Saturday, October 13, 2012

Mana hilangnya PEMUDA PAS, UMNO, PERKASA dan sewaktu dengannya bila kapal Amerika berlabuh..???

Kenapa Nampak Filem, Tak Nampak Kapal?

Bila klik video filem Innocence of Muslim yang menghina dan mengaibkan agama Islam ditaburkan dalam alam siber dan memasuki ke rumah kita sampai ke ruang dapur dan tandas, kita - orang Melayu Islam bangkit membantah. Kita semua mengecam pembikinan filem tersebut dan pengedarannya di ruang internet. Kononya ia menghina dan mengaibkan kita.

Maka berdiri tegaplah para berjois dalam politik hendak menunjuk bengkeng dan agah, mencaci dan menentang orang membikin filem berkenaan walaupun kita tidak pernah tahu apakah hujung pangkalnya. Berbagai sepanduk, stiker ditunjukkan bagi melahirkan api amarah jiwa yang murih. Kita terikut-ikut dengan suara dunia yang turut mengecam filem berkenaan di mana mereka tahu akan hujung jatuhnya. Dunia mengecam filem itu ada justifikasinya sendiri.

Anak-anak muda yang baru tumbuh susuh dan bulu kepak baru hendak bersinar pun, baik dari dewan anak muda atau pergerakan anak muda, turun melalak menjerit melaungkan kecaman ke atas Yahudi dan melaknatkan Amerika. Bukan main lagi mereka bertempik sampai tercabut serban dan songkok serta hingus sampai meleleh ke pipi dibiarkan atau ditelah dengan asin peluh. Tidak mengapa kerana aksi itu mengundang syahid kononnya.

Semua aksi itu untuk menunjuk kononya akulah pejuang Islam dan sedia syahid demi Islam.

Dua kumpulan menjadi ketua kepada dewan budak-budak dan pergerakan anak-anak muda ikut sama mengambil bahagian. Mereka menujukkan kekuatan masing-masing berdasarkan jumlah yang hadir. Seorang melaung di Jalan Pekeliling berdekatan Kedutaan Amerika Syarikat sementara satu lagi melalak di kawasan masjid Kampung Baru.

Saya bukan anti demostraai, saya juga pernah turun dan berpeluh pelai menyertai berdemoratsi. Bahkan lebih awal dari sesetengah mereka. Tetapi demonstrasi yang satu ini - menentang filem - saya merasakan tidak relevan kerana ia bukan ada kena mengena secara langsung dengan umat Islam negara ini. Betapa tuntut dan mendesak kerajaan UBN tidak boleh berbuat apa-apa. Jika dibandingkan dengan demosntrasi menuntut royalti minyak yang dianjurkan (R) jauh demonstrasi itu lebih auliya dan perlu disokong.

Malangnya semasa demonstrasi R di Shah Alam minggu lepas tidak kelihatan ketua dewan budak-budak di majlis berkenaan. Kenapa? Mungkin mereka mengira penghinaan kerajaan pusat ke atas Kelantan dengan menafikan royalti minyak sebagai tidak mengaibkan.
Kapal USS Gergoge Washington.
Di sini saya ingin bertanya kepada anak muda semua apakah kewajiban kalian hanya mempertahankan keteguhan dan kesucian akidah semata-mata tetapi tidak menjadi kewajiban mempertahankan keselamatan negara? Atau perkara-perkara lain dilihat lebih penting yang bukan atas kanta agama? Setahun saya soal keselamatan negara juga termasuk dalam kewajiban penting kalau masakan ada hadith berbunyi kasih kepada negara itu sebahagian daripada iman.

Saya merujuk perkara ini kepada kedatangan kapal perang Amerika Syarikat, USS George Washington yang berlabuh di Pelabuhan Klang dan Teluk Sepaggar Sabah yang semacam tidak ada bantahan dari anak-anak muda Melayu Islam negara ini baik dari dewan budak-budak dan juga pergerakan budak-budak. Saya menanti-nanti mereka berarak dan menaikkan sepanduk di Pelabuhan Klang membantah pendaratan kapal perang yang mempunyai berbagai kapal perang itu. Apakah mereka tidak ada maklumat atau pun kesedaran bahaya dengan kedatangan kapal bernama USS George Washington itu.

Kapal perang berkenaan mempunyai 6,102 orang anak kakapal yang lengkap dengan 90 buah pesawat perang yang ada didalamnya. Kapal ini ialah kapal ke-6 dalam kelas Nimitz dan sudah beroperasi sejak tahun 1992. Setengah kapal perang ini juga dilengkapi dengan pelancar peluru berpandu.

Mungkin soal saiz dan kapastian itu tidak penting. Tetapi sejarah .. yang diciptanya cukup memilukan kita. Kapal ini dikatakan terlibat dalam membunuh lebih 50,000 semasa kapal ini digunakan menyerang beroperasi di perang Teluk ketika Amerika menyeroboh Iraq dan Agfhanistan.

Tanpa mempedulikan kecanggihan itu umat Islam negara ini sepatut sensitif dengan apa dilakukan kapal berkenaan. Namun malang, tidak ada mana-mana anak muda yang membuat apa-apa bantahan. Tidak ada perarakan di Pelabuhan Klang dan sedihnya ia seolah tidak disedari akan kehadiran kapal berkenaan. Apalkah kerana anak-anak muda kita 'keralikan' bermain dengan stiker dan sepanduk mengutuk Israel dan Amerika sehingga tidak nampak musuh menceroboh dapur rumah kita.

Saya tidak tahu apakah anak-anak muda politik tidak mengetahui akan hal ini. Apakah mereka tidak mengikut perkembangan dan maklumat semasa. Kalaupun media penjilat buntut tidak menyiar atau pun mengulas akan bahaya pendaratan kapal itu tetapi bukankah ahli Parlimen Tumpat Kamaruddin Jaaffar telah membawa usul persendirian di Parlimen untuk membincang perkara itu. Apa yang dibawa Kamaruddin itu sudah cukup memberi maklumat ataupun respons untuk bertindak ke atas kedatangan kapal puasaka berkenaan.

Sikap bisu atau kurang perihatin inilah menyebabkan timbul persoalan di kepala saya apakah pemuda termasuk pemuda Pas tidak melihat perkara ini atau teralpa terhadapnya kerana obses soal akidah sehinggakan soal keselamatan dan ketahanan negara terabai. [wm.kl.8:29 pm 13/10/12]

Mohd Sayuti Omar, 
http://msomelayu.blogspot.com/2012/10/kenapa-nampak-filem-tak-nampak-kapal.html

No comments:

Post a Comment