ALOR SETAR 15 Okt. - Gangguan bekalan air akan berlaku di beberapa kawasan di daerah Yan dan Kuala Muda bermula pukul 9 malam esok hingga 6 pagi keesokannya.
Pegawai Perhubungan Awam Syarikat Air Darul Aman Sdn. Bhd. (SADA), Rofedi Sulaiman berkata, gangguan akibat kerja-kerja memotong dan menyambung paip utama 750 milimeter di Kampung Baru Jenun adalah untuk projek Landasan Keretapi Berkembar Elektrik.
Katanya, kawasan terlibat meliputi daerah Yan, Kota Sarang Semut dan Gurun.
"Antara kawasan terlibat adalah dari Batu 18 Yan ke Taman Desa Kamela, Kota Sarang Semut ke Batu Menunggul, Jalan Simpang Empat ke Tokai dan Jalan Kangkong, Jalan Kuala Sala, Jalan Tebengau dan kawasan sekitarnya," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Tambah beliau, turut terlibat Petronas Fertilizer, kilang Nafas, Taman Jerai, Taman Jerai Mas, Kampung Guar Nenas, Kampung Guar Station, Kampung Jerai Maju, Kampung Sungai Ibor dan Taman Jerai Heights.
Sehubungan itu, SADA menasihatkan pengguna di kawasan terbabit menyimpan bekalan air secukupnya dan menggunakannya secara berhemah," katanya.
Rofedi memberitahu, SADA memohon maaf di atas kesulitan yang timbul dan sebarang aduan serta pertanyaan boleh dikemukakan dengan menghubungi pusat informasi syarikat itu di 1-300-88-0017.
No comments:
Post a Comment