Showing posts with label Mat Saman Kati. Show all posts
Showing posts with label Mat Saman Kati. Show all posts

Saturday, November 24, 2012

Awas PR - Jangan dok suka pengundi muda nak dengaq cakap hangpa..!!!

Inovasi politik (2)
Oleh: MSK

Setiap kali selesai PRU, masing-masing buat post-mortem. Diantara sebab-sebab yang paling popular ialah.
  • Umno dan BN menipu.
  • SPR berat sebelah.
  • Media disekat dan tidak memberi ruang kepada pembangkang.
  • Rakyat masih tak sedar. kerana maklumat tak sampai.
Sejak tahun 1999, itulah alasan-alasan yang diberikan dalam post-mortem. Akhirnya masing-masing membuat resolusi…”PRU akan datang kita akan ajar Umno dan Barisan Nasional!!!” “Kita akan tumbangkan BN!”

PRU 13 akan datang. apakah Umno dan BN akan bersikap gentleman dan tidak akan menipu dalam PRU kali ini? Apakah SPR akan bersikap seadil-adilnya dalam PRU 13 ini? Apakah Utusan dan TV3 akan memberi ruang kepada Pakatan Rakyat untuk menyampaikan mesej mereka? Apakah Rakyat sudah menerima maklumat yang cukup?

Jangan harap la.

Habis…nak masuk pilihanraya lagi pasai apa? Apakah selepas PRU 13 nanti, kita akan buat post mortem yang sama dan berakhir dengan resolusi..”PRU 14 nanti kita tumbangkan Umno!!”?

Kalau tak ada sesuatu perancangan yang baru, jangan harap akan mendapat keputusan yang berbeza. Kalau pendekatan masih cara yang lama..jangan kata rakyat tak mau berubah. Sebab yang sebenarnya ialah..pemimpin sendiri tak mau berubah.

Politik lama

Setakat ini, politik negara masih lagi berkisar tentang cara-cara berpolitik lama. Politik negara masih lagi berkisar tentang bangsa dan ugama. Aku bukan nak kata jangan sentuh langsung pasal bangsa dan ugama, sebab ia masih relevan untuk pengundi tua. Tapi bagi pengundi muda, perlu ada pendekatan baru.

Aku cuba melihat mengapa kita gagal menumbangkan BN dari sudut generasi..bukan dari sudut parti atau ideologi. Aku juga tak suka untuk melihat trend mengundi mengikut bangsa atau ugama, tapi melihat mengikut budaya dan perwatakan sesuatu generasi itu.

Generasi GI dan Silent Generation yang lahir sebelum Perang Dunia Kedua merupakan benteng pertahanan Umno dan BN. Pengundi saluran 1 ini tidak akan berubah biar apapun idea baru yang disogokkan kepada mereka. Mereka hidup dialam peperangan dan penderitaan dan bila mendapat sedikit kebebasan, mereka dah puas.

Jangan kata nak suruh ubah parti yang mereka sokong…nak suruh mereka dengar lagu baru pun tak mau!
Satu lagi generasi yang tegar dibelakang Umno, walaupun tidak setegar GI ialah Boomers.

Boomers adalah generasi kemerdekaan. Tau syok saja. Kalau bagi mereka jadi pemimpin pun, yang depa ingat macam mana nak tambah bini. Generasi ini tak akan turun ke jalanraya kalau dia tak pasti tentang keselamatannya. Dan dia tak akan berubah kecuali kalau sudah dipastikan keselesaannya.

Itu sebabnya, ramai yang berubah dengan melompat parti. Tapi sebelum melompat…dia akan tanya apa habuan atau jawatannya dulu.

Generasi sebelum merdeka inilah yang menjadi penghalang kepada mengapa Umno dan BN gagal ditumbangkan.

Generasi X adalah generasi rebel. Reformasi 1999 digerakkan oleh Gen X.

Kita boleh mengharapkan Gen X untuk menjadi pemangkin kepada perubahan tapi…oleh kerana Gen X bersikap rebel, dia bukan saja boleh rebel kepada BN…dia juga boleh jadi rebel kepada pembangkang. Itu sebabnya mengapa Boomers dan Gen X selalu bertengkar.

Boomers kata, Gen X ni macam lalang. tak ada pegangan. Tak ada panduan. Tak ada prinsip.

Gen X pulak kata, Boomers adalah kayu mati. Walak tak bertempat. Jumud. tak pragmatik.

Pergeseran dan pertelingkan dalam parti selalunya disebabkan oleh sikap berbeza dua generasi ini. Ada yang memberikan macam-macam label. Ulama dan Erdogan la. Progresif dan konservatif la.

PRU 1999 adalah pertentangan diantara generasi pra-merdeka dan generasi selepas merdeka. Generasi GI dan Boomers menentang Gen X. Gen X tewas kerana jumlah mereka tidak mencukupi.

Dalam PRU 2004, BN mendapat undi terbanyak. Ini berlaku kerana Gen X yang menyokong BA dalam tahun 1999 beralih kepada BN. Kalau dalam tahun 1999, mereka rebel terhadap BN…tahun 2004, mereka rebel terhadap BA.

Tahun 2008, keadaan berubah kerana kemasukan Gen Y sebagai pengundi. Aku tak ada data keseluruhan untuk membuktikannya, jadi aku ambil negeri Perak sebagai contoh.

Sikap Gen Y lagi haru. Gen Y lebih bebas dari Gen X. Harapan mereka juga lebih tinggi dari Gen X…dan dengan penguasaan mereka terhadap teknologi internet, sapa-sapa saja boleh lingkup.

Tahun 2008, perubahan politik berlaku di Perak kerana komposisi generasi sudah jauh berubah. GI dan Boomers sudah tinggal 43% manakala kombinasi Gen X dan Y sudah sampai ketahap 46%. Kalau bukan kerana undi Orang Asli dan Undi Pos, BN kalah lebih teruk lagi.

Begitu juga dengan kemenangan PR di Selangor dan Pulau Pinang adalah disebabkan kombinasi Gen X dan Y yang sudah jauh meninggalkan GI dan Boomers. Ambil contoh Parlimen Selayang 2008.


Apakah dengan kedudukan kombinasi Gen X dan Y yang tinggi ini sudah dapat memastikan kemenangan PR dalam PRU 13 ini? Belum tentu.

BN masih boleh mengarapakan sekitar 30% pengundi tegar mereka dari generasi GI dan Boomers…tapi PR tak boleh mengharapkan Gen X dan gen Y sebagai pengundi tegar mereka.

Peluang memang ada bagi PR untuk menumbangkan BN di Perak dan mungkin juga di seluruh negara…tetapi ia banyak bergantung kepada bagaimana PR menangani kerenah Gen X dan Y ini. Dan tolong la..jangan la bagi mereka yang dari Gen Boomers untuk mengambil hati generasi muda.

Dalam hal ini, aku tengok DAP lebih advance dari Pas dan PKR. calon-calon muda DAP diletakkan dikawasan bandar manakala calon yang tua sikit diletakkan dikawasan separa bandar. Yang tua ambik hati orang tua. Orang muda ambik hati orang muda.

Tapi dalam Pas dan PKR agak slow sikit. Mungkin pasai orang tua masih ramai yang berebut nak jadi YB. Bagi chance la kat orang muda.

Kedudukan komposisi pengundi di Perak semakin bagus. Generasi tegar BN yang mengungguli Saluran 1 ramai yang dah mati atau hilang. Jumlah Gen Y pula meningkat dengan tinggi.Peluang terbuka luas bagi PR untuk menawan Perak…tapi strategi kena betul. Kalau tak betul strategi…lingkup lagi la.

Kalau susah nak faham dengan graf diatas…tengok data dibawah.

Gen Y akan menjadi ejen perubahan dalam PRU nanti. Masalah besar dengan Gen Y ialah depa bukan nak dengar apa yang kita cakap….tapi depa mahu kita mendengar apa yang depa cakap.
Sanggup?

Tuesday, November 20, 2012

Apa akan jadi PRU13 kepada BN & PR - Evolusi Peti UNDi & Revolusi

Inovasi Politik (1)

Oleh: MSK


Kampung Simpang Pulai adalah kampung yang paling ulu dalam negeri Perak. terletak dalam daerah Hulu Perak, dalam DUN Pengkalan Hulu. Semuanya ulu.

Tapi aku salut kat pemuda PAS kg. Simpang Pulai, Pengkalan Hulu sebab berani menjemput Team Mediaperak untuk membuat program disana. Ketika kepimpinan PAS Perak mengambil sikap berkonfrontasi dengan Mediaperak, Pemuda PAS cawangan dengan beberapa orang aktivis masyarakat Pengkalan Hulu berani menjemput Team Mediaperak untuk berdepan.

Aku juga salut kepada pemilik Rumah Anak Yatim Abu Nur yang sedia menjadi hos program tersebut. Malah aku salut kepada Tuan Ahmad Sasi yang bersikap gentleman mengkritik blogger-blogger dari Mediaperak khususnya. Macam tu baru seronok sebab berani cakap berdepan…bukan cakap dibelakang. Malah..apabila penonton tidak berganjak sehingga jam 2.00 pagi..bagiaku  itu satu kejayaan. Apatahlagi program tersebut bukan program ceramah, sebaliknya satu program yang belum pernah dibuat sebelum ini.


Ramai yang mintak slide yang aku tunjukkan pada malam tersebut tapi pasal aku balik awal..pukul 1.45 pagi..aku tak sempat bagi kat sapa-sapa. Dan bagi mereka yang tak sempat untuk hadir pada malam tersebut…aku share kat sini.

Program malam Minggu lalu diadakan dalam suasana santai. Pada mulanya, hanya kira-kira 50 orang saja dijangkakan akan hadir..tapi  tak sangka boleh lebih dari 100 yang hadir.

Program dimulakan macam biasa. Ucapan Ketua Pemuda, ucapan Ketua Muslimat, wakil Pas..wakil PR..bala..bla…bla. Lepas tu tayangan filem. Filem adalah dari KOMAS yang bertajuk “The Silent Riot” ..iaitu sebuah filem yang mengisahkan tentang rusuhan Kota Kinabalu 1986. Filem ini memang menarik kerana tak rami orang bercakap tentang perisitiwa ini.

Ia menarik kerana aku merasakan  apa yang berlaku di Sabah tahun 1986 dulu kemungkinan besarnya akan berlaku lagi dalam PRU akan datang ini. Tapi yang ni kita sembang kemudian. Dalam posting ini aku nak kongsi tentang apa yang aku fikirkan dan apa yang aku  persembahkan malam tu.


Sejak tahun 1999, aku mula minat dengan politik. Sejak itu juga..aku selalu berfikir macam mana nak jatuhkan Umno dan Barisan Nasional. Dan jalan yang aku pilih ialah melalui peti undi…sebab itu cara yang paling demokratik.

Tapi…selepas tiga kali pilihanraya, kita masih gagal. Seperti kata Einstein..”doing the same thing over and over again, and expecting different results, is total madness.” Aku rasa aku akan terus bodoh kalau memikirkan Umno dan Barisan Nasional boleh ditumbangkan dengan cara peti undi. Bila dah menang macam di Perak pun masih boleh ditumbangkan dengan cara penipuan dan kekerasan…apa yang aku nak harapkan dari demokrasi Malaysia?

Lepas tu aku mula tertarik dengan revolusi. Tapi bila sebut revolusi…semua orang takut. Ada yang takut huru hara, ada yang takut hilang kerja..ada yang takut anak bini tak makan.

Sebabnya…revolusi selalu dikaitkan dengan keganasan, huru hara..pembunuhan dan kacau bilau. Tak ada ka revolusi secara aman..tanpa pembunuhan dan kacau bilau? Mengapa bila bercakap tentang revolusi teknologi…semua orang menganggap positif. Bila ada pemimpin yang bercakap tentang revolusi pertanian, ianya jugak positif..tapi bila bercakap tentang revolusi politik…semuanya negatif? Toksah kata pemerintah…malah pemimpin pembangkang juga akan bersikap negatif bila bercakap tentang revolusi.

Selepas hampir dua tahun aku mencuba untuk menyemarakkan api revolusi, ianya masih gagal. Kalau aku cakap pasai revolusi, dah gerenti kena kutuk kiri kanan.

Dalam masa yang sama, aku tak pernah berfikir tentang peranan evolusi dalam menjana perubahan. Sehinggalah bila member-member dari Pengkalan Hulu yang meminta aku menyampaikan sesuatu yang lain dari yang lain. Depa tak mau dengar ceramah kutuk Umno lagi dah…dah cemuih. Nak dengar nama Umno tu pun dah meluat.

Ramalan dan jangkaan yang semuanya silap.

Sekarang ini, dah macam-macam ramalan yang dibuat mengenai apa yang akan berlaku dalam PRU ke13 nanti. Setiausaha Agung Umno, Adnan Mansor meramalkan BN akan mendapat 140 kerusi kalau PRU diadakan. Yahya Lampung yang baru keluar BN pula meramalkan Pakatan akan menang 118 kerusi kalau PRU diadakan. Pemimpin Pakatan Rakyat yang lain pula sudah begitu yakin akan ke Putrajaya sehinggakan ada yang tak minat dengan berapa kerusi yang akan dimenangi…sebaliknya sudah memikirkan sapa yang akan jadi Perdana Menteri.

Jom kita tengok sejarah PRU sejak 1999.

PRU ke 10 tahun 1999 diadakan ketika semangat reformasi sedang memuncak. Ratusan ribu turun kejalan raya membantah penyingkiran Anwar dari Umno. Parti Keadilan Nasional ditubuhkan dan kemudiannya Barisan Alternatif ditubuhkan. Gabungan PAS, PKN dan DAP dianggap mampu meruntuhkan Barisan Nasional.

Bukan orang BA saja yang yakin Umno mampu ditumbangkan, malah orang Umno juga yakin mereka akan dikalahkan. Itu sebabnya mengapa begitu ramai pemimpin Umno yang membeli insurans BA. Ramai calon-calon Keadilan ditaja oleh pemimpin Umno. Duit masa tu cukup banyak sehinggakan puluhan ribu bertukar tangan kat tepi highway saja.

Persiapan untuk mengambil alih kerajaan juga dibuat. BA sudah menduga bahwa Umno tak akan menyerah dengan mudah. BA menjangkakan Umno akan mengepung Istana Negara untuk menggagalkan pemimpin BA dari mengangkat sumpah. Oleh itu, sebuah helikopter disediakan untuk membolehkan pemimpin BA masuk ke Istana Negara untuk mengangkat sumpah.

Tapi…Umno lagi cerdik. Pada hari pengundian, Yang DiPertuan Agong dibawa “lari” ke Langkawi. Kalau BA menangpun, depa tak boleh nak angkat sumpah pada hari tersebut.


 
Tiba-tiba, bila keputusan diumumkan…BA hanya memperolehi 42 kerusi di Parlimen. BN masih mengekalkan majoriti 2/3 manakala BA hanya mengekalkan Kelantan dan memenangi Terengganu.

Sebelum pilihanraya, masing-masing menyangkan BA akan menang besar malah boleh mengambil alih kerajaan. Dalam masa yang sama, tak ada sapa yang meramalkan Pas boleh menang besar di Terengganu.

Semua orang silap dalam meramalkan apa yang akan berlaku dalam PRU ke 10….termasuklah pakar-pakar sains politik atau pengarah-pengarah strategi parti-parti politik.

PRU 11 (2004)

Dalam PRU ke 11, ramai yang meramalkan BN akan menang…tapi tak ramai yang menjangkakan BN akan mendapat undi tertinggi dalam sejarah PRU negara.

Dalam ceramah-ceramah, pemimpin PAS masih merasakan mereka akan menang besar kerana rakyat sudah “menerima perjuangan PAS”. Masa tu Haji Hadi pun tak pedulikan PKR atau DAP kerana mungkin merasakan PAS boleh menang secara solo. Dengan penuh keyakinan, PAS mengemukan Dokumen Negara Islam sebagai manifesto pilihanraya.

Akhirnya semua lingkup. PAS Terengganu kembali kepada asal. Dari 27 kerusi Parlimen, PAS hanya tinggal 7 kerusi. PKR hanya menang 1 kerusi di Permatang Pauh manakala DAP yang dilabel oleh Haji Hadi sebagai dinosaur, kembali menambahkan kerusinya, walaupun sudah keluar dari BA.


PRU 12 (2008)
Tak ramai yang menyangka bahawa BA boleh menang di 5 buah negeri. Sebelum PRU, nak cari orang jadi calon pun cukup susah sebab ramai yang tak yakin BA boleh menang. Itu sebabnya, Anwar main cekup saja sapa yang nak jadi calon. Asal ada duit untuk bayar deposit pilihanraya…semuanya diterima.

Pemimpin-pemimpin BA pun ramai yang tersalah ramal. Ramai yang mencari tempat “selamat” untuk bertanding. Tup-tup…bila keputusan diumumkan, mereka yang bertanding di tempat “selamat” semua kalah…manakala calon-calaon tangkap muat yang bertanding di tempat “tak selamat” pula menang. Dalam masa yang sama, ramai yang garu kepala menyesal tak bertanding.


Sekarang ini, masing-masing sedang ghairah menunggu PRU 13. Calon-calon yang nak bertanding terlalu ramai sampai ada yang bergaduh. Masing-masing teringin nak jadi YB sebab merasakan PRU kali ini, Pakatan Rakyat akan menempah kejayaan ke Putrajaya.

Apakah asas-asas yang digunakan untuk membuat ramalan PRU? Mengapa ramalan-ramalan keputusan pilihanraya selalu meleset?

Aku tak ada jawapan yang tepat. Cuma bagi aku, ramai pemimpin politik membuat ramalan macam ramalan kaji cuaca…berdasarkan trend masa lalu.

Tak salah untuk mengambil kira trend masa lalu, tapi jangan sampai macam kaki nombor. Bila minggu ini dia miss satu nombor…minggu depan dia tambah lagi pertaruhan. Sebab dia merasakan “luck” sudah semakin hampir. “Kalau minggu ini miss satu nombor..mungkin minggu depan akan kena.”
Aku cuba melihat dan meramalkan PRU akan datang ini dari sudut lain.
bersambung…..

Monday, August 27, 2012

Budaya Umno ini masih kuat dalam PKR.. manakala PAS pula mula dok belajaq meniru..!!!

Panas! Pasai Apa...Budaya AMNO menebal dalam PKR ?

SB dalam parti

Semalam aku janji untuk menceritakan macam mana modus operandi SB dalam parti. Sebelum tu aku nak lepas geram dulu sebab ramai yang kata aku ejen Umno atau SB setiap kali aku belasah hangpa.

Pertama sekali, kalau hangpa tau aku ejen perisik ..tak kira la ejen Umno atau SB polis, maka aku adalah ejen yang paling tak guna. Ejen yang paling baik ialah bila dia berjaya bergerak tanpa dikesan. Dan perkara paling utama yang ejen perlu jaga ialah glamer dan populariti. Sebab bila dah glamer, macam-macam cerita kita orang mula bongkar. Kalau ikut style KGB, the minute your identity is exposed..you’ll be shot dead.

So, the best agent is still in the party. Orang macam aku kalau jadi ejen..tak boleh cari makan sebab mulut capui dan gatai tangan.

Kedua, hangpa ingat lagi semasa krisis Raja-Raja Melayu zaman Mahathir dengan Anwar dulu? Bila berlaku krisis, Mahathir mengarahkan dibuat satu siri penerangan secara besar-besaran kepada rakyat. Lantas dicipta satu program yang dinamakan “SEMARAK bersama rakyat.” Hangpa tau sapa yang menguruskan program tersebut?

Dia adalah salah seorang Pengarah BTN… dan program SEMARAK telah berjaya menewaskan Raja-Raja Melayu.

Sebaik selesai krisis tersebut, Pengarah BTN yang bertanggungjawab untuk menganjurkan program tersebut telah dihantar untuk berkursus dengan CIA selama setahun.Sekarang…orang itu merupakan salah seorang pemimpin dan ahli Parlimen PKR.

Hangpa dok jaja aku ni SB la..ejen Umno la..tapi yang jadi ejen CIA jadi pemimpin.

Ok..ada empat jenis SB atau perisik yang biasa kita dengar.

1. SB PDRM.
2. Informer
3. MIO
4.Ejen BN

Aku tak takut dengan SB PDRM…sebab yang ni depa buat kerja secara terang-terang. Depa datang bila ada ceramah atau bila ada perhimpunan. Depa ni selalunya bersikap baik dengan kita..terutamanya yang ada jawatan dalam parti. Depa ni pun bukannya cerdik sangat..sebab bila dikenali, susah la nak dapat info. Tak kan hangpa nak pi cerita kat dia hal parti atau nak jemput depa mai mesyuarat?

Bila depa datang untuk merakam ceramah…hangpa nak takut apa? Kalau kita nak bagi tau tentang kebenaran..tak perlu takut kat depa.

Yang aku risau sikit ialah informer sebab depa ni tak dikenali. Dan informer ini adalah orang-orang parti sendiri. Ada yang bangang dan ada yang pandai.

Yang pandai adalah mereka yang pandai demand kat SB. SB PDRM ada bajet untuk informer dan dibayar mengikut jawatan mereka. Sebabnya, lebih tinggi jawatan seseorang itu, lebih banyak info yang diperolehi.

Kalau setakat AJK Cawangan, maklumat yang boleh dia bagi ialah maklumat cawangan. Informer macam ni boleh dapat elaun sekitar RM150.00 sebulan.

Kalau dia AJK Kawasan atau Cabang, boleh dapat sekitar RM200-250 sebulan, bergantung kepada seaktif mana Kawasan tersebut. Kalau ada jawatan Setiausaha, boleh dapat sekitar RM300 sebulan.

Bila seseorang itu ada jawatan peringkat negeri, harga dia pun naik lagi. Kalau dia boleh supply info tentang mesyuarat negeri, boleh dapat sekitar RM500-700 sebulan.

Kalau dia boleh jadi ahli MPT dan hadir mesyuarat MPT, dia boleh claim sekitar RM1500-2000 sebulan. Lumayan kan?

Itu cuma elaun “bersih”. Belum campur bonus dari Umno atau mana-mana parti dalam BN. Cuma Umno tak bagi cash la..sebaliknya depa bagi kontrak atau balak. Hei..aku tau sapa Ketua Cabang yang masih dapat kontrak atau balak dari Umno!

Ada juga orang parti yang bangang dan depa bagi info free saja. Yang ni cuma perlu bodek atau provoke saja.

Nak provoke tak susah. ..cuma cerita kat dia ada orang tak suka kat dia dan kita sebut sapa orang tu. Gerenti dia melompat dan mula la cerita pasai “lawan”nya. Habis sampai cerita dalam kain pun depa cerita. Lepas tu kita pi cerita kat “lawan” dia. Buta saja kita dapat tau tentang kes orang yang mula tadi.

Nak bodek pun tak susah. Sebelah sini kita provoke, sebelah sana kita bodek. Lepas tu provoke belah sana, mai bodek belah sini balik. ada pemimpin parti peringkat cabang yang bangga bila depa dapat info direct dari SB…padahal depa tak tau SB dok pekena depa.

Tinggi sikit dari SB, ialah MIO. (Millitary Dntelligent Officer). Dalam PKR ada ramai MIO terutamanya yang dah pencen. Apa yang ramai orang tak tau ialah MIO akan terus berhubung walaupun depa dah pencen dari askar. Semasa PRK Permatang Pauh, aku berjalan dengan seorang bekas MIO berpangkat Mejar. Nak tunjuk kat aku dia ada banyak info, dia call kawan dia yang masih lagi dalam askar.

Masa PRK Permatang Pauh, MIO berpengkalan di Hotel Equatorial, Penang. Kat situ base depa untuk mengumpul semua maklumat. Tapi kalau hangpa ada akai,penyaluran maklumat ni bukan satu hala. Kalau aku saja yang bagi hangpa info, sedangkan hangpa tak bagi aku apa-apa..mana ada jalan!! So, pertukaran maklumat perlukan dua hala. Hang bagi aku…aku bagi kat hang.

Yang paling leceh ialah ejen Umno/BN. Yang ni la yang ramai menghancurkan parti.

Ejen UBN akan melakukan apa saja untuk kekal berada dalam parti sebab kalau dia keluar parti, dia tak dapat apa-apa.

Semasa reformasi dulu, dan kemudiannya PRU 1999, ramai orang Umno ingat depa akan kalah. Sebelum kalah, depa dah pasang kaki dalam Keadilan. Ada yang sponsor calon, ada yang sponsor tubuh cawangan dan Bahagian. Dan akhirnya, itu pasai kebanyakan Ketua Cabang terdiri dari bekas Umno.

Geng-geng reformis tak minat dengan parti. Nak bertanding jawatan pun depa tak mau. Lagipun, nak urus parti peringkat Cabang bukan murah..kena banyak duit. Reformis mana ada duit..yang banyak duit ialah ex-Umno yang dah buat duit masa dalam Umno dulu.

Bila pegang jawatan, depa mengekalkan budaya Umno. Sapa yang dianggap cerdik..cantas. Sapa yang boleh buat kerja..pancung. Akhirnya, Cabang tinggallah ahli-ahli yang hanya mengikut arahan. Depa juga tak mau ahli yang ramai sebab lebih ramai ahli..lagi susah nak tanggung.

Bila nak pilihanraya, baru la nak cari orang. Masa tu la baru nak tubuh Jawatankuasa Pilihanraya. Masa tu la baru nak pi masjid.

Bagi aku.ini lah ejen Umno…sebab dia mengamalkan budaya Umno.

Dan budaya Umno ini masih kuat dalam PKR. Tu pasai macam-macam kes yang timbul. Kes liwat la..gambar Eli telanjang la…video kat pejabat MB la..video jilat aiskrim la. Pengkhianat parti macam Zaid Ibrahim dan orang-orang yang sewaktu dengannya semua dah hilang. Ejen-ejen Umno yang menentang Azmin dulu pun dah hanyut. Tapi skandal dan isu masih juga berlaku Sapa punya kerja?

Tu pasai aku kata..your greatest enemy is your best friend. Semua yang terlibat dalam kes Anwar melibatkan orang-orang yang paling dipercayai oleh Anwar.

Tapi depa ni pandai..sebab dah lama belajar dari Umno. Bila ada orang bongkar cerita depa..cepat-cepat depa tuduh orang tu ejen Umno.

Macam pencuri menjerit “pencuri!!”. Akhirnya orang yang kena curi kena maki…orang yang mencuri gelak sakan.

-MSK

Monday, August 6, 2012

Rupa-rupanya Masih Ada Lagi Pemimpin PR PERAK yang "BANGANG".. itupun Jangan Nak Tawan Perak semula..!!!

Rebel dalam DAP Perak
Oleh: MSK

Katakanlah aku ahli DAP dan jadi Pengerusi untuk satu cawangan. Macam mana kalau aku buat satu program majlis makan malam untuk mendapatkan dana untuk Pilihanraya? Lagi best, kawasan Parlimen aku bukan kawasan DAP tapi kawasan PKR. Dan DUN didalam Parlimen tu pun tak ada satu pun yang ditandingi oleh DAP.

Kalau susah nak bayangkan..ambik contoh Parlimen Lumut. Parlimen …PKR bertanding. DUN Pangkor juga ditandingi oleh PKR manakala DUN Pasir Panjang diwakili oleh PAS. DAP langsung tak bertanding tapi aku sebagai Pengerusi DAP cawangan cuba menganjurkan majlis makan malam untuk mengutip dana untuk pilihanraya. Sudah pasti PKR tak ada masalah. Sebab aku buat untuk depa. PAS juga dah tentu seronok sebab aku tolong depa.

Tapi masalahnya, aku Pengerusi DAP cawangan dan nak buat program untuk kutip duit macam ni kena minta kebenaran dari DAP negeri. Patutkah DAP negeri luluskan program aku?

Kalau DAP negeri mempunyai semangat Pakatan Rakyat, aku tak nampak ada masalah. Lagi pun DAP negeri bukan payah keluar duit satu sen pun. Sebaliknya, DAP negeri akan dapat kredit dan boleh dijaja kesana sini bahawa DAP bersedia membantu parti-parti dalam PR walau kat mana saja!!


Atas semangat itu, aku pun terus buat persediaan sementara kawan-kawan lain uruskan formaliti mendapatkan kebenaran dari DAP negeri. Tempat lain buat majlis makan malam..tak payah tunggu kebenaran. Buat saja dulu kemudian baru bagi tau.

Tiba-tiba..bila semua persiapan dibuat. Tiket dah dijual. Makanan pun dah ditempah..DAP negeri tak bagi kebenaran!! Apa citer?

Pasai apa tak bagi buat? Apakah kerana DAP Perak tak mau bagi ahlinya buat program untuk parti lain?
Tak mengapa… Oleh kerana DAP Perak tak mahu memberikan kebenaran.tak apa la.Kita jangan pakai nama DAP sebaliknya kita pakai nama lain. Kita namakan program tersebut “Majlis Makan Malam anjuran Komiti Gerakkerja Pilihanraya DUN Pasir Panjang.”

Dan oleh kerana yang akan bertanding dalam PRU nanti ialah PKR untuk Parlimen Lumut dan PAS diPasir Panjang, kita buat dengan PAS dan PKR. Ahli-ahi DAP yang nak membantu, kita buat atas nama Pakatan Rakyat, bukan atas nama DAP.

Tapi bila guna nama Pakatan Rakyat, kena la bubuh bendera DAP sekali. Tak kan Pakatan Rakyat ni diantara PAS dengan PKR saja. Yang ni pun tak boleh ka? Apa nak jadi dengan DAP Perak ni? Mampuih pi kat depa la. Bukan takat arahan dari negeri..malah DAP Kebangsaan pun digunakan untuk menggagalkan program ini.
 
Majlis pun dijalankan seperti yang dirancangkan. Tapi ada pulak orang Ngeh yang pi tampal notis kat pintu masuk dewan bahawa program ini diharamkan oleh DAP. Bukan setakat notis,keluar kenyataan akhbar supaya majlis itu dihentikan dan penganjur diminta memulangkan balik duit yang sudah dikutip. Tak cukup dengan notis dan kenyataan akhbar, beribu sms dihantar kepada orang Lumut jangan hadir ke majlis ini!!

Yang menariknya, orang yang bagi duit pun tak mau duit depa balik. Depa tetap mahu majlis itu diteruskan! DAP Perak kata program tersebut haram, tapi DAP Lumut kata..mampuih pi.

So, malam tu kita pakat ramai-ramai supaya jangan ada sapa-sapa yang pakai baju DAP. Ahli DAP pun tak boleh pakai baju DAP. Sebaliknya, pakai baju lain. Malam tu semua orang boleh pakai baju PKR, jeket PAS atau apa saja..kecuali lambang DAP sebab DAP negeri kata itu program haram.

Tak boleh jugak!!

Untuk menggagalkan program tersebut, DAP negeri telah memberitahu semua kepimpinan PKR dan PAS Perak supaya jangan hadir dalam majlis tersebut. Itu program haram.

DAP negeri juga memberitahu ahli-ahlinya supaya jangan hadir ke program tersebut.

Tapi bukan ahli-ahli DAP saja, Speaker DUN Selangor dari DAP dan ADUN Sekincan dari DAP buat tak tau saja arahan DAP Perak. Rafizi juga datang malam tu. Kepimpinan PR Lumut semua hadir malam tu. Malah sekitar dua ribu orang hadir malam itu untuk membantah arahan DAP Perak.

Sayang..program yang cukup meriah itu dibuat untuk membantu PAS di Pasir Panjang. Tapi tak ada seorang pun pemimpin tinggi PAS yang hadir. DAP Perak mengharamkan majlis tersebut, tetapi pemimpin DAP Selangor pun buat tak tau sebab depa tau, pengundi lebih berharga dari Ngeh dan Nga.

Rafizi jadi Superstar malam tu. PKR tak payah buat apa-apa..tapi seluruh tumpuan dapat kat PKR. Yang teruk buat kerja ialah orang DAP dan PAS.

Aku tak mau la nak kata pemimpin bangang. Tapi kalau Ngeh dan Nga itu lebih penting dari pengundi sendiri..yang tu aku kata bangang.

Wednesday, May 2, 2012

BERSIH 3.0 : Gagal atau berjaya dari segi mata blogger atau BERSIH 4.0 ataupun REVOLUSI

Oleh: MSK


Ramai yang bertanya soalan..”adakah Bersih 3.0 berjaya atau gagal?”. Ini soalan subjektif dan jawapan pun bergantung kepada sapa yang menjawab.

Dari segi meningkatkan kesedaran, yang tu aku kira berjaya. Jumlah kehadiran jauh lebih ramai malah melepasi jangkaan. (Aku faham, bila Bersih 3.0 menetapkan sasaran 500,00 orang, ia hanyalah sasaran saikologikal. Macam cakap Mat Sabu, “Bersih 4.0 akan menghimpunkan sejuta orang. Itu cuma cakap-cakap nak menaikkan semangat.). Hakikatnya, Bersih 3.0 dapat menarik hampir 400,000 orang diseluruh dunia untuk mengambil bahagian.

Ada yang kata, 400,000 orang itu hanyalah minoriti kalau dibandingkan dengan 13 juta pengundi dinegara ini. Majoriti daripada rakyat tak suka dengan demo macam ni. Terpulanglah kalau depa nak cakap macam tu.

Tapi..dalam mana-mana kebangkitan rakyat, jumlah yang bangkit tak ramai. Revolusi Oren di Ukraine digerakkan oleh sejuta rakyat yang berkumpul di Kiev. Kumpulan sejuta ini juga boleh dikira minoriti kalau dibandingkan dengan 46 juta rakyat Ukraine.

People’s Power di Filipina juga digerakkan oleh sejumlah kecil rakyatnya..tapi masih mampu menumbangkan kerajaan Marcos. Begitu juga dengan Arab Spring, pihak yang memulakan kebangkitan menentang Hosni Mubarak hanyalah satu kumpulan kecil.

Jadi, walaupun dalam media perdana memperkecilkan jumlah kehadiran peserta Bersih 3.0, hakikatnya mereka juga takut bila melihat rakyat yang turun lebih ramai dari Bersih sebelumnya.

Sapa untung sapa rugi?

Ini bukan soalan ekonomi. Kalau ikut ekonomi, ada untung ada rugi. Syarikat bas, KTM, Petronas, Shell, Caltex, Esso, dan apa saja yang bersangkutan dengan pengangkutan, semua untung. Penjual air mineral pun untung besar.

Aku suka tengok untung rugi politik.

Dalam Bersih 2.0, BN menjadi “bad boy.” Semua orang kutuk cara BN mengurus Bersih. Hishamuddin pun sampai menitahkan bahawa Bersih 2.0 haram.

Tapi kali ini, BN cuba jadi “good boy”. Hisham pun kata ..”No problem”. Tapi kali ini yang jadi “bad boy” ialah Polis dan Datuk Bandar.

BN tak mau dilihat sebagai pemerintah kukubesi. Depa cuba untuk menunjukkan imej sebagai kerajaan demokratik dengan membenarkan perhimpunan Bersih. Tapi bila tengok macam mana cara polis mengurus perhimpunan itu, aku nampak bahawa BN lebih teruk dari dulu.

Aku selalu kata, bahawa Najib lebih brutal dari Perdana Menteri sebelum ini walaupun dia nampak kool. Rakyat Perak tau sebab depa dah merasa. Najib akan tunjuk bahawa dia cukup bagus dan kool, tapi dibelakang, dia akan menggunakan apa saja untuk mencapai hasratnya.

Kalau diperhatikan dalam media internet, sampai hari ini masih banyak lagi cerita-cerita tentang kebrutalan polis. Terutama dari kumpulan anti-Umno. Tapi tak banyak yang kutuk BN. Masing-masing menyalahkan polis..bukan BN.

Ini bahaya untuk negara. Kalau rakyat bangkit menentang BN, dan BN jatuh, negara masih selamat kalau polis masih dihormati. tapi kalau rakyat bangkit menentang polis..yang tu bahaya. BN sebenarnya membahayakan negara..tapi Najib peduli ka?

Setiap peserta yang dipukul akan balik bercerita kepada keluarga. Kebencian terhadap polis akan menjadi viral dan kalau jumlah yang membenci itu menjadi majoriti, negara dalam bahaya.

Adakah BN akan mendapat keuntungan politik dari Bersih 3.0 ini? Aku rasa tidak. sebaliknya orang akan rasa lebih meluat. Ini disebabkan mereka yang hadir dalam Bersih 3.0 ini kebanyakanya anak muda yang masih fresh. Mungkin masa Bersih 2.0 dulu, depa masih bersekolah.

Graduan Bersih 1.0 dan Bersih 2.0 sudah jadi hardcore, dan graduan Bersih 3.0 sudah pun lulus dan sudah pun tau bahawa sistem pemerintahan negara perlu diperbaiki.

Apakah Bersih 3.0 menguntungkan Pakatan Rakyat?

Aku juga tak fikir Pakatan Rakyat mendapatkan keuntungan politik dari Bersih 3.0 ini.

Semuanya berjalan lancar dan sepatutnya berakhir apabila Ambiga membuat pengumuman supaya bersurai. Tapi..video yang menunjukkan Anwar memberi isyarat kepada Azmin untuk memecah halangan menghancurkan imej positif sebelumnya.


Tak kira la apa maksud isyarat tersebut..sama ada untuk berbincang atau berpakat atau apa saja alasannya, ia dipergunakan sepenuhnya oleh media arus perdana untuk menghancurkan imej Bersih. Bersih jadi kotor dengan tindakan Anwar dan Azmin. Depa boleh bagi apa saja alasan, tapi seperti yang pernah aku cakap dalam konvensyen media Penang dulu, “People will trust visuals more than words.”

Kalau dalam Bersih 2.0 dulu, Tian Chua terpaksa membela dirinya, sekarang Anwar dan Azmin pula yang terpaksa membela diri.

So..sapa untung sapa rugi? BN tak rugi tapi tak juga dapat untung. Polis rugi banyak dan imej polis jatuh teruk malah diberikan label sebagai “bad boy”.

Bersih 3.0 untung banyak sebab berjaya menarik lebih ramai peserta diseluruh negara. Hakikat bahawa semua perhimpunan ditempat-tempat lain seperti Penang, Ipoh, Melaka, Sibu dan Kota Kinabalu semuanya berjalan dengan aman menunjukkan bahawa peserta Bersih tau apa matlamat mereka untuk turun.
Pakatan Rakyat gagal menggunakan kesempatan ini untuk meraih sokongan, sebaliknya tumbang digarisan penamat.

Satu lagi perkara yang menarik ialah tentang penyertaan yang terbelah dua.

Apabila Bersih 3.0 diumumkan untuk dibuat diseluruh negara, ada perbezaan pendapat disitu. Akhirnya, semua ahli parti diarahkan untuk turun ke Kuala Lumpur dan yang tinggal dinegeri-negeri adalah mereka yang bukan ahli parti. Apa yang jelas, peserta bersih diperingkat negeri kebanyakannya adalah mereka yang tidak berparti ataupun hanya sekadar penyokong parti, manakala yang turun di KL adalah mereka yang hardcore parti.

Kehadiran luarjangkaan diprogram-program Bersih 3.0 negeri sepatutnya diperhatikan oleh kedua-dua BN dan PR. Kehadiran mereka yang ramai sudah pasti menyebabkan BN rasa takut, tapi dalam masa yang sama..belum tentu ia boleh diterjemahkan sebagai sokongan kepada PR.

Nampaknya… PRU 13 mungkin ditangguh lagi.

Thursday, April 26, 2012

Ramai blogger dan Facebooker bakal ditangkap

Oleh: MSK
Iklan Sebentar
Aku bukan nak melawak atau saja-saja nak buat cerita sensasi. Aku pun mula-mula susah nak percaya, tapi bila seorang peguam yang menulis, dan selepas dibaca berulangkali..memang betul.

Evidence (Amendment) Bill 2012 adalah diantara beberapa Rang undang-undang yang diluluskan secara tergesa-gesa bersama-sama dengan Pindaan Akta Kesalahan Pilihanraya 1954. Semua orang bertumpu kepada undang-undang pilihanraya, tapi tak ramai yang memerhatikan undang-undang Evidence Bill 2012.

Aku nak terjemah depenuhnya dalam BM pun susah sikit sebab aku bukan loyar. Jadi, mana-mana yang aku rasa susah nak terjemah, hangpa terjemah la sendiri.

Oleh kerana Bn kaki temberang, maka undang-undang pun dipinda dengan penuh temberang. Akta Perhimpunan Aman sepatutnya dipanggil Akta Perhimpunan Haram. Tapi oleh kerana nak sedap didengar dan boleh mengelirukan orang ramai, maka ianya dipanggil Akta Perhimpunan Aman.


Begitu juga dalam Evidence (Amendment) Bill 2012. Kalau sekali dengar, seolah-olah untuk memudahkan pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap mereka yang menyalahgunakan internet, tapi bila dilihat secara lebih terperinci, ia juga boleh digunakan untuk memerangkap sesiapa saja.

Seksyen 114A diperkenalkan dalam Evidence Act 1950 untuk membuktikan mereka yang menyiarkan sesuatu dengan menggunakan nama samaran atau tanpa nama (anonymous).

Selalunya kita menggunakan nama samaran dalam internet ini. Tak kira sama ada blog atau facebook. Bukan setakat nama, malah gambar pun kita bubuh mana yang kita suka.

Dalam Seksyen 114A(1) yang baru diperkenalkan, ia menyebut, ” Seseorang itu yang menggunakan nama, gambar atau anma samaran dalam mana-mana penerbitan menggambarkan dirinya sebagai pemilik, pentadbir, editor atau sub-editor atau terlibat dalam mana-mana penerbitan dianggap telah menerbitkan sesuatu kandungan itu kecuali ianya dapat dibuktikan sebaliknya.” (Ayat asasl dalam Bahasa Inggeris dibawah).

(A person whose name, photograph or pseudonym appears on any publication depicting himself as the owner, host , administrator, editor or sub-editor, or who in any manner facilitates to publish or re-publish the publication is presumed to have published or re-published the contents of the publication unless the contrary is proved”.)

Dalam lain perkataan, kalau nama, gambar atau nama samaran kita digunakan dalam mana-mana penerbitan yang menggambarkan kita adalah orang yang dimaksudkan, maka kita dianggap telah menyiarkan kandungan tersebut. Sebagai contoh, kalau seseorang membuat sesuatu blog menggunakan nama kita, maka kita lah yang bertanggungjawab keculai kita boleh membuktikan sebaliknya. Kalau kita ada blog dan orang lain membuat komen, maka kita akan dianggap sebagai pemilik komen tersebut. Kalau ada orang lain komen dalam Facebook, maka kita juga kena bertanggungjawab terhadap komen tersebut.

Subseksyen (2) lagi teruk. Kalau sesuatu posting itu berasal dari akaun kita dengan mana-mana pembekal perkhidmatan macam Maxis, Celcom atau Digi, yang tu juga akan dianggap milik kita dan kita perlu dipertanggungjawabkan.

Contoh-contoh lain:

1. Kita pakai WiFi kat rumah sewa yang diduduki oleh ramai lagi kawan kita. Tapi kalau akaun WiFi tu milik kita. Maka kita akan dianggap pemilik sesuatu posting itu walaupun kawan kita yang tulis.
2. Kita pasang Wifi kat rumah, tapi ada jiran sebelah yang “curi” line kita…maka kita juga perlu bertanggungjawab terhadap apa yang jiran kita tulis, walaupun kita tak tau sebab IP kita punya.
3. Kalau la ada kawan kita datang kerumah dan tumpang broadband kita..yang tu juga kita kena bertanggungjawab.

Memang la..pindaan ini memudahkan kerja penguatkuasa sebab bukan mudah nak menjejak siapa yang menyalahgunakan internet walaupun bukan mustahil. Ramai yang dah kena cekup.

Secara keseluruhannya, pindaan ini bukan saja untuk memudahkan kerja penguatkuasa, tapi ia juga membuka ruang kepada penyalahgunaan kuasa. Pindaan baru ini memaksa mereka yang tidak bersalah membuktikan mereka bukan penyiar sesuatu posting itu. Kalau akaun kita kena hack dan orang lain menggunakannya..yang ni lagi teruk untuk kita membuktikan kita tak bersalah.

Apa yang jelas, prinsip “innocent until proven guilty” itu tak dipakai lagi. Sebaliknya seseorang itu akan didakwa bersalah kecuali dia dapat membuktikan dia tidak bersalah. Undang-undang di Malaysia dah terbalik.

Aku rasa orang yang pertama kena dakwa ialah Matsamankati. Cuba buka blog http://matsamankati.blogspot.com.


Aku mula menggunakan blog matsamankati.blogspot.com tahun 2007, Menjelang jun 2008, blog aku kena suspend dan sejak dari itu tak boleh diakses. Lepas itu aku tak pernah pakai blogspot, sebaliknya menggunakan perakexpress.com, ureka.asia, dan malaysiatimes.my.

Tiba-tiba, blog lama aku hidup balik dan kandungannya semua pro-umno dan anti-PR. Ada orang lain hijack  URL blog tersebut dan menggunakannya seolah-olah blog tersebut aku yang punya.

Ini satu contoh macam mana kalau Umno nak pekena kita.Macam mana kalau depa hijack blog Cenangau, lepas seminggu depa buat posting yang maki hamun Sultan. Buta-buta saja Cenangau jadi orang kedua selepas Matsamankati kena cekup.

Naya la.

Walaubagaimanapun, pindaan ini belum berkuatkuasa lagi. Mintak-mintak Ahli Parlimen Pakatan tolong bawa benda ni dalam Parlimen.

Kalau Parlimen bubar, kita humban saja Umno…tak payah nak berdebat-debat lagi. Kemudian, hapuskan pindaan ini.

Terima kasih Loyarburok.

Wednesday, April 25, 2012

Antara FAM Bangsat, BERSIH Bangsat, SPR Bangsat atau ANDA Sendiri yang BANGSAT..!!!

FAM BANGSAT..!!
Oleh: MSK

Dari kecik aku tak minat bola. Mungkin sebab aku bersekolah sama dengan bintang-bintang hoki negara macam Poon Fook Loke, Foo Keat Seong, Abdul Rahim Hj. Ahmad..jadi semua orang lebih minat hoki dari bola. Malah, Perak lebih banyak menghasilkan bintang-bintang hoki berbanding bola.

Itu dulu. Sekarang mutu hoki kebangsaan sudah jauh merudum.

Walaubagaimanapun, belum ada reformasi dalam hoki. Dan aku tak rasa akan berlaku reform dalam hoki selagi kepala yang paling atas tak berubah. Kalau yang duduk dibawah saja berubah, tapi yang diatas masih lagi mengamalkan cara yang sama, sampai bila ia tak akan berubah.

Dalam bola pun macam tu jugak. Standard bola Malaysia makin lama makin jatuh. Dan aku tak nampak akan berlaku reform dalam bolasepak negara kalau kepala yang diatas masih orang yang sama.

Walaubagaimanapun, aku nampak akan berlaku perubahan dalam bolasepak. Dan perubahan itu bukan datang dari atas…tapi dari bawah.

Kalau dulu, tak ada sapa yang berani mengkritik kepimpinan FAM, sekarang bukan setakat mengkritik, malah sudah ada kumpulan yang berani menentang FAM secara yang lebih brutal. Brutal tu bukan la sampai nak berbunuh-bunuh, tapi kalau dilihat kepada luahan perasaan yang dihamburkan, ianya nampak radikal.

Cuba tengok video dibawah sekali.

Yang menjerit dan menyanyi “FAM bangsat’ itu bukan orang tua..tapi anak muda.

Aku tinggalkan bolasepak..sebab aku bukan kaki bola. Aku kaki politik.

Dalam politik juga, kalau nak mengharapkan perubahan itu datang dari orang tua..ia tak akan berubah. Orang tua hanya mahu mengekalkan kuasa. Yang berani berubah ialah anak muda.

Sejak dua hari lalu, aku sibuk dengan Bersih 3.0. Siang buat persediaan, malam buat promosi. Persediaan tak payah nak cerita kat sini..tapi boleh tengok kat Facebook Bersih 3.0 Perak.

Malam-malam kami round shopping complex sambil promosi Bersih. Yang ni seronok sikit melihat sikap manusia.

Apa yang menarik ialah kempen ini digerakkan oleh anak-anak muda. Yang tua tercengang-cengang malah ramai yang nampak lebih takut dari kami yang memakai baju Bersih.

Ada sorang tu datang mai jumpa aku dan bertanya..”tak salah ke pakai baju ni?”Peeerghh!! nak pakai baju pun takut?

Tengahari semalam, ada sidang media Bersih 3.0 Perak di Ipoh. Lepas PC, aku pi pekena nasi ganja dengan berbaju Bersih. Seronok jugak bila ramai yang datang bertanya.

“Bersih ni haram ke halal?” “Polis tak tangkap ka?” “Kalau kena tangkap, ada loyar datang jamin ka?”
Bila aku cuba buat promo kat satu couple yang muda sikit dari aku, lagi leceh. Banyak sangat soalannya. Dia mahukan macam-macam jaminan.

“You boleh jamin ka polis tak datang buat kacau?”
“You boleh jamin ka kita tak kena tangkap?”
“Kalau kita orang pergi, dapat T-Shirt tak?’
Boleh blah la.

Orang-orang macam ini bukan ejen perubahan. Ini jenis orang yang takut hilang keselesaan. Tolak ketepi dulu.

So, tinggal tiga hari lagi untuk kita menyatakan sesuatu. Bersih adalah salah satu expresi untuk menyatakan ketidakpuasan tentang sistem pilihanraya. Tanpa satu sistem yang telus dan adil, kita tidak akan mampu melakukan perubahan.

Tapi…sebelum kita mahu SPR melakukan perubahan, kita perlu berubah dulu.

Ramai dari kita yang terkongkong oleh ketakutan. Kita terlalu takut dengan benda-benda yang sepatutnya tidak wujud. Kita takut kepada ugutan. Kita takut kepada ancaman. Kita takut kepada amaran.

Mampuih pi semua tu. Hadir ke perhimpunan Bersih adalah satu kewajipan untuk melakukan perubahan. Pihak atasan perlu memahami kehendak dan perasaan rakyat dibawah.

Jangan sampai rakyat menyanyikan lagu “SPR bangsat”.
  • http://mediaperak.com/2012/04/26/fam-bangsat/

Friday, April 13, 2012

Gerik mengalami krisis air sudah seminggu sehingga minta bantuan lori dari negeri PR

Krisis Air Gerik.Perak minta bantuan Kedah, Penang,Selangor.

Oleh: MSK


Hari ini sudah enam hari sebahagian besar penduduk Gerik terputus bekalan air akibat daripada tanah runtuh di loji penapisan air di Bersia Lama, Gerik.

Tidaka da berita dan tidak ada sesiapa pun yang bising bila Perak mengalami masalah air. Tapi kalau ianya berlaku di Pulau Pinang, Kedah, Kelantan atau Selangor..sudah pasti puak-puak Umno menjerit kebisingan.
Ingat lagi bila banjir berlaku di Kedah? 

Macam-macam kutukan dibuat oleh Umno. ada yang kata Kedah tak prihatin. Ada yang kata Kedah tak bantu penduduk yang terlibat dengan banjir. Pemuda-Pemuda dan Puteri Umno pun sibuk bergambar seolah-olah mereka lah hero banjir. Tapi bila berlaku di Gerik Perak, semua berita digelapkan.

Krisis air di Gerik menggambarkan kelemahan pentadbiran Perak dibawah Zambry. Ketika BN berbangga dengan kejayaan membawa Vale ke Teluk Rubiah dengan menggadaikan alam sekitar, Lembaga air Perak dibawah Zambry gagal memberi bantuan air kepada penduduk tempatan.

Berita awal tentang krisis air di Grik mula-mula aku tahu bila membaca posting kopitarikkaw disini.

Oleh kerana berita yang diperolehi dari kopitarikkaw masih belum cukup, aku menghubungi Team mediaperak di Gerik.

Terima kasih blogger Sham yang sanggup mencari sedikit gambar untuk dijadikan bukti tentang apa yang dikatakan oleh kopitarikkaw.

Memang benar, dalam keadaan Gerik terputus bekalan air, pihak yang datang membantu adalah dari syarikat Syabas dari Selangor, Pihak Berkuasa Air (PBA) dari Pulau Pinang dan Syarikat Air Darul Aman (SADA) dari Kedah.

Bagaimanakah keadaan ini boleh berlaku? Dimankah lori-lori tangki air Lembaga Air Perak?

Menurut blogger Sham, krisis air di Gerik mungkin berlanjutan seminggu lagi. Dengan kelemahan Lembaga Air Perak, penduduk terpaksa menanggung kesusahan seminggu lagi.

Tapi ada satu perkara yang lebih menarik.

Ketika menjelang PRU 12 pada tahun 2008 dulu, sebuah bangunan dua tingkat milik Perbadanan Taman Negeri Perak runtuh di Tasik Banding.

Apakah keruntuhan loji penapis air di Bersia ini menandakan keruntuhan BN dalam PRU akan datang ini.

Untuk melihat gambar-gambar lain, layari blog Keadilan Gerik.

http://mediaperak.com/2012/04/10/krisis-air-gerik-perak-minta-bantuan-kedah-penangselangor/

Wednesday, March 21, 2012

Musuh Utama PR ialah SPR bukan UMNO/BN.. Jadi SPR lah yang wajib ditumbangkan dulu..!!!

PRU 13: Mission Possible (2)

Oleh: MSK

Dalam PRU 1999, orang Melayu lari meninggalkan Umno dan BN kerana kes Anwar. Terengganu terlepas ketangan PAS manakala Kelantan terus kukuh. Di Kedah, majoriti 2/3 dapat dihapuskan…tapi UBN masih dapat mengekalkan Putrajaya kerana undi orang Cina dan India. Cina, India dan SPR menjadi talian hayat kepada Umno.

Selepas 1999, Umno tak percaya kat Melayu. Melayu tak boleh diharap…dan untuk mengekalkan kuasa, maka UBN menggunakan SPR untuk mengubah sempadan pilihanraya. Sempadan pilihanraya dimanipulasi dengan memastikan dalam setiap kawasan Parlimen atau DUN, mesti ada peratus-peratus tertentu undi Cina dan India.

PRU 2004..Umno dan BN menang besar. Tapi masa tu mungkin kerana faktor Pak Lah. Lagi pun Mahathir yang dibenci oleh orang Melayu dah berundur.

Nasib Pak Lah tak baik sebab isteri tersayang meninggal dunia..dan bila dapat bini baru..selalu la kerja overtime. Akibatnya, Pak Lah selalu tertidur dalam waktu kerja.

Bila tiba PRU 2008, keadaan menjadi terbalik. Orang Cina dan India yang dianggap fixed-deposit bagi BN sudah berubah angin. Akibatnya, BN kehilangan lima negeri. Satu negeri berjaya dirampas balik dengan tipu helah.

Tapi sekarang tak sama macam 1999. Lepas tahun 1999, Bn masih boleh mengubah sempadan pilihanraya dan menambah kerusi kerana depa masih lagi menguasai 2/3 Parlimen. Sekarang tak boleh! Undi Cina dan India pun sudah tidak boleh diharap.

Hanya satu talian hayat yang tinggal yang boleh digunakan oleh Umno dan BN iaitu SPR.

Selepas PRU 2008, SPr duduk termenung memikirkan apa nak buat untuk memastikan UBN terus berkuasa. Sapa yang fikir SPR adalah badan bebas untuk mengendalikan pilihanraya…mereka tergolong dalam kalangan orang-orang yang bangang. SPR diwujudkan untuk memastikan BN terus berkuasa.

Nak tambah kerusi tak boleh. Nak ubah sempadan tak boleh. Tapi ada satu perkara yang boleh dibuat oleh SPR iaitu “Belah bahagi kawasan”.

Benda ini dibuat sejak Jun 2009. Kalau dulu pengundi dipindahkan..sekarang lokaliti dipindahkan. Contohnya, kalau dulu lokaliti Taman Anggerik termasuk dalam Parlimen Kuala Kangsar, sekarang Taman Anggerik sudah berada dalam Parlimen Padang Rengas.

SPR tak pindah pengundi..tapi bila lokaliti dipindahkan, maka secara otomatik pengundi-pengundi “terpindah”. oleh kerana lokaliti yang dipindahkan, maka pertambahan dan pengurangan pengundi tidak dimaklumkan dalam Daftar Pemilih Tambahan. Akibatnya, ramai la orang parti yang tak tau. Tup-tup..bila ada Pilihanraya Kecil..baru terpinga-pinga, “macam mana 14,000 pengundi sudah dipindahkan?”. Masa tu tak payah cakap dah..sebab bila tiba pilihanraya, apa yang SPR cakap adalah wahyu. Tak boleh dipertikaikan. Nak bising…bawa ke mahkamah. Tapi nak buat apa? pilihanraya dah habih.

Sapa yang nak pantau apa yang SPR buat? Nak harap parti-parti politik..aku tak harap. Dulu Khalid Ibrahim pernah mengumumkan peruntukan sejuta ringgit untuk memantau SPR. apa yang dibuat dengan duit tu aku tak tau la…tapi bila nama Khalid Ibrahim sendiri kena pindah..baru ada akai!!

SPR kata, apa yang depa buat ialah untuk menyelaraskan peta SPR dengan peta rasmi negara. Hei..SPR boleh bagi macam-macam jawapan. SPR juga kata “…menteri besar Selangor telah didaftarkan sebagai pengundi di Jalan 16/2 di Seksyen 16, Petaling Jaya, yang telah tersilap dimasukkan sebagai sebahagian daripada kawasan Petaling Jaya Selatan sebelum pembetulan sempadan itu dibuat.”

Nak terima atau tidak jawapan SPR tu? Kalau tak mau terima..nak buat apa?

Aku boleh terima la jawapan SPR tu sebab masa SPR buat belah bahagi kawasan dulu pun hangpa buat tak tau. Aku cakap pun bukan hangpa nak dengaq.

Macam mana dengan kes yang ini pulak? Ini cuma satu contoh.

Dalam PRU 2008, seramai 308 pengundi pos yang terdiri dari anggota polis dari IPD Teluk Intan mengundi dalam DUN Pasir Bedamar…manakala hanya 4 anggota polis yang mengundi secara pos dalam DUN Changkat Jong.

Dalam PRU tersebut, DUN Pasir Bedamar dimenangi oleh DAP dengan majoriti 7914 undi..manakala DUN Changkat Jong dimenangi oleh PAS dengan majoriti 899 undi.

Kalau hangpa jadi orang Umno..apa yang hangpa nak suruh SPR buat?

DUN Pasir Bedamar tu mampuih pi la. Susah nak dapat balik. Tapi..daripada membazirkan undi di Pasir Bedamar..mengapa tidak dipindahkan pengundi yang dah gerenti mengundi BN ke Changkat Jong? BN hanya perlukan 450 undi baru untuk mengalahkan PAS!!

Tapi kalau dipindahkan terus macam tu saja..nanti orang Pas tau pulak!! Jadi kena buat diam-diam. Dan yang paling selamat dipindahkan ilah undi Pos.

Langkah pertama ialah dengan menukarkan nombor kad pengenalan polis. Pasai apa ditukar..yang tu toksah risau..jawapan boleh dicipta.

Pada akhir 2009, nombor-nombor anggota polis sudah siap ditukar didalam daftar pemilih. Masa tu orang tak perasan..sebab sapa yang nak check satu persatu?

Masuk tahun 2010, pengundi pos yang terdiri dari anggota polis IPD Teluk intan ini ditukar ke DUN Changkat Jong. Tiba-tiba saja DUN Changkat jong mendapat 107 pengundi pos yang baru. Mai dari mana? Bukan ada balai polis baru!

Check punya check..tengok-tengok anggota polis kat IPD Teluk Intan ditukarkan dari DUN Pasir Bedamar ke DUN Changkat Jong. Yang ni SPR nak cakap apa?

Apakah sebahagian daripada IPD Teluk Intan sudah dipindahkan ke Sungai Kerawai dalam DUN Changkat Jong? Tak pelik ka…satu balai..tapi anggotanya mengundi di dua DUN yang berbeza?

Kat bawah ni cuma sebahagian saja. Kalau nak senarai penuh..aku boleh bagi.

Ini sikit saja..banyak lagi yang kita tak tau. Berapa ramai pengundi Pasir Bedamar yang telah dipindahkan ke Changkat Jong? Tu pasai aku masukkan DUN Changkat Jong sebagai salah satu DUN yang dimenangi oleh PR akan tumbang. Bukan pasai PAs tak bagus..tapi SPR punya kerja.

Tu baru pindah pengundi pos. Macam mana pulak dengan pengundi baru? Berapa ramai pengundi baru di Perak?

Jangan terkejut nanti kalau pertambahan pengundi baru di Perak ini lain macam. Kalau tengok gerakkerja, setiap majlis DAP depa akan buka kaunter pendaftaran pengundi baru. Tapi bila tengok statistik..kawasan DAP la yang paling kurang pertambahan pengundi baru di Perak.

Macam mana boleh jadi macam ni?

Tapi tengok pulak yang dibawah ni.

SPr dah buat tak tau kat kawasan DAP sebab depa dah tak harap BN boleh menang. Apa yang depa boleh harap, ialah dengan memenangi kawasan-kawasan PKR dan PAS. Kawasan sedia ada diperkuatkan, manakala kawasan Pas dan PKR dikucarkacirkan.

Apa yang kita nampak dalam statistik diatas hanyalah pertambahan pengundi secara keseluruhan. (jumlah sekarang tolak jumlah dulu). Tapi kalau dikaji dengan teliti lagi, baru kita boleh tau berapa jumlah yang pindah masu dan pengundi baru…dan berapa pula yang pindah keluar atau mati. Ambik contoh..di Simpang Pulai, jumlah pertambahan ialah 12.2% ataupun 4620 pengundi. Tapi berapa yang dipindah keluar dan berapa yang dipindah masuk?

Lagi detail kita kaji..lagi banyak manipulasi SPR yang kita boleh bongkar. Kita akan tau macam mana kampung ini dipindah masuk DUN sana. Taman ini boleh dipindah masuk Parlimen sana.

Kita mungkin ingat pengundi-pengundi kita masih sama sebab tengok jumlah pengundi masih 500 dalam satu UPU itu…tapi kita tak tau ada kemungkinan 500 yang dulu dikeluarkan dan 500 pengundi yang baru dimasukkan.

Hangpa pi tanya depa yang teringin sangat nak jadi calon tu. Ada Daftar Pemilih terbaru tak?

Aku yakin..ada tempat yang masih pakai Daftar Pemilih 2008. Kalau ada yang terbaru pun..ada dalam laci Ketua Cabang..

Kalau nak tumbangkan Umno..kena tumbangkan SPR dulu. Tapi sapa nak buat kerja ni?

Kalau takat AJK Cabang..aku tak harap. Pegang mouse pun ngetor.

http://www.malaysiatimes.my/

Thursday, March 15, 2012

Kita perlukan “A Team” untuk lawan BN

Oleh: MSK

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEih0oFlO9iKZ5Yaque_KzSbbKSK-bViurF63EzVsXMgljEl-y87ptHsORaT435WP0TED1Qulb7tZiNZtlLfU_bdFoI7SLdNBo3R9F-9GNuXcpSs0o3Zl-bDAuPWQbHOY-DnYM9pFTbFvjpo/s1600/the-a-team-646058234.jpg

Ada sorang mamat telefon aku..”Mat..hang tolong bagi tau Mat Sabu..jangan la buat loklaq sangat.”

Aku tanya pasai apa? Dia jawab..”Kita semua dok semangat nak rampas Putrajaya, Mat Sabu pulak kata impossible. Patah semangat.”

Aku pun cari kat mana yang Mat Sabu dok cakap macam tu. Hangpa boleh baca kat Free Malaysia Today disini.

Dalam berita tersebut, pemberita menulis ..” PAS deputy president Mohamad Sabu says Pakatan Rakyat taking over Putrajaya is like “mission impossible”.

Kalau Mat Sabu kata “Capturing Putrajaya is impossible.” Yang tu aku setuju kalau hangpa katok kepala Mat Sabu. Tapi bila dia kata …taking over Putrajaya is like “mission impossible“..yang tu hangpa kena katok kepala sendiri.

Kita tengok lagi apa yang Mat Sabu kata..”…he predicted that Pakatan would again deny BN the parliamentary two-thirds majority, and retaining the state governments of Penang and Kelantan.

He, however, conceded that BN would retain Pahang and Perlis state governments.

He said Pakatan would face tough battles to retain Kedah and Selangor and recapture Perak.

He added that Pakatan has a good chance of capturing Negri Sembilan and Terengganu and denying BN its two-thirds majority in Johor and Malacca State Legislative Assemblies.”

Bila Mat Sabu kata “mission impossible”, aku setuju dengan dia. “Mission Impossible” ialah satu siri televison yang popular satu masa dulu. Dalam siri tersebut, semua misi-misi “mission impossible” menjadi “possible” dan berjaya. Macam mana boleh berjaya?

Misi-misi menangkap penjenayah atau mematahkan komplot bukan dilakukan secara biasa. Ia bukan dilakukan oleh polis, FBI atau CIA tetapi dilakukan oleh “A Team” yang dianggotai oleh orang-orang yang tak berapa betui tapi terer dalam bidang masing-masing. “A Team” dianggotai oleh mereka yang pakar dalam teknologi tapi tak boleh ikut kepala orang-orang yang “normal” ataupun orang-orang yang berfikir dalam kotak.

Kalau hangpa fikir bahawa Umno dan BN boleh ditumbangkan melalui pilihanraya..itu impossible!! Sebab BN akan hanya mengadakan pilihanraya bila dia pasti dia boleh menang. Kalau 50:50 pun dia tak buat. Dan dia akan buat apa saja untuk menang walaupun dengan menipu.

Kalau nak menang..kena buat macam “Mission Impossible”.

Apakah hangpa ingat ceramah Tok-tok lebai kat kampung boleh menumbangkan BN? jangan harap la.

Apakah dengan menyebar risalah harga barang naik masa orang tengah kalut dengan banjir boleh menumbangkan BN? Itu pun kerja bodoh.

Yang boleh menumbangkan BN ialah orang yang tak berapa betui. Yang tidak “normal”. Kita perlukan “A Team”.

Yang boleh menumbangkan BN ialah pakar-pakar IT yang berpakaian tak senonoh, para hackers yang tak sembahyang sebab dok mengadap laptop, electronic engineers yang tak percaya hantu, anak-anak muda yang sanggup turun kejalanraya…ini orang yang boleh memporakporandakan UBN.

Pakar IT, para hackers, electronic enggineers dan mat-mat rock inilah yang mampu membuktikan bahawa UBN menang pilihanraya secara menipu. Anak-anak muda yang menguasai teknologi inilah yang akan mampu melawan pemerintah.

Mat Sabu bercakap tentang realiti. Kita tak mau lagi dengar angan-angan 16 September. Kita tak mau lagi dengar cerita Pakatan akan mengambil alih Sarawak..tapi bila keputusan diumumkan..depa hanya menang 3 kerusi. Kita juga tak mau dengar dah..kita kan merampasa Putrajaya…tapi kat Terengganu dah bergaduh sama sendiri. Kat Kedah bergaduh sama sendiri. Kat Selangor bergaduh sama sendiri.

Macam mana nak rampas Putrajaya?

Mat Sabu kata, cuma Kelantan dan Penang yang boleh dipertahankan. Ada sapa yang tak setuju?

Kedah dan Selangor dalam bahaya manakala Perak susah untuk dirampas semula. Bulan Mei tahun lepas aku dah kata benda yang sama. Tentang Kedah aku tulis dua siri disini dan disini.

Tentang Selangor, juga aku dah tulis dalam siri “Selangor dalam bahaya” . Tapi masa tu orang lebih percaya cakap Zuraidah yang kata PR akan mendapat dua pertiga. Masa tu belum teruk..tapi sekarang lagi leceh. Masa tu belum pecah skandal-skandal dalam PKR..sekarang, macam-macam cerita dah kita dengar.

Mat Sabu juga kata PR ada peluang merampas Negeri Sembilan. Bukan ka aku juga tulih benda tu tahun lepas? “Pakatan mampu tawan Negeri Sembilan?”

Dalam siri itu, aku kata..”Negeri Sembilan macam Sibu 2010. Ini bukan mustahil. Malah boleh berlaku sekiranya Pakatan mempunyai strategi yang tepat.”

Cuma macam mana nak merampas Terengganu tu yang aku tak pernah kaji. Diperingkat awal, memang nampak ada peluang bila Umno Terengganu berpecah…tapi bila PAS dan PKR Terengganu berbalah..aku pun tak nampak macam mana nak menang. Malah aku boleh kata..”impossible”.

How to make it possible? Yang ni hangpa kena belajar dari Perak.

Bila tiga ADUN PR melompat jadi bebas, kita kata kita masih selamat sebab Sultan tak ada hak menyingkir Menteri Besar. Memang la kalau ikut undang-undang pun Sultan tak ada hak. Hakim-hakim berpenglaman pun kata macam tu..tapi akhirnya jadi apa? Undang-undang pun boleh ditafsir ikut cara depa.

Kemudian kita kata Speaker tak boleh disingkir. Betui la…tapi depa heret didepan Raja Muda dan Mufti Perak. Yang tu pun halal!!

Macam mana Umno boleh menjadikan sesuatu yang impossible boleh jadi possible? Sebab depa bukan ikut undang-undang.

Kalau kita pun ikut undang-undang SPR..itu yang menjadikan impossible. Kita perlukan “A Team”.

Saturday, October 15, 2011

Rockers dan Pakatan Rakyat

Oleh: MSK

Dua minggu sudah aku baca tulisan Zulkifli Yahya dalam Kedahlanie tentang kesilapan yang dilakukan oleh rakan FB penyokong PR. Setuju 100%. Zulkifli bercakap tentang FB, tapi kalau dipantau tulisan-tulisan dalam blog dan komen-komen juga serupa.

Sejujurnya, aku katakan bahawa penyokong Pakatan lebih brutal dari penyokong BN. Penyokong BN memang terkenal dengan porno tapi penyokong PR juga tidak akan melepaskan peluang bila ada. Pantang ada skandal maksiat…terus jadi headline. Tak kira la kalau skandal itu melibatkan Menteri atau JKKK.

Kalau nak katakan penyokong Umno tak tau hukum agama…tu pasai depa capui macam tu..aku boleh setuju. Tapi kalau penyokong PR yang dikatakan beragama, bermaruah juga buat macam penyokong Umno…yang tu aku kata lebih brutal.

Bila aku keluar dari PKR…macam-macam kutukan yang aku dapat. Seolah-olah keluar PKR tu macam keluar Islam. Keluar dari Umno dianggap hero…keluar dari PKR dianggap pengkhianat. Tukar parti dianggap macam tukar ugama.

Bila Bob Lokman masuk Pas, secara tiba-tiba Bob Lokman dianggap hero. Artis masuk Pas seolah-olah utusan dari syurga. Bob Lokman dirai sampai Nizar pun kena ketepi. Bila Amy Search rapat dengan Nik Aziz, fuiyo..ramai yang kata Amy dah dapat hidayah. Bila masuk Pakatan, semua dosa masa lampau seolah-olah dihapuskan. Tapi kalau keluar Pakatan, semuanya jadi tak elok.

Pakatan sudah jadi macam Hotel California. "You can come in anytime you like…but you can never leave".

Jadi, bila Awie masuk Umno..Awie terus dicerca..dikutuk..malah ada yang terus menghukum Awie ke lubang neraka. Ini mentaliti penyokong Pakatan. "Kalau hangpa tak sokong aku, hangpa tergolong dalam golongan musyrik, golongan munafik, golongan sesat," Aku tak dapat bayangkan kalau Pakatan memerintah nanti. Macam mana kalau kuasa ditangan depa.

Ini posting dalam karat e-jau.

Awie..Dari Umno Kamu Datang Kepada Umno Kamu Kembali…

dan bila aku tengok komen-komen dibawahnya,

1. pegi mati lu orang…nak masuk umno ke nak ke neraka peduli apa aku…

2. GENG PARTI PANDI KUTTY SEKUTU APCO !

3. tak mainla awie ke, zed zaidi ke atau adam ke…pergi blah la lu orang…adapun tak menambah, takde pun tak berkurang….kalau nak mengampu dan cari makanpun agak-agak le weh….patutlah orang kata artis ni banyak yang otak udang…

Dan ini pula komen dalam blog Pulakdah.

1. awie bukan PUKIDA ,, tapi 77 laaaa ,,,,,,,,,

Kalau aku nak copy komen-komen tentang Awie ni..banyak lagi tapi cukup la. Kalau Awie masuk Pas…aku rasa dia akan dianggap hero tapi dia memilih Umno. Dan apabila dia memilih umno, maka teruk la dia kena kutuk. Aku tak kisah kalau penyokong Pakatan kutuk dia dari sudut politik, tapi bila kutukan itu bersifat "overkill", ia juga boleh membuatkan aku marah.

Aku rapat dengan Awie. Aku kenal Awie sejak dia dilahirkan kerana kami bersepupu. Bapa Awie adalah adik emak aku.

Aku tak marah kalau Awie masuk umno. Malah kalau member-member rockers yang lain macam Meor Pestajiwa, Nikbinjidan, Rahmat Haron nak masuk Umno pun aku setuju. Sebab selama ini Pakatan menganggap rockers macam binatang terbuang. Rockers dianggap tidak bermaruah. Rockers dianggap pemangkin maksiat. Kecuali kalau rockers tu buang jeans seasoned dan pakai jubah. Ataupun berhenti melalak kat konsert dan kemudian berceramah. Yang tu semua bagus.

Dua kali aku dan Meor Lanterajiwa cuba membantu Pakatan menarik golongan muda kedalam Pakatan Rakyat.

Kali pertama kami merancang konsert "Bangkit" di Perak yang membariskan Pyanhabib, Nikbinjidan, Meor, Airmas..tapi tunggu punya tunggu…duit modal habis..akhirnya konsert dibatalkan.

Kalu kedua kami cuba membuat konsert "Gelora anak Muda" di Pulau Pinang. Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Mansor Othman sudah bagi lampu hijau, modal dikeluarkan,tapi akhirnya kena kencing.

Bila aku nak buat di Selangor, Rodziah Ismail setuju tapi Hasan Ali kata "tak mau terlibat dengan dosa". Ceramah maki hamun orang tak apa…yang tu Islamik. tapi menyanyi lagu kemanusiaan, lagu anti-ISA tak Islamik. Butuh la.

So…dimana ruang rockers dalam Pakatan Rakyat? Apakah semua rockers yanag nak masuk Pakatan kena pakai jubah dan menjadi penceramah?

Apakah sudah lupa tentang perjuangan rockers dalam reformasi? Apakah kemenangan Pakatan Rakyat itu hanya dari titik peluh AJK Cabang? Sebelum pilihanraya, rockers ditatang…tapi bila dah menang…depa ni dikatakan pemangkin maksiat? Hipokrit.

Balik kepada kisah Awie.

Bapa Awie adalah pemimpin masyarakat di Dato Keramat. Dia adalah diantara yang meneroka Kg. Bumiputra dalam tahun 1960an., seangkatan dengan Hamid Tuah. Akhirnya dia menjadi Ketua Umno disitu. Tapi pada tahun 99, bapa Awie berubah angin apabila Anwar disingkir.

Hangpa mungkin tak tau, bahawa gambar bapa Awie dengan Nik Aziz keluar dalam Harakah! Hangpa mungkin tak tau adik beradik dan ipar Awie juga turun kejalan raya pada tahun 1999. Selepas 1999, dimana Pas? Dimana Keadilan? Setinggan di Kampung Bumiputera kembali seperti biasa. Yang hangpa tau…haram, munafik, mungkar, maksiat.

Come on la. Jangan la kerana ketaksuban politik itu menyebabkan kita lupa tentang nilai hidup. Jangan lah menganggap rockers itu penuh dengan maksiat manakala yang berjubah itu penuh keimanan. Kalau hangpa…penyokong Pakatan, menganggap hangpa sebagai lebih bermaruah dan bermoral tinggi..tunjukkan contoh. bukan menjadi lebih haprak.

Ada yang membangkitkan tentang PUKIDA. Tolong jangan celupar sangat. Jangan pakejkan semua ahli PEKIDA dengan label lucah. Lebih-lebih lagi kalau hangpa merasakan hangpa lebih bermaruah.

Siapakah yang membantu Nizar menang dalam PRK Bukit Gantang pada tahun 2009? Siapakah yang mempertahankan ADUN-ADUN PR semasa Krisis di SUK Perak?

Empat hari sebelum hari mengundi semasa PRK Bukit Gantang, Nizar telah berjumpa dengan semua Ayahanda2 PEKIDA dari seluruh negara. Tak percaya tanya Nizar..tanya Haji Ismail…tanya Tan Kuda. Kepimpinan PEKIDA telah memberitahu Nizar bahawa mereka tidak akan terlibat membantu Umno dalam PRK Bukit Gantang. Malah apabila ada ahli PEKIDA yang cuba menaikkan pondok, yang lain akan merobohkannya. Dan perlu ingat, dalam PEKIDA ada ahli yang tak ada kad keahlian…dan ada ada yang mempunyai kad keahlian. So..jangan kutuk main borong.

Semasa Krisis Perak juga, jangan lupa bahawa mereka yang berada dikeliling Nizar dan ADUN-ADUN yang lainnya juga adalah ahli-ahli PEKIDA.

So..hangpa tau pasai apa aku kata dua-dua pihak…BN dan Pakatan serupa saja? Pasai tak pakai akai.