Sunday, December 30, 2012

Duit RM2juta Abdullah Sa'amah dah habis dah kot...???

He He He..mungkin duit 2 juta nie dah habis dah kot sebab 
tu yang semangat dok nak bercakap semula....
 
Guru pondok bimbang Hadi raih simpati di TV

Seorang guru pondok Abdullah Sa'amah berkata beliau tidak bersetuju dengan kesediaan stesen televisyen untuk memberi peluang kepada presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk menjelaskan amanat yang didakwa dibuat pada 1981.

Menurut laporan akhbar Utusan Malaysia, Abdullah bimbang Abdul Hadi akan menggunakan peluang itu untuk berkempen dan menarik simpati masyarakat kepada PAS.

"Saya tidak sokong RTM atau TV3 bagi peluang kepada Abdul Hadi muncul, jangan kata selama sejam, 30 minit atau 20 minit pun saya tidak setuju sebab dia akan pusing kenyataannya sehingga orang ramai yang kebanyakannya jahil menjadi semakin keliru," katanya.

Beliau mengulas syarat Abdul Hadi yang mahu memberi penjelasan mengenai amanat tersebut melalui siaran langsung di televisyen.

Akhbar itu turut memetik kenyataan seorang bekas ketua cawangan PAS Jusoh Hamat yang mendakwa beberapa orang penyokong parti itu di Pasir Puteh, Kelantan sanggup berbasikal sejauh 10km disebabkan amanat oleh Hadi yang didakwa menghalang anggota PAS daripada bersembahyang mengikut imam Umno.

"Namun saya tidak sebodoh penyokong PAS yang lain kerana amanat Haji Hadi tidak pernah saya patuhi. Solat Jumaat saya tetap bertahan sebagai makmum di belakang imam Umno," katanya.

Sementara itu, laporan New Straits Times pula memetik kenyataan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria yang berkata presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sepatutnya bertindak tawadduk dengan meminta maaf dan tidak meletakkan syarat untuk menjelaskan amanat pada 1981 yang kini kembali meraih kontroversi.

Menurut laporan , Harussani berkata Abdul Hadi sepatutnya terus meminta maaf dan tidak meletakkan syarat supaya kenyataannya itu dipancarkan melalui siaran langsung televisyen.

Harussani juga mahu Abdul Hadi bertaubat dan menarik balik "amanat" yang didakwa menyebabkan perpecahan di kalangan orang Islam di negara ini.

Sementara itu, Berita Harian memetik kenyataan penasihat jabatan agama Johor Datuk Nooh Gadut yang berkata Abdul Hadi perlu ikhlas memberi penjelasan dan tidak meletakkan syarat.

"Orang yang meletakkan syarat selalunya orang yang ada kepentingan dan berada di pihak yang salah. Hadi bertanggungjawab menyelesaikan masalah ditimbulkan.

"Ini bukan masalah kecil, ini masalah agama, hukum hakam, akidah dan ada hubung kait dengan al-Quran, as-Sunnah, syurga dan neraka," katanya.

Tiba-Tiba JAKIM terjaga dari lena.....!!!!

Jakim jangan melatah lah!

1. Amat mengejutkan mengapa tiba-tiba Jakim saja bangkitkan hal 'Amanat Haji Hadi'. Mengigau ke Jakim ni?

2. Tak perlu orang macam saya pulak kena peringat orang dalam Jakim termasuk menteri agamanya..bahawa "Al-Ijtihad La Yanqudhu bi al-Ijtihad"..Sesuatu Ijtihad tidak boleh terbatal atau dipadam dengan ijtihad yang lain. Sifat ijtihad ialah 'Maudhu'iy' dan 'Waqi'iy'.. dihasilkan di dalam sesuatu realiti sosio-politik dan kehendak-tuntutan zaman (masa) dan makan (tempat).

3. Lantas menyuruh sesuatu itu ditarik balik adalah menafikan wujud sesuatu realiti dan kehendak yang menuntut 'amanat' itu diterbitkan sedemikian sifat tiga dekad yang lalu!

4. Samalah seperti tidak menyelami perhitungan mengapa wujudnya perbezaan Qaul Qadim (Ijtihad Lama) dan Qaul Jadid (Baru) Imam As Syafi'e di zaman Baghdad dan Mesir atas qadhiah atau maudhu (subjek-kes) yang sama.

5. Wajar bagi Jakim menumpu tugas-salahiyat utamanya mengurus penayaan Islam sekaligus nendepani kebejatan agama-moral ummat akibat pegangan agama secara longgar dan sesetengahnya emosi-jahil-ekstreme-melulu tanpa memahami Maqasid serta Tujuan di sebalik Syariat Islam.

6. Jakim mesti mengekalkan sifatnya yang tidak berpihak dan tidak jugak gelojoh menjatuhkan hukuman terhadap sesuatu atas desakan penguasa politik kalau tidak mahu terus kehilangan wibawa dan integriti.



7. Sebaiknya Jakim mewujudkan wacana ilmiah dan menghimpunkan seluruh tenaga ilmuan agama pelbagai bidang bagi memahami dan mendamaikan qadhiyyah atau isu secara tuntas dan bertanggungjawab. Jakim tidak wajar menjadi alat penguasa politik dalam memudaratkan kemurnian fahaman Islam dan hubungan baik antara agama.

8. Tuan Guru Haji Hadi tentunya mesti diundang sama membentang mengapa beliau terpanggil untuk menerbitkan 'Amanat' setegas dan sekeras itu bagi nenangani waqi' dan realiti ummat yang dilingkungi pemikiran penguasa politik dengan kebejatan fahaman sekularisme 'politik suku agama suku' dan pengkesampingan Islam dalam tadbir-urus serta pemerintahan negara.

9. Meskipun merujuk kepada sebuah parti Melayu yang dibincangkan ketika itu, namun Tuan Guru Haji Hadi tidak sebut pun nama parti itu dalam apa yang dikatakan amanatnya itu.

Aduhai Blogger UMNO... Dok Ulang Cerita bohong BAB RUMAH ANWAR DI AMERIKA laa pulak..!!!

Gambar Rumah Anwar Ibrahim di Amerika.. Bukan satu tapi banyak...

 


Sungguh aku tak sangka bahawa Anwar Ibrahim ini seorang yang kaya melampau rupanya.. ini berdasarkan gambar rumah di atas yang dikatakan milik Anwar Ibrahim di US.

Aku tak sangka Anwar itu begitu kaya kerana pernah dalam satu perjumpaan antara Blogger yang menyokong Pakatan Rakyat, Anwar hanya menyumbangkan RM50 sahaja buat beberapa orang blogger yang hadir itu.

Aku tak dapat pasal aku tak hadir, kawan aku yang sorang tu kata dia simpan lagi note RM50 tu sampai sekarang sebab dia tak tahu pasal apa Anwar bagi kat dia..

Jika dinilaikan harga rumah di atas dengan RM50 yang Anwar sumbangkan untuk Blogger PR itu ternyata Anwar Ibrahim adalah seorang yang kedekut bak kata orang ‘Taik Hidung Masin’.

Rumah Anwar Ibrahim?? Kah..kah..kah..

Sebenarnya kalau korang nak tahu gambar tersebut adalah dari posting Blogger utama Pro UMNO yang dipercayai ditulis ketika beliau sedang mabuk todi.

Gambar tersebut difitnah sebagai gambar rumah milik Anwar Ibrahim disebuah kawasan elit di Washington DC yang dikelilingi pelobi pelobi yahudi utama dalam pentadbiran Amerika.



Betulkah rumah Anwar Ibrahim tu??

Tengok ni... rupa-rupanya bukan satu saja rumah Anwar Ibrahim di US ni.. berlambak lagi.. tengok kat Google dibawah ni..


Kalau nak fitnahpun.. agak-agak la.. semuanya nak dikaitkan dengan Anwar Ibrahim.. lepas ni siarlah pula gambar Kapal Layar, gambar Jet Peribadi, gambar kereta mewah dan apa sajalah.. kan pencacai UMNO itu mudah untuk diperbodohkan...
  
Sumber Gambar: Semut dan Papan Kekunci

Ada pimpinan UMNO ajak debat.... Ustaz Fadzil Noor ulas lama dah !!!


Almarhum Datok Fadzil Noor :
Ulasan Debat Olok-olok UMNO & PAS

[Gempar] Azizan di kelilingi oleh 20 ribu pendemo bantah tebang balak di Pedu..!!!!

 20 ribu rakyat Kedah berdemo bantah tebang balak di Pedu (lawak hujung tahun ki ki kii..) 

(Caption: Sepatutnya kawasan hutan untuk tadahan air... UMNO tadah air dengan kayu balak? Konpius sepanduk tu.)
Oleh: Mat Yeh Pekan Naka

Kira-kira 20 pemuda UMNO Padang Terap yang diketuai oleh Wan Ketom mengadakan bantahan aman di tapak pengumpulan balak milik kerabat DiRaja. Mereka yang ditemui kebanyakannya tidak tahu apa tujuan mereka membantah.
"Kami hanya disuruh pegang kain rentang yang disediakan oleh puak di atas sana, upah makan tengahari dan rokok sorang sebatang," ujar seorang pelajar sekolah yang enggan namanya disiarkan.
Seorang peserta demonstrasi ketika ditanya, sama ada dia sedar bahawa air kesan pembalakan di Charuk Genting Bunga tidak akan masuk ke Tasik Pedu dengan tegas berkata, "Pasaipa kami tak tuu (tau) pulak bang, kami orang sini... dah lama dah kami tau TV3 dok muhong rakyat hah hah hah." Ujar budak angkat sepandok tu sambil gelak deraih.

[Video] Presiden PAS dah jawab lama dah dalam CERAMAH tapi UMNO nie buat bengong sebab tu dia nak LIVE di TV pulak..!!!

oleh AnakKedah007



So far Jawab dalam Ceramah memang dah jawab dah pun...bukan sahaja baru sahaja menjawab persoalan tersebut tetapi sudah bertahun dah isu tersebut di Jawab oleh TG Hj Hadi berkenaan isu KAFIR MENGKAFIR nie... namun UMNO nie macam kita dok kata laa CERAMAH mana depa mai dengaq.... sebab itu Tuan Guru mintak nak siaran LIVE di TV supaya penjelasan beliau dapat di lihat oleh semua RAKYAT MALAYSIA terutama penyokong UMNO yang dok pekak badak dan buat-buat tak faham lagi tuuu.... 

Namun ada pulak langau sekoq dua dok kata Tuan Guru gila nak masuk TV pulak... awat tak terangkan sahaja di CERAMAH saban malam tuuu...nie lah dikatakan UMNO...lidah pembelit..asyik nak cari alasan nak tunjuk macam terra sama ja dengan RAIS YATIM... nak bagi tapi RAKAMAN... 24jam hangpa bantai dia 7hari 7malam hangpa dok kata kat dia last bila dia mintak ruang untuk memberi penjelasan macam-macam pulak hangpa dok bagi alasan.. nampak sangat hangpa nie semata-mata nak dapat undi dan bagi orang ISLAM kita celaru dan hangpa sahaja betul...
JIKA anak jantan ayuh sahutlah cabaran TG Hj Hadi untuk beri pada dia 1 jam masa ON AIR dia secara LANGSUNG... ada berani dan jika betul-betul hangpa anak jantan....sembang sorang diri boleh laa.. nie dia tuan empunya badan dah menyahut...tunggu apa lagi ayuhhhh.....

http://anakkedah007.blogspot.com/2012/12/video-presiden-pas-dah-jawab-lama-dah.html

Dr. Zaharuddin Abdul Rahman - Isu Nama Allah

Dr. Zaharuddin Abdul Rahman
www.zaharuddin.net

Soalan untuk ruangan Soal Jawab BH Ahad:

262649_457888030939508_1073671673_n

1. Baru-baru ini Setiausaha Agung DAP dalam perutusan Hari Krismas ada membuat kenyataan menggesa kerajaan diterajui Barisan Nasional (BN) untuk membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam kitab Bible versi Bahasa Melayu. Apa pandangan Dr berhubung tuntutan itu?

Dalam banyak keadaan, orang politik sering mensasarkan sokongan pengundi dalam apa sahaja yang diseru, gesa dan desak. Dalam hal ini saya merasakan Lim Guan Eng juga mungkin sedang mensasarkan sokongan penganut Kristian terhadap parti itu. Sama ada betul atau tidak, saya merasakan tindakan tersebut mungkin kurang tepat, malah pada jangkaan saya, ia lebih mampu menyusahkan gabungan Pakatan Rakyat dan PAS khususnya serta mengurangkan sangka baik orang Melayu Islam terhadap DAP.  Tidak saya nafikan, Barisan Nasional juga adakalanya berkata-kata atau melakukan beberapa tindakan yang boleh melampaui sensitiviti umat Islam. Justeru saya nasihatkan lebih baik agar Barisan Nasional tidak menyahut saranan ini semata-mata inin memenangi undi penganut Kristian, kerana orang Kristian sendiri ada yang menolak pendekatan terjemahan God kepada Allah. Jika BN tunduk kepada desakan beberapa kumpulan Kristian ini, saya menjangkakan ia bakal memberi kesan yang buruk pula kepada BN khususnya sokongan Melayu Islam.   Selain itu bagi saya, pemuka Kristian tidak perlulah memperjuangkan isu nama Allah sama ada dalam terjemahan Bible versi Bahasa Melayu atau mana-mana bahan bercetak yang dikeluarkan oleh pihak Kristian. Mungkin yang lebih penting adalah menjaga kebajikan penganutnya dari sudut kebajikan fizikal khususnya. Manakala kebajikan berbentuk ‘spiritual’ boleh di laksanakan dengan menambah bajet atau apa-apa sahaja yang tidak perlu melampaui sensitiviti agama lain. Terjemahan ‘God’ yang sekian lama diterjemahn kepada tuhan, tiba-tiba ingin diubah kepada nama Allah tentunya melampaui garisan agama Islam. Pastinya ia bakal menimbulkan reaksi negatif umat Islam.


2. Dalam kenyataan mengenai isu kalimah Allah pada 2009, Dr ada menyatakan mengenai persetujuan kalimah Allah digunakan oleh Kristian tetapi melihat kepada fenomena di Malaysia, Dr beranggapan ia tidak sesuai. Boleh jelaskan lebih lanjut kerana memang ada pihak yang turut bersetuju membenarkan agama lain menggunakan kalimah Allah dengan alasan Allah untuk semua makhluk. (mungkin Dr boleh bagi nas yang tidak dapat diargue oleh pihak lain)+

Benar, pandangan peribadi saya setelah melihat hampir semua hujjah-hujjah yang dibentangkan oleh para ulama silam dan semasa, saya lihat ia adalah ‘valid’. Namun ia tetap jatuh dalam kategori hukum yang boleh berubah mengikut keadaan dan setempat. Hal hukum haram yang berubah menjadi harus, harus berubah menjadi haram disebabkan situasi tertentu ini adalah sesuatu yang boleh berlaku malah kerap berlaku sejak dari zaman Baginda Nabi Muhammad lagi. Namun ia mestilah setelah meneliti syarat-syaratnya yang termaktub di dalam perbahasan ulama Usul Fiqh. Satu kaedah fiqh menyebut :
“Tidak dapat disangkal bahawa beberapa jenis hukum berubah dengan perubahan masa (dan tempat). (Majallah al-Ahkam Al-Adliyah)

Ulama silam seperti imam Ibn Qayyim dan ulama kontemporari Syeikh Dr. Mustafa Az-Zarqa berkata, para ulama mazhab telah sepakat akan kaedah ini dalam hal-hal hukum cabang dan ijtihad, adapun hukum asas dan prinsip umum Islam tidak boleh berubah. Dalam hal ini, bab penggunaan nama Allah ini adalah dalam kategori isu cabang. ( Ighathah al-Lahfan, 1/330 ; Majalah Al-Muslimun, hlm 553 )

Ibn Qayyim dalam kitabnya ‘ilam al-Muwaqqien menyatakan lima sebab hukum furu' boleh berubah iaitu :-
•                     Tempat
•                     Masa
•                     ‘Uruf
•                     Situasi atau keadaan
•                     Niat

Dari sudut sebab mengapa hukum terbabit tidak sesuai di semenanjung Malaysia antaranya adalah :-
1.            Keputusan pemerintah dalam hal yang diperbezakan adalah terpakai. Telah diketahui dalam kaedah Fiqh, “Pemerintah yang bertindak dan membuat keputusan untuk rakyat MESTILAH berlandaskan kepentingan awam”.  Maka saya kira, apabila pemerintah Malaysia berdasarkan data dan fakta yang mereka miliki menyakini kebenaran di Malaysia bakal menyuburkan kemurtadan dan kekeliruan khususnya di musim kelemahan umat Islam, itu patut diterima oleh ilmuwan lain walau mungkin mereka mempunyai idea dan pandangan berbeza.

2.            Malaysia sering dilanda kontroversi apabila undang-undang sedia ada digunakan dalam beberapa kes bagi seseorang Islam murtad dengan bantuan orang bukan Islam. Demikian isu kematian individu yang telah memeluk Islam tetapi tanpa pengetahuan keluarganya dan beberapa yang lain. Kerap kali isu sebegini apabila ditimbulkan di dalam masyarakat, suasana menjadi tegang di antara agama. Ini tidak baik bagi keharmonian masyarakat dan mudah mencetus ketegangan yang sukar diredakan kelak. Justeru, hal yang tidak signifikan dalam agama Kristian sendiri seperti terjemahan ‘God’ kepada ‘Allah’ bagi Bible bahasa melayu ini tidak berbaloi atau ‘worth it’ untuk  diketengahkan dan disebut oleh pemimpin Politik seperti Lim Guan Eng. Malah media juga patut berhati-hati dan menghindarkan diri dari asyik menjolok dan memanaskan isu sebegini. Atas sebab itu, saya cenderung kepada mengekalkan terjemahan kepada TUHAN adalah lebih baik berbanding mengubah kebiasaan yang sudah diamalkan sejak turun temurun di semenanjung Malaysia. Hal di Sabah Sarawak, itu hal mereka di sana sejak berpuluh tahun lepas, mengapa perlu dibawa ke semenanjung?. Suasana penduduk dan sensitiviti masyarakat yang berbeza di sana dan di semenanjung patut dijaga.

3. Isu ini turut menimbulkan ketakutan dalam kalangan umat Islam khususnya yang memikirkan mengenai kesan negatif terutama dalam keadaan generasi muda hari ini yang agak lemah dan cetek mengenai ilmu agama. Mungkin Dr boleh tekankan aspek ini kerana kerisauan itu rasanya ada kewajarannya. Ini membabitkan hal akidah umat Islam yang terancam jika isu kalimah Allah tidak ditangani dengan berkesan.

Pertamanya, perlu difahami, dari sudut hukum asal, Kristian memang harus menggunakan nama Allah sebagai tuhan mereka, Cuma kita sebutkan dari sudut hak pemerintah untuk menyekat demi menjaga keharmonian Islam di tanahair ini. Pun begitu, umat Islam sendiri tidak boleh hanya marah-marah apabila isu ini timbul, mereka juga patutnya sedar jika mereka kuat, tiada bimbang lagi takut jikapun pihak Kristian menggunakan nama Allah bagi terjemahan God. Tapi yang tidak bagusnya hari ini adalah orang Islam kelihatan berlebihan marahnya dalam hal ini tetapi sensivitinya kelihatan pudar dalam isu yang lebih besar atau setara besarnya. Seperti isu penghinaan kepada Islam, hukum Islam (bukan hudud sahaja tetapi hukum dalam semua bab seperti perkahwinan dan lain-lain), penghinaan Nabi secara terangan yang dibuat oleh orang Islam sendiri melalaui kata-kata dan filem sebagai contoh. Saya faham dan sedar, umat Islam semakin bimbang kerana anak-anak kita mungkin lemah pendidikan dan penghayatan Islamnya, malah ibubapa juga lemah agamanya. Justeru, dengan kerancakkan menggunakan nama Allah bagi God di dalam Bible, ia mungkin bakal memeriahkan kekeliruan di kalangan yang sudah jahil di kalangan Islam hingga akhirnya mudah mereka dimurtadkan.

Dalam hal ini, saya menyeru diri saya dan semua pembaca agar memastikan diri sendiri mantap dari sudut ilmu agama, mengambil tokoh sahabat-sahabat Nabi dan ilmuwan Islam yang silam dan kontemporari sebagai bahan rujukan, bacaan dan cerita tauladan. Bukannya sambil berteriak memarahi Lim Guan Eng, tetapi melupakan fakta bahawa diri sendiri, rakan sebangsa dan seagama lebih patut diherdik kerana lebih teruk lagi menjauhkan umat dari penghayatan Islam dan aqidah Islam. Iaitu dengan mengasaskan insititusi riba, judi, menjadikan rasuah sebagai adat bisnes, menjadikan perbomohan syirik sebagai perubatan alternatif dan tradisional, menjadikan adat yang berunsur syirik sebagai bahan adat perkahwinan melayu dan lain-lain. Mengapa ini tidak diherdik dan dimarahi dengan setimpal? Justeru, jangan hanya kerana ia gesaan seorang orang politik maka kita tiba-tiba menjadi ‘super sensitif’ dan marah, namun melupakan diri dan pekung yang dicetus oleh bangsa sendiri.

4. Namun, ibarat menarik rambut dalam tepung, kita juga tidak mahu isu ini menjejaskan hubungan masyarakat pelbagai bangsa di negara ini terutama umat Islam dan penganut Kristian. Jadi bagaimana kita hendak pastikan sensitiviti umat Islam di hormati penganut agama lain?

Itulah saya katakan, media janganlah terlalu membesar-besarkan sangat, kerana kelak penganut Kristian merasa umat Islam terlalu ego dan sombong. Jangan pula memaki hamun dan mencaci kerana Islam tidak tertegak dengan caian dan humanan. Malah Nabi Muhammad mengajar kita akhlak mulia dan daya tahan marah yang luar biasa, hingga kalau dicerca dan dihamun, kita tidak membalas dengan cercaan. Ini tercatat di dalam surah Al-Imran ayat yang ke 186, Surah Al-Hijr ayat 97-98 dan banyak lagi. Hanya bila hak kita dicerobohi secara fizikal khususnya, barulah umat Islam dituntut untuk mempertahankannya dengan kaedah yang sesuai walau mungkin agresif dan keras, seperti rumah, harta atau tanahair kita dicerobohi.

Umat Islam perlu faham isu ‘core’ atau ‘susbstance’ dalam agama lain agar mereka tidak menimbulkan ketegangan yang merugikan. Namun isu nama Allah ini bukan isu core dalam Kristian dan ia dianggap isu besar bagi umat Islam di semenanjung. Hanya dengan saling berdiskusi dan berdialog, saya kira ketegangan ini dapat dikurangkan.

5. Ada pihak menyatakan isu ini boleh menimbulkan suasana Kristianofobia. Adakah senario dalam negara hari ini boleh mencetuskan fenomena itu? (Kristianafobia diutarakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Ilmuan Malaysia (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahya yang mendakwa Kritianofobia adalah perasaan takut terhadap agama Kristian yang sekali gus mampu menggugat agama Islam sebagai agama rasmi). Apa pandangan Dr?

Saya tidak pasti, namun yang jelasnya Kristian adalah sebuah agama missionary iaitu yang sentiasa aktif mencari penganut baru. Ia sama seperti sifat agama Islam yang juga bersifat missionary. Berkenaan kristianofobia, memang ada asasnya berdasarkan kes-kes kemurtadan dan teknik dakyah yang sedang dan telah dilakukan oleh Kristian. Cuma untuk bimbang sehingga merasakan Islam agama rasmi diubah, saya tidak pasti basis kebimbangan sebegitu. Saya tidak punyai statistik yang boleh membantu saya menentukan pendirian yang adil dalam hal ini.

6. Apa nasihat Dr kepada umat dan agensi Islam di negara ini bagi menghadapi isu berkaitan kalimah Allah ini dan juga isu lain yang menyentuh sensitiviti umat Islam?

Nasihat saya, perkukuhkan ilmu dan penghayatan Islam diri dan keluarga masing-masing. Mantapkan perancangan dan pelaksanaan aktiviti oleh institusi ulama dan jabatan-jabatan yang menguruskan hal ehwal pembangunan agama Islam. Media hendaklah membantu menjadikan mana-mana tokoh ilmuwan Islam sebagai role model dan bukan artis. Hiburan dan budaya hedonisme tanpa objektif kecuali duit dan seronok patut dikaji semula dari diberi ruang terlalu banyak di media kerana bagi saya ia lebih banyak merosakkan umat Islam berbanding kalaupun Kristian menggunakan nama Allah dalam terjemahan Bible mereka. Kerana Bible-bible ini tidak masuk ke rumah majoriti umat Islam tetapi TV, radio dan media cetak masuk dan mempengaruhi setiap hari.  Jika itu dapat dilakukan, apapun dakyah, gerakan Kristianisasi termasuklah isu berkaitan nama Allah akan sentiasa terkawal dan tidak dapat menembusi daya tahan umat Islam. Jangka terdekat pula, saya harapkan para ulama dapat sepakat menghalang penggunaan nama Allah bagi terjemahan God di dalam bible versi Melayu, manakala orang Kristian pula sedari mereka tiada perlukan teknik ini untuk menyebar dakyah mereka.