Friday, January 4, 2013
Saturday, November 17, 2012
Sunday, September 30, 2012
Hasan Tidak Perlu Mengenang Pas Lagi
Hasan Ali alias Hasan Akidah yang telah dipecat oleh Pas dan enggan merayu sepatutnya tidak lagi berfikir mengenai Pas. Nur bulan purnama seharusnya tidak lagi menyimbah ke par atmajiwanya. Soal Pas seharusnya tidak menjadi tanggungjawabnya lagi. Pemimpin Pas yang ada bertanggungjawab sepenuhnya ke atas parti itu tanpa perlu koreksi Hasan.
![]() |
| Hasan: Masih terkenang Pas. |
Laksana kita sudah meninggalkan isteri kerana kita yakin dia telah melakukan kesalahan, tidak perlu mempersoalkannya lagi. Biarpun dia melacurkan diri untuk mencari nafkah hidup ia bukan ada kaitan dengan kita lagi. Pintu syurga kita tidak akan dilaluinya lagi. Mungkin Tuhan menyediakan pintu syurga yang lain. Pintu syurga sesungguhnya bukan satu tetapi lapan atau 16.
Tetapi tidak dengan Hasan Akidah. Dia masih bercakap mengenai Pas. Mengkritik Pas dan kedua biji matanya terjolor melihat Pas buruk dan cemar. Apakah Hasan masih teringat akan kedudukan dan nikmat yang diperolehinya semasa sepanjang berada dalam parti itu. Masih ingat jawatan Exco terpaksa dilucutkan. Jawatan yang memberi ruang dan peluang untuknya berkhidmat membela Islam? Jawatan yang melambangkan prestajnya. Atau pun mengingati kepada Pas yang berjasa kepadanya melengsaikan hutang pituang yang dipunyai sebelum ini?
Terbaru Hasan terus mengungkitkan dan mengkritik Pas kononnya Pas mengubah slogan negara Islam kepada negara berkebajikan. Perubahan itu katanya kerana Pas takut kepada DAP dan ianya dibawa oleh parasit. Lebih baik Hasan tidak bercakap mengenai perkara ini (politik strategi) kerana selagi dia bercakap kebodohannya akan kelihatan sampai ke atas belikat.
Benar seperti diakui ramai bahawa Hasan tidak faham mengenai politik, malahan buta langsung mengenai politik. Hasan mengira politik seperti dia cara berfikir dengan ilmu yang dia ada. Sebenarnya kegagalan Hasan meletakkan dirinya utuh dalam Pas kerana kejahilan dia berpolitik. Dia sudah silap semasa membuat pilihan menyertai politik bukan kekal bersyarah dalam summer camp.
Selamanya Hasan Akidah akan ditimpa malang walaupun di mana dia berada dalam politik. Kalaupun dia menyertai Umno dia juga akan menghadapi kucah dan godaman ombak yang sama. Politik tidak boleh diurus semudah menaburkan air liur menerusi motivasi atau melakarkan pelan pelaksana di white board. Politik tidak boleh berfikir secara harfiah. Politik itu bengkang bengkok tidak sesuai orang yang merasakan didirinya lurus. Motivasi hanya cakap tetapi politik dengan cakap, tindakan dan penuh imiginasi. Motivasi adalah sesuatu praktikal, manakala dalam politik tidak semua praktikal adalah kalanya terkeluar dari normal akademik hatta mitos dan tahyulmacam 'didolar' Umno.
Lantaran itu Hasan Akidah tidak perlu kesal terhadap apa terjadi apa lagi mengenang Pas. Kini dia sudah ada wadah sendiri yang mendapat bantuan dan segala macam kemudahan untuk bergerak. Nah bergeraklah dengan wadah itu. Gumba dan tubalah rakyat agar meninggalkan Pas. Hasan boleh tonjol dinamisme pemikkirannya untuk menguatkan Melayu dan Islam melalui Ngo itu. Lakukan tidak siapa membantah.
Hasan tidak perlu bimbang. Sekiranya perjuangannya betul dan benar dia akan disokong. Hatta ahli Pas dan Umno akan meninggalkan parti masing-masing dan akan menyertai Ngo berkenaan. Selepas berjuta orang menyokongnya tidak mustahil Hasan dapat menjadi khalifah dalam Ngo berkenaan dan mengambil alih penguasaan negara ini memerintah secara Islam dengan akidah yang murni. Seluruh jemaah kabinetnya boleh dipilih dari mereka yang suci dan murni akidahnya. Orang yang suci akidah tidak khianat dan mencerca orang lain.
Hasan bangunlah jemaah anda sendiri. Buktikan yang anda benar. Untuk membuktikan itu bukan dengan terus menjadi alat kepada mana-mana kuasa dan individu. Selagi anda bercakap kotor selama itu orang akan pertikaikan kesucian akidah anda. Mengenai strategi Pas menukar slogan dari Negara Islam kepada Negara Berkebajikan, seharusnya Hasan kena akur kepada Dr Haron Din yang tidak mempertikaikan perubahan itu. Apakah Hasan merasakan dia lebih Islamik dan akidahnya lebih suci dari Haron Din? Hakikatnya bahawa Haron lebih awal dan istiqamah dengan Pas berbanding Hasan yang masuk Pas kerana tersalah lorong.
Yang nyata siasah Haron Din lebih tinggai dan mampan dari siasah Hasan Akidah. Jadi siapa yang kena ikut siapa dalam soal ini, Hasan ikut Haron atau Haron ikut Hasan? Sebaiknya Hasan selepas ini jangan sebut Pas lagi kerana Hasan tidak ada kena mengena dengan Pas. Saya juga tidak mahu menyebut Hasan lagi selepas ini, kerana setiap kali saya menulis nama Hasan skrin laptop saya akan berkelip macam ada kilat seolah-olah mesin yang tak ada perasaan ini juga bencik dengan Hasan. Betul tak Mat, Mat mana lagi kalau bukan Mat Maslan. Mat Said masih sakit telinga. [wm.kl.10:44 am 30/09/12]
Thursday, April 5, 2012
Hasan Ali Jati sepatutnya kena guna "MESIN MASA"
Yang sebenarnya Datuk Dr. Hasan Ali tersalah zaman untuk mendedahkan apa yang dikatakan murtad itu kerana kalau 30 tahun atau pun setidak-tidaknya 20 tahun dahulu berkemungkinan ianya berita sensasi yang bolih meronton jiwa Melayu mendengarnya.
Kalau ditahun-tahun 60an dahulu apabila terdengar orang yang melakukan zina disesebuah kampung itu maka gemparlah seluruh masyarakat setempat dan rasa panik terasa sangat apabila mendapat berita sebegitu.
Tetapi kini berita penzinaan sudah menjadi berita biasa dan perlakuan sumbang mahram serta seks sesama jenis saperti homoseks dan lesbian juga hampir tidak terkawal lagi untuk dipantau kerana bukan mudah untuk menjejaki gejala yang terlaknat ini dikesan.
Penyalahan pengunaan dadah juga sudah berluasuasa dimana bukan sahaja ganja dan morpin yang mereka telan tetapi berbagai-bagai jenis pil yang bolih membunuh itu dengan cepat telah berada dimana-mana.
Saya tidak nafikan bahawa niat Datuk Dr. Hasan Ali itu baik tetapi untuk menjadi 'hero' dalam isu menangani masalah murtad ini perlulah diambil kira dan buat kajian selidik dari akar umbinya lagi bagaimana dan macam mana ianya bolih terjadi dan siapakah dalang sebenarnya apabila berlakunya murtad dikalangan umat Islam dan bukannya terus membuat andaian atau menuduh orang itu dan ini apabila berlaku perkara sebegini.
Tidak perlulah turun kepadang atau kepentas dewan untuk berkempen untuk menyalahi sesiapa tetapi perlulah berceramah dengan berkhemah mengikut adat resam dan berpandukan ajaran Islam bagaimana menangani dan macam mana untuk mengatasi atau pun sekurang-kurangnya menyekat gejala murtad ini merebak tanpa menyalahi sesiapa dengan bijaksana sebagaimana yang diajar olih Baginda Rasulullah SAW.
Buat apa berkempen atas isu ini kalau semakin hari semakin kurang yang berminat untuk mendengarkannya dan lebih baik Dr. tumpukan kem motivasi atau pun buat kerja-kerja kebajikan yang bolih manfaatkan umat islam.
Syed Abdullah Jamalullail
Saturday, March 31, 2012
Dr Mohd Asr sedar siapa Hasan Ali
Tuesday, March 27, 2012
Hasan Akidah Terkena Lagi?
Musykil juga kita macam mana seorang Melayu yang kuat beragama, membawa Quran sejak dari kecil, membaca Khutbah di masjid-masjid berkelulusan Phd di luar negara lagi.. tetapi boleh berbohong. Sepatutnya orang agama yang berpendidikan seperti itu tidak akan berbohong atau tergamak memutar fakta yang mudah dipetahkan oleh orang lain?
Tetapi itulah nampaknya yang berlaku kepada Hasan Akidah alias Hasan Ali seperti mana didedahkan oleh Menteri Besar Selangor Abdul Khalid Ibrahim berhubung pendedahan bekas Exco Selangor itu mengenai peruntukan membaiki pejabat.Kata Hasan sebelum ini beberapa orang Exco telah membelanjakan wang ratusan ribu untuk membaiki pejabat.
Sebaliknya apa yang didedahkan oleh Khalid hari ini jelas, nyata dan tidak payah bersuluh lagi yang banyak membelanjakan untuk membaiki pejabat ialah Hasan sendiri. Hasan tampaknya telah meludah ke langit akhirnya terkena hidung comelnya sendiri.
Dedah Khalid, Hasan Akidah telah membelanjakan sebanyak RM329,000 untuk memperbaiki pejabatnya di mana angka itu mendahului perbelanjaan oleh Exco lain untuk membaiki pejabat masing-masing.
Misalnya Ean Yong Hian Wah (RM146,000) dan Rodziah Ismail (RM119,000).
Exco lain yang disenaraikan termasuk Xavier Jeyakumar (RM70,000), Ronnie Liu (RM53,000), Yaakob Sapari (RM32,000), Teresa Kok dan Elizabeth Wong (di bawah RM25,000) dan Iskandar Abdul Samad (RM21,000).
Daslam senarai itu tidak pun termasuk nama Dr Halimah Ali yang dituduh oleh Hasan sebagai Exco yang paling banyak membelanjakan peruntukan untuk membaiki pejabat. (Saya nak pergi ke pejabat Halimah dan mengambar gambar seperti ditawarnya. Harap Halimah boleh hubungi saya).
Berdasar pendedahan Khalid itu menjelaskan Hasan bohong dan cuba melindungi apa yang berlaku kepada dirinya. Pembohongan ini memalukan Hasan dan beberapa orang pengikutnya. Elok kalau Hasan memohon maaf atas pembohongan beliau seperti didedahkan oleh Khalid itu.
Dalam hal ini saya tidak kira Khalid yang tidak dilihat Islami, yang tidak mengakui mengaji Quran sejak kecil, yang tidak mengaku berkelulusan tinggi, yang tidak mengaku tahu membaca khutbah... atau yang tidak mengaku sebagai seorang pejuang akidah... lebih Islam dan jujur dari Hasan Akidah.
Jelas yang perlu diperbetulkan akidah politik dan agama di sini bukan orang lain melainkan Hasan sendiri. Sebab dalam Islam, dilarang orang yang bercakap bohong, membuat fitnah dan memburukkan rakan dan parti sendiri.
Dalam perkembangan lain khabarnya seorang orang kuat Hasan yang selama ini menjadi penasihat telah bertelingkah dengan Hasan. Katanya bekas Exco itu yang baru set-up pejabat di Taman Tun Dr Ismail telah melarang orang kuat itu dari memasuki pejabatnya.
Masalah yang difahami ialah berhubung dengan penyalahgunaan wang? Sejauh mana ianya benar kita akan cuba siasat. [wm.kl.7:34 pm 27/03/12]
Mohd Sayuti Omar,
Tuesday, March 6, 2012
Ceramah Hasan Ali di Sekolah Menengah Sungai Layar?

Poster dan Banner ceramah dia tak nyatakan penganjur! Pengecut ker?
Tahniah kerajaan BN membenarkan satu ceramah yang tiada penganjur diadakan di kawasan sekolah untuk meracuni rakyat dengan ceramah yg penuh perkauman & fitnah!
Monday, February 20, 2012
Ronnie nafi dakwaan Hasan Ali jadi wakil MB
SHAH ALAM - Exco Kerajaan Negeri, Ronnie Liu menafikan dakwaan bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali bahawa Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mewakilkan beliau bagi meyelesaikan isu kepala babi di sebuah masjid di Rawang.
Menurutnya, beliau sememangnya hadir di masjid berkenaan sejurus mendapat maklumat insiden yang berlaku di Masjid Nurul Iman di Batu 18 Rawang, 31 Januari lalu.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pandamaran itu menjelaskan, kehadiran beliau adalah atas keprihatinan dan inisiatif sendiri tanpa mewakili menteri besar.
“Dakwaan itu tidak benar, saya prihatin dengan mengambil inisiatif melawat masjid dan cuba memahami isu ini.
“Saya juga telah meminta Adun kawasan terbabit untuk memberi segala bantuan kepada ahli jawatankuasa masjid termasuk dari aspek meningkatkan keselamatan,” kata beliau kepada Sinar Harian.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai dakwaan Hasan bahawa Abdul Khalid selaku Exco Hal Ehwal Agama Islam telah mewakilkan Liu untuk berbincang dengan ahli jawatankuasa kuasa masjid berkenaan ekoran isu kepala babi.
Semalam. Hasan menegaskan, sekiranya maklumat tersebut yang diperolehi menerusi panggilan telefon itu benar, beliau menggesa agar satu bantahan besar-besaran diadakan.
Menurutnya, tindakan menteri besar selaku Exco hal Ehwal Agama Islam telah melanggar hukum syariah dan mencabar nilai-nilai insan.
Hasan, yang juga bekas Exco Kerajaan Negeri berkata, tindakan itu akan memberi implikasi besar terhadap masa depan negara sekiranya Pakatan Rakayat (PR) terus diberi mandat memerintah Selangor selain menawan Putrajaya.
Sunday, February 19, 2012
Dok Kira PARASIT yang dia PELESIT tak sedaq laa pulak...
19 Februari 2012
KOTA BHARU - Pas Kelantan mencabar Datuk Dr Hasan Mohamed Ali mengemukakan bukti siapa parasit sebenar yang dimaksudkan wujud dalam kepimpinan parti tersebut di peringkat negeri itu.
Timbalan Pesuruhjaya III Pas Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah bagaimanapun berkata, bekas pemimpin Pas Selangor ituperlu berhenti membuat sebarang tuduhan sekiranya tidak mempunyai bukti kukuh.
“Jangan buat tuduhan melulu, saya pun orang yang dekat dengan (Mursyidul Am Pas, Datuk) Nik Aziz (Nik Mat), jika betul ada,sepatutnya dia buktikan kepada pimpinan Pas.
“Apa niat dia (Hasan) yang sebenarnya sehingga sanggup mendedahkan perkara ini secara terbuka menerusi media dan tiada bukti,” katanya kepada Sinar Harian.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Hasan semasa ditemu ramah dalam program bual bicara menyatakan dalam Pas Kelantan wujud parasit, yang dekat dengan Nik Aziz.
Mohd Amar yang juga Exco Kerajaan Negeri berkata, tindakan Hasan yang mendedahkan perkara itu secara terbuka seolah-olah menunjukkan dirinya seperti menyebelahi pihak Umno.
“Dia bukan ahli Pas lagi, tetapi sekiranya dia jujur dan mahu menjaga Pas, tidak perlulah terus membuat tuduhan seperti ini,” katanya.
Wednesday, February 15, 2012
Orang gopoh tak mampu bertahan dalam jemaah
Oleh ZULKIFLI YAHAYA
TARIKH 8 dan 9 Januari lalu, di bumi Malaysia ramai orang bertahmid. Alhamdulillah pertama kerana Dato’ Dr Hasan Mohd Ali dipecat daripada PAS. Alhamdulillah kedua kerana Dato’ Seri Anwar Ibrahim didapati tidak bersalah atas tuduhan meliwat.
Media talibarut BN yang selama ini menuduh PAS sesat, menyeleweng dan mengikut telunjuk DAP dan KeADILan, tiba-tiba memfokuskan isu bahawa Dr Hasan dizalimi dan tidak diberi hak membela diri lalu dipecat daripada PAS.
Samalah seperti sebelum ini media-media talibarut BN sentiasa mendakwa PAS sebagai membawa versi negara Islam yang menyeleweng.
Sebaliknya Umnolah kononnya yang memperjuangkan negara Islam sebenar lalu mengisytiharkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam, sekalipun ‘negara Islam’ Umno itu menolak hukum Allah.
Hampir separuh abad PAS dituduh berpura-pura menegakkan negara Islam atau negara Islam versi PAS tidak betul. Apabila tibatiba PAS menyebut negara kebajikan dan bukan negara Islam, maka mereka menuduh PAS sudah menyeleweng kerana meninggalkan hasrat menegakkan negara Islam.
Bukankah sepatutnya jika mereka menganggap konsep negara Islam PAS tidak betul, maka mereka akan menyokong PAS meninggalkan perkara ‘tidak betul?’
Itulah sikap hipokrit dan kontradik Umno yang hakikatnya setiap ungkapan mereka hanya untuk mengadu-domba PAS, langsung tiada keikhlasan. Benar atau salah sesuatu perkara itu adalah berdasarkan apa yang PAS buat. Sesuatu yang diperjuangkan PAS akan dianggap tidak betul atau sesat, tetapi jika PAS ‘dilihat’ meninggalkan perkara itu maka perkara yang dilihat seolah-olah ditinggalkan itu pulak yang betul.
Umno sentiasa berdolak dalik, berputar pusing dan berloyar buruk. Dalam isu Dr Hasan Ali, PAS dituduh parti yang tiada beri hak kepada beliau membela diri. Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abd Rani Osman menafikan kenyataan Hasan yang mendakwa tidak menerima sebarang pertuduhan dan juga arahan untuk hadir khusus bagi memberi keterangan. Menurutnya, PAS Selangor menghantar sebanyak tiga surat bagi memintanya hadir untuk memberi keterangan.“Tuduhan kita tak beri dia (Hasan) peluang itu tak betul kerana kita menghantar surat sebanyak tiga kali menjemputnya untuk bertemu pimpinan PAS Selangor.
“ Malah kita ada bukti yang surat tersebut mempunyai cop penerima dan kita hantarnya sendiri secara terus.
Hasan bukan dibicara di mahkamah atas tuduhan jenayah. Kesalahannya ialah mengkhianati parti dengan menyerang secara terbuka menggunakan media musuh.
Antara yang di serang ialah dasar parti yang diputuskan dalam muktamar tahunan. Bukan sekali dia buat perangai begitu tapi berkalikali.
Jika beliau dipanggil membela diri melalui lisan atau tulisan, maka pasti dia akan menggunakan media musuh lagi untuk mempertahankan diri. Keputusan memecat ke atas dirinya sudah tentu setelah memikir kaedah memilih mudharat kecil dari mudharat besar.
Masa juga sudah terlalu suntuk untuk menghadapi pilihan raya umum. Melambatkan permainan melalui ‘surat tunjuk sebab’ atau ‘membela diri’ lebih membawa mudharat.
Masa yang berlalu pun boleh jadi musuh juga. Sepanjang waktu itu PAS akan terus dibelasah oleh pemimpin parti sendiri. Seluruh dunia tahu bahawa Dr Hasan sudah berpatah arang dengan PAS sekalipun masih memegang jawatan.
Dia tidak hadir mesyuarat parti dan menempelak parti secara terbuka. Ia adalah keadaan yang genting dan kritikal.
Ibarat rumah terbakar. Kalau waktu membina rumah orang masih boleh berbincang dengan tenang untuk memutuskan siapa tukang rumah yang layak serta harga rumah yang munasabah. Tapi kalau sudah terbakar, tuan rumah tidak akan bermesyuarat lagi untuk memanggil bomba mana yang lebih baik. Bomba pun tidak akan datang memadam api dengan kelajuan biasa.
Semuanya drastik dan drastik itu adalah hikmah sewaktu kritikal. Pemecatan tanpa dipanggil membela diri adalah berhikmah.
Sekarang Dr Hasan melalak sekuat mana pun dia bukan lagi ahli parti. Dia bebas untuk menuduh Anwar terlalu kotor perjuangannya sambil merasa dirinya yang paling bersih, kerana dia tiada apa-apa komitment lagi dengan PAS dan Pakatan Rakyat. Lantaklah andai dia nak bersahabat dengan Umno, Perkasa atau Apco, tiada ahli PAS yang akan peduli.
Terpelantingnya Dr Hasan Ali bukan kali pertama berlaku terhadap kepimpinan parti. Yang Dipertua Agung (Dato’ Asri Muda) dan Naib yang Dipertua Agung (Nakhaie Ahmad) pernah keluar PAS yang membawa perjuangan Islam, tetapi PAS tidak terkubur. Selepas pengunduran mereka PAS menang di Kelantan, Terengganu dan Kedah.
Lagi hikmah bagi orang yang berfikiran seperti Dr Hasan perlu renungkan ialah, apa yang dia boleh buat selepas tidak ada lagi jawatan dalam kerajaan? Tidak dinafikan beliau banyak mengatur program atau menghidupkan surau dan masjid di Selangor. PAS sokong dan DAP tidak pernah bantah. Beliau juga sekali sekala melakukan program nahi mungkar. Semua itu amat bersesuaian dengan perjuangan PAS, bahkan Pemuda PAS kawasan Shah Alam yang mengusulkan tindakan diambil terhadap premis jualan arak yang menjual secara terbuka kepada orang Islam.
Meskipun sekali sekala tercetus kontroversi tetapi masih ada pihak dalam PAS yang mempertahankan tindakannya. Namun apabila dia sudah masuk perangkap Umno dengan menyerang PAS secara terbuka tanpa usul periksa maka ia menzahirkan hilangnya jati diri PAS dalam dirinya. Segalanya berlaku akibat kegopohan, tidak sabar, tidak mengukur kekuatan diri dan melakukan kerja amar makruf nahi mungkar yang tiada hikmah.
Ada orang berhujah apa pentingnya undi, jika selepas menang kita tidak dapat melaksanakan Islam sepenuhnya, seideal wawasan yang dijadikan matlamat? Jadi tak perlu kerjasama dengan DAP jika tahu DAP menolak negara Islam.
Jawapan untuk soalan itu adalah dalam bentuk soalan juga, iaitu apakah jika bersendirian (tanpa DAP) dan kalah, BN terus berkuasa maka mereka akan tegakkan negara Islam? Banyak perkara yang boleh kita lakukan dengan lebih baik sebagai kerajaan berbanding jika BN jadi kerajaan, sekalipun tidak dapat melakukan sepenuhnya.
Parti AK pimpinan Reccep Tayyip Erdogan mengambil masa yang panjang untuk membolehkan kakitangan menutup aurat di pejabat, melantik seorang Presiden daripada kumpulan Islam dan melumpuhkan kuasa tentera. Tapi kalau dari hari pertama Erdogan sudah memulakan tindakan ‘mengIslamkan’ kerajaan Turki sepenuhnya, tanpa terlebih dahulu membina kekuatan dalam kerajaan maka barangkali sehingga hari ini rakyat Turki tiada kebebasan untuk menutup aurat sebab tempat Erdogan selepas itu bukan di pejabat Perdana Menteri tetapi dalam penjara.
Berkempen mengajak rakyat menolak PAS secara automatik bermakna berkempen untuk memenangkan Umno-BN. Kononnya 72 peratus kepimpinan PAS sekular. Berapa peratus pula pemimpin Umno yang tidak sekular?
Berapa peratus pula pemimpin Umno yang isterinya tidak menutup aurat? Berapa peratus pula Wanita dan Puteri Umno yang menutup aurat berbanding Muslimat PAS?
Berapa peratus pula pemimpin Umno yang menolak hudud berbanding PAS?
Hasan Ali makin pening dan keliru sebenarnya. Berputar pusing macam wau putus ekor tapi talinya dipegang oleh Umno. Hasan pun sedar hal itu, namun perjuangan melepas geram dan membalas dendam menjadi lebih aula dalam dirinya sekarang. Bukan lagi isu kedaulatan Islam.
Tuesday, February 14, 2012
Beban, Bebal dan Fenomena Hasan Ali
Dalam konteks Hasan Ali, isunya bukan apa yang dibawa, tetapi siapa. Contohnya kalau Umi Hafilda yang membawa isu murtad, mungkin orang tidak ambil pusing. Ya. Minda masyarakat kita telah lama dipesongkan.
Saya masih ingat bagaimana pertama kali saya mendengar pidato Hassan Ali ketika ceramah sulung beliau di Dataran Kampung Sungai Tapah, Gugusan Manjoi Ipoh sekitar awal tahun 2000 yang lalu. Dengn gaya, lenggok bahasa dan emosi yang tersusun, cukup saya katakan; pandangan baik saya terhadap UMNO berubah selama-lamanya. Orang mungkin boleh membuat andaian bahawa saya peminat Hasan Ali tapi terpulanglah. Ini pengalaman saya.
Sebab itu saya katakan, Hasan Ali sedang mencetuskan fenomena.
Beliau juga tidak malu untuk menamakan perjuangannya sebagai kuasa ketiga walaupun perkara tersebut telah lama diperkatakan sejak PRU yang lepas.
Kenapa fenomena Hasan Ali? Lihatlah pada roadshow yang diadakan. Hampir semuanya mendapat sambutan. Jauh sekali dengan ceramah Zulkifli Nordin mahupun Ezam yang lebih banyak kerusi dari pendengar. Pengaruh mereka tidak sehebat Hasan Ali dan orang pun tidaklah membenci beliau sepertimana membenci Ibrahim ali.
Natijahnya, sekarang Hasan Ali bebas. Bebas bersuara dalam kerangka ruang demokrasi yang tersedia. Bebas untuk menuntut dan menyatakan pandangan-pandangan beliau yang lantang menyuarakan kebimbangan terhadap kemaraan Pakatan Rakyat dengan gambaran buruk terhadap akan terhakisnya kedudukan Raja-Raja Melayu, survival umat Melayu dan Islam sebagai agama persekutuan. Turut diheret adalah PAS sendiri dengan dakwaan bahawa parti itu didominasi oleh pemimpin sekular.
Walau apapun cemuhan dan dakwaan Hasan Ali terhadap Pakatan Rakyat, kesemua tomahan tersebut sama seperti apa yang telah UMNO suarakan sebelum ini.
Mungkin kalangan pimpinan maupun penyokong Pakatan Rakyat memandang sinis Fenomena Hasan Ali ini dan menyifatkannya sebagai "perkara biasa", "gila meroyan" dan sebagainya. Walau bagaimanapun, tanggapan ini mungkin saja suatu kesilapan besar.
Di saat rakyat makin terdedah dengan maklumat penyelewengan dan salah guna kuasa yang dilakukan pentadbiran Barisan Nasional, Pakatan Rakyat pula telah digoncang dengan dakwaan dan pendedahan negatif pentadbiran dan persefahaman mereka.
Kita tidak berani meletakkan apa-apa konklusi lagi terhadap penilaian rakyat melaikan selepas keputusan pilihanraya diumumkan, akan tetapi Pakatan Rakyat haruslah lebih serius dalam menangani Fenomena Hasan Ali ini.
Hasan Ali, walaupun kita mendakwa beliau sebagai orang yang mempunyai fikiran tipikal, kolot, ia langsung tidak memberi impak terhadap pandangan masyarakat yang juga masih tipikal. Inilah bahayanya. Mungkin, kuasa ketiga acuan Hasan Ali akan menambah bilangan undi rosak mahupun mengurangkan peratusan yang keluar mengundi. Apakah itu yang kita mahu?
*Hafiz Zainuddin ialah kolumnis MerdekaReview, edisi bahasa Malaysia.
Sunday, February 12, 2012
HASAN JATI kantoi jadi balaci UMNO.. patut la tak berani tegoq Akidah Najib macam mufti Perak..!!
HASAN ALI!!! Dulu gila meroyan la depa kata gila nombor pulak dah, betul ka?
Sejak Dr Hasan Ali dipecat dari PAS dan digugurkan jawatan dari barisan exco kerajaan Selangor,beliau semakin popular di usung kehulur kehilir oleh UMNO dalam ceramah roadshow-nya.
Ini membuatkan Hasan Ali berasa dirinya sudah menjadi bertambah glamour sejak akhir-akhir ini.
Aku ikut tweet Dr Hasan sejak beberapa minggu lalu dan mendapati Hasan Ali sekarang sudah berjangkit suatu virus atau perasit dari UMNO didalam kiriman Tweetnya.
Setiap kali ada ceramah Dr Hasan Ali akan tweetkan jumlah kehadiran dalam ceramahnya ..ada yang 1500 orang,5000 orang dan semalam paling hebat yang membuatkan Hasan Ali amat gembira kerana angka kehadiran yang di keluarkan oleh blogger UMNO Sungai Rapat Online iaitu seramai 15 000 orang hadir dan Hasan Ali pun tweetkan [ Mlm semalam di Bt Gajah Perak.Kehadiran mencecah 15k. Satu rekord ]
Record apa kah ini..??? Mungkin record dalam maksud JATI = Jumlah Angka Tipu Islam.
[Klik imej untuk lebih jelas]
Lambang apa bawah bendera Malaysia tu, itulah sebenarnya lambang JATI
Dalam 4 ceramah saja Hasan Ali dan berjaya kumpul angka hampir 30ribu...hahaha..
Itu baru 4 ceramah...kalau 4 bulan. ceramah..??
Tak dapat bayangkan banyaknya jumlah angka yang dikumpul Hasan Ali....heheh..
JATI
Jumlah Angka Tipu Islam
Hasan Ali sejak tahun 1999 rupanya sudah gila nombor. Kemudian jika buat ceramah,jika dia datang kena bagi persen.
Hasan Ali bukan sekadar gila talak,gila meroyan ,tapi mutakhir ini,gila nombor! Orang ni
UTUSAN MELOYA PUN TUMPANG TIPU NOMBOR JUGA
Dulu sejak tahun 1998 apabila Hasan Ali Akidah mengadakan ceramah atas pentas PAS, akhbar Utuseks Meloya sama ada tidak melaporkan atau memutar belitkan angka yang hadir...sekiranya yang hadir puluhan ribu ditulis sekitar ratusan saja.. Kini sudah terbalik....angka ratusan sudah diputar menjadi belasan ribu..
Pssssssst....KALAU BENAR KEHADIRAN MENCECAH 15,000 ORANG MENGAPA TAK SIAR GAMBAR PARA HADIRIN....
MENGAPA DISIARKAN HASAN ALI AKIDAH BERSALAM DENGAN BEBERAPA KERAT ORANG RAMAI....kwah kwah kwah....
MENEMPELKAN JUMLAH YANG BESAR HADIRLAH MAMPU MEMIKAT DAN MEMUKAU PARA PEMBACA....kwah kwah kwah....
NAMPAK SANGAT PEMBOHONGNYA AKHBAR MILIK UMNO NI WEH!!!!..KWAH KWAH KWAH..
OPPPSS SEBELUM TERLUPA... RAKYAT NAK TANYA PADA HASAN ALI YANG SIBUK PUSING MALAYSIA CERITA PASAL AKIDAH NI... TS MUFTI PERAK KATA HJ AH JIB GOR DAH GADAI AKIDAHNYA PASAL SAMA-SAMA MERAI DAN MERAYAKAN HARI THAIPUSAM...MENGAPA SAMPAI SEKARANG KAMU MASIH DIAM MEMBISU?????
SESAH DAN SEBATLAH PASAL AKIDAH HJ AH JIB GOR KALU BENAR-BENAR ANDA IKHLAS... KWAH KWAH KWAH....OMAK KAU
http://paspb2.blogspot.com/2012/02/hasan-ali-dulu-gila-meroyan-la-depa_12.htmlHasan JATI kena 'kutuk'..!!!
Kongres Melayu Pulau Pinang (KMPP) hari ini mengecam dan mengutuk sekeras-kerasnya kenyataan oleh Dato Dr. Hasan Ali yang dibuatnya di Bandar Baru Bangi bahawa terdapat usaha oleh pihak-pihak tertentu terutamanya Pakatan Rakyat yang kononnya berhasrat untuk mewujudkan negara Malaysia sebagai sebuah negara republik serta menggugurkan Perkara 153
Perlembagaan Malaysia.
Lanjutan dari kenyataan beliau yang tidak mengambilkira soal integritikaum telah mendatangkan situasi panik dikalangan rakyat Malaysia yang majmuk ini.
Apakah kenyataan tersebut dibuat bagi kepentingan politik murahan demi bagi tujuan meneruskan survival politik beliau? Ianya sangat memalukan orang-orang melayu.
KMPP menilai situasi Dato Dr. Hasan Ali sekarang lebih menonjol dan bebas mengeluarkan kenyataan yang melampaui keraguan munasabah kerana terdapat immuniti yang diberikan disamping mendapat liputan daripada pihak media tempatan.
Gara-gara dipecat dari Parti PAS maka kesempatan tersebut digunakan sebaik mungkin menerusi anjakan motivasi untuk mencari publisiti.
Kenapa sewaktu beliau masih bersama PAS dahulu perkataan “PARASIT” tidak digunakannya dan hanya setelah dipecat barulah pemimpin professional Islam ini melabelkan perkataan tersebut secara drastik?
Kenapa perlu tunggu hingga dipecat baru bertindak dan tidakkah situasi tersebut dilihat sebagai membalas dendam? Bekas exco ini sepatutnya melepaskan jawatannya terlebih dahulu dalam Kerajaan Negeri Selangor jika sudah tahu bahawa ada seteru dari Parti PAS yang menghalangnya dari melaksanakan hukum Islam.
Cerminlah diri sendiri sebelum menagih simpati dari rakyat atau alasan dianiayai.
Jika beliau berpendapat dengan mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang berasaskan kepada khabar angin dengan hasrat untuk menakutkan rakyat di negara ini maka ini bermakna beliau menggali lubang sendiri.
Jangan menjadikan agenda Melayu, Islam dan Raja-raja Melayu sebagai perisai bagi tujuan menyatupadukan melayu dinegara ini, tetapi pada masa yang sama meraih sokongan bukan melayu diatas tiket JATI yang kononnya akan menjadi bentang ketiga dalam arena
politik negara.
Situasi sebegini hanya akan ditolak oleh rakyat berfikiran waras.
Walaubagaimanapun pihak KMPP menyanjung tinggi hasrat beliau untuk mewujudkan satu NGO berbilang kaum yang dikenali sebagai JATI.
Namun kepada rakyat Malaysia soal tersebut tidak relevan serta sama sekali tidak penting. Yang lebih penting adalah harus ada sebuah Kerajaan yang dapat memberikan keutamaan kepada soal kebajikan serta ekonomi yang manpan kepada rakyat.
Rakyat lebih bijak menggunakan minda sebagai pengundi demi bagi memastikan hak mereka terpelihara daripada membuang masa mendengar motivasi yang akhirnya mendatangkan defisit kepada mereka.
Oleh yang demikian tanpa prasangka pihak KMPP mencabar Dato Dr. Hasan Ali menunjuk bukti bahawa negara Malaysia akan menjadi sebuah negara Republik dan Perkara 153 dalam Perlembagaan Negara akan digugurkan.
Sekiranya Pakatan Rakyat berkuasa, kenyataan yang berteraskan khabar angin daripada seorang pemimpin professional seperti beliau adalah tidak boleh diterima sama sekali.
Ianya hanya menyerlahkan sikap serta peribadi beliau yang sebenarnya. Maka rakyat boleh menilai siapakah sebenarnya Dato Dr. Hasan Ali.
Dalam masa yang sama pihak KMPP atas nama rakyat Malaysia turut mendesak agar pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat khususnya Parti DAP dapat memberikan penjelasan serta jawapan yang terang apakah benar seperti mana didakwa oleh Dato Dr. Hasan Ali tersebut?
Apa jua penjelasan nanti akan dianggap sebagai janji oleh pihak Pakatan Rakyat yang bakal disaksikan oleh seluruh rakyat Malaysia.
KMPP melihat kenyataan Dato Dr. Hasan Ali tersebut sebagai amat serius dan tidak boleh berkompromi kerana ianya melibatkan kesejahteraan kaum dinegara ini. Sesungguhnya inilah satu kenyataan berbentuk “PARASIT” daripada seorang pemimpin atau wira yang tidak didendang.
Sekian, terima kasih.
KONGRES MELAYU PULAU PINANG
.................
RAHMAD BIN ISAHAK
PRESIDEN (KMPP), (019-472 8509)
Thursday, February 9, 2012
Aduhai Hasan.. Nak Pertahankan Aqidah atau Nak Meroyan Tembak PAS...!!
Dr Maszlee Malik
YB Datuk Hasan Ali yang saya hormati,
Saya kira tidak perlulah saya perkenalkan diri saya memandangkan Datuk merupakan tokoh dan sahabat yang saya kagumi. Saya kira, Datuk juga tetap menganggap saya sebagai kenalan rapat Datuk sekeluarga.Secara ikhlas, saya mula mengkagumi Datuk sebagai motivator semenjak saya di bangku sekolah lagi, sehinggalah Datuk menceburkan diri ke dalam bidang politik. Walau bagaimanapun kekaguman saya tidaklah menjadi penghalang untuk saya menyatakan sedikit pandangan terhadap pendirian Datuk mutakhir ini berdasarkan neraca ilmu dan keadilan.
Kesedaran bahawa apa yang telah Datuk lemparkan kepada mantan parti Datuk sendiri, iaitu PAS, di dalam kenyataan-kenyataan Datuk di media dan juga lewat ceramah-ceramah Datuk yang bercanggah dari amanah keilmuan dan kebenaran, maka saya terdorong untuk menulis surat terbuka ini.
Sebagai ahli akademik yang mengkaji bidang gerakan Islam, politik Islam dan juga Usul al-Fiqh, saya berasa terpanggil untuk mengarang surat terbuka ini kepada Datuk untuk menilai beberapa kenyataan Datuk dari pertimbangan ilmu dan kacamata ilmiah di dalam bidang pengkajian saya.
Saya kira tulisan surat terbuka saya sebagai ahli akademik ini adalah sebagai tanggungjawab saya kepada kejujuran terhadap disiplin ilmu yang saya pikul dan bukannya sebagai ahli politik.
Islam moderat
Saya bukanlah ahli parti PAS, yang tampil untuk membela PAS dari serangan Datuk. Maka saya bertegas menyatakan apa yang saya tulis ini hanyalah semata-mata pendangan orang luar dan ahli akademik yang neutral dan tidak berpihak, baik kepada Datuk mahupun kepada parti PAS yang telah memecat Datuk.Saya kira Datuk mungkin telah maklum dengan pencapaian gerakan-gerakan Islam moderat di utara Afrika seperti Ikhwan Muslimun di Mesir, parti Ennahda di Tunisia, parti keadilan dan pembangunan (PJD) di Morocco dan juga parti-parti Islam lain selepas kebangkitan rakyat (Arab Spring).
Kemenangan semua gerakan-gerakan tersebut secara empirikalnya seperti yang telah dianalisis oleh pakar politik di rantau berkenaan merujuk kepada tiga perkara utama: ‘Wacana Islam moderat yang segar’; Kesediaan ‘perkongsian kuasa’ (power sharing); dan juga ‘pengaruh di kalangan rakyat’ melalui jaringan kerja kebajikan dan juga pendidikan yang menyeluruh, berterusan serta meluas.
Apa yang dimaksudkan dengan wacana moderat yang segar ialah kemampuan gerakan-gerakan tersebut untuk menawarkan apa yang diperlukan oleh rakyat dan apa yang diperlukan oleh sesebuah Negara di dalam pendekatan mereka.Wacana moderat juga telah memperlihatkan bagaimana gerakan-gerakan Islam, tidak lagi memaksakan apa yang mereka mahukan atau percaya ke atas rakyat tanpa kerelaan majoriti. Maka, di dalam wacana baru mereka, gerakan-gerakan Islam tidak lagi menawarkan retorik ‘Dawlah Islamiyyah’ (Negara Islam) yang agak bersifat utopia dan tidak tentu apakah modelnya.
Mereka juga tidak menawarkan hukuman jenayah Islam ‘secara paksaan’ seperti yang pernah dilakukan oleh Taleban di Afghanistan, sebelum keadaan ekonomi dan kebajikan yang kondusif disediakan di dalam negara mereka.
Mereka juga tidak mempamerkan diri sebagai penghukum, tetapi mereka muncul sebagai pembawa harapan, pejuang kebebasan dan pelaksana keadilan setelah rakyat ditindas dan dizalimi selama berdekad-dekad lamanya oleh para diktator.
Proses kematangan
Perkara ini telah membuatkan ramai dari kalangan pengkaji di barat telah mula mengatakan bahawa golongan ini telah merubah sikap dan prinsip mereka, lantas menggelar fenomena ini sebagai post-Islamism (pasca-Islamisme).
Saya konsisten untuk tidak menyokong istilah pasca-Islamisme yang sarat dengan makna neo-kolonialisme. Hakikatnya gerakan-gerakan Islam yang terlibat tidak pernah merubah prinsip.
Mereka juga tidak meninggalkan landasan perjuangan, apatah lagi mengubah pendirian. Apa yang berlaku ialah proses kematangan gerakan-gerakan terlibat untuk melihat Islam dalam kerangkanya yang lebih luas dan komprehensif. Kejayaan beberapa individu berlatarbelakangkan Islamis di Turki melalui agenda neutral AKP, telah menjadi sumber inspirasi gerakan-gerakan tersebut.Wacana ini juga bertunjangkan konsep Maqasid al-Shariah dan melihat ajaran Islam dari aspek yang holistik, terutamanya aspek moral dan keadilan. Gelombang perubahan pada pendekatan inilah yang telah melanda kebanyakan gerakan Islam di seluruh dunia mutakhir ini, tidak ketinggalan PAS yang Dato pernah sertai dahulu.
Gelombang ini sekaligus melenyapkan pengaruh model Iran yang pernah mendominasi wacana gerakan-gerakan Islam sedunia dengan melaungkan pembinaan sebuah republik Islam dan juga pemerintahan mutlak golongan agama (Wilayatul Faqih).
Bapa parasit
Realitinya kini, gerakan-gerakan Islam moderat yang wujud lebih memilih ruang demokrasi untuk membawa perubahan. Mereka juga melaungkan pembentukan negara sivil milik semua warga dengan menjamin kebebasan politik, penegakan keadilan, hak upaya masyarakat sivil, hak wanita, tatakelola yang baik, kebajikan rakyat yang terpelihara, ekonomi yang lebih berdaya saing serta bebas dari korupsi, pecah amanah dan rasuah, serta perkongsian kuasa bersama rakyat dari segala lapisan dan kumpulan.Menurut kajian saya ke atas wacana baru PAS, terutamanya melalui konsep ‘Negara Berkebajikan’, PAS juga tidak terlepas dari arus perubahan ini. Jika Datuk merasakan pendekatan baru PAS ini bermakna PAS telah meninggalkan perjuangan Islamnya, saya kira Datuk tersilap.
Perubahan pada PAS bukanlah kerja parasit sepertimana yang Datuk dakwa, tetapi ia merupakan satu dinamisme tabi’i bagi sebuah gerakan Islam yang matang. Jikalaulah parasit yang telah menyebabkan perubahan pada PAS, maka pastinya kesemua gerakan Islam di Utara Afrika dan Asia Barat, termasuk Ikhwan Muslimin di Mesir dan juga parti Ennahda juga telah dilanda parasit.
Timbul dilemma di dalam pemikiran saya, apakah pemimpin dan tokoh ideolog gerakan Islam sedunia, Rashid Ghannoushi yang telah mencetuskan wacana gerakan Islam yang baru itu juga telah dijangkiti parasit? Apakah mungkin Datuk ingin mengatakan bahawa Rashid Ghannoushi yang merupakan sumber inspirasi perubahan fikrah pada gerakan-gerakan Islam moderat sedunia itu pula merupakan bapa parasit?
Ditakuti Umno
Yakinlah Datuk, sepertimana gerakan-gerakan tersebut telah berjaya mendapatkan majoriti undi di dalam pilihanraya di negara-negara mereka kerana pendekatan baru ini, PAS juga sedang meniti langkah tersebut.Inilah yang ditakuti oleh Umno dan kerajaan BN. Pihak lawan tidak mahukan PAS mendapat sokongan majoriti masyarakat Islam dan bukan Islam di Malaysia. Pihak lawan mahu PAS kekal sebagai parti kampung milik Pak Lebai dan Pak Haji.
Pihak lawan juga tidak mahu PAS bangkit sebagai parti milik semua rakyat Malaysia, mereka lebih selesa PAS dikenali sebagai parti ekstrimis dan fundamentalis yang hanya tahu memotong tangan orang sahaja. Hanya dengan wacana Islamis global yang baru ini sahajalah niat buruk mereka akan terhalang.
Malang sekali apabila Datuk pula yang mula bercakap senada dan seirama dengan pihak lawan menentang perubahan pada PAS. Lebih malang lagi kini Datuk menjadi suara pihak lawan untuk memaksa PAS kembali ke kerangka persepsi lama rakyat terhadap mereka yang telah dilelong oleh pihak Umno dan BN.Saya yakin, di dalam PAS masih terdapat segelintir yang termakan umpan Datuk lantas mempercayai kewujudan parasit. Mereka ini golongan yang ikhlas tetapi hanya kurang mendapat pendedahan terhadap dunia luar sahaja.
Ada di antara mereka juga yang berkepentingan, lantas menggunakan hujah Dato’ untuk kekal berpengaruh, tetapi saya yakin mereka ini teramat kecil bilangannya. Melalui pengamatan saya, PAS akan terus menggalas harapan rakyat dan juga kefahaman Islam yang sebenar berteraskan wacana baru gerakan Islam sedunia untuk menempuh hari muka mereka.
Gelombang perubahaan
Seperkara yang perlu Datuk ketahui, wacana baru gerakan Islam moderat ini juga telah mendapat restu dari para ulama terkemuka seperti Dr Yusuf al-Qaradawi, Dr Tawfiq al-Wa’ie, Dr Rashid al-Ghannoushi. Amat kasihan kerana Dato’ tidak dapat bersama lagi dengan realiti baru ini.
Apabila melihat kepada isu ‘Negara Berkebajikan’ pula, pada hemat saya, setelah meneliti dokumen ‘Negara Berkebajikan’ PAS dan membandingkannya dengan manifesto parti-parti Islam moderat lain di dunia Arab, saya mendapati PAS ternyata senada dengan mereka yang telah berjaya di negara masing-masing.Saya berkeyakinan gagasan ‘Negara Berkebajikan’ merupakan satu langkah drastik PAS di dalam membawa perubahan dan menyuarakan persiapan mereka untuk muncul sebagai alternatif kepada parti pemerintah yang sedia ada. Prinsip-prinsip konsepsual ‘Negara Berkebajikan’ yang dibentangkan di dalam dokumen tersebut dan juga cadangan mekanisme perlaksanaannya merupakan satu anjakan paradigma bagi sebuah gerakan dakwah dan parti politik yang telah matang seperti PAS.
Jelas sekali PAS sudah melayakkan dirinya untuk menyertai gelombang perubahan yang melanda gerakan Islam di seluruh dunia dengan membuktikan bahawa golongan Islamis mampu dan bersedia untuk berkongsi kuasa dan memerintah di dalam kerangka demokrasi dan tatakelola yang baik. Malangnya, hal ini tidak disambut positif oleh Datuk, malah dipandang sinis.
Melihat kepada isu hudud yang Datuk anggap telah ditinggalkan oleh PAS, saya kira itu juga agak kurang tepat. Sebagai sebuah parti Islam, saya berpendapat PAS dilihat amat konsisten memperjuangkan apa yang mereka yakini, iaitu kewajipan melaksanakan hukum hudud.
Memaksakan hudud
Apa yang menarik ialah pendekatan PAS yang terbuka untuk membicarakan isu tersebut di ruang umum dan bersedia untuk meyakinkan rakyat melalui proses pendidikan dan dakwah adalah sesuatu yang patut dihargai.Apa yang saya dapati melalui metod obervasi ke atas ruang ‘discursive’ PAS selama ini, PAS tidak memilih untuk memaksakan hudud ke atas orang lain secara kekerasan. Malah di dalam banyak kenyataan PAS, mereka bersedia untuk mendengar suara majoriti di dalam melaksanakan hukum jenayah Syariah itu.
Pendekatan diplomasi PAS ini harus dihormati kerana ia mencerminkan sikap professionalisme PAS dan keterbukaan para pimpinannya. Saya kira kerana sikap konsisten PAS inilah yang menyebabkan parti itu telah berjaya meraih sokongan ramai bukan Islam melalui ‘Kelab Penyokong PAS’.
Akhirkata, jika Datuk benar-benar ingin memperjuangkan aqidah dan memerangi gejala murtad yang dikatakan sebagai mengancam umat Islam di Selangor, saya mempunyai pelan tindakan yang boleh Datuk lakukan berdasarkan kekuatan yang ada pada diri Datuk.
Turun padang tanpa bayaran
Sebagai seorang motivator yang begitu meyakinkan dan berupaya bermain dengan emosi orang ramai, saya rasa sudah sampai waktunya Datuk untuk turun padang bertemu dengan mereka yang didakwa murtad berdasarkan senarai yang rakan-rakan Datuk miliki.
Mungkin juga Datuk boleh menggunakan kemahiran tersebut juga untuk berdakwah kepada mat-mat rempit, tahi dadah, remaja berpeleseran yang terdapat di dalam negeri Selangor secara sukarela tanpa sebarang bayaran.Jika dulu mungkin Datuk sibuk dengan tugas exco, kini Datuk lebih mempunyai waktu lapang. Buktikanlah kata-kata Datuk yang ingin menjaga aqidah itu.
Saya kira Datuk juga boleh berdakwah di Hard Rock Café menyeru umat Islam agar bertaubat dan menghayati agama Islam. Saya pasti pemilik Hard Rock Café tidak akan menghalang kerja murni Datuk itu.
Saya yakin 10,000 atau lebih orang yang turut berHIMPUN bersama Datuk untuk menyelamatkan aqidah umat Islam boleh Datuk kerahkan dari seluruh negara untuk sama-sama turun padang demi menyelamatkan aqidah umat Islam secara praktikal.
Saya amat meyakini, jika Datuk berdakwah seperti itu, Datuk akan tetap dikenang kawan ataupun lawan sebagai ‘pejuang aqidah yang sebenar!’.
Penulis adalah ahli akademik politik warga UIAM.
ULASAN ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya melambangkan pendirian rasmi sidang pengarang Malaysiakini.
Monday, February 6, 2012
Busuk Hasan semakin hari semakin kuat baunya... PAS Panggil 3 Kali Tak Datang, TV3 Panggil Dia Pergi Pulak..
Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr. Abd. Rani Osman menafikan kenyataan Hasan yang mendakwa tidak menerima sebarang pertuduhan dan juga arahan untuk hadir khusus bagi memberi keterangan. Menurutnya, Pas Selangor menghantar sebanyak tiga surat bagi memintanya hadir untuk memberi keterangan.“Tuduhan kita tak beri dia (Hasan) peluang itu tak betul kerana kita menghantar surat sebanyak tiga kali menjemputnya untuk bertemu pimpinan Pas Selangor. “Malah kita ada bukti yang surat tersebut mempunyai cop penerima dan kita hantarnya sendiri secara terus.
“Yang kita hairan, kalau TV3 panggil dia pergi pulak? Tetapi kita panggil dia tak datang dan dia sendiri yang ‘menghitamkan’ suasana,” katanya.
Abd Rani turut menolak dakwaan Hasan yang mengatakan 72 peratus pemimpin Pas dijangkiti parasit.Katanya, beliau hairan bagaimana Hasan mendapat statistik tersebut tanpa mengemukakan fakta dan bukti.
“Mana dia dapat statistik sebegitu? Adakah itu hasil kajiannya sendiri? Kalau nak tuduh kita perlu kemukakan bukti dan faktanya. Dalam Islam pun begitu,” katanya.
Dalam pada itu, Abd Rani turut mempersoalkan keikhlasan Hasan dalam memperjuangkan Islam, Melayu dan Raja (IMR) kerana dilihat lebih condong mengkritik parti itu berbanding Umno.
“Kalau dia benar-benar ikhlas dalam memperjuangkan pendiriannya mengapa tidak menegur kedua-duanya sekali iaitu Pas dan Umno. Tetapi dalam isu ini kita lihat dia hanya mengkritik Pas.
“Nampak seolah-olah dia memang budak suruhan Umno seperti yang didakwa oleh Khalid (Timbalan Pesuruhjaya III Pas Selangor),” katanya.
Pihaknya juga tidak bercadang untuk mengadakan sebarang perdebatan bagi menjawab segala dakwaan yang dibuat Hasan.
“Ikut suka dialah nak cakap apa pun kerana dia bukan lagi ahli Pas, jadi terpulanglah kalau nak komen apa pun.
“Kalau dia nak meraung sekalipun terpulanglah kerana kita tak bercadang nak berdebat dan tak mahu beri ‘talian hayat’ kepadanya,” katanya kepada Sinar Harian.
Sunday, February 5, 2012
Hassan Ali oh Hassan Ali! - Siapa parasit? Siapa munafik?
Oleh Syed Imran
Dr Hassan Ali kemudian menghadapi sedikit masalah dengan PAS dan dia dipecat tanpa diminta membela diri. Dalam hubungan ini, saya bersimpati dengan nasib yang menimpanya.
Thursday, February 2, 2012
Zairil kepada Hasan Ali: Perjuangkan Islam kononnya, tapi tabur fitnah...
Motif politiknya sebagai orang suruhan UMNO sudah terbongkar. Saya berasa kesian kerana Hasan Ali terpaksa menjual harga dirinya dengan menipu rakyat untuk mendapatkan publisiti murahan.
Katanya memperjuangkan Islam, tetapi yang keluar dari mulutnya bukan sahaja fitnah yang bahaya tetapi juga merupakan sindiran yang menderhaka dan berunsur hasutan yang bertujuan untuk mengapi-apikan sentimen perkauman.
Namun begitu, saya percaya taktik fitnah taraf UMNO ini tidak akan dipercayai umum. DAP adalah sebuah parti yang berasaskan Perlembagaan Persekutuan dan tidak mengambil pendirian yang mencabar teras-terasnya.
Sebagai bukti pendirian DAP dalam mempertahankan kerangka kenegaraan yang sedia ada, termasuk sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan, saya memetik tiga perkara yang terkandung dalam Deklarasi Shah Alam yang baru sahaja dibentangkan, dibahas dan diluluskan dengan sebulat suara oleh para pewakilan dalam Persidangan Kebangsaan DAP 2012 bulan lepas:
1. Mempertahankan sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. DAP komited untuk menjunjung Perlembagaan Persekutuan Malaysia sebagai undang-undang yang paling agung negara dan meluhurkannya dalam semangat Merdeka 1957 dan Perjanjian Malaysia 1963.Petikan di atas jelas membuktikan komitmen DAP untuk menjunjung dan mempertahankan teras-teras Perlembagaan Persekutuan.
2. Memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputra serta hak-hak kaum-kaum lain, seperti yang termaktub dalam Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan.
3. Memastikan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan serta kebebasan untuk mengamalkan agama-agama lain dengan aman dan damai, seperti yang termaktub dalam Artikel 3 dan 11 Perlembagaan Persekutuan.
Dan jika benar DAP mempunyai hasrat untuk merendahkan status Islam, kenapakah Kerajaan Pakatan Rakyat pimpinan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng di Pulau Pinang meningkatkan berkali-kali ganda peruntukan tahunan untuk hal ehwal Islam? Kenapakah di Pulau Pinang jauh lebih banyak bantuan diberi berbanding dengan Kerajaan BN untuk pembesaran tapak perkuburan, pembangunan Sekolah Agama Rakyat dan program-program sambutan kebesaran Islam?
Dengan fitnah dan tuduhan yang melampau ini, peranan Hasan Ali sebagai musuh dalam selimut sudah tidak diragui. Sesungguhnya seseorang yang begitu cepat berpaling tadah dan menyongsangkan pendiriannya tidak layak dipercayai.
*Kenyataan media oleh Zairil Khir Johari (gambar kiri), selaku Setiausaha Politik kepada Setiausaha Agung DAP.
Wednesday, February 1, 2012
JATI - Jika PAS musuh ISLAM.. bagaimanakah pula dengan UMNO..???
JATI SANGGUP MENEBAS KEMUNGKARAN UMNO?
08 Rabi'u al-Awwal 1433 bersamaan 01 Februari 2012
Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) meminta Datuk Dr Hassan Ali benar-benar berperanan sebagai ‘kuasa ketiga’ dengan memperjuangkan Islam, Melayu dan Raja-Raja dengan menubuhkan sebuah NGO –JATI dan tidak mewakili sentimen mana-mana pihak yang berkepentingan.
DPPM mengalu-alukan sekiranya Dr Hassan benar-benar mahu menegakkan ‘amar ma’ruf nahi mungkar’ tanpa mengira latar belakang sasarannya. Dalam hal ini, DPPM berpendapat JATI harus berdiri tegak atas platform nya sendiri dengan menjadi sebuah NGO yang bebas dari kongkongan mana-mana parti politik tertentu. Dr Hassan Ali sebagai pengemudinya harus bertindak rasional dalam memperjuangkan Islam di negara ini. Beliau tidak boleh memperpanjang sentimen isu pemecatannya kerana ia boleh dilihat sebagai agenda peribadi, bukan agenda umat Islam di negara ini. Beliau juga tidak boleh cenderung atau ‘bias’ kepada mana-mana pihak supaya dilihat benar-benar ikhlas dan jujur dalam memperjuangkan Islam dan bangsa Melayu. Jika tidak beliau hanya dilihat sebagai ‘budak suruhan’ kepada pihak tertentu terutama kepada parti pemerintah jika beliau hanya menjadikan Pakatan Rakyat dan pemimpinnya sebagai sasaran kecaman beliau.
Apa yang menghairankan, beliau hanya menyerang pemimpin PAS dan Pakatan Rakyat, sedangkan kemungkaran lebih besar ada pada kuasa pemimpin utama di negara ini. DPPM kecewa kerana Dr Hassan Ali hanya melihat kesalahan yang ada dalam PAS dan menuduh segelintir pemimpin PAS sebagai ‘parasit’. Beliau juga agresif dalam menyerang PKR dan DAP. Namun kemungkaran besar dan ‘bapa parasit’ yang dilakukan oleh pemimpin UMNO-BN sedikitpun beliau tidak kisah.
Jika betul beliau mahu memperjuangkan aqidah umat Islam, seharusnya UMNO terlebih dahulu dan patut diserang kerana ditangan pemimpin merekalah aqidah umat tergoncang. UMNO pemilik kuasa di negara ini telah memerintah berpuluh tahun dan mereka mempunyai kuasa dalam meluluskan Akta, Undang-Undang, dan penguatkuasaan di negara ini. Dr Hassan Ali elok bertanya kepada pemimpin UMNO apakah yang telah diperbuat setelah negara merdeka sekian lama, masalah aqidah umat Islam masih merupakan masalah utama kepada umat Islam. Cuba tanya pemimpin UMNO, mahukah mereka melaksanakan Hukum Islam secara menyeluruh dan bila lagi ianya hendak dilaksanakan?
Jika pemimpin Pakatan Rakyat dituduh sebagai ejen Israel, Dr Hassan juga perlu menyemak latar belakang UMNO dan pemimpinnya. Mungkin JATI boleh menyemak penglibatan APCO di negara ini dan kaitannya dengan Israel serta syarikat AsiaSoft sebagai mengawal sistem komunikasi PDRM. Cuba semak siapa dibelakang syarikat ini dan kaitannya dengan Israel.
Selain itu, isu penyelewengan wang zakat oleh pemimpin umat Islam wajar diberikan perhatian dan mesti dijadikan agenda bertindak oleh JATI. Wang zakat adalah milik asnaf umat Islam dan tidak wajar pemimpin umat Islam menyalahgunakan wang tersebut. DPPM mengajak JATI untuk turut lantang membantah isu-isu rasuah dan penyalahgunaan kuasa oleh pemerintah kerana ia juga adalah suatu ‘amar ma’aruf nahi mungkar’ yang perlu ditegakkan di negara ini.
DPPM menasihatkan JATI dan Dr Hassan Ali supaya jangan mengambil sikap ‘semut seberang lautan nampak, tetapi gajah didepan mata tidak kelihatan’. Jika tidak, gelagat beliau dalam perjuangan JATI hanya menjadi bahan gelak ketawa rakyat sahaja.
Disediakan oleh;
RIDUAN MOHD NOR
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Malaysia
Friday, January 27, 2012
Ust. Nasa buat laporan Polis..... Nafi beliau akan berceramah dengan Hasan Ali di Bangi 31hb nanti..!!
Ust. Nasa buat laporan Polis......manakala Hassan Ali terus jadi kuda tunggangan.....


Ustaz Nasa membuat laporan polis bahawa beliau tidak sekali2 tidak terlibat.....malah beliau tidak sedar langsung bahawa beliau diregukan dengan Hassan Ali dalam salah satu program roadshow Hassan Ali di Bandar Baru Bangi pada 31 Jan 2012, Selasa, 9.00 malam di Balai Pahlawan, Padang Seksyen 2, Bandar Baru Bangi minggu depan.
Kerja sapa ini?
Inilah kerja iblis-iblis yang bertopengkan manusia.....inilah perbuatan tangan-tangan gatal yang berniat jahat agar sorang lagi pimpinan ter'cicir' dalam perjuangan.
Manakala Hasan Ali pula terus hanyut dalam syok sendiri.....dalam kehairan sendiri.....dalam ujub sendiri.
Samada dalam sedar.....atau separuh sedar.....atau tak sedar langsung.....ha ha ha yang sebenarnya beliau telah di'tunggang' oleh kumpulan tertentu.....alangkah ter'hina'nya jika seseorang yang kuat 'aqidah'nya serta mempunyai rantaian kelulsan sehingga ke peringkat PhD menjadi 'kuda tunggangan' oleh individu tertentu yang muflis politik atau kumpulan atau pertubuhan tertentu yang sedang terlantar 'nazak' menunggu tarikh 'keramat' PRU13.

ini poster tersebut
Laaa Meroyan plat no. Toyota Camry rupanya si Hasan nie..!!!
oleh Nik Nazmi Nik Ahmad
Maklumat yang diperoleh daripada SUK Selangor, Shah Alam:
Alkisah seorang mantan Exco Agama Selangor yang baru dipecat partinya memohon kepada MB untuk membeli kereta rasminya (Toyota Camry) daripada Kerajaan Negeri. Dikhabarkan beliau sayang sangat kepada nombor plet kereta tersebut. Maka MB atas sikap terbukanya bersetuju dan mengarah JKR Selangor membuat penilaian terhadap Camry tersebut. Camry yang dibeli Kerajaan Selangor pada asalnya sebanyak RM175,000 dinilai berharga RM100,000.
Apabila JKR memaklumkan mantan Exco Agama tersebut, beliau cuba 'tawar-menawar' dengan meletakkan harga RM70,000.
Namun JKR menolak. Dimaklumkan mantan Exco Agama menghubungi pegawai JKR tersebut dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadapnya.
Sikap seorang berkelulusan PhD yang kononnya begitu bersungguh-sungguh mempertahankan akidah Islam dan hak Melayu tersebut mengejutkan penjawat-penjawat awam hingga menjadi bualan di kalangan mereka.




