Friday, March 11, 2011
Tuesday, March 8, 2011
kemenangan BN satu kemenangan yang sahih, bersih, telus dan ikhlas
Hari ini, Bernama melaporkan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, berkata rakan sejawatannya dari Kelantan itu semakin menjadi liabiliti kepada PAS apabila sering menyuarakan pendapat mengenai sesuatu isu tanpa asas dan mengelirukan rakyat.
Menurut Ali (berjaket hitam) kemenangan BN pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau di sini dan DUN Kerdau, Pahang pada Ahad lalu membuktikan sokongan rakyat kepada PAS semakin merosot berbanding pada pilihan raya umum 2008.
Beliau berkata demikian kepada pemberita di luar persidangan Dewan Undangan Negeri Melaka hari ini sebagai mengulas kenyataan Nik Abdul Aziz semalam yang beliau tidak menghalalkan kemenangan BN pada kedua-dua pilihan raya kecil itu kerana mendakwa BN menggunakan jentera kerajaan untuk berkempen.
Sambil menyangkal dakwaan bahawa BN menggunakan taktik kotor untuk memenangi pilihan raya kecil berkenaan, Ali berkata: "Dia (PAS) sudah kalah, dia (Nik Abdul Aziz) salahkan orang pula, kemenangan BN satu kemenangan yang sahih, bersih, telus dan ikhlas".
Katanya, taktik negatif yang digunakan PAS itu tidak menampakkan nilai Islam yang diperjuangkan mereka dan ini menyebabkan perjuangan parti itu dilihat semakin jauh daripada perjuangan membela masyarakat Islam di negara ini.
"Umno memperjuangkan kebaikan serta kejujuran, rakyat memilih Umno yang lebih baik daripada banyak segi, PAS juga semakin lari daripada perjuangan Islam apabila berkawan dengan DAP," katanya.
BN mengekalkan DUN Merlimau apabila calonnya Roslan Ahmad, 44, mengalahkan calon PAS Yuhaizad Abdullah, 38, dengan majoriti 3,643 undi manakala di DUN Kerdau, calon BN Syed Ibrahim Syed Ahmad, 44, menewaskan calon PAS Hasannuddin Salim, 43, dengan majoriti 2,724 undi.
Monday, March 7, 2011
KEPUTUSAN SETIAP SALURAN PRK N27 & N28
BN 46 PAS 2 ROSAK 14 MAJORITI 44 JUMLAH 62
SALURAN 1: BN 328 PAS 110 ROSAK 10 MAJORITI 218 JUMLAH 448
MERLIMAU PASIR
SALURAN 1: BN 217 PAS 79 ROSAK 6 MAJORITI 138 JUMLAH 306
AYER MERBAU
SALURAN 1 :BN 200 PAS 68 ROSAK 7 MAJORITI 132 JUMLAH 275
CHINCHIN
SALURAN 1 : BN 204 PAS 49 ROSAK 17 MAJORITI 155 JUMLAH 270
JASIN LALANG
SALURAN 1 : BN 196 PAS 35 ROSAK 10 MAJORITI 161 JUMLAH 241
PERMATANG SERAI
SALURAN 1 :BN 189 PAS 85 ROSAK 1 MAJORITI 104 JUMLAH 275
PENGKALAN SAMAK
SALURAN 1 : BN 204 PAS 70 ROSAK 6 MAJORITI 134 JUMLAH 280
UNDI POS
BALAI RAYA KG. SERI TANJONG
SALURAN 1 : BN 146 PAS 55 ROSAK 4 MAJORITI 91 JUMLAH 201
SEK KEB KERDAU
SALURAN 1 : BN 152 PAS 103 ROSAK 4 MAJORITI 49 JUMLAH 458
SEK KEB JENGKA 22
SALURAN 1 : BN 182 PAS 94 ROSAK 5 MAJORITI 88 JUMLAH 281
SEK KEB PAYA TARAM
SALURAN 1 : BN 184 PAS 83 ROSAK 9 MAJORITI 101 JUMLAH 276
SEK KEB TELUK SENTANG
SALURAN 1 : BN 297 PAS 226 ROSAK 5 MAJORITI 71 JUMLAH 526
SEK KEB KUALA KEKAL
SALURAN 1 : BN 241 PAS 64 ROSAK 5 MAJORITI 177 JUMLAH 310
DEWAN SERBAGUNA RUMPUN MAKMUR
SALURAN 1: BN 199 PAS 51 ROSAK 7 MAJORITI 148 JUMLAH 257
SEK KEB JENGKA 25
SALURAN 1: BN 307 PAS 43 ROSAK 1 MAJORITI 264 JUMLAH 351
SEK KEB JENGKA 23
SALURAN 1: BN 236 PAS 95 ROSAK 3 MAJORITI 141 JUMLAH 334
SEK KEB PULAU PASIR MANDI
SALURAN 1: BN 144 PAS 108 ROSAK 2 MAJORITI 36 JUMLAH 254
BALAI RAYA KERAI
SALURAN 1: BN 286 PAS 44 ROSAK 5 MAJORITI 242 JUMLAH 335
SEK KEB LIPAT KAJANG
SALURAN 1: BN 243 PAS 99 ROSAK 4 MAJORITI 144 JUMLAH 346
SEK MEN KEB KERDAU
SALURAN 1: BN 204 PAS 93 ROSAK 6 MAJORITI 111 JUMLAH 33
Analisis - BN tak menang habis, Pakatan belum tewas teruk
ANALISIS, 7 Mac — Seperti yang dijangka Barisan Nasional (BN) berjaya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau, Melaka dan Kerdau, Pahang dengan majoriti yang lebih besar berbanding 2008.
Kemenangan mengekalkan status quo ini sudah pasti akan memberangsangkan dan memberi keyakinan kepada pemimpin dan penyokong BN setelah sekiran lama diselubungi kesuraman sokongan rakyat Malaysia terhadap parti perikatan itu sejak dilanda “tsunami politik” pada 8 Mac 2008.
Malah, kemenangan BN ini berjaya memperbaharui rekod pertarungan antara BN dengan Pakatan Rakyat kepada 8-8, dalam 16 pilihan raya kecil yang diadakan sejak pilihan raya umum ke-12.
Dengan kekalahan PAS di dua kawasan sebelum ini iaitu di Galas, Kelantan dan Tenang, Johor memberikan lebih keyakinan kepada BN untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13 yang mana sokongan pengundi Melayu dilihat sudah kembali kepada BN.
Di Merlimau, calon BN Roslan Ahmad meraih 5,962 undi manakala calon PAS Yuhaizat Abdullah pula memperoleh 2,319 undi.
Dalam pada itu, di Kerdau calon BN Syed Ibrahim Syed Ahmad memperoleh 5,060 undi manakala calon PAS Hassanuddin Salim mendapat 2,336 undi.
Majoriti kedua-dua kawasan ini meningkat lebih satu kali ganda berbanding pilihan raya umum 2008.
Seandainya diimbas kembali, sentimen rakyat jelas menyebelahi Pakatan Rakyat untuk satu jangka yang agak panjang selepas pilihan raya umum ke-12. Situasi ini dapat diperlihatkan apabila Pakatan Rakyat memenangi dua pilihan raya kecil selepas pilihan raya umum ke-12 iaitu Permatang Pauh dengan majoriti yang lebih besar, dan Kuala Terengganu dengan rampasan kerusi dari BN.
BN hanya berjaya mempertahankan satu kerusi di DUN Batang Ai, Sarawak pada April 2009.
Namun, kemenangan ini sedikitpun tidak menceriakan BN, khususnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memandangkan ia berlangsung bersama pilihan raya kecil Bukit Gantang, Perak dan Bukit Selambau, Kedah dan kawasan-kawasan itu kekal dalam genggaman Pakatan Rakyat.
Kekalahan demi kekalahan ini mungkin antara faktor yang membelenggu BN, sehingga tidak menurunkan calon dalam pilihan raya kecil Penanti, yang berlangsung pada 31 Mei 2009.
Bagaimanapun, kekalahan tetap menghantui BN apabila tewas sekali lagi di pilihan raya kecil Permatang Pasir, kira-kira tiga bulan selepas itu.
Bagaimanapun pada pilihan raya kecil DUN Manek Urai BN hampir mengecapi kemenangan apabila berjaya menghakis undi PAS dari 1,352 hingga 65 undi tetapi masih gagal untuk menembusi kubu kuat PAS itu.
BN hanya berjaya mencapai kemenangan pertama melalui Tan Sri Mohd Isa Samad apabila berjaya mempertahankan kerusi DUN Bagan Pinang dengan majoriti lebih besar.
Sejak itu, BN dilihat kembali dengan keyakinan bahawa undi Melayu telah kembali ke pangkuan Umno.
Dakwaan itu diperkukuhkan lagi apabila BN berjaya merampas kerusi Parlimen Hulu Selangor dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), namun kegembiraan itu tidak panjang apabila DAP mencipta kejutan dengan merobohkan kubu kuat BN di Sibu, Sarawak.
Bagaimanapun kemenangan BN di Galas dan Batu Sapi, Sabah memberikan satu lagi keyakinan kepada kepimpinan BN, malah kemenangan di Tenang juga menjadi pemangkin yang menyaksikan BN menang dengan majoriti besar.
Melihat kepada siri pilihan raya kecil dan ditambah pula dengan kemenangan BN di Merlimau dan Kerdau mungkin memberikan satu isyarat kepada Pakatan Rakyat bahawa pengundi khususnya pengundi Melayu sudah kembali kepada pangkuan BN.
Walaupun ramai yang menjangkakan BN akan menang namun agak mengejutkan apabila BN menang dengan majoriti lebih besar di kawasan yang majoritinya adalah orang Melayu.
“Keputusan ini memang sudah dijangka, persoalannya hanya berapa banyak majoriti tapi kalau kita lihat BN berjaya meningkatkan majoriti yang besar di Merlimau dan Kerdau.
“Keputusan ini menunjukkan apa yang dilakukan BN masih diterima dengan baik oleh penyokong parti dan pengundi juga sudah kembali kepada BN,” katanya kepada The Malaysian Insider.
Beliau berkata mungkin kemenangan BN di Merlimau dan Kerdau disebabkan ketiadaan isu tempatan yang boleh mempengaruhi minda pengundi supaya tidak mengundi parti perikatan itu.
“Mungkin boleh dikatakan dengan ketiadaan isu tempatan yang besar di kedua-dua kawasan ini menjadi faktor kemenangan BN.
“Malah kegagalan PAS sejak di Bagan Pinang, Galas dan Tenang memberi kesan terhadap sokongan pengundi terhadap PAS dan kalau kita lihat PAS mula menghadapi kemerosotan sokongan undi Melayu.
Justeru kata pensyarah kanan Universiti Sains Malaysia itu, PAS perlu mengkaji semula strategi dan pendekatan yang digunakan terutamanya dalam menghadapi kehakisan sokongan pengundi Melayu terhadap parti Islam itu.
“PAS harus kaji semula strategi yang digunakan, mungkin mereka (PAS) anggap kekalahan ini sudah dijangka tapi kalau kita lihat DAP lebih memainkan peranan daripada PAS dan ia memberi kesan apabila PAS tidak mendapat sokongan pengundi Melayu.
“Bagi saya ini merupakan salah satu sebab kerana kalau kita lihat DAP yang gerakkan PAS untuk pastikan PAS mendapat sokongan pengundi bukan Melayu tapi PAS gagal untuk dapatkan sokongan pengundi Melayu.
“Kekalahan ini boleh menyebabkan sokongan orang Melayu terhadap PAS terhakis dan jika ia dibawa ke peringkat nasional kita akan dapat tahu nilai sokongan Melayu kepada PAS,” katanya.
Sivamurugan berkata perubahan yang ingin dibawa PAS dilihat gagal mendapat keyakinan daripada pengundi yang dilihat selesa dengan apa yang diberikan BN.
Tiada isu yang boleh sebabkan pengundi tidak undi BN, perubahan yang dibawa PAS ini tidak kena dengan selesa pengundi di kedua-dua kawasan ini.
“Kalau PAS tidak lihat kehakisan sokongan Melayu ini ia akan memberi kesan dalam pilihan raya umum ke-13. Jadi PAS perlu kembali dan lihat kepada matlamat asal parti,” katanya.
Bagaimanapun Profesor Madya Mohammad Agus Yussoff dari Universiti Kebangsaan Malaysia berkata, kemenangan BN di Merlimau dan Kerdau tidak menunjukkan pengundi-pengundi sudah kembali kepada BN.
Sebaliknya Agus berkata, faktor kemenangan BN di kedua-dua kawasan pilihan raya kecil itu adalah disebabkan jentera BN yang luar biasa.
“Saya lihat tidak banyak yang berubah walaupun BN menang dengan majoriti yang agar besar tapi kemenangan itu tidak membolehkan kita untuk membaca sikap pengundi.
“Kemenangan BN disebabkan jentera BN yang luar biasa, ia merupakan satu kejayaan dan kerja kuat BN tapi dari segi bacaan sikap pengundi untuk gambarkan pilihan raya umum masih belum boleh... tapi kemenangan ini menunjukkan rakyat sudah selesa dengan politik BN,” katanya.
Jelas beliau, sekiranya BN memberikan tumpuan kepada rakyat selain melaksanakan janji-janji ia boleh membawa perubahan terutamanya dari aspek pola pengundian dalam menghadapi pilihan raya umum ke-13.
“Kalau BN fokus kepada rakyat, maka akan berlaku perubahan dalam konteks nasional.
“PAS tidak gagal tapi jentera PAS yang gagal berfungsi seperti mana jentera BN, strategi jentera BN memberi kelebihan kepada BN dan faktor ini yang memenangkan BN,” katanya.
Sementara itu, Profesor Madya Dr Samsul Adabi Mamat berkata kemenangan BN menunjukkan peningkatan kepercayaan pengundi terhadap BN.
“Kemenangan BN di kedua-dua pilihan raya kecil ini mencatatkan majoriti yang berganda dan peningkatan majoriti ini menunjukkan pemulihan kepercayaan rakyat kepada BN.
“Ini adalah satu yang nyata dan jelas kesinambungan kemenangan BN dalam beberapa pilihan raya kecil sebelum ini, kalau kita lihat BN berjaya pulihkan kepercayaan rakyat,” katanya.
Jelas beliau, pengundi sudah kembali kepada BN kerana percaya hanya parti perikatan itu yang boleh menjamin masa depan mereka.
“Pengundi memilih BN sebagai parti yang boleh memberi keyakinan kepada rakyat dan peningkatan itu menunjukkan bahawa di samping BN mengekalkan kemenangan BN juga berjaya mempertahankan kubu kuat mereka.
“Kalau kita lihat di kedua-dua kawasan ini, PAS memperlihatkan kempen yang luar biasa . . . kempen yang kuat tapi mereka tetap gagal, ini adalah satu bukti kekuatan yang ada pada BN,” katanya.
Sunday, March 6, 2011
Lihatlah penyokong Pakatan Rakyat yang dikatakan ganas itu...
edisi TVpas
edisi berita harian
Terima Kekalahan, Baiki Kelemahan!
Oleh Mohd Sayuti Omar
TAHNIAH kepada
kedua calon UBN di Merlimau dan Kerdau kerana berjaya mengekalkan kerusi tersebut dengan majoriti memuaskan. UBN boleh tersenyum lebar dengan kemenangan itu. Muhyiddin Yassin menyifatkan kemenangan itu menandakan endorsement rakyat terhadap projek-projek dilaksanakan oleh kerajaan. Muhyiddin tidak pun menyebut kemenangan itu menandakan slogan 1 Malaysia diterima rakyat. Kenapa?
Kata Muhyiddin juga kemenangan itu menunjukkan Pas ditolak oleh rakyat. Betulkah?
kekalahn Pas itu kekalahan yang adil. Di Merlimau calon Pas Yuhaizat Abdullah memperolehi sebanyak 2,319 berbanding undi dengan dicapai Jasme Tompang dalam pilihan raya umum ke-12 lalu sebanyak 2,827. Di mana kalau diperhatikan Pas kehilangan hanya 508 undi saja.
Kehilangan undi Pas ini wajar kerana pilihan raya itu pilihan raya kecil di mana ianya berpihak kepada UBN. Penignkatan undi kepada UBN bukan menjadi petanda besar bahawa sudah ada momentum baru untuk parti berkenaan. Umum tahu bagaimana situasi dan kondisi pada sesuatu pilihan raya kecil, UBN selalu membolot dengan caranya.
Sebaliknya di Keradau calon Pas, Hasanuddin Salim mendapat 2,336 berbanding dengan undi dicapai dalam tahun 2008. Hasanuddin berjaya menambah undi sebanyak 184. Ini satu perningkatan walaupun kecil, tetapi hakikatnya undi Pas meningkat. Ada bibit-bibit Pas mampu menambah undi disitu pada pilihan raya akan datang, dan tidak mustahil juga mampu mermapasnya.
Pernah berlaku dalam pilihan raya kecil UBN menang besar, tetapi bila tiba pilihan raya umum mereka kalah. Kerusi Ijok di Selangor adalah bukti paling nyata.
Sekiranya peratus keluar mengundi di Kerdau tidak meningkat mungkin angka itu boleh berubah. Mungkin majoriti calon UBN Syed Ibrahim Syed Ahmad tidak sampai 2,724. Tetapi kerana jumlah pengundi meningkat menyebabkan majoriti juga meningkat.
Sedia maklum, UBN mempunyai segala-galanya, wang, agensi kerajaan dan sebagainya. Dalam pilihan raya itu UBN akan berusaha dengan apa saja untuk menambah majoritinya. Jadi ada kemungkinan UBN membawa balik seberapa ramai pengundi luar untuk mengundi.
Adnan Yaacob dan pemimpin UBN Pahang kena memastikan dengan apa cara sekalipun agar kerusi Kerdau dapat dikekalkan dengan majoriti besar. Kekalahan bermakna memberi malu besar kepada Njajib Razak. Kerana itu UBN akan berbuat apa saja di Kerdau termasuk hal-hal yang tidak pernah difikirkan oleh Pas. Selalunya tektik dan strategi UBN berubah pada setiap pilihan raya dan inilah kepandaian-jahat UBN.
Dalam pilihan raya di Merlimau dan Kerdau itu juga UBN mendapat 'sufaat' daripada SPR yang mana 'sufaat' sebegini tidak akan diperolehi oleh Pas sampai ke hari khiamat selagi SPR berada di bawah UBN. Mungkin Pas boleh mengajar SPR bersyahadat semula agar mereka dapat menjalankan tugas dengan adil, saksama dan berdasarkan kepada prinsip dan konsep penubuhannya, sebagai suruhanjaya bebas.
Cuba soal kenapa pilihan raya itu diadakan hari Ahad, di mana hari cuti awam. Kalaulah pilihan raya itu berlaku di Kelantan, Kedah saya pasti SPR akan menganjak hari pilihan raya supaya jatuh ke hari bekerja. Kenapa? Kenapa? Jawabnya inilah keadilan yang ada kepada SPR. Inilah satu bukti jelas menunjukkan SPR bersubahat dalam memberi sokongan dan menjamin kemenangan kepada UBN. Maka elok kalau Pas dan seluruh rakyat berarak mengadakan Bersih sekali lagi untuk mengajar SPR.
Apapun pilihan raya sudah selesai. Pas harus menerima apa sahaja keputusan yang tertakdir. Post mortem atau bedah siasat saya rasa tidak perlu diadakan. Kerana hasil dan dapatannya sama. Apa dilakukan Pas dalam kedua pilihan raya itu sudah berpuluh kali dilakukan. Jadi tidak perlu kepada bedah siasat, apa lagi kalau ayat sama (kolektif) yang bakal keluar.
Sebaiknya bagi Pas, berfikir apakah dalam situsi seperti hari ini - pilihan raya berkenaan, perlu atau tidak Pas menyertainya. Benar, Pas akan jadikan pilihan raya sebagai medan dakwah, tetapi dalam politik soal strategi dan tektikal juga diperlukan. Dan kalau benar Pas mahu jadikan pilihan raya sebagai mimber dakwah, Pas perlu membuat analisa sejauh mana kebekesanannya dan sejauh mana keburukannya.
Yang pastinya kini Pas sudah mengalami kekalahan lima kali secara berturut-turut. Bermula di Bagan Pinang, Galas, Tenang, Merlimau dan Kerdau. Pas harus berusaha untuk menangkis psywar UBN kelak yang akan menjaja bahawa undi Melayu kepada Pas sudah semakin merosot dan terus merosot.
Kejatuhan undi Melayu walau atas sebab dan kerana apa tidak harus dipandang sunyi oleh Pas. Menyalahkan musuh biarlah dilakukan oleh penyokong fanatik dan bebal Pas tetapi yang penting pemimpin yang bijak pandai kena menyedari hakikat ini. Sesuatu yang drastik perlu dilakukan Pas sebelum parlimen dibubarkan.
Tahniah kepada ahli dan penyokong Pas serta pertugas yang tetap menjalankan arahan pemimpin dengan setia, ikhlas dan jujur, syurga juga imbuhannya! Wassalam.
BN menang kerana amal politik rimba?
Oleh SAIDAH HAIRAN
KEMENANGAN besar BN pada pilihan raya kecil Dun Bagan Pinang, Negeri Sembilan akhir tahun 2009 telah memecahkan kebuntuan BN setelah tewas enam kali pilihan raya kecil sebelum itu. Kegembiraan itu berterusan apabila kemenangan demi kemenangan diperolehi BN.
Komponen parti itu turut merampas kerusi PAS dalam pilihan raya kecil (PRK) Dun Galas (Gua Musang), serta mengekalkan kemenangan di Dun Tenang. Manakala di Dun Kerdau dan Merlimau Pakatan Rakyat sukar untuk menembusi kawasan tradisi BN.
Dalam pilihan raya umum 2008, BN kehilangan Kelantan; Perak; Kedah; Pulau Pinang dan Selangor. Kekecewaan BN terus bertambah apabila enam pilihan raya kecil dalam tahun 2009 disapu bersih oleh Pakatan Rakyat.
Bagaimanapun, kekecewaan BN terubat apabila memperolehi kemenangan besar di Dun Bagan Pinang sebanyak 8,013 undi menewaskan PAS. BN menang di semua lapan UPU termasuk tiga UPU yang dimenangi PAS pada pilihan raya umum 2008.
Ekoran kemenangan besar itu banyak pihak mengatakan, pengundi dimulai dengan mereka yang berada di Bagan Pinang sudah boleh menerima konsep 1-Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak.
Ditambah kemenangan Dun Galas; Tenang serta mengambil kira PRK Dun Kerdau dan Merlimau; Najib dikatakan berjaya mengembalikan kepercayaan dan sokongan rakyat semua kaum terhadap BN.
Persoalannya, sejauh manakah kebenaran tanggapan tersebut. Apakah benar rakyat sudah mula memberi sokongan kepada BN atau rakyat terpaksa menyokong mereka disebabkan ugutan dan sogokan pada setiap kali berlaku pilihan raya kecil?
Mengulas tanggapan itu, AJK PAS Pusat, Mazlan Aliman tidak menolak dakwaan tersebut kerana BN terlalu banyak menggunakan jentera kerajaan dalam setiap siri kempen PRK.
Kata beliau, seolah-olah Pakatan Rakyat bertanding dengan jentera kerajaan yang digunakan sepenuhnya bagi memenangkan calon BN.
“Apa yang dilakukan oleh BN walaupun ternyata bercanggah dengan undangundang langsung tidak dipedulikan oleh SPR dan pihak polis,” tegasnya.
Beliau berkata, contohnya, jentera BN mengganggu ceramah PAS sebagaimana yang dilakukan di Dun Tenang; Bagan Pinang; Kerdau dan Merlimau dan tidak diambil sebarang tindakan oleh pihak polis.
Menurut beliau, di PRK Kerdau, PAS membuat laporan polis apabila BN telah menaikkan banner berunsur provokatif bersifat perkauman tetapi pihak polis tidak mengambil sebarang tindakan.
“Saya dapati PRK semakin tidak adil dan tidak demokratik. BN sewenangwenangnya menyogok pengundi dengan projek mi segera dan wang seolaholah mereka tidak terikat dengan sebarang undangundang,” tegasnya.
Jika begitu suasana PRK tambah beliau, BN meraih kemenangan palsu sebagaimana bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak yang menang apabila mendapat sokongan 98 peratus daripada rakyat tetapi dalam beberapa bulan digulingkan oleh rakyat yang sama.
Walaupun PM Najib mengatakan Mesir tidak sama dengan Malaysia, perlu diingat ketika Presiden Tunisia, Zine El Abidine Ben Ali digulingkan, Hosni Mubarak mengatakan Mesir tidak sama dengan Tunisia, katanya.
Kemenangan BN di setiap kali PRK bermula di Dun Bagan Pinang katanya, bukan satu ukuran sebenar kerana ia tidak dilaksanakan di padang yang sama rata, ibarat pertarungan di hutan rimba (politik rimba).
“Saya yakin usaha yang dibuat Pakatan Rakyat untuk memperolehi satu bentuk pilihan raya adil dan jika pilihan raya umum ke-13 diadakan secara demokratik, pengundi akan memberi sokongan kepada Pakatan Rakyat,” katanya.
Justeru, tambah beliau, Presiden PAS mengumumkan satu himpunan Bersih perlu diadakan kerana ia sangat penting bagi memastikan pilihan raya umum dapat diadakan secara telus dan demokrasi.
Himpunan Bersih itu penting katanya bagi menjamin mana-mana parti yang bertanding mendapat hak yang sama rata.
Beliau menegaskan kejayaan BN di pilihan raya kecil kebelakangan ini bukan kerana mendapat sokongan rakyat tetapi disebabkan sogokan wang serta projek dan ugutan menakutkan pengundi.
Menurut beliau bukan sahaja agensi kerajaan melakukan ugutan terhadap pengundi bahkan Felda di Dun Kerdau di setiap blok dijaga oleh seorang Pengurus Felda dengan agensi lain.
Katanya, setiap rumah dipantau oleh seorang pegawai Felda dengan mengemaskini culaan undi setiap dua jam sekali.
Mazlan yang juga Pengerusi Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) turut mendedahkan, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Ahmad Maslan melantik 200 petugas khas untuk memantau kawasan Felda.
Kata beliau, 200 petugas itu dibayar gaji sebulan RM3,000 serta elaun RM2,000 sempena PRK untuk memantau pergerakan pengundi di kawasan Felda serta tindakan lain yang menakutkan pengundi
Kerdau dan Merlimau: Antara Marah....
Dalam banyak-banyak PRK, Pilihanraya Kecil Merlimau dan Kerdau inilah - untuk diri saya - yang saya kurang bagi perhatian sangat. Sebab apa, sebab awal-awal lagi saya boleh agak sapa menang sapa kalah.
Sebab tu bila lebih kurang jam 9:00 mlm tadi 6/3/11, bila ada sorang kawan call tanya pasal final results, saya kata tak payah tanya pun tat pa haih, gerenti BN menang haih, paling kurang pun majoriti mau dua tiga ribu.
Kawan saya ni kata, dia tanya sebab Pak Mertua dia (UMNO) dok tanya dia sangat-sangat, sejak dari tadi lagi sapa yang menang. Saya kata, tak apa lah, habag kat Pak Mertua hang suruh dia semelih Kerbau sebab UMNO dah menang di Kerdau.
Lepas tu tak dak sapa call dah, kalau ada pun cuma dua tiga sms dok buat lawak pasal p.raya Merlimau/Kerdau ni yg tak berapa wajar disiarkan untuk tatapan umum. Ringkasnya menang ka kalah ka PRK dua DUN ini dah tak ada apa yg menariknya sebab semuanya begitu straight forward dan begitu mudah diramalkan.
Itulah yang saya ingatkan, sehinggalah saya meneliti dengan lebih terperinci jumlah majoriti yang diperolehi oleh UMNO di kedua-dua DUN ini.
Kesimpulannya: PAS perlu bangkit dengan segera kalau masih mahu kekal memerintah di KEDAH dan KELANTAN selepas PRU13 nanti!
Apa tidaknya; sekiranya jumlah majoriti undi untuk kedua-dua DUN Merlimau dan Kerdau itu digabungkan, ianya menunjukkan peningkatan hampir 50% pengundi sudah pun lari kepada UMNO/BN, seperti fakta di bawah, bukannya sikit-sikit:
2008: Majoriti 3769
2011: Majoriti 6367
(2004: Majoriti 7652)
Bermakna kata, jika UMNO mampu cari lebih kurang 1000 undi lagi, maka mereka akan mendapat majoriti yang hampir sama banyak dengan tahun 2004; di mana UMNO pada waktu itu sedang berada di puncak persada.
Saya melihat DUN Merlimau dengan komposisi penduduknya hampir melambangkan Negeri Kedah dan DUN Kerdau melambangkan Negeri Kelantan. Kedua-duanya Melayu majoriti.
Suka atau tidak, pertambahan majoriti untuk UMNO/BN ini sedikit sebanyak ada kaitannya dengan prestasi buruk Pakatan khususnya di pihak PKR yang menyaksikan YB-YB nya melompat satu persatu, bagaikan pesta, seorang selepas seorang, melompat keluar dari Pakatan.
Kita kena ingat, dalam sesebuah kawasan yang majoriti Melayu, secara amnya komposisi pengundi terbahagi kpd 3 kumpulan utama; 30% pengundi tegar PAS, 30% pengundi hardcore UMNO dan 40% lagi atas pagar. Dalam p.raya 2008 hari tu, kumpulan 40% ini kebanyakannya memilih untuk memangkah Pakatan melalui parti PKR. Lalu, apabila YB-YB PKR pasca 2008 mula mengkhianati amanah yang diberikan oleh rakyat melalui proses pengundian itu, maka sebahagian daripada kumpulan 40 ini melihat tidak ada gunanya lagi mereka bersama Pakatan.
Semua orang tau, majoriti org-org PKR adalah bekas org-org UNMNO atau pun bekas penyokong UMNO atau pun mereka yang bersimpati dengan UMNO. Lantas itu, apabila YB-YB katak ini mula melompat, kumpulan ini melihat tidak ada lagi gunanya untuk mereka terus memangkah Pakatan; maka itulah natijahnya.
Lalu tinggallah hanya hardcore PAS bersama beberapa kerat lagi pengundi setia PKR yg masih setia dengan perjuangan Pakatan; dan ianya tidak mampu lagi memberi tenaga kpd Pakatan seperti yang dinikmatinya pada tahun 2008.
Lantaran itu, sebagai pengundi setia PAS di negeri Kedah, dan masih ingin melihat PAS terus memerintah Kedah (dan juga Kelantan) selepas PRU13; maka wajarlah para Think-Tank PAS di atas sana mula memikirkan secara serius arah tuju parti selepas ini.
Ya lah, ini cuma pendapat pengundi PAS biasa saja di bawah ini, bukan org-org besar parti pun, tapi pengundi-pengundi kecik seperti kami di bawah inilah yang bertanggungjawab membawa Tuan/Puan/Dato'/Datin, YB-YB PAS dan Pakatan menduduki kerusi empuk di Parlimen sana, boleh terima atau pun reject pendapat kami ini, terpulanglah.
Apa-apa pun, marah mendidih yang membuak-buak di dada ini bilamana YB Parlimen tempat sendiri(Padang Serai) dan Parlimen yang bersebelahan (Kulim) melompat parti masih belum reda lagi.
Sesekali, terlintas di hati ini: "Padan muka Pakatan kalah di Merlimau dan Kerdau, biaq ada akai sikit!!"
Sekian.
moniermatdin@yahoo.com
6.3.2011
http://www.mindapolitikmoniermatdin.blogspot.com
Keluar undi tinggi, BN makin selesa kekalkan Kerdau dan Merlimau
KUALA LUMPUR, 6 Mac — Proses pengundian pilihan raya kecil kerusi DUN Kerdau dan Merlimau sudah berakhir dengan sasaran peratusan keluar mengundi tinggi dicapai manakala BN pula kelihatan berada di kedudukan selesa untuk membawa kemenangan yang telah diduga.
Seramai 83.12 peratus atau 7,480 orang keluar mengundi di Kerdau manakala 79 peratus daripada 10,679 pemilih berdaftar telah keluar mengundi di Merlimau setakat 5 petang tadi.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menyasarkan lebih 80 peratus pengundi akan menunaikan tanggungjawab mereka pada pilihan raya kecil ini.
Kerusi Merlimau menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional Roslan Ahmad, 44, dan calon PAS Yuhaizat Abdullah, 38.
Keputusan dijangka diumumkan pada 8 malam ini.
Pungutan pendapat di Kerdau menunjukkan keadaan selesa bagi calo BN Syed Ibrahim Syed Ahmad untuk muncul wakil rakyat baru.
Naib Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man juga kelihatan ‘mengaku kalah’ meskipun bangga dengan peratusan keluar mengundi yang mencecah 83 peratus.
Pengarah pilihan raya kecil itu mengharapkan calon mereka Hassanuddin Salim mampu mengurangkan majoriti 1,615 undi yang diperoleh BN pada Mac 2008 kepada 1,000 undi.
Pilihan raya kecil Kerdau diadakan berikutan kematian penyandangnya daripada BN, Datuk Zaharuddin Abu Kassim pada 12 Februari lepas.
Semua peti undi akan dibawa ke pusat penjumlahan undi rasmi di Dewan Tun Razak, Majlis Perbandaran Temerloh.
Tiga belas pusat pengundi bagi DUN Kerdau ialah Dewan Puspa Rumpun Makmur, Sekolah Kebangsaan Jengka 25, Sekolah Kebangsaan Jengka 22, Balai Raya Kampung Seri Tanjung, Sekolah Kebangsaan Jengka 23, Sekolah Kebangsaan Kuala Tekal, Sekolah Kebangsaan Pulau Pasir Mandi, Balai Raya Kerai; Sekolah Kebangsaan Lipat Kajang, Sekolah Menengah Kebangsaan Kerdau, Sekolah Kebangsaan Paya Taram, Sekolah Kebangsaan Kerdau dan Sekolah Kebangsaan Teluk Sentang.
Di Merlimau, Umno juga kelihatan yakin dengan kejayaan ekoran peratusan keluar mengundi yang tinggi.
Ahli jawatankuasa pusat Pemuda Umno nasional Lokman Adam berkata, pihaknya menjangkakan majoriti boleh mencapai sehingga 3,500 undi.
BN telah meletakkan sasaran untuk menaikkan majoriti 2,154 undi, yang diperoleh pada 2008.
Bagaimanapun Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub yakin akan mengurangkan majorit BN sebanyak 500 undi.
Kemungkinan itu turut disokong Ahli Parlimen DAP bagi kawasan Kota Melaka, Sim Tong Him yang berkata beliau tidak yakin Pakatan Rakyat akan menang tetapi boleh mengurangkan majoriti BN.
Tujuh pusat pengundian telah dibuka iaitu Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina Jasin Lalang, Sekolah Kebangsaan Chin Chin, SJK Tamil Ladang Jasin Lalang, Sekolah Kebangsaan Merlimau 2, Sekolah Kebangsaan Merlimau 1, Sekolah Kebangsaan Merlimau dan SJKC Merlimau.
DUN Merlimau mempunyai seramai 10,679 pengundi berdaftar.
Penjumlahan undi akan dilakukan di Dewan Platinum Politeknik Merlimau.
Saturday, March 5, 2011
SPR : JIKA GADUH TENTU SAHAJA PENYOKONG PR YG PUNCANYA...!!
Sekeping gambar tak bisa berbohong. Lihat penyokong BN di seberang jalan. Manakala penyokong PAS berada di sebelah sini jalan. Siapakah penyokong yang menceroboh dan menyerang penyokong di sebelah sini jalan?? Penyokong PAS ker?? Macam kenal je baju dan topi yang dipakainya tu.. SPR tak nak komen ker??
ini komen SPR.....
PRK Kerdau: SPR Kesal Penyokong Cetus ProvokasiOleh ARIFFUDDIN ISHAK
TEMERLOH: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kesal dengan sikap penyokong parti politik yang mencetuskan provokasi hingga menyebabkan ketegangan di luar kawasan pusat mengundi.
Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata tindakan berkenaan dikhuatiri akan menyebabkan pengundi berasa takut untuk keluar mengundi apabila melihat ketegangan yang dicetuskan penyokong parti yang kebanyakannya adalah orang luar.
"Sudah menjadi perangai penyokong parti yang masih lagi degil dan tidak mahu mengikut arahan pihak SPR dan polis agar tidak berkumpul beramai-ramai di luar pusat mengundi.
"Tindakan provokasi dan perang mulut ini sebenarnya boleh menakut-nakutkan pengundi untuk keluar mengundi," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, Ahad.
Beliau mengulas mengenai insiden pergaduhan kecil diluar pusat mengundi Sekolah Menengah Kebangsaan Kerdau yang berlaku kira-kira pukul 8.55 pagi tadi.
Pergaduhan berkenaan dipercayai berlaku akibat provokasi penyokong PAS yang memasuki kawasan penyokong Barisan Nasional (BN) yang hanya dipisahkan dengan sebatang jalan.
Bagaimanapun insiden berkenaan berjaya dileraiakan oleh anggota keselamatan yang bertugas.
Sedangkan ADUN pun boleh masuk dan lompat semula inikan pulak rakyat biasa..!!
TEMERLOH, 5 Mac: PAS meminta ahli-ahlinya di Felda Jengka 25 terus bersahabat dengan Muzammil Alif yang dilaporkan kembali menyertai Umno setelah tiga hari meninggalkan parti itu.
Sebelum ini Muzammil yang merupakan bekas Ketua Cawangan Umno Jengka 25 telah mengumumkan menyertai PAS pada 2 Mac lalu.
"Teruskan menjaga hubungan peribadi dengan beliau, malah hubungan dengan semua ahli Umno di Jengka 25 harus dipelihara kerana perjuangan kita tidak habis di dunia, bahkan akan dinilai Allah di akhirat," kata Pengarah Pilihan Raya PAS PRK Kerdau, Tuan Ibrahim Tuan Man dalam sidang akhbar lewat petang tadi (gambar).
Mengulas berita kemasukan semula Muzammil dalam Umno hari ini, Tuan Ibrahim berkata apa yang berlaku itu di luar kawalan parti yang sememangnya bergantung kepada keikhlasan setiap ahli.
Katanya, sewaktu Muzammil menyatakan hasratnya untuk menyertai PAS baru-baru ini, PAS telah berbesar hati sehingga Presiden PAS sendiri telah ke rumahnya untuk menerima borang kemasukan beliau.
Tetapi katanya, beliau tidak menyangka keberanian beliau (menyertai PAS) hanya bertahan selama tiga hari sahaja.
"Perjuangan sebagai pembangkang di negara ini bukanlah sesuatu yang mudah kerana pasti akan melului kesusahan dan keperitan dan tidak semua yang mampu menghadapi tekanan sebegitu demi rakyat dan agama," kata beliau.
Sehubungan itu kata Tuan Ibrahim perjuangan PAS khususnya di Kerdau akan tetap diteruskan tanpa Muzammil.
"Perjuangan membela rakyat tertindas dan kegagalan pengurusan dalam Dun Kerdau merupakan agenda besar yang tidak akan terpadam dengan hanya seorang yang keluar semula menyertai PAS," kata beliau.
Dalam pada itu Tuan Ibrahim turut menafikan laporan media khususnya melalui blog kononnya Muzammil tidak pernah menyertai PAS tetapi cerita itu direka-reka untuk tujuan tertentu.
Justeru dalam sidang akhbar itu beliau menunjukkan borang keahlian PAS yang diisi oleh Muzammil sewaktu menyertai PAS sebelum ini.
Malahan kata Tuan Ibrahim, penyertaan itu turut disertai oleh 11 lagi ahli Umno Jengka 25, bukannya Muzammil seorang seperti digambarkan oleh penulis blog.
"Saya tidak berhasrat mendedahkan nama mereka, tetapi ini borang penyertaannya, ada di antara mereka merupakan veteran Umno," kata beliau sambil menunjukkan borang-borang keahlian PAS itu kepada media.
TAHNIAH tapi Bukan Sahaja UTUSAN & TV3.. blogger UMNO/BN pun kena jugak...!!
Berdasarkan laporan blog-blog Umno, semalam Utusan menyiarkan tiga artikel berturut-turut yang menuduh Tuan Ibrahim mengambil kesempatan daripada peneroka tanah rancangan yang kesempitan hidup dengan membeli tanah mereka.
Malah Utusan turut menuduh disebabkan pembelian tersebut, tuan tanah asal tersebut kini hidup dalam serba kedaifan.
Pertuduhan terhadap Tuan Ibrahim turut dilaporkan Buletin Utama di TV3 pada sebelah malamnya walaupun selepas pembeli sebenar tanah tersebut, Ibrahim Osman membuat pendedahan sebenar dalam satu sidang akhbar di markas induk PAS Kerdau dengan menafikan perkara tersebut.
"Saya sangat dukacita dengan tuduhan itu kerana hasrat beliau untuk membantu saya dan peneroka berkenaan telah bertukar menjadi satu fitnah terhadap beliau.
"Hasil dari jualan tanah Felda tersebut, peneroka berkenaan telah berjaya membangunkan 15 ekar ladang sawit dan juga ternakan kambing dan lembu, bukannya menjadi dhaif sebagaimana didakwa," kata Ibrahim Osman dalam sidang media khas di Markas PAS Kerdau lewat petang semalam.
(Gambar: Ibrahim Osman menunjukkan bukti bahawa tanah itu adalah milik beliau melalui syarikatnya)
"Sebenarnya apa yang berlaku adalah, seorang peneroka Felda telah mengiklan di merata-rata tempat mahu menjual tanahnya. Beliau juga telah menemui saya dan meminta saya membelinya.
"Memandangkan saya tidak ada duit, saya telah bertanya kepada Datuk Tuan Ibrahim untuk membantu saya. Dia bersetuju meminjamkan dahulu duit kepada saya dan sebagai jaminan terhadap pinjaman tersebut saya bersetuju menggunakan nama isteri beliau sementara saya
menjelaskan kesemua pinjaman itu.
"Apabila saya mempunyai duit, saya telah mengambilalih tanah itu dan menggunakannya untuk dicagarkannya kepada pihak Mara atas nama syarikat saya, Syarikat Pintar Kesuma Sdn Bhd,” katanya sambil menambah bahawa soal Datuk Tuan Ibrahim membeli tanah Felda sehingga menganiaya peneroka Felda tidak berbangkit sama sekali dan satu dakwaan dan tuduhan yang tidak benar.
Dalam pada itu, Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang dalam sidang media itu berkata, beliau tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan isu ini dan hanya membantu meminjamkan wang kepada Ibrahim sahaja.
"Media dan Umno hanya cuba mengalih isu sebenar di Kerdau iaitu masalah hutang kerajaan negeri dengan membangkitkan perkara yang tidak benar ini," katanya.
Harakahdaily difahamkan Tuan Ibrahim akan berbincang dengan peguamnya untuk memfailkan saman terhadap Utusan Malaysia dan TV3 serta beberapa pihak lain dalam masa terdekat.
LAPORAN SEBELUM INI
Umno habis isu, serang pengarah pilihan raya
PIMPINAN PR Sayangkan 'blogger UMNO/BN'!!!
PANAS BERAPI - Saman jer blogger celaka ni, Dato' !
Admin : Bukan apa dah lama dah tengok depa hina dan mencaci tok guru dan alim ulamak serta pimpinan kita sampai tahap cipan gilak...tetapi pimpinan kita boleh syok dok kera sumbang jaa lagi macam tak ada apa...cuba tgk isu mamat nak bunuh tok guru nik aziz dulu...pucat lesi bila kita bertindak balas balik dan puak2 yg nak tulis pun kira pikiaq dua tiga kali..tapi bila kita bagi muka dan lupa depa buat semula benda2 tuu contoh lagi macam gambaq bawah nie dimana sewaktu penamaan calon boleh depa bawak gambaq macam nie bagi rakyat tengok...
Kompom dah tahu kerja jahat puak sana habih pimpinan PR takkan tengok saja..!?
Umno Kantoiii...Inilah Kerja "Jahat" Mereka..??


Akhirnya terungkai siapakah dalang penyebaran risalah lucah dan fitnah yang selama ini bertebaran di Merlimau. Akhirnya Skuad Kamera dapat menjejaki dihari terakhir penamaan calon mengenai taktik kotor pihak lawan.
Penyebaran risalah lucah dan fitnah telah dinafikan oleh pihak lawan dan mengatakan bahawa pihak PAS yang membuat risalah tersebut dan menuduh bahawa sebaran ini adalah dari pihak PAS. Maka segala-galanya telah terbukti dengan adanya gambar di atas.
Lokasi tersebut adalah berdekatan dengan pekan Merlimau berhampiran dengan pasar Merlimau. Keadaan itu menjelaskan bahawa pihak lawan sudah berada di tahap kemuncak dan tidak lagi mampu mencari isu yang berkaitan fakta maka disebrkan fitnah tersebut.
Juragan : Hanya Parti yang tak campurkan Islam dalam perjuangan
syurga neraka takda hubungkait dengan perjuangan Parti saja yang boleh buat kerja
kotor se"Jijik" ini..sebab pemimpin mereka pun menjijikkan...Mampuihhh Umnooo....
pesanan : Kepada pimpinan sila buat laporan polis dan biarkan mereka yg lakukan perkara ini diadili oleh undang-undang negara... yaa memang ikut hukum tidak akan ada tindakan seperti laporan2 yg lepas tetapi ambik sahaja laporan tersebut dan scan dan copy paste masuk kat internate biaq satu dunia tahu yg buat kerja nie adalah puak sebelah sana..nanti JIKA ada lagi perkara nie yg jelas sudah bukan salah kita..dimana kita dah serah kepada pihak berkuasa jd biarlah mereka yang jawabnya nanti kenapa tindakan tak diambil kepada penyebar fitnah ini...
KALAU YAKIN MENANG KENAPA MENIPU DAN BERLAGAK SAMSENG?
Oleh Angkasanuri.
Umno makin goyah, penyelewengan dan skandal berluasa serta kehidupan rakyat makin terhimpit tidak mustahil akan berlaku kejutan kepada Umno. Sambutan kempen PAS sungguh menggalakkan memberi isyarat yang positif kepada PAS dan Pakatan Rakyat.
Jadi mungkin sebab itu lah agaknya Umno/BN terus menyerang dan melakukan pembohongan kepada PAS. Sama ada di Merlimau dan juga di Kerdau. Tak cukup dengan tokoh dalam Umno, habis pelawak dan pelakon handalan seperti Ibrahim Ali, Umi Hafilda dan Ezam Md. Nor diheret kesana kemari untuk memfitnah pimpinan Pakatan Rakyat. Insyaallah, rakyat Malaysia cukup kenal siapa mereka ini. Maklumat di hujung jari!
Terkini Menteri Besar Pahang, Dato Seri Adnan Yaakub yang terkenal dengan 'trade mark' isyarat lucah di PRK Sanggang dulu memfitnah Dato Tuan Ibrahim Tuan Man kononnya menjadi lintah darat kerana memeras peneroka di Jengka dengan membeli tanah peneroka berkenaan. Segala pembohongan media dan pencacai Umno terdedah apabila pemilik tanah sebenar tampil menafikannya. Tak perlu saya ulas panjang layari Harakah Daily untuk maklumat lanjut. Bila asyik baca Utusan Malaysia itu yang jadi tak berapa cerdik.
Ini baru kecil banyak lagi pembohongan dan putar belit Umno/BN setiap kali pilihanraya. Semua jentera PAS di Merlimau dan Kerdau diminta tingkatkan kewaspadaan menjelang esok. Setakat ini perkembangan petugas PAS dan Pakatan Rakyat di Merlimau cukup menyakinkan. Umno pasti terkejut dengan strategi dan persediaan PAS . Tunggu sahaja !
DSAI: Mengapa Takut Dengan Perubahan
Sebenarnya apa yang Pakatan Rakyat lakukan sekadar mengingatkan kerajaan agar mengambil iktibar akan beberapa persoalan mendasar yang menjadi punca kemarahan penduduk di Libya, Mesir dan Tunisia misalnya.
Apakah peringatan yang diungkapkan kita agar kekayaan jangan hanya tertumpu kepada segelintir manakala masih ramai yang terpaksa membanting tulang untuk sesuap nasi itu suatu usaha meniup kebencian? Apakah usaha kita mendedahkan betapa 1.36 juta(34%) dari 4 juta pekerja di Malaysia dibayar kurang dari RM 700 sebulan, manakala 40% dari keseluruhan rakyat Malaysia hanya menikmati pendapatan isi rumah kurang dari RM 1500 itu suatu usaha hasutan?
Hanya mereka yang memahami Demokrasi itu sekadar pilihanraya 5 tahun sekali menganggap usaha mengungkapkan kebenaran sebagai suatu hasutan.
Nah sekarang apa bezanya propaganda diktator di sana dengan regim Umno-BN di sini? Ternyata yang menghasut dan meniup kebencian adalah pimpinan Umno-BN, bukannya Pakatan Rakyat. Hampir setiap hari tohmahan dilemparkan kepada pimpinan Pakatan Rakyat seumpama agen pengkhianat dan agen asing.
Modus operandi yang sama digunakan oleh diktator di Mesir dan Libya terhadap penentangnya. Cumanya, hanya di Malaysia, regim pemerintah berusaha menghalang kemaraan Perubahan dengan fitnah liwat.
Persoalannya mengapa pimpinan Umno-BN begitu gusat dengan Perubahan yang melanda Timur Tengah dan Afrika Utara sekiranya negara kita tidak berhadapan dengan permasalahan tersebut.
Oleh kerana terlalu takut, Dato’ Sri Najib, sepertimana yang dilaporkan National Review, sanggup meragui sosok ulama terkenal, Sheikh Yusuf al Qaradawi serta menuduh gerakan Ikhwan al Muslimun masih terbabit dengan keganasan.
Apa yang pasti, laungan mahu melaksanakan perubahan oleh pimpinan Umno hanya sekadar kosmetik politik. Rakyat sedar pengumuman demi pengumuman langsung tidak membawa manfaat kepada mereka melainkan menguntungkan mereka yang dekat dengan pemerintah.
Justeru kepada pemimpin Umno-BN yang mengeluarkan amaran itu, saya ingatkan mereka, “Hanya mereka yang makan cili terasa pedasnya.”
ANWAR IBRAHIM
Umno dan medianya menipu - Pembeli Tanah
(Gambar: Ibrahim menunjukkan bukti tanah itu adalah milik syarikatnya. Ia dicagarkan beliau untuk pinjaman MARA)
Ia sebenarnya dibeli oleh Ibrahim bin Osman, seorang guru yang hanya meminjam duit dari Tuan Ibrahim dan kini tanah itu dicagarkan oleh Ibrahim kepada MARA untuk satu pinjaman lain.
"Sebenarnya apa yang berlaku adalah, seorang peneroka Felda telah mengiklan di merata-rata tempat mahu menjual tanahnya. Beliau juga telah menemui saya dan meminta saya membelinya.
"Memandangkan saya tidak ada duit, saya telah bertanya kepada Datuk Tuan Ibrahim untuk membantu saya. Dia bersetuju meminjamkan dahulu duit kepada saya dan sebagai jaminan terhadap pinjaman tersebut saya bersetuju menggunakan nama isteri beliau sementara saya
menjelaskan kesemua pinjaman itu.
"Apabila saya mempunyai duit, saya telah mengambilalih tanah itu dan menggunakannya untuk dicagarkannya kepada pihak MARA atas nama syarikat saya, Syarikat Pintar Kesuma Sdn Bhd (gambar)," kata Ibrahim dalam sidang media khas di Markas PAS Kerdau lewat petang ini.Ibrahim menjelaskan fitnah yang dibuat Umno dan medianya terhadap Pengarah Pilihan Raya PAS Kerdau Datuk Tuan Ibrahim dengan mendakwa beliau membeli tanah peneroka Felda yang dalam kesempitan bukannya membantu beliau.
(Gambar: Bukti yang menunjukkan tanah itu adalah milik syarikat Cikgu Ibrahim, Pintar Kesuma sdn bhd. Ini adalah borang permohonan cagaran tanah kepada MARA)
Blog Umno juga ada mendakwa Tuan Ibrahim sebagai lintah darat ekoran laporan itu.
"Saya sangat dukacita dengan tuduhan itu kerana hasrat beliau untuk membantu saya dan peneroka berkenaan telah bertukar menjadi satu fitnah terhadap beliau.
"Hasil dari jualan tanah Felda tersebut, peneroka berkenaan telah berjaya membangunkan 15 ekar ladang sawit dan juga ternakan kambing dan lembu, bukannya menjadi dhaif sebagaimana didakwa," kata Ibrahim Osman.
Oleh itu, katanya, soal Datuk Tuan Ibrahim membeli tanah Felda sehingga menganiaya peneroka Felda tidak berbangkit sama sekali dan satu dakwaan dan tuduhan yang tidak benar.
Tuan Ibrahim dalam sidang media itu berkata, beliau tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan isu ini dan hanya membantu meminjamkan wang kepada Ibrahim sahaja.
"Media dan Umno hanya cuba mengalih isu sebenar di Kerdau iaitu masalah hutang kerajaan negeri dengan membangkitkan perkara yang tidak benar ini," kata Tuan Ibrahim.
MENJAWAB TUDUHAN BAHAWA USTAZ TUAN IBRAHIM MEMBELI TANAH PENEROKA
Sebenarnya apa yang berlaku adalah, seorang peneroka Felda telah mengiklan di merata-rata tempat mahu menjual tanahnya. Beliau juga telah menemui saya dan meminta saya membelinya.
Memandangkan saya tidak ada duit, saya telah bertanya kepada Datuk Tuan Ibrahim untuk membantu saya. Dia bersetuju meminjamkan dahulu duit kepada saya dan sebagai jaminan terhadap pinjaman tersebut saya bersetuju menggunakan nama isteri beliau sementara saya menjelaskan kesemua pinjaman itu.
Apabila saya mempunyai duit, saya telah mengambilalih tanah itu dan menggunakannya untuk dicagarkannya kepada pihak MARA atas nama syarikat saya.
Oleh itu, soal Datuk Tuan Ibrahim membeli tanah Felda sehingga menganiaya peneroka Felda tidak berbangkit sama sekali dan satu dakwaan dan tuduhan yang tidak benar.
Saya sangat dukacita dengan tuduhan itu kerana hasrat beliau untuk membantu saya dan peneroka berkenaan telah bertukar menjadi satu fitnah terhadap beliau.
Hasil dari jualan tanah Felda tersebut, peneroka berkenaan telah berjaya membangunkan 15 ekar ladang sawit dan juga ternakan kambing dan lembu, bukannya menjadi dhaif sebagaimana didakwa.
Ibrahim Osman
Pemilik tanah
5 Mac 2011
UTUSAN & UMNO.. dah habis gas di KERDAU.. lalu kona ke Pengarah Pilihanraya PAS pulak...
TEMERLOH, 5 Mac: Tidak sampai 24 jam menjelang pilihan raya, jentera Umno dianggap ketandusan isu apabila menyerang peribadi Pengarah Pilihan Raya PAS Kerdau, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Dengan menggunakan akhbarnya, Utusan Malaysia, Umno menyerang Tuan Ibrahim dengan menuduhnya membeli tanah seorang peneroka Felda sehingga menyebabkan pemilik asalnya merempat.
Utusan melaporkan, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob akan menyiasat tentang dakwaan Naib Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahin Tuan Man dikatakan membeli tanah milik peneroka Felda, di sini, walaupun dia sebenarnya tidak layak untuk berbuat demikian.Katanya, beliau ada mendengar mengenai pembelian itu namun belum menerima dokumentasi mengenai urusan jual beli tanah tersebut.
“Setiap urusan pembelian tanah peneroka perlu melalui pejabat Menteri Besar dan sekiranya penjualan itu ada, maka saya akan mengetahui mengenainya,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini, malam tadi.
Adnan berkata demikian ketika ditanya mengenai desas-desus Tuan Ibrahim yang juga Pengarah Pilihan Raya (PKR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau Pas yang dikatakan membeli tanah peneroka Felda.
"Saya tidak bertanding," kata Tuan Ibrahim mengulas isu itu, "Kenapa serang saya...BN cuba mengalih isu sebenarnya," kata beliau.
Isu besar di Kerdau kini adalah kegagalan kepimpinan BN negeri menguruskan Pahang sehingga diambang bangkrap berdasarkan hutang dan jumlah perbelanjaan yang jauh lebih besar dari hasil negeri.
Melihat kepada keadaan di Kerdau, ramai percaya bahawa Pahang sememang diambang bangkrap jika usaha menyelamatkan ekonominya tidak dibuat segera.
Namun Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, Pahang tidak bangkrap (gambar) dan berkata bukan Pahang sahaja yang berhutang, negeri lain juga banyak hutang.
Jawapan ini disifatkan Tuan Ibrahim sebagai jawapan Pak Pandir dari Adnan sebagaimana jawapan Pak Pandir apabila diberitahu anaknya mati dengan berkata, "Anak orang lain pun mati juga."
Adnan dalam laporan akhbar Umno itu berkata, beliau juga mendengar cerita Tuan Ibrahim membeli tanah itu tetapi dia tidak dapat mengesahkannya kerana kebenaran perlu didapatkan dari beliau jika tanah Felda hendak dijual.
"Saya sedang menimbangkan untuk saman atau tidak akhbar yang melaporkan berita ini dan juga orang yang membuat kenyataannya," kata Tuan Ibrahim.
"Sepatutnya pihak yang membuat tuduhan kena siasat benarkan namanya Tuan Ibrahim atau Ibrahim sahaja," kata Tuan Ibrahim.
Beliau juga mencabar Menteri Besar Pahang itu mendedahkan berapakah jumlah tanah Felda yang telah diluluskan oleh beliau untuk dijualbeli.



