Monday, October 29, 2012

SAMM terus ajak rakyat desak henti AES

SAMM rakam pujian buat kerajaan negeri yang tangguh/halang AES dan SAMM terus ajak rakyat desak henti AES 
+
Kenyataan Umum

30 Oktober 2012
AES celaru, ramai bantah khususnya dilokasi mengarut seperti 30km/j
  1. Pelaksanaan AES terus mendapat bantahan termasuk beberapa pihak dari sebelah regim penguasa namun regim terus berkeras untuk melaksanakan. Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dengan ini memuji tindakan Kerajaan Negeri Kedah, P.Pinang, Selangor dan Kelantan yang telah mengumumkan penangguhan sistem ini dilaksanakan di negeri - negeri tersebut. SAMM juga mencabar negeri lain untuk mengikuti langkah berani negeri yang menghalang pelaksanaan AES demi menjaga kepentingan penduduknya.
    kenapa bazirkan wang rakyat ? hujah AES tak guna wang rakyat tipu !
  2. Regim berhujah tidak ada wang negara (wang rakyat) digunakan dalam perlaksanaan AES, ini satu pembohongan. Lihat gambar yang didedahkan oleh seorang peguam KASE, Zul Hazmi dalam laman sosialnya wujud kenderaan JPJ khusus untuk perlaksanaan AES. Adakah kenderaan ini tidak guna wang rakyat, seharusnya 'mobile unit AES' ini diwujudkan oleh syarikat yang membuat  untung beratus juta itu bukan habiskan peruntukan wang rakyat melalui JPJ lagi.

    dah terlaksanan AES baru nak bagi tender advokasi ? Kenapa tidak syarikat yang untung juta itu saja yang keluar peruntukan sedikit untuk membayar propaganda mengenai AES ini
    Itu belum lagi melihat bagaimana Jabatan Keselamatan Jalan Raya telah membuka tender advokasi media untuk membuat propaganda bagi rakyat menerima AES, berapa banyak pula wang rakyat akan terbazir lagi ? Kenapa bukan syarikat itu saja mengeluarkan bajet kempennya sendiri ?
  3. sebelah kiri saman lama yang minta maklumat pemandu dan disebalh kanan ialah
    saman AES yang tidak boleh pertikai terus kena maksima
  4. Pengguna jalanraya juga perlu tahu bagaimana sistem saman AES ini dilakukan. Ia bukan lagi notis seperti POL107A seperti yang dihantar selalu yang meminta butiran siapa pemandu untuk dikeluarkan saman, jika tidak dijawab baru pemilik akan disaman. Tetapi memlalui AES saman terus dikeluarkan atas nama pemilik kenderaan dan kompoun maksima ditawarkan RM300 terus. Jika ada masalah tidak ada ruang rayuan terpaksa terus hadir ke mahkamah dan rayuan atau masalah diutarakan dalam mahkamah sahaja. Bertambah sibuklah mahkamah negara.

    Kamera AES di Slim River rosak kerana tapak nya yang tak kukuh, kalau dah pakar rasuah dan ketirisan bukan stadium runtuh pasang kamera pun runtuh.
  5.  Regim ini nampaknya begitu terdesak untuk mengutip wang rakyat dengan menggunakan sistem yang lemah seperti AES, mungkin benar ini semua kerana regim benar - benar terdesak dan bermasalah dalam aliran tunai maka rakyat menjadi mangsa. Maka sekali lagi SAMM tegaskan jangan salahkan rakyat jika ada yang mula bertindak merosakkan kamera AES yang jelas menganiaya rakyat. Sudah pun kelihatan beberapa imej kamera AES ini tumbang dan rosak tersebar dalam internet. Cuma sebab tidak kenalpasti sama ada dirosakkan atau kenapa ? 
Sekian 

Yaser Sheikh Abd Rahman
Penyelaras
Solidariti Anak Muda Malaysia 

Najib kena amaikan DOA neh...

"Salam semua... Pak Long harap sangat, Najib janganlah lemah semangat. Buat malu kat Mak Long hang ja... Hang tu pemimpin besaq dah la ni Najib ooii... semangat pun kena besaq. Tak ka pelik Piem takut nak masuk parlimen?

Hang bukan lebel JKK kampung yang boleh dok bagi alasan lembu terlepaih atau kalut jaga ayam itik. Hang tu Piem Malaysia... Kena kuat, baru negara dapat berkat, parti tambah semangat, rambut bini tambah lebat... hihi...

Tok sah dok peduli la kat Anwar yang suka sengeh tuh... TERJAH ja... Dia bukan la besaq sangat. Pak Long dah baca dah cara Anwar gempaq hang tuh... Hang mesti tak heran sangat, kalau betoi semangat hang hebat...
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim 'menjemput' Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak untuk hadir di Parlimen pada Isnin depan bagi mendengar ucapan awal darinya berhubung ulasan belanjawan.
"Saya telah menjemput Najib. Kalau tak nak debat pun tak apa. Kerana saya dengar ucapan (bajet 2013) Najib, jadi saya minta dia datang dengar ucapan ulasan belanjawan saya pada hari Isnin, jam 11.30 pagi. Selaku menteri kewangan, saya harap dia terima pelawaan saya. 
"Kita tunggu sama ada dia berani datang atau tidak," kata Anwar dalam ucapan penutup pada Majlis Makan Malam Perdana Pakatan Rakyat di Stadium Melawati Shah Alam malam tadi. 
"Semasa saya jadi menteri kewangan, saya tak pernah tak hadir ulasan awal ketua pembangkang. Saya fikir oleh kerana ucapan dia kita dengar, maka wajar hormati sistem demokrasi. 
"Saya nak nasihat Najib untuk hadir dan saya akan bagi ruang untuk dia ulas dan sanggah sepenuhnya pada masa itu," kata Anwar lagi.- Malaysiakini
Ni ha, Mak Long bagi doa kat hang suruh hang amai hari-hari. Afdhalnya Najib oii, lepaih solat Subuh ngan lepaih Isyak sebelum nak tidoq...

 
Ertinya:
“Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari kesusahan dan kedukaan. Aku berlindung kepadaMu dari lemah kemahuan dan kemalasan. Aku berlindung kepadaMu dari sifat pengecut dan bakhil. Dan aku berlindung kepadaMu dari banyak hutang dan kezaliman manusia.”
Doa ni doa penguat semangat dan mintak Allah Taala jauhkan kita dari sifat pemalaih. Baguih tuk hang amaikan. Lagi satu, tidoq jangan lupa basuh kaki plak, takut berjalan dalam tidoq... hehe...

Wassalam...
http://paklongonline.blogspot.com/

BN: Satu badan, banyak kepala

Bertemankan sekeping roti berintikan telur, belek-belek jumpa kuliah seorang pembesar yang tidak asing lagi, Nazri Aziz. Kuliah siasah syar’iyah, jangan main-main tau! Nazri kata Malaysia ni diasaskan dengan prinsip pentadbiran Islam di bawah raja-raja Melayu dan bukannya sekular. Dalilnya mudah. Ada dua dalil penting.

Satu, Perlembagaan tak pernah pun sebut sekular. ‘Seku’ atau ‘ular’ pun tak ada. Jadi macam mana pula boleh kata Malaysia ni negara sekular. Sebagai contoh dalam nama Nazri tak ada pun Chua, Soi atau Lek. Maka mana mungkin Nazri itu Chua Soi Lek yang sedang bergebang kata pemerintahan Islam ni akan membawa kemunduran. Yang ada pada nama Nazri cuma di tengahnya ada huruf ‘Z’.

Dalil kedua Nazri untuk memperkukuh istinbat bahawa Malaysia ini pemerintahan berprinsipkan Islam adalah bahawasanya perlembagaan menyebut Islam merupakan agama persekutuan. Maka dengan itu Islamlah negara ini. Contohnya, jika Nazri menukar namanya kepada Nazri Islam Aziz, maka bertambahlah Islamnya dia. Ini kerana namanya menyebut dengan jelas perkataan Islam. Walaupun bergesel pipi dengan MCA yang menakut-nakutkan orang bukan Islam kepada Islam.


Kenapa agaknya Nazri berkuliah tentang negara Islam hari ini, sejurus selepas serangan bertubi-tubi terhadap pemerintahan yang berunsurkan Islam oleh teman seperjuangannya di dalam MCA?

Sedang aku mengunyah roti berinti telur tadi jatuh satu dokumen terkena kepalaku, tercampak rotiku. Rupa-rupanya dokumen itu Resolusi-Resolusi Perhimpunan Agung Pergerakan Pemuda MCA Yang ke-48. Ini barang baru, siapa yang hantarkannya dari langit itu Tuhan saja yang tahu. Belek punya belek ternampak resolusi ke-3. Fulamak, resolusi tersebut mengatakan:

“Mempertahankan sepenuhnya sistem pentadbiran sekular negara kita yang berteraskan Perlembagaan Persekutuan serta menolak sebarang bentuk pentadbiran ektremis agama dan hukum hudud.”

Kalau sebelum ni Pakatan Rakyat dituduh tidak sekepala. Nampaknya Barisan Nasional ini dah serupa Cerberus, anjing berkepala tiga dalam mitos Yunani. Badan dan ususnya sama, untuk menghadam kekayaan negara yang dibolot mereka. Tetapi kepalanya banyak.

Berbeza dengan Pakatan Rakyat yang secara terbuka mengatakan mereka bersetuju untuk tidak bersetuju dan saling menghormati perbezaan. Ini kerana matlamat yang dikongsi mereka jauh lebih besar daripada perbezaan tersebut. Rejim Cerberus ini pula cuma berdolak-dalik. Semua kepala mahu menggigit tetapi mereka tetap bukan satu kepala, tetapi beberapa kepala. UMNO cuba meraih undi dengan mempromosikan betapa Islamnya mereka dengan menyerang DAP. MCA pula akan cuba meraih undi dengan menunjukkan betapa sekularnya mereka dan betapa buruknyaPAS.

Sebab itu kita nampak Sheikhul Akbar Nazri Aziz berkuliah tentang betapa Islamnya negara Malaysia ini sedangkan rakan yang satu lagi sedang bermain wayang betapa mereka teguh memperjuangkan pemerintahan sekular.

Adakah Nazri Aziz atau pemimpin UMNO yang merupakan pembesar ‘pemerintahan Islam’ akan menampar muka rakan-rakan MCA mereka? Atau apakah MCA akan memberikan tumbukan sekular kepada abang besar mereka yakni UMNO?

Ah, masa untuk menikmati roti takda telur pula. – Roketkini.com

4 negeri Pakatan tangguh AES...Say NO to AES.. Say YES to ABU...

AES
Sistem AES
 
KUALA LUMPUR - Empat Kerajaan Negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat iaitu Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Selangor bersetuju menangguhkan pemasangan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES).

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, sebanyak 331 kamera AES dicadang untuk dipasang di empat negeri itu, namun pelaksanaannya terpaksa ditangguhkan.

"Kami akan bertemu Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan Datuk Long See Wool bulan depan bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai AES termasuk kos dan syarikat pengendali," katanya pada sidang media di lobi Parlimen di sini, hari ini.

Guan Eng berkata, pemasangan AES itu seharusnya mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa di peringkat kerajaan negeri terlebih dahulu.

AES adalah sistem kamera automatik berteknologi tinggi yang dipasang di lokasi yang dikenal pasti sering berlaku kemalangan selain bertujuan meningkatkan keberkesanan dan kecekapan sistem penguatkuasaan serta mampu mengurangkan kemalangan maut.

Ia merakam pesalah trafik yang melanggar dua kesalahan utama iaitu memandu melebihi had laju atau melanggar lampu merah. - Bernama

UMNO: Sudah hendak jatuh, masih mengaku gagah

oleh Aspan Alias


Saya tidak tahu bagaimana ada pemimpin peringkat tertinggi BN percaya yang BN akan mendapat sedikit lebih kerusi parlimen dari apa yang di dapati dalam PRU yang ke 12 dahulu. Di samping mengakui akan kehilangan beberapa kerusi yang sekarang di pegang oleh BN di Sabah dan Sarawak, BN masih berkeyakinan boleh mendapat lebih dari 140 kerusi dari jumlah 222 kerusi parlimen keseluruhannya.

Nampaknya UMNO dan BN mempunyaai formula ilmu kira-kira yang baru. BN mengakui yang enam atau tujuh kerusi di Sabah akan kalah dan jumlah yang sama juga akan kalah di Sarawak. Tetapi dengan berkurangan jumlah kemenangan BN di kedua-dua buah negeri ini ia menambahkan kemenangan BN melebihi 140 kerusi.

Tetapi dalam ilmu kira-kira apabila sesuatu angka itu di tolak, angka itu akan menjadi kurang. Jadi kalau hendak tahu ilmu kira-kira (belum lagi matematik) yang baru di mana menolak jumlah angka itu akan menambah bilangan jumlah angka tersebut, elok belajar dari BN bagaimana menolak jumlah sesuatu angka itu boleh menambah bilangan angka itu.. Selalunya angka itu akan bertambah jika dicampur bukannya ditolak.

Tetapi kita tahu kenapa BN merasakan ia akan mendapat lebih dari 140 kerusi dan fenomena kekeliruan ini memang biasa berlaku dalam BN. Semasa Abdullah Badawi membubarkan parlimen dahulu pun, tentunya beliau membuat perkiraan yang BN akan memenangi jumlah kerusi yang besar sebagaimana yang beliau perolehi semasa PRU tahun 2004 dahulu. Dalam hal membuat kira-kira ini, BN memang selalu salah dan kesalahan ini akan berlaku lagi di dalam pilihanraya yang akan datang ini.

BN membuat perkiraan yang di Semenanjung mereka yakin yang pengundi India akan kembali kepangkuan BN., dan beberapa kerusi yang dipegang oleh PKR akan jatuh ke tangan mereka. Jika itu perkiraannya mereka sepatutnya menolak sejumlah sokongan dari kaum Cina yang sekarang ini sedang menambah bilangan sokongan kepada PR melalui DAP kali ini. Jika dahulu hanya 65 peratus sahaja orang Cina memberikan sokongan kepada PR, kali ini jumlahnya akan bertambah kepada 80 peratus.. 15 peratus tambahan ini adalah satu angka yang besar dan boleh memberikan impak negatif kepada BN dalam PRU ini.

BN meletakkan harapan untuk mendapatkan pertambahan kerusi kali ini melalui pemberian BRIM kedua tidak berapa lama lagi. BN yakin dengan pembelian undi ini mereka akan mendapat sokongan yang lebih besar kerana BN merasakan jumlah RM500 atau RM1000 itu amat besar kepada rakyat yang miskin. BN masih memainkan isu kemiskinan yang mereka wujudkan untuk mendapatkan sokongan semasa terdesak dengan membayar jiwa dan raga mereka (orang miskin).

Sekarang baru kita yakin yang BN akan tetap mengekalkan tahap kemiskinan rakyat di tahap yang ada sekarang ini agar dapat dipergunakan dalam setiap PRU yang bakal diadakan dengan membeli mereka yang BN anggap sebagai kelompok miskin ini. Pendeknya BN menaruh harapan kepada undi dari mereka yang dianggap miskin. Pimpinan kita beranggapan RM 500 melalui pemberian BRIM ini sudah memadai untuk rakyat sedangkan jumlah sejemput itu hanya boleh menyelesaikan masalah untuk sehari sahaja.

Tetapi benarkah BRIM itu membawa keuntungan kepada BN kerana rata-rata saya dapati ramai rakyat yang tersinggung dengan tindakan Najib membeli undi ini, terutamanya dikalangan anak muda yang berpendapatan tetap. Ramai orang-orang yang berumur ini menerima BRIM ini tidak akan mengundi BN kerana anak-anak mereka memberi lebih dari apa yang BN berikan kepada mereka. Mereka ini akhirnya akan mendengar nasihat anak-anak mereka dari mendengar nasihat pemimpin UMNO di mana-mana.

Seperkara yang UMNO tidak mengambil kira ialah parti itu akan menghadapi masalah dalaman yang besar dalam PRU yang akan datang ini. Bagi pendapat ramai perebutan menjadi calon lebih buruk lagi di masa ini. UMNO akan menghadapi sabotaj dari ahli-ahli dan pemimpinnya sendiri dan ini akan hanya menyerlah sebaik sahaja nama-nama calon di umumkan. Apa yang berlaku di dalam pilihanraya yang lalu akan berlaku dalam kadar yang lebih teruk lagi di pilihanraya kali ini.

Saya telah mendapat maklumat yang diberikan oleh ahli-ahli UMNO dan pimpinan pertengahan yang mereka akan melakukan apa sahaja untuk memboikot mana-mana calon yang tidak sehaluan dengan mereka dan perkara ini jelas dirancang dari atas sehingga ke bawah dalam parti pemerintah selama dekad itu. Ramai pimpinan di peringkat bahagian telah jatuh semangatnya kerana masalahnya bukan menghadapi pembangkang yang sudah sedia mendapat perhatian ramai, tetapi menghadapi masalah ‘chah keting’ sesama sendiri.

Sesungguhnya UMNO tidak akan mampu diperbaiki selagi barisan sekarang ii masih berkeliaran di majlis tertinggi serta kabinet negara pada hari ini. Ini cadangan yang mustahil diterima oleh pimpinan UMNO hari ini. Cadangan itu ialah untuk pimpinan yang ada pada hari ini bersara dan berikan kepada ahli-ahli yang tidak mahu masuk dalam acuan yang dibentuk oleh Dr Mahathir dahulu. Jika acuan ini tidak ditukar rakyat tahu siapa pun dikalangan barisan MKT yang ada pada hari ini mengambil alih imej UMNO itu tidak akan dapat dipulihkan.

Siapa pun yang mengambil alih dikalangan mereka ini UMNO tidak akan berubah. Imej UMNO sudah begitu berkecai dan dilihat oleh ramai penganalisis politik yang berwibawa menyatakan yang kali ini adalah masa yang tergenting sekali yang di alami oleh UMNO. UMNO perlu menukar acuannya kerana acuan yang ada hari ini sudah tidak boleh dipakai dan tidak relevan lagi.

UMNO sudah sampai ketahap tidak bpleh meletakkan calon kerana kalau digantikan mereka yang ada dengan calon yang baru, kerosakan sudah terlalu teruk dan siapa pun calon itu akan kecundang dan tidak bermaya untuk menahan kebangkitan rakyat di merata-rata tempat dan wilayah dalam negara ini.

Walaupun Tengku Adnan, Setiausaha Agong UMNO, berkeyakinan untuk meraih lebih dari 140 kerusi parlimen tetapi itu semuanya merupakan ‘wishful thinking’ beliau sahaja. Tengku Adnan hanya bercakap dengan memberikan pandangan yang beliau ingin dengar sahaja.

UMNO pusat tidak akan berani menukar calon-calon yang baru apatah lagi jika penyandang pada hari ini adalah dari ketua atau pemimpin atasan di bahagian masing-masing. Di tukar akan membawa kekalahan dan jika tidak ditukar juga akan menjadi masalah besar juga. UMNO dan ahli-ahlinya tidak ada kebersamaan diantara mereka lagi. Ini merupakan akibat kelalian pimpinan yang tidak mengambil tahu hal parti yang telah mula rapuh sejak tiga puluh tahun yang lalu.

Sekarang ini UMNO terpaksa menubuhkan bermacam-macam Jawatankuasa untuk mengelakkan sabotaj-mensabotaj parti. Parti ini menghadapi masalah yang dilakukan oleh ahli-ahlinya sendiri bukannya oleh rakyat yang ramai. Jika parti itu bermasalah dalam sebegini serius bagaimana ia boleh diyakini dan diberikan mandat lagi. Maka UMNO patut diketepikan dahulu dan biarkan parti itu menyelesaikan masalah mereka dahulu. Sementara itu biarlah pihak alternatif menjaga rakyat dan negara dalam tempoh dan penggal yang akan datang ini.

Buat masa ini UMNO terpaksa berbelanja berlipat kali ganda kali ini untuk membiayai kos pekerja pilihanraya yang lebih mementingkan wang ringgit yang besar sebelum melaksanakan tugas dalam pilihanraya nanti. UMNO ibarat kereta yang sudah terlalu tua dan kos penyelenggaraannya amat tinggi. Apabila kurang penyelenggaraan UMNO akan tidak berfungsi dan akan seperti kereta tua yang rosak: terbengkalai di tepi-tepi jalan.

Itu sebabnya orang ramai memilih untuk memandu kereta baru yang masih berbau wangi di dalamnya. Kereta lama ini mempunyai bermacam-macam masalah. Lepas diperbaiki, enjin rosak pula dan sistem penghawa dinginnya. Sekarang apabila kereta itu diyakini boleh berjalan dengan baik, lampu pula padam dan tidak boleh dipandu diwaktu malam. Susah memandu kereta tua ini. UMNO perlu dihantar ke bengkel dan diperbaiki sebelum ia boleh digunakan lagi.

Oleh itu kita mesti terima hakikat apabila sampai masa UMNO itu jatuh ia akan jatuh bergelimpangan. Ia seperti nyawa kita, apabila sampai waktunya untuk pulang ke Penciptanya, ia tidak boleh ditangguh walaupun sesaat. Ada sahaja jalannya untuk kembali ke asal. Setengahnya mati kerana kemalangan, setengahnya kerana serangan jantung dan angin ahmar, ada yang mati kerana C4 dan berbagai-bagai lagi cara manusia melalui jalan kematian.

Parti politik pun begitu. Ada yang gugur kerana peperangan dan ada yang jatuh kerana rasuah yang keterlaluan dan salahguna kuasa seperti yang berlaku di negara kita ini.

http://aspanaliasnet.blogspot.com/2012/10/sudah-hendak-jatuh-masih-mengaku-kuat.html

Isu Jual Aset PKNS : BN seleweng fakta sebenarnya..

Noh dan Rosnah ludah ke muka Najib, seleweng fakta tuduh PKNS jual aset

28 Okt - Noh Omar yang melobi kuat untuk menjadi calon Menteri Besar Selangor mengesahkan ketidak mampuan beliau untuk mentadbir dan mengurus negeri paling maju di dalam negara. Salakan Noh ini turut dikokok bersama oleh Ketua Puteri UMNO, Rosnah Shirlin. Kedua-duanya berusaha keras untuk meraih publisiti murahan menjelang PRU-13.

Tindakan Noh yang menuntut penjelasan Menteri Besar Khalid Ibrahim di atas keputusan Lembaga Pengarah PKNS menjual 5 aset komersil merupakan satu manipulasi fakta dan menunjukkan bahawa beliau tidak mampu memberi arah tuju ekonomi yang mantap sebagai pemimpin. Penyakit ini turut dikongsi bersama oleh Rosnah yang mengandaikan kononnya PKNS mengalami kesulitan kewangan.

PKNS telah mencatat keuntungan tertinggi tahun lepas iaitu sejumlah RM420 juta. Nyata sekali, Noh, Rosnah dan para pemimpin UMNO sengaja ingin menidakkan kemampuan agensi profesional sebegini yang berfungsi untuk meningkatkan tahap kemampuan ekonomi bumiputera. Lebih 95% daripada tenaga kerja di dalam PKNS adalah orang Melayu. Manakala, lebih 90% perumahan yang dibangunkan adalah unit kos rendah dan sederhana untuk nikmat orang Melayu sendiri. Ini ditambah dengan fakta bahawa lebih 80% daripada pembeli rumah-rumah PKNS adalah dari kalangan orang Melayu. Bukan seperti projek-projek Ali Baba oleh pemimpin-pemimpin UMNO, PKNS adalah sebuah institusi yang terus menerus mengangkat darjat dan martabat orang Melayu keseluruhannya dan bukan dua tiga kerat elit Melayu.
Fakta yang sengaja disembunyikan oleh Noh dan Rosnah adalah 5 aset milik PKNS iaitu Menara Worldwide, Kompleks PKNS Shah Alam, Kompleks PKNS Bangi, Wisma Yakin dan SACC Mall bernilai RM321 juta hanya dipindah milik kepada sebuah anak syarikat baru milik penuh PKNS iaitu Private Real Estate Company (PREC).

Oleh itu, aset-aset ini masih kekal milik penuh PKNS dan tidak dijual pun kepada pihak luar. Industri korporat melihat tindakan Noh ini sebagai satu tindakan politik yang terdesak dan menunjukkan 'ignorance' Noh dan Rosnah dalam hal-hal ekonomi dan bisnes.

Urusan pindah milik aset-aset tersebut akan membolehkan PKNS menjana pendapatan berterusan (recurring revenue) dengan inisiatif penyelarasan aset-aset Kumpulan PKNS. Ini akan terus menjadikan PKNS berdaya saing dan merealisasikan potensi nilai aset-aset yang dimiliki. Aset-aset ini kekal milik PKNS cuma akan diuruskan dengan lebih baik untuk menjana pendapatan yang berterusan untuk PKNS.

Fakta yang turut disembunyikan adalah bahawa keputusan ini diluluskan oleh Lembaga Pengarah PKNS yang turut diwakili oleh Kementerian Kewangan dan Jabatan Perdana Menteri. Tindakan Noh dan Rosnah ini seakan-akan mencabar keputusan Kementerian Kewangan dan Jabatan Perdana Menteri yang dikepalai oleh Presiden UMNO sendiri, Najib Razak. Noh dan Rosnah seolah-olah meludah ke muka Najib.

Noh Omar sebenarnya tidak layak untuk menjadi Menteri hatta Menteri Pertanian sekalipun kerana kelemahan beliau dalam urusan pentadbiran dan pengurusan ekonomi. Begitu juga Rosnah, jawatan Timbalan Menteri yang disandang beliau harus diberikan kepada mereka yang lebih layak.

Pemimpin-pemimpin UMNO sebeginilah yang terus menerus menjadi bahan lawak dan ditertawakan oleh komuniti bisnes dan para peniaga diatas kedangkalan mereka untuk berpolitik tanpa had.

KL Daily

PNG: Pengurusan Tak Mencapai Standard


Alamak! Menuduh Yusrin Pulak...

Mr Papua menyerang Yusin Adnan sebagai pembunuh projek di PNG. Tuduhan terhadap Yusrin ialah dia mengidam jawatan di KCB. Hah! Syarikat paling tenat, projek paling sakit, pengurusan berserabut, pinjaman tanpa kebenaran, semuanya dikesan oleh Yusrin selaku Pegawai Kewangan PMBKed dan Pegawai Khas GLC. Takkan Yusrin sengaja mencari nahas mengorat janda beranak ramai mengidap leukimia macam itu?

Hah! Yusrin dituduh tak membayar gaji Bos KCB dan menyebabkan bos KCB kena constuctive dismissal. Anda mengepalai syarikat, dengan staff dan pejabat. Anda diamanahkan tanggungjawab hidup mati syarikat dan staffnya. Anda answerable kepada Lembaga Pengarah dan Holding Company sebagai pemegang saham. Anda mampu merancang melabur dan meminjam berjuta. Takkan gaji anda harapkan orang lain tolong bayar? Kalau tanggungjawab menjana gaji sendiri dan staff pun anda tak mampu, bagaimana tanggungjawab anda kepada pemegang saham? Anda unfit!


Dua Jiwa Satu Tubuh.

Penulis ialah bekas staff KCB. Dia pernah memanggil Yusrin Mat Bafia. Dia pernah bekerja dengan MAS Incorporated, dan diambil sebagai staff KCB oleh Hj Akashah. Separuh jiwanya bersama MAS, separuh lagi tempat dia dibayar gaji. Dia juga mendakwa projek itu diteruskan selepas pengurusan yang ditamatkan itu membawa diri. Maka projek itu viable! Menilai projek pelaburan di bumi asing perlukan kesenian dan sikap berhati-hati. Menyusuri selok belok yang menjerumuskan KCB ke dalam gaung tidak bermaksud berhajat untuk terjun gaung juga.

Tirai Dan Budaya

Hakikatnya ialah pasukan baru bersama Jawatankuasa Penilaian yang dilantik PMBKed telah menemui 'sesuatu' di sebalik tirai yang dipasang oleh MAS dengan pemilik tanah pihak berkuasa di PNG. Beberapa wakil tuan tanah di bawa ke Kedah untuk mereka kenali siapakah yang menyara segala keperluan MAS dan tuntutan para pemilik tanah. Selepas itu baru mereka sedar ada pihak lain selain MAS dalam projek itu. Selama ini MAS seperti menyembunyikan KCB daripada mereka di sana. Bila ada sesuatu yang cuba disorok daripada pengetahuan orang, tentu ada kepentingan yang tersimpan.

MAS sangat tidak selesa bila tirai itu disingkap oleh Jawatankuasa Penilaian dan pasukan yang akan menentukan adakah projek itu patut dilanjutkan. Apa yang tidak dibuat oleh pengurusan KCB ialah kajian budaya penduduk dan ketua puak di PNG. Mereka suka meruntun dan mendesak berbagai keistimewaan. Walaupun tidak berkasut dan berbaju, mereka sangat cerdik mencekik. Mereka seperti manusia yang tidak pernah kenyang.

MAS seolah-olah menyembunyikan budaya dan geografi kawasan projek daripada KCB. Tinjauan ke tapak oleh wakil Jawatankuasa Penialaian PMBKed mendapati bukan semua kawasan 42 ribu hektar yang didakwa hutan dara itu menyimpan kayu. Ia termasuk juga belukar, padang ragut, kawasan yang diceroboh, kawasan yang sudah dibalak sebelumnya (KSK), gunung dan gaung. Ada kawasan yang terputus hubungan kerana sungai yang besar dan kos membina titi menelan kos berjuta pula.

Pertemuan dengan Pengarah Perhutanan Negeri di PNG juga menyokong syor projek itu terlalu berisiko. Dia juga awalnya meletakkan bermacam- macam tol untuk ditemui. PNG juga terikat dengan protokol dan resolusi perhutanan antarabangsa. Bukan mudah menggondolkan hutan seluas 42 ribu hektar tanpa jelingan mata dunia antarabangsa terhadap kehijauan yang makin hilang. Maklumat asas boleh dirujuk di: http://www.forestry.gov.pg/site/page.php?id=77.

Kenapa Cerita Haya Separuh Benar

Terlalu banyak yang tidak didedahkan dalam projek ini kepada KCB, manakala perjanjian yang sudah ditandatangani bakal mencekik kantung KCB hingga kempis dan kering. FCA (setaraf lesen membalak) yang didakwa sudah diperolehi oleh MAS adalah maklumat palsu. Setelah meneliti semua faktor, maka pelaburan KCB di PNG, maka Jawatankuasa Penilaian membuat syor supaya pelaburan itu wajar ditamatkan untuk mengelak risiko yang lebih besar kepada KCB yang boleh mengjangkiti Kerajaan Negeri.

Pinjaman Off-shore.

Pinjaman ini diuruskan tanpa pengetahuan ALP KCB, PMBKed dan Menteri Besar. Setelah lulus, dan satu akaun untuk menadah wang dibuka di Labuan, barulah ia disedari. Dato' Puat yang mengetuai Jawatankuasa Penialaian diminta ke London mengkaji kesan dan keupayaan pinjaman ini dilunaskan. Jawatankuasa penilai mendapati syarat dan polisi pembiayaan terlalu membebankan, terlalu rigid berdasarkan prestasi projek yang masih tidak stabil di PNG dan mereka akan menempatkan wakil mereka sebagai lembaga pengarah syarikat untuk mengawal operasi.

Di hujung jalan cerita projek ini, KCB akan menjadi seperti kerbau membajak sawah milik MAS dan pembiaya projek. Oleh yang demikian disyorkan ia dibatalkan dan semua kos peguam dan perunding yang telah melaksanakan kerja mereka perlu dibayar.

Beberapa persoalan yang tidak terjawab.

1. Kenapa MAS tidak menawarkan kawasan yang 'diperolehinya' kepada JCorp yang mempunyai pengalaman 30 tahun melabur dalam sektor perladangan dan pembangunan tanah di PNG?

2. Kenapa pengurusan JCorp ketawa besar bila jawatankuasa ini menawarkan perniagaan itu kepada mereka.

3. Dato' Manaf dalam sms nya memarahi saya mendakwa dia menawarkan projek bernilai jutaan dolar kepada Kedah dalam pinggan perak (silver plater) tetapi tidak dihargai oleh kepimpinan Kedah. Soalnya kalau beliau seorang ahli perniagaan berpengalaman dan berkeupayaan, kenapa tidak mengambil projek itu untuk syarikatnya saja. Kenapa mencari KCB yang terlalu mentah di bumi PNG. Kenapa tidak approach JCorp yang ada segala sumber yang dia perlukan dari sebuah syarikat kerjasama?

Ada banyak soalan untuk ditanya kepada MAS dan pengurusan KCB, Tapi bukan itu tujuan tulisan ini, kerana jawatankuasa penilaian sudah memutuskan pelaburan KCB dalam projek itu wajar dihentikan. Tulisan ini hanya untuk mengingatkan beberapa individu dalam MAS dan beberapa staff KCB yang berjiwa MAS bahawa banyak yang diketahui berbanding apa yang dihebahkan. Tak perlulah mengalihkan perhatian. Ia sudah menjadi sejarah yang membebankan kerajaan negeri sekarang.

Kata salah seorang ahli jawatankuasa penilaian, kalau KCB setaraf JCorp, Sime Darby, atau konlamerat lain yang tersenarai di papan utama Bursa Malaysia, mungkin mereka boleh meneruskan projek itu. Tetapi KCB yang sedang terbeban dengan projek lama yang sakit tenat, malah tidak mampu membayar gaji sendiri pun, manakala share partner yang menawarkan projek pula setaraf broker menjual kepala surat yang boleh ditemui di Hotel KL International, maka wajar sekali KCB diundurkan walaupun sudah melabur lebih enam juta.

Nanti saya siarkan sms dan komen Dato' Manaf di blog saya...kelakar la pulak dia ni di usia yang kian senja... Salam PNG Dato' Muslim.

MUHAMMAD SANUSI MD NOR
SETPOL MB KEDAH
http://sanusisetpol.blogspot.com/2012/10/keupayaan-pengurusan-tidak-memenuhi.html