Showing posts with label Ahmad Izzat Mohd Syauki. Show all posts
Showing posts with label Ahmad Izzat Mohd Syauki. Show all posts

Monday, January 9, 2012

ADUN Bukit Lada rai pelajar cemerlang

BUKIT LADA – Seramai 82 pelajar cemerlang UPSR dan 65 anak-anak yatim di sekolah-sekolah sekitar DUN Bukit Lada diraikan dalam Majlis Sumbangan Pelajar Cemerlang UPSR dan Anak-anak Yatim, di Markas PAS, Cawangan Batu 8, di sini.

Setiap pelajar cemerlang UPSR mendapat wang tunai RM50, sijil penghargaan dan beg sekolah sementara anak-anak yatim dihadiahkan beg dan pakaian sekolah.

“Kita menghargai kecemerlangan mereka yang mendapat keputusan 5A dalam UPSR selain membantu anak-anak yatim untuk memulakan sesi persekolahan pada tahun ini.

“Pakaian sekolah diberi menggunakan kupon dan boleh menukarnya di kedai-kedai yang telah ditetapkan. Ini bertujuan mengelak berlaku masalah saiz dan sebagainya,” jelas ADUN Bukit Lada, YB Ahmad Izzat Mohamad Shauki.

Ahli Parlimen Pokok Sena, YB Dato’ Mahfuz Omar antara yang hadir bersama dalam majlis tersebut. Bantuan dan sumbangan berkenaan disalurkan melalui Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) DUN Bukit Lada.

Thursday, June 2, 2011

Jangan dok syok lancar program tapi kena lihat keberkesanannya sama..!!

Ustaz Izzat: Pakat-pakat Kalih

"'Jom Ubah' menyamai 'Pakat-pakat Kalih'." Ujar Naib Ketua Dewan Pemuda Negeri Kedah dalam ucapan perbahasannya pagi tadi.

Dalam ucapan perbahasan itu, Ustaz Ahmad Izzat bin Hj Shauk Naib Ketua Dewan Pemuda Negeri jelapang padi itu mengulas pelancaran program 'Jom Ubah' yang dilancarkan oleh Ustaz Nasharuddin Md Isa malam tadi.

Beliau berkata, Dewan Pemuda Pas Kedah pernah mengadakan "Program Pakat2 Kalih" yang menyamai "Jom Ubah" dalam usaha menarik sokongan terhadap Pas.

Namun begitu, Pas dilihat kerap melancarkan program-program yang pelbagai untuk menarik kelompok sasaran. Perlu diingatkan, orang muda sukakan sesuatu yang baru, segar serta sesuai dengan minat mereka. Justeru, Pemuda PAS Kedah mempersoalkan keberkesanan program-program yang sekian banyak telah dilancarkan dan ada yang telah dilaksanakan namun kurang berkesan dari segi kejayaannya sehinggalah ke peringkat pemantauannya.

Menurutnya lagi, di dalam ucaptama Ketua Dewan Pemuda PAS juga dilihat tidak memberi tumpuan kepada PRU13. Sedangkan PRU13 seharusnya menjadi agenda utama. Walaupun pelbagai gerak kerja program dirancang haruslah matlamatnya memberi nilai kepada PRU13 nanti.

Beliau mengajak perwakilan mengimbas kembali 5 fokus halatuju Dewan Pemuda . 5 KPI yang ditekankan pada muktamar 2009 sebagai fokus halatuju Dewan Pemuda sepanjang 2009-2011 perlu disegarkan kembali bagi menilai samada sudah tercapai matlamatnya dan sekaligus dapat menjadi tanda aras pencapaian Dewan Pemuda Pas di setiap peringkat.

Pada akhir ucapan Ustaz Ahmad Izzat menyampaikan sekalung tahniah buat Unit Kerja Jamaah yang dilihat berjaya dilaksanakan.