Oleh Angkasanuri
Sejak dari awal lagi apabila kerajaan Umno/BN beria-ia secara besar-besar mendaftarkan pendatang tanpa izin di negara ini saya menaruh perasaan curiga dan bimbang. Ternyata telahan saya berasas apabila satu persatu tembelang 'keikhlasan' kerajaan mendaftar pendatang tanpa izin terbongkar.
Sepantas membuat mee segera, pendatang tanpa izin di negara ini boleh mendapat status penduduk tetap sebelah pagi dan menjadi warganegara Malaysia dan pengundi berdaftar di sebelah petang.
Hari ini pihak SPR cuba lepas tangan dengan menunding jari kepada kesilapan Jabatan Pendaftran Negara yang menjadi punca kekalutan yang berlaku. Patutlah Umno/BN cukup takut dengan BERSIH 2.0 kerana mereka kini sedang bergelumang dengan tangan-tangan terpalit najis untuk memporak perandakan negara ini.
Episod Projek IC untuk pendatang tanpa izin ini mengulang taktik kotor projek IC untuk pendatang tanpa izin di Sabah yang pernah mengemparkan negara satu ketika dahulu.
Saya sebagai rakyat Malaysia sudah hilang kepercayaan sama sekali pada kerajaan yang ada. Harapkan pagar pagar makan padi! Saya berharap DYMM Tuanku Yang Dipertuan Agong yang menjadi benteng terakhir negara ini agar campur tangan supaya malapetaka seterusnya tidak berlaku kepada negara ini. Langkah awal sebuah Suruhanjaya Diraja perlu ditubuhkan segera untuk memulihkan keyakinan rakyat kepada sistem demokrasi di negara ini
Kalah tetap kalah, itu adat dalam bertanding. Walaupun hanya tewas dengan satu undi tetap juga kalah. Itu realiti dalam pilihanraya. Namun, untuk mengatakan bahawa PAS telah gagal sama sekali adalah satu analisis yang amat silap.
Hari ini dalang yang menyebarkan video lucah terbongkar. Ternyata ketiga-tiganya adalah orang kuat Umno. Dari ketiga-tiga orang produser video lucah tu, saya cukup berminat dengan Rahim Tamby Chik yang cukup terkenal di Melaka. 




Ketua Menteri Melaka, Dato Seri Muhd Ali Rustam sebelum ini dengan angkuh memberitahu bahawa beliau akan mengutamakan penyokong BN dalam sebarang projek pembangunan. Kepada satu pertubuhan pendidikan Cina di Merlimau dengan nada sinis beliau memberitahu, bantuan akan dibincangkan kalau hanya BN menang di Merlimau.


an Pejabat Pelajaran Daerah Jasin untuk memenuhi agenda politik sempit mereka.
