Thursday, December 1, 2011

NGA KOR MING DAH MINTA MAAF..... ISA SAMAD BILA LAGI?

Oleh: Cybertooper Bumi Bertuah (Cybertrooper Umno Anak Felda)

Ini yang buat aku malu dengan DAP. Bila terdapat bantahan dari UMNO dan NGO bahawa Nga Kor Ming hina Zambry Kadir, cepat sahaja Nga Kor Ming keluar kenyataan rasmi memohon maaf melalui media kerana keluarkan hinaan tersebut. Itu bukan Islam, bukan orang Melayu yang dakwa tinggi budi bahasa. Walaupun Zambry Kadir adalah seteru politik, tapi yang betul tetap dilakukan.

Jadi apa ke hei nyer Isa Samad sombong sangat nak minta maaf kat Ketua Peneroka Felda Kebangsaan Pak Sam? Lu orang tengok la samseng nogori ni cakap apa kat Utusan 1 Disember 2011 (http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1201&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_04.htm# )bila tanya pasal hal tuntutan maaf oleh Jawatankuasa Perundingan Peneroka (JKKP)dan Gabungan Persatuan Wanita (GPW) kerana Isa hina Pak Sam kat Kuala Pilah. Isa declare terus sapa tentang dia Pengkhianat Negara dan bagitahu wartawan Utusan patutnya Pak Sam yang kena jumpa atau contact dia. Siap tambah perasa lagi Pak Sam ponteng banyak mesyuarat sekarang... pergh!! Ini betul Hitler jelmaan mana Najib kasi jadi Pengerusi Felda pun tak tahu. Tak mau minta maaf dah satu hal, ugut sapa-sapa lawan dia pengkhianat negara pulak. Wat the F***? Buat tuduhan baru lagi Pak Sam banyak tak hadir meeting, ini Isa Pendek nak cari gaduh lagi adalah. Bro-bro gua cybertrooper UMNO geleng kepala beb, ingat leh tenang sket Felda bila dengar Isa pendek wat PC cakap hal ni. Sekali dapat info dia cakap camni, memang la spesies tak leh nak ajar dan kurang ajar.

Islam apa, Melayu apa kau ni Isa? Jawatan Tan Sri kau tuh dengan duit hasil mengepau masa kau jadi MB dan Menteri Wilayah dulu boleh bawak mati ke bro? Hina sangat ke nak minta maaf kat peneroka cam Pak Sam? Kalau aku Ketua Hakim Negara, aku haramkan Isa sebut perkataan peneroka dan mendekati rancangan Felda ... ada hati dalam statement nak sebut lagi apa dia buat untuk kebaikan peneroka.

Hark Ptuih!! Dengan ketua peneroka pun ko leh hina dan sombong camni, apatah lagi peneroka biasa. Confirm beb Isa tak layak jadi Pengerusi Felda!! Kalau mamat pendek ni pengurus estet sawit hina India pekerja estet suka2 hati, lama dah kena bakor dan tanam kat dalam ladang!

Satu perkara aku perasan, bukti video Nga Kor Ming hina Zambry Kadir yang member gua kat Perak Today siar kat Youtube cuma catat view sekitar 10 ribu. Nak catat 10,000 tu berapa media cetak keluar, TV3 pun cover dan cybertrooper UMNO cam aku nih promosikan. Korang tengok sendiri bukti video Isa Samad hina Ketua Peneroka Felda Pak Sam ( http://youtu.be/pMenvftq6Ys )yang bergerak sendiri dalam ruangan cyber tanpa ada promosi kat media utama. 23 ribu views!! Jangan tido la Najib, warga Felda peneroka, anak-anak dan kakitangan je dekat 2 juta undi. Pak Sam dan ketua-ketua peneroka dan penerokawati wilayah yang hadir masa PC minta Isa Samad minta maaf dan letak jawatan baru ini DIPILIH oleh 122,000 peneroka, bukan cam Isa pendek dipilih oleh SEORANG PM. Satu sejarah dalam hidup politik UMNO dalam Felda, Ketua Peneroka Felda Kebangsaan, Ketua-Ketua Peneroka dan Penerokawati setiap Wilayah Felda keluar keluaran baru muka surat hadapan dan muka tengah (full kaler beb)HARAKAH!! Mereka semua ni yang memang pejuang totok UMNO terdiri dari AJK Bahagian, SU Bahagian, Ketua Cawangan, Ketua Wanita Bahagian dan macam2 lagilah. Atas kepentingan peneroka diorang sanggup ke depan, aku memang respek abis arr!! Aku dapat info wartawan Utusan hadir dan tanya soalan masa PC tu tapi harammm tak keluar tuntutan-tuntutan masa PC tu sampai sekarang. Nak tau tuntutan ketua-ketua peneroka Felda ni dan pandangan gua yang terdahulu, try lu orang tengok posting gua dulu ( http://tranungkite.net/v11/modules.php?name=AvantGo&op=ReadStory&sid=10666 ) Kiamat la UMNO dalam Felda ni semata Najib nak pertahan Isa pendek yang takde budi bahasa. Gua tak heran Isa akan guna anjing besar aka bigdog dan sepupunya rocky bru untuk pertahankan liabiliti / biawak hidup Umno ni. Dah bayar 3 juta beb, takkan tak leh wat posting fitnah pak sam, peneroka2 dan pengurusan felda sekeping dua...haha! Tukar kete baru anjing nie wa cakap lu lepas dapat upah isa samad untuk tipu peneroka2 Felda. Gua sentiasa akan ingat pesan otai gua papagomo “Maaf buat Blogger Big Dog aka Anjing Besar, anda tidak merugikan kami blogger yang lain kerana pada kami semua anda adalah Parasit yang sentiasa menghisap darah VVIP. Sudah lama kami awasi gerak geri kamu dan nampaknya terbukti Kamu adalah PENGKHIANAT kepada UMNO BN” ( http://www.papagomo.com/2011/05/blogger-anjing-besar-jeff-oii.html ). Ramai Otai blogger UMNO dan blogger nyamuk UMNO pun anti anjing dan sepupu dia nih. Otomatiknya,segala tulisan copy paste dari seranta dan FGV tu adalah dibayar untuk menipu peneroka dan memburukkan sapa2 yang tentang Isa Samad,Sabri Ahmad dan Ehsanuddin Seranta Felda yang dah berangan nak sapu duit2 saham pink form dan harta2 koperasi felda. Gua nak sound Isa pendek, lu punya PA Zahid Mat Arip apa crita kempen untuk lu jadi calon Parlimen Putrajaya dan kumpul support untuk lu nak jadi Timb. Presiden UMNO 2012 kat PWTC 2-3 hari nih? Mentang2 dalam kawasan felda ada banyak DUN dan Parlimen terlibat dan tiap2 kali lu jual nama najib je dalam ucapan lu, lu sudah berangan2 mau cantas orang lar?Ingat lu leh guna felda utk kumpul supporter lu untuk pemilihan umno 2012? Kalo Najib kasi tunai Isa punya hajat ni gua tak tau nak kata apala..

Pesanan kat warga Felda semua, yang buat PC desak Isa minta maaf atau saman dan minta Isa letak jawatan aritu semua ketua-ketua kamu yang bijaksana dan berani. Kalau Isa guna ayat ketua-ketua kamu dipengaruhi dakyah pembangkang, kene hasut dek orang dan lain-lain, memang SAH Isa pendek hina otak2 peneroka ni penuh dengan taik lembu NFC.... tak leh pikir untuk diri sendiri

Andai Ada Lembu Di Ladang
Bawalah Menginap Di Pangsapuri
Sana Sini Orang Felda Tentang
Cepatlah Isa Mengundur Diri
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Melayu mudah lupa kata Tun...mari kita ingatkan kata-kata Tun terhadap Isa Samad
Jangan Calonkan Isa Samad

Bernama, Sept 18 2009: Jangan letak Tan Sri Isa Samad sebagai calon BN bagi pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.Bekas perdana menteri itu berkata imej Umno akan terjejas kerana dianggap tidak serius dalam memerangi politik wang sekiranya masih meletakkan mereka yang sudah didapati bersalah dalam rasuah politik sebagai calon.

"Tan Sri Isa sudah didapati bersalah, kalau Umno letak dia juga bermakna bahawa Umno tak ambil berat tentang kes-kes macam ini."Kalau pun dia (Isa) boleh menang di situ, kena fikir seluruh Malaysia fikir apa terhadap Umno," katanya dalam temuramah dengan Bernama.

Dr Mahathir berkata demikian ketika diminta mengulas ura-ura Isa turut disenarai sebagai calon bagi pilihan raya kecil itu. Dr Mahathir berkata walaupun Umno bahagian Teluk Kemang yang diterajui Isa sendiri mahukan dirinya bertanding, mereka perlu ingat bahawa pilihan raya kecil itu bukan melibatkan wakil dari Umno bahagian itu sahaja yang bertanding.Ini kerana rakyat akan melihatnya sebagai mewakili Umno dari seluruh negara dan menggambarkan pendirian Umno, katanya.

"Macam satu orang boleh menang jadi Presiden Umno tapi tak bermakna dia boleh menang pilihan raya," katanya.

Isa digantung selama tiga tahun sejak 24 Jun 2005 kerana rasuah politik ketika pemilihan Umno 2004. Pada mulanya, dia digantung selama enam tahun atau dua penggal tetapi dikurangkan selepas beliau membuat rayuan.

...PSSST...letak calon Adun pun Tun M dah warning imej Umno terjejas, kalau letak mamat ni sebagai pengerusi organisasi berkelas dunia macam Felda...camna?

Mana-mana makcik pakcik abang kakak kat PWTC lanie.. mai saya nak habaq LEMBU FIDLOT tu menatang apa..???

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgdn2PWgPaa5XH1N9seWElUVtH0kISVQksnsfQECS6ZVq10k8BHVJKnGDw64ymq8fmob9WapVp76RskpONIkcf2lGnG8XJwtg2aI-OhpTtJ0eo41xZRzjgkYUvCo9P2niBvBdKjpFh1AmM/s1600/DSCN1880.JPG
Tadi terbaca dalam Malaysiakini pendedahan oleh Pengarah Strategi PKR, kisah kompeni Lembu Fidlot RM250 JUTA guna duit dana tu beli Mercedes RM500,000 lebih, beli tanah di Putrajaya RM3,000,000 lebih. Hari tu heboh kata beli kondo juta-juta, kemudian pi makan angin guna duit dana itu merata dunia.

Habis la duit subsidi beras, gula dan minyak kita yang kena tarik hari itu yang kononya nak digunakan bagi meningkatkan prasarana dan kesejahteraan rakyat jelata, habis RM250 JUTA melayang masuk kocek kroni depa macam tu saja.

Dok ingatkan cerita KRONI-KRONI ini cuma wujud di zaman Mahathir saja, UMNO zaman pasca-2008 pun masih ada cerita KRONI lagi. Heran sungguh dengan puak-puak ini, tak takut sungguh depa ini kat suara rakyat jelata. Depa buat Malaysia ini, duit Negara kita ini macam duit Mak Bapak depa saja.

Haram Bejadah – lembu fidlot betoi!

Depa senang-senang saja dapat dana RM250 JUTA, yang kita kat bawah ini nak dapat pinjaman seribu dua pun payah. Naik bank turun bank, bila hulur kertas kerja kertas cadangan dll, nanti depa minta surat rekomen la gerenti la cagaran geran tanah la apa ke bala la, sampai ke sudah sekupang pun tak dapat.

Ini bukan saja-saja tulis, ini tulis dari hati, nie yang marah sangat ini.

Saya rasa dalam berpuluh juta rakyat Malaysia yang layak mengundi ini, saya adalah antara yang layak dan ada otoriti kalau nak sembang bab lembu Fidlot ini. Kisahnya, beberapa tahun yang silam, kami 3 sekawan, kerja kilang, sebab tak sanggup dah lagi menahan debaran di dada tiap kali musim VSS di kilang-kilang industri melanda, maka kami decided nak buat business sendiri, nak jadi tauke, tak mau kerja kilang dah.

Survey pi survey mai, kami memutuskan nak buat projek lembu fidlot.

Untuk yang tak tau apa itu lembu fidlot, mudah ja – beli lembu hat dara/masih kecik cara,katakan beli harga RM1000; bagi makan dedak banyak-banyak; sampai waktu jual harga RM2000 misalnya. Maka, tolak kos dedak, penyelenggaraan kandang dan gaji pekerja, dapatlah seekor bersih RM700 misalnya.

Kalau tiap 3 bulan boleh jual 100 ekor, dah dapat untung bersih RM70,000; setahun boleh dapat RM280,000 lebih. Kalau 1000 ekor mau dapat RM2.8 JUTA setahun. (Fuh! Hebat, macam itulah kononnya).

Kandang kami itu terletak di kampung asal saya di Baling Kedah. Buat permulaan, kami buat cara part time, upah pekerja kat kampung untuk uruskan lembu-lembu dan kadang itu, siang kami kerja kilang, malam kalau ada masa perderas pi sat tengok kandang; weekend memang kat Balinglah tempat kami berkampung.

Masak benarlah kami bab arena bela membela lembu ini, daripada tak tau jenis-jenis lembu, kami mula belajar mana dia yg dikatakan lembu KK, lembu Brahman, LID dan sebagainya.

Nak cerita kat hangpa, bela lembu fidlot ini atas kertas nampak mudah semudah ABC macam saya tulis di atas tadi, boleh jadi JUTAWAN kalau kena gaya – kononnya lah.

Last-last kami lelong lembu dengan kandang-kandang sekali, lelong macam itu saja. Yg tinggal cumalah sumber air Boring ka apa benda tu, digunapakai oleh orang kampung kat situ sampai hari ini.

Pasal apa? – panjang cerita dia. Patutnya Jawatankuasa yang meluluskan pinjaman RM250 JUTA itu mai consult minta pendapat kami dulu sebelum memandai-mandai bagi macam tu saja dana hasil jimat duit subsidi gula beras minyak duit kita semua ini.

Orang yang kerja kilang macam kami ni jenuh buat kertas kerja, buat kertas pinjaman pi usung merata ceruk minta pinjaman, haram jadah – habuk pun tak dapat.

Hari tu ingat lagi sorang kawan saya berbangsa Cina di kilang cakap; dia kata:

“Monier, you ok la, you BUMI, senang nak buat bisness apa pun ok, kerajaan ada boleh tolong!!”

Pii rah – kami ini MELAYU, BUMIPUTERA MELAYU bukannya BUMIPUTERA UMNO, kalau UMNO tak tau apa-apa pasal lembu pun mudah-mudah ja orang bagi pinjaman!

Lalu, tanpa dana dan pinjaman apa sangat yang mampu kami lakukan; tak dak pilihan kami 3 orang pakat kongsi sorang sikit duit simpanan mana yang ada. Hasilnya, bila dana pun takat taik hidung saja, baik tak payah bela lembu, dedak dan kos sampingan saja untuk dua tiga puluh ekor lembu mau kena ada sehari-hari dua tiga ratus ringgit. Sebulan mau beribu. Kerja kilang macam kami ini takat mana sangat boleh bertahan.

Tat pa lah, bab dana tolak tepi – nanti orang kata dah tau DUIT tak dak, yang dok gatal nak pi buat projek lembu fidlot tu sapa suruh. Ini saya nak habag pasal apa projek lembu fidlot itu memang tak feasible, memang payah nak berdaya maju, tak boleh buat duit haih kalau nak dibandingkan dengan system ternakan lembu cara tradisional, lepas secara terbuka di ladang-ladang kelapa sawit atau pun estet-estet macam yang selalu kita nampak orang-orang India dok buat.

Satu lagi nak habag kat hangpa, kalaulah betul sungguh bisness lembu fidlot ini hebat boleh bagi kaya sampai jadi juta-juta wang dah lama dah Pengarah-Pengarah dan Pegawai-Pegawai JPH (Jab Perkhidmatan Haiwan) berhenti kerja dan buat bisness lembu fidlot ini. Pasal apa?

Bila dah bela lembu fidlot ini, baru kami tau bahawa lembu ini payah nak dijual. Kalau hebat pun cumalah di musim raya korban; itu pun kat Kedah ini waktu tu (pra-2008) bila kami nak jual keluar berita dalam suratkhabar kata ada Datuk apanama tah, dengan pertalian politik dia, dengan AP yg dia ada, depa bawa masuk beribu-ribu ekor lembu dari Burma.

Hangpa tau, berapa harga lembu tu depa beli kat Burma? cuma 3 pat ratus ringgit saja, masuk sini jual seribu lebih, terus kacau pasaran kami, habis penternak tempatan pakat bungkuih. Nak buat macam mana, depa orang politik, ada AP boleh guna alasan lembu tempatan tak cukup untuk bawa masuk lembu luar untung berjuta ringgit!

Selain itu, di luar musim Korban memang sukar nak jual lembu ternak ini. Sebab utamanya kerana orang-orang kita tak ramai makan daging lembu tempatan, restoren dan kedai makan pula lebih suka masak daging lembu/kerbau import sebab harganya jauh lebih murah.

Dah la tu, daging lembu fidlot ini dagingnya tak sesedap daging lembu bukan fidlot. Kalau hangpa makan sekali, sure tak mau makan dah – ya lah lembu makan dedak – nak sedap tara mana sangat!

Lagi satu, tak tau kenapa, lembu fidlot ini macam belon saja, suka-suka boleh kembung suka-suka boleh kempis. Masih ingat lagi, hari tu ada orang nak mai tengok nak booking beli lembu kami, dia kata lusa dia nak mai. Masalahnya, lembu tu asalnya gemuk tapi tiba-tiba kempis pulak, terus kami bagi dia makan tak berhenti-henti, sat sat dedak sat sat hampas sawit sat sat sagu batang rembia.

Mai hari org nak melawat tu, tu dia - dia naik kembung mencanak, nampak gemuk gedempol sungguh.

Esok lusanya, bila kurang makan, kempis macam itu saja. Ringkas ceritanya, kalau nak dibandingkan dengan lembu tempatan yang diternak secara tradisional itu, beza kembu fidlot dan lembu tradisional ini macam ayam daging vs ayam kampung.

Quality dia memang out, sapa-sapa yang buat 100% system lembu fidlot ini memang payah nak bertahan lama.

Sebab itu saya tak heran bila baca dalam internet kisah orang dapat dana berjuta-juta buat lembu fidlot, tapi pi rolling duit tu beli Kondo. Tapi, tak taulah jugak, mungkin depa beli kondo ada sebabnya – sapa tau depa mungkin tengah dok buat R&D, bela lembu fildot dalam kondo, ada air cond – mungkin sapa tau quality lembu depa itu lagi baik, lebih bersih dan lebih sedap berbanding lembu tempatan.

Kalau itu matlamat depa, kita semua kena sokong – muarghahhahaha.

Lembu Fidlot betoi!

moniermatdin@yahoo.com
2.12.11

NFC: PKR pertikai kenyataan awal polis ‘bersihkan’ imej Umno

KUALA LUMPUR, 1 Dis – PKR mendakwa polis bertindak membersihkan imej bagi pihak Umno ekoran kenyataan Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar tiada unsur pecah amanah dalam skandal projek ternakan lembu Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) setakat ini.

“Mengapa mengeluarkan kenyataan (sedemikian) ketika siasatan masih dijalankan. Dan, ketika perhimpunan utama Umno sedang berlangsung?” kata Naib Presiden PKR N. Surendran (gambar) dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau mempersoalkan kenyataan Khalid itu sedangkan pihaknya masih belum memanggil Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, yang keluarganya diberikan projek itu, untuk diambil kenyataan.

“Ia kelihatan Timbalan Ketua Polis Negara Khalid mengharapkan orang ramai agar percaya bahawa tiada salah guna jenayah oleh mana-mana orang, meskipun dana awam digunakan untuk membeli kondominium mewah, lawatan ke luar negara, kereta-kereta mewah dan tanah perdana,” kata beliau.

Pagi tadi, Khalid berkata tiada unsur pecah amanah atau penyelewengan dalam isu dana NFC dan pembelian sebuah kondominium mewah di ibu negara.

Beliau berkata, siasatan masih dijalankan sambil memberi jaminan proses itu akan dilakukan secara telus tanpa melindungi mana-mana pihak.

“Siasatan polis setakat ini mendapati tiada elemen pecah amanah. Namun, kita masih menyiasat secara keseluruhannya kes ini termasuk ke mana wang atau dana NFC dibelanjakan.

“Kita sudah panggil 74 individu untuk diambil keterangan setakat ini,” katanya.

Umno ‘mendakap demokrasi’ ibarat bunyi tin kosong

KUALA LUMPUR, 1 Dis: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPP Malaysia) memandang sinis ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang menganggap Umno parti yang ‘mendakap demokrasi’.

“DPP Malaysia menganggap ucapan beliau umpama ibarat tin-tin kosong yang hanya kuat berdegar berbunyi apabila diketuk, tetapi kosong di dalamnya,” kata ketua penerangannya, Riduan Mohd Nor.

Bagi DPP Malaysia, katanya Perdana Menteri mungkin mahu rakyat serta ahli-ahli partinya menganggap Umno adalah parti yang suci bersih dan mengamalkan demokrasi tulen.

“Beliau mungkin merasakan rakyat percaya kenyataan beliau tersebut dan menelannya hidup-hidup, walhal hakikatnya, rakyat kini semakin cerdik dan tidak lagi boleh ditipu,” katanya kepada Harakahdaily.

Menurutnya, mungkin dalam mentaliti ahli-ahli dan pemimpin Umno ‘mendakap demokrasi’ bererti mendera dan membuli rakyat sesuka hati terutama pembangkang.

Demokrasi bagi mereka, kata beliau adalah bertindak berat sebelah dalam pilihanraya, menggunakan seluruh jentera kerajaan sama ada media, jabatan kerajaan dan agensi di bawahnya bagi berkempen untuk mereka.

Beliau menambah, bagi Umno, memberi rasuah, mengugut, memberi habuan atau projek segera pilihanraya kepada rakyat dibenarkan untuk mereka.

Katanya lagi, menjadikan insitusi penting negara sebagai perkakas yang boleh arah sesuka hati adalah budaya mereka selama ini.

Umum, ujarnya mengetahui sejak dahulu hingga sekarang, sistem pilihanraya di Malaysia tidak pernah berlangsung dengan adil dan bebas.

Menurutnya, walaupun Jawatankuasa Khas Parlimen baru ditubuhkan, namun kedengarannya ia tidak sempat menghabiskan tugasnya kerana pilihanraya akan berlaku bila-bila masa dari sekarang.

Malah, kata beliau rakyat masih belum melupakan bagaimana RUU Perhimpunan Aman diluluskan baru beberapa hari yang lepas dengan mudah yang bererti menyekat kebebasan dan hak rakyat untuk berhimpun.

“Dengan daftar pemilih yang sangat diragui, dengan beberapa siri pengangkapan warga asing yang diberi hak kerakyatan dan mengundi, beberapa bukti daftar pemilih klon dan bertindih, penemuan pemilik kad pengenalan palsu, dengan undi pos yang jelas diselewengkan hasil dari pengakuan beberapa bekas anggota tentera, dakwat kekal yang masih tidak terlaksana, pengundi mati yang masih turun mengundi, dan banyak lagi pendedahan boleh dibuat apakah maksud demokrasi sebenar,” katanya.

Justeru, katanya DPP Malaysia mahu bertanya kepada PM, bilakah pemimpin Pakatan Rakyat diberikan akses kepada media khususnya menjelang pilihanraya kecil atau umum dengan adil sebagaimana yang dibuat oleh pemimpin Umno sekarang.

Setahu rakyat, ujarnya bukan setakat tidak berpeluang muncul berkempen di media, malah habis teruk pemimpin Pakatan Rakyat diserang pelbagai penjuru menggunakan media rasmi kerajaan.

“Pernahkah PM memikirkan untuk melaksanakan ‘kerajaan sementara’ setelah bubarnya parlimen sebagaimana yang penah dicadangkan oleh Jawatankuasa Khas Parlimen,” tanya beliau.

Bagi PM, tambahnya mungkin idea ini tidak ‘mendakap demokrasi’ kerana jika dilaksanakan sudah pasti akan mengancam dirinya dan Umno dalam PRU ke 13 nanti.

Justeru, katanya DPP Malaysia berpendapat, PM kena tukar istilah dari ‘mendakap demokrasi’ kepada ‘mendekam demokrasi’ kerana istilah inilah yang paling sesuai memandangkan inilah realiti yang berlaku ke atas nilai demokrasi di negara ini sejak merdeka sehingga kini.

Adakah dakwat kekal digunakan pada PRU13?

KUALA LUMPUR, 1 Dis: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mempersoalkan adakah kerajaan dan Suruhajaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) melaksanakan penggunaan dakwat kekal pada pilihanraya umum akan datang.

Anwar semasa membahas usul laporan dan cadangan bagi memastikan pilihanraya bebas dan adil di Parlimen hari ini juga berharap kerajaan tidak akan menggunakan alasan bagi melengah-lengah penggunaan dakwat kekal itu.

"Bila meneliti laporan Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC) saya melihat cadangan penggunaan dakwat kekal juga dicadangkan dan apa yang ini saya tekankan di sini adalah jaminan dari pihak kerajaan dan juga SPR.

"Kalau sebelum ini Peguam Negara mengatakan penggunaan dakwat bercanggah dengan perlembagaan tetapi sekarang mengatakan tidak, saya sendiri tidak pasti yang mana satu betul dan boleh diterima pakai.

"Malah kenyataan Ketua Polis Negara juga mengatakan dakwat keka boleh jadi senjata, itu kenyataan yang karut sama sekali. Jadi di mana jaminan kerajaan," jelasnya.

Tambahnya lagi, intitusi-institusi di negara ini boleh dipermainkan semata-mata untuk melihat kepada sikap dan pendirian pemimpin politik.

"Sebab itu semasa membahaskannya pada peringkat awal saya syorkan bahawa isu pilihanraya bebas dan telus ini bukan sahaja SPR atau PSC tetapi ia ada komitmen politik pimpinan negara.

"Persoalan ketetapan yang dibawa oleh parlimen meluluskan beberapa cadangan dan bagaimana kita dapat pastikan ia dapat dilaksanakan dengan baik sebelum pilihanraya umum nanti.

"PSC ini bersikap tegas memberi cadangan itu dan kita mahu ketetapan dari parlimen, pengeruis dan juga kabinet adakah ia akan dilaksanakan dalam masa terdekat, ini yang perlu ditekankan," sambung Anwar lagi.

Beliau juga berharap perkara ini perlu disegerakan dan Peguam Negara tidak perlu mengambil masa dua bulan untuk membuat kelulusan jika ia tidak bersangkut paut dengan soal perlembagaan.

"Walaupun tidak semua tuntutan Bersih diterima tetapi sebahagian daripadanya telah dicadangkan oleh PSC tetapi mengulangi persoalan adakah ia dapat dilaksanakan segera.

"Kalau hanya menyatakan ia akan dilaksanakan sebelum pilihanraya itu bagi saya bukan satu jaminan dan apa yang kita inginkan adalah menyatakan tarikh bila ia berkuatkuasa.

"Penetapan tarikh ini akan mempermudahkan SPR mahu pun Peguam Negara membuat penetapan tanpa perlu dua bulan untuk kelulusan," jelasnya.

Awnar menekankan penetapan tarikh penting kerana tidak mahu pada saat akhir selepas tarikh pilihanraya diumumkan pelbagai alasan diberikan mengenai penggunaan dakwat kekal tidak dapat dilaksanakan.

"Kita mahukan tarikh perlaksanaan kerana tidak mahu mendengar alasan dari pihak kerajaan dalam menafikan penggunaan dakwat kekal itu.

"Kerajaan, SPR mahupun Peguam Negara malah Parlimen perlu nyatakan pendirian segera perlaksanaannya," ucap beliau lagi.

Sebelum itu Anwar menyambut baik tentang laporan yang dikemukakan oleh PSC dan berharap usaha baik cadangan tersebut disegerakan bagi memastikan pilihanraya akan datang lebih bersikap adil dan telus.

Selain itu juga beliau berharap peruntukkan tambahan serta penambahan kakitangan diberikan kepada SPR bagi melancarkan pelaksanaan tersebut.

"Selain menunaikan perlaksanaan itu saya menyeru jika kerajaan dan juga SPR ingin bersikap demokrasi maka pada pilihanraya nanti SPR perlu menjemput badan-badan bebas dari luar negara untuk menjadi sebagai pemerhati bebas semasa berlangsungnya pilihanraya nanti.

"Kita lihat negara-negara lain sudah menjemput pemerhati bebas tetapi negara kita belum lagi melaksanakannya dan harap ia dapat dilakukan," kata Ahli Parlimen Permatang Pauh itu lagi.

Kompom puak-puak kat PWTC berbangga dengan Indeks rasuah yang baru di keluarkan nie..!!

azlan
Indeks Persepsi Rasuah: Malaysia terus merudum

Kedudukan Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) jatuh dari tangga 56 pada tahun lalu kepada 60 tahun ini, menurut Transparency International Malaysia (TI-M).

Bercakap pada majlis mengumumkan keputusan itu di Subang Jaya pagi ini, Timbalan Presiden TI-M Mohamad Ali Hasan berkata, Malaysia mencatatkan markah atau skor sebanyak hanya 4.3. Ini kejatuhan kali ketiga berturut-turut sejak 2009.

Katanya, walaupun kejatuhan itu hanya membabitkan 0.1 mata tahun ini, namun ia masih membimbangkan kerana kerajaan telah berusaha memulakan beberapa usaha-usaha anti-rasuah.

"Mengapa ia harus jatuh? Kerajaan telah menganjurkan beberapa program (anti-rasuah). Persepsinya adalah bahawa program itu tidak berkesan," katanya.

Pada tahun 2003, Malaysia berada pada kedudukan 37 dalam kaji selidik yang membabitkan 146 negara. Bagi 2010, kaji selidik itu melibatkan 178 negara.

UMNO BUKAN ‘MENDAKAP DEMOKRASI’, TAPI ‘MENDEKAM DEMOKRASI’


05 Muharram 1433 / 01 Disember 2011

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPP Malaysia) memandang sinis ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang menganggap UMNO parti yang ‘mendakap demokrasi’. DPP Malaysia menganggap ucapan beliau umpama ibarat tin-tin kosong yang hanya kuat berdegar berbunyi apabila diketuk, tetapi kosong didalamnya.

Bagi DPP Malaysia, Perdana Menteri mungkin mahu rakyat serta ahli-ahli partinya menganggap UMNO adalah parti yang suci bersih dan mengamalkan demokrasi tulen. Beliau mungkin merasakan rakyat percaya kenyataan beliau tersebut dan menelannya hidup-hidup, walhal hakikatnya, rakyat kini semakin cerdik dan tidak lagi boleh ditipu.

Mungkin dalam mentaliti ahli-ahli dan pemimpin UMNO ‘mendakap demokrasi’ bererti mendera dan membuli rakyat sesuka hati terutama pembangkang. Demokrasi bagi mereka adalah bertindak berat sebelah dalam pilihanraya, menggunakan seluruh jentera kerajaan sama ada media, jabatan kerajaan dan agensi di bawahnya bagi berkempen untuk mereka. Bagi UMNO, memberi rasuah, mengugut, memberi habuan atau projek segera pilihanraya kepada rakyat dibenarkan untuk mereka.

Umum mengetahui sejak dahulu hingga sekarang, sistem pilihanraya di Malaysia tidak pernah berlangsung dengan adil dan bebas. Walaupun Jawatankuasa Khas Parlimen baru ditubuhkan, namun kedengarannya ia tidak sempat menghabiskan tugasnya kerana pilihanraya akan berlaku bila-bila masa dari sekarang. Malah rakyat masih belum melupakan bagaimana RUU Perhimpunan Aman diluluskan baru beberapa hari yang lepas dengan mudah yang bererti menyekat kebebasan dan hak rakyat untuk berhimpun.

Dengan daftar pemilih yang sangat diragui, dengan beberapa siri pengangkapan warga asing yang diberi hak kerakyatan dan mengundi, beberapa bukti daftar pemilih klon dan bertindih, penemuan pemilik kad pengenalan palsu, dengan undi pos yang jelas diselewengkan hasil dari pengakuan beberapa bekas anggota tentera, dakwat kekal yang masih tidak terlaksana, pengundi mati yang masih turun mengundi, dan banyak lagi pendedahan boleh dibuat apakah maksud demokrasi sebenar?

DPP Malaysia mahu bertanya kepada PM, bilakah pemimpin Pakatan Rakyat diberikan akses kepada media khususnya menjelang pilihanraya kecil atau umum dengan adil sebagaimana yang dibuat oleh pemimpin UMNO sekarang? Setahu rakyat, bukan setakat tidak berpeluang muncul berkempen di media, malah habis teruk pemimpin Pakatan Rakyat diserang pelbagai penjuru menggunakan media rasmi kerajaan.

Pernahkah PM memikirkan untuk melaksanakan ‘kerajaan sementara’ setelah bubarnya parlimen sebagaimana yang penah dicadangkan oleh Jawatankuasa Khas Parlimen. Bagi PM mungkin idea ini tidak ‘mendakap demokrasi’ kerana jika dilaksanakan sudah pasti akan mengancam dirinya dan UMNO dalam PRU ke 13 nanti.

Justeru, DPP Malaysia berpendapat, PM kena tukar istilah dari ‘mendakap demokrasi’ kepada ‘mendekam demokrasi’ kerana istilah inilah yang paling sesuai memandangkan inilah realiti yang berlaku ke atas nilai demokrasi di negara ini sejak merdeka sehingga kini.



Disediakan oleh;

RIDUAN MOHD NOR

Ketua Penerangan

Dewan Pemuda PAS Malaysia