Showing posts with label Jingga 13. Show all posts
Showing posts with label Jingga 13. Show all posts

Monday, December 3, 2012

UMNO dah mati kutu..akhirnya guna 'dahan' 13 Mei untuk berpaut...!!

UMNO SEMAKIN 'KELEMASAN' , GUNA 'DAHAN' 13 MEI UNTUK BERPAUT


Pehimpunan Agong UMNO 2012 (PAU 2012) sepertimana biasa menjadi medan kepada 'memuji-muji' dan 'membodek' pimpinan UMNO dengan suara-suara yang lunak dan memualkan sekian rakyat yang mendengar . Tidak kurang juga berkumandang dendangan keras lagi kasar menyerang Pakatan Rakyat,pimpinan Pakatan Rakyat khususnya Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat dengan pelbagai gelaran yang melampau dan biadap, menjadi hidangan kepada rakyat melalui media UMNOBN.

Kenyataan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, Ketua Wanita UMNO tanpa rasa bersalah dan kesal memulakan perang pskologi bagi tujuan menghasut dan mem'bakar' sentimen rasis dengan membangkitkan isu 13 Mei yang sudah tidak relevan dan lapuk . Hasutan beliau bahawa 13 Mei akan berlaku sekiranya UMNOBN kecundang dalam PRU 13 mengambarkan betapa tertekan dan lemasnya UMNO sehingga terpaksa mengungkit tragedi 13 Mei 1969 sebagai amaran.

Agenda rasis ini terus dimain tanpa rasa segan silu agar UMNO masih lihat relevan terutama kepada ahli-ahli UMNO yang terus ditipu dengan momokan 13 Mei , sedangkan rakyat semakin matang dan bijak menyedari bahawa UMNO adalah punca dan dalang kepada berlakunya peristiwa hitam 13 Mei agar perancangan sulit dan licik mereka .

UMNO sebenarnya sekarang berada seperti perumpamaan 'kelemasan' sehingga terpaksa berpaut kepada 'dahan' rasis untuk memastikan 'talian hayat' UMNO semakin panjang agar Putrajaya akan terus dipertahankan walau apa jua cara.

Igauan UMNO sebagai parti memperjuangkan Islam adalah sangat melucukan kepada sesiapa yang mendengar,malah gelak rakyat semakin besar apabila pelbagai gelaran hebat kepada Datuk Seri Najib Razak sedangkan dalam masa yang sama terpalit dengan pendedahan Deepak Jaikishan yang melibatkan beliau dengan skandal berkaitan akuan bersumpah pertama melibatkan skandal pembunuhan Altantuya dan pendedahan Deepak mendakwa membayar keluarga Datuk Seri Najib Razak agar campurtangan bagi membolehkannya menjadi satu pihak dalam satu perjanjian projek Kementerian Pertahanan.

JINGGA 13 amat menghairankan Datuk Zahid Hamidi pula yang terkinja-kinja untuk mejawab semua dakwaan Deepak melibatkan DS Najib Razak dalam ucapan beliau . Apakah hubungan beliau dengan skandal tersebut dan hubungan beliau dengan DS Najib Razak? Sikap 'membodek' Presiden UMNO sudah makin menjadi-jadi dan sudah ditahap kritikal dalam UMNO.

13 Mei adalah sejarah hitam yang sudah tidak patut dikenang dan diingati terutama golongan generasi muda yang tidak memahami dengan lebih mendalam kejadian tersebut. Sejarah akan diputarbelit agar lebih dilihat relevan demi survival UMNO dalam PRU 13 yang amat merisaukan mereka.

DAP akan menjadi sasaran mereka dengan cerita dan fakta diseleweng seolah-olah Pakatan Rakyat di Putrajaya , maka DAP atau orang cina akan menguruskan negara ini dengan agenda songsang yang digunakan untuk mempengaruhi orang-orang Melayu agar menolak DAP dan Pakatan Rakyat.

JINGGA 13 meminta rakyat Malaysia agar bersiap sedia dengan taktik dan propaganda murahan UMNO yang sudah tidak relevan. Adakah orang Melayu akan terus diperbodohkan dengan isu lapuk ini? 

Rakyat Malaysia khususnya orang Melayu semakin matang dan bersama-sama atas nama soladiriti membina negara bangsa Malaysia yang sebenar-benarnya tanpa diulit dengan agenda rasis yang sudah pasti merosakkan agenda sebangsa dalam erti kata yang sebenar dan bukannya konsep 1 Malaysia yang retorik semata-mata sedangkan laungan rasis terus dimainkan oleh UMNO.

MUAFAKAT*PRIHATIN*BERANI

FARIZ MUSA
Ketua Koordinator
JINGGA 13 Malaysia

Friday, November 9, 2012

JINGGA 13 MEMPERSOALKAN KENYATAAN TAN SRI HADENAN ABDUL JALIL TERHADAP INTEGRITI DAN KREDIBILITI SPRM

Kenyataan Media

JINGGA 13

10 Oktober 2012

JINGGA 13 MEMPERSOALKAN KENYATAAN TAN SRI HADENAN ABDUL JALIL TERHADAP INTEGRITI DAN KREDIBILITI SPRM

JINGGA 13 terpanggil untuk menyatakan pandangan apabila membaca kenyataan yang dibuat oleh Tan Sri Dr. Hadenan Abdul Jalil , Pengerusi Panel Penilaian Operasi SPRM yang menyatakan bahawa semua penyiasatan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) adalah bebas daripada campur tangan mana-mana pihak . Satu kenyataan yang luar biasa.

JINGGA 13 melihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ( SPRM ) sebagai badan dan agensi yang gagal memperlihatkan integriti apabila kes-kes berprofil tinggi tidak mampu ditangani dengan telus , adil dan profesional.

Majoriti rajyat Malaysia melihat SPRM tidak diyakini,dikongkong dan seolah-olah wujud  'tangan ghaib' menguasai SPRM terutama melibatkan kes-kes yang melibatkan menteri atau pimpinan tetinggi UMNO tidak ke mana-mana dan adakalanya tidak diketahui status siasatan serta  tiada pendakwaan di buat, malah SPRM dilihat berperanan MEMBERSIHKAN segala salahlaku, skandal dan penyelewengan yang dilakukan .
Mengambil contoh dalam kes melibatkan pembayaran majlis pertunangan anak Datuk Seri Najib Razak melibat RM409 ribu dibiayai dengan menggunakan wang rakyat , sehingga sekarang tiada status siasatan.  Walaupun Pejabat Perdana Menteri menafikan menggunakan wang rakyat , malah termasuk jawapan daripada Shangri-la Hotel bahawa ianya dibiayai oleh Perdana Menteri sendiri tetapi sehingga sekarang GAGAL menunjukkan sebarang bukti sama ada berbentuk salinan sah resit atau baucher pembayaran mwngesahkan pembayaran dibayar sendiri oleh Datuk Seri Najib Razak.
Begitu juga terhadap laporan melibatkan majlis harijadi Perdana Menteri hampir RM 80 ribu menggunakan wang rakyat tanpa dibuktikan oleh sebarang bukti oleh Pejabat Perdana Menteri mahupun oleh pihak Shangri-la Hotel.

Adalah amat luar biasa Shangri-La Hotel , sebuah hotel yang berprestij dan terkenal tidak mampu menunjukkan sebarang bukti dan hanya menyatakan pembayaran dibuat oleh Perdana Menteri sendiri , itu sahaja tanpa sebarang bukti. Ada sesuatu yang disembunyikan oleh Shagri-La Hotel.

SPRM nampaknya gagal dalam menyiasat dengan bersungguh-sungguh  terhadap laporan yang telah dibuat dan adakah kerana ianya melibatkan Perdana Menteri maka kes patut ditutup sama sekali dan siasatan tidak perlu di buat ?

Bagaimana dengan kes melibatkan Penyiasat Persendirian P. Balasubramaniam yang sudah memakan masa 2 tahun 3 bulan selepas beliau menjawab soalan SPRM pada 2 Julai 2010 sehingga sekarang tiada status hasil siasatan berkaitan akuan bersumpah Balasubramaniam . Sikap membisu SPRM benar-benar menimbulkan kemarahan beliau sehingga memberikan amaran akan mendedahkan segala bukti kepada wartawan luar negara berkaitan penglibatan Datuk Seri Najib Razak dalam skandal pembunuhan warga Mongolia Altantuya Sharibuu.

Laporan melibatkan rasuah dibuat ke atas beliau oleh adik Perdana Menteri Datuk Nazim Abd. Razak dan perniaga permaidani Deepak Jaikishan dalam isu pertukaran akuan sumpahnya mengenai isu hubungan Altantuya Shaariibuu dengan Datuk Seri Najib Razak yang turut memakan masa sudah hampir 3 tahun , serta turut dikaitkan Datin Seri Rosmah, sehingga kini tiada sebarang hasil atau status siasatan , apa lagi pendakwaan.

Adakah benar sepertimana kenyataan yang di buat oleh Tan Sri Dr. Hadenan Abudl Jalil bahawa penyiasatan SPRM benar-benar tidak ada campur tangan oleh mana-mana pihak? Satu kenyataan yang luar biasa. Bagaimana terhadap kes-kes yang dinyatakan?  Kenapa sehingga sekarang tiada sebarang tindakan terhadap kes-kes tersebut ? Malah banyak lagi kes-kes berprofil tinggi bagai 'hilang di tiup bayu'.

Adalah amat hairan sekiranya Panel Penilaian Operasi yang dipengerusikan oleh Tan Sri Dr. Hadenan Abdul Jalil terlepas pandang kepada kes-kes apabila melibatkan Perdana Menteri tetapi teruja terhadap kes-kes "ikan-ikan bilis" yang mungkin itu dimaksudkan tidak campur tangan oleh mana-mana pihak.

Selagi SPRM tidak nertanggungjawab kepada Parlimen dan berada di bawah Jabatan Perdana Menteri , selagi itulah kredibiliti dan integriti SPRM akan terus diragui dan dipertikaikan. Tan Sri Dr. Hadenan boleh keluarkan apa jua kenyataan mempertahankan SPRM konon tiada campurtangan oleh sesiapa pun, tetapi sikap dan tindakan SPRM ternyata tidak mengambarkan sepertimana kenyataan Tan Sri Dr. Hedenan .

JINGGA 13 juga yakin akan peranan Peguam Negara juga turut membuat pendakwaan yerpilih menjadikan kredibiliti dan integriti SPRM akan terus dilihat gagal dalam mencapai objektif pencegahan dan anti rasuah . Malah kedudukan Malaysia berdasarkan  Indeks Persepsi Rasuah oleh Transperancy International yang semakin merosot saban tahun adalah antara bukti nyata kegagalan SPRM di mata rakyat dan antarabangsa.

MUAFAKAT*PRIHATIN*BERANI

FARIZ MUSA
Ketua Koordinator
JINGGA 13

Tuesday, October 16, 2012

TWITTER MENGHINA ISLAM : JINGGA 13 DESAK KETUA PEMUDA GERAKAN KEDAH DIDAKWA SEGERA


Kenyataan Media

JINGGA 13

Tarikh : 17 Oktober 2012

TWITTER MENGHINA ISLAM : JINGGA 13 DESAK KETUA PEMUDA GERAKAN KEDAH DIDAKWA SEGERA MALAH LEBIH SERIUS DARIPADA MEMIJAK GAMBAR PERDANA MENTERI DAN MENGIBARKAN BENDERA SANG SAKA

Jingga 13 menyelar kenyataan Ketua pemuda GERAKAN Kedah Tan Keng Liang yang bersifat rasis dan biadap di twitter milik beliau (@tankengliang). Kenyataan biadap itu dibuat secara terbuka dan menimbulkan kemarahan rakyat yang beragama islam. Tan Keng Liang membuat kenyataan itu berikutan ketidakpuasan hati dengan Majlis Perbandaran Alor Setar (MPAS) yang mula melaksanakan garis panduan agar model iklan yang dipaparkan dalam kawasan MPAS hanya memaparkan model yang berpakaian sopan.


Beberapa kenyataan beliau pada 15 Oktober 2012 memperlihatkan kedangkalan beliau dalam berpolitik hingga menyentuh dan mempertikai ketetapan dan hukum yang sememangnya termaktub dalam Islam. Amat mendukacitakan apabila ditegur oleh ramai orang, beliau masih mempertahankan kenyataan beliau yang bukan sahaja bersifat rasis malah cuba mengelirukan dengan melabelkan itu adalah undang-undang ciptaan PAS, bukannya ketetapan dan undang-undang Islam sepertimana yang termaktub dalam Al-Quran .

Beberapa laporan polis dari NGO di seluruh negara telah pun di buat dan meminta satu tindakan tegas diambil terhadap Ketua Pemuda Gerakan Kedah tersebut yang ternyata berniat jahat ( mala fidea ) menghina dan menyinggung sensetiviti umat Islam di Malaysia .

Adalah amat malang sekiranya pihak polis bersikap mendiamkan diri dan dwi standard sedangkan dalam kes memijak gambar Perdana Menteri dan kes mengibarkan bendera Sang Saka dengan begitu PANTAS mengambil tindakan secara drastik .

Isu menghina Islam adalah merupakan satu tindakan yang serius dan perlu diambil tindakan tanpa kemaafan oleh pihak berwajib apa lagi agama Islam adalah merupakan agama rasmi Negara yang termaktub dalam perlembagaan Negara .

MUAFAKAT * PRIHATIN * BERANI


MOHD RUDEY BIN ABD RAHMAN
Ketua Penerangan Jingga 13

Wednesday, May 30, 2012

Tuu dia 17tahun punya file pun sudah boleh keluar sekarang ini....!!!

SASAR YB AZMIN ALI : JINGGA 13 DESAK SIASAT RPK DAN PEMBOCOR 'FAIL SULIT' SPRM SERTA HENTIKAN POLITIK DESPERADO MURAHAN

Akhir-akhir ini YB Azmin Ali, Timbalan Presiden PKR terus menjadi sasaran kepada beberapa pihak yang bertujuan untuk menjatuhkan kreadebiliti beliau bukan sahaja dengan cara yang jijik termasuk yang terbaru dakwaan berhubung siasatan ke atas pemilikan hartanya sehingga jutaan ringgit oleh blogger Raja Petra Kamaruddin , blogger Malaysia Today.

JINGGA 13 menyelar tindakan politik desperado murahan yang dilakukan dan menganggap pelbagai isu peribadi yang disasarkan kepada YB Azmin Ali adalah bertujuan melemah dan men'sibuk'kan YB Azmin Ali dengan isu-isu yang jijik dan lapuk kerana beliau merupakan Pengarah Pilihanraya PKR Pusat dalam mempersiapkan seluruh jentera PKR bersama PR dalam menghadapi pilihanraya umum tidak lama nanti dalam usaha menawan Putrajaya.

JINGGA 13 benar-benar amat terkejut bagaimana maklumat, dokumen atau "fail Sulit" seperti didakwa oleh Raja Petra di mana pegawai SPRM telah membocorkannya dan diserahkan kepada orang yang tidak sepatut memilikinya sedangkan ianya sudah disoal siasat oleh pihak SPR 17 tqhun yang lalu dan sudah tidak relevan. Tindakan ini ternyata boleh menimpulkan pelbagai persoalan kepada rakyat yang integriti dan kreadibiliti SPRM dipersoalkan serta SPRM bukan sahaja gagal menyimpan segala dokumen tetapi membocorkannya kepada sesiapa sahaja.

Adalah wajar satu siasatan dibuat bagaimana ianya boleh berlaku dan ini bermakna etika kerahsiaan pegawai-pegawai SPRM diragui dan dipertikaikan. Apa lagi terhadap kes-kes sudah 17 tahun yang telah pun ditutup dan tidak perlu dipertikaikan . Apakah tujuan perkara tersebut berlaku atau ada 'dalang' yang sedang merancang sesuatu?

Sepertimana yang dijelaskan oleh YB Azmin Ali bahawa beliau telah pun di soal siasat dan menyerahkan segala dokumen dan bukti termasuk penyata bank kepada pihak SPR (kini SPRM) 17 tahun yang lalu malah menafikan sepertimana tuduhan tersebut. Juteru isu lapuk tersebut yang cuba untuk mengaitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim juga adalah usaha desparado mereka yang ketandusan modal .

JINGGA 13 yakin di atas faktor kemampuan, kredebiliti dan komitmen YB Azmin Ali selaku Pengarah Pilihanraya PKR Pusat dan kegusaran UMNO/BN terhadap usaha mempertahankan Putrajaya memungkinkan pelbagai cara dilakukan walaupun dengan kotor,jijik dan melampau akan dilakukan dan mungkin akan berterusan sehingga PRU 13.

JINGGA 13 yakin rakyat tidak akan mudah terpengaruh dengan propaganda murahan dan menjijikkan oleh pihak-pihak tertentu semakin tertekan dengan kekuatan PKR dan PR dalam menghadapi PRU 13 .

MUAFAKAT*PRIHATIN*BERANI

FARIZ MUSA
Ketua Koordinator JINGGA 13

Monday, May 28, 2012

SPR USAH 'MENEGAKKAN BENANG BASAH' DAN MEMPERLEKEHKAN SUARA RAKYAT TEHADAP KAJI SELIDIK MERDEKA CENTRE

JINGGA 13 DESAK SPR USAH 'MENEGAKKAN BENANG BASAH' DAN MEMPERLEKEHKAN SUARA RAKYAT TEHADAP KAJI SELIDIK MERDEKA CENTRE


Kajiselidik oleh Merdeka Centre yang dibuat baru-baru ini iaitu sehingga sehari sebelum perhimpunan BERSIH 3.0 telah menunjukkan majoriti responden mahu daftar pemilih dibersihkan sebelum pilihan raya umum akan datang , di mana menurut Merdeka Centre, 92 % daripada 1,019 orang yang dikajiselidik bersetuju agar kerajaan terutama SPR perlu melakukannya sebelum pilihan raya umum ke 13.

Ini membuktikan rakyat begitu prihatin terhadap kegagalan dan penyelewengan serta kegagalan SPR sebagai badan yang diyakini dan dipercayai sebagai satu badan yang benar-benar telus , adil serta profesional dalam melaksanakan sistem pilihanraya dalam negera .

JINGGA 13 menyelar kenyataan Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar yang seolah-olah rakyat Malaysia begitu dangkal dan bodoh dalam menjawab soalan kajiselidik oleh Merdeka Centre tersebut dengan menyatakan "mereka mungkin tidak tahu apa yang mereka katakan". SPR terutama Datuk Wan Ahmad Wan Omar usah ' menegak benang yang basah ' menafikan tinjauan tersebut serta menafikan suara hati rakyat yang majoriti mengetahui SPR gagal membersihkan daftar pemilih dan gagal mereformasikan sistem pilihanraya yang benar- benar bersih.



SPR seharus sedar bahawa rakyat bangkit turun ke jalanraya menyertai Perhimpunan BERSIH 1.0 hingga 3.0 adalah antaranya berpunca daripada kegagalan SPR membersihkan daftar pemilih . Masih hampir 42,000 pemilih ragu yang masih gagal dibersihkan oleh SPR. Terdapat 2,425,045 pemilih di seluruh negara dalam daftar pemilih tiada alamat langsung. 31,294 pemilih yang telah dipindahkan tanpa kebenaran pemilih tersebut dengan alasan oleh SPR iaitu membetulkan sempadan kawasan pilihanraya. Malah pelbagai fakta dan bukti yang diberikan namun SPR masih gagal dalam membersihkan daftar pemilih .

SPR terutama Datuk Wan Ahmad Wan Omar seharus mengambil sikap optimis terhadap usaha positif kajiselidik Merdeka Centre tersebut yang merupakan kehendak dan inspirasi rakyat bukannya memperlekeh kajiselidik tersebut . Malah tindakan mereformasikan sistem pilihan raya termasuk menunaikan 8 tuntutan BERSIH adalah untuk kebaikan rakyat dan negara .

Apa sebenarnya agenda SPR sehingga suara rakyat diperlekeh dan dianggap tidak penting?

MUAFAKAT*PRIHATIN*BERANI

FARIZ MUSA
Ketua Koordinator JINGGA 13

Thursday, May 24, 2012

PM TETAP MELAYU : JINGGA 13 DESAK UMNO DAN MEDIA UMNO HENTIKAN PROPAGANDA MURAHAN


JINGGA 13 menyatakan sokongan tehadap kenyataan dan pendirian YB Lim Kit Siang , Penasihat DAP yang menyatakan Perdana Menteri tetap daripada orang Melayu membuktikan bahawa segala propaganda murahan UMNO dan Media UMNO telah pun terjawab dan menafikan segala hasutan dan sentimen perkauman yang dimainkan yang bertujuan meraih sokongan secara kotor dan jijik.

UMNO dan media UMNO sepatutnya sedar bahawa dalam Perlembagaan Persekutuan tercatat secara jelas bahawa tidak termaktub hanya orang Melayu sahaja boleh menyandang jawatan Perdana Menteri . Berdasarkan perlembagaan mana-mana warganegara boleh menjawat jawatan Perdana Menteri .

Sentimen perkauman yang cuba dicetuskan bukan sahaja bertujuan memburukkan DAP dan Pakatan Rakyat tetapi bertujuan mewujudkan ketegangan kaum yang boleh mengugat kehormanian dan perpaduan kaum yang telah terbina sekian lama di atas prinsip dan dasar yang jelas dipupuk demi kecintaan kepada negara , malah kesetiaan pelbagai kaum di Malaysia terhadap Raja dan Negara sudah tidak perlu dipertikai dan dinafikan oleh sesiapa pun.
UMNO dan media UMNO terutama Utusan Malaysia wajib menghentikan segala propaganda murahan yang sengaja diwujudkan bagi tujuan kepentingan meraih sokongan orang Melayu dalam pilihanraya semata-mata .

JINGGA 13 yakin seluruh rakyat Malaysia tidak mudah terpengaruh dengan propaganda murahan tersebut kerana rakyat Malaysia sudah semakin matang dan mampu menilai sesuatu maklumat dengan bijaksana di atas prinsip perpaduan kaum yang sama- sama membangunkan negara Malaysia tercinta ini.

MUAFAKAT*PRIHATIN*BERANI

DK VICKY
Setiausaha JINGGA 13

Wednesday, May 23, 2012

SAMAN BERSIH 3.0 : HISAMUDDIN , SPR , PDRM DAN DBKL YANG WAJIB DISAMAN

SAMAN BERSIH 3.0 : HISAMUDDIN , SPR , PDRM DAN DBKL YANG WAJIB DISAMAN BUKAN TEHADAP AMBIGA DAN 9 AJK BERSIH

JINGGA 13 membantah dan menyelar tindakan kerajaan yang mengemukan saman terhadap Pengerusi Bersama BERSIH Datuk S. Ambiga dan 9 Ahli Jawatankuasa Pemandu BERSIH di atas alasan yang tidak munasabah dan keterlaluan menuntut gantirugi berjumlah RM 122,000 kerana didakwa gagal mengawal perhimpunan anjurannya pada 28 April lalu sehingga pihak kerajaan terpaksa menanggung kerugian.

Pihak kerajaan seharusnya mengemukan saman terhadap 3 agensi yang sepatutnya dipertanggungjawabkan :

1. SURUHANJAYA PILIHAN RAYA (SPR) yang menjadi punca utama kenapa perhimpunan BERSIH 1.0 hingga BERSIH 3.0 adalah disebabkan kegagalan SPR yang GAGAL menjadi badan yang benar-benar berkecuali, telus , adil dan profesional dalam mereformasikan sistem pilihanraya . Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR wajib bertanggungjawab dan diambil tindakan undang-undang sebagai pencetus yang menyebabkan rakyat terpaksa mengambil jalan ke jalanraya sebagai alternatif bagi mendesak agar SPR dan sistem pilihanraya benar-benar bersih , adil dan diyakini . BERSIH 1.0 HINGGA 3.0 TIDAK AKAN WUJUD SEKIRANYA SPR BENAR-BENAR DIYAKINI, DIPERCAYAI DAN MENJADI BADAN YANG BENAR-BENAR BERKECUALI , ADIL , TELUS DAN PROFESIONAL SERTA MELAKSANAKAN 8 TUNTUTAN PENAMBAHBAIKAN SISTEM PILIHANRAYA .

2. POLIS DIRAJA MALAYSIA ( PDRM ) yang wajib dipersalahkan sehingga menyebabkan perhimpunan aman BERSIH 3.0 menjadi tidak terkawal bermula dengan tindakan tembakan gas pemedih mata yang menyebabkan keadaan tidak terkawal dan telah bertindak diluar perikemanusiaan tehadap para demonstran sehingga membangkitkan suasana dan insiden yang tidak diingini . Ketua Polis Negara wajar disaman dan diambil tindakan undang-undang kerana PDRM menjadi pencetus suasana yang tidak mampu terkawal oleh mana-mana pihak apabila tindakan pihak PDRM mula menyerang para demonstran dengan gas pemedih mata, memukul dan membelasah mereka.

3. DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR ( DBKL ) adalah yang wajib bertanggungjawab terhadap usaha menyekat Perhimpunan Aman BERSIH 3.0 untuk DUDUK dan BANTAH di Dataran Merdeka . Tindakan menggunakan perintah mahkamah menghalang perhimpunan tersebut diadakan di Dataran Merdeka adalah tindakan yang terlalu dangkal , melampau dan menimbulkan rasa kurang senang rakyat yang hadir secara aman untuk menuntut agar 8 tuntutan BERSIH dilaksanakan demi kecintaan kepada negara . Dato Bandar Kuala Lumpur wajib dipertanggungjawabkan terhadap insiden pada 28 April 2008.

JINGGA 13 juga MENDESAK agar pihak kerajaan menarik balik saman tersebut yang tidak masuk akal dan tindakan juga wajib diambil ke atas Menteri Dalam Negeri Datuk Hisamuddin Hussein yang juga terlibat kepada tercetusnya kegawatan suasana pada Perhimpunan Aman BERSIH 3.0 pada 28 April 2012.

MUAFAKAT*PRIHATIN*BERANI

FARIZ MUSA
Ketua Koordinator JINGGA 13

Tuesday, May 15, 2012

SPR punca segalanya..


SPR punca segalanya..

PERHIMPUNAN BERSIH : SPR ADALAH PUNCA SEGALA-GALANYA DAN WAJAR DIPERTANGGUNGJAWABKAN
 
Perhimpunan BERSIH wujud adalah berpunca daripada kegagalan Suruhanjaya Pilihan Raya ( SPR ) bertindak telus , adil dan profesional dalam menjalankan sistem piliharaya yang benar-benar diyakini dan berkecuali dalam mengimplimentasikan amalan demokrasi dalam negara. 

Pelbagai usaha dan kaedah yang telah digunakan termasuk pelbagai pertemuan, memorandum , laporan, bukti dan fakta dikemukakan oleh pelbagai pihak sama ada parti-parti politik , Badan Bukan Kerajaan ( NGO ) , namun SPR terus bersifat berat sebelah dan tidak bertindak positif bagi memberikan keyakinan kepada rakyat . 

Beberapa keputusan oleh Jawatankuasa Khas Parlimen ( PSC ) juga menimbulkan rasa kurang senang banyak pihak dan menjadi pendorong dan penyumbang kepada Perhimpunan BERSIH 3.0 pada 28 April 2012 . 

Perhimpunan BERSIH tidak kan wujud sekiranya SPR bersikap benar-benar bersikap telus , adil dan profesional. Segala insiden sepertimana dalam Perhimpunan BERSIH 3.0 tidak akan wujud dan berlaku . 

SPR sewajarnya dipertanggungjawabkan terhadap segala insiden yang berlaku pada 28 April 2012 . Perhimpunan yang sebelum itu berlaku dengan aman telah dicemari oleh tindakan pihak polis apabila gas pemedih mata ditembak kepada para demonstran yang berhimpun bagi menyuarakan sokongan terhadap 8 tuntutan BERSIH yang bertujuan mewujudkan pilihanraya yang benar-benar bersih . 

Media UMNO/BN terus menutup isu 8 tuntutan BERSIH dan lebih mewar-warkan segala huru-hara terhadap insiden Perhimpunan BERSIH 3.0 dengan menunding jari kepada para demonstran yang telah diputar belitkan bagi tujuan kepentingan politik UMNO/BN dengan isu-isu guling kerajaan dan sebagainya . 

Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR wajar dipersalahkan dan bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku sebagai peneraju kegagalan dan penyelewengan SPR serta berfungsi sebagai badan yang sepatutnya berkecuali , bebas dan profesional . 

JINGGA 13 MENDESAK agar Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR dilucutkan jawatan atau meletakkan jawatan dengan SEGERA dan dilantik individu-individu yang benar-benar diyakini menerajui badan yang sangat penting ini.

JINGGA 13 menyatakan pendirian tidak bersetuju dengan kewujudan Panel Bebas bagi menyiasat insiden BERSIH 3.0 yang diketuai oleh Tan Sri Hanif Omar , mantan Ketua Polis Negara yang sebelum inj dilihat prejudis terhadap Perhimpunan BERSIH 3.0. 

Satu Suruhanjaya Siasatan DiRaja sewajarnya diwujudkan dan dianggotai oleh tokoh-tokoh yang benar-benar telus dan profesional serta diterima oleh semua pihak. 

Muafakat*Prihatin*Berani
FARIZ MUSA
Ketua Koordinator JINGGA 13

Friday, March 23, 2012

Anak Menteri Harus Disiasat Segera Berhubung Isu Pukul Penyelia Keselamatan

Jingga 13 mendesak satu siasatan segera dan menyeluruh terhadap insiden seorang anak lelaki Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang didakwa membelasah seorang penyelia keselamatan sebuah kondominium di Mount Kiara pada malam Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid telah mengesahkan dua laopran polis tersebut dan kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan kerana terlibat dalam pergaduhan.

Jingga 13 melihat insiden ini sebagai satu kejadian yang semakin mengikis rasa hormat masyarakat terhadap hak asasi antara satu sama lain. Tambahan lagi perlakuan ini dilakukan oleh Mohamad Nedim Mohd Nazri Aziz, anak lelaki Menteri yang menjaga hal ehwal Undang-Undang di Jabatan Perdana Menteri.

Jingga 13 percaya kepada ketelusan PDRM untuk menyiasat perkara ini dengan lebih telus memandangkan terdapat CCTV yang dilaporkan merakamkan kejadian tersebut dan bukti ini harus diselenggarakan dengan penuh integriti demi membuktikan tidak ada perlindungan atau

kekebalan undang-undang untuk keluarga Menteri di Malaysia.

PDRM juga didesak untuk menyiasat dakwaan kononnya pengurusan kondominium dikatakan sedang menghadapi tekanan supaya 'menutup' kejadian' itu kerana firma-firma keselamatan bergantung kepada kelulusan kerajaan persekutuan untuk perbaharui lesem operasi mereka.

Jingga 13 mahu PDRM menyiasat adakah wujud tangan-tangan ghaib untuk mencampuri kerja-kerja penyiasatan dan menekan pihak yang melaporkan demi melindungi kepentingan individu yang bersalah dan membiarkan mangsa pukul menjadi terbiar dan tidak dibela.

Muafakat*Prihatin*Berani

DK Vicky
Setiausaha
Jingga 13 Malaysia

Wednesday, February 29, 2012

Laporan Polis yang membuktikan Setiausaha Agung UMNO telah berbohong..



JINGGA 13 menyelar kenyataan bohong Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, sehingga kini, tidak ada laporan polis dibuat yang mendakwa adanya penglibatan Umno dalam kejadian itu tersebut sewaktu Himpunan Aman Hijau 2.0 di Padang Kota Lama , Pulau Pinang .


JINGGA 13 melalui JINGGA 13 Pulau Pinang telah membuat laporan polis pada 28 Februari 2012 bertempat di IPD Bandar Perda . Bukit Mertajam yang turut disertakan rakaman gambar bukti tindakan provokasi dan brutaliti yang dilakukan oleh UMNO yang rata-rata memakai topi berlogokan UMNO dan tertera. "UMNO Seremban" serta termasuk dikenalpasti beberapa orang yang merupakan ahli pemuda UMNO Balik Pulau.

Kesemua rakaman gambar adalah membuktikan bahawa secara nyata penglibatan UMNO dalam insiden yang turut mencederakan wartawan Kwong Yit Poh, Adam Chew yang menerima 8 jahitan di lengan dan Lee Hong Chun , dipukul dengan topi keledar oleh kumpulan tersebut .

Beserta ini Jingga 13 sertakan laporan polis serta rakaman gambar bahawa UMNO terlibat dengan rusuhan dan bertindak brutaliti serta provokasi dalam insiden Himpunan Hijau 2.0 di Pulau Pinang .

JINGGA 13 juga yakin bahawa ADUN Telok Bahang yang juga merangkap Ketua UMNO Balik Pulau , Datuk Seri Dr. Mohd. Hilmi Yahya mengetahui siapakah dalang sebenar disebalik tindakan liar pemuda UMNO menyerang wartawan dan rakyat yang berhimpun dengan aman tersebut. Ini kerana berdasarkan laporan UMNO Balik Pulau , kira-kira 50 orang pemuda UMNO Seremban bersama Pemuda UMNO Balik Pulau sebelum itu mengadakan Program Gotong Royong Perdana bertempat di Sekolah Agama Rakyat Wungai Pinang , Balik Pulau sebelum pergi ke Padang Kota Lama.

JINGGA 13 menyelar sikap tidak bertamadun dan penafian amalan demokrasi yang dilakukan oleh mereka yang terlibat yang turut bertindak biadap dan kurang ajar serta melanggar tatasusila dan kesopanan kepada rakyat yang berhimpun secara aman serta juga turut bertindak melampau terhadap Ketua Menteri Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang .

Kenyataan Setiausaha Agong UMNO tersebut ternyata bertindak mengiyakan segala tindakan zalim dan brutaliti oleh ahli-ahli mereka tanpa rasa bersalah kepada rakyat . Datuk Seri Tengku Adnan Mansor adalah merupakan bukti bagaimana tidak bertanggungjawab UMNO terhadap segala tindakan brutal yang semakin memuncak dilakukan oleh UMNO dalam siri serangan dan provokasi yang mengugat kestabilan dan kehormanian termasuk mewujudkan sentimen perkauman .

JINGGA 13 mendesak agar UMNO menghentikan segala tindakan yang melampau , zalim dan kejam . Rakyat semakin takut dengan UMNO yang dilihat sebuah parti yang terdiri para samseng yang akan membelasah rakyat bila-bila masa sahaja jika tidak mengikuti telunjuk mereka. Ini amalan 'budaya samseng' yang membuktikan UMNO semakin tersepit dan ditolak oleh rakyat .

JINGGA 13 menyeru seluruh rakyat Malaysia agar menolak budaya politik sempit , brutal dan zalim yang diamalkan oleh UMNO yang turut dipersetujui oleh Pimpinan Tertinggi UMNO . Presiden UMNO dan seluruh pimpinan UMNO harus dipertanggungjawabkan terhadap segala amalan kotor tersebut .

MUAFAKAT*PRIHATIN*BERANI

Photobucket


Kenyataan Media
JINGGA 13

29 Februari 2012