Showing posts with label Task Force. Show all posts
Showing posts with label Task Force. Show all posts

Monday, April 16, 2012

Orang dalam pecah lubang 'task force' sebab tak tahan...

Maklumat 'task force' IC dari orang dalam yang tak tahan

TEMERLOH, 17April: Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Mohd Hanipa Maidin menyifatkan Umno dalam keadaan tersepit untuk menang pilihan raya umum (PRU) sehingga tergamak melibatkan penipuan dan pengkhianatan kepada negara.

Beliau  yang mendakwa didedahkan sendiri maklumat berkenaan daripada orang dalam yang ‘dah tak tahan’, bahawa beberapa agensi terlibat memberikan kad pengenalan kepada warga luar atau yang masih belum layak.

“Di Selangor saja dah ratusan ribu kewarganegaraan diberi kepada mereka yang belum layak dan pengkhianatan Umno ini tak boleh dimaafkan langsung, hanya nak menang secara paksa sehingga membahayakan negara sendiri.

“Saudara tahu, ini diakui sendiri oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bahawa 45,000 nama tidak dipastikan warganegara jadi tidak dapat dibersihkan daripada Daftar Pemilih.


“Inilah sebabnya  itu kita sokong himpunan Bersih 3.0 untuk tuntut PRU yang adil kerana tanpa keadilan mana-mana negara pun boleh jatuh sebagaimana yang terjadi kepada beberapa rejim di Timur Tengah,” katanya ketika berceramah di sini semalam.

Turut berceramah di Bilik Gerakan PAS Taman Sri Semantan itu Adun Kuala Semantan Syed hamid Syed Mohamad, YDP PAS Temerloh Haji Jusoh Darus dan Ketua DAP Temerloh Woo Chee Wan.

Hanipa berkata, dua himpunan Bersih yang lepas telah berjaya membuang rasa takut di kalangan rakyat dan dapat dilihat generasi muda begitu berani keluar walaupun terpaksa bertempur dengan polis.

Dalam pada itu Hanipa berkata, perlunya BN dijatuhkan pada PRU akan datang kerana hampir kesemua institusi di negara ini telah rosak dan dipertikaikan umum.

“Bayangkan, mahkamah pun dah ada orang baling kasut kerana tidak dihormati lagi. Negara pernah digemparkan apabila bekas hakim Syed Ahmad Idid pernah menulis tentang rasuah berlaku di kalangan hakim.

“Bekas Ketua Hakim Tun Mohd Sufian pula pernah berkata beliau malu jadi rakyat Malaysia kerana institusi kehakiman dah jatuh maruah. Itu bukan cakap saja, tengok kes video Linggam ada Suruhanjaya Diraja tetapi apa tindakan terhadap Yusof Chin?,” soalnya.

Hanipa menambah, kini institusi polis kini mulai dipertikaikan apabila bekas ketuanya sendiri didakwa bersekongkol dengan gangster seperti didakwa seorang lagi pegawai tinggi polis Datuk Ramli Yusof.

Hanipa menceritakan, Ramli semasa majlis sambutan hari jadinya yang turut dihadiri Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar mengulangi dakwaan Datuk Mohd Zin dua orang besar terlibat melindungi penjenayah iaitu Musa Hasan dan Ghani Patail.

“Bayangkan yang ada bukti seperti itu tidak didakwa tetapi yang tiada bukti, seperti tangkapan ISA boleh dipenjarakan. Ini yang saya maksudkan institusi di negara telah dilihat tercemar,” katanya.

Mengenai hujah beberapa pemimpin Umno jika dimansuhkan hutang PTPTN mahasiswa negara boleh bankrap, Hanipa berkata itu hanya alas an sedangkan wang Negara yang dibazirkan jauh lebih banyak daripada itu.

“Ketua Audit Negara sendiri menjelaskan dalam laporannya setiap tahun wang negara ini bocor RM28 bilion. Itu satu, yang kedua RM19 bilion telah diberi kepada IPP iaitu syarikat yang sudah kaya.

“Dua item itu saja dah boleh hapus pinjaman PTPTN. Jadi kenapa kalau hapus RM43 bilion kata bankrap sedangkan itu untuk mahasiswa yang bakal menerajui negara?

“Kalau untuk selamatkan kroni tak timbul langsung hal bankrap. Ingat mereka selamatkan Tajudin Ramli dulu kerajaan ambil alih saham MAS yang berharga RM3 tetapi kerajaan bayar RM8. Baru ni dapat pelepasan hampir setengah bilion lagi. Kalau macam itu caranya memang negara boleh bankrap,” jelasnya.

Tegas Hanipa, sebab itulah BN perlu dijatuhkan, bukan saja negara bankrap wang tetapi bankrap moral.
“Sekarang perempuan yang dedah aurat didenda RM25, sebaliknya orang pandai, pakar dan sebagainya dibuang seperti Profesor Dr Aziz Bari dan Tan Sri Hasan Merican sehingga diambil bertugas oleh negara lain,” ujarnya lagi.

Mahfuz kata Pejabat PM tempat operasi 'TASK FORCE'..!!


Mahfuz Omar
Macam yang pernah aku ulas sebelum ni dalam artikel bertajuk "Task Force MyKad: Mahfuz tubuhkan API pulak" satu Gerakan Anti Pemalsuan IC (API) dah pun ditubuhkan dan dipengerusikan oleh Hj Mahfuz Omar.

Macam yang aku tulis dalam artikel "Task force MyKad: Mahfuz buat tindakan kamikaze?" kerja CELAKA yang secara mudah bagi IC kepada warga asing dan kemudiannya daftarkan depa sebagai pengundi ni memang satu pengkhianatan kepada negara.

Kalau tengok imej di bawah ni, aku yakin adalah hasil kerja Task Force CELAKA tu. Kalau betul imej dapatan kat bawah ni adalah hasil kerja CELAKA Task Force MyKad, menggambarkan yang Task Force tu memang ada kuasa penuh dan depa bpoleh buat apa saja ke atas database Jabatan Pendaftaran negara dan Suruhanjaya Pilihanraya.

[Klik untuk image lebih jelas}
Sudah barang tentu Najib takkan berani benarkan Suruhanjaya Diraja ditubuhkan untuk siasat kerja CELAKA tu. Pasainya macam yang Hj Mahfuz kata kerja CELAKA Task Force ni beroperasi di pejabat Perdana Menteri dan diketuai oleh Penasihat keselamatan Perdana Menteri.

Jadinya, pilihan yang kita ada cuma BERS✔H 3.0.

BERSIH 3.0 BAGI MENENTANG TASK FORCE IC WARGA ASING


Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengajak seluruh rakyat untuk turun ke Himpunan Bersih 3.0 yang akan diadakan pada 28 April 2012 bermula jam 2.00 petang bertempat di Dataran Merdeka. Perhimpunan ini amat penting bagi memastikan perjalanan pilihanraya ke 13 nanti benar-benar bersih dari sebarang penipuan.

Sejarah akan mencatatkan bahawa perhimpunan Bersih 3.0 adalah solidariti rakyat yang mahukan amalan demokrasi benar-benar tertegak di negara ini. Rakyat tidak rela diperkotak-katikkan dengan pelbagai penipuan oleh kerajaan UMNO-BN. Selama 55 tahun negara ini dirundung kemuraman dan kegelitaan kerana demokrasi yang mati.

Sistem pilihanraya adalah penentu hidup dan mati demokrasi di negara ini. Sistem pilihanraya yang pincang akan memincangkan seluruh amalan demokrasi negara. Kebebasan berhimpun, bersuara, berpersatuan, berpolitik, dan lain-lain lagi tidak akan menjadi realiti sekiranya sistem pilihanraya di negara ini masih terkongkong dan dikawal rapi oleh parti pemerintah. Kekangan dalam sistem pilihanraya menandakan kerajaan BN tidak rela demokrasi tertegak sepenuhnya. Tindakan kerajaan BN berlunak dengan pelbagai pembaharuan adalah kosmetik semata-mata bagi mengabui mata rakyat untuk mendapatkan sokongan.

DPPM mengingatkan rakyat jika kehadiran rakyat kurang dari sasarannya, tidak akan ada pembaharuan dilakukan oleh kerajaan dalam memastikan sistem pilihanraya di negara ini bersih dan adil. Tuntutan Bersih 2.0 sebelum ini hanya dilayan dan dilaksanakan satu sahaja daripada lapan yang dituntut. Jawatankuasa Khas bagi penambah baikan sistem pilihanraya (PSC) pula adalah tempelan bagi menunjukkan seolah-olah kerajaan telah membuat perubahan yang hakikatnya hanya sedikit dari sekian banyak desakan pembaharuan dibuat.

Pendedahan Ahli Parlimen Pokok Sena, YB Datuk Mahfuz Omar mengenai kewujudan task force pemberian kad pengenalan palsu yang diketuai oleh beberapa kakitangan tinggi kerajaan mengesahkan bahawa perhimpunan Bersih 3.0 wajib diadakan dan perlu disertai oleh semua rakyat di negara ini. DPPM yakin, Bersih 3.0 sebagai usaha menghalang penipuan task force ini.

Rakyat perlu bangkit menjadi hakim kepada pengkhianat negara yang sanggup menjual kedaulatan negara kepada warga asing. DPPM menganggap Bersih 3.0 sebagai benteng dan harapan terakhir rakyat bagi mengekang ‘grand design’ penipuan terbesar BN dalam PRU ke 13. Jika tidak rakyat terpaksa berdepan dengan ribuan pengundi luar negara yang diberikan kad pengenalan dan hak mengundi dalam pilihanraya kali ini. Tidak akan ada lagi ruang demokrasi di negara ini jika BN terus memerintah dengan sokongan daripada warga asing yang diberikan hak mengundi!