau percaya pihak penganjur akan mengambil maklum perkara itu.

"Apa yang penting adalah tempat yang telah ditetapkan untuk perhimpunan tersebut telah memenuhi kriteria yang telah ditetapkan undang-undang dari sudut keselamatan.

"Isu pengisian borang yang tidak mengikuti peraturan adalah perkara yang kecil," katanya.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly semalam bahawa  himpunan yang dijadualkan Sabtu ini itu melanggar Akta Perhimpunan Aman 2012 dan boleh dikenakan tindakan.
Saiful Azly berkata sehingga petang semalam, tiada sebarang permit di bawah akta undang-undang tersebut dikeluarkan kepada pihak penganjur.

Ini kerana borang permohonan dari penganjur tidak dapat diproses ekoran maklumat permohonan yang tidak lengkap seperti yang dikehendaki undang-undang.

Mengulas lanjut Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, pihak polis wajar membenarkan himpunan itu kerana ianya peluang untuk rakyat mendengar amanat daripada pemimpin mereka.

"Perhimpunan tersebut tetap diteruskan dan ia merupakan perhimpunan terakhir untuk rakyat dan pengundi mendengar amanat yang akan disampaikan oleh pimpinan utama Pakatan Rakyat," sambung beliau lagi.

Tuesday, September 18, 2012

Tunggu mandat akhir jika mahu PRU13 serentak, syor Pas


Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar

KUALA LUMPUR - Kerajaan Pusat pimpinan Barisan Nasional (BN) sewajarnya tunggu sehingga mandat lima tahun berakhir jika ingin melihat Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) diadakan serentak, kata Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar, hari ini.

Mahfuz berkata, pendekatan itu akan mengelakkan isu ada negeri yang mahu mengadakan pilihan raya umum negeri asing berbanding PUR13 peringkat persekutuan.

Mandat semasa Kerajaan Pusat akan berakhir 28 April 2013 manakala Dewan Undangan Negeri (Dun) secara berperingkat di akhir Mei depan, bergantung pada tarikh sidang penggal pertama masing-masing.

Jika tidak, kata Mahfuz, negeri-negeri mempunyai kebebasan mengikut peruntukan perundangan untuk mengadakan pilihan raya Dun khususnya yang membabitkan Kerajaan Negeri pimpinan Pakatan Rakyat (PR).


Sehubungan itu tegas beliau, tidak timbul isu kos yang bakal meningkat hingga lebih RM80 juta seperti yang didakwa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kerana tertakluk di dalam undang-undang dibenarkan membuat pilihan raya Dun secara berasingan.

"Memang tidak menjadi masalah. Jika tidak, kita tunggu saja Dun akan terbubar sendiri bila mandat berakhir hujung bulan April tahun hadapan," katanya.

"Kalau negeri Sarawak boleh buat pilihan raya Dun asing, mengapa tidak Kedah?" ulasnya ketika menjawab soalan pemberita dalam sidang media, hari ini.

Sebelum pertengahan 1990-an, Sabah dan Sarawak telah mengadakan pilihan raya negeri secara berasingan. Sarawak sehingga kini masih mengadakan pilihan raya negeri berasingan, di mana kali terakhir ia berlangsung April 2011.

Bagaimanapun kata Mahfuz, Kerajaan Negeri Kedah masih lagi belum membuat keputusan untuk mengadakan PRU13 secara berasingan atau bersama-sama dengan Kerajaan Pusat.

Kerajaan Negeri Selangor sebelum ini memutuskan akan mengadakan pilihan raya secara berasingan kerana SPR masih lagi belum membersihkan daftar pemilih.

Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena menambah yang pihaknya tidak menghadapi sebarang masalah jika calon luar dari kedah mahu bertanding dalam kerusi di negeri itu.

"Pas Kedah tidak hadapi sebarang masalah jika ada calon luar yang mahu bertanding di Kedah. Apa yang penting, calon itu mestilah lebih kredibel dan lebih baik daripada anak Kedah sendiri, barulah layak menjadi calon," tegasnya.

Mahfuz jangan 'kelolo' kerap sangat...!!!

Aduhai Mahfuz.. hang nie bukan akai tak bijak tapi hang nie KELOLO sangat sampai nak pedejei kerja buat Najib pun pada-pada laa jangan nampak sampai tak ketahuan biji sangat...

hang dok pelekeh kerja buat Najib tapi dalam masa yang sama orang akan tanya apa hang dok buat... Nama saja Naib Presiden tapi tak ada pon hang bawa satu isu gempaq yang boleh goncang UMNO BN... tak seperti RAFIZI dengan idea TURUN HARGA KERETA dan mengoncang Shahrizat dengan Isu lembu kondo dia...

Mai tang hang cuba tengok isu yang hang bawa dulu dok kemaih dengan KASE tapi lanie tengok senyap jaa begitu jugak dengan isu PEJ PENDAFTARAN dok register orang asing yang mana hang suruh orang yang terlibat saman bila hang sebut nama.. tapi depa tak layan jaa..lalu jadi di bawa angin lalu jaa...

Tapi mai lanie hang kerja dok kondem Najib apa yang dia buat... ingat orang akan perhatikan apa kerja buat kita.. Jika hang pun dok buat kelaku KELOLO macam nie letih laa nak depend hang...

Mai sini jika hang tak tau nak jadi LEADER bab apa dalam POLITIK MALAYSIA sehari dua nie.. apa kata hang ambik isu HARGA PADI yang tak naik-naik nie...


[keratan dari Kedahlanie.info]

Cuba hang jadi juara sat dalam isu nie.. rasanya kerja buat hang tu akan ada impaks yang maksima sebab isu nie kira dekat dengan pak tani...bertambah lagi hg dok bertanding di Kedah dimana boleh dikatakan kebanyakan rakyat Kedah jadi Pesawah Padi... habih nganga lagi... pie la buat kerja......
  • Zulaikha Zulkifli
  • 2:27PM Sep 18 2012
 
Naib presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata, perdana menteri cuba menakut-nakutkan orang Melayu apabila menyatakan bahawa pilihan raya umum akan datang merupakan penentu kepada kelangsungan orang Melayu.

Beliau juga percaya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang juga presiden Umno berkata demikian kerana "takut" dengan akan kehilangan kuasa untuk membentuk kerajaan.

Dengan mengaitkan slogan 1Malaysia BN, Mahfuz turut memperolok-olokkan usaha itu sebagai "Skim Takut 1Malaysia".

"Mereka takut kehilangan kuasa pada pilihan raya umum akan datang. Masih ada harapan lagi orang Melayu untuk berubah pendirian supaya tidak bersama Umno dan BN.

"Saya boleh katakan, mereka ini sedang jalankan Skim Takut 1Malaysia (ST1M) yang menunjukkan pemimpin Umno ada ketakutan dengan ambil pendekatan menakutkan orang Melayu," katanya pada sidang media di ibu pejabat PAS hari ini. 

Dalam ucapannya ketika menutup persidangan perwakilan Umno bahagian Pekan itu, Najib juga dilaporkan berkata "orang Melayu perlu sedar bahawa hanya Umno yang menjadi parti teras dalam BN yang akan dapat meneruskan perjuangan bangsa dan agama."

note -  Macam nie hangpa nak bagi jadi MB KEDAH ganti Ust Azizan...

Mahfuz: Kedah pun boleh panggil PRU asing

NURUL AINI MOHAMED ALI
18 September 2012
mahfuz omar
Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar 
 
KUALA LUMPUR - Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata, bukan satu isu besar jika Kedah tidak turut serta dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) seperti negeri Selangor jika Kerajaan Pusat memutuskan untuk membubarkan Parlimen.

Sehubungan itu katanya, tidak timbul isu kos akan meningkat, sehingga lebih RM80 juta seperti didakwa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), tindakan itu diperuntukkan oleh undang-undang.

"Kalau negeri Sarawak boleh buat pilihan raya Dun asing, mengapa tidak Kedah?" kata beliau ketika menjawab soalan pemberita pada sidang media, hari ini.

Bagaimanapun Kerajaan Negeri Kedah masih lagi belum membuat keputusan sama ada mengadakan PRU13 secara berasingan atau bersama-sama dengan Kerajaan Pusat.

Selangor sebelum ini memutuskan akan mengadakan pilihan raya secara berasingan kerana SPR masih lagi belum membersihkan daftar pemilih.

Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena menambah yang pihaknya tidak menghadapi sebarang masalah jika calon luar dari Kedah mahu bertanding dalam kerusi di negeri itu.

"Pas Kedah tidak hadapi sebarang masalah jika ada calon luar yang mahu bertanding di Kedah.

"Apa yang penting, calon itu mestilah lebih kredibel dan lebih baik daripada anak Kedah sendiri, barulah layak menjadi calon," tegasnya.

Sunday, September 9, 2012

[Isu Baling Kasut] Mahfuz suruh PERKASA saman dia hari nie jugak

Tidak perlu 7 hari, hari ini boleh - Mahfuz

KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar bertegas tidak akan meminta maaf kepada Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) berikutan kenyataannya bahawa kumpulan itu membaling kasut ke dalam masjid.
(Aksi segolongan aktivis yang dikatakan ahli Perkasa di Masjid Al - Hussain baru-baru ini)

Beliau berkata demikian setelah diberitahu bahawa Perkasa memberi tempoh selama tujuh hari kepadanya untuk meminta maaf berikutan kenyataannya bahawa kumpulan itu membaling kasut ke dalam masjid ketika serangan mereka ke atas Masjid Al-Hussain, Seberang Pumpong, Alor Setar baru-baru ini.

"Saya tidak perlu meminta maaf atas perbuatan yang memang dilakukan oleh Perkasa.

"Apa yang saya nyatakan memang berasas dan saya ada saksi-saksi," tegas Mahfuz (gambar).

Beliau juga berkata, Perkasa tidak perlu tunggu tujuh hari untuk mengambil tindakan undang-undang ke atasnya.

"Apa perlu tunggu begitu lama? Hari ini juga Perkasa boleh failkan kes mereka ke mahkamah.

"Mereka banyak duit dan mereka tidak ada masalah untuk melakukan perkara itu," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Mahfuz sebelum ini menegaskan, tidak ada gambar dan tidak ada rakaman yang disiarkan dalam Youtube tidak boleh menjadi bukti bahawa peristiwa itu tidak berlaku kerana ramai yang menyaksikan kasut dibaling ke dalam rumah Allah itu ketika serangan Perkasa ke atas masjid itu.

"Kalau tak ada rakaman sekalipun, kenyataan saksi-saksi juga diiktiraf oleh undang-undang," kata Mahfuz sambil mengulangi penegasan bahawa beliau tidak akan meminta maaf kepada Perkasa.

Ketua Perkasa Kota Setar, Datuk Mohd Yusof Ismail sebelum itu memberi tempoh selama tujuh hari kepada Mahfuz untuk meminta maaf berikutan kenyataanya bahawa Perkasa membaling kasut ke dalam masjid tersebut.

Beliau juga menuntut tiga akhbar termasuk Harakah menarik balik laporan mengenai perbuatan itu.

Mohd Yusof yang juga Naib Ketua Umno Bahagian Alor Setar berkata, tindakan undang-undang akan diambil terhadap Mahfuz dan tiga akhbar berkenaan jika mereka enggan berbuat demikian.

Beliau mengulangi dakwaannya sebelum ini kononnya apa yang dinyatakan itu tidak berasas sama sekali semata-mata kerana tidak ada rakaman video yang menunjukkan perbuatan membaling kasut itu berlaku.

Friday, September 7, 2012

PRU13 tak mungkin November, tapi...

KUALA LUMPUR: PAS beranggapan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) mungkin tidak diadakan pada November ini kecuali Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mendapat tekanan kuat dari Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, jika Najib tidak terkesan dengan tekanan Muhyiddin itu maka PRU13 akan diadakan pada tahun hadapan.

"Saya tidak nampak pilihanraya akan diadakan pada waktu terdekat walaupun sejak kebelakangan ini Najib menimbulkan andaian bahawa beliau akan bubar parlimen kerana banyak perkara yang menghalang.

"Namun beliau terpaksa membubarkannya jika Muhyiddin terus melakukan gerakkan untuk menjatuhkannya sebelum pilihanraya," katanya pada sidang media di Pejabat Agung PAS pagi ini.

Katanya, mungkin Najib berpendapat adalah lebih baik beliau jatuh bersama-sama dengan barisan kabinet Umno pada pilihanraya nanti jika dibandingkan kejatuhan beliau disebabkan gerakan Muhyiddin tersebut sebelum PRU13.

Tambah Mahfuz lagi, gerakkan desakan yang dilakukan oleh Muhyiddin itu kemungkinan besar boleh berlaku kerana beliau sebelum ini juga pernah mendesak mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Badawi sewaktu berada di Singapura agar Abdullah meletak jawatan dengan segera.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Pokok Sena itu turut membuat andaian jika tidak ada sebarang gerakan dilakukan adalah mustahil pilihanraya diadakan pada tahun ini kerana di sebabkan oleh faktor musim haji dan juga musim peperiksaan. [HD]

Saturday, July 28, 2012

Akibat serabut dilihat LOGO & TEMA Hari Kebangssan Tahun ini Negeri PR akan ada tema lain..!!!

Serabut gila tengok Logo & Tema Hari Kebangsaan Tahun nie...
 Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar membayangkan kemungkinan negeri di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat akan mengadakan hari kemerdekaan dengan tema yang berlainan, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

Bercakap dalam sidang akhbar di ibupejabat PAS di ibunegara hari ini, Mahfuz berkata, tema tersebut masih belum diputuskan memandangkan pertandingan merekacipta tema dan logo hari kebangsaan akan diadakan.

Beliau menegaskan demikian ketika diminta mengulas mengenai tema hari kemerdekaan tahun ini ''Janji Ditepati'', yang dianggap berat sebelah.


"Kita akan mengadakan satu tema lain dan juga akan mengadakan pertandingan untuk cipta tema dan logo.

"Kita juga akan melantik panel bagi pertandingan ini. Ia akan dilancarkan dalam dua tiga hari lagi. Dan pertandingan ini akan melalui Facebook," kata Mahfuz.

Jelas Mahfuz, tema yang perlu direka mestilah bersifat patriotik dan mengajak orang ramai agar cintakan negara dan bukan melambangkan mana-mana parti.

"Tema itu mestilah patriotik yang mengajak orang ramai. Bukan macam 'Janji Ditepati' yang orang akan terbayang BN.

"Itu slogan BN tapi pakai untuk hari merdeka," katanya.

Monday, July 16, 2012

FGVH: Mahfuz dah lomoq taik atas kepala kita semua demi Azizan

"Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang 
yang zalim." (Surah Al-Ma'idah : 51)
MAHFUZ Omar hari ini tak tahu nak persalah siapa dalam isu PKNK milik 500,000 FGVH.

Azizan Razakorang politik macam dia. Sanusi SetPol pun macam dia.

Kalau nak persalah pun, persalah pentadbiran PKNK tiada apa-apa sebab mereka ini bukan Menteri Besar Kedah.

Mereka ini bukan Pesuruhjaya PAS KedahMereka ini bukan ahli Majlis Syura Ulama PAS Kedah.

“Mereka (kakitangan) PKNK itu bekerja dengan profesional. Mereka mungkin telah biasa dengan sistem yang melangkaui keputusan lembaga pengarah yang diamalkan ketika pemerintahan Umno. 
“Bagaimanapun saya tidak menyalahkan mereka. Keputusan itu dibuat dengan mengambil kira faktor keuntungan, bukannya pegangan politik kerajaan negeri.
“Saya tidak lihat wujud unsur sabotaj dalam perkara ini ... kakitangan ini telah biasa mendahului lembaga pengarah dalam membuat keputusan, amalan biasa pemerintahan kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN)...kita perlu ambil sedikit masa untuk mengubah amalan mereka,” kata Naib Presiden PAS itu di The Malaysian Insider.
Buat apa dipertikai pengkhianatan kerajaan Umno BN pusat penyenaraian FGVH di Bursa Saham? 

Tujuan Najib Razak dan Isa Samad buat semua ini pun semacam yang Mahfuz kata, iaitu "Keputusan itu dibuat dengan mengambil kira faktor keuntungan..."

Peduli apa dengan nasib peneroka Felda. Mazlan Aliman ini tak ghetiii hormat ulamak macam Azizan Razak, sebab itu dia konsistan lawan rejim melalui ANAK.
Sia-sia rakyat, Pakatan Rakyat, semua pemimpin serta ahli PAS berpecah peluh di bawah terik panas menyertai himpunan Oren dari Masjid Jalan Duta, KL ke Istana Negara bagi bantah Umno BN khianat peneroka Felda.
Mahfuz kata,  "Keputusan itu dibuat dengan mengambil kira faktor keuntungan..." 
Mahfuz bukan setakat khianat perjuangan rakyat, malah macam lomoq taik atas kepada semua kita.
Semoga Allah mendengar doa orang-orang yang zalim dan berikanlah hidayah kepada saya yang hina-dina ini, Mahfuz, Azizan Razak, Sanusi dan seluruh pejuang Islam di tanah air ini supaya jauh dari kezaliman pemerintah.
Firman Allah yang bermaksud, "Jangan kamu cenderung pada orang-orang yang melakukan kezaliman, kelak kamu disambar api neraka..." [Surah Hud: 113]

Mahfuz: PKNK beli saham FGVH bukan sabotaj

Mahfuz Omar
Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar menganggap tindakan Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) membeli saham Felda Global Ventures Holding Berhad (FGVH) "bukan satu sabotaj walaupun berpendapat ia tidak sepatutnya berlaku".

Sebaliknya, beliau berpendapat ia mungkin disebabkan "kegagalan pegawai yang terbabit memahami dan menjiwai keputusan politik dan parti" yang menguasai negeri tersebut.

"Saya tidak menganggap perkara ini sebagai sabotaj. Tetapi mereka berfikir ini berniaga, (ada) untung, rugi. (Lagipun) duit itu bukan kepentingan mereka atau menteri besar.

"Duit itu, kalau untung, untuk pembangunan negeri dan rakyat," katanya sambil menegaskan bahawa pembelian saham itu dibuat tanpa merujuk kepada lembaga pengarah PKNK.


Sebelum ini, Ketua eksekutif PKNK Datuk Abdul Rahman Ibrahim dilapor mengesahkan perbadanan itu membeli 500,000 unit saham FGVH di bawah peruntukan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) yang ditawarkan kepada Bumiputera.

Abdul Rahman menegaskan bahawa pemilikan saham FGVH oleh PKNK adalah mengikut prosedur sah dan tiada kaitan dengan politik.

Difahamkan pejabat menteri besar turut menjelaskan bahawa keputusan pembelian saham itu dibuat sebelum dibawa kepada pengetahuan lembaga pengarah.

Ditanya mengenai tindakan PAS berhubung perkara tersebut, Mahfuz yang juga ahli parlimen Pokok Sena berkata:

"Lembaga pengarah pun sedar, mereka (telah) memaklumkan kepada saya. Mereka buat keputusan selepas beli saham. Akhirnya mereka kata, lepas ini kena jual. Sebab itu (mereka akan) jual berperingkat".

"Nak kata apa dah, sudah beli. Jadi bagi saya mengambil masa untuk kita nak mengubah pegawai bahawa amalan kita harus berbeza dengan kerajaan dulu," katanya.

Bagaimanapun, beliau menghormati pegawai yang bekerja "secara profesional" dan mereka tidak melihat pendirian politik dan parti yang menguasai kerajaan".

"(Saya) tidak menganggap pegawai ini bersikap khianat. Tidak. Dia bukan beli untuk keuntungan peribadi, tapi menguntungkan perbadanan... Mereka tengok boleh buat duit atau tidak," katanya .

Tindakan PKNK membeli saham FGVH menjadi buah mulut dalam blog dan twitter pro-Pakatan dan pro-Umno. Ini kerana penyenarian anak syarikat Felda itu ditentang hebat oleh Persatuan Anak Peneroka Kebangsaan (ANAK) yang dipimpin oleh ahli jawatankuasa PAS pusat, Mazlan Aliman.

Kemuncak penentangan tersebut ialah perhimpunan Oren serta perarakan ke Istana Negara untuk menyerahkan memorandum memohon campurtangan Yang di-Pertuan Agong berhubung penyenaraian FGVH Sabtu lalu.

Perhimpunan serta perarakan yang secara aman itu dianjurkan oleh Gerakan Selamatkan Felda yang dianggota daripada 50 NGO yang menentang penyenaraian tersebut. [MalaysiaKini]

Saturday, July 7, 2012

Penasihat Petronas Taik Kucing..!!!

Pecat Mahathir dari Petronas - Mahfuz

KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar mendesak agar kerajaan mengambil tindakan segera memecat Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai penasihat Petronas.

Tindakan itu perlu diambil kerana kegagalan beliau menjaga kepentingan Petronas dan sebaliknya menjaga kepentingan syarikat yang ada kaitan anaknya, Petron Malaysia.

Mahfuz yang merujuk kepada perjanjian khas antara Petron dan MAS yang ditandatangani pada 29 Jun bagi membekalkan dan membeli bahan api Airbus A380 syarikat penerbangan negara selama enam bulan, bermula 1 Julai lalu.

"Mahathir sepatutnya mengutamakan kepentingan Petronas dengan melobi agar syarikat minyak negara diberi peluang untuk membekalkan bahan api kepada pesawat Airbus A380 kerana ia selaras dengan jawatan yang dipegang olehnya.

"Namun beliau mengenepikan Petronas tetapi mengunakan pengaruhnya melobi untuk syarikat milik keluarga beliau," jelasnya.

Tambahnya lagi, tindakan Mahathir itu menunjukkan sikap tidak bertanggungjawab beliau selaku Penasihat Petronas kerana lebih mengutamakan syarikat minyak milik keluarganya dari syarikat milik negara.

"Sepatutnya Petronas diberi peluang kerana kedua-duanya iaitu MAS dan Petronas adalah syarikat milik negara namun disebabkan kepentingan peribadi lebih diutamakan maka syarikat kroni diberi peluang," sambungnya lagi.

Pada Ogos tahun lalu, syarikat konglomerat San Miguel yang turut dikuasai Mokhzani Mahathir telah menandatangani perjanjian untuk membeli 65 peratus kepentingan ExxonMobil pada harga AS$610 juta (RM1.89 bilion).

Sebahagian daripada perundingan itu, San Miguel akan menguasai anak-anak syarikat perniagaan hiliran ExxonMobil di Malaysia iaitu Malaysia Sdn. Bhd. dan Exxon Mobil Borneo Sdn. Bhd.

Serang Pakatan


Ahli Parlimen Pokok Sena itu (gambar) juga turut berpendapat, serangan yang dilakukan oleh Mahathir terhadap Pakatan Rakyat adalah sebagai agenda peribadi beliau bukannya agenda politiknya.

"Kita lihat macam mana Mahathir menyerang Pakatan Rakyat dan beliau ingin pastikan agar Barisan Nasional (BN) terus memerintah bagi menjamin kekayaan negara dapat dimonopoli oleh beliau.

"Sebab itu kontrak awal hanya enam bulan ia hanyalah sebagai menghadapi pilihanraya dan jika Pakatan Rakyat memerintah maka kontrak itu akan tamat tetapi jika BN terus memerintah saya pasti kontrak itu akan disambung lagi," tegasnya.

Sebelum itu, pada 5 Jun, MAS juga menikmati bekalan bahan api daripada Petron apabila ia membawa kakitangan dan tetamu untuk mencuba penerbangan A380, termasuk Dr Mahathir.

MAS menerima pesawat A380 pertama di Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada Jumaat.

Ketua Pegawai Eksekutif MAS Group Ahmad Jauhari Yahya dilapor berkata syarikat penerbangan itu gembira mendapat rakan yang sama komited kepada keperluan mesra alam Airbus A380.

Bagi meraikan hubungan baru itu, Petron menyediakan bahan api percuma bagi penerbangan sulung pesawat A380 MAS, penerbangan MH2 dari Kuala Lumpur ke London pada malam Ahad sebelum ini.

Monday, April 16, 2012

Mahfuz kata Pejabat PM tempat operasi 'TASK FORCE'..!!


Mahfuz Omar
Macam yang pernah aku ulas sebelum ni dalam artikel bertajuk "Task Force MyKad: Mahfuz tubuhkan API pulak" satu Gerakan Anti Pemalsuan IC (API) dah pun ditubuhkan dan dipengerusikan oleh Hj Mahfuz Omar.

Macam yang aku tulis dalam artikel "Task force MyKad: Mahfuz buat tindakan kamikaze?" kerja CELAKA yang secara mudah bagi IC kepada warga asing dan kemudiannya daftarkan depa sebagai pengundi ni memang satu pengkhianatan kepada negara.

Kalau tengok imej di bawah ni, aku yakin adalah hasil kerja Task Force CELAKA tu. Kalau betul imej dapatan kat bawah ni adalah hasil kerja CELAKA Task Force MyKad, menggambarkan yang Task Force tu memang ada kuasa penuh dan depa bpoleh buat apa saja ke atas database Jabatan Pendaftaran negara dan Suruhanjaya Pilihanraya.

[Klik untuk image lebih jelas}
Sudah barang tentu Najib takkan berani benarkan Suruhanjaya Diraja ditubuhkan untuk siasat kerja CELAKA tu. Pasainya macam yang Hj Mahfuz kata kerja CELAKA Task Force ni beroperasi di pejabat Perdana Menteri dan diketuai oleh Penasihat keselamatan Perdana Menteri.

Jadinya, pilihan yang kita ada cuma BERS✔H 3.0.

Saturday, April 7, 2012

Bersih 3.0 himpunan rakyat, tidak rela diperalat Umno

KUALA LUMPUR, 7 April: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menegaskan perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April ini adalah perhimpunan rakyat yang tidak rela diperalatkan oleh Umno dan Barisan Nasional (BN).

"Hanya orang yang tidak siuman sahaja yang menuduh rakyat yang berhimpun dalam perhimpunan Bersih 3.0 diperalatkan oleh mana-mana pihak.

"Hakikat sebenarnya, ia adalah adalah perhimpunan rakyat yang tidak mahu lagi diperalatkan oleh Umno dan BN yang memperalatkan pilihan raya yang kotor dan tidak adil untuk terus mencengkam kuasa," tegas beliau.

Mahfuz meminjam kata-kata yang Sasterawan Negara, A Samad Said yang menegaskan bahawa beliau "bukan diperalatkan tapi dimanfaatkan".
"Tidak ada siapa yang diperalatkan, semua pihak yang terlibat dalam Bersih 3.0 merasa diri masing-masing dimanfaatkan bagi mencapai tujuan untuk memastikan pilihan raya yang adil dan bersih di negara ini," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Mahfuz yakin, rakyat yang berakal akan mentertawakan orang-orang tidak siuman yang menggunakan isu perkauman dan menyebarkan fitnah kononnya rakyat yang menyertai perhimpunan Bersih 3.0 diperalatkan.

"Dulu kumpulan itu jugalah yang menyebarkan dakyah kononnya mengundi calon-calon bukan Islam dari MCA, MIC dan Gerakan sama seperti mengundi orang Islam juga, iaitu sama seperti mengundi Presiden Umno.

"Dakyat itulah yang mereka tabur sejak zaman Tunku Abdul Rahman sehinggalah zaman (Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib (Tun Razak) kini," kata beliau.

Orang-orang Melayu, katanya, sudah meluat dengan dakyah basi yang penuh pembohongan itu.

"Mereka juga tidak tentu hala menuduh sana sini. Ada yang mengarut dan mendakwa rakyat yang menyertai perhimpunan Bersih diperalatkan oleh (Datuk) S Ambiga.

"Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Datuk) Wan Ahmad Wan Omar pula menuduh Ambiga telah diperalat oleh pemimpin politik. Sekejap tuduh begitu, sekejap tuduh begini.

"Yang tak pernah mereka sebut ialah merekalah yang sebenarnya menjadi alat perkakas kepentingan peribadi para pemimpin Umno dan BN," kata Mahfuz.

Beliau juga melahirkan keyakinan rakyat yang waras dan tidak mahu diperalatkan Umno dan BN akan membanjiri Kuala Lumpur dan tempat-tempat perhimpunan Bersih 3.0 yang lain di seluruh negara.

Sunday, March 4, 2012

Ikut dialah nak saman saya, saya bukan tuduh dia pun

Mahfuz: 'Hak Hasan Ali kalau nak saman'

Mahfuz Omar

SHAH ALAM – “Ikut dialah nak saman saya, saya bukan tuduh dia pun.” Demikian kata Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar ketika mengulas kenyataan Datuk Dr Hasan Mohamed Ali semalam, mengumumkan mahu menyaman beliau berhubung dakwaan ditaja oleh Kementerian Belia dan Sukan.

Beliau menegaskan, kenyataannya bukan tuduhan melulu, tetapi cuma mahu Kementerian Belia dan Sukan memberi penjelasan tentang isu tajaan lebih 2,000 program ceramah Hasan.

“Saya bukan tuduh dia (Hasan), saya hanya minta KBS beri penjelasan dan mahu kes ini disiasat dan diaudit, kenapa dia pula yang nak melatah. Kalau yang nak saman pun bukan dia, dia tak ada hak nak saman sebab bukan saya cakap dia terima duit, tetapi program dia ditaja.

"Jika terniat nak saman pun KBS, bukan dia,” kata beliau ketika dihubungi Sinar Harian Online.

Semalam, Hasan mengeluarkan kenyataan mahu menyaman Mahfuz berikutan tuduhan bahawa Kementerian Belia dan Sukan akan menaja lebih 2,000 program ceramahnya.

Mahfuz berkata, Hasan hanya salah faham dan oleh itu, diminta jangan berperangai seperti orang yang mengalami histeria.

“Orang bukan tuduh dia ambil duit atau apa, kami minta penjelasan Kementerian Belia dan Sukan saja, kenapa perlu dia melatah sampai nak saman,” katanya.

Apabila ditanya pemberita sama ada Mahfuz mempunyai bukti Kementerian Belia dan Sukan menaja program Hasan, beliau menegaskan, Pas cuma menuntut penjelasan sama ada benar maklumat diterima bahawa sejumlah RM30 juta disalurkan kepada cawangan berkenaan bagi membiayai ceramah Hasan di seluruh negara.

“Semalam ada program belia Regatta Kanu Hari Belia Kebangsaan pun dia ada sama beri taklimat, kalau diikutkan semua program belia sekarang dia mesti ada.

"Itu yang saya suruh siasat dan minta menteri berkenaan beri penjelasan program dia ditaja KBS atau tidak, bukan menuduh,” katanya.

Saturday, January 21, 2012

Tukang karut Umno sempitkan perjuangan Islam

KUALA LUMPUR, 21 Jan: Ruang perjuangan dan perlaksanaan Islam tidaklah sesempit pemikiran Umno dan tukang karut terbarunya, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

"Wadah untuk memperjuang dan memartabatkan Islam hampir tiada batas sempadan, tidak kira di masjid atau di padang bola.

"Cakap-cakap kecewa tukang karut Umno yang terbaru benar-benar memperlekehkan Islam apabila ia menggambarkan maruah umat Islam terpaksa bergantung dan menempel atas sesuatu jawatan," kata beliau.

Malah, tegas Mahfuz, Islam boleh dimartabatkan tanpa mengira apa jua bidang yang diamanahkan.

"Bagi yang tidak berfikiran sempit, Islam boleh diperjuang dan dimartabatkan tidak kira dalam hal ehwal belia, sukan, pendidikan, pengajian tinggi, pembangunan modal insan, perumahan, pengurusan bangunan, pengurusan setinggan malah apa sahaja bidang.

"Tetapi kalau otak dan pemikiran masih lagi dalam acuan pemikiran jumud Umno walaupun mendabik dada kononnya pejuang aqidah seolah-olah hancur musnahlah aqidah semua orang tanpa beliau, tentulah Islam dan perjuangan memartabatkannya dilihat dari pemikiran yang sempit dan jumud," kata Ahli Parlimen Pokok Sena.

Menurut Mahfuz, orang yang melihat Islam sebagai ajaran suci yang mencakupi semua ruang dan bidang, sentiasa memohon perlindungan dari Allah agar tidak mengeluarkan cakap-cakap tidak menggunakan akal yang menyesatkan orang lain.

"Tetapi, dengan pemikiran sempit ajaran Umno, keluarlah cakap-cakap menyesatkan kononnya maruah dipijak kerana tidak dapat memegang portfolion hal ehwal Islam.

"Sedangkan orang yang memijak-mihak maruahnya sendiri ialah orang tidak puas-puas mendedahkan sisi-sisi buruk dan jelik dirinya sendiri," kata beliau.

Bagaimanapun, kata Mahfuz, apa yang berlaku itu menjadi pengajaran kepada semua pihak agar ikhlas memperjuangkan Islam.

"Bila kita memperjuangakan Islam, berusahalah untuk mengikhlaskan diri, tidak gila talak kerana tidak dapat jawatan lalu menjadi pengacau kerana sakit hati tidak mendapat jawatan yang diidam-idamkan seperti jawatan menteri besar dan sebagainya.

"Bagi melindungi sebab sebenar membuat kacau, pengacau sentiasa berubah-ubah alasannya membuat perangai, mula-mula dia mendakwa puncanya perkara ini, kemudian perkara itu dan selepas itu perkara yang lain pula.

"Hampir setiap hari bertukar-tukar sebab dan punca beliau menggelupur," katanya.

Mahfuz juga merasa geli hati melihat Umno berpesta di dalam media-medianya seperti orang mabuk seolah-olah mendapat "tangkapan yang lumayan".

"Kalau Umno ingat ia sudah mendapat tangkapan yang lumayan sebasgai modal kempennya, ia tentu amat menggelikan hati kerana apa yang dapat dicekup oleh Umno itu sudah ditolak oleh akar umbi sehingga tidak mendapat pencalonan dari akar umbi untuk terus menjadi wakil mereka," katanya.

Bagaimanapun, Mahfuz yakin Umno akan tetap "terkinja-kinja keseronokan dengan apa yang dicekupnya itu" walaupun menjadi bahan ketawa orang ramai.[HarakahDaily]

Monday, January 9, 2012

ADUN Bukit Lada rai pelajar cemerlang

BUKIT LADA – Seramai 82 pelajar cemerlang UPSR dan 65 anak-anak yatim di sekolah-sekolah sekitar DUN Bukit Lada diraikan dalam Majlis Sumbangan Pelajar Cemerlang UPSR dan Anak-anak Yatim, di Markas PAS, Cawangan Batu 8, di sini.

Setiap pelajar cemerlang UPSR mendapat wang tunai RM50, sijil penghargaan dan beg sekolah sementara anak-anak yatim dihadiahkan beg dan pakaian sekolah.

“Kita menghargai kecemerlangan mereka yang mendapat keputusan 5A dalam UPSR selain membantu anak-anak yatim untuk memulakan sesi persekolahan pada tahun ini.

“Pakaian sekolah diberi menggunakan kupon dan boleh menukarnya di kedai-kedai yang telah ditetapkan. Ini bertujuan mengelak berlaku masalah saiz dan sebagainya,” jelas ADUN Bukit Lada, YB Ahmad Izzat Mohamad Shauki.

Ahli Parlimen Pokok Sena, YB Dato’ Mahfuz Omar antara yang hadir bersama dalam majlis tersebut. Bantuan dan sumbangan berkenaan disalurkan melalui Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) DUN Bukit Lada.

Monday, January 2, 2012

Henti punggah harta negara untuk kenduri kroni

KUALA LUMPUR, 3 Jan: Kerakusan kerajaan bodoh memunggah harta negara untuk dikendurikan kepada kroni-kroni bodoh mesti dihentikan segera, kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz.

Merujuk kepada tindakan pengurusan Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) yang dengan mudah memberikan sehingga RM1.76 juta kepada seorang tauke teksi kononnya untuk mendapatkan khidmat nasihat, beliau berkata tindakan itu kian diejek sebagai tindakan yang amat bodoh oleh orang ramai.

"Tetapi yang lebih penting untuk disedari oleh rakyat ialah pemunggahan harta negara sehingga RM250 juta untuk diberikan kepada kroni yang hari ini semakin dituduh bodoh tidak akan dilakukan melainkan oleh kerajaan yang bodoh sahaja.

"Hanya kerajaan bodoh sahaja yang menaburkan wang sebegitu banyak kepada orang yang dituduh bodoh," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Di sisi yang lain pula, Mahfuz mempersoalkan, adakah RM1.76 juta itu mungkin sengaja diberikan kepada tauke teksi yang dilihat umum penuh dengan aksi yang menggelikan hati ketika didakwa di mahkamah itu dengan perkiraan untuk memperlihatkan kepada umum bahawa NFC menjadi mangsa penipuan dan bukannya pihak yang menyelewengkan wang rakyat.

"Jika benar itulah perkiraannya, kerajaan yang dengan begitu mudah memberikan sehingga RM250 juta kepada NFC tetap merupakan kerajaan yang bodoh," katanya.

Kerajaan yang cerdik, kata Mahfuz , tidak akan "memfaraidkan" wang negara sehingga RM250 juta untuk digunakan sesuka hati bagi memuaskan keinginan pihak yang mendapat wang itu seperti membeli kondominium di Kuala Lumpur dan Singapura kononnya untuk mendapatkan pulangan cepat sambil menghabiskan RM1.76 juta dan kemudiannya diberitakan pula telah menjadi mangsa penipuan.

"Lebih penting dari semua itu, kerajaan bodoh yang memberikan sebesar RM250 juta kepada NFC itu turut melibatkan Perdana Menteri kini yang pada waktu itu menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri kini yang pada waktu itu menjadi Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia yang kementeriannya terlibat secara langsung dengan pemberian projek NFC.

"Dan, mereka jugalah yang bersungguh-sungguh membela (Menteri Pembagunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri) Shahrizat (Abdul Jalil) dan keluarganya yang memiliki NFC itu ketika cara penggunaan dana oleh NFC didedahkan sebagai kucar kacir oleh laporan Ketua Audit Negara dulu.

"Nampak benar kerajaan bodoh berusaha untuk menyembunyikan kebodohannya," kata beliau.

Mengambilkira bencana yang akan menimpa mereka dengan tindakan sebodoh itu, Mahfuz menyeru rakyat segera merebut apa sahaja peluang yang ada untuk menghentikan penganiayaan ke atas mereka dengan perbelanjaan bodoh harta mereka itu.

Jumaat lalu, Seorang tauke teksi Datuk Shamsubahrain Ismail yang dilaporkan cuba memberi rasuah kepada pegawai kanan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersil ketika siasatan ke atas NFC dijalankan telah didakwa di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur atas tuduhan menipu.

Shamsubahrain dituduh menipu Pengerusi NFC Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail sebanyak RM1.76 juta sebagai bayaran kononnya untuk mendapatkan khidmat penasihat.

Mohamad Salleh ialah suami Shahrizat.

Sunday, January 1, 2012

Tiada sebab untuk rakyat menolak kepimpinan Pakatan Rakyat (PR) Kedah.

‘Tiada sebab tolak kerajaan PR’
Oleh : ROSLINDA HASHIM
Tarikh : January 1, 2012
mahfuz

ALOR SETAR - Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar yakin Kedah kekal bawah pentadbiran Pas kerana tiada sebab untuk rakyat menolak kepimpinan Pakatan Rakyat (PR) Kedah.

Katanya, rekod cemerlang yang ditunjukkan oleh kepimpinan sedia ada jauh berbeza dengan kepimpinan yang diterajui Barisan Nasional (BN) lebih 50 tahun lalu.

“Pemimpin Pas tidak pernah guna dana Kerajaan Negeri untuk anjur program parti, berbeza dengan pemimpin Umno yang secara terang-terangan buat begitu, Buktinya semak sahaja Laporan Audit Negara atau bandingkan kewangan negeri ketika ditadbir Pas dan BN,” katanya, ketika berucap pada Jamuan Dana Pilihan Raya Pakatan Rakyat Dun Derga, Parlimen Pokok Sena, di Dewan Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS), malam kelmarin.

Pada majlis itu, Mahfuz selaku Ahli Parlimen Pokok Sena menerima sumbangan untuk disalurkan kepada dana pilihan raya terbabit.

Menurutnya, Pas Kedah telah membuktikan transformasi politik di negeri ini adalah lebih baik berbanding diterajui BN.

“Kita amal politik bersih, sebab itu dalam Pilihan Raya Umum ke-13 nanti, saya percaya kita boleh melangkaui lebih jauh untuk ambil alih Putrajaya dan ubah masa depan rakyat,” katanya.

Mengulas isu Madrasah Salihiah, Mahfuz berkata, pihak berkenaan didakwa cuba putar belit fakta, kerana asyik menggembar-gemburkan mengenai perobohan madrasah, sebaliknya surau baru yang digantikan tidak pula dihebahkan.

“Mereka beri gambaran seolah-olah Kerajaan Negeri kejam dan tidak benar orang solat, sedangkan di Makkah pun, pernah dirobohkan masjid dan dibina yang baru, tidak pula timbul masalah,” katanya.

Mahfuz turut mengingatkan umat Islam di negeri ini supaya tidak mengheret institusi diraja mahupun agama dalam isu politik.

“Kita cuma mahu perindahkan Bandaraya Alor Setar, dan mencantikkan madrasah sedia ada. Diharap tiada pihak cuba cemar nama baik Tuanku Sultan apabila masing-masing pertahan fakta hingga mengaitkannya dengan perkenan Tuanku,” katanya.

Saturday, September 3, 2011

Aduhai Rosmah buat Ucapan Hari Raya mengalahkan PM....!!!

Mesej Aidilfitri: PAS pertikai slot ‘bersejarah’ untuk Rosmah

September 03, 2011

KUALA LUMPUR, 3 Sept — PAS mempertikaikan slot ucapan Aidilfitri istimewa dan berturut-turut untuk isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor menerusi media elektronik sambil menegaskan, perkembangan sedemikian tidak pernah berlaku di Malaysia sebelum ini.

Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar (gambar) berkata, “sebelum ini, tidak ada mana-mana isteri Perdana Menteri yang mendapat slotnya sendiri untuk memberikan ucapan sempena Hari Raya.”

“Sebelum ini, hanya Perdana Menteri mendapat slot seperti itu,” kata beliau dipetik Harakahdaily.

Pandangan sedemikian juga diketengahkan oleh beberapa pihak termasuk kepimpinan Pakatan Rakyat menerusi ruang media sosial Twitter sejak hari pertama Aidilfitri.

“Rosmah adalah orang pertama dalam sejarah yang mendapat slot khas untuk memberikan ucapan sempena Hari Raya selain Perdana Menteri,” kata Mahfuz lagi.

Ahli Parlimen Pokok Sena ini berkata, ia adalah paling istimewa untuk seorang isteri Perdana Menteri kerana ia tidak pernah berlaku sebelum ini.

Katanya, usaha itu diambil kemungkinan untuk menceriakan kembali tahap penerimaan terhadap Datuk Seri Najib Razak yang merudum teruk.

Hasil kajian Merdeka Center yang dikeluarkan Isnin lalu menunjukkan populariti semasa Najib telah merosot sehingga 59 peratus berbanding 72 peratus Mei 2010.

“Mungkin bila slot ucapan hari raya Najib dan slot yang khusus untuk Rosmah dipaksa berkali-kali kepada mereka yang menonton TV sepanjang Hari Raya, tahap puas hati kepada Najib akan naik 95 peratus,” katanya.

Mahfuz berkata beliau tidak menolak kemungkinan Rosmah sendiri yang memaksa supaya diberikan slot khas untuk dirinya yang disiarkan berturut-turut sejak 1 Syawal.

“Maklumlah kuasanya besar sebagai isteri Perdana Menteri,” kata beliau, dilihat merujuk kepada cakap-cakap bahawa Rosmah lebih berkuasa daripada Najib selaku Perdana Menteri dan Presiden Umno. Najib juga merupakan Pengerusi Barisan Nasional.

Jika benar Rosmah yang memaksa supaya diberikan slot khas itu kepadanya, Mahfuz tidak menolak kemungkinan isteri Perdana Menteri itu menuntut slot sedemikian untuk memuaskan kehendaknya sendiri.

Dengan sinis, Mahfuz juga dipetik berkata, beliau sangat berharap orang ramai tidak merasa loya apabila tidak henti-henti dipaksa menonton slot-slot ucapan mereka.