Showing posts with label Mufti Kedah. Show all posts
Showing posts with label Mufti Kedah. Show all posts

Thursday, January 12, 2012

Blogger UMNO aka Padi Jantn menghina MUFTI KEDAH di facebook..


  • Mohdsalleh Ibrahim Tu la kerja depa. Dalam blog depa siap ambik gambar kereta sultan. Dok tak puas hati lagi dengan Fatwa . Masyaallah.
    about an hour ago ·
  • Razif Fuad tu la hasil tarbiyyah depa. Ulama pun depa kata bodoh...
    56 minutes ago · · 1
  • Haziq Fikri kalau mufti wilayah camne? siap kata Jamil Khir boleh dan layak dapat zakat
    55 minutes ago ·
  • KedahLanie Tak ada sapa2 yg nak report polis kaa jatuh tahap hina nie
    55 minutes ago ·
  • Ku Ahmad mereka yg mengatakan bodoh pda mufti ,mereka itu lebih bodoh dari lembu....bahkan lebih bodo dari lembu2 bodo sedunia........
    54 minutes ago ·
  • Paart Donutz igt ikat pala kuning tu dh kira sama tahap cam serban la..leh kata bodoh sesuka hati kt mufti...apa bengong budak ni...
    49 minutes ago ·
  • Pemimpin Ummah orang gila tak mengaku gila tapi tuduh orang lain gila
    49 minutes ago ·
  • Watleklok Skit orang2 jahil mcm ni susah nk dinasihat... hati mereka itu sakit , maka Allah tambahkan lagi sakit dlm hati mereka.. betui la orang kata, lebih baik berdebat dengan 1000 orang yg bijaksana daripada berdebat dengan seorang manusia yg bodoh... kerana kebodohan mereka lebih sukar dari lembu, nk tarik hidung tak boleh, ada akai tak mau pikiaq...
    43 minutes ago ·
  • Mazhar Yusof Cyber trooper umno biadab..
    40 minutes ago ·
  • Paart Donutz nk heran pa...kalu org suruhan maki mufti sbb bos dia maki sultan...
    35 minutes ago ·
  • Tok Kasai depa 2 puak2 tentera dajjal....

Monday, January 9, 2012

Mufti Kedah - ‘Lebih senang saya bercakap dengan orang cerdik di mahkamah’

dari KedahLa

Harga semasa RM800 ribu tapi pampasan diberi RM1.48 juta

Alor Setar – Mufti Kedah Dato’ Syeikh Baderudin Haji Ahmad memberitahu, beliau lebih senang untuk mengemukakan hujah yang dibuat oleh Majlis Fatwa Negeri Kedah berhubung isu cadangan istibdal tanah wakaf Madrasah Salihiah di mahkamah.

“Lebih senang saya bercakap dengan orang cerdik di mahkamah dengan membawa segala hujah dan bukti,” katanya.

Bercakap kepada wakil Wakil Warta Darul Aman di pejabatnya, beliau berkata apa yang diputuskan oleh Majlis Fatwa adalah berdasarkan apa yang diminta oleh pihak jawatankuasa Madrasah Salihiah. Malah, katanya, apa yang diberi lebih besar dari apa yang diminta.

“Nilaian semasa tanah wakaf itu cuma RM800 ribu tetapi pihak terbabit setuju bayar RM1.48 juta. Begitu juga surau ganti dibuat dengan lebih besar di tingkat bawah bagi memudahkan jemaah memasukinya,” terang Dato’ Syeikh Baderudin.

Sebelum ini Mufti Kedah itu telah mempelawa Badan Bertindak Selamatkan Madrasah Salihiah (BBSMS) untuk bertemunya bagi menjelaskan perkara sebenar tetapi BBSMS enggan sebaliknya mengemukakan tuntutan di mahkamah.

Berhubung pemakluman fatwa terhadap SPB Yang DiPertuan Agong, beliau menjelaskan bahawa secara rasmi pihaknya belum berbuat demikian dan akan menghantar empat orang wakil Majlis Fatwa Negeri untuk bertemu baginda bagi memperjelaskan keputusan fatwa secara terperinci.

“Tetapi secara tidak rasminya saya telah menjelaskan kepada Tuanku dan baginda bersetuju terhadap fatwa tersebut,” ujarnya.

Friday, November 4, 2011

Gunakan nikmat untuk manfaat selepas kematian - Mufti Kedah

http://wartakedah.net/images/stories/November2011/nikmat%20aaalah.jpgALOR SETAR – Setiap insan di atas muka bumi ini, Allah berikan nikmat yang besar dan nikmat tersebut hendaklah digunakan untuk perkara yang bermanfaat agar nikmat tersebut dapat membantunya di akhirat nanti.

Mufti Negeri Kedah, Dato' Paduka Syeikh Muhamad Baderudin Ahmad berkata, antara nikmat yang Allah beri adalah nikmat ilmu. Semasa baru dilahirkan, setiap manusia tidak mempunyai sebarang ilmu dan ianya bermakna semua manusia adalah jahil pada asalnya.

Beliau berkata demikian semasa berucap di Majlis Penyerahan Lembu Korban di Stadium Suka Menanti.

“Ilmu merupakan suatu nikmat jika kita manfaatkannya dengan baik. Antaranya adalah apa sahaja ilmu yang bermanfaat yang kita ada, kita perlu sampaikan kepada orang lain, maka selepas kita mati kita masih mendapat ganjaran pahala.

“Yang keduanya nikmat harta. Jika kita pandai mengurus harta seperti bersedekah maka ianya dapat menolong kita semasa di dalam kubur. Pastikan harta yang kita ada dapat menolong kita selepas kita mati. Jika hendak dibandingkan pahala baca Al-Quran dan solat sunat dengan ibadah korban, maka pahala ibadah korban lebih tinggi,” terangnya.

http://wartakedah.net/images/stories/November2011/nikmat%20allah.jpgTambahnya lagi, tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima. Untuk masuk syurga setiap manusia perlu berusaha dan tidak boleh malas.

“Yang seterusnya adalah nikmat keluarga. Didiklah anak-anak kita menjadi anak yang soleh, jika kita bijak dalam mendidik mereka, maka selepas mati pun kita masih mendapat pahala.

“Jika anak-anak ni tidak dididik dengan baik, maka sebelum kita mati pun ianya sudah menyusahkan kita. Dan anak yang baik akan berdoa untuk kedua ibubapanya. Oleh itu, setiap manusia janganlah membiarkan masa berlalu tanpa faedah kerana mati tidak akan menuggu sehingga tua, dan mati juga tidak akan menunggu sehingga sakit,” ujarnya.

Jika sesorang yang melakukan korban inginkan pahala yang lebih maka perlulah ia memberikan korban tersebut kepada golongan yang benar-benar memerlukannya.

“Selain itu, jika kita ada niat untuk melakukan kebaikan, maka kita boleh simpan wang yang ada sejak awal tahun lagi, apabila tiba hari raya korban kita boleh menggunakan wang simpanan tersebut untuk melakukan ibadah korban.

“Kita sanggup menyimpan wang untuk kegunaan selepas pencen tetapi tidak ada simpanan untuk digunakan selepas mati. Apa yang kita ada hari ini, akan hilang nikmatnya selepas mati,” ujarnya.

Sementara itu, dalam majlis tersebut Kerajaan Negeri Kedah dan anak-anak syarikat kerajaan negeri menyumbangkan lembu kepada Pegawai-Pegawai Agama Daerah sebanyak 22 ekor,

Jabatan Persekutuan (42), ADUN (90), Ahli Parlimen (24), Mualaf (2), Mudir (12), Jabatan Negeri dan Persatuan KCS (88) serta Pentadbir Tanah Daerah (5).

Sumbangan tersebut disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pelajaran, dan Koperasi YB Dato’ Mohamed Taulan Mat Rasul yang mewakili Menteri Besar.

Sunday, October 9, 2011

Mufti ingatkan, jangan sertai upacara keagamaan Non Muslim

Ditulis oleh Muslim Abdul Razak

ALOR SETAR – Umat Islam yang menyertai upacara keagamaan agama lain dinasihatkan oleh Mufti Negeri Kedah agar tidak lagi berbuat demikian kerana tindakan tersebut boleh menjejaskan aqidah.

Mufti Kerajaan Negeri Kedah Dato’ Baderudin Ahmad, berkata majlis fatwa telah mengeluarkan perintah melarang orang Islam menyertai sebarang upacara keagamaan.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai isu orang Islam yang menyertai upacara keagamaan agama lain di Pejabat Mufti Negeri Kedah di Anak Bukit.

“Pernah pejabat Tuanku meminta komen daripada kita mengenai isu tersebut dan pihak Jabatan Mufti menasihatkan agar Tuanku Sultan tidak menyertainya kerana baginda merupakan ketua agama Islam, kecuali acara tersebut tidak berkaitan dengan keagamaan.

“Dalam isu ini kita menggunakan kaedah 'meredhai kekufuran itu kufur' dan jika kita setuju dengan maksiat maka kita juga tercalit dengan maksiat tersebut," katanya.

Tambah beliau, walaupun perkara ini merupakan sesuatu yang sukar diterima oleh masyarakat, Majlis Fatwa tetap perlu menyatakan kebenarannya dan ini adalah pandangan semua ahli fatwa.

Thursday, July 28, 2011

Laman web Jabatan Mufti, medium salur maklumat

ALOR SETAR - Laman web rasmi Jabatan Mufti Negeri Kedah yang dilancarkan semalam, diharap akan menjadi medium untuk masyarakat mendapatkan jawapan bagi persoalan berkaitan agama dan akidah.

Mufti Kedah, Datuk Sheikh Muhamad Baderudin Ahmad berkata, jika sebelum ini masyarakat berhubung menerusi panggilan telefon atau datang sendiri ke jabatan itu, kini sebarang persoalan boleh ajukan terus menerusi laman web berkenaan.

“Menerusi laman web ini, kita mengorak selangkah lagi dalam membantu masyarakat berhubung persoalan berkaitan agama dan akidah, yang mana persoalan boleh disalurkan terus menerusi laman web.

“Khidmat ini lebih meluas kepada masyarakat, bagaimanapun jika ada masyarakat yang tidak dapat menggunakan perkhidmatan itu, Jabatan Mufti masih turun padang menerusi beberapa program yang dianjurkan dari masa ke semasa,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri Seminar Muamalat dan Perbankan Islam Peringkat Negeri Kedah 2011, di Kolej Universiti Insaniah, semalam.

Menurutnya, antara program yang dianjurkan Jabatan Mufti termasuklah forum terbuka melibatkan masyarakat dan jabatan itu, melibatkan beberapa lokasi termasuklah Langkawi, kem tentera di Sungai Petani, Pokok Sena dan Baling.

“Program ini mendapat sambutan hebat masyarakat, malah agensi Kerajaan Pusat seperti Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) juga pernah turut serta menjayakan program anjuran Jabatan Mufti,” katanya.

Sementara itu, katanya Jabatan Mufti juga sedang merangka untuk berinteraksi dengan masyarakat menerusi laman sosial pada masa hadapan, namun kini tumpuan diberikan terhadap interaksi menerusi laman web.

Thursday, July 21, 2011

Tukar jantina bawa implikasi negatif: Mufti

ALOR SETAR - Tindakan menukar jantina kepada jantina yang berlawanan dengan sifat asal seseorang individu tidak membawa apa-apa manfaat kepada individu terbabit sebaliknya membawa implikasi negatif.

:Mufti Kedah, Datuk Sheikh Muhamad Baderudin Ahmad berkata, adalah menjadi kesalahan menukar jantina yang sudah ditentukan Allah SWT.

Menurutnya, jika pembedahan jantina dilakukan, ia hanya mengundang satu perubahan besar yang melibatkan banyak pihak.

“Ia membawa implikasi buruk antaranya dari segi pembahagian harta pusaka, aurat, malah dari segi batas hubungan di antara lelaki dan perempuan.

“Malah, ia juga boleh membawa mudarat dari segi kesihatan individu yang membuat pembedahan menukar jantina,” katanya mengulas mengenai fenomena menukar jantina yang berlaku hari ini.

Muhamad Baderudin berkata, tidak ada sebab untuk menukar jantina daripada lelaki kepada perempuan atau daripada perempuan kepada lelaki.

“Sewaktu ibu Maryam Imran (Hannah) memohon kepada Allah SWT agar anak yang dikandungkannya ketika itu seorang lelaki, tetapi pilihan yang diberikan Allah SWT adalah anak perempuan.

“Allah SWT menegur (menerusi Surah Ali Imran), mengatakan bahawa pilihan yang ditentukan itu adalah yang terbaik dan anak perempuan yang dikurniakan itu lebih baik daripada anak lelaki yang dimintanya,” katanya.

Menurutnya, Allah SWT juga pernah menyebut mengenai sikap Yahudi yang gemar menukarkan ciptaan Allah.

“Justeru, sebagai hamba kita perlu reda dengan pilihan yang ditentukan Allah, tidak perlu menukar jantina,” katanya.

Terdahulu, Mahkamah Tinggi Terengganu menolak permohonan Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz, 25, untuk menukar nama dan status jantina di dalam MyKad kepada Aleesha Farhana, malah lelaki itu juga sudah melakukan pembedahan menukar jantina di Hatyai, Thailand pada 2009.

Sunday, March 27, 2011

Tiada larangan nikah di masjid

ALOR SETAR - Tiada larangan untuk mengadakan akad nikah di masjid di negeri ini walaupun Rasulullah SAW tidak mengamalkannya.

Mufti Kedah, Datuk Sheikh Muhamad Baderuddin Ahmad berkata, mana-mana pasangan yang ingin bernikah di masjid boleh berbuat demikian kerana masjid merupakan rumah Allah dan tempat yang suci.

“Pandangan saya, tiada masalah malah kita kalau nak berumah tangga mesti mahu keadilan di samping permuafakatan (antara pasangan) kalau dibuat di masjid lebih baik.

“Islam menggalakkan kita mencari keberkatan dalam setiap perkara yang dilakukan,” katanya sewaktu dihubungi Sinar Harian.

Beliau berkata sedemikian ketika diminta mengulas kenyataan Ahli Majlis Fatwa Perlis, Datuk Ahmad Jusoh Sabtu lalu yang mendakwa, menjadikan masjid sebagai lokasi akad nikah adalah menyimpang amalan Rasulullah dan mencadangkan majlis itu dilakukan di rumah pengantin.

Sheikh Muhamad Baderuddin berkata, umat Islam yang bernikah di masjid sudah pasti lebih berkat berbanding di tempat lain kerana ia adalah tempat yang suci.

Menurutnya, dalam hadis Nabi memang tidak dinyatakan Islam melarang umatnya melakukan upacara akad nikah di masjid.

“Di sini (Kedah) kita tidak ada larangan dan halangan untuk sesiapa bernikah di masjid sebaliknya kita galakkan mereka bernikah di masjid.

“Kalau nak samakan dengan agama lain, itu tidak wajar. Lagi pun tiada hadis yang larang," katanya.