ALOR SETAR - Syarikat Air Darul Aman (Sada) akan menjalankan operasi pemotongan bekalan air di premis yang mempunyai tunggakan bil bermula esok.
Pegawai Perhubungan Awam Sada, Rofedi Sulaiman berkata, operasi akan diadakan secara berperingkat meliputi seluruh negeri ini.
“Kita tidak boleh berkompromi lagi sebab tunggakan mencecah jutaan ringgit. Sedangkan kos ini boleh digunakan untuk menaik taraf sistem sedia ada.
“Saya harap semua pengguna prihatin dengan beban kos yang ditanggung Sada dalam mengurus bekalan air,” katanya.
Menurutnya, setakat September tahun ini, tunggakan yang belum dijelaskan oleh pengguna mencecah RM36,316,216.
Ia membabitkan kawasan Kedah Utara sebanyak RM13,240,966 manakala Wilayah Kedah Tengah (RM11,749,719) dan Wilayah Kedah Selatan RM8,890,418.
“Sekiranya pengguna tidak menjelaskan tunggakan ini, ia akan membebankan Sada kerana kos operasi bekalan air sangat tinggi,” katanya.
Rofedi berharap pengguna segera menjelaskan tunggakan bil sebelum pemotongan bekalan air dibuat malah operasi dijadual berjalan serentak di seluruh negeri. [Sinar Harian]

No comments:
Post a Comment