ALOR SETAR - Rakyat Kedah melahirkan rasa bangga dengan pelantikan semula Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 oleh Majlis Raja-Raja, yang diumumkan kelmarin.
Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Datuk Rasli Basir berkata, pelantikan kali kedua ini merupakan detik penting dalam sejarah, terutama negeri ini, apabila baginda dipilih mengetuai negara bawah dua Perdana Menteri yang mempunyai pertalian saudara, iaitu Tun Abdul Razak dan kini bawah kepimpinan anak beliau, Datuk Seri Najib Tun Razak.
“Pelantikan ini juga pasti memberi makna kepada keluarga Perdana Menteri memandangkan Sultan Abdul Halim pernah dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong bawah Tun Abdul Razak pada tahun 1970,” katanya.
Menurutnya, selaku ketua pentadbir dan penjawat awam negeri Kedah, pihaknya amat gembira dan bangga dengan pelantikan ini, yang sememangnya dinanti-nantikan oleh rakyat.
Rasli berkata, Kerajaan Negeri akan mengatur pelbagai program sambutan pelantikan itu bermula sekarang hingga 13 Disember depan.
“Buat masa ini belum ada acara rasmi membabitkan pelantikan, ia akan diumumkan dari semasa ke semasa,” katanya.
Yang Dipertua Persatuan Kerabat Diraja Kedah (PKDK), Datuk Tengku Zainol Rashid Tengku Yahya berkata, peristiwa ini pasti menjadi sejarah penting terutama bagi mereka yang menyaksikan sendiri pelantikan pertama ketika Sultan Abdul Halim ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong.
“Ini adalah kali pertama dalam sejarah negara, Sultan yang sama dilantik buat kali kedua sebagai Yang di-Pertuan Agong. Pastinya saat ini dinantikan rakyat Kedah yang turut sama gembira dengan pengumuman ini,” katanya.
Menurutnya, pihaknya akan berdoa supaya Sultan Abdul Halim dikurniakan kesihatan yang baik supaya dapat melaksana tanggungjawab sebagai Yang di-Pertuan Agong sepanjang tempoh lima tahun berakhir sehingga 2016.
Pesara kerajaan, Abdul Majid Saidin, 82, berkata, dia amat gembira kerana berpeluang menyaksikan pelantikan Sultan Abdul Halim buat kali kedua.
“Saya berumur 42 tahun ketika baginda dilantik buat kali pertama, dan saya masih ingat sambutan meraikan pelantikan itu. Saya harap dapat saksikan upacara pelantikan kedua menerusi televisyen secara langsung,” katanya.
Sultan Abdul Halim, 83, yang kini Timbalan Yang di-Pertuan Agong akan menggantikan Tuanku Mizan Zainal Abidin yang akan tamat tempoh pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-13.
Ini adalah kali kedua Sultan Abdul Halim dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong. Kali pertama pada 21 September 1970, yang berakhir pada 20 September 1975. [Sinar Harian]

No comments:
Post a Comment