Showing posts with label Senator. Show all posts
Showing posts with label Senator. Show all posts

Tuesday, November 1, 2011

APA JASA DATUK NALLA DAPAT SENATOR?

APA JASA DATUK NALLA DAPAT SENATOR? PEMIMPIN UMNO BAWAHAN PATUT MUHASABAH DIRI

Oleh: WFAUZDIN NS

DI DALAM negara di bawah pemerintahan Umno/Bn ini nampaknya tidak sukar untuk mendapat kedudukan yang setaraf dengan Wakil Rakyat bahkan untuk menjadi Menteri. Tanpa bertanding di dalam Pilihanraya dan tanpa berbuat jasa kepada rakyat dan negara, sesiapa pun boleh mendapat kedudukan seperti itu dengan hanya menjadi `pengampu' dan `pencacai' kerajaan.

Jawatan Senator adalah jawatan yang dilantik bukan melalui Pilihanraya seperti Wakil Rakyat. Lojiknya sesiapa yang mendapat jawatan itu mestilah tokoh yang banyak berjasa kepada rakyat dan negara. Tetapi di bawah Kerajaan Umno/Bn, sesiapa pun boleh berada di kedudukan itu asalkan sanggup menjadi `pencacai dan pengampu' nombor Wahid. Contohnya, apa jasa Ezam sesumpah? Apa jasa Jamil Khir Baharom? Dan, terbaru Datuk Nalla.

Datuk K S Nallakaruppan bakal dilantik sebagai Senator dalam majlis mengangkat sumpah di Dewan Negara yang akan berlangsung di Kuala Lumpur, esok (Malaysiakini). Kita lebih mengenali beliau sebagai taukeh judi dan suka menyebarkan cerita fitnah memburukkan DS Anwar. Ezam sesumpah juga begitu, semenjak keluar dari GERAK iaitu NGO yang kononnya menentang amalan rasuah, akhirnya Ezam sesumpah bergelumang dengan parti yang penuh dengan rasuah. Selepas `bermazhabkan' Umno, Ezam sesumpah menjadi pencacai dengan memburukkan peribadi DS Anwar. Maka, layaklah dia menjadi Senator.

Jalan singkat yang dilalui oleh Ezam sesumpah menjadi ikutan Datuk Nalla. Maka, beliau berhasil mencapainya. Kesilapan pemimpin-pemimpin Umno bawahan yang begitu lama berjasa pada parti dan ada yang bekerja kuat membela rakyat di kawasannya namun tidak berpeluang menjadi calon Pilihanraya, mereka ini tidak pandai untuk memburukkan DS Anwar. Kerana `jahil' untuk memburukkan DS Anwar, mereka tidak layak untuk menjadi Senator.

Simpati juga kita kepada ramai pemimpin Umno bawahan yang begitu setia dengan parti tetapi tidak layak untuk diangkat sebagai Senator. Zul Kulim pun bertuah kerana mendapat gelaran Dato' dari Istana walaupun tidak mendapat Senator. Jasa Zul Kulim? Tentunya semua tahu.

Saya menasihatkan elok benarlah pemimpin-pemimpin Umno yang merasakan `terbuang' itu bermuhasabah diri dan bersama Pakatan Rakyat demi rakyat. Masakan mereka sanggup melihat seorang demi seorang diberi `anugerah' berbagai-bagai hanya jasa mereka mengampu dan mencacai, sedangkan perjuangan pemimpin Umno bawahan yang setia kepada parti terus diperlekehkan. Sudah tentu KJ, Ketua Pemuda Umno bersetuju dengan pendapat saya./wfauzdin.blogspot.com

Dah tak ada rakyat Malaysia yg bijak pandai dah kaa nak lantik jadi SENATOR......!!!

Wednesday, April 6, 2011

Tahniah SENATOR SAIFUL IZHAM.. tapi anda jangan ingat kami lupa nooo..!!!


TAHNIAH sahabat...sebab anda di angkat jadi senator.. tapi kawan nak ingatkan anda pasal kelaku anda 2008 dahulu...jangan ingat kami lupa..pasal ketegaq buih anda maka kita terpaksa lawan BN guna lambang BEBAS...ini semua pasai bebal anda tak mau undur diri...sedangkan masa ada sejam lagi dan calon standby sudah pun ada dok tunggu...

tapi hang ketegaq punya pasai nak serah borang jugak maka terimalah nasib bangang anda di mana pencalonan anda di tolak sebab tak sertakan penyata macam zul nordin...nasib baik Arumugam sanggup ganti hang dengan lambang BEBAS tukaq pie ke PKR... jika tak menang FREE jaa kat meraka....

jadi ingat2 laaa nooo bahawa anda ada sejarah dengan kami rakyat jelata....buat kerja elok-elok ada masa kirim salam kat SENATOR EZAM....

Monday, April 4, 2011

Saiful Izham dilantik Ahli Dewan Negara

ALOR SETAR, 5 April: Dewan Undangan Negeri (Dun) Kedah yang bersidang semalam telah meluluskan perlantikan Naib Pengerusi Perhubungan PKR Kedah, Saiful Izham Ramli (gambar) sebagai Ahli Dewan Negara berkuatkuasa 21 Mei nanti.

Usul pelantikan beliau telah dibawa oleh Datuk Seri Azizan Abdul Razak (PAS-Sungai Limau) dan disokong oleh Datuk Ir Amiruddin Hamzah (PAS-Anak Bukit) bagi menggantikan Senator Zamri Yusof apabila tempoh perlantikannya berakhir kelak.

Saiful pada sesi pemilihan parti yang baru lalu telah dipilih menerajui PKR Cabang Merbok setelah penyandang yang juga Ahli Parlimen Merbok, Datuk Rashid Din tidak mempertahankan jawatannya.

Pada pilihan raya umum (PRU) ke-11, buat pertama kalinya beliau telah dipilih untuk bertanding menentang calon Barisan Nasional, Datuk Zainuddin Maidin di kerusi Parlimen Merbok tetapi tewas dengan majoriti 15,162 undi.

Azizan ketika mengemukakan usul tersebut turut merakamkan penghargaan rakyat di negeri itu kepada Zamri yang memberikan perkhidmatan cemerlang sepanjang tempoh memegang jawatan tersebut.

Sementara itu, Dun Kedah turut dimaklumkan tentang perlantikan semula Ahli Dewan Negara, Senator Mohamad Yusof Hussin bagi tempoh sepenggal lagi berkuatkusa pada tarikh yang sama.