SIK – Selain dibangunkan sebagai daerah pelancongan dan industri asas tani, daerah Sik juga mempunyai satu produk pelancongan yang berasaskan ilmu keagamaan melalui sistem pengajian Islam tradisional atau dikenali sebagai ‘pengajian pondok’.
Pegawai Daerah Sik, Datuk Ismail Said berkata, daerah Sik bakal dijadikan sebagai pusat pengajian Islam berteraskan sekolah pondok memandangkan Sik mempunyai beberapa pondok agama yang masih aktif.
“Di Sik ada pondok yang aktif dan mempunyai kemudahan yang lengkap seperti Pondok Tuan Guru Haji Salleh, jadi kita akan gunakan ia sebagai satu tarikan kepada orang luar untuk datang ke Sik dan secara tidak langsung pembangunan sahsiah dan keagamaan di kalangan masyarakat dapat dipertingkatkan.
“Dalam Pelan Strategik Daerah Sik juga kita akan adakan program belia atau pelajar untuk masuk ke pondok.
“Sebelum ini kita juga telah adakan kursus singkat untuk golongan belia mendalami ilmu agama di pondok, dan ianya akan diteruskan dan dipertingkatkan,” ujar beliau.
Terdapat enam pondok di Sik yang masih aktif, iaitu Pondok Tuan Guru Haji Salleh, Pondok Bandar Hilir, Pondok Charok Tok Uban, Pondok Sungai Pau, Pondok Kuala Beris, Pondok Kuala Begia.

No comments:
Post a Comment