Showing posts with label Seri Temin. Show all posts
Showing posts with label Seri Temin. Show all posts

Friday, November 9, 2012

'Sumbangan' untuk CEO sendiri? baguih sungguh BN jaga GLC Kedah..!!!

Rekod menunjukkan Seri Temin beri sumbangan untuk CEO sendiri

Oleh: SAIBURI SUDIN
 
Dato’ Syed Sobri Syed Hashim ADUN BN Kuala Nerang adalah bekas CEO Seri Temin Development Corporation (M) Sdn Bhd (STDC). Sebagai CEO dia sudah menerima gaji dan elaun berdasarkan kedudukannya.

Tetapi dalam rekod catatan akaun dan baucer STDC menunjukkan STDC telah memberi sumbangan kepada Syed Sobri (selain dari gaji dan elaun yang diterimanya). 
 
Di bawah item ‘sumbangan’ semua pembayaran adalah kepada pihak yang tiada kaitan dengan urusniaga syarikat. Berikut adalah antara catatannya:

1) Tarikh 07.05.2003, (No. cek) 985494 - RM 300.00

2) 12.06.2003, (985515) - RM 84,000.00

3) 29.08.2003, (37725) - RM 5,000.00

4) 08.07.2003, (28915) - RM 2,249.00

5) 23.06.2004, (133223) - RM 5,720.006) 27.04.2005, (269735) - RM 6,900.00

7) 02.05.2005, (269748) - RM 2,350.00

8) 13.07.2005, (310274) - RM 1,211.90

Persoalannya, mengapa CEO STDC luluskan sumbangan untuk dirinya sendiri? Syed Sobri dan BN Kedah kena jawab. Pendedahan dan pendedahan yang dibuat satu pun tidak pernah dijawab. Berdasarkan pengalaman BN, mereka cukup pantas beri penjelasan dalam apa-apa isu kontroversi… siap dengan sumpah laknat dalam masjid, tapi mengapa dalam isu Skandal RM7.5 juta STDC BN Kedah hanya menyepi?

JANGAN SERAH KEDAH DEKAT PENYAMUN
 
http://kedahla.blogspot.com/2012/11/sumbangan-untuk-ceo-sendiri-aku-faham.html 

Thursday, November 8, 2012

Pi sidang perwakilan UMNO pun sapu duit Seri Temin... penyamun tarbuih betoi


Untuk pendedahan penyelewengan hari mai kita tengok duit Seri Temin Development Corporation (M) Sdn Bhd (STDC) digunakan biayai penginapan di Perhimpunan Agung UMNO.

Belanja yang digunakan atas nama penginapan Syed Sobri Syed Hashim (ADUN Kuala Nerang lanie) ialah RM2,249.00 (bayaran pada 8/7/03, cek no. 28915).

Manakala penginapan untuk perwakilan UMNO yang lain (tidak dinyatakan Bahagian mana, tetapi dipercayai UMNO Bahagian Padang Terap) ialah sebanyak RM36,210.00 (3/7/03, no. cek:985540).

Semua butiran ini tercatat dalam akaun STDC zaman BN.
 
http://kedahla.blogspot.com/2012/11/pi-sidang-perwakilan-umno-pun-sapu-duit.html#more

Wednesday, November 7, 2012

BN sapu duit Seri Temin serupa reta meredak tok nenek depa!


Oleh: Saiburi Sudin
 
Dato’ Amiruddin Hamzah pernah mendedahkan dalam Sidang DUN bagaimana STDC telah membelanjakan RM7.5 juta sebagai sumbangan, walhal ianya tidak diluluskan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri untuk rebat cukai.

Laporan pihak Audit berhubung perbelanjaan tidak wajar dan bayaran yang dibuat tanpa sokongan dokumen terlalu banyak. Antaranya ialah sumbangan terhadap Mesyuarat Perwakilan Umno Padang Terap - RM10 ribu (23.01.2007), lawatan Pemuda Umno ke Indonesia - RM10 ribu (14.03.07), lawatan Puteri Umno ke Indonesia – RM5 ribu (18.03.07), sumbangan kepada Umno Kedah – RM200 ribu (19.04.07), sumbangan petugas BN pilihanraya kecil Ijok – RM5 ribu (13.05.07), sumbangan T-shirt dan wang saguhati konvoi Pergerakan Pemuda Umno Padang Terap – RM4 ribu (22.05.07), sumbangan kepada Umno Cawangan Padang Kerasak Naka – RM5 ribu (30.05.07) dan membekal cenderamata untuk perwakilan Umno Bahagian Padang Terap – RM26,150.00 (01.01.08).

Seterusnya ialah pemasangan billboard untum mesyuarat perwakilan Umno Padang Terap – RM10 ribu (01.01.08), sewa khemah dan meja bulat untuk mesyuarat perwakilan Umno Bahgian Padang Terap – RM10 ribu (16.01.08), membekal kain tudung kepada ahli Puteri Umno – RM20 ribu (03.02.08) dan makan minum untuk mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Padang Terap – RM21,700.00 (15.02.08).

Menteri Besar masa itu Datuk Seri Mahdzir Khalid turut menggunakan wang STDC untuk menerbitkan kalendar peribadi beliau yang diberi percuma kepada rakyat dengan kos RM80 ribu (06.12.07 & 20.02.08). Banyak lagi pembayaran yang disifatkan oleh Audit sebagai ‘tidak berkepentingan dan tidak berkaitan dengan aktiviti dan objektif penubuhan STDC’.