Oleh Mummy Rokiah
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Shafie Apdal berkata dalam ucapan pada majlis makan malam Gala Halfest 2011 dan Anugerah Usahawan Majlis Amanah
Rakyat bahawa Produk desa perlu dipromosikan sebagai berdaya maju dan menarik kepada cita rasa pelanggan dalam usaha meningkatkan nilai rantaiannya dalam pasaran.
Ungkapan sebegini dah naik termuntah rakyat mendengarnya kerana telah berkali-kali nyayian yang sama diulang-ulang setiap kali berhadapan dengan pengusaha-pengusaha desa dan bumiputera.
Rakyat bahawa Produk desa perlu dipromosikan sebagai berdaya maju dan menarik kepada cita rasa pelanggan dalam usaha meningkatkan nilai rantaiannya dalam pasaran.Ungkapan sebegini dah naik termuntah rakyat mendengarnya kerana telah berkali-kali nyayian yang sama diulang-ulang setiap kali berhadapan dengan pengusaha-pengusaha desa dan bumiputera.
Hari ini rakyat ingin melihat ‘result’ apa yang kerajaan telah lakukan dan tindakan pro aktif Kerajaan di dalam menjayakan pengusaha desa.
Ramai Pak Menteri cakap tak serupa bikin di hadapan pengusaha kampong apabila tiba perlaksanaannya di bawah lain pula jadinya. Pegawai-pegawai perlaksana di bawah langsung tidak bergerak. Ramai yang bermain wayang di hadapan Pak Menteri.
Isu sama juga berlaku kepada usahawan-usahawan siswazah dan belia yang baru untuk berniaga. Salah seorang pengusaha muda yang MR jumpa katanya “Menteri cakap lain tapi pegawai di bawah lain yang mereka buat, hampeeeh lah MR. Baik kami jadi Namewee yang kurang ajar tu….”.
Kata anak muda tersebut yang sudah tidak yakin dengan dasar Kerajaan kepada mereka.
No comments:
Post a Comment