Showing posts with label Askar. Show all posts
Showing posts with label Askar. Show all posts

Tuesday, May 15, 2012

Datuk 'Bontot' rupanya mamat sorang nie...!!!


Aduhai beli datok RM250k.... lepas tu tak boleh pakai.... dan nak kena declare pulak yg itu Datuk palsu... kini timbul semula dok buat tarian BONTOT.... apa pnya mangkaq laa orang tua nie...!!!



Sykur Alhamdulillah.. masih ada lagi pesara tentera tak terima "Tarian Punggung"

Kelab pesara tentera tolak 'senaman punggung'

NONETindakan sekumpulan bekas tentera mengadakan 'senaman punggung' depan rumah pengerusi bersama BERSIH Datuk S Ambiga dekat ibu negara pagi tidak tidak dikongsi, malah dikritik rakan-rakan mereka dalam pasukan keselamatan.

Kelab Kebajikan Veteran dan Pesara Tentera (KERABAT) menyifatkan senaman aneh di Bukit Damansara pagi tadi bertentangan dengan prinsip kesopanan dan kesusilaan yang diterapkan dalam Rukun Negara.

Presidennya, Lt Kol (B) Mohd Nazari Mokhtar berkata tindakan itu tidak mencerminkan usia anggota pertubuhan itu yang telah bersara daripada perkhidmatan.

"Secara peribadi tindakan ini kurang matang," kata ketua NGO pesara tentera yang rapat dengan PAS itu.

Senaman anjuran Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM) pagi tadi bertujuan membantah penganjuran perhimpunan BERSIH pada 28 April lalu.

Kumpulan 15 orang aktivis PVTM itu melakukan gimik demonstrasi dengan membongkok dan menggoyang-goyangkan punggung mereka ke arah rumah Ambiga.

'Pesara polis tak akan buat begitu'


Sementara itu, Mohd Nazari juga menuduh, tindakan sesetengah persatuan tentera yang dilihat seperti pro-Umno bertujuan bersaing merebut peruntukan kewangan yang disalurkan Menteri Pertahanan melalui Jabatan Hal Ehwal Veteran Tentera.

"Pecahan fungsi dalam angkatan tentera terlalu banyak jadi masing-masing tubuhkan persatuan," katanya.

NONEMalah, tanpa merujuk langsung kepada PVTM, Mohd Nazari mendakwa, ahli-ahli persatuan tentera yang didakwa terabai dipergunakan oleh pimpinan mereka "yang menjadi kroni kepada pemimpin BN".

Sementara itu, Presiden Persatuan Bekas Polis Malaysia, Shafie Bakri pula ketika dihubungi Malaysiakini menyerahkan tindakan itu untuk dinilai oleh pihak tentera sendiri.

Bagaimanapun, katanya, persatuannya sendiri tidak bersetuju dengan himpunan BERSIH tetapi percaya percaya bekas polis akan mencari cara lebih sesuai jika mahu menyatakan bantahan mereka.

"Kita tidak akan ambil tindakan sebegitu," kata Shafie katanya yang enggan merujuk secara langsung kepada kejadian di rumah Ambiga pagi kerana tiada pesara polis terlibat.

Monday, May 14, 2012

Tiba-tiba aja Ada Kem Tentera di Parlimen Titiwangsa

gambar hiasan aje nie...tak sangkut paut dengan SPR atau NAJIB
Maklumat terbaru Tulang Besi dapat, sejumlah 1500 pengundi pos telah didaftarkan di Parlimen Titiwangsa.

 Nama-nama pengundi pos tersebut didaftarkan di sebuah kem tentera yang telah dirobohkan. Ertinya di tapak kem tentera yang telah dirobohkan itu akan diletakkan lebih 1500 pengundi pos. 

Ini kerja gila SPR di bawah pimpinan Dato Wan Ahmad Wan Omar. Nama2 pengundi POS dari kem yang tak wujud pun dia boleh masukkan dalam Rang Daftar Pemilih BAru untuk Suku Tahun Pertama 2012. 

 Kita faham UMNO amat menggelabah di Parlimen Titiwangsa. Buat pertama kali semenjak 1999 penduduk Kampung Baru akan mengundi protes terhadap UMNO dan Barisan Nasional. 
Semua angkara percubaan menipu penduduk Kampung Baru untuk melepaskan tanah mereka dengan harga yang murah kepada syarikat kroni. Raja Nong Chik pula amat menyibukkan diri beliau di Parlimen Lembah Pantai sedangkan dia sepatutnya bertanding di TITIWANGSA.

KLIK IMEJ  



 
Rasanya UMNO tahu mereka akan kalah lebih teruk di Parlimen Titiwangsa menyebabkan mereka terpaksa menipu dan mendaftar pengundi hantu berlambak2.

Inshaalah, perancangan mereka akan digagalkan Allah SWT

Tulang Besi 
 
 

Saturday, August 20, 2011

Amaran Keras Timbalan Presiden PAS Buat Zulkefli Mohd Zin

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu memberi amaran kepada Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin agar tidak dijadikan alat politik, sambil mengingatkan beliau bahawa pasukan pertahanan berkhidmat atas perintah Yang di-Pertuan Agong.



Beliau juga menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak agar berhenti daripada mengheret angkatan tentera ke dalam politik.



Kelmarin, Zulkifeli, Panglima Angkatan Tentera Malaysia menyangkal dakwaan empat bekas tentera baru-baru ini bahawa wujud penyelewengan undi pos di kalangan anggota tentera.


Zulkifeli berkata, dakwaan itu ditafsirkan sebagai pengkhianatan dan terdapat pihak tertentu cuba untuk memecahbelahkan ATM sebagai satu-satunya badan ketenteraan bersenjata di negara ini.



Katanya, proses pengundian dilaksanakan ATM adalah bersih, telus dan profesional tanpa ada unsur campurtangan kepimpinan ATM.



“Sehubungan itu, ATM bersetuju melaksanakan proses pengundian awal, proses pengundian itu sama seperti pengundi awam tapi ia akan dilaksanakan di dalam kem dan lebih awal dari tarikh pilihan raya umum.


“Proses pengundian dan pengendalian peti undi turut disaksikan wakil parti yang bertanding serta pemerhati bebas,” kata beliau.



Pada satu sidang media di ibu pejabat PAS di sini, empat bekas anggota tentera membuat pengakuan bahawa mereka pernah mengundi bagi pihak anggota lain atas arahan pegawai atasan.


Kesemua mereka mengaku telah diarahkan mengundi bagi pihak anggota lain dan juga isteri anggota tentera.



Mohamad yang mesra dikenali sebagai Mat Sabu berkata, tidak wajar bagi sebarang penjelasan, jika pun diperlukan, datang daripada jeneral-jeneral secara terus.



“Ia seharusnya datang daripada Menteri Pertahanan, seharusnya Menteri Pertahanan,” kata beliau kepada The Malaysian Insider.



Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi merupakan Menteri Pertahanan.



“Atau SPR,” kata beliau.



“Jika angkatan tentera terlibat, ia boleh membawa kepada perkara buruk, pasukan tentera akan mengambil pendirian memihak,” kata Mohamad lagi

Undi Pos Tentera :Ketaatan Yang Di Persendakan

Oleh PERWIRA KERDIL

Askar Melayu

Suatu penghinaan sebenarnya bila mana ketaatan dan kesetiaan perajurit dan perwira negara sedang dipersenda oleh pemimpin negara. Manakan tidak, disuatu ketika askar-askar ini dikerah berkawal ke seluruh negara menghalang dan menangkap pendatang asing tetapi kini dengan mudah mereka diberi kerakyatan dan hak memilih (baca ‘mesti pilih’ calon yang ditunjukkan) pemimpin negara dalam pilihanraya. Malah, hak askar-askar ini dalam pilihanraya (undi pos) tanpa sedar, turut dimanipulasikan demi kemenangan secara penipuan politik kotor mereka.

Cogan kata dan maruah ‘Taat Setia’ , ‘Agi Idup Agi Ngelaban’ dan sebagainya kini dicabul demi kelangsungan kuasa politik cela mereka. Panglima-panglima tertinggi sekadar pak turut, mencari nama dan mengobeskan diri bersekongkol mempersenda ketaatan dan kesetiaan askar-askar pimpinan yang hanya mematuhi arahan tanpa soalan. Lupa mereka akan sumpah taat setia yang dilafazkan kepada SPB Yang DiPertuan Agong, ‘berjuang dan sanggup berkorban demi mempertahankan Agama, Bangsa dan Negara’. Military leadership values tidak lagi menjadi pegangan kepimpinan, maruah diri dicabul hanya untuk menjaga kedudukan dan pangkat.

Askar-askar bawahan menjadi alat meneruskan kuasa yang curang. Pegawai-pegawai pula takut dan kecut mempersoal arahan atasan kerana menjaga kerjaya mencari makan. Jerih payah askar dalam operasi menghambat pendatang asing menjadi cerita jenaka penglipur lara semata. Terleka askar dengan pujian palsu dan secebis imbuhan didendang konon merekalah pahlawan negara sedangkan dilayan tak ubah seperti Jaga atau Pengawal Keselamatan.

Kepada askar-askar satria Negara, nilaikanlah semula perjuangan ini sebenarnya untuk apa. Jangan hanya mengikut perintah membabi buta. Buat pegawai-pegawai perwira Negara, janganlah maruah kepimpinanmu dikorbankan hanya kerana mencari makan. Sesungguhnya rezeki itu ketentuan Ilahi bukan mereka yang menentukan. Di kala kesempatan masih ada dalam Perkhidmatan, jadilah pahlawan negara yang menegakkan kesucian agama, melindungi rakyat dan kedaulatan negara. Jangan kita turut dicemuh sebagai ‘hanjing-hanjing penguasa’ kerana turut memukul rakyat yang hanya meminta hak mereka.

Menangis hiba roh arwah Lt Adnan Saidi dan banyak lagi melihat pengorbanan mereka kini dikhianati. Di manakah anak muda yang mewarisi kepahlawanan Sjn Kanang anak Langkau kalau pun tak sehebat Zaed ibn Harithah, perwira yang mewarisi keberanian Kapt Zainal Rashid kalau pun tak sehebat Muhammad Al-Fateh dan panglima sewibawa Jen Ghazali Che Mat kalau pun tidak sehebat Salahhudin al-Ayubi. Dan adakah pesara tua sanggup berjuang lagi laksana Umar Mokhtar demi kesucian agama, nasib bangsa dan maruah negara daripada menatang kuasa untuk kelangsungan kuasa dan hayat pemimpin keji.

Sumpah ‘Taat Setia’ mu dilafaz kepada Panglima Tertinggi iaitu SPB Yang DiPertuan Agong, bukan kepada menteri. Fikirlah sendiri…..

http://www.detikdaily.net/v5/modules.php?name=News&file=article&sid=15814

Thursday, March 3, 2011

Nampak sgt UMNO cuak bila tentera sokong rakyat di Libya

Nampak sgt UMNO cuak bila tentera sokong rakyat di Libya

oleh

~ KOMEN: 2 berita di bawah cukup utk buktikan betapa cuaknya UMNO dgn situasi yg berlaku di Libya. Tak pasal2 jeneral gemuk terpaksa keluar kenyataan 'jgn heret tentera' (tentera di Libya sokong rakyat sebab sudah hilang kepercayaan kpd pemimpin negara mereka) dan tiba2 Zahid Hamidi pulak offer walfare utk bekas tentera. Semua orang tau kerja yg super famous utk bekas tentera ialah jadi JAGA. Ramai askar yg lepas pencen jadi papa kedana dan menderita dan ramai pulak yg masuk PAS.

02 MAC - JANGAN HERET TENTERA

SUNGAI BESI: Kata Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Seri Zulkifeli Mohd Zin, jangan heret pasukan tentera ke kancah politik kerana ia bersifat berkecuali dan hanya bertanggungjawab menjaga keamanan dan kedaulatan negara.

Askar tamat perkhidmatan ditawar sertai polis
Mac 3, 11 6:38PM

Ahmad Zahid, berkata, penyerapan jawatan ke dalam PDRM selepas tamat tempoh perkhidmatan selama 21 tahun itu adalah usaha transformasi kerajaan.